18 January 2009

Rakyat menghukum BN, sekali lagi



Alhamdulillah, calun PAS, Hj Abdul Wahid Endut telah memenangi piliharaya kecil Kuala Terengganu P.36 dengan undi 32883, manakala calun BN memperolehi 32252 undi. Rakyat berbilang kaum sekali lagi menghukum BN dengan menolak calon yang bertanding. Mesej yang disampaikan oleh rakyat kali ini jelas walaupun BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan termasuk PDRM dengan hasrat menakut-nakutkan pengundi.

Mereka membuat tipu-daya, dan Allah juga membuat tipu daya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.

Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar!

12 komentar:

riemann said...

Alhamdulillah. Dah tambah satu kerusi di parlimen. Mari berusaha lagi. Hudud & qisas; dulu,kini dan selamanya.

Tarbiyyah jangan melebihi politik. Ingat pesanan khidmat masyarakat ini

Benrauf said...

Alhamdulillah. Terima kaseh kat YB juga sebab sanggup penat lelah turn berkempen menjalankan tanggungjawab walaupun sibuk.
AllahuAkbar!
AllahuAkbar!
AllahuAkbar!

Pentilium5 said...

Welcome Back YB Zul,
We expect at least one posting a day from now on....

Shahrul Rock said...

Saya gusar, sekiranya matlamat PAS untuk melaksanakan hudud terbantut dengan bantahan beberapa individu dari parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalam said...

TAKBIRRR....ALLAHUAKBAR...

anty-stupid said...

salam YB,
tahniah menang PRK P.36. just nak bagitau, ada pemimpin MCA hina hudud. sila baca blog saya untuk maklumat lanjut. harap YB boleh ambil tindakan.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

yb... untuk laksana islam maka dap dan pkr kita kena islamkan. oleh itu ulamak pas perlu bertanding atas tiket pkr dan dap.....

moga kita tak jadi palestin sebab terlalu banyak formula tapi zionis satu formula saja... bunuh palestin. sini macam mana? melayu islam berpecah.... cina dan india bersatu tumbangkan dominan melayu dan gantikan dgn parti melayu yg lemah.

Faizal Zakaria's Blog said...

Takpe..
nanti OK balik :-)




















Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Faqih's Politician said...

Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, http://faqihpolitician.blogspot.com

Riemann said...

Shahrul Rock,

Percubaan pertama telah dilakukan oleh oleh Tuan Guru Hadi Awang pada 1999 bilamana PAS hanya menang beberapa kerusi saja di Parlimen.

Oleh kerana PAS adalah minoriti, perlembagaan parlimen gagal dipinda kepada perlembagaan Islam.

Dan thn 2004 lebih teruk apabila PAS kalah, Hadi Awang dilucutkan jawatan dari Ketua Pembangkang, di ganti dgn Lim Kit Siang. Itulah yg bahaya.

PAS perlu menang byk kerusi di parlimen utk meluluskan perundangan Islam ie hudud & qisas. Dalam percaturan itu, langkah yg diambil perlu berhati-hati.

Oleh itu dakwah dan tarbiyyah perlu berjalan. Bukan hanya tunggu dan lihat negara Islam terbentuk.

Persediaan Rasulullah untk negara Islam Madinah mengambil masa 13 tahun. Agar semua rakyat faham Islam.

Itu yg perlu kita lakukan. Di tarbiyyah dan berdakwah agar semua org Islam faham ISLAM.

firman Allah dlm al Mu'min ayat 14,
Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadat kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai(nya).

Andai PAS memerintah, DAP dan PKR terpaksa akur menerima hudud & qisas. Andai Lim Kit Siang dan Karpal Singh tak setuju, SEMUA UMAT ISLAM waktu itu perlu bangun utk menyokong PAS memerintah menggunakan hudud & qisas.

Kita mungkin boleh buat DEMONTRASI aman MAHUKAN HUDUD & QISAS. Saat itu, org non-Muslim terpaksa akur juga. Soalnya disini, kita perlu faham Islam dahulu.

Setuju dgn OTAI. kena berdakwah utk DAP & PKR. contoh Cina yg masuk Islam ialah Dato’ Seri Haji Omar Yoke Lin, seorang tokoh MCA.

Ayuh, jom berdakwah.

amir mushiy ismail said...

saya cuma nak tanya, kenapa saudara sendiri tak keluar keadilan dan masuk PAS...kenapa perlu keadilan??..apa beza dasar keadilan dengan PAS??..sepatutnya saudara yang dahulu sekali masuk PAS supaya kawan2 kita di PKR mencontohi saudara yang berjuang di jalan ALLAH...bagi saya antara UMNO dan PKR..saya suka UMNO..sekurang2 orang dah tahu UMNO sekular..tapi PKR??? atas pagar kot???..maaf sekiranya terasa...

Hisham said...

salam.
saya mendoakan YB terus istiqamah dlm perjuagan...tetapi pd masa yg sama saya ingin YB zul berfikir tentang beberapa persoalan iaitu pendirian YB terhdp PR.kejadian yg berlaku di bar council pd thn lepas dan isu YB menhilangakn diri beberapa hari yB telah sedikit banyak membuat saya terfikir tentang sikap YB,saya mengikuti perkembangan YB semenjak itu YB zul telah tidak lagi ada persefahaman dgn PKR..mungkin sikap Yb yg tidak selari dgn dasar PKR yg tidak islamik..walaupun sya tau YB adalah ahli pas dan telah dipinjamkan utk election atas tiket keadilan.sya masih ingat lagi dlm blog saudara semasa ada desas desus mp2 umno akan melompat ke PR saudara kemana2 telah memberi sokongan kpd usaha DSAI dan mengharap pekara tersebut akan menjadi realiti kerana YB takut berhadapan dgn rakyat utk menjawab sekiranya 16sept tidak berlaku...skrg YB pergi ceramah kesurau2 cuba ingin membuat turning point terhadap jemaah dan membuat sindiran sinis terhdp isu melompat parti..seolah2 YB tidak bersetuju pula tentang isu tersebut berbandig sebelum ini...dan kes kematian seorg warga msia yg berketurunan india pun Yb seolah menuding jari seolah2 PKr mempolitikkan isu ini..YB..walaupun sya mengetahui memang dr segi dasar Yb tidak bersetuju mangsa mati dlm lokap tetapi kpd siapakah keluarga mangsa hendak membuat laporan?kpd media elektronik atau cetak atau pihak polis?yg dipelopori oleh regim umNO?.kehilangan sementara YB tempoh hari hanya Tuhan yg tahu dan apakah tujuan saudara menyepikan diri atau ini satu cara protes dr YB terhdp PKR..manusia itu tidak sempurna dan percayalah regim umNo haruslah di jatuhkan dgn cara apa sekalipun sebelum mrk menikam PR dr belakang...ambilah sikap yg sederhana tetapi tegas dan bukannya emosional.moga2 Tuhan memberi kita kekuatan dlm perjuangan..amiinnnn