Salam 2 all.
Innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un dan takziah saya ucapkan kepada YB Dato' Kamarudin Jaafar atas pemergian isteri tersayang Datin Kamariah. Semoga ALLAH melimpahkan keampunan dan maghfirahnya keatas Allahyarhamah dan meletakkan beliau dalam golongan solehah. Moga ALLAH juga memberikan kesabaran dan ketabahan kepada Dato KJ dan anak-anak serta ahli keluarga dalam menghadapi ujian besar ini.
Alhamdulillah saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen PKR sempat menziarahi jenazah Allahyarhamah di rumahnya di Kelana Jaya selepas zohor. Jenazah sudahpun dimandi dan dikafankan, hanya menunggu ketibaan Dato' KJ. Kami difahamkan Dato KJ sudah tiba daripada Qatar dan dalam perjalanan pulang dari KLIA. Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara sebaik sahaja Dato' KJ tiba insyallah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
23 Zulqaedah 1430
11 Nov 2009
*************************
(Sumber berita daripada Harakah)
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Speaker Dewan Rakyat hari ini mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Tumpat atas pemergian isterinya, Datin Kamariah Kamarudin yang meninggal dunia jam 6 pagi tadi. Perkara itu diumumkan oleh sendiri oleh Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia di dalam Dewan Rakyat pagi tadi setelah dimaklumkan oleh Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) sebelum mengajukan soalan ketika sesi jawab lisan.. "Saya mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Tumpat semoga bersabar dan marilah sama kita sedekahkan al-fatihah serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat," katanya. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan juga turut mengucapkan rakaman penghormatan yang sama, sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh Nizar berkaitan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 yang diaplikasi melalui NIOSH. Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar. Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser usus telah menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi. Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini. Beliau mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan, sepanjang perkongsian hidupnya dengan Allahyarhamah.

1 komentar:
info tentang kanser kat sini - Memahami Penyakit Kanser
Post a Comment