MEMPERTUHANKAN POLITIK: BAI'AH TALAQ!

07 November 2009

Salam 2 all.

Saya sangat terkejut dengan pengakuan seorang YB Ahli Parlimen PAS yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa tiap calun wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calun bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!

Saya sendiri telah mendapatkan pengesahan dan pengakuan daripada beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PAS yang membenarkan berita tersebut.

Pertama, apa yang menghairankan saya mengapa YB Ahli Parlimen PAS tersebut memilih membuat pengakuan tersebut dan mendedahkannya kepada umum dan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama? Mengapa beliau tidak membangkitkan isu ini secara dalaman dan mencari jalan penyelesaian secara muzakarah malalui saluran dalaman parti.

Saya sendiri telah dihubungi oleh ramai pihak termasuk para wartawan untuk mendapatkan komen dan ulasan serta pendirian saya dalam isu ini. Memandangkan YB Ahli Parlimen PAS tersebut telah membuat pengakuan terbuka dan mendedahkannya kepada umum, termasuk disiarkan dalam akhbar-akhbar utama, saya tiada pilihan melainkan terpaksa memperjelaskannya secara terbuka dan menyatakan pendirian saya secara umum.

Bagi saya, ini adalah satu dasar yang paling tidak masuk aqal lagi memeranjatkankan yang pernah saya dengar. Amatlah malang bagi mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan menjadikan bai'ah seumpama itu sebagai dasarnya!

Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!

Saya pada mulanya tidak mempercayai berita tersebut, apatah lagi didedahkan oleh akhbar arus perdana. Maka saya telah meminta sahabat-sahabat wakil rakyat PAS mengesahkannya. Saya sangat terkejut apabila sahabat-sahabat wakil rakyat dan kepimpinan parti tersebut mengesahkan bahwa mereka sendiri telah pun mengangkat bai'ah tersebut.

Malah ada diantara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat bai'ah tersebut. Yang paling sedih, ada diantara para isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis bai'ah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.

Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi. Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian dan kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik.

Saya pada mulanya tidak bercadang mahu menulis mengenai isu ini, dan berharap ianya dapat diselesaikan cara baik. Namun saya terkejut apabila menghubungi beberapa tokoh parti yang bukan sahaja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah talaq tiga ini, malahan mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan, yang langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran, sunnah Rasulullah mahupun 'amalan para sahabat dan khulafa' rasyidin. Ianya sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal semata-mata!

Dan saya makin rasa terpanggil menulis isu ini apabila sahabat-sahabat wakil rakyat yang telah berbai'ah meminta saya membawa isu ini, apatah lagi ianya sudah pun menjadi isu umum setelah didedahkan oleh YB Ahli Parlimen tersebut. Mereka sudah tidak boleh menanggung bebanan yang dipikul, tetapi mereka tidak mampu untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan. Namun mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah. Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar bagi mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini.

Saya sedar bahawa bai'ah adalah sesuatu yang dibenarkan syariat. Malah Nabi sendiri pernah mengambil bai'ah daripada para sahabat.

Tetapi dalam isu ini asas bai'ah yang diangkat ialah dengan menjadikan isteri dan perkahwinan sebagai bahan tebusan. Mengapa isteri, iaitu pihak ketiga dalam hubungan diantara calun dengan partinya menjadi mangsanya. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.

Soal samada calun tersebut benar-benar melompat parti atau tidak tidak timbul. Soal samada perceraian benar-benar berlaku atau tidak bukan isunya. Soalnya ialah mengapa kesucian, kemurniaan dan kemuliaan rumahtangga dijadikan tebusan bagi bai'ah politik ini.

Mengapa tidak dibuat bai'ah dalam bentuk lain. Contohnya bai'ah saperti sumpah la'nat; iaitu saperti:
"Wallahi, watallahi, wabillahi. Saya (polan bin polan) calun bagi kerusi (sekian sekian) dalam pilihanraya ke 12 ini dengan ini bersumpah jika saya memenangi kerusi ini dan kemudiannya keluar dan tidak lagi menjadi Ahli PAS atas apa sebab sekalipun maka saya akan mengosongkan kerusi tersebut sertai-merta, jika tidak la'nat ALLAH ke atas saya".

Saya cukup yakin mana-mana calun akan berfikir banyak kali jika ia bercadang nak melompat parti dengan bai'ah saperti ini.

Saya khuatir dengan isu saperti ini, mereka yang menyokong PAS selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka. Sudah tentu kekhuatiran ini berasas.

Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

Apakah kelak bila menjadi Kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa berbai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak ta'at kepada Kerajaan?!

Saya lebih terkejut apabila diberitahu bahawa dasar bai'ah talaq tiga keatas isteri ini diluluskan dan direstui oleh kepimpinan sendiri. Apakah ini benar? Beberapa orang kepimpinan yang ditanya mengesahkannya. Saya masih lagi berharap maklumat ini tidak benar, tetapi jika ini benar saya sudah kehilangan ayat dan perkataan untuk menggambarkan perasaan dan pandangan saya.

Sebab itu saya berharap Majlis Syura dan Dewan Ulama' PAS segera memperjelaskan isu bai'ah talaq tiga ini. Dan saya berharap tidak muncul sindrom malaikat bisu dikalangan mereka dalam menangani kemelut ini. Biarlah kita berani menyatakan yang hak walaupun pahit. Lebih baik diperbetulkan segera kemungkaran ini dan berharap mendapat keampunan dan keredhoan ALLAH.

Saya juga menyeru Dewan Muslimat PAS menyatakan pendirian mereka dengan jelas dalam isu ini. Saya berharap Dewan Muslimat akan mengambil langkah yang tegas dan berani untuk mempertahankan hak para isteri dan wanita Islam.

Saya juga meminta Majlis Fatwa Kebangsaan supaya segera bermuzakarah dan membincangkan isu ini,
-apakah bai'ah saperti ini dibenarkan syara'?
-jika ia, apakah sandaran atau nas yang membenarkannya?
-jika tidak, apakah kesan bai'ah ini berkuatkuasa saperti satu ta'liq kepada perkahwninan mereka yang berbai'ah tersebut?
-bolehkah pembai'ah tersebut terikat dengan bai'ah saperti ini dan perlu mematuhinya?
-adakah cara untuk membatalkan sumpah bai'ah saperti ini? Jika ada, bagaimanakah caranya?
-apakah mereka yang membatalkan sumpah bai'ah ini perlu membayar kaffarah sumpah?

Saya juga mendesak supaya kepimpinan PAS segera membatalkan dasar bai'ah talaq tiga ini. Saya khuatir jika kepimpinan PAS lambat bertindak, sokongan rakyat kepada PAS khususnya dan kepada Pakatan Rakyat umumnya akan hilang. Kita perlu ingat pengundi wanita adalah majoriti dalam negara ini. Jangan sampai kita dibakulsampahkan oleh kaum wanita yang mutakhir ini meletakkan harapan kepada kita kita untuk membawa perubahan, bukan memutar jam kembali ke zaman jahiliah.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa saya mengambil pendirian bermufaraqah dan memisahkan diri daripada dasar ini.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan diletakkan dalam kedudukan amanah kepimpinan ini, saya akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH kelak jika saya mengambil sikap berdiam diri dan kelihatan bersekongkol dengan dasar ini. Sebab itu saya mengambil pendirian menyatakan sikap saya secara terbuka, kerana isu ini sudah menjadi isu umum. Saya tahu saya akan dihentam dan dicemuh oleh segelintir mereka yang taksub dan fanatik dan tidak berfikir menggunakan aqal; namun saya lebih takut dengan celaan dan cemuhan ALLAH.

Allahumma ya ALLAH, persaksikanlah aku telah menyatakan perkara yang haq ini, dan aku cuba memperbetulkan kemungkaran ini mengikut keupayaan dan kedudukan yang telah Engkau berikan kepadaku. Kau berilah keampunan kepada ku, dan ma'afkanlah dan perbetulkanlah kesilapan dan kelemahanku. Berikanlah aku kekuatan iman dan taqwa dalam usaha ku untuk menyeru kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran ini. Aku tahu aku adalah hambaMu yang paling lemah, dhoif, penuh dengan kesilapan dan kesalahan, namun aku ingin mendapat keredhoan dan maghfirahMu ya ALLAH. Ampunkanlah aku hambaMu yang lemah lagi penuh dengan dosa ini ya ALLAH. Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami akan kembali. Kabulkanlah ya ALLAH.

Amin ya robbal 'alamin.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Zulqaedah 1430
07 Nov 2009

29 komentar:

Tokapi said...

Salam YB,

Sebelum masuk paper, dah masuk blog dulu la..... 29 Oktober 2009...

http://mahaguru58.blogspot.com/2009/10/rahsia-kenapa-adun-dan-mp-pas-tak.html

Heheheh... seb baik YB x masuk PAS... mmmuuahahaha...

OK, jaga my Kulim leklok..

Wassalam..

xplorer said...

syabas YB , pemimpin mcm ni yg saya sokong .Berani kerana benar dan tak pilih bulu.Yang salah tetap salah .
Apa komen Tuan Guru tentang ini?

DrB said...

YB,saya pernah beberapa kali mengikuti video ceramah YB dan pernah beberapakali membaca dlm blog YB. Tapi kali ni saya betul-betul terpaku dgn pendirian YB dlm isu baiah. Pendirian orang politik mcm YB inilah sebenarnya yg ramai inginkan bagi memertabatkan agama, bangsa dan negara. Tetapi dlm situasi politik Malaysia, ia akan mengundang "CABARAN" yg bukan kecil. Politik "BUTA TULI" lebih menjamin masa depan ahli politik di Malaysia. Walau apa pun, saya amat menghormati pendirian YB. Teruskanlah, saya bersama YB. Terima kasih.

mulutmelayu said...

Apabila saya membaca perkara ba'ih calon PAS bertarikh 29 Oktober 2009 ini:-

http://mahaguru58.blogspot.com/2009/10/rahsia-kenapa-adun-dan-mp-pas-tak.html

- saya tak sangka pemimpin-pemimpin PAS sanggup meletakkan syarat jatuh talaq 3 ini. Jika jatuh talaq satu atau 2 saya boleh terima lagi walaupun perkara itu amat kejam dan bukan bersifat orang Islam.

Jadi dengan articel YB ini sahlah pemimpin-pemimpin PAS serta calon-calon YB PAS yang sanggup dan telah berba'ih sedemikian itu adalah sehina-hina manusia dan mereka ini lebih jahat dan kejam dari Yahudi dan Nasrani.

Itu pandangan saya dan perkara ini sudah tentu akan menjadi bahan kempen pada PRU13 nanti.

mulutmelayu said...

Adakah jika calon PAS untuk DUN atau Parlimen itu wanita, suami mereka pula dikehendaki mengangkat ba'ih takliq jatuh talaq 3 jika jika isterinya (calon itu) keluar parti dengan sengaja ataupun dipecat dari parti?

Ini penting juga untuk diketahui.

AMIR SHAFIQ ADHAM said...

syabas, suka dengan pandangan neutral sebegini!!

Muhammad said...

syabas YB!!!berani kerana benar, takut kerana salah...org seperti YB ni yang kita perlukan utk memimpin negara

zosmand said...

Salam YB, terimakasih kerana YB masih lagi seorang yang sama ketika bersama parti yang mengikut arus dulu.perjuangan masih konsisten. saya masih ingat dulu Yb sering menjadi target ketika berucap di perhimpunan tahunan kerana membawa isu Khalifah Omar al Khatab, isu pedang dan isu majalah mangga. sukar untuk mengkritik rakan-rakan kita tetapi tindakan YB tidak merugikan mereka kerana masih belum terlambat untuk berubah. Islam itu syumul dan jangan disempitkan dengan benda-benda yang mengikut perasaan. Saya masih ingat masa muda-muda2 dulu makan dengan sudu diharamkam, memakai kot dan tali leher diharamkan kerana menyerupai kaum lain, apatah lagi makan dengan Chop stik. hari ini alhamdulilah banyak perkara dah berubah, malah pas dah ada sayap pun, mudah sikit nak terbang. YB saya masih bersama rakan2 pejuang dulu, tapi kalau sesekali nak kena tahu goreng kat masjid India boleh lagi. Cuma tempat dah berubah...saya bukan apa, cuma bagi tau mungkin YB dah lama tak masuk kawasan tu sejak jadi YB.

farahfarhan said...

Assalamualaikum w.b.t

Mohon izin untuk memberi pandangan dan perkongsian.

"Daripada Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'anhu, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak halal darah seorang Muslim yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku pesuruh Allah melainkan tiga sebab; seorang yang sudah berumahtangga tetapi melakukan zina, nyawa(dibalas) dengan nyawa, orang yang meninggalkan agama dan memisahkan diri dari jamaah."(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Saya tidak melihat apa yang diperkatakan oleh YB Ahli Parlimen PAS (yang mendedahkan kepada umum dan disiarkan dalam akhbar utama hari ini Sabtu 17 Zulqaedah 1430/ 07 Nov 2009 bahawa setiap calon wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calon bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai'ah (sumpah setia) jika calun tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga. Beliau mendakwa dasar ini akan menjamin wakil rakyat PAS tidak akan melompat parti!)adalah suatu yang tidak bermoral dan tidak wajar.

Malah, ungkapan tersebut mungkin ada benarnya supaya semua pendokong mahupun penyokong PAS(gerakan Islam) tersentak daripada lena sekarang. Saban hari kita mendengar ada yang keluar parti mahupun ada yang baru mendaftar sebagai ahli PAS.Masalah keluar parti sudah dianggap begitu remeh.Kita harus sedar, PAS bukanlah parti politik semata-mata.Bukankah PAS gerakan Islam.Jemaah yang ikhlas niatnya untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Jemaah yang jelas matlamatnya untuk membawa ummah untuk kembali mentaati Allah s.w.t dan RasulNya. Jemaah yang telah ditarbiyyah untuk tetap terus bersabar dengan segala tohmahan puak kuffar, org muslim sendiri yg membenci, kutukan demi kutukan.

Dari mana kekuatan ini timbul??Maha suci Allah s.w.t yang telah memberi semangat dan kekuatan kepada jemaah ini untuk terus berjuang.Jemaah ini adalah sebuah jemaah yang begitu suci. Berbahagia org yang masuk ke dalamnya.

Justeru, keluar PAS(jemaah) bukanlah suatu perkara yg boleh dianggap remeh. Kalau kita baca dan teliti hadis di atas, betapa besarnya hukuman bagi seseorang yg keluar jemaah. Bahkan halal darahnya. Tidakkah membunuh itu lebih kejam daripada menceraikan seorang isteri?(kalau dilihat secara zahir)

Ini sekadar pandangan. Mungkin ada silap. Kalau salah, sama-sama kita berkongsi pandangan.

Ada sesuatu perkara yang kita perlu ambil serius.Dan ada juga yang tidak perlu. Pandangan awal ana terhadap ahli parlimen PAS tersebut adalah untuk menyentak kita semua bahawa "klau kita keluar PAS(yang ditafsirkan sebagai sebuah parti politik oleh kebanyakan orang), sebenarnya kita telah keluar dari jamaah Islam".

Allahu'alam :)

QuenQon said...

Saya boleh dikategorikan sebagai golongan muda (bawah 30 tahun). Kawan kawan sebaya saya kebnyakkan masih lagi tidak berPARTI di sebabkan pada pandangan saya dan rakan2 kedua dua belah pihak iaitu UMNO dan PAS kedua2 tak boleh pakai.... PAS dengan memperalatkan ISLAM (pandangan kami) dan UMNO kurang ISLAMIK... itulah masalah yang kami hadapi....

Saya suka dengan pandangan dan visi YB kerana bagi saya yang benar tetap benar.... YB memang seorang yang neutral pada panangan saya.... teruskan usaha YB untuk memertabatkan ISLAM...

faris said...

salam yb saya nak tanya satu soalan.dalam dekad yang kebelakangan ini,negera ini telah menghadapi beberapeskandal kewangan yang melibatkan tokoh-tokoh politik dan koprat.ini telah mengakibatkan penyusutan yang besar kepada dana awam.dalam hal ini,adalah difikirkan bahawa sepatutnya terdapat lebih kebebasan bersuara dan ruang demokrasi untuk mendedahkan skandal skandal sebegini di peringkat awaldan untuk mengelahkan salah pengurusan secara terang terangan,sebagai contoh,dengan menyemak semula undang undang berkaitan dengan perlindungan saksi saksi dan pemberi maklumat.adakah yb bersetuju dengan pendapat ini?jelaskan pendirian yb..sekian terima kasih nanti jawabpan boleh emel kat saya mnizar.shawal85@yahoo.com

tabuan said...

saya fikir pekara ini boleh di selesaikan,

Kepada mana-mana kawan-kawan YB yang telah baiah..talak tiga..boleh pergi Perlis..sebabnya..

di Perlis kalau seribu talak sekali pon hanya di kira sekali ( yak ni kali pertama)itu yang saya faham dari penjelasan SS Dr.Maza yang saya kasihi sewaktu beliau masih lagi mufti N.Perlis.

Jadi kepada YB-YB PAS yang telah bai ah tersebut kalau nak lompat parti buat di Perlis, istihar lompat di Perlis...

Detektif Tajdid said...

Marilah bersama mengharmonikan politik malaysia berlandaskan quran dan sunnah sepertimana yg difahami oleh generasi salafussoleh, diharap para pimpinan pas dapat membaiki segala kelemahan yang boleh merosakkan perjuangan Islam!

puteranazri said...

Salam Ustaz@YB. Walaupun pahit umpama jadam, ianya perlulah ditelan sekiranya ia terbukti menjadi ubat... itulah kata-kata yang dapat saya maklumkan kepada pimpinan Pas dan perlembagaan Pas itu sendiri sekiranya mereka terasa atau marah dengan komen YB. Saya percaya soal Bai`ah ini adalah rukun parti yang telah lama diujudkan dan dicipta oleh golongan-golongan lama (veteran Pas) yang masih terikat dengan idealogi lama. Berubahlah... fikirkan golongan muda yang bersemangat dan berjuang untuk menegakkan Islam mengatasi perlembagaan duniawi. Islam itu mudah dan memudahkan sekiranya kita benar-benar memahami dan menghayati keseluruhan ajarannya. berubahlah... berubahlah... berubahlah..., Tahniah YB, kami menyokong dari belakang, buatlah yang terbaik untuk agama Allah.

matdeboq said...

Salam & Syabas YB Zul,
Posting YB yg ini mungkin menyentak-sedar buat penyokong PAS tegar. Tapi mungkin kut, tidak..!!

Pasai nya ramai masih tak percaya dan cuba menafikankan yang perkara burok itu di kendong oleh Parti PAS di zaman kesedaran tentang Ilmu Islam tengah meningkat di setiap pelusok dunia.

Orang sekarang (Melayu)dah boleh menilai mana yg baik dan mana yg perlu di jauhi dan sebagainya.

Bahan rujukan tentang pelbagai Ilmu, bercambah2. Cuma perlu bijak memilih yang bersesuian saja.

Walau pun diluahkan oleh Tok-guru tersohor.Sesaorang masih mampu merujuk tanya dengan pelbagai medium yang ada disekiling nya.

Posting YB lebih bermakna kerana, YB ada lah rakan kongsi kuasa dlm PR. Dan PAS perlu terima dgn penuh berhemah lagi bijaksana.

Kan ke sesama Islam kita bersaudara..!!

Wassalam.

MD RADZI AHMAD said...

YB. Saya memetik sebahgian pendapat Ustadz Zaharuddin Abd Rahman agak bernas beliau menyatakan saperti berikut:

 Menggunakan sumpah setia dengan lafaz ta'liq sebagai pengikat adalah amat tidak WAJAR kerana melafazkan talaq tiga dengan satu lafaz dianggap satu kesalahan dan dosa oleh majoriti ulama,malah penceraian sebegitu juga dibenci oleh Rasulullah serta para sahabat. Maka mengapakah diambil jalan yang dibenci ini sebagai strateginya, sedang boleh difikirkan cara-cara lain untuk mengikat calon untuk kekal. Seperti sumpah laknat atas diri, mencagarkan harta tertentu kepada parti dan sebagainya yang bersifat neutral, bukan sumpah yang tercela dan dikira dosa.

 Bukankah talaq adalah perkara yang dibenci oleh Allah walau pun ia diharuskan? Ia juga adalah ihsan yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukan, ia juga diajar oleh Allah swt untuk mengikut tertib kiraannya. Mengapa perlu hal sebegini dijadikan pengikatnya? Amat sedih jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan dalam peribadi mereka berdua. Maqasid Shariah dalam peruntukan cerai dalam Islam adalah untuk keharmonian rumahtangga dan keluarga, peruntukan tiga kali diberikan oleh Allah adalah khas untuk suami isteri yang bercerai agar memikir kembali kebaikan kedua-dua pihak dan dibenarkan mengikat semula perkahwinan setelah muhasabah.

Sebarang penggunaan ‘cerai' untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan nas dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan memadam seluruh objektif asal peruntukan cerai yang diberikan oleh Allah swt.

Mohamadazhan hjDesa said...

salam tahniah YB,

pendirian yang mantap dengan hujag yang sangat menarik untuk dibahaskan.

mudah2an ALlah merahmatimu

azhar-68 said...

Syabas YB...saya amat menghormati pendirian YB dlm isu ini. Semoga Islam terus dimartabatkan bersama-sama pemimpin yang yang berjiwa spt YB.

Ibn Yusuf said...

jika yb boleh menasihatkn perlunye dr asri stay tidak berparti, mengape tidak yb sendiri?

sy kagum dgn yb, dr asri dan dr ridhuan tee. sy yakin ramai lg muslimin yg sekapaldgn kalian br3.

persoalannye, mngape yb masih brsame pr? ade baiknye yb kekal sbg mp tetapi membebaskn diri yb drpd pengaruh kepartian.

inshaAllah, rmai org trutamenye muslim di negare kite ini akn berdiri brsame2 dgn yb.

prjuangan dilandasan demokrasi ini penuh dgn kecelaruan, apbile hak asasi manusie dijadikn tunjang utame hinggekn arahan Allah Azzawajjal dianak tirikn. ayuh yb, kite same2 jlnkn kewajipan kite dgn lbh tenang tanpe sekatan kepartian yg sah2 dibentuk oleh arus demokrasi yg membinasekn.

pecayelah, rmai muslim di luar sane yg tidak berparti bkn kerane tidak berpendirian, tetapi kerane tidak mahu mencampakkan diri ke lembah kebinasaan.

barakallahufikum.

abuuwais said...

Salam,,,
Kalau benar apa yang berlaku TG2 yg ada dalam PAS tolong perjelaskan sejelas2nya,,,setiap pa yg dilakukan mesti ada sebabnya...saya menyokong perkara yang HAK...Thanks YB.

awangpendang said...

come on bro..you are real man...iam not PKR supporter, but i admire you... God bless you

dizzy boy said...

Kpd YB,
Sy berharap YB sendiri berjumpa dgn Tuan Guru dan maklumkan sendiri dgnnya berserta bukti yg ada.Mungkin Tuan Guru akan percaya dgn bukti yg ada.Seandainya dgn ckp omong kosong tanpa sebarang bukti yg ada,mungkin Tuan Guru akan berkata hear n say sahaja.Kemukakan bukti kpd Tuan Guru,Insyaallah Tuan Guru akan mengubatinya dan mencari siapa dalang disebalik bai'ah ini.

suzylena said...

Kpd YB...
Untuk makluman Yb, ahli Pas juga sudah terikut jejak langkah pemimpin mereka. Jiran saya yg merupakan fanatik Pas, tidak akan menjejakkan kaki mereka ke rumah ahli umno. Malah mereka tidak akan menerima bakal menantu yg ada sangkut paut dgn umno walaupun secebis kuman. Saya mmg tidak faham dgn kelakuan yg melampaui bts ini. Kita sesama Islam yg berkiblatkan arah yg sama tp...

mahmud said...

salam, Bro saya tak setuju dgn pandangan bro zul...
1. Kalau ikut hukum orang yg lari dari medan perang adalah berdosa besar. hukumannya adalah bunuh.
2. Apa hukum orang yg tak amanah bila berjanji atau tak tunaikan janji...tak dikira munafik ka? apa hukuman pada orang munafik? apa rasul saw buat pada orang munafik? tepuk dada tanya ilmu dan iman.
3. Apalah ertinya seorang isteri, anak2 serta harta benda jika Allah dan rasul diletak dihadapan. kerana islam, nyawa pun sanggup dikorbankan. Kalau saya presiden pas setiap wakil rakyat yg dah dipilih perlu berbai'ah begini...sekiranya saya meninggalkan parti(perjuangan islam) maka halal darah dan nyawa saya.

wasalam

HR said...

saya rasa perkara bai'ah ini adalah perkara lama.. cuma baru sekarang ni je nak heboh..
manusia ni susah nak percaya.. seseorang yang berjawatan tinggi dalam parti pun boleh berpaling tadah.. contohnya NA..
tu sebab bai'ah taklik ni wujud..
kalau tak jadi la macam geng2 katak dalam PKR Perak..

zosmand said...

Yb, ulasan yang diberi mengenai Baiah oleh farahrarhan dan mahmud nampak seperti mengelirukan. menyamai perjuangan PAS sebagai Jemaah Islamiah dan jika meninggalkan halal darahnya.kenyataan begini nampak cetek akalnya dan memang telah diduga awal.jika keluar jemaah Pas dianggap halal darahnya bagaimana mereka yang tak bersama dengan perjunagan ini adakah 2 kali halal darahnya contohnya PKR,UMNO dll adakah dianggap sebagai kafir ZIMMI. boleh sesiap berikan ulasan bagi membetulkan akidah kita rakyat malaysia yang didungukan oleh perjuangan yang sempit begini. YB pun terlibat sama tergolong dengan mereka yang diluar jemaah kerana menjadi ahli PKR atau dianggap berada dalam Jemaah, jangan lepas tangan. wassalam

zosmand said...

YB, saya berasa hairan dengan pendirian kita yang meletakkan dunia islam terus kepada perjuangan parti tertentu. patutlah sebahagian pengikut kerap kali keliru dan jadi tak menentu kerana statement bunuh dan halal. sesekali bila renungka perjuang menegakkan islam yang dilakukan oleh Al Arqam dulu amat baik dan kita masih merasakan hingga kini dalam dunia perniagaan makanan dan muzik, menyeru Islam dengan jiwa yang amat murni, cuma saya tidak bersetuju dan kurang faham dengan iktiqad mereka. Golongan tabliq juga menyeru manusia secara berhemah, mengunjungi rumah2 sesama Islam untuk mengajak kejalan kebenaran. Dalam dua golongan ini kalau saya samakan dengan perjuangan Parti Islam dinegara kita ibarat kuala lumpur dan London. Dibenarkan maki hamun, dibenarkan mengkafirkan sesama Islam, dihalalkan darah dan dihalalkan perpisahan isteri dan saudara mara. saya rasa patutlah orang kita macam saya dan YB tak boleh bernaung dengan jemaah ini.

Wassalam YB

Keyman said...

Nampaknya YB Zul ni sangat bijak orangnya.... Fikir-fikirkanlah....

abumam said...

salam,tabuan memang betul,ana juga ada terbaca buku fiqh ada ulama' lampau yg sama pandangan spt mufti perlis bab talak 3 di lafaz pertama ,namun pas ada mursyidul am dan majlis syura,sepatutnya yb2 pas kene bincang dgn mereka dulu bila menyentuh bab2 besar begini,memang tekanan kuat kepada yb2 kita sebab yang mrk perjuangkan adalah yg diredai allah,idea2 dari syaitan akan datang bertalu2 dgn berbagai cara,tak spt parti lain,alhamdulillah pas adalah parti yang berkepimpinan ulama',jadi kita dah ada rujukan yang dipercayai.