Assalamua'laikum to all,
Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.
Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.
Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..Aamantu billah summastaqim.
Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

102 komentar:
PKR jangan jadi kacang lupakan kulit. Kalau PKR BERANI MENGHUKUM Tuan Lawyer Zulkifli Nordin hnaya semata2 kerana BERANI MEMPERTAHABKAN MARUAH ISLAM YANG CUBA DICEMAR, maka KAMI AKAN TETAP BERADA TEGUH DIBELAKANG ENCHE" ZUL.
KAMI AKAN MEMPERTAHANKAN ENCHE" ZUL HABIS-HABISAN!!!
SYABAAAAAAAAAAS ZUL!
SYAAABAAASSSSSSSSS...
Kami menyokong siapa sahaja berani pertahankan Islam dari dihina..
Walau dari mana dia dan siapa sahaja dia...
Moga Allah bersama orang yang benar.
Moga YB akan kenal mana jauhari mana manikam..
Mungkin tindakan drastik selepas ini bagi menghalang 'orang itu' dari terus membenarkan Islam dihina melalui politik parti nya ?
seperti keluar parti tanda protes ?
tinggalkan parti yang sekarang masih menjadi parti anutan anta ???
Moga cepat cepat bersama golongan yang setia mempertahankan Islam...
Ingat Tangan Allah bersama Jemaah !
Salam.
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
Saya sentiasa di belakang Saudara Zul.
Masukkkanlah saya ke "Rakan Blogger"
Hasbullah Pit
:)
YB saya di belakang YB..allahuakbar...islam utk semua..berjuang bersama PAS>..
Salam, TAHNIAH kpd saudara dan SYUKUR kpd Allah krn masih mengurniakan insan yang berani MENYATAKAN YANG HAK DAN MENYANGGAH YANG BATIL. Moga saudara terus istiqomah dalam perjuangan. TAKBIRRR!!! ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..!!
syabas YB Zul ,keep it up.Berani kerana benar..bang zul.Kalau kita di jalan benar tidak perlu digusarkan apa yang berlaku.
Rasa DSAI masih menghargai YB sebagai rakan dalam perjuangan sejak zaman reformasi.
Saya yakin tidak ada apa tindakan yang akan akan berlaku jika penjelasan YB jelas benar.
Dear YB,
Walaupun saya tidak pernah terfikir utk menyokong PKR, PR atau yg berkaitan. Tapi saya menyokong tindakan YB dalam hal ini. Bukan kerana keuntungan parti. Agama Islam wajib di dahulukan daripada yg lain. Tq atas keberanian YB semasa perhimpunan BAR yg lepas.
Have a nice day YB.
Doa kami untuk YB.
Serve to lead!
harap keputusan nanti tidak merugikan mana2 pihak...amin...
http://suarasaktii.wordpress.com/
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum YB,
May Allah bless you and give you happiness and may Allah grant you Jannah for all the works that you have done to defend Islam in this country .
There are only few people like you that left in this country that has withstand and steadfast defending and protecting whatever left of Muslim rights and protecting the aqeedah that has been eroded bit by bit until current situation right now that a lot of muslim people have become murtad if report by Dr Harussani is taken into account.
Remember this brother, we muslim brothers and sisters that love islam really proud and support what you have done to defend Islam in this country.
People like you who defend islam will be called with names that will insult you and your family, insult islam , insult our beliefs , but our Messenger , Muhammad saw had faced the same situations before .So, stay strong and remember that your muslim brothers and sisters that truly love islam will pray to Allah to make you strong and will support your effort till the end , InsyaAllah.
Holding into Islam nowadays as our world towards the end , is tremendously challenging and we as ummah has a duty to protect aqeedah of our muslim brother and sister and our childrens and you're just doing that by doing your duty as a muslim.
I hope Allah will give you strength and accept your struggle and i will bear witness in front of Allah in the day of Judgement that you today has put an effort to protect whatever left Islam in Malaysia and also put an effort to protect aqeedah of muslim people in Malaysia. May Allah give you Jannah brother, amin ya rabbal alamin.
Assalamualaikum.
LOveIslam
Syabas YB.
Teruskan perjuangan tuan.. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang seperti tuan..
YB,
Pendirian YB amat saya sanjungi, xramai zaman sekarang pemimpin yang semacam YB. Benar, apa sahaja yang kita lakukan, Islam yang kita dahulukan. YB, saya tahu ramai di Parlimen YB akan menyokong YB dalam keadaan YB sekarang ini. Saya akan menyatakan sokongan YB kepada DSAI dalam blog beliau, saya amat yakin bahawa mereka akan mengadili dengan saksama terhadap YB. YB .... teruskan perjuangan ...
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
salam yb.
moga2 pihak parti tidak kena kan apa2 tindakan terhadap yb.. dan jangan lah kerana ini yb akan keluar parti..disaat kita rakyat malaysian menunggu 16 september jgn lah ada perpecahan dlm parti..
Saya sokong YB. Perjuangan untuk Islam tiada kompromi. Islam harus berada di atas yang lain.
takbir 3X...ALLAH HUAKBAR...tahniah YB...
YB Zul, Saya amat setuju dengan pendapat tersebut dan mennyokong pendapat tersebut. Kita nak tengok apa PKR nak buat dengan pihak-pihak yang cuba menghina Islam. Kalau mereka buat silap mereka tidak akan kemana.
Salam Kemuliaan Bulan Ramadhan untuk YB Zul dan keluarga,
Saya memahami apa yg YB perjuangkan. Saya juga sedar di dalam PKR itu terdapat pelbagai pegangan dan fahaman yang secara nyata tidak selalunya selari dengan kita.
All the best for you!!
semol meter je tu sheh, jk parti leh terima insya Allah.. ape2 pon ana sokong enta 100%..
Saudara,
1.saya mengucapkan tahniah ke atas saudara yang tegas dalam memperjuangkan perkara ini.
2.Ini berbeza dengan dengan rakan-rakan MP PKR Islam & Melayu lain yang tidak bersuara dan tunduk pada tekanan parti dan keaggresifan DAP & MP bukan Islam.
3.Kebelakangan ini, nampaknya sindrom mempertikaikan Hak-hak orang Melayu & Islam di negara ini di anggap kebebasan & keadilan. Manakala apabila orang Melayu/Islam bersuara di anggap perkauman ataupun pelampau agama.
4.Mohon saudara dapatkan sokongan-sokongan MP PAS juga agar tidak berseorangan.
Terima kasih
"Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi..."
Satu pendirian yang tegas dan terbaik bila kita diminta memilih antara dua.
Maaf cakaplah, walaupun saya nie penyokong salah satu parti dalam PR tapi bagi saya PKR dengan UMNO nie adalah sama,apabila saya melihat tindak tanduk mereka dalam hal yang berkaitan dgn Islam. Soalan saya...apa yang PKR buat untuk Islam bila dia dapat merampas Selangor dari UMNO. Apakah perkara pertama yang dilakukan ialah menutup premis judi spti kedai ekor dan menghadkan penjualaj minuman keras spt mana yang dilakukan oleh PAS di Kelantan apabila kita berjaya merampas nya dari UMNO dalam tahun 1990 dahulu.
Pada saya kenapa jadi mcm tu...sebab dasar parti PKR nie hampir sama dgn UMNO. Islam nya ada tapi bukan diletakkan dihadapan. Itu saja masalahnya...
Maaf lah...sekadar pemikiran saya dari pengamatan saya, walaupun saya tahu YB nie ahli PKR!
Semuga YB Zul mendapat keredhaan Allah dalam segala tindak tanduk YB dalam kehidupan ini...Insyaallah!
Kami sentiasa akan merindui tindakan-tindakan YB dalam mempertaankan Islam. Tewrmasuk hal disiplin ini. Lagi pun PKR patut di 'alert' kan tentang akibat buruk jika mempunyai dasar hendak meremehkan Islam sebagai agama kelas bawahan, tidak logik dan tidak sesuai dengan kemodenan.
Salam YB,
Insyaallah dibulan Ramadan yang mulia ini, Allah sentiasa membantu umatnya yang berjuang dijalan yang benar.
Perang Badar salah satu contoh. Kami akan teguh dibelakang YB iaitu diantara wadah dan aqidah, kita perlu memilih aqidah.
Allahuakbar
insya'allah...
kebenaran jua yg akan menang..
teruskan perjuangan...
himpunan aman ??? zul dah lupa ker??? tuh bukan himpunan aman... tuh geng samseng !!!! tak cermin imej PRK !! orang tak wat apa2 lagi dah serbu cam nak bunuh orang.....tuh cuma forum jer cik zul...apa plak derang hina islam ??????? tang mana derang hina islam ??? dah tadak akai ker ??? ko nie rosak kan imej PRK jer
zul,,pedulikan tindakan disiplin dunia tu,,,aku still support hang...dalam apa2halpun islam mestilah diutamakan..biaqla syed husin dgn labu-labunya...
Syabas saudara Zul...jgn biarkan Islam terus dihina...tinggalkanlah PKR yg bersifat sosialis
TAKBIR!!!
Assalamualaikum,
It's a clear message to all the Pakatan Rakyat's leaders especially Anwar Ibrahim. Pendirian yang cukup tegas dan berprinsip. SYABAS Saudara Zul. Muslims di Malaysia pastinya di belakang anda...Takkan orang Baling nak biaq kot.
semoga YB dipelihara Allah
Asalamualaikum YB
Tindakan YB betul , utamakan prinsip islam adalah tindakan yang bijak, saya pun dulu orang PKR tapi apa saya dapati PKR tidak mementingkan islam dalam perjuangan, jadi saya pun sekarang tidak berminat dengan PKR . Perjuangan dulu dan sekarang saya dapati sangat jauh berbeza, perjuangan sekarang jauh lari dari perjuangan asal. Oleh kerana untuk mendapatkan sokongan orang bukan islam PKR sangup membelakangkan ISLAM dalam perjuangannya.
KEPADA PEMIMPIN -PEMIMPIN PKR ISLAM YANG LAIN JANGAN KERANA INGIN MENDAPAT SOKONGAN ORANG BUKAN ISLAM ANDA SEMUA SANGUP MENGHINA ISLAM
DIDUNIA MUNGKIN ANDA AKAN TERLEPAS DIAKHIRAT NANTI TUNGGU LAH BALASANNYA
ALLAHUAKHBAR .........
Asalkan demi menegakkan Islam.. Saya tetap berada di belakang Saudara Zulkifli..Sepatutnya PKR lebih prihatin tentang isu berkenaan.
teruskan perjuangan mu YB , kalo PKR mengambil apa apa tindakan terhadap YB. saya dengan tidak berbelah bagi akan meninggalkan PKR dan akan kempen kepada adik kakak saya untuk meninggalkan PKR walau terpaksa melupakan untuk merasai harga minyak turun. DSAI mesti tegas dalam memelihara Islam. kalo demi sokongan bukan islam sanggup meninggalkan atau meletakkan kepentingan ugama dibelakang tiada lagi undi untuk PKR . titik. Syed husin lebeh lebeh dalam hal ini jangan pentingkan parti melebihi Islam.. Lebeh baik undi BN dari PR kalo macam nilah cara PKR...
YB teruskan pertahankan Islam walau terpaksa bercakap dan menentang sorang2...setakat hilang jawatan YB, toksah nak kira sangat, he dunia sekejap jer...nun nak jawab di sana nanti, itu yang abadi...
DSAI harus rakyat tentang habis habisan kalau lah itu sebabnya.
salam,
saya akan sentiasa menyokong YB dalam tindakan YB mempertahankan tindakan YB. ISLAM mesti ditegakkan.
p/s: lg mudah jika YB keluar PKR, masuk PAS. senang cerita. takde sape yg akan halang dimasa akan datang.
Allahuakbar!!!3x
sarjantulang
tggalkan pkr yb..msuk pas..
senag cikit kerje kite kalo kite bersame2 dgn golongn yg mmpertahankn islam..
n nasihatkn dsai, dahulukn islam dr perkara lain..
islam is da way of life!!
KAMI TETAP MENYOKONG YB ZUL..
ISLAM ITU HARUS DIUTAMAKAN..
JANGAN BIAR ORANG BUKAN ISLAM TIDAK HORMAT KITA, AGAMA KITA..
KAMI TETAP SOKONG YG ZUL..
Kalu apa-apa tindakan berlaku pada YB zul ,saya menyeru geng blogger reform dan penyokong PR akan menghentam habis-habisan pimpinan PKR terutama Syed Husin ALi.
Nak tengok sampai mana JwtnKuasa Disiplin PKR ?yang mana syed husin kepala.
Saya juga menyeru geng blogger reform dan penyokong PR menghantar comment kpd DSAI berhubung isu ini
Kami golongan muda berjiwa Islam akan stand behind YB.
YB zul....saya salute pd YB kerana pendirian YB...apa2 pun, saya sokong apa yg YB telah buat....dan saya gembira kerana ada seorg YB di malaysia seperti YB zul.
saya harap YB jgn rasa gusar & sedih ye.
kalau YB menghadapi masalah dgn PKR....rasanya adalah lebih baik YB menukar wadah parti kpd PAS.
syabas YB...saya sokong YB zul!!!
saya kira, PKR perlu akur bahawa ahli-ahlinya terdiri dari kepelbagaian latarbelakang agama dan bangsa. Malah, ahli-ahli ini ada rights masing-masing yang dipertahankan. Apakah dengan mengambil tindakan tatatertib terhadap sdra YB Zul, PKR telah bertindak adil kepada ahli-ahli lain dan menafikan hak sdra YB zul sebagai seorang muslim.
semoga sdra YB zul terus assertive dalam tindakan sdra.
satu lagi, saya lihat mainan isu perkauman ini sudah digempur-gempurkan. Saya harap rakyat tidak dimanupulasikan ttg isu ini dan sewajarnya apa-apa jua isu dileraikan dengan lapang dada. Jika tidak ada pihak yang ingin mencucuh api supaya peristiwa 13 Mei muncul semula dan menamatkan usaha-usaha 16 Sept ini.
Cuma lihat hari ini siapa yang mulakan isu perkauman?
apa matlamat mereka?
Salam YB
Kami dari jemaah surau annur bandar baru bangi menyokong sepenuhnya tindakan YB. teruskan perjuangan. jangan gentar untuk berkata kebenaran. Allahuakbar!!
Jemaah Surau Annur, Bandar Baru Bangi
kami tetap berdiri dibelakang dengan YB walaupun YB parti Bebas sekalipun..moga Allah merahmati YB..
salam
YB,
Di sini saya menyokong YB.
http://c-bok.blogspot.com
mempertahankan Islam dgn tindakan, bukan dok tengok jer..
saya menyokong tidakan YB Zul..
Salam ramadhan.
YB, ingat tak kelab bekas Tim. YDP PAS yang dicadangkan. Sayang nya Keadilan pilihan YB
tahniah yb..kami tetap sokong anda...saya telah post kpda DSAI komen tentang kes YB...kami nak lihat apa tindakan DSAi pasni...hidup ISLAM...
p/s..sy baru blajar jd bloggers...ni add sy...klo senang layari la...
http://demikebenaran.blogspot.com/
Salam YB Zul
Macam ni baru pemimpin ada pendirian
Jangan goyah sedikit pun. Hilang jawatan pun tak apalah YB. Rezeki Allah punya di langit dan di bumi.
Hidup YB Zul.
memang betullah sebab TGNA apabila Tok Guru menghalang Syed Husin daripada bertanding di Kota Baru tahun 2004. Jiwa sosialis ni adik beradik dengan kominis, tak akn selam-lamanya memahami peri penting perjuangan sahsiah Islam.
Apa pun, beranikah DSAimengmabil tindakan yang pastinya mengundang gusar rakan -rakan dari PAS, menjunamkan populariti di kalangan orang-orang Melayu Islam, dan memveri bola tanggung kepada UMNO di ketika dan saat segenting 16 September?
Apa yang Datuk Seri fikirkan - ke mana imej PKR pasca 16 September yang cuba Datuk Seri bayangkan?
Assalamualaikum YB
Saya menyokong tindakan YB dan saya sarankan YB jawablah surat tunjuk sebab itu sejujurnya dan jangan takut menyatakan kebenaran. Bagi jawapan yang molek-molek sikit,hati keras manusia ini boleh luruh dengan kata-kata ikhlas yang datang dari hati yang suci murni. Saya yakin pihak atasan PKR cuma mahu kan jawapan yang jujur dari YB. Di waktu-waktu begini,
merekalah yang begitu bodoh jikalau melepaskan sebutir mutiara yang begitu berharga di dalam parti.
"Allah yubarik fik. Ana uhibbuka fillah ya Akhi!"
salam,,
yb , inshallah Allah akan menolong yb. sebagai pemimpin yang beragama islam, yb telah melaksanakan tugas yb terhadap Allah dan agama dahulu.inshallah, saya doakan YB akan terlepas dari dihisab Allah di akhirat kelak kerana tugas pemimpin adalah berat sekali.. menjadi pemimpin bukanlah perkara yang diimpikan oleh pencinta pencinta Allah, rasul dan islam.lihatlah para sahabat bagaimana mereka sebenarnya terpaksa menceburkan diri mereka di dalam memimpin walhal hati mereka tak inginkan langsung akan dunia yang sementara ini.ini kerana seorang pemimpin terlebih dahulu akan di soal siasat di akhirat kelak akan segala tanggungjawabnya ke atas rakyat yang dipimpin dan terhadap apa yang dilakukan oleh pemimpin tersebut untuk agama Islam.Jikalau gagal, nerakalah tempat bagi pemimpin pemimpin yang tidak jujur dengan tugas mereka terutama terhadap Allah dan agama islam..semoga Yb dan keluarga sentiasa diberkati Allah dan dilindungiNya..ameen ya rab el3alameen..
alhamdulillah..YB merupakan seorang yg mempunyai pendirian..kuasa dan harta x sekali mengubah pendirian YB
respek sama YB!!
saya sokong ikhwan pantherians.
kami akan berjuang habis2an utk demi YB ZUL kerana Allah!
ALLAHUAKBAR!
tidak ada lagi berita yg benar2 kagumiku selain berita ini.
menitis air mata ku mmbacanya..
Assalamualaikum.
"Serulah ke jalan tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh yang baik."
Tahniah kepada tuan kerana sanggup mempertahankan prinsip Islam. Saya sentiasa mendoakan agar tuan dapat mengharungi masalah ini dengan penuh berhikmah. Islam mesti dipertahan, dan pakatan rakyat pun mesti terus rukun. Kami rakyat Kulim mahu tuan terus berkhidmat untuk kami.
Allah ma'ak.
YB memperjuangkan kesucian Agama Islam dan InsyaAllah YB sekeluarga sentiasa dilindungi Allah SWT.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Kam Nan
Koh Lipe
Maaf andai saya tidak senada dgn anda semua. Saya sokong YG Zul mempertahankan Islam tetapi bolehkah YG terangkan kenapa semasa kumpulan penunjuk perasaan menceroboh masuk ke dlm bangunan BAR ada di antara mereka yg menjerit perkataan yg tidak elok serta memaki hamun? Adakah kita menunjukkan contoh yg baik kepada rakan bukan Islam kita? Adakah Islam mengajar kita mencarut dan menghina org lain walaupun berlainan kaum? Saya cina muslim Malaysia...
Bolehkah kita melihat dari sudut yg berbeza forum yg mereka anjurkan itu? Bolehkah kita melihat dari sudut mereka? Sebelum saya memeluk Islam itu juga antara persoalan yg bermain di benak hati saya. Bolehkah kita menggalakkan lebih byk forum untuk pemahaman antara agama kerana saya yakin dengan adanya persefahaman agama yg dianuti oleh masing masing maka InsyaAllah perselisihan faham akan dapat dikurangkan dan kita dpt hidup aman bersama dlm masyarakat yg berbilang kaum dan berlainan agama...
Saya sayangkan Islam dan biarlah kita menunjukkan contoh yg baik untuk penganut agama lain bahawa agama Islam ini cintakan keamanan dan perpaduan bangsa (bukan Melayu, Cina tetapi sejagat)
Assalamualaikum....
www.ceritalah-layman.blogspot.com
Salam YB..
Saya berdoa agar tiada tindakan displin akan dikenakan terhadap YB diatas tindakan berani YB mempertahan ISLAM yang selama ini dihina dan dipermainkan.Sikap keberanian YB amat saya kagum.Semoga Allah dilindungi YB serta rakan² YB yg mementingkan ISLAM.
hi there everyone, before I continue my writing, I would like to intro myself, I'm a Chinese and not a very religious person.
I do understand the sensitivity of the issue, but we have to understand that the forum is for the good of the country, it is a discussion on conversion out of islam by non-bumi/malay, this would prevent all those body snatching problem once and for all, and to prvent future misunderstanding between malay muslim and others. It is sad when we see families, especially their partner's body snatched away and to be buried in a different cemetry.
The forum is about non-malay converting out of Islam, again, it is non-MALAY converting out of islam.
Salam YB Zul,
Tindakan yang melulu terhadap YB Zul oleh PKR dalam isu ini bakal menjauhkan pengundi Melayu Islam dari menyokong PKR. Apatah lagi pengundi-pengundi PAS.
Jika tindakan dikenakan oleh PKR terhadap YB, ia sudah menyinggung rakan Pakatan Rakyat yang terbesar iaitu PAS (Notis Tunjuk Sebab ini pun telah merobek hati kami). PAS telah menyatakan pendirian tegas sebelum ini, bahawa PAS mengekalkan gabungan jika ia menguntungkan Islam.
Next election, tengoklah gelombangnya nanti, PKR AKAN HILANG UNDI DARI PENGUNDI-PENGUNDI ISLAM.
Saya menyeru YB Zul dan rakan2 PKR yang cintakan Islam, marilah bersatu di bawah panji sebenar yang memperjuangkan Islam di tanahair kita ini. Apa guna kita taksub pada individu yang dianggap pemimpin berkarisma jika Islam pula diketepikan.
Wah, kini semakin terang siapa sebenarnya PKR. Tunggulah next election tuan-tuan, TAHULAH PENGUNDI-PENGUNDI ISLAM MENGAJAR MEREKA.
Ramadhan Kareem & Salam Perjuangan.
mind my ignorance, but why do you think the forum was set up to disgrace Islam?
malaysia perlukan pemimpin seperti saudara ...bukannya seperti si A yang
bermain politik dengan cukup pintar sehingga semua orang khayal dengannya
Takbir YB!..
But please jangan tinggalkan PKR, DSAI need you..
Inilah Perjuangan YB..
Allahuakbar!!
Assalamualaikum, saya rasa bahawa YB telah tersilap memilih parti untuk bertanding. Barangkali YB harus mengambil keputusan "melompat parti" kepada parti yang satu lagi di dalam Pakatan...saya rasa YB tentu faham maksud saya.
Wassalam.
i was led here from http://sloone.wordpress.com/2008/09/07/id-rather-choose-islam-over-parti-keadilan/
------------
i will ask you to make your stand and resign from PKR because your attitude is not fit to be in a multiracial party. to me, you are not even fit to be a lawyer.
this world is a lot messier with non-thinking human like you who'd rather believe in what you fantasize and would rather forgone all that is real in this world. well, here is one advice, just leave this world now so you can go to your fantasy world a little earlier. this is win-win for both you and the world.
there are people who want to make this world a better place. and there are those who would care only his 'after' world. take my advice, just leave this world to us. go now.
judging from all the comments here, i guess this will not be approved. anyway, i just want to get my message across to your thick skull.
YB,
Ni belum apa2 lagi. Satu soalan. Boleh kah PR dengan berbagai-bagai ideologi yang berlainan memimpin Malaysia pada 16 Sept atau pun pada mana-mana tarikh.
Jawapannya? YB fikirlah sendiri...
moga perkara ini dapat diselesaikan dengan tanpa merugikan mana-mana pihak.Perkara sebegini mengajar Pakatan Rakyat agar lebih matang dan bersedia dalam memerintah negara kelak.Apa yang penting jangan sampai isu ini digunakan oleh Umno dan barisan nasional sebagai modal politik mereka bg menyambung talian hayat yang semakin kritikal ini.Saya percaya perkara ini dapat diselesaikan dengan aman.
http://suarasaktii.wordpress.com/
Teruskan YB, YB kena buat tindakan atas ijtihad YB sendiri.
semoga Allah merahmati YB. nnt masa meeting pesan pada ahli jawatankuasa tu. cakap "hangpa baru menang tak sampai setahun, dah berani nk tunjuk riak ngan takbur. hangpa menang pon sebab bantuan Allah. mudahnya lupa diri bila dah ada kuasa"
jom masuk parti satu lagi yb. mcm pelik je parti YB skang ni.... dah mula nk tunjuk taring kot.
Salam..
Saya berpendapat YB Zul tak akan dikenakan tindakan apa-apa. Kalau ada tindakan pon mungkin kecik aje..
ntah-lah..
mungkin YB Zul patut berjuang atas parti lain... saya tahu, UMNO mungkin mustahil tetapi PAS mungkin pilihan terbaik buat YB. PKR? kurang sesuai saya rasa...
seandainya YB masuk PAS, sudah tentu tidak ada masalah sekiranya hal2 seperti ini berlaku lagi..
Wallahualam.. Wassalam..
I'm a Chinese Muslim (Converted) and a believer who loves Islam, but what I want to remind you my brother is that you need a lesson in diplomacy and not engage in anger. Look, you don't need to blog about this issue and when you face your party, change it into a political issue and say the Bar Council was conspiring with Dollah to instigate Muslims and cause strife and that's what you were against it and not raise Islam at all. Spreading Islam needs intelligence, wisdom, patience, manuovering, compromise, knowing what to do at the right time and always appealing to non-Muslims through our conduct and sharing. You are not doing any. Do you think a Chinese/Indian will come to Islam this way or love it? Pliz be diplomatic and leave this issue behind and never blog about it. There are sometimes we need to retreat to attack in bigger quanitityy and a time like this needs a lot of silence and diplomacy. Your party doesn't need distarction also and DSAI who campaigned for you doesn't need distraction bcoz he is fighting with bigger enemies. He has faith in you but you don't need to embarss him and that's why he has maintained silence over your issue though many people are blaming him. Pliz don't put him in difficult situation.
Furthermore, We are in Ramadhan, no anger and fast actions are needed or allowed. Pliz let this issue end and don't get overexcited and remain in your party and try to spread islam diplomatically and defend it in a way that will make others get attracted to the higher ideals you cherish rather than running away.
"Thus it is due to mercy from Allah that you deal with them gently, and had you been rough, hard hearted, they would certainly have dispersed from around you; pardon them therefore and ask pardon for them, and take counsel with them in the affair." (Al-Quran, 3-159)
P.S
Don't give any interview to any AMNO media or BN media at all. I hope you heed our call. May Allah accept our deeds and fasting. Allahuma Amin.
Wassalam.
Francis Y. Abdullah
salam,
klu cmni pendirian YB Zul, amatl layak utk tuan menjadi PM ke 6!!! kami umat islam di malaysia amat rindukan pejuang seperti YB di dalam politik Malaysia.
Allahuakbar
sarjantulang
Sudahlah korang semua... Tindakan YB Zul adalah yang terbaik... Kenapa pulak Muslim sahaja perlu meminta maaf kepada non muslim? Tindakan beliau betul dan sekiranya diambil tindakan disiplin, saya lebih rela sekiranya YB Zul di pecat dari PKR daripada meminta maaf atas kesalahan yang tidak dilakukan... Mempertahankan Islam adalah keutamaan dan kalau tidak, jadilah seperti UMNO yang cuma menyatakan keutamaan Islam itu di bibir sahaja...
YB, saya menghormati apa jua anutan yb.
Islam tetap segala galanya. Apa pun berhujahlah dihadapan mereka dengan bernawaitukan bahawa Allah berada dimana mana. Insyaallah semua akan beres dan tidak mustahil ianya menjadi suatu yg lebih baik lagi dari sebelumnya.
Ya la koolgek....if we were to leave this world to spesies like u, the whole world will collapse....watch your words, ur not even fit to talk...shut up and get lost!!!
So far, you have voices of support from people that you are comfortable with, probably the same people who encourages you to act. Here is the challenge as a YB, to hear different perspectives and offer your decision.
1. Can you honestly say that your aggresive act of storming is a reflection of your faith?
2. If Islam is justice for all, why are you defending one religion and particularly single race? Does it not bercanggah with your role as a MP, Muslim and even politics of PKR.
3. Can you 100% say that you make this decision because of God? Can you not make mistakes in your decision?
everybody can make their own decision. Think about it. I honestly would not be sad to hear about your resignation. Btw, its just a disciplinary hearing. Don't be emotional twice. Your enemies know your weakness YB.
I suggest to Kechau Tersang Boston, that as for "defending islam", why not he do it himself rather than enjoying the good life in Boston; Come back lah, rather than going on to Birmingham on a Government Sponsored Scholarship and studying Engineering, go to Cairo and take Islamic studies, get well versed in that and come back and "defend islam" . I wonder how YOU would feel in the Federal Government in America decided to on an offensive against Muslims, which they very well can, all things considered.
teruskan perjuangan yb zul, saya sentiasa di belakang saudara walau apapun keputusan ambil. islam mesti mengatasi segalanya. takbir
YB Zul... Menghina & menghancurkan Islam ini tlh berlaku sejak era TDM. Bagi saya yg merosakan kedudukan Islam itu adalah dari kalangan pemimpin kurang ilmu terutamanya mrk yg berkuasa sakan tu. Akibat dari perangai yg gagal utk d perbetulkan maka tibalah waktunya tugas ini d ambil-alih oleh org bukan Islam. Bagi saya, inilah natijahnya dari tingkah-laku yg lalu.
Saya tdk bimbang reaksi org bukan Islam terhadap Islam krn mrk jahil tetapi yg saya amat khuatir jika pemimpin Islam itu sendiri turut terjerumus utk menghancurkan syiar Islam d negara ini. J'gan salah faham, saya bukan maksudkan YB Zul ttp pemimpin yg konon utk memperjuangkan Islam tetapi sarat dgn rasuah, gila-kuasa, memecah-belahkan umat dsb.
yang kalah belum tentu salah..yang menang belum tentu benar..berpolitiklah dengan bijaksana..berdakwahlah dengan penuh hikmah dan tauladan...RENUNGKANLAH
tahniah YB! saya doakan Allahmemudahkan urusan YB nanti
Salam tahniah dan tabik spring 100 kali kat YB kerana cekal mempertahankan prinsip..
saya amat berharap YB terus kekal membawa wadah perjuangan YB didlm PKR... PKR memerlukan YB bagi mengimbangan pemikiran liberal sesetengah pemimpin serta ahli PKR...
saya pasti, PKR tidak akan mengkhianati perkata keadilan pada nama parti tersebut dgn menafikannya keatas YB, insyaallah...
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.
Rileks le bro...
Assalamualaikum,
YB, walau apa pun tindakan dari PKR, YB jangan gusar. PKR hanyalah satu parti kerdil yang diberi Allah sbt sedikit kejayaan di dunia akhir-akhir ini. Sekiranya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKR yang beragama Islam lebih suka menjaga hati orang-orang bukan Islam yang biadap terhadap Islam berbanding mempertahankan maruah agama Allah sbt, maka yakinlah lambat laun hari kejatuhan dan kehinaan PKR akan tiba jua.
Mengapa perlu takut-takut mempertahankan Islam, jika di hati benar-benar beriman hanya Islam agama yang benar dari bermulanya masa sehingga selama-selamanya?
Salam perjuangan
Salam YB,
Dah agak dah.. dema mesti bagi warning punya. YB, inilah akibat bersekongkol dan bersetongkol dengan orang yang tiada kalimah tauhid, sampai terpaksa tunduk lagu ni. Allah dah firman dah!, 'Walan tardho 'anka'.. ila akhir ayat.
Syabas dan tahniah, biarpun YB kena pecat sekalipun, ana tetap bangga terhadap anak Baling yang sorang ni!
Tahniah YB. Saya penyokong UMNO. Sekiranya YB bertanding dlm PR nanti, ramai penyokong UMNO luar sana apatah lagi penyokong PAS akan mengundi YB. Jangan takut!
Kalau YB lompat ke parti PAS sekalipun kami tetap akan sokong YB.
Tahniah sekali lagi.
saudara/saudari desadara,
apa kena mengena Islam dimartabatkan dan Melayu dimuliakan? Apakah Islam hanya untuk Melayu sahaja? Itulah yg Ustaz Mohd Asri cakap Antara Kesempitan Kaum dan Kebasaran Islam... Islam agama universal dan tak ada kena mengena dgn satu satu bangsa saja...untuk satu satu bangsa dimuliakan harus dimulakan dgn kelakuan dan tindakan yg baik dan bukannya mengergunakan agama untuk kepentingan sendiri atau bangsa...
You gain respect when you start to respect other... Kalau kita asyik menuduh mereka dan mereka menuduh kita dan tiada seorg pun yg memulakan langkah pertama sampai bila pun kita saling tuduh menuduh...
Tahu kenapa Islam diperlekehkan dan ditindas? Salah satu antara byk sebab ialah Umatnya tdk bersatu dan Islam telah DiBANGSAKAN padahal tidak ada satu bangsa pun yg memiliki Islam....
Lagi satu sebab ialah bila seseorg nak buat sesuatu mesti membabitkan Islam seperti bersumpah, atas nama Allah dan sebagainya walhal mereka berbuat demikian atas kapasiti individu dan bukannya mewakili Umat Islam yg lain? Kenapa mesti membabitkan Islam? Bila anda buat jahat atas kapasiti sebagai individu tapi bila beramal soleh sebab anda ialah Muslim... Mengelirukan bukan?? Semuanya atas kapasiti sebagai individu dan Islam cuma agama anda dan segala pahala dosa akan dikira di akhirat nanti jadi tak perlulah menjadi talam 2 muka....
Maaf andai menguris perasaan kerana sesungguhnya yg benar itu amat sukar untuk diterima....
Assalamualaikum...
Salam,
YB,
Sy disagree ngan cdg di mana YB masuk PAS. Saya rasa lagi baik YB stay kat PKR for the purpose to ensure that the party still have respects on Islam. Saya takut, since pengaruh secularism and liberalisme makin kuat dlm PKR, PKR akan jd cam DAP perlahan2.
"walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept."..JADI SELAMA INI YB MENCARI SUATU KEDAPATAN DAN KEUNTUNGAN??mungkin dari sudut perjuangkan Islam..kalau benar tak payahlah mangungkit "saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept."..PELIK SIKIT NANTI BUNYINYA..bak kata pendekar Mastor ..(sombangg)
salam.
Yang hang kluaq PAS buatpa? Duk elok dulu dah jd YDP Pas, memperjuangkan Islam dengan Jamaah Islam, duk masuk PKR.
Nak berjuang Islam masuk Jamaah Islam, duk kumpulan cacamarba, yang dalam tu ada sosialis, nasionalis..
Tahniah! akan ramai di belakang YB.
Islam adalah segalanya, kita boleh bertoleransi, tapi jika nama dan imej agama diperkotak katik, bukan sewenang-wenang kita boleh berdiam diri. Kena buang PKR,PAS tetap ada.
yang penting nama agama tidak boleh dihina.
Buat apa, mendapat untung! dan kekayaan jika suatu hari nanti orang mengenang kita sebagai pembelot dan pembohong!
Teruskan berjuang dan bersuara kepada mereka yang dalam pakatan tu yang suka menguji kesabaran dengan nada menghina Islam!
Isu asas mesti diselesaikan, jika tidak nanti buat apa jadi kerajaan, sdgkan dasar yang diperjuangkan selama ini terpaksa didiamkan atas nama kongsi kuasa.
Teruskan usahamu Y.B.
dulu YB ali PAS.lompat ke PKR.kenapa ye...................
salam....
DULU KATA KAT UMNO TKNAK KAT ISLAM,TAPI SKRANG PKR LEBIH DARI ITU......PKR TU KAPIR JGK,ALAT AMRIKA LAKNATULLAH!!!!
KLUAQ PKR YB,PAS LEBIH BAIK BUAT YB ZUL,ALLAHUAKBARRRRR 3X
YB Zul,
Bebanyakkan istifar dan bersabar selalu. Perjuangan YB belum selesai. Mungkin inilah yg perlu dicari oleh UMNO untuk melakukan perubahan dalaman parti. Mungkin YB is the ONE.
Saya kesal apabila YB diarahkah oleh PKR memberi tunjuk sebab atas kejadian tersebut,perkara ini tak sepatut berlaku,disebabkan hendak menjaga hati ahli2 PKR yg bukan berugama islam pihak PKR sanggup berbuat demikian terhadap YB.Datuk Sri Anwar Ibrahim sepatutnya menasihat pimpinan PKR supaya isu ini janganlah dipanjangkan,ini akan menimbulkan sentimen ugama,janganlah kita menjadi seperti umno yg memainkan sentimen perkauman sekarang.Semoga YB ikhlas dan dapat mempertahankan apa yang YB diperjuangkan.
Memang payah mempunyai pemimpin yang berfikiran sosialis macam Syed Husin.Syed Husin patut ditendang dalam lubang sampah.Memamalukan orang Islam.Islam bersamamu YB!
www.cakap-lepas.blogspot.com
"Mungkin YB is the ONE".Ni salah satu istilah yang popular digunakan oleh PENGIKUT BUTA TULI dalam Al-Arqam..digunakan untuk mengkisahkan Ashaari HEBAT...Ingatlah yang maksum cuma nabi..kalau AHLIL POLITIK..kebanyakannya kadangkala bolehlah disamakan dengan AHLIL NUJUM PAK BELALANG(penuh dengan ramalan)atau AHLIL PEMUTAR ALAM...jangan biar emosi mempengaruhi..buat pertimbangan wajar..ALASAN AHLI POLITIK KONONYA NAK TEGAK KEBENARAN AKAN DIHAMPARKAN KEPADA KITA DENGAN MACAM-MACAM ALASAN...lama-lama dengaq boleh pengsan..wallahualam
buat apa yang sepatutnya untuk Islam YB. Biar putih tulang jangan rambang mata dengan wang.
Renungkan..Nak bela Islam sambil picit belakang KIt Siang...bulat nekad dikepal-kepal...cakap sikit disergah Karpal...Nak bela Islam sungguh ketara..tapi kOnfius aku..mati-mati dibelanya RAJA PETRA..Inilah lawak politik yang boleh buat mak mentua lalu belakang pun kita tak terasa...sebab dah TERBUDAYA..
asalkan nawaitu saudara betul kerana Allah, insya'allah saudara akan di berkati dan di rahmati.
Dear saudara Zulkifli,
ISLAM FIRST?
I refer to your statements regarding your behaviour at the bar council forum.You say you are a Muslim first and Islam comes first in your actions. How glorious and noble! Muslim and Islam first adalah pandangan sejagat bukan berkepentingan sendiri atau sifat menonjolkan diri. Kalau betul betul Muslim first kenapa pilih bar council untuk lawan dan bukan musuh Islam di Palestin Iraq Afghanistan. Sana orang Islam dibunuh atau dibiar membunuh sesama sendiri. Kan berkatnya lebih jika selamatkan insan Islam atau kurangkan derita meraka disana dari merempuh perbincangan secara aman.
ISLAM or MALAY?
You use Islam and Muslim which is universal to justify your action in the narrow context of Malaysia and appear like Islam’s hero when you are plain domestic Malay politics champion. You have a personal agenda that is why you choose your battles for Islam that will propel you and not those that get you nowhere (or killed) even though they are overflowing with keberkatan and martyrdom. But at the bar council you act like you are prepared for death. Why? You are confident you won’t die, you coward. Try barging in to save a Palestinian, Iraqi or Afghan Muslim.(By the way barge in means entering without blessing/consent and no need to kick down doors)
JANGAN BOHONG!
You have personal interest but masquerade using Islam as propulsion. You are Zulkifli first followed by Malay second and Islam is way after that. You are not fighting Islam’s really pressing battles in this world so don’t over-glorify yourself with Islam first claims.Hadkan laungan kamu pada Zulkifli/Malay first. I even doubt you will fight for Chinese Muslims facing challenges in China the way you did at the bar council. If Islam is first you should not be doing what you are doing now considering Islam faces greater threat of destruction elsewhere.
ISLAM or PERSONAL INTEREST?
So maybe you are interested only in Islam in M’sia. Why only M’sia when the salvation is much much more elsewhere? Only you know. Buat sesuatu atas nama Islam saya percaya ianya mesti suci, murni dan ikhlas. Apa yang suci murni golongan majority dan besar mengguna ancaman merempuh mencedera dan merosak terhadap golongan kecil dan wanita.
Dari segi berkat dan kebaikan untuk Islam mana lebih bagus:
Guna masa merempuh perbincangan aman kumpulan kecil termasuk wanita atau membantu satu orang miskin tanpa suluhan media supaya dia dapat peluang hidup dan menghayati Islam dalam suasana lebih selesa.
Melawan bar council dengan tunjuk kuat dan penumbuk tapi tak berani berkasar dengan Muslim sendiri yang rasuah duit yang boleh bantu saudara Muslim miskin.
Bar council bukan pembentuk undang undang, bukan pemerintah malahan tidak berkuasa hanya boleh melaung saja. Apa nak di takut sehingga nak cederakan orang! Menteri yang menangkap orang, mengarah siasatan sesuka hati tidak di tentang begitu.
ANTI ISLAM?
Kamu longgokan segala persoalan tentang kelakuan kamu di bar council sebagai orang anti Islam.Wah besarnya kepala kamu! Tuhan kurnia kamu darjat ini! Any comment about you at the forum is anti Islam? YOU MEAN YOU ARE ISLAM? I believe and hope a good Muslim is calm, non-violent and not aggressive or abusive like you.
PAK PENGUTUK.
I have heard you mengutuk kelakuan Muslim yang di tafsir unIslamic oleh kamu. All these actions promote contempt and hate against fellow beings. I know other religions don’t encourage this approach and Islam too.This behaviour shows your tendency to place yourself and your ideals above others. Tak ada agama yang memertabatkan pendirian kamu ini atau merestui cara ini. Be kind, humble and help people not jijik , condemn, instigate hate even though you perceive others do it.
BAR COUNCIL ANTI ISLAM.
Bar council will always act to protect the minority and defend lost causes. It is their ideal. That is why it will take cases of minority people who have no where else to turn. It so happens Islam is the majority in this country and naturally they will face off. It does not mean they are anti Islam. If Islam is the minority in this country I am sure that bar council will take up minority Muslim cases to fight the majority non-Muslim authority. Don’t be too eager to label others anti Islam to score points for your selfish unIslamic motives.
assalamualaikum YB Zulkifli Noordin,
Jika dilihatkan komentar2 org bukan Islam dalam nih , marah betul mereka sebab YB kata nak mempertahankan Islam , sampai kata tindakan YB ini tidak islamik !! ORG KAFIR BOLEH KATA TINDAKAN YB TIDAK ISLAMIK . KELAKAR BETUL ! MANA DIA TAHU ISLAMIK KE TIDAK , KALAU SUKA SANGAT ISLAM , MASUKLAH ISLAM DAN MENGUCAPLAH DUA KALIMAH SYAHADAH DAN BERIMAN PADA ALLAH DAN RASULNYA . Kelakar betul betul orang2 kafir nih , dia ingat Islam nih macam agama2 yang lain , ikut suka diorg jer .Betullah seperti yg dinyatakan dalam al-quran , org2 kafir nih tidak akan senang dengan org islam selagi org islam tak ikut cara dia .
Anyway , seperti yg saya pernah sebutkan , KATA2 NISTA SUDAH BERMULA , CACIAN SUDAH BERMULA , GELARAN2 YG BURUK TERHADAP SAUDARA TELAH BERMULA , MANUSIA2 YG KAFIR SUDAH MULA MENENTANG SAUDARA , TAPI , INGATLAH , ALLAH ITU MAHA BESAR DAN MAHA KUASA , JGN LAH SAUDARA PUTUS ASA, KAMI ORG YG BERPUASA MEMOHON PADA ALLAH TAALA SUPAYA SAUDARA DIBERI KEKUATAN IMAN DAN TENAGA DAN MEMOHON SUPAYA SUADRA DIMASUKKAN KE DALAM JANNAH ATAS USAHA SAUDARA INI . JIKA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BERSATU HATI DAN BERUSAHA SEPERTI SAUDARA , NESCAYA ISLAM ITU AKAN BERSINAR SEPERTI DI ZAMAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT.
May Allah Bless You
Kepada Kechau Tersang Boston,
Saya fikir saudara tersalah anggap sedikit- mungkin kerana nada tulisan sedikit lantang.
KAFIR BUKAN ANTI ISLAM
Minta jangan salah tafsir, saya bukan menentang orang mempertahankan Islam. Saya menentang cara merempuh, berkasar memaki dan mencaci atas nama agama. Orang Islam berjuang untuk agama mrk memang patut, saya sokong dan hormati kesungguhan pengorbanan mulia untuk agama. Cuma jangan ada udang sebalik batu, jaga peribadi diri dan kemuliaan agama bila bertindak.
Mengganas, berkasar dan guna agama menghalalkannya cara orang berkepentingan peribadi menonjolkan diri. Mengganas, kekerasan cara paling cepat capai matlamat, sesuai bagi yang sudah lama menanti peluang bersinar – lihat sokongan dan berita yang YB ini dapat! Bila sebut nama agama orang fikir niatnya saja terus diagungkan, tak fikir caranya betul tidak. Niat baik cara pun mesti baik baru betul!
Orang lain guna akal fikiran usaha cara lain (tentu ada) tak dapat berita, dikecam tak mempertahankan agama. Simpulannya mengamuk membawa faedah melimpah, aman berusaha, berserah dan berhajat tak dapat nama?
DEMI AGAMA ATAU PERIBADI?
Saya ulang- saya hanya tentang cara YB ini bertindak, bukan anti orang mempertahankan Islam. YB ini betul-betul bertindak demi agama tiada niat lain? Tak terlintas langsung hangat berita, ombak pubisiti bila suruh orang merempuh? Bila kecoh nama agama yang tercemar tapi nama watak watak berbatu tersebar. Siapa rugi siapa untung?
Saya sokong satu pendapat di sini sebut orang Islam memburukkan nama agama bila kait nama agama padahal itu tindakan mrk sendiri. Tuhan membalas tindakan itu berasas agama, demi agama tidak. Bukan untuk penganutnya melaung laung – semuanya akan dikira akhirat kelak, tak payah bermegah kecuali ada...?
LEBIH BERSERAH.
Betul kata saudara bukan Islam tak patut tafsir hal Islam. Saya tarik balik dan pohon maaf kepada rakan Muslim jika berlaku salah demikian. Nilai yang saya sebut ialah tanggapan saya nilai kemanusiaan.
Saya sampaikan pandangan kepada seorang bukan untuk bermusuhan dengan Islam. Mcm saudara suruh YB, mari menyerah pada Tuhan(masing masing) menentukan setelah kita berusaha. Tak payah bermusuh biar bercanggah cara dan pendapat saja.
JADI MUSLIM BERJAYA, MULIA.
Saya ucap semoga saudara berjaya dalam pelajaran (mengikut tulisan komen sini) dan pulanglah membantu negara. Saya tak dapat peluang saudara (mungkin sebab bangsa kot) jadi hargailah peluang yang didapati. Usaha kelak untuk berjaya, berdikari dan jangan minta bantuan pulak untuk anak. Cukuplah kamu dibantu dan tanggungjawab kamu pula berdikari atau bantu yang lain. Jangan jadi mcm orang yang tamak minta keistimewaan sampai ke anak cucu – orang lain biarkan! Rakyat yang lahir bangsa lain di negara ini kehendak Tuhan bukan kehendak mrk. Saya harap Islam dapat buka mata dan hati penganutnya
SALAM SEJAHTERA
Post a Comment