BAI'AH TALAQ 3: TAHNIAH PAS

14 November 2009

(Datuk Mustafa Ali dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS semalam)
Salam 2 all.
Saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PAS yang telah mengambil tindakan segera menangani isu bai'ah talaq 3 yang didedahkan oleh YB Abdul Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam baru-baru ini.
Adalah jelas setelah siasatan dibuat atas arahan Tuan Guru Presiden PAS, Setiausaha Agong PAS telah melakukan siasatan dan mendapati memang ujud bai'ah talaq 3 ini. Namun beliau menegaskan bahawa bai'ah talaq tiga bukan 'amalan PAS dan tidak direstui pimpinan PAS (untuk berita lanjut sila lihat kenyataan dibawah).
Saya telah berulangkali menyebut bahawa bai'ah adalah sunah Rasulullah saw saperti yang terbukti didalam peristiwa Bai'atul Aqbah 1 & 2, Bai'atul Ridwan dan banyak lagi 'amalan bai'ah yang dibuat samada dihadapan Rasulullah saw atau dihadapan para Khalifah r.a.
Saya faham dan sedar bahawa bai'ah adalah sesuatu yang sangat penting khususnya bagi mana-mana haraki Islamiyah. Ia adalah pengikat kekuatan jema'ah.
Malah saya sendiri pernah berbai'ah iaitu pada tahun 1999 (PRU 10) dihadapan Presiden PAS Almarhum Dato' Fadil Noor dan tahun 2004 (PRU 11) dihadapan Pesuruhjaya PAS Selangor masa itu YB Datuk Hasan Ali.
Apa yang menjadi pertikaian ialah bai'ah dengan meletakkan perkahwinan sebagai bahan gadaian dan sandaran. Ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan syara' dan meletakkan Islam dalam keadaan yang sangat negatif. Memang keta'atan melalui bai'ah adalah sunnah. Tetapi mendapatkan keta'atan dengan cara yang bertentangan syara' adalah tidak wajar. Matlamat tidak menghalalkan cara. Biarpun matlamat bai'ah itu sunnah, cara mendapatkannya dengan menggadaikan perkahwinan dengan ta'lik talaq 3 ba'in kubro adalah satu maksiat kepada ALLAH dan tidak wajar sama sekali.
Ingatlah pesan seorang Khalifah Agong r.a kepada tentera Islam yang turun untuk menentang tentera Parsi yang besar, "kekuatan kamu bukan kerana kamu bangsa 'arab, tetapi kerana Islam. Peliharalah Islam dan jangan kamu bermaksiat kepada ALLAH. Nescaya ALLAH akan meletakkan kamu ditempat yang mulia".
Saya yakin mereka yang mengamalkan bai'ah talaq 3 tersebut mempunyai niat yang suci dan baik. Saya yakin mereka menyintai parti PAS sebagaimana saya juga menyintai perjuangan Islam. Mungkin dalam keghairahan mereka menterjemahkan rasa cinta sayang kepada PAS itu mereka bertindak sebagaimana yang telah mereka lakukan. Moga ALLAH memberikan keampunan dan anugerah kebaikan bagi mereka.
Saya tidak bercadang untuk mengupas lanjut kerana menganggap perkara ini selesai dengan kenyataan YB Datuk Setiausaha Agong PAS semalam. Semoga ALLAH merestui perjuangan Islam dan memberikan kita hidayah dan petunjuk yang benar. Ameen.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
27 Zulqaedah 1430
15 Nov 2009


*********************************************************************************

Datuk Mustafa Ali: Hentikan bai’ah talak tiga
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Pucuk pimpinan Pas mahu amalan bai’ah talak tiga yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dihentikan serta-merta kerana ia bukan arahan parti selain boleh menjatuhkan martabat kaum wanita.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sejak Pas menyertai pilihan raya beberapa dekad lalu, parti tersebut tidak pernah ada bai’ah seumpama itu melainkan bai’ah rasmi yang dibaca bagi memastikan calon wakil rakyat tidak mengkhianati parti.
Beliau berkata, bai’ah rasmi itu hanya menyebut mengenai laknat Allah terhadap mereka yang khianat terhadap perjuangan parti dan langsung tidak menyatakan selain daripada itu.
“Jawatankuasa Pas Pusat tidak pernah bersetuju dan merestui bai’ah yang seperti ini dan selama ini pun kita menganggap bakal calon wakil rakyat kita menggunakan bai’ah rasmi yang disediakan.
“Atas sebab ini juga Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minta saya lakukan siasatan supaya isu yang telah mengundang persepsi negatif rakyat terhadap Pas ini dapat diselesaikan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan isu bai’ah talak tiga di ibu pejabat Agung Pas di sini hari ini.

3 komentar:

AKMAL AND HANIFFAH said...

salam yb. di sini saya sertakan hujjah berdasarkan syarak. Adakah perkara baiah talak 3 ini tidak boleh diamalkan 100%. zaharuddin

abdul karim said...

semoga perjuangan Ketuanan Islam tetap kukuh di hati setiap muslim

anafakir said...

Salam 4 all...

Saya bersetuju dengan pandangan Dr. MAZA.Kelemahan PAS yang paling jelas ialah sukar menerima teguran.Nabi Besar kita pun menerima teguran orang lain..tetapi mengapa sebuah parti seperti PAS yang mengaku memperjuangkan Islam..tidak mengikuti prisnsip kesederhanaan dan sikap berlapang dada Baginda Nabi Besar kita?...

Terlalu emosional bila berdepan teguran dan kritikan.Mana ada dalam dunia ini sesebuah parti maksum seperti Nabi kita?Baginda yang maksum pun ada orang tidak setuju dengan perjalanan hidup dan perjuangan Nabi..apatah lagi kita ini yang jarak hidup dengan zaman Nabi pun melebihi 1400 tahun..

Saya begitu hairan dan kecewa, mengapa begitu riak dan taksubnya para pemimpin PAS [ tidak semua ] dalam sesuatu hal.Mengapa mereka suka melenting dan melatah tak tentu pasal..andai tuduhan itu benar kita berlapang dada untuk berubah, andai tuduhan itu salah..kita abaikan sahaja.Jika ingin menafikan pun ambil lah jalan yang paling hikmah untuk menjelaskan kepada pihak yang menuduh.Bukan mengambil jalan atau cara yang bertentangan dengan idealisma perjuangan yang dibawa PAS...mana indahnya ISLAM itu? Jika yang memperjuangankan ISLAM itu pun tidak boleh diharap?Harapkan kopiah atau jubah atau serban je yang mirip sunnah nabi tetapi perilaku, tata cara hidup, percakapan dan keupayaan mengurus krisis menjadi terbalik.Nafsu amarah menjadi pegangan.Mana nafsu mutmainnah nya?...paling-paling pun nafsu lawamah ke, atau mulhamah ke, ini tidak..amarah tu membuak-buak bila dikritik.Memalukan jika organisasi yang mengaku memperjuangan kesederhanaan dan mengatakan ISLAM itu INDAH dipandang jijik oleh bangsa lain apatah sesama bangsa [ UMNO ] pun memandang sinis.Kesilapannya, kerapa para pemuka PAS itu sendiri gagal menunjukkan teladan berhemah.Kasihan TGNA dan TGHH...mereka keletihan dan perit bersilat politik untuk menjaga keharmonian ukhwah ummah sedangkan pengikut yang mengaku berilmu dan beragama masih menggunakan pendekatan maki hamun tidak tentu pasal.

Dalam Islam pun tidak mengajar umatnya begitu.Kita mengaku memperjuangkan sunnah Nabi tetapi apa yang sebenarnya nabi buat tidak diikut.Paling-paling yang diikut ialah berkahwin lebih dari satu...memang itu sunnah nabi tetapi mengapa Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali tidak mengamalkan poligami?Apakah mereka tidak mengikut sunnah?Sedangkan Abu Bakar, apa yang nabi cakap, semuanya benar pada diri dia tetapi poligami, beliau tidak ikut.Kita ni bab-bab itu mudah sangat menjadi Nabi sebagai 'pelepas' dari tekanan untuk kahwin lagi..yang ada tak terjaga, ditambahnya masalah.TGNA pun tidak mampu untuk berlaku adil dalam poligami, apatah kita yang jahil ni?...

Satu lagi sikap ego segelelintir PAS...mudah sangat sensitif tak tentu arah.Pemimpin tertinggi PAS 'cool' je,kita yang kat bawah dah 'singsing lengan' kononnya akulah yang hebat, aku pembela pemimpin tertinggi tanpa kita sedari sikap kita itu rupa-rupanya...bagaikan berkaki ayam mengharungi lopak penuh berduri...

Berfikir sejenak itu lebih baik....
Mohon mencadangkan.