30 November 2009

POLITIK LABU-LABI:TEGURAN BUAT DAP/PEMUDA UMNO

Langkauan Jijik: YAB Lim Guan Eng melompat gambar 3 ADUN x-PR.

"Mereka terlalu jijik untuk saya pijak gambarnya" kata beliau.

Salam 2 all.

Saya terkejut membaca lapuran akhbar The Star hari ini tentang gelagat pimpinan DAP yang memijak gambar YB Hee Yit Foong, YB Mohd. Osman Jailu dan YB Jamaluddin Mohd. Radzi semasa Perhimpunan Tahunan DAP Peringkat Negeri Perak semalam.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut adalah bekas ADUN DAP dan PKR yang telah memilih untuk keluar Pakatan Rakyat yang akhirnya menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak tumbang.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan DAP yang memilih untuk menunjukkan sifat kebudak-budakan dalam isu ini. Saya cadangkan kepada kepimpinan DAP supaya tengok cerita Nasib Labu-Labi arahan P.Ramlee dimana Labu dan Labi bergaduh berebut wanita yang tidak mahukan mereka pun, dan mereka memilih untuk memijak gumpalan akhbar sebagai simbol kepala bapak masing-masing untuk dipijak lawannya.

Saya berharap kepimpinan DAP dapat menunjukkan sikap yang lebih professional, matang dan waras dan tidak mengamalkan Politik Labu-Labi.

Kita perlu menghormati pilihan yang telah dibuat oleh ketiga-tiga ADUN tersebut. Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan mereka, namun kita memperjuangkan hak bersuara dan hak individu untuk menyertai mana-mana pertubuhan pilihan mereka. Oleh itu kita sepatutnya menjadi golongan pertama yang menghormati hak mereka, walaupun kita tidak bersetuju.

Sepatutnya kita mencerminkan diri kita. Adakah mungkin mereka bertindak demikian kerana sikap kita sendiri. Setakat yang saya tahu, YB Hee Yit Foong merasakan bahawa beliau telah dianaktirikan. Begitu juga dengan YB Mohd. Osman dan YB Jamaluddin, yang menyalahkan kongkongan DAP Negeri Perak keatas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai sebab mereka memilih keluar daripada Pakatan. Alasan mereka mungkin benar mungkin tidak.

Tetapi pada pandangan saya, ini tidak menghalalkan kita bertindak saperti samseng jalanan dan secara kebudak-budakan dengan memijak gambar mereka. Sebagaimana saya tidak bersetuju tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang mengadakan demonstrasi semalam di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang serta membakar gambar YAB Lim Guan Eng. Saya mengecam tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang tersebut dan ingin menegaskan bahawa budaya politik samseng dan gedebe sudah tiada dalam kamus politik Malaysia.

Rakyat kini adalah rakyat yang sudah celik. Ini adalah zaman IT dan tanpa sempadan yang mana berita bergerak pantas dengan hanya satu klik dihujung jari. Politik samseng Sarip Kg Dusun hanya layak dipentaskan di layar komedi. Politik hari ini bukan lagi politik sepak-terajang, tetapi politik memakai aqal yang waras.

Saya menyeru kesemua pihak supaya bertindak secara waras dan profesional. Marilah kita berpolitik secara matang dan berhemah. Jangan kerana politik semuanya menjadi halal. Yang paling malang, apa saje kita buat semuanya ok dan halal, yang orang lain buat semuanya haram belaka! Janganlah kita jadi kuali memanggil teko hitam! Janganlah kita 'amalkan Politik Labu-Labi!


Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

12 Zulhijjah 1430 / 30 Nov 2009

****************************************************************************
(Petikan daripada akhbar The Star Online bertarikh 30.11.2009)


Ex-Pakatan trio floored by DAP


By CHAN LI LEEN
IPOH: A big poster of three Perak Pakatan Rakyat turned Barisan Nasional-friendly independent asse­mblymen was laid on the floor near the entrance to the convention hall where Perak DAP held its annual convention.
Most attendees stepped all over the poster but DAP secretary-general Lim Guan Eng stopped on his tracks at the sight of it.
Like a long-jumper, he took a giant leap across the doorway into the hall so as not to step on the faces of former party comrade Hee Yit Foong and that of Mohd Osman Jailu and Jamaluddin Mohd Radzi, previously with PKR.
No leap of faith: Lim leaping over the floor mat at the DAP Convention as PR leaders and members look on.
“They are too dirty for me to even step on,” Lim jokingly said in his opening speech later.
Others, however, gleefully walked all over the poster as they entered or exited the hall.
More harsh words came from Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham, who accused them of selling out to Barisan.
He claimed that Barisan would not be treating them well once they are no longer useful to the coalition.
“That time is very near and let all comrades be reminded that history has never been kind to those who sold their souls for benefit,” he said.
Ngeh dared the three to ask Barisan to let them seek re-election in their respective constituencies in the next general election.

11 komentar:

Putrajaya said...

Saya sokong YB. Ini bukan budaya rakyat Malaysia yang matang dan merdeka.

"Biarlah orang menghina kita, asalkan jangan Tuhan menghina kita dengan perbuatan kita menghina orang sedemikian rupa"

ABM - Aku Budak Minang

azhar rangkuti said...

saya setuju dgn YB. kita harus MATANG dlm tindakan politik kita. be rational not emotional

cicitHJHASSANu said...

salam YB...

apa nak buat,dah terpijak...
saya sendiri bukan setakat gambarnya,kalo jumpa orangnya pun saya nak pijak-pijak sebab 'majoriti' rakyat Perak,bukan setakat 'kataks' tu pijak tapi telah dikencingkatakpurukan...

saya juga setuju dengan YB..wallahua'lam

Syammil said...

apa yang akan DAP buat jika projek 16 sept berlaku?

nina said...

ye setuju...

dugong_darat said...

Yb...

Saya tak pernah rasa nak menidakkan pandangan YB... Walaupun saya dah beberapa kali mahu bercakap tentang ketidak sehaluan YB dengan cara dan pandangan dengan YB dan Ahli-2 dalam Pakatan Rakyat... Tetapi kali ini saya terpaksa juga bercakap...

Saya dengan ini mengkritik sekeras-kerasnya pandangan YB tentang Isu pijak gambar ini...

Sebagai YB Pakatan Rakyat, anda sepatutnya memberikan pandangan setelah bertanya kepada kepada yang lebih tahu dan faham... Sesungguhnya dalam budaya dan fahaman masyarakat Cina, seorang pengkianat itu memang layak dipijak. Kerana bagi mereka, pengkianat adalah sehina-hina makhluk di pandangan mata mereka...

Saya amat berharap selepas ini, YB hendaklah meneliti dahulu dan memahami pandangan Mereka sebelum keluarkan statement-statement YB...

Saya amat sayangkan Pakatan Rakyat... dan bagi saya kepada orang yang masih mahu menyokong pengkianat kepada kepercayaan rakyat ini, elok la berfikir sekali lagi... demi Rakyat dan Malaysia.

Suara Baru said...

bagus tapi boleh semua orang berfikiran matang, adakah kerana parti atau individu.. integriti,mencuri merompak, berdemonstaris, membakar gambar adalah cetusn siapa yb.. manusia ker parti?

IrwanoV said...

ntahle

jojo said...

assalammualaikum,

Tahniah dan Alhamdullilah, atas pendirian saudara yang tidak emosional, yang salah kita katakan salah walaupun ia datang dari puak yang kita sokong.

Walaupun saya bukan dari kawasan Parlimen Saudara Zul, tapi saya menyokong pendirian saudara, yang meletakkan islam diatas segala urusan dunia.. Itu yang membuat saudara berbeza dari para politikus yang lain...Berpolitik demi menegakkan syiar dan daulah islamiah dan bukannya berpolitik hanya untuk berkuasa demi memenuhi kantong kroni-kroni.

Teruskan perjuangan saudara yang berperinsip dan tegas, contoh yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin islam dari Pakatan maupun dari Barisan...Jangan hanya menghentam hanya kerana ia datang dari pihak lawan dan menyokong semborono hanya kerana ia datang dari pihak kawan.

Yang membezakan kawan dan lawan ialah siapa yang meletakkan islam mengatasi kepentingan politik dan diri.

Selamat berjuang...

jazz said...

dah tu..kalau xda politik gedebe skkung ni,y jadi kat perak tu camna?? smpi sultan pon kena baling batu..habis harta awam dirosakkan..x gedebe lagi camtu?? sbelum cakap,pandang2 diri

fulus80 said...

saya penyokong bn terus terang cakap.tapi kalau saudara zulkifli jadi calon kawasan saya confirm saya pangkah yb.