Salam 2 all.
Saya telah membaca lapuran berkaitan kenyataan YB Ngar Kor Ming (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukkan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid-masjid di Malaysia bagi tempoh daripada 2000-2008.
Saya dapati kenyataan beliau tidak saperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.
Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah 'ibadah bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid.
Pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.
Beliau sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam saperti sekolah agama dan masjid.
Malahan YB Ngar Kor Ming dan lain-lain pemimpin DAP menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.
Bagi maksud itulah suatu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh YB Dato Seri Anwar, YB Dato Seri Hj Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam saperti yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan.
Saya percaya kenyataan YB Nga telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk agenda politik sempit bersifat chauvinistik perkauman.
Malahan kita sebagai umat Islam sepatutnya menghormati hak penganut agama lain untuk rumah 'ibadat mereka. Saya tidak nampak dimana salahnya mereka meminta sedikit bantuan untuk pembinaan rumah 'ibadat mereka.
Dibawah konsep daulah Islamiyyah, kita akan mera'ikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.
Ianya berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan dibawah Perlembagaan. Kalau itu berlaku, maka mereka akan termasuk golongan harbi. Dan kalau itu berlaku, saya akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan. Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.
Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. YB Nga cuma meminta bantuan dan peruntukkan bagi pembinaan rumah 'ibadat bukan Islam. Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid! Walaupun tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan menurut Perlembagaan dan undang-undang negara, namun kalau kita ada lebihan peruntukkan apa salahnya membantu mereka. Selagi pembinaannya tidak menganggu umat Islam saperti apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, saya kira kita patut pertimbangkan. Kalau ada kita bagi sedikit bantuan, kalau tidak ada kita kata sahaja tidak ada..habis cerita.
Cuba bandingkan itu dengan tindakan orang Melayu sendiri yang menjual tanah rezab Masjid kepada syarikat bukan Islam saperti yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah di Sri Hartamas, Danau Kota dan lain-lain! Cuba bandingkan dengan sikap orang melayu yang menarik balik peruntukkan Sekolah Agama Rakyat sehingga menyebabkan banyak SAR yang hari ini lumpoh, lesu dan ada yang terus hilang ghaibul ghuyub! Bagaimana pula dengan perangai orang melayu yang mematikan institusi masjid dan mimbar dengan menyekat aktiviti 'ilmu dan da'wah di surau dan masjid? Bagaimana pula sikap kita orang melayu dengan kenyataan yang dibuat oleh Parti Gerakan dalam konvensyen PGRM di Ipoh pada 08 Dis lepas yang mempertikaikan usaha kita untuk memartabatkan Islam, malahan mendesak supaya negara ini mengamalkan 'amalan sekular yang sebenarnya! Kita tidak lupa inilah parti yang sama yang menyatakan orang Melayu adalah pendatang dalam negerinya sendiri! Dan saya tidak lihat akhbar atau pemimpin melayu mengkritik Parti Gerakan, atau mengambil tindakan tegas terhadap PGRM, Malahan semasa saya bangkitkan isu penjualan tanah-tanah masjid di Kuala Lumpur oleh MAIWP ini, tiada seorang pun wakil rakyat melayu yang bangun menyokong atau membantu saya. Mereka diam sahaja seribu bahasa!
Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku ditangan orang melayu sendiri. Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi..pengkhianat?munafik?
Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masadepan bangsa kita terletak kepada Islam. Kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al Quran dan Sunnah Rasul, bersama kita menggembeling tenaga menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kita dengan sebenar iman kepada ALLAH, nescaya kita akan dipelihara oleh ALLAH dan dimuliakan manusia insyallah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Zulhijjah 1430
10 Disember 2009
11 komentar:
kalau bukan kita yang jaga diri kita, sape lagi, kan YB kan?
pemahaman lebih jelas tentang isu perlembagaan ini masih perlu diperhebat. ramai yg sekadar berbicara dari sudut retorik dan kepentingan politik semata-mata, tanpa tahu matlamat dan tujuan asal kita mahu memartabatkan bangsa, agama dan keharmonian negara.
huh.
Thanx,YB Zul 4 clarifying on the matter
I agree that there is no point building more masjids n suraus if the local community didn't bother 2 congregate n perform ibadah n other activities 2 attain the pleasure of Allah SWT
Instead, these funds should be allocated 2 organize more programmes 2 motivate n encourage Muslims 2 congregate in the House of Allah SWT on a more prominent basis
The government should launch a "Mari kunjungi masjid" atau "Mari solat berjemaah" campaign 2 deliver the message 2 the masses especially the youth
Let's not repeat UMNO's mistake like the Masjid Kristal at Terengganu where it's build solely 4 tourism purposes rather than 2 strengthening Islam among the local community
Didn't YB know that admission price 2 enter the mosque grounds is around RM 10 per person
No wonder there is no Friday prayer there
@buat semua sahabat di sini. " berlakulah adil kepada semua orang meskipun dia bukan Islam". ungkapan yang padat dan ringkas. merujuk kepada post terkini. Mungkin saudara2 di atas boleh menilai dengan minda yang waras.Mereka (kaum bukan Islam) juga berhak mengetahui peruntukan dan mendapat peruntukan. Tentang hal ibadah mereka , kita tidak sama sekali meredhai.
Tetapi bila tuan/puan di atas bercakap isu masjid. Lihat dan nilailah sendiri.Masjid kita ini "bisu " atau "hebat"?? AJK masjid buat apa? Jemaah masjid solat di mana? Rumah atau masjid? Adakah usaha untuk menarik beliawan/wanis ke masjid?
Persoalan di atas.tuan/puan nilai sendiri dengan iman kita? Ingat!!! Islam terhalang oleh orang Islam itu sendiri. tepuk dada tanya iman.
Tidak dinafikan orang Cina dan India juga menyumbang kepada pendapatan negara melalui kutipan cukai. Duit cukai itu jugalah sebahagiannya digunakan untuk membina masjid.
Salam Ahli Parlimen Kulim/Bndr Baharu,
Isunya disini, Ahli Parlimen Taiping tetap mempertikaikan dana Masjid. Isu perbandingan peruntukan antara Masjid dan rumah ibadat agama lain tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan kenyataan beliau.
Populasi teramai adalah orang Melayu, sudah semestinya keperluan orang Melayu mesti melebihi daripada orang lain.
Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan kampung yang mempunyai jarak yang jauh daripada kemudahan asas. Maka keperluan untuk membina Masjid di kampung - kampung ini untuk memenuhi kehendak masyarakat desa.
YB pun tahu, Masjid digunakan setiap hari, paling tidak 5 kali sehari. Manakala rumah ibadat lain hanya digunakan pada masa - masa tertentu seperti Ahad untuk Gereja. Kecuali bagi mubaligh yang menyebarkan dakyah agama mereka dan menyesatkan orang Islam bekerja 24 jam! Adakah Nga salah seorang daripada mubaligh ini?
YB kata Nga dan DAP lain menyedari dan menginsafi hak umat ISlam dijamin dan dihormati?
Nampak YB ini sudah lupa bahawa pergerakan IRC (Inter Religion Council) banyak disokong oleh DAP dan rakan PKR YB sendiri?
Perjuangkan hak samarata agama lain dengan Islam di Malaysia..
Apa hubungan istimewa pemimpin DAP dan Non-muslim PKR dengan Majlis Peguam?
YB sendiri dulu menentang forum memeluk islam anjuran Mjls Peguam ini..
Nampaknya YB sudah bersedia mengorbankan akar perjuangan untuk mencapai cita - cita pemimpin YB yang dipuja bagai malaikat yang maksum itu...
Salam Bro...Tahniah di atas keadilan anda...Orang macam andalah membuatkan Islam di hormati dan di pandang mulia oleh bukan Islam...Semoga saudara terus berjuang memartabatkan Islam...UMNO memang jenis nak cari salah orang sahaja tanpa menilai niat murni sesorang...
ART
salam
..Bagi maksud itulah suatu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh YB Dato Seri Anwar, YB Dato Seri Hj Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam saperti yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan..
"Orang islam tidak menjadi orang islam yang sebenarnya dan orang kafir tidak menjadi kafir zimmi yang sebenarnya..
isu ini tidak akan selesai sekalipun ada akta, undang dan mou"
yaa.. macam tuu la style utusan meloya, putar alam , putar belit. Kalu nampak ular senduk ngan utusan meloya , bakar utusan meloya tuu dulu. Sebab dia bole menghasut fikiran manusia utk berbuat jahat sejahat-jahatnya.
Kalu YB Zul *( yg dikatakan ekstremis dlm PR ) pun dan halusi kenyataan KorMing dan tak nampak salah silap nya KorMing meminta lebih peruntukan utk rumah ibadat bukan islam , orang lain tok sah hinggak laa.
Kalu laa rakyat malaysia nii , tanpa mengira agama , sentiasa beribadat , sentiasa mengunjungi masjid , gereja , kuil , tokong .. nescaya kuranglah rasuah ,kes jenayah , buang anak , bunuh diri dsbnya. Sebab agama itu menyucikan diri kita.
Kes ni sebijik cam kes DEB , bukan melayu bukan mempersoalkan DEB , tapi minta diberi peluang ukt berjaya juga dlm DEB. Selain tak ingin tengok DEB diselewengkan oleh Umnoputra. Tapi , last last dikatakan mempersoalkan hak melayu. CIs , hak apa ?? hak ber-rasuah , hak menyeleweng ??
Kepada YB dan semua...penyokong sebulat2 PR atas isu ini...
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
Maksud: Dari Abi Sa’id al-Khudri, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau berkata:
“Sesungguhnya daripada kamu akan benar-benar ada yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya.”
Kami (para sahabat) bertanya:
“Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?”
Beliau menjawab:
“Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari)
YB Zul, Nga Kor Ming boleh meminta Kerajaan Pusat peruntukan bagi membina kuil, tokong dan gereja tanpa perlu membandingkan dengan apa yang dibelanjakan untuk membina masjid. Kerajaan Pusat ada menyalurkan peruntukan untuk kuil, tokong dan gereja khususnya melalui KPKT. Kajilah kenyataannya ini : "Nga ketika berbahas di Dewan Rakyat mempersoalkan langkah Kerajaan Pusat membelanjakan RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dalam tempoh 2000 hingga 2008, tetapi dalam tempoh yang sama gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.
Beliau kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga pembayar cukai. Setiausaha DAP Perak itu mahukan Kerajaan Pusat belajar dari kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak yang banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong."
Nga dan Ngeh sudah sekian lama menjadikan perkara ini isu, khususnya ketika berbahas dalam Sidang DUN Perak. Sudilah rujuk :
http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/12/kor-ming-bermain-api-lagi.html
persoalannya, adakah peruntukan 9 juta itu cukup atau tidak untuk membiayai pembinaan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam di Malaysia?
bukankah lebih baik kalau YB Nga memperincikan butiran seperti bilangan rumah ibadat, kos penyelenggaraan, kos pembinaan, kos misc. dan meminta pertambahan peruntukan berdasarkan data-data yang ada. saya rasa tiada siapa yang akan marah atau berasa hati kalau ini yang dilakukan dan disuarakan.
membuat perbandingan peruntukan adalah kesilapan yang berulang kali dilakukan oleh YB DAP.sebelum ini mereka membandingkan peruntukan biasiswa/bantuan pelajaran antara melayu dan bukan melayu.
apa yang akan terjadi kalau puak UMNO pula membandingkan pencapaian bukan Melayu dengan Melayu. maka semakin jauhlah kita dari perpaduan.
hubugan orang Melayu dengan UMNO adalah benci tapi rindu. benci Melayu kepada UMNO kerana rasuah dan kronisme. tapi kalau DAP masih tidak mahu mengubah pendekatan politik mereka, tidak mustahil Melayu kembali kepada UMNO.
semoga berjaya PRU13.
Post a Comment