31 March 2009

DS Najib

Salam 2 all,
Maklumat sahih yang saya terima tadi memaklumkan bahawa Istana Negara berkenan dengan upacara angkat sumpah Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada pagi hari Jumaat 7 Rabi'ul Akhir 1430 bersamaan 3 April 2009.
Maka bermulalah era pemerintahan baru Malaysia dibawah PM baru.
Menurut telahan nujum pak belalang, maka genaplah kitaran Perdana Menteri menurut firasat huruf R.A.H.M.A.N. Dengan pertabalan Najib sebagai PM ke 6 maka sempurnalah kitaran firasat tersebut.
Apakah N itu bermaksud The End 4 Be End..hanya masa akan menentukan, walaupun menurut firasat Sang Madey Al Kutty ameno/be end akan berkubor dalam PRU ke 13 nanti.
Sama-samalah kita nantikan. Apa yang penting, saya berharap DS Najib akan membawa semula era pemerintahan Almarhum Tun Abdul Razak yang terlalu mementingkan nasib kaum miskin tanpa diskriminasi kepada mana-mana kaum walaupoun mengutamakan bangsa Melayu. Dibawah pemerintahan Almarhum, orang Melayu mendapat layanan samarata tanpa mengenal parti dan kumpulan. Saya masih ingat kata-kata guru saya semasa di Andrrson School Ipoh dulu (walaupun dia kuat ameno) yang menyatakan bahawa anak Melayu tak kira sokong mana pun janji dapat gred 1 pasti akan dapat tawaran biasiswa ke luarnegara. Dan ternyata kata-kata Almrhum guru saya itu betul.
Tetapi dasar itu bertukar dizaman Madey, bukan sahaja anak Melayu non-ameno dianaktirikan, yang bukan kroni pun diketepikan.
Moga DS Najib akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan semua bangsa insyallah.
Adios..grasias amigos
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 komentar:

belokkirikanan said...

YB, Najib akan naik jadi PM nanti dengan penuh persepsi negatif berbanding Pak Lah dicop Mr. Clean di awalnya.persepsi tentang najib mungkin boleh disamakan dengan persepsi mengenai KJ. persepsi tu kemungkinan besar cerita palsu dan fitnah tapi saya tidak nampak setakat ini Najib akan membersihkan persepsi buruk tentang beliau.beliau tak berbuat apa2 pun sebaliknya membiarkan macam tu saja.
harapan saya, semoga DS Najib akan menjadi PM yang lebih baik drp PM sebelum2nya.

kamarul said...

Salam YB ZUL,

Pada pandangan saya DSN bakal menjadi PM yang hebat di negara ini.Semalam apabila beliau mengunjungi sebuah syarikat akhbar Cina yang terbesar di negara ini, sudah nampak kematangan politiknya demi survival politik negara ini.Saya yakin langkah pendahuluan yang diambil oleh beliau akan mendapat impak yang besar untuk masyarakat Cina di negara ini.Saya yakin dan pasti 1 PARLIMEN dan 1 ADUN akan dimenangi oleh BN dalam pilihanraya kecil pada minggu depan.Jelas sekali selepas kehadiran Tun (Madey) pada PAU baru-baru ini telah membantu mengubah persepsi rakyat berbilang bangsa di negara ini.Inilah ketokohan DSN dalam permulaaannya mengorak langkah untuk memimpin negara ini.Harus di akui dan saya percaya selepas ini, di tahu apa yang harus dilakukan terutamanya dalam isu wanita monggolia dan saya tidak terkejut sekiranya beliau dapat membongkar satu konspirasi yang hebat dari pihak yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan beliau.Kita tunggu dan lihat dalam masa 6 bulan dari 3hb April 2009.Senario politik akan banyak berubah dan tidak mustahil BN akan dapat balik keyakinan rakyat pada PRU13 nanti.

Saya berharap saudara Zul dapat bersama-sama dengan DSN dan kembali ke landasan yang sebenarnya.Terus terang saya katakan PKR akan hilang kehebatannya dalam masa beberapa bulan yang akan datang.Kehebatan PKR hari ini kerana Bro Anwar tetapi apakah Bro Anwar akan dapat bertahan dalam arena politik hari ini, seok , lusa , ataupun dalam 6 bulan akan datang?

Percayalah kebenaran akan tiba harinya nanti.

Mr.KETAM said...

ish ingatkan YB Anwar Ibrahim yg angkat sumpah tadi hihihi jgn marah bergurau saja