Saya telah menerima jawapan bertulis daripada YAB Perdana Menteri dalam soalan lisan yang saya kemukakan membabitkan gaji, emolumen, elaun dan kos berkaitan 3 orang Penasihat YAB PM iaitu:
Penasihat Petronas YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad;
Penasihat Agama Islam YBhg Tan Sri Abdul Hamid Othman;
Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial YBhg Dato’ Shahrizat Abdul Jalil.
YAB Perdana Menteri memberi Jawapan berikut:
Penasihat Petronas: RM15,000-00 sebulan (tak termasuk kemudahan yang disediakan saperti kos kakitangan, pejabat, logistic dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya);
Penasihat Agama Islam: RM27,163 sebulan (dan RM18,643-25 untuk gaji/ elaun kakitangan);
Penasihat Wanita: RM33,727-20 sebulan (tak termasuk gaji/elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA).
Ini bermakna kos untuk menanggung ketiga-tiga Penasihat ini untuk setahun berjumlah RM1,134,401-40. Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung 3 orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate). Sedangkan YAB PM sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bhg. Agama (YB Datuk Dr. Zahid Hamidi) dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial YB Datuk Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan. Persoalan pokoknya ialah untuk apa ketiga-tiga Penasihat Lapuk ini dilantik. Apa fungsi dan tugas mereka?!
Saya menegaskan bahawa ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan kita mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dan jawapan yang diberi biasanya adalah kerana kerajaan tiada peruntukkan.
Sedangkan wang rakyat berjumlah RM1.34j ini boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan/ atau 1,030 tahun (pada gaji RM900-00 sebulan). Wang RM1.34j ini boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000-00 sebuah rumah.
Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak RM1.34j ini dibazirkan kepada dinasour UMNO, pupusan Wanita UMNO dan golongan pencen UMNO. Tidakkah rakan-rakan komponen UMNO didalam BN terutama dari Sabah & Sarawak berasa amanah rakyat dikhianati dengan pembaziran seumpama ini. Tidakkah kakitangan kerajaan, polis tentera yang menggadai nyawa, guru-guru, pak tani nelayan penoreh getah, orang-orang kampong berasa terhina dengan pembaziran wang sebegini banyak hanya untuk memenuhi nafsu serakah politik UMNO yang menggunakan wang rakyat seolah-olah wang makbapak mereka!
Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim UMNO/BN ini. Semoga suara rakyat akan bangkit untuk mendapatkan kebenaran & keadilan dan menghapuskan rejim UMNO/ BN ini.
Yang memperjuangkan hak rakyat
Zulkifli bin Noordin
Khamis: 02 Jamadil Akhir 1429 / 08 Mei 2008

41 komentar:
yb,
apa cerita pasal "inedible ink",
tadak org tanya kat parlimen ke?
saya memuji keberaniaan saudara di parlimen....kelantangan saudara... saya hanya perhatikan saudara dan azmin sahaja yang paling lantang dalam pkr!! mungkin sebab majoriti mp pkr baru termasuk la saudara..tetapi saudara seperti sudah 4 penggal
hit me back
tropik_volcom@yahoo.com
Apa kata sdr cadangkan kepada MP-MP semua supaya ketiga-tiga jawatan tersebut dimansuhkan atau jika hendak dikekalkan , pembayaran token sebanyak RM1.00 dibuat kepada ketiga-tiga manusia tersebut yang telah pun mewah semasa memegang jawatan dahulu ?
Tidak pun kita panggil Mat Perang dari Benut !
Syabas sdr..byk lg persoalan-persoalan yg memerlukan jawapan...correct..correct..correct!!!
Salam YB,
Itulah kesannya jika pemimpin tidak mengambil nilai-nilai Islam yang sebenar. Mari kita mengambil iqtibar Khulafa Ar Rasyidin Umar Al Khattab. Ketika dizamannya harta benda kerajaan tidak digunakan untuk kepetingan peribadi. Bajunya cuma 2. Lilin dipadamkan jika perbincangan hendak dilakukan tidak berkaitan dengan rakyat. Memikul guni tepung untuk diserahkan kepada seorang ibu yang memerlukan makanan kerana anaknya lapar. Jika kita boleh mengambil kisah Umar sebagai panduan, insyaallah perkara seperti yang YB kemukakan diparlimen mengenai gaji mantan pm, penasihat agama dan wanita tidak akan berlaku.
Wassalam
Banyak tu, duit tu... Patut depa bagi nasih free dah ler. Dulu dah cekau banyak dah.
Tahniah YB, teruskan keberanian anda :)
Good call.
UMNOputras think that only they can do the job.
There may young Malaysian who are capable for those position.
UMNOputras will screw the country even after their death.
salam bro yb...hahaha..nama pun tuan/ puan penasihat, mesti ada 20% macam tuan hussein patelon. bagi nasihat yg ntah ape ntah.. bro, lu hentam je mana yg lu nampak tak betul, kasi sekolah skit sama 'kutu-kutu berahak' tu... ok bro, wat keje leklok ok..kalo tak gua pancitkan tayar moto lu kang...huhuhu...ok bro, senang2 kita minum teh tarik kurang manis, wassalam..solawat - batu
salam,
YB, saya rase bangga dengan keberanian YB dalam memberikan kebenaran.dari harga set baju hinggalah yang ini. saya memang tak setuju dengan perihal gaji utk 3 orang ni. apa keistimewaan mereka. buat membazir wang rakyat je. tak fikir ke rakyat yang sedang menderita ramai lagi. sepatutnya kerajaan sekarang mengambil iktibar dari kisah Nabi Allah Yusuf. berjimat utk 7 tahun utk kesusahan 7 tahun yang mendatang.
terima kasih YB.
takbir!!!Allahuakbar!
p/s: boleh saya copy artikel dalam blog saudar utk dimuatkan di blog saya
www.sarjantulang.blogspot.com
Salam YB ZN,
Tahniah atas pendedahan ini. Selama ni rakyat tak tahu berapa gaji/elaun untuk mereka-mereka yang 'baling batu sembunyi tangan' di belakan PM "tercinta" kita ni.
Biar rakyat tahu dan luahkan kekesalan mereka melalui MP di Parlimen.
Lepas ni siap la juak-juak BN mai kutuk YB pasai dedahkan benda ni...
Tunguuuuu......
Tahniah YB.
Harap dapat disiarkan jawapan-jawapan lain jugak mungkin ada juga YB-YB lain boleh jugak posting jawapan-jawapan DR mereka.
a'kum...
Assalammualaikum.
YB..Syabas....push dia org YB ...3 org yg Xda sumbangan apa2(kalau ada pun ciput sangat) ...rakyat kena bayar untuk mereka sampai 1 juta..."bangsat" sangat....Membazir...
rakyat susah...dia org makan $ haram.....
Sekian..
kukulaan....pisangemas.....
mansuhkan jawatan tersebut untuk kebaikan rakyat! saya tak nampak peranan mereka sebagai advisor pun
amboiii byk betui gaji depa tuh? abis kami yg gaji ciput2 nih? then harga brg lak sik naik ni camne eh yb? iishkkkk2..
Saya berharap YAB Perdana Menteri tu sedar signal yang rakyat dah berikan semasa pilihanraya yang lepas. Kalau tak faham-faham lagi, memang jenis hati batu la tuh. Prihatin la dengan nasib rakyat.
Salam Saudara ZN,
Hmmm.. kenapa masih TDM di bayar allowance yg begitu banyak???
Apakah nasihat beliau pada PETRONAS yg semakin teruk hinggakan ramai kakitangan berhenti sanggup berhijrah ke negara lain??
Hapuskan jawatan TDM dan 2 org penasihat itu lagi!!!
Saya merasakan bahawa perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Suatu tindakan segera perlu dilakukan samada oleh pihak YB atau kita sebagai masyarakat awam bagi memanstikan dan menjamin pembaziran dana kerajaan yang sebegini dapat dielakkan....
minta penjelasan YB, apakah isu sebegini boleh dibawa sebagai Usul Tergempar!!?
p/s: Syabas YB, menanti tindakan berani YB yang seterusnya....
"KAMI BERSAMAMU"
Pak Lah telah tikam Mahathir lagi dengan pengumuman ini.
Sharizat sure kepanasan selepas pengumuman ini.
Dan Hamid Othman patut kemas meja dan berambus.
dah 10 tahun dia habiskan duit rakyat dan x buat apa pun kat JOM tu.
Dia ni muka tebal . Semua orang tau Pak Lah dah tak mau dia lagi semenjak tahun 2004 lagi. Tapi muka tebal ni x sedar diri x bangun2 dari kerusi kat JPM tu.
byknya gaji penasihat agama Islam..kena potong gaji penasihat Agama Islam sebab menyebabkan Sik tergadai..hehhe...cuma Tun Dr M tu saya setuju..hak lain2 tu tak relevant ler..
Salam,
I'm sure your income per month as a lawyer exceeds Tun's pay as an advisor. To me, the sum amount paid by Petronas to Tun is so little as compared to his service to the nation. Petronas with its billions of ringgit in post tax profit can only afford to pay RM15,000 per month to Tun? And that doesn't included monthly deductions!
I agree with you on how high the emoluments given to Hamid and Shahrizat but I in my humble opinion, Tun's payment is way too low.
Your line of argument saying that Petronas do not need an adiser just because it already has a Board of Directors was disappointing. I can also ask you what's the relevance of the Penasihat PKR if PKR itself already have their leadership structure headed by its President? Plus, is the Penasihat PKR even a member of PKR? I can only summarize my frustrations to your line of questioning via the writings i picked from this blog -
"Is the Government of Malaysia under the current questionable leadership unhappy about the RM 10,500 (RM15, 000 before tax) a month token payment to Tun Dr.Mahathir Mohamad for his continued (National) service as the Advisor to Petronas ?
Dear members of the Cabinet (the Kitchen cabinet and all the 4th floor Cabinet members included), are you guys trying to send some kind of a message by detailing out the pittance that Petronas pays for the invaluable services of a former Prime Minister?
Is this how the Government (which operates like a Sendirian Berhad (Pvt Ltd) company now) shows its gratitude to a STATESMAN who is respected world over for his ‘brains’?
Such despicable attempt at one-upmanship against Dr.Mahathir invokes great anger among many well brought-up Malaysians who still admire and respect him and Tun Dr.Siti Hasmah.
I believe we are indebted to the ‘NUMERO-UNO’ couple for leading us in all aspects of life for many years – including the 22 years when Dr.Mahathir was THE Prime Minister.
A long list of Multinational Corporations from a host of nations from any given continent in this world is queuing up to 'tap' Dr.Mahathir's priceless mind.
Nations as powerful as China, Russia, Japan, Korea, Cuba, Indonesia, France and others like Thailand, Vietnam, ALL of Africa, (the lists goes on) AND the MUSLIM NATIONS IN THE WORLD hold Dr.Mahathir even higher than their own leaders.
The respect and recognition was not because Dr.Mahathir gave them lucrative contracts through Dasar Ekonomi Baru, nor were they Malaysians who enjoyed 22 years of his able leadership. (These foreigners are also not UMNO members).
Dr.Mahathir truly commands great respect due to HIS unique ability and not merely because he was the PRIME MINISTER.
I think by now it’s an open secret that not any Talib, Daud or Harris could earn the respect and admiration just by assuming the position as the Prime Minister of Malaysia.
Please! Don’t try to drag the STATESMAN down or attempt to wipe out his legacy by embarking on a subtle smear campaign for he is beyond all such ‘child’s play’.
Don’t even try such tricks in countries like Japan or Bosnia because someone might slap you tight for talking bad about their IDOL.
p/s Since the GLOBAL PETROLEUM industry players are fully aware of the fact that Petronas’ venture into the African continent is primarily due to Dr.Mahathir’s personal networks and excellent relationship, maybe it’s time for them to make an offer for his ‘expertise’.
I was made to understand that giants like SHELL pay as high as USD 750,000 to USD 1 Million annually to their advisors from a host of nations.
Petronas! Pls tell the PM (whoever it is) not to push his luck."
- apanama2020.blogspot.com
Salam,
Mungkin perlantikan tu macam penasihat PAS la, Tuan Guru Nik Aziz. Kira cam atas presiden/pengarah. Tapi, bezanya Tuan Guru beri nasihat tanpa gaji (mungkin). Kalau ada, betulkan.
Sebab itu kita memerlukan MP-MP Pakatan Rakyat yg hebat2 kat Parlimen...
Relak jap:
1) Perangai Saper Ni (Parit Perak)
http://www.youtube.com/watch?v=xBORfpLtib8&feature=related
2) Parlimen Malaysia: Dato Dr Hasan Ali (Dulu-dulu masa dlm Parlimen)
http://www.youtube.com/watch?v=eaM79uFZb8Y&feature=related
3) Wakil Kelab Penyokong PAS (Kelantan ni)
http://www.youtube.com/watch?v=bmp5cW19h_w&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=GvxfrksdA54&feature=related
4) Padang Serai VS Pasir Salak (Yg ni mantap)
http://www.youtube.com/watch?v=-9C7SKf0z94
Let us NOT waver. Let us ALL, one way or another, push forward together. The March 8 election was a ray of light for all malaysians. This ray of light must be broadened until ALL malaysians is free of the greed of those in power. Greedy politicians must be kick out of the malaysian power structure.
betul..
jwtan TUN DR M yang RELEVAN...
KAMI masih mengenang jasamu TUN...
Syabas atas pendedahan ini. Adakah tuan speaker tu membenarkan pekara ini dibahaskan? Kalau ya, cadangkan agar jawatan dimansuhkan, seperti kata, tugas2 duplicate yang memang sudah sedia ada
Dear Dr M Supporter Mr Jebat,
So, as a conclusion, we need to pay Dr M tons of money to show *our* appreciation for his service? Does it need to invovlve money? A million (in USD)a year, according to you? The retirement fund is not enough? The Tun title is not enough? It has to be Rakyat money that you wanted to use to pay yout retired boss? Someone who could advised the current PM for free anyway if it's needed? I think a plot is Heaven is not enought too, it has to be money, isn't it?
Besides, the adviser's salary that you quote actually advised the Board of Director/Management of the COMPANY. The Rakyat money that was spent here, is for the position of advising the PRIME MINISTER. And as a tax-payer, I don't want to see *my* money spent on redundant positions like these. If the PM wanted to know the direction of Petronas, he can ask the Board himself, instead of having this position.
Unless Dr M is an adviser to Petronas (instead of PM), then, please bring forward your request of a Million Dollar Salary to Petronas. Thank you.
Tahniah YB Zul. Moga Allah SWT memberikan kekuatan dan hidayahNya ke dalam diri YB bagi memperjuangkan nasib rakyat... InsyaAllah jgn gusar dan takut Allah SWT pasti akan menjaga makhlukNya yang berbuat baik dan membela nasib golongan yang hak.. Hidup YB Zul!
anonymous, nothing was said about paying TDM tons of money. Jebatmustdie was comparing that what was paid to TDM ia mnere pittance to what he should have been given. Regardless of what others have been saying about him, his contributions to the country cannot been ignored.
Yeah, you are right. It does not have to involve money. He is an adviser for LADA and strings of other organisations without receiving anything. TDM did not ask for the money from Petronas. And TDM even offered for Petronas to discontinued it.
And to you YB Zulkiffli Nordin, contrary to what you might think of yourself, you are just a " budak berhingus", still wet behind the ear. To lump TDM with the other so called advisor is just a cheap stunt and despicable. You still have a long way to go. You are not even fit to wash the dirt on TDM's feet.
Bawak bawaklah belajar sedikit untuk menjadi pemimpin. Belajar lah sikit hormat kat orang tua. Apa yang buat selama ni and maybe for the next ten years belum tentu lagi dapat menyamai apa yang telah TDM buat untuk Malaysia. Kalau TDM is so hard up about the money, he can always become to other organisations or countries. But he is Malaysian true and true.
To quote Jebatmustdie, any comments on status of PKR Advisor?
Syabas atas pendedahan ini.
dear anonymous 23:57,
Like I said earlier, I do not agree paying shahrizat and hamid omar using the public's money and the amount paid to them is way too high. As the case of Tun's, I firmly believe, Petronas with its multi billion ringgit profit could at least be paid more than that measly rm10,500 nett per month.
Afterall, we the Malay upholds the concept 'berbudi' and 'berbalas budi'. Something that some Malays have forgotten. By fact, Tun was a remarkable PM. Even that you cannot take away. Not even Zulkifli who is bent on tackling petty issues like the RM180,000 (gross amount) instead of highlighting a more critical problem like the corruption of the current Prime Minister and his cronies and family members (KJ, Kamaludin, Patrick Badawi etc). I'm sure they wasted a lot, lot more money by the millions, if not, billions. But Zulkifli here, is more interested in that pathetic amount of RM180k? He even had the cheek to say that money could have been spent building houses for the poor etc. Doesn't he realized that the money saved by building the highly inflated Masjid Krystal in Trengganu can build more houses for the poor? Or money saved from holding the wasteful moonsoon cup (300 mil) could benefit more people? Kenapa nak dok perhati kat kuman tapi gajah korup depan mata tak nak tegur? Before I label ZUlkifli as a petty politician, he better get his act straight and highlight a more pertinent problem.
Bro...Gaji DR M sebagai penasihat tu belum belum campur dengan pencen pencen dia. Kalau campur banyak tu.
Dr M juga ada bodyguard sendiri, doktor doktor sendiri dan setiausaha sendiri. Gaji mereka ni sapa yang bayar dan dah banyak keistimewaan yang Dr M dapat. Duit aku termasuk juga kot untuk bayar semua ni.
Bro...kalau boleh usulkan kat Parlimen mansuhkan PLKN tu. Buat ngabis kan duit ajer program tu bukannya banyak manfaat pun. Yang kaya tukang bekal PKLN
Amir
anonymous,
tun dr mahathir is ACTUALLY adviser to petronas.. not the PM. i reckon you're one of those "melayu tak kenal erti budi & tak mengenang jasa pemimpin & pejuang melayu"... to even bring up issues like these.. berape la sangat kau bayar tax tu.. and mind you, you're the only one whos paying tax.. please again check yourt facts on history of petronas.. and what role tun dr mahathir played in moving the glc forward...
nak bagi point to rebut pun, buatlah research sikit, nilah budak2 zaman skg, asal boleh je hentam org lain..
Salam saudara Zul,
Terima kasih atas pendedahan saudara. Saya berharap sebagai YB baru, saudara akan terus berkeja untuk rakyat.
Namun, berkerja-lah secara waras. Itu lebih utama.
Saya juga tidak bersetuju dengan amaun-amaun itu tetapi saya agak tersentuh dengan amaun yang didapati oleh bekas PM kita. Bagi saya kadar itu adalah kadar biasa yang perlu Petronas bayar pada mana-mana penasihat. So, no big deal.
Tetapi, jika kita sebagai rakyat biasa mempertikai-kan amaun itu terhadap Tun adalah tidak wajar kerana tidak ternilai jasa Tun dengan sebarang bayaran pun.
Tun berjaya meletakkan nama Malaysia di mata dunia. Walau buruk bagaimana pun Tun, kita tidak boleh nafi-kan Tun-lah yang memartabatkan Malaysia.
Jika Pak Lah, Saudara Anwar, dan yang lain-lain belum tentu dapat memberi khidmat sepertimana yang telah Tun beri-kan. Jiwa raganya untuk Malaysia.
Hidup Kedah!
36 "buah" rumah.
RM15,000 sebulan tu hanya sebahagian dari yang ditanggung Petronas. Cuba YB soal tentang penggunaan jet oleh TDM yang ditanggung Petronas.
two.moro
Ala toksah dilayan Si jebat tak bertaring ngan anonymous sekor tu...unsur2 dengaki le tu...piraah lu! kalu berani boh je la name, apasai hang pakai jer anonymous...tarak taring la lu...no kelasss!Depa dua ekoq ni 180 ribu tak jadi kudih buat depa....rupe sering lapan kupang jer..but menda layan orang tak heran sekupang ni...leteh...
Mungkin boleh tambah RM1.5 juta sebulan untuk TDM menjadi penasihat BPR.
PKR advisor is a joke... kemaruk nak jadi PM...
Orang kutuk TDM sebab berubah lepas letak jawatan... apa kurang dengan DSAI... dulu dia macai paling setia TDM... pendukung aspirasi TDM... lepas kena tendang... sekarang dialah pejuang rakyat berbilang bangsa kat Malaysia...
belum campur gaji setiausaha, 2 doktor peribadi, 2 bodyguard...duit juga tu..
YB,
boleh tak tanya sebagai soalan tambahan
kenapa banyak Geologist&Geophysicist (G&G) tempatan di PETRONAS banyak berhijrah ke luar negara?
adakah gaji PETRONAS terlalu rendah bila dibanding dgn syarikat2 oil&gas yg lain
adakah adil G&G yg menjadi teras E&P diberi sama gaji dgn HR yg ada sindrom denial menolak alasan sebab gaji pekerja petronas berhijrah?
tanya dlm angka (peratusan dan angka)
sampai bila petronas kena bergantung dgn tenaga luar kalau xjaga kebajikan pekerja tempatan
kenapa petronas bila ambil pekerja 10tahun experience dari syarikat lain diberi gaji lebih tinggi berbanding dgn 10thn experience di petronas? petronas tak percaya dgn kemampuan pekerja sendiri? kenapa syarikat2 luar seperti middle east sgt suka mengambil pekerja2 petronas?
WOOOWWWW!!!
Mahalnya!
YB, dengar cerita PM nak lantik semula Datuk Effendi Nawawi sebagai penasihat di EPU dan mempunyai authority macam Dato' Shahrizat. Ini untuk memberi fokus kepada pembangunan koridor-koridor.
Post a Comment