26 August 2009

TAHNIAH YB LIM

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada rakan saya YB Lim Soo Nee, Ahli Dewan Undang Negeri kawasan N. 35 Kulim atas perlantikan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah menggantikan tempat YB Mohd. Radzhi Salleh yang telah keluar dari PKR Ahad lepas.

Saya menjangka YB Lim akan terus memegang portfolio Pelancungan dan Sumber Manusia. Nampak gaya rakan saya kena pindah Alor Setar lah. Majlis angkat sumpah dijangka akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu depan.

Nasihat saya kepada YB Lim, dahulu semasa saudara tiada sebarang jawatan orang tidak menghormati saudara. Malahan saudara sendiri pernah mengadu terdapat jabatan dan agensi kerajaan yang tidak memberi pengiktirafan dan penghormatan pun kepada saudara. Sehingga ada jabatan yang tidak membenarkan saudara menghadiri mesyuarat pun!

Kini itu semua akan berubah. Bermula dengan saudara mulai hari ini akan diberi kenderaan Perdana hitam berserta dengan pemandu. Elaun dan gaji saudara akan meningkat. Kuasa saudara akan bertambah. Saudara akan dihormati oleh ramai orang. Kesana kemari orang akan terhangguk-hangguk depan saudara, malahan jangan terkuejut kalau ada yang nak cium tangan saudara.

Harapan saya saudara sentiasalah insaf dan berwaspada. Ingatlah jawatan itu bukan habuan tetapi amanah dan tanggunjawab. Jangan lupa kepada rakyat Kulim walaupun saya sedar saudara akan kekuranagn masa selepas ini untuk memberi tumpuan kerana perlu menjaga seluruh negeri Kedah pula. Saya dan rakan-rakan akan sentiasa membantu menurut keupayaan kami insyallah.

Selamat maju jaya, semoga saudara akan menjadi seorang pemimpin dan exco yang memenuhi asipirasi dan hasrat rakyat Kedah.

Grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
05 Ramadhan 1430
26 Ogos 2009

4 komentar:

Ahmad Putra said...

Assalamualaikum

Kenapa jabatan kerajaan tak membenarkan wakil rakyat PR untuk hadir? Bukankah mereka ini yang dipilih oleh rakyat dan merekalah yang harus menjadi lidah rakyat. Jabatan-jabatan ini sebenarnya teramat zalim dan patut dicampak dalam neraka jahannam.

Pada pendapat saya, inilah yang tok guru panggil Islam plastik ni. Mereka solat, puasa dsb hanya sebab nak tunjuk Islam pada manusia tapi bukan pada Allah. Tapi bersikap zalim, pilih kasih, rasuah dsb yang semuanya dimurkai Allah jua.

Maaflah YB Zul, saya geram ni sebanarnya.

Selamat Berpuasa.

Wassalam

abdul karim said...

salam.

yang penting kerja kuat untuk kebajikan rakyat ..

gunakan baki tempoh penggal ini sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan exco yang lepas..

first half dah problem, so pemain gantian kena back up la..

IlyTrolak said...

Hairan dengan perlantikan ini, Apakah dah tiada muka Melayu yang boleh kita lantik? Sekurang-kurangnya ahli PKR juga. Mengapa mesti DAP?

LanaBulu said...

Itulah hasilnya : Dari sikap tamak dan bengong atas perjuangan. Dok tak dok sia2 saja kerusi tu terlepas kepada 'bukan' kaum ku. Hiss tak faham teman apa yg depa ni mahukan?