Saya tertarik dengan cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO YM Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddin yang mencadangkan pembubaran kesemua sayap Wanita, Pemuda, Putera & Puteri UMNO. Cadangan ini dibuat sebagai satu cara penyelesaian masalah politik wang, rasuah & salahguna kuasa didalam UMNO.
Malahan kenyataan ini adalah rentetan daripada kenyataan-kenyataan beberapa orang pemimpin kanan UMNO sendiri sebelum daripada ini yang bukan sahaja mengakui uwjudnya budaya politik wang & rasuah dalam UMNO, malahan ianya telah mencapai tahap yang begitu serius membabitkan peringkat cawangan hingga ke pimpinan tertinggi. Seorang pemimpin kanan UMNO juga pernah menyatakan bahawa lebih baik ditender sahaja jawatan dalam UMNO kepada pembida yang paling tinggi (to the bidder).
Saya melihat penyakit politik wang, rasuah & salahguna kuasa didalam UMNO khususnya & Be End umumnya telah sampai ke peringkat "it's beyond repair". Malahan rakyat telah mengajar UMNO/Be End pada 8 Mac lepas, diikuti dengan Permatang Pauh & Kuala Terengganu. Paling baru penghijrahan ADUN Bota YB Dato' Nasaruddin ke PKR.
Cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik UMNO ini ialah dengan membubarkan UMNO sendiri. Penyakit kronik di dalam UMNO hari ini menyebabkan kepimpinan parti itu menjadi lemah dan menjadi sepak terajang komponennya sahaja. Bukan sahaja UMNO tidak dapat mempertahankan tradisi menjulang keris sebagai simbol kekuasaannya, malahan parti itu hingga terpaksa menghukum ahlinya sendiri yang cuba mempertahankan dan memperjuangkan slogan "Hidup Melayu" yang menjadi teras perjuangan UMNO seperti yang terjadi kepada Dato Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Bkt Bendera.
Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan & parti UMNO hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.
Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan UMNO. Sekaligus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan UMNO supaya menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS).
Sekiranya cadangan ini diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen akan menambah kedudukannya sebanyak 89 Ahli Parlimen. Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekaligus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112). Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti yang selesa.
Insyallah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli UMNO akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini.
Ingin saya peringatkan diri saya dan lain-lain bahawa saranan saya ini dibuat hanyalah kerana ingin melihat Islam dimartabatkan dan diperteguhkan. Dengan cara ini insyallah bolehlah kita mengorak langkah maju kedepan untuk melaksanakan syariat Islam. Dan kita buktikan kepada golongan bukan Islam bahawa pemerintahan Islam adalah pemerintahan yang mentauhidkan ALLAH disamping meletakkan keadilan dan kesaksamaan sebagai dasar untuk semua kaum dan agama insya-Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
19 komentar:
zul
sertai pas ? aku mengikuti perkembangan pas sejak mula almarhum dato fadhil noor lagi. aku melihatkan memang 'pada waktu itu' pas seolah2 alternatif parti melayu.
tapi bila aku melihatkan beberapa pimpinan pas yang cukup 'menjengkelkan' aku , maka saranan kau zul patut dinilai semula.
kenapa husam lebih tunduk kepada karpal dalam isu debat hudud lepas ? kalau benar2 yakin hudud dan jaminan tuhan itu benar, kenapa pas tarik handbrake tak sampai 46 jam zul ?
sayang..dalam keadaan pas sepatutnya lebih baik dpd umno, tak sangka lepas menang pas makin hilang pedoman..
lagi satu zul, kalau betul lah pas itu hebat, AKU CABAR KAU BAWAK USUL DI PARLIMEN PINDA ARTIKEL 11 !
jadikan ia realiti di mana tidak ada lagi melayu boleh murtad !
kalau ini terjadi, AKU ISTIHAR MASUK PAS WAHAI ZUL !
Alhamdulillah. Jom YB Zulkifli, kita laksanakan hudud dan qisas andai PAS memerintah.
Perjalanan masih jauh.
Buat masa sekarang mari kita perkasakan tarbiyyah utk muslimin dan muslimat agar mereka bersedia apabila negara Islam ditubuhkan nanti.
Ana thiqah pada YB Zulkifli.
Kita pernah jumpe di UNITEN waktu YB bagi ceramah? Ingat lagi tak?
By the ana anak jati bandar bharu.
Salam dari Melbourne
salam.....
saya amat bersetuju dengan saranan YB sememangnya UMNO patut turut di bubarkan dan join PAS....
PAS FOR ALL
TAKBIR!!!!!!!!
YB Zul,
Kami di TKO forum sedang berbincang mengenai saranan YB Zul agar bekas ahli UMNO menyertai PAS. Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh ahli forum.Ini adalah disebabkan YB Zul ialah ahli PKR dan bukannya ahli PAS. tapi mengapa YB mencadangkan bekas ahli UMNO menyertai PAS. Dalam Mstar juga telah dikeluarkan berita mengenai cadangan YB Zul. Ini satu fenomena. Pendirian saya walaupun saya ahli PAS, cadangan saya biarlah YB Zul terus berada didalam jemaah PKR. Roh Islam yang teradapat dalam jiwa YB Zul dapat mengimbangi percampuran bangsa dan agama yang terdapat didalam PKR. Harap YB Zul dapat memberi perhatian terhadap cadangan saya agar memberi sedikit komen tentang kemasukan ahli UMNO ke dalam PAS untuk kami di Forum TKO. Saya berdiri teguh dibelakang YB Zul. Saya adalah pengkagum YB Zul selepas DSAI. Sekian
YB Zul,
Kami di TKO forum sedang berbincang mengenai saranan YB Zul agar bekas ahli UMNO menyertai PAS. Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh ahli forum.Ini adalah disebabkan YB Zul ialah ahli PKR dan bukannya ahli PAS. tapi mengapa YB mencadangkan bekas ahli UMNO menyertai PAS. Dalam Mstar juga telah dikeluarkan berita mengenai cadangan YB Zul. Ini satu fenomena. Pendirian saya walaupun saya ahli PAS, cadangan saya biarlah YB Zul terus berada didalam jemaah PKR. Roh Islam yang teradapat dalam jiwa YB Zul dapat mengimbangi percampuran bangsa dan agama yang terdapat didalam PKR. Harap YB Zul dapat memberi perhatian terhadap cadangan saya agar memberi sedikit komen tentang kemasukan ahli UMNO ke dalam PAS untuk kami di Forum TKO. Saya berdiri teguh dibelakang YB Zul. Saya adalah pengkagum YB Zul selepas DSAI. Sekian
Saranan yang baik sekali YB!!!
Salam YB,
Bila lagi YB nak istihar masuk PAS? saya rasa islam harus ditegakkan dari semua peringkat bermula dari dalam diri sendiri hingga ke semua keadaan dan peringkat setelah kita menguji dan berilmu dengan Islam barulah nampak cantiknya islam sesempurna di bawah Nabi Muhammad SAW dahulu. Tidak semestinya islam harus dari wadah politik, nabi tidak berpolitik mengembangkan islam tetapi dalam perkataan yang paling sesuai Nabi Mentadbir Kepimpinan Umat Dengan Islam secara menyeluruh, perkataan Politik bagi saya hanya kefahaman moden yang tidak berjaya mewakili Islam sepenuhnya kerana terdapat unsur kepentingan yang tidak ikhlas.
Lebih cantik kalau Politik di tukar kepada PIMPINTADBIR baru boleh membersihkan sedikit kekotoran nama politik, oleh itu saya rasa politik tidak berapa sesuai dengan kefahaman kerja YB dan dapat dilihat ketidak serasian kebelakangan ini di pihak YB. Dakwah adalah paling sesuai dengan perwatakkan YB jika tidak terlibat politik.
Harus ada pemimpin yang mentadbir jiwa islam untuk setiap individu, disamping kita berusaha untuk berjaya di peringkat kepimpinan tertinggi.
Semoga YB berjaya melaksanakan kerja yang diamanahkan Allah dengan sebaik mungkin.
Salam..adios
YB Zul,
I know PKR & PAS duduk dalam satu bumbung dalam Pakatan Rakyat but as PKR MP, u should tell bubar UMNO and sertai PKR. Why suddenly u told sertai PAS?
Your words "Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti yang selesa." I want to ask u, why u use word PAS and not PR?
U nampak tak confident ngan PKR and mengharapkan PAS membentuk kerajaan without PKR & DAP. I tak argue apa2 about that but, just want to know your position now. Are you still MP from PKR or dah nak kuar pi PAS?
Thanks
Faiz Nordin
http://faiznordin.blogdrive.com
Salam,
Tak ada logika..
Sdgkan cadangan YM TTSAR pun org x agree apatah lg nk bubar UMNO.
Sila beri idea yg lebih relevan ya YB.thanks:)
Assalmualaikum
Alahmdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan kenyataan Tuan ini.
Saya berdoa kepada Allah agar tuan kembali kepada PAS semula.
Terima Kasih YB atas cadangan yang sangat bernas.
Idea yang baik YB...semua MP Umno masuk PAS..
Terlebih dahulu saya harap semua pengkomen adalah Islam. Dan anda perlu tahu matlamat hidup sebagai orang Islam.
1) matlamat dunia - menubuhkan khilafah Islamiyyah dgn perundangan Allah ie hudud & qisas.
2) matlamat ukhrawi(akhirat) - menggapai keredhaan Allah.
Dasar PAS jelas, hudud & qisas. PAS bermain dipentas politik utk membentuk negara Islam. Percaturannya mudah, "majoriti mudah" di Parlimen utk pindaan perlembagaan.
Dan tanggung jawab kita, memperkasakan tarbiyyah dan dakwah. Inilah yg sepatutnya dilakukan oleh JIM, ISMA, ABIM, PEMBINA, dan semua gerakan Islam.
Apabila hudud dilaksanakan, rakyat sudah bersedia utk menerima perlaksanaanya. Contoh senang, 13 tahun dakwah Rasulullah di Mekah, tertubuh negara Islam Madinah dlm keadaan masyarakat sudah faham Islam.
Anda fahamkah? Kewajipan anda dakwah dan tarbiyyah.
Oleh itu gesaan YB ZUL tepat sekali. Masuk PAS utk memperkasakan tarbiyyah melalui usrah, halaqah, tamrin, kuliah.
Hudud & qisas bukan sahaja tanggungjawab PAS, tetapi semua UMAT ISLAM.
al Mu'min ayat 14,
Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadat kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai(nya).
Soalnya sediakah kamu utk memahami hudud & qisas?
Saya di Melbourne (negara org kafir), tetapi kerja tarbiyyah dan dakwah berjalan kerana ia WAJIB.
YB Zul dlm PKR, kerja dakwah dan tarbiyyah mesti berjalan. Ia WAJIB.
Bukan hanya kewajipan ahli PAS, tetapi juga semua UMAT ISLAM tak kire PAS,PKR,UMNO, Jawa, Minang, Banjar.
Sudahkah anda ditarbiyyah dan berdakwah?
Saya sarankan anda HARUS mengikuti tarbiyyah dari JIM ke ISMA ke ABIM ke. Supaya anda faham ISLAM. Iman dan Haraki
salam tuan MP:
Kedua-dua sayap UMNO itu dilihat hanya 'MENGHABISKAN BOOGHEH AJE" kata orang NSembilan... Putera DAN pUTERI LEBIH KEPADA KEANAKAN2 DALAM pilihanraya ianya dilihat langsung tidak membantu UMNO. yg mereka tahu bila disuruh buat provokasi beramai2....hampehhhhh
salam...cadangan YB tu memang bernas...byk tertanya2 knp YB suruh umno masuk pas!pendapat saya,umno adalah terdiri dari org melayu dan pas juga dari org melayu+islam.dan pkr lak dari berbilang bangsa so xsesuai la utk org umno yg berjiwa melayu!!!yg penting Islam perlu dimartabatkan,saya nak tanya anda semua,sebagai org islam...apa sumbangan yang telah anda buat untuk Islam termasuk Hudud?jangan jadi munafik,tau komplen tapi diri sendiri tunggang terbalik??
UMNO patut dibubarkan. Kewujudan UMNO ketika ini adalah satu beban yang amat berat kepada kesatuan umat Islam di tanahair kita sekarang ini. Saya lihat, tiada cara lain yang lebih baik melainkan kesemua ahli UMNO keluar UMNO dan masuk PAS.
Semoga Allah membukakan pintu kesatuan kita.
Salam.
salam zul bekas 'pembawa cerita arsenik' ..aku tahu detail insiden yg melibatkan kau itu..tapi biarkan ia berlalu kerana musuh utama aku sekarang adalah talibarut2 chinpeng keturunan melayu..nizar,kalid samad dan kumpulan bahalol melayu dalam pas dan pkr.
zul kau masih belum jawap cabaran aku zul ! aku ikuti kau sejak zaman hartina lagi..masih ingat atau kau sudah lupa...lupa mungkin kerana dibuai mimpi menjadi hero secara teori tetapi kau sebenarnya tiada praktikaliti !
zul..kau cakap berdegar di hari bar council membentang isu islam...sayang 'wayang' kau itu sekadar lakonan depan manusia dan depan tuhan kau sendiri zul !
nampak tak jelas kau sebenarnya layak berlakon salah satu watak dalam filem razak mohideen !
zul...kau sudah jauh menyimpang dari perjuangan hebat kau..adakah dengan saranan membubarkan umno dan menyertai pas boleh menyelesaikan masalah ?
wooooo..brader zul..tarik balik kata kau tu brader..dan kau renung balik2 kelakukan2 kawan2 kau tu dalam pas..kalid samad yang beri izin ALLAH boleh digunakan di gereja..
nizar...inilah talibarut paling teruk dalam sejarah islam wujd zul.
umno memang teruk, dan dah dibalas dosanya pada election lepas...
tapi sayang kamu pkr pas melayu semakin berkejar2 untuk turut serta menjadi TERUK !
zul kalau kau benar2 TULEN dan bukan budak kopi ..
SEKALI LAGI AKU CABAR KAU BAWAK USUL DI PARLIMEN MEMINDA ARTIKEL 11 DAN MELARANG SELURUH UMAT ISLAM TIDAK BOLEH MURTAD !
KAU CABAR UMNO,KAU CABAR MELAYU PKR,KAU CABAR PAS...
SIAPA BERANI IKUT KAU.
SIAPA MUNAFIK SEBENAR...
KAU USUL DAN BERJAYA AKU AKAN CARI KAU DAN ISTIHAR MENJADI PENGIKUT KAU !
ZUL... YES OR NO ?
Salam YB Zul,
Lama sungguh saya tak buat komentar di blog tuan. Cadangan ini sebenarnya tidak praktikal sama sekali kerana PAS baru cuma pegang 2 negeri iaitu Kelantan dan Kedah sahaja. Umno/BN masih lagi memerintah kerajaan persekutuan. Walaupun memperolehi majoriti mudah tapi ia masih berpihak kepada Umno/BN. Ini adalah realiti dan hakikat kenapa mesti menolak?
Persoalannya mengapa Umno harus dibubarkan untuk masuk PAS? Sepatutnya jika mahukan Melayu kembali bersatu dan lebih teguh sepatutnya PAS dibubarkan dan masuk Umno. Barulah ada sedikit logik untuk diterima akal. Kerajaan mana yang mentadbir Malaysia sekarang? PAS atau Umno/BN? YB sendiri pun ahli PKR kenapa tak sertai PAS kalau rasa PAS bagus sangat? PKR bukan sebuah parti Melayu tetapi parti pelbagai bangsa. Apa bezanya PKR dengan DAP? Kemukakanlah satu cadangan yang lebih masuk akal jika masih ada kesedaran di hati sayangkan bangsa Melayu yang semakin berpecah. Kita Melayu bercakaran tapi Cina, India dan lain-lain bangsa bertepuk tangan.
PEMUDA PELAPIS
Asm YB Zul,
Saranan yang Mantap dan Penuh dengan Kebaikan utk Semua.
teruskan perjuangan YB !!!
Post a Comment