AKUR KEHENDAK PARTI?

10 November 2009

KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Kamar Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 03-26936190 Fax: 03-26936255 Email: aduan4kulim @ yahoo.com Web: zul4kulim.blogspot.com


KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT
Selasa: 22 Zulqaedah 1430 / 10 Nov 2009

I refer to the statement issued by YB Sivarasa Rasiah that appeared on the STAR today 10.11.2009 at page N. 17. He was quoted as saying “PKR leader DSAI’s warning to party members to leave and join UMNO is aimed at people like Zulkifli Noordin, whose actions are not in line with party policies”.

I wish to state that is YB Siva’s own interpretation of DSAI’s statement. It was clear from the meeting called by DSAI yesterday afternoon at his office attended by MPs from PKR that the main issue discussed was the new party’s strategy to launch an attack on the Prime Minister. The issue of toeing the party line was mention in passing, and at no time did DSAI mention it was meant to me. In fact, DSAI was happy that I remain the only MP from Pakatan that is consistent in raising matters of importance to the Muslim and Malays. DSAI even went to the extent that it is important to also champion the rights and privileges of the Muslim and the Malays, while not forgetting the rights of Christians, Hindus, Buddhist, Chinese, Indians and the rest.

The only caution he raised, even then generally, is for any MPs to inform the party whip and DSAI himself on any motion or private member bill he or she wished to submit to Parliament. At no time did DSAI said anything about me going against the party policy!

I want to ask YB Siva and the like of him, what does he meant when he said toeing the party policy. Whose policy is he talking about? His policy? Is defending the right of Islam and the Muslim against the policy of PKR?

It was precisely for refusing to toe the party line (i.e UMNO) that DSAI was incarcerated and imprisoned for 6 years in 1998. It was precisely his fight and struggle for freedom of speech and the basic right to air one’s view that Reformasi was launched. That is the fundamental difference between Pakatan and BN. The hallmark of Pakatan was premised on the platform of these basic human rights. Islam and the Muslim also has their rights to be protected and fought for. All that I have defended and fought for are the rights of Islam and the Muslim. Is that a sin in PKR? Does human rights meant only rights of others, and Muslim has no say at all but to take everything hands down.

It is a sad day for democracy and human rights if people like YB Siva are allowed to dictate what democracy and human rights are; that democracy and human rights meant only when they say it is democracy and human right. And if defending and upholding the rights of Muslim are not in the realm of PKRs human rights and democracy, then I think that is the death sentence to democracy and human rights in Malaysia.

My strong advise to YB Siva and the like of him, “what is good for the goose is a sauce for the gander”.

I would again reiterate what I have been consistently saying; defending and upholding Islam and the right of the Muslim is something very dear to me. I may not be the best Muslim, but I will give my very best in defending and upholding Islam and the right of the Muslim. I am a Muslim first, and an MP second. I am a Muslim first, a party member second. When the day come that I have to make a choice between Islam and party, I would not hesitate a second blink to choose Islam.

And my challenge to YB Siva, I dare you to step down within 24 hours as Vice President and we contest one to one. Let the PKR members decide whether defending and upholding Islam and the Muslim rights is or is not the party policy. If I lost then I am more than willing to leave PKR, for a party that do not defend and uphold Islam and the Muslim rights is not the party that I should be associated with.

Wassalam.




Zulkifli Bin Noordin
Selasa
22 Zulqaedah 1430
10 November 2009
*************************************************************************************
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
Kamar Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 03-26936190 Fax: 03-26936255 Email: aduan4kulim @ yahoo.com Web: zul4kulim.blogspot.com


KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT
Selasa: 22 Zulqaedah 1430 / 10 Nov 2009

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Sivarasiah yang disiarkan dalam akhbar The STAR dimukasurat N. 17. Beliau dipetik sebagai berkata “amaran Ketua Umum PKR kepada ahli PKR supaya keluar daripada PKR dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang saperti Zulkifli Noordin, dimana tindak tanduknya tidak selaras dengan dasar parti”.

Saya ingin menegaskan bahawa itu adalah tafsiran YB Siva sendiri kepada kenyataan DSAI. Adalah jelas daripada mesyuarat yang dipanggil oleh DSAI semalam dipejabatnya yang dihadiri oleh AP PKR bahawa isu utama yang dibincangkan adalah startegi baru PKR untuk melancarkan serangan terhadap YAB Perdana Menteri. Isu kepatuhan kepada dasar parti hanya disebut secara sampingan dan tiada pada bila-bila masa DSAI menyebut ianya dituju kepada saya. Malahan, DSAI melahirkan rasa bangga bahawa saya satu-satunya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang istoqomah dalam membawa isu yang menjadi kepentingan Muslim dan dan orang Melayu. Malah, DSAI menegaskan bahawa adalah juga sangat penting untuk Pakatan menjuarai hak dan keistimewaan Muslim dan orang Melayu, tanpa melupakan hak penganut Kristian, Hindu, Buddha, kaum Cina, India dan lain-lain.

DSAI hanya menyentuh satu isu, itu pun secara umum, iaitu mana-mana AP hendaklah memaklumkan kepada Ketua Whip dan beliau sendiri jika hendak memfailkan apa-apa cadangan pindaan rang undang-undang persendirian dan usul ke Parlimen. DSAI tiada pada bila-bila masa menyebut bahawa saya melanggar apa-apa polisi parti.

Saya ingin bertanya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, apa yang beliau maksudkan dengan mematuhi polisi parti. Polisi siapa yang beliau maksudkan? Polisi beliau? Apakah membela dan memperjuangkan hak Islam dan orang Muslim bertentangan dengan dasar PKR?

DSAI sendiri dihukum dan dipenjarakan selama 6 tahun kerana enggan akur kepada kehendak parti (UMNO masa itu). Kerana perjuangan dan jihad beliau untuk menobatkan kebebasan bersuara dan hak asasi kemanusiaan dan hak untuk menyatakan pendapatlah maka gerakan Reformasi dilancarkan. Itulah perbezaan fundamental diantara Pakatan Rakyat dan BN. Premis perjuangan Pakatan Rakyat tertegak diatas hak asasi kemanusiaan ini, Islam dan Muslim juga mempunyai hak yang perlu dipertahan dan diperjuangkan. Apa yang telah saya pertahan dan perjuangkan adalah hak Islam dan Muslim. Apakah ianya satu dosa bagi PKR? Apakah hak asasi kemanusiaan hanya bermaksud hak orang lain, dan Islam serta Muslim tiada hak langsung tetapi mesti akur dan patuh kepada hak orang lain?!

Ianya adalah satu tragedi bagi demokrasi dan hak asasi kemanusiaan jika orang semacam YB Siva diberi ruang untuk menggariskan apa itu demokrasi dan hak asasi kemanusiaan; bahawa demokrasi dan hak asasi kemanusiaan hanya menjadi demokrasi dan hak asasi jika mereka mengesahkannya. Dan jika membela dan mempertahankan Islam dan Muslim tidak termasuk dalam ruang lingkup demokrasi dan hak asasi kemanusiaan dalam PKR, maka saya berpendapat itu adalah hukuman bunuh kepada demokrasi dan hak asasi kemanusiaan di Malaysia.

Nasihat saya kepada YB Siva dan yang sewaktu dengannya, “apa yang baik untuk kamu tidak semestinya baik bagi orang lain”

Saya ingin mengeaskan apa yang saya telah sebut secara konsisten dan istiqomah; mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim adalah sesuatu yang sangat berharga bagi saya. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk Islam. Saya adalah Muslim dahulu, Ahli Parlimen kedua. Saya adalah Muslim dahulu, ahli parti kedua. Apabila tiba harinya saya terpaksa memilih diantara Islam dan parti, saya tanpa sedikit keraguann pun akan pasti memilih Islam.

Dan saya mencabar YB Siva, sila letak jawatan beliau sebagaio Naib Presiden dalam tempoh 24 jam dan mari kita bertanding satu lawan satu. Mari kita berikan hak demokrasi dan bersuara kepada ahli akar umbi PKR membuat keputusan samada mempertahan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim menjadi dasar PKR ataupun tidak. Jika saya tertewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR, kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu dengannya.

Wassalam.




Zulkifli Bin Noordin
Selasa
22 Zulqaedah 1430
10 November 2009

37 komentar:

payazal said...

Bersetuju & menyokong YB..
jika bukan kita mempertahankan agama kita siapa lagi. agama teratas mengatasi kuasa, parti dan jawatan. jika keadaan seperti ini berterusan tidak kah kita sama seperti bn di mana kita mengamalkan demokrasi terpilih. melatah bila ditegur dan tidak menerima pendapat orang lain.

xplorer said...

syabas YB , saya tetap sokong YB walaupun YB bukan lagi di PKR.Kredibiliti Pemimpin itu lebih penting dari parti

dizzy boy said...

Kpd YB,
Sy sokong 100% kpd YB lawan dgn YB Sivarasa.Islam adalah no.1,parti adalah no.2.Agama dan parti tidak boleh dicampur adukkan.Jahanam akiqah kita.Sy begitu yakin seandainya benar YB akan lawan dgn YB Sivarasa,dah tentu YB akan menang,dgn syarat satu lawan satu.Jika lawan 5 penjuru,wallahualam.

jim said...

tahniah atas ketegasan yg YB tunjukkan.

InsyaAllah, dengan adanya pembela Islam mcm YB, Islam takkan dipandang rendah dan dipermain-mainkan.

syabas sekali lagi!!

Blood Seeker said...

Fight for our right! Itulah hak kita dalam demokrasi

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Betoi-betoi atau olok-olok ni Zul...????

Grand Marquis said...

Salam YB,

Very well said. The recent coup of PR in Malaysia politic has made many non-Muslim, particularly people alike of YB Siva to become very arrogant. They have very little sensitivity to the feeling of Muslim, thinking their position gives them all the right to dictate what is good or bad for the Muslim.

Your feeling is what I shared and today you have helped me to speak out what is in my mind for a long time.

Congratulation and keep on to the good work. May Allah S.W.T. reward you for you effort.

wwanmfa said...

Tahniah YB...saya akan terus berada di belakang YB xkira YB berada di platform mana sekalipun...terharu bila baca ayat "Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk Islam. Saya adalah Muslim dahulu, Ahli Parlimen kedua. Saya adalah Muslim dahulu, ahli parti kedua. Apabila tiba harinya saya terpaksa memilih diantara Islam dan parti, saya tanpa sedikit keraguann pun akan pasti memilih Islam".SYABAS YB

Wenger J Khairy said...

YB,
I support what you say. But I don't support your party - I hope you don't take it the wrong way.

Musafir said...

Salam YB,

Saya menyokong pendirian YB. Semoga YB istiqomah didalam pembelaan terhadap Islam.

Muhammad said...

syabas YB kerana terus istiqomah mempertahankan islam dan melayu...

puteranazri said...

Salam,
Ustaz@YB.. Saya ahli Pas, saya memilih Pas sebab saya yakin hanya Pas yang serius dalam memartabatkan Islam dinegara kita yang tercinta ini. Sejak awal penubuhan PKR saya sangsi akan dasar dan polisi yang didokong..`MEMPERJUANGKAN KEADILAN', penubuhannya adalah disebabkan tindakan kerajaan masa itu yang memenjarakan DSAI. Memang diakui kebanyakan pendokong-pendokong parti PKR adalah dari politikus-politikus BN yang hebat yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran BN yang kuku besi. Bak kata pepatah `Bagaimana acuan begitulah kuihnya', `Dimana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi', begitulah segelintir mereka ini didalam PKR yang masih mengikut acuan UMNO@BN, tak hairanlah jika ramai YB dari PKR yang menjadi kodok. Mereka tiada Tarbiah.. tiada jihad. (subsidi), ada peruntukan baru jalan.. matlamat samar.. Keadilan yang diperjuangkan untuk siapa? untuk mereka sendiri. Buat YB.. carilah jalan yang terbaik.. YB lebih mengetahui apa yang ada didalam dan bagaimana nak mengatasinya, sejarah telah membuktikan perjuangan berseorangan lebih kepada kegagalan..seperti apa yang berlaku kepada DSAI.

Farah said...

semalam saya nampak YB dah berpelukan dengan YB Siva.
Cepatnye berdamai.Apakah cabaran YB dah batal?

psychedelicmundo said...

Sabar Yb.jgn cepat sgt nk tggl kan PKR.Saye percaye DSAI memamng teramat sgt perlukan org2 mcm yb,yb saifudin,ustaz badrul amin,mustafa kamil ayub,ahmad nur manuty.kalo org2 mcm yb dan yg teman2 yg lain tu pakat nk tggl kn PKR nk harap kan sape lagi.memang xdinafi kan PKR mmg ad msalah.PKR ad satu grup intlektual liberal mcm Pak Khalid Jafar,lpas tu kite ad grup non malays yg mmg lntang cerite psl human rights walhal kdg2 terlps pndg hal2 org melayu n Islam,pastu kite ad grup X-Umno yg tau nk projek je.kalo grup org2 jemaah (org2 ABIM) dlm PKR ni saye tkot PKR akn xdhormati lg dmase akn dtg.sy harap YB bleh prtmbg kn hal ni.

mr khamsani said...

Saya menyokong YB tetapi tidak PR. Saya percaya ramai di Kulim menyokong YB kerana YB adalah YB dan YB bukannya Pakatan Rakyat. YB amat beristiqamah dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia ammnya dan Kulim khususnya.

profit said...

Alahai YB,
Cakap berdegau-degau pastu berpeluk-pelukan.Dah lah YB,takyah nak tunjuk-tunjuk lagi.

Norkifli Abdul Hamid said...

Mencintai Ilahi, cinta yg abadi. Syabas YB berani untuk menyatakan kebenaran.

Senjaliza said...

UNDI SAYA SEPERTI LINK INI. 110% FOR YB ZUL.
http://senjaliza.blogspot.com/2009/11/zulkifli-nordin-vs-sivarasa-rasanya.html

AMIR SHAFIQ ADHAM said...

Salam zul,
dalam m.Insider ad tulis yg segalanya dah selesai, malah awak sendiri yang mengakuinya.
Saya rasa awak belakon,saya hilang hormat pada awak,
Nampaknya awk sama dgn yg lain.

eeza said...

Tahniah dan syabas YB atas pendirian yang berani dan jelas. Saya rasa andaikata YB memilih utk menjadi wakil rakyat Bebas spt Ibrahim Ali, YB pasti akan mendapat sokongan lebih besar dari pengundi terutamanya muslim. Berada dlm PKR hanya membuat YB sedikit sebanyak akan terpalit dgn subahat.

Ice.

fitflex said...

tahniah.bab nak tegakkan islam ni memang kafir tentang.

pas aje nak buat islam tp kafir dap pkr redha.sebab tu x abih2 mendakwa kpp makin ramai ahli konon setuju dgn islam....

ICON2008 said...

Zulkifli,

You're just a political opportunist. If you are a real religion fighter, I challenge you to quit politics and start preaching Islam. There are many more potential Muslims to be reached out.

azhar rangkuti said...

tahniah YB. teruskan perjuangan ISLAM tidak kira di dalam wadah apa namun ramai berharap YB terus kekal dlm PKR utk menyuarakan hak ISLAM & MUSLIM bersama2 tokoh2 lain spt Dr Badrul Amin, Dr Muhd nur Manuty dll. Teruskan & istiqamah.

abuuwais said...

Salam YB,,,
Tahniah...berani kerana benar takut kerana Salah....I Followwww

ayra_j said...

"I am a Muslim first, and an MP second. I am a Muslim first, a party member second. When the day come that I have to make a choice between Islam and party, I would not hesitate a second blink to choose Islam."

Wisely expressed. I'm with you...all the way!

idocare7 said...

Salam YB

Bersetuju dan menyokong YB walaupun tidak menyokong PKR. Teruskan dengan prinsip perjuangan YB sekarang. Kami memerlukan oarang spt YB

mej63 said...

Allahuakbar
YB mmg istiqomah
tak mcm yg lain, penakut dan bacul utk membela agama dan bangsa.

zosmand said...

Syabas berani kerana benar,.YB benar-benar seorang ahli politik yang tulin dan tak memntingkan jawatan dan masa depan asalkan Islam no.1, boleh tak YB tambah bangsa no 2 dan negara no 3. Ada parti yang dah ada perjuangan macam tu pun. depa ni YB dah lebih terutama di Selangor. pada saya apa landasan pun perjuangan untuk 3 perkara ini penting waima parti kerajaan pusat pun. Saya dulu sayang jugak DSAI. tapi kerana fikir 3 perkara tadi saya gostan balik..Perjuangan mesti diteruskan YB....Sahabt lama di BB

QuenQon said...

Teruskan perjuangan YB...

Saya nie tidak ber PARTI.. saya hanya sokong YB.....

george said...

saya amat terharu dgn pendirian YB. inilah seorang wakil bagi rakyat yang berprinsip.

jimie said...

Askum,

Syabas YB, anda adalah Tiger yg sebenar. Berani kerana benar. Syukur Allah kurniakan org mcm anda. Saya tidak sokong parti anda, tapi saya sokong keberanian anda. Generasi muda sudah muak dengan politik sampah mcm ini (Dituju khas pada semua parti politik). Teruskan perjuanganmu demi agama, negara dan bangsa.

Tiger Jimie

argen9206 said...

saya secara personal menyokong pendirian YB Zul.kenyataan yang tegas , jelas dan tidak boleh diperkotak - katikkan. Syabas.

foochikuk said...

YB, i respect ur stand.. but u noe u will lost.. PKR is not a muslim majority party.. but at least.. if the contest really happen... its can reveal the mental and direction of PKR and PKR's members..

i wish u goodluck..

Putrajaya said...

Salam..YB Saya amat teruja dengan cara YB berjuang dalam pelbagai isu..terutamanya dalam isu Wahabi..
pada pendapat saya masalah wahabi bukanya masalah. Ia ada kaitannya dengan dengan kemalasan orang2 Ahli sunnah Wal jamaah yang malas berjuang. Orang ASWJ di Malaysia tidak berjuang. Jangan salahkan wahabi.
Tkasih

ABM - aku budak minang

Kudin Snake 36 said...

Salam Tuan YB

Terima Kasih kerana terus istiqamah mempertahankan dan menegakkan HAK agama Islam di negara kita.... Sesungguhnya kebajikan orang Melayu hanya boleh dijaga apabila Syariat Islam dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia... UMNO dan BN bukanlah kerajaan yg berlandaskan Al Quran dan HAdis. Sebab itu sampai sekarang kita masih dijajah walaupun dah lebih 50tahun merdeka.... Saya sangat rindukan zaman Khutbah Jumaat yang dibaca tanpa teks yang mampu memberi ingatan kepada umat Islam bukan seperti sekang yang mana teks khutbah tidak menyeru umat Islam untuk menegakkan Syariat Islam. Kerajaan telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia menasingkan agama dan cara hidup.

zahar said...

harap2 apa yg bro Zul ungkapkan ni betul2 dari sanubari muslim... dan tak der nawaitu lain.... wallah hualam.....

Budak_Perak said...

Takbir.!! Allah huakbar..

Salam Ust.@YB. Saya doakan agar Ust sentiasa Istiqomah dalam perjuangan Islam agar Islam memerintah bukan di perintah-perintah .

http://anaksiputeh.blogspot.com/
http://mbrm.blogspot.com/