22 June 2009

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

###

Date: 22 June 2009

MEDIA RELEASE
PAKATAN RAKYAT COUNCIL OF LEADERS


Pakatan Rakyat Stand on Unity Government
The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:
1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.
2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat
3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

4 komentar:

Bzzz It said...

Salam YB Zul,

KESAL.... itulah perkataan pertama yang mampu saya ucapkan bila soal "Perpaduan Melayu/Islam" diketepikan begitu saja gara-gara kemarukkan kuasa. Apakah ini jenis ajaran Islam yang patut dipegang?

Hairan saya, kenapalah beriya-iya benar menolak dan meletakkan syarat tertentu untuk bersatupadu sesama saudara. Tidakkah Islam itu bersaudara? Atau PAS melihat orang UMNO itu sebagai bukan di kalangan saudaranya. DAP, bagaimana?

Sepatutnya soal perpaduan ini perlu dilihat melangkaui persoalan politik dan kuasa.

Kenapa begitu hipokrit ke atas usul yang dicadangkan sendiri sedangkan bersekongkol dengan "musuh yang nyata" dibolehkan.

Yang lebih parah sepertimana yang dilaporkan media, Nik Aziz samakan UMNO dengan pengamal ajaran sesat Ayah Pin dan Komunis. Sampai begitu sekali caciannya. Mungkin dia lupa siapa yang galakkan Chin Peng balik ke Malaysia.

Taman Seroja, Kulim, Kedah D.A.

freemsian said...

seems like you are fast losing credibility when you speak words that contradict your previous acts/words.

What Islam are you preaching when you are caught doing this?

http://www.thenutgraph.com/zulkifli-and-civility

Rantong said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

dmh1876 said...

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Yes no doubt that there is greater numbers of Malay MPs in parliament but they are divided in term of ideology, aspiration etc and as the saying goes “bersatu kita teguh bercerai kita roboh” and this is what some people want in order to achieve their aim by way of “divide and ruled” concept.
Yes no doubt there is greater number of Malay MPs but they are busy fighting among themselves and others are clapping their hand.

Irony isn’t it while Nik Aziz said that PAS could/should/would not form unity Government with UMNO aka Communist and/or Ayah Pin Sky Kingdom coz UMNO does not practice Islamic teaching and yet they can cheek kissing ala the arabs and work together with DAP which has clearly and openly denounce PAS Islamic State Agenda.

HYPOCRYTE, HYPOCRYTE, HYPOCRYTE and/or HYPOCRYTE

no government is perfect in today world but do go to the extend of calling fellow muslim comunnist and/or ayah pin sky kingdom coz the so called has done a lot for Islam i.e PERKIM, UIA, Bank Islam, Tabung Haji, Islamic Banking, Takaful etc more than I can say about the slanderer.

To me all politician are the same whether they wear Baseball cap, songkok, kopiah, serban etc bottom line they will say whatever there is to justified their lame excuses regardless how stupid it might be when their action contradict what they are saying.