31 March 2009
DS Najib
Maklumat sahih yang saya terima tadi memaklumkan bahawa Istana Negara berkenan dengan upacara angkat sumpah Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 pada pagi hari Jumaat 7 Rabi'ul Akhir 1430 bersamaan 3 April 2009.
Maka bermulalah era pemerintahan baru Malaysia dibawah PM baru.
Menurut telahan nujum pak belalang, maka genaplah kitaran Perdana Menteri menurut firasat huruf R.A.H.M.A.N. Dengan pertabalan Najib sebagai PM ke 6 maka sempurnalah kitaran firasat tersebut.
Apakah N itu bermaksud The End 4 Be End..hanya masa akan menentukan, walaupun menurut firasat Sang Madey Al Kutty ameno/be end akan berkubor dalam PRU ke 13 nanti.
Sama-samalah kita nantikan. Apa yang penting, saya berharap DS Najib akan membawa semula era pemerintahan Almarhum Tun Abdul Razak yang terlalu mementingkan nasib kaum miskin tanpa diskriminasi kepada mana-mana kaum walaupoun mengutamakan bangsa Melayu. Dibawah pemerintahan Almarhum, orang Melayu mendapat layanan samarata tanpa mengenal parti dan kumpulan. Saya masih ingat kata-kata guru saya semasa di Andrrson School Ipoh dulu (walaupun dia kuat ameno) yang menyatakan bahawa anak Melayu tak kira sokong mana pun janji dapat gred 1 pasti akan dapat tawaran biasiswa ke luarnegara. Dan ternyata kata-kata Almrhum guru saya itu betul.
Tetapi dasar itu bertukar dizaman Madey, bukan sahaja anak Melayu non-ameno dianaktirikan, yang bukan kroni pun diketepikan.
Moga DS Najib akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan semua bangsa insyallah.
Adios..grasias amigos
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
30 March 2009
Di celah dua bukit
Penamaan calun di Bkt Gantang berjalan lancar. Kalu dari jumlah penyokong memang tak leh lawan Pakatan. Tapi jangan menag sorak udah yop.
Yang paling kami takajuik dengar berita PRK Bkt Selambau..15 calun bertanding. Tu dah kira masuk Malaysian Books of Record..ntah dah boleh masuk World Record.
Tapi saya pun faham..kat Bukit Selambau tu depa dok pakat berebut nak jadi Exco..sebab sape je menang sure jadi exco..janji join Pakatan.
Nampak gaya politik Malaysia ni dah jadi cacamerba..mamak pasembor pun boleh pitam tengok..
Well..pertandingan yang menjadi tumpuan adalah di Bkt Gantang kerana ia saperti referendum samada rakyat Perak menerima peralihan pemerintah dari Pakatan kepada Be End di peringkat negeri.
Juga satu refleksi kepada isu Raja-raja Melayu kerana nampak isu ini menjadi modal besar ameno terutama dikawasan Melayu totok. Kira2 macam citer Jebat lawan Tuah lah ni.
Cuma Taming Sari je takde, walaupun aci pakai sari berlambak jugak disini.
Komposisi pecahan kaum juga agak reflektif dengan komposisi kaum di Malaysia iaitu 64% Melayu, 29% Cina dan 7% India.
Dalam pilihanraya lepas, Pakatan mendapat sokongan hampir 45% pengundi Melayu.
Saya jangkakan peratus pengundi Melayu yang menyokong akan menurun mungkin ke 40% (ini peratus yang diperolehi calon Pakatan pada pilihanraya 2004).
Saya menjangkakan calun Pakatan akan menang tertakluk kepada sokongan padu kaum India/Cina. Kalau undian mereka sama saperti PRU 12, maka calun Pakatan boleh menang tapi majoriti mungkin kureng lah.
Well..saya tengok tujuh hari akan datang ni agak berserabut sikit. Dengan 3 pilihanraya kecik yang sure paneh giler..dengan Pak Lah letak jawatan 2 Apr, dengan DS Najib ambik alih 4 Apr.. Dengan kesan pemilihan ameno dok tak habis lagi.. Well brothers, anything can happen this 7 days. Jangan jadi darurat sudah..pakai masuk dalam lah kitorang..hehehe.. ;)
Grasias amigos..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
29 March 2009
Bukit Gantang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KayJay
Saya tengok sikap anti Khairy begitu tebal dalam perwakilan sehingga beberapa kali dia di boo semasa ucapan penangguhan.
Ini ditambah dengan kemarahan melampau Madey yang tak terbendung lagi kepada Khairy.
Beberapa orang pemimpin baru ameno ada membuat kenyataan bahawa calon2 yang menang jangan berasa selesa sangat sebab kemenangan mereka boleh dibatalkan jika ada aduan baru mereka terlibat dengan rasuah semasa pemilihan.
Saya tidak akan terkejut kalau tiba2 kemenangan Khairy dibatalkan atas alasan tersebut..tambahan pulak dia memang telah disabit bersalah sebelum ini. Cuma masa tu Khairy bernasib baik Pak Lah masih PM. Apa akan jadi lepas Pak Lah pencen..anything can happen..
So Khairy better watch out..cubalah dapatkan sebanyak mungkin sokongan dalam beberapa hari ni. Gunakan pilihanraya kecil Bt Selambau, Bt Gantang & Batang Ai sebaik mungkin untuk mobilise sokongan..
Good luck amigos..adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
27 March 2009
Zulkifli Noordin’s jihad
By Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.com
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Member of Parliament (MP) Zulkifli Noordin recently tried to move a series of constitutional amendments that would elevate the status of Islam in the country's administration.
We know what he is asking for, but do we actually know why he is doing it? The Nut Graph spoke exclusively to Zulkifli via e-mail, and he tells us what his motivations and strategies are.
TNG: What are the chances of your motions — to amend the Federal Constitution — being heard in Parliament? According to PKR vice-president Sivarasa Rasiah, it is virtually impossible for opposition MPs to have their motions heard in Parliament because of Standing Order 15(1) which privileges government business.
Zulkifli Noordin: I agree that it is almost impossible for a private member's motion to be tabled and debated in Parliament because of Standing Order 15(1). However, there is always that slim chance that it may see the light, especially if anyone in government, especially a minister, picks it up.
I'm betting on those chances, hoping maybe any of the ministers will pick up on the motion. As the saying goes, you stand a better chance of getting a fish if you cast your line. So why not give it a try?
Why have you brought these motions forward, especially the ones to amend the Federal Constitution to elevate the status of Islam?
It is my opinion that based on the principle of freedom of religion as enshrined in Article 11(1), every person has the right to profess and practise his or her religion.

As you are aware, Islam is not a religion concentrating only on ritualistic practices. It is a religion that encompasses a whole body of jurisprudence that covers the entire aspect of life. From the simple issue of what to wear, to what to eat, how to govern, the economy, business, law, and so on.
So I believe Muslims should be allowed to profess and practise their religion to the fullest. And anything that prevents a Muslim from doing so should be removed, especially legal barriers. For example, a Muslim flight attendant with MAS or AirAsia should be allowed to cover herself, if she chooses to, in accordance with the Islamic dress code.
The same also applies to Muslims who commit crimes, for example, theft or murder and so on. Subjecting a Muslim to a non-Muslim law will be very unfair to him or her, unless he or she chooses to be subjected to that law.
If Muslims are tried based on Islamic law and jurisprudence, and then convicted or sentenced, that will not only serve as punishment in the world. It is also a means to relieve punishment in the hereafter as they have already been punished in accordance with Allah's law in the worldly realm. A Muslim's conviction or sentence in accordance with human-constructed laws will only serve as punishment to him or her in the worldly realm, but will not relieve him or her of punishment in the hereafter.
That's the reason, you see, that I have proposed almost 20 motions that are inter-related.
One thing I wish to highlight is that none of the motions will subject non-Muslims to Islamic law or jurisprudence. It only covers, and only subjects, Muslims to Islamic laws and jurisprudence.
If the motions do get a chance to be debated, do you think you will be able to get the requisite support from the floor to pass the amendment?
I believe in this verse: "If you assist Allah in His religion, He will assist you and put you in a firm position." (Al Quran, Surah Muhammad, Verse 30)
There are 132 Muslim MPs in Parliament currently. Any Muslim worth his or her salt would definitely support the motions that I've put forward.
Sivarasa says this is merely your personal view and not the party's stand. I'd like to clarify with you whether or not the party, or Pakatan Rakyat, is supporting you in your motions?
I agree that those motions are my personal crusade. I don't even know what is PKR's stand on this issue. I do wish that PKR would make a very clear stand.
I must say, though, that there is an understanding among the Pakatan Rakyat [about] respect for freedom of religion and for Islam being the official religion. But on the general stand of PKR that every person has the right to profess and practise his or her religion, I believe the stand that I take does not contradict the general stand. I am merely upholding the right of Muslims to profess and practise their religion.

(Image source: zul4kulim.blogspot.com)
Will you keep pursuing these motions, even if they are not given the chance to be debated this time around?
Definitely! It is my personal jihad to uphold the right of Muslims to profess and practise their Islamic religion. And I will do so to my last breath. If I have to die in doing so, then I'm more than happy to give my soul for that struggle. It is my jihad to do so.
The big question that Muslims are asking now is, can we have our lives as Muslims back? And I'm nothing but an instrument of Allah to achieve just that — we Muslims just want our lives back. ![]()
Muhyidin TPM
Akhirnya confirm Muhyiddin bakal menjadi TPM apabila berjaya dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Beliau mengalahkan Mat Taib dengan mendapat 1575 undi..
Manakala Naib Presiden dimenangi oleh Ahmad Zahid Hamidi (1592), Hisham (1515)dan Shafie Apdal (1445).
Saya melihat sepintas lalu barisan MT yang dipilih saperti Mustapha mohd, Noh Omar, Ismail Shabey, Ahmad Shabery Chik, Idris Haron, Bung Mokhtar, Azeez Rahim, Fuad Zarkashi, Lajim Ukin, Awang Adek Husin, Idris Jusoh, Zulhasnan, Tajudin Abdul Rahman, Hamzah Zainudin, Jamaludin Jarjis, Zainal Abidin Osman, Mahadir Khalid, Shaziman Mansor, Husni Hanadzlah, Saifudin Abdullah dan satu-satunya calun wanita Norraesah.
Setakat yang saya tengok kebanyakannya muka baru. Namun adakah mereka ini mampu membawa perubahan dengan latarbelakang pelbagai.
Saya akan cuba memberikan analisa pemilihan ini apabila meninjau jumlah undi dan latarbelakang pemenang2 tersebut.
Adios for now..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Fairus ditahan
Just dapat news Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga ADUN (PKR) Penanti YB Mohd Fairus Khairuddin ditahan oleh pihak imigeresen semasa hendak memasuki Singapura di Tambak Johor.
Beliau kemudian diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan untuk disiasat berkaitan kes rasuah pemberian tender quarry di Pulau Pinang.
Setakat masa ini YB Fairus masih lagi didalam tahanan pihak SPRM.
Baru-baru ini YB Fairus telah mengumumkan letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri PP berkuatkuasa 8 April 2009.
Saya akan menyusul berita ini jika ada perkembangan lanjut.
Adios
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
26 March 2009
Dari PWTC
Berita terbaru dari PWTC. Shahrizat Jalil menang Ketua Wanita membungkuskan Kak Pidah.
Menantu Pak Lah membungkamkan A/L Madey sebagai Ketua Pemuda (Khir Toyo kabarnya melarikan diri dengan toyol2nya).
Rosnah Rashid pula mengambil tempat X-Azalina sebagai Ketua Puteri.
Nampak dari bacaan undi dan trend voting suara-suara anti Najib agak ketara. Kemenangan ketiga-tiga mereka yang dicop sebagai orang Pak Lah menguatkan andaian Najib tidak mendapat sokongan penuh.
Jika trend ini berterusan dan teori saya betul, maka ada kemungkinan besar jawatan Timbalan Presiden akan dimenangi oleh Mat Taib berdasarkan persepsi Mahyudin dilihat sebagai regu Najib..dan orang Ali Rustam merasakan Najib telah menganiaya taiko mereka. Sebagai protes mereka mungkin memberikan undi kepada Mat Taib.
Ini satu perkembangan yang sangat menarik.
Kalau ini semua beaku, silap2 haribulan Pak Lah tak jadi pass baton Pee Em kepada Najib sebaliknya mengekalkan jawatan sebagai Pee Em tanpa menjadi Presiden. Ini boleh berlaku kerana jawatan Pee Em adalah hak YDP Agong untuk lantik bukan ameno.
Ini ditambah dengan usaha dua orang veteran ameno (Kadar Shah & Mazlan Harun) yang bercadang nak cabar peralihan kuasa ini di Mahkamah).
This is very-very interesting development..we'll just wait & see the next few days..
Adios amigos..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
25 March 2009
Selamat Hari Polis
Saya ambil kesempatan untuk ucapakan selamat Hari Polis ke 202 tahun.
Tentu ramai yang tanya ape ke hal saya nak ucapkan selamat hari polis, sedang kabar cerita nya polis dok balun kite je..macam insiden di Taman Ria Sg. Petani.
Sebenarnya saya sendiri datang dari keluarga polis. Almarhum ayah saya adalah bekas anggota polis. Nama almarhum ayah saya Noordin Bin Yahaya. Pangkat terakhir beliau sebelum bersara pada tahun 1986 adalah Sarjen Mejar No. 898.
Almarhum ayah saya meninggal dunia pada 08.07.2000 diwaktu berumur 72 tahun kerana sakit tua.
Saya membesar didalam lingkungan keluarga polis.
Seingat saya, diperingkat awal umur saya pada awal 1960an kami tinggal di Berek Polis Tapah. Kemudian Almarhum dipindahkan ke Balai Polis Cameron Highland di Brinchang.
Kemudian Almarhum ayah saya diserapkan ke Unit Pasukan Simpanan Persekutuan No. 5 atau lebih dikenali sebagai FRU 5.
Kami tinggal di Berek FRU di Queenstown, Singapura. Apabila Tanah Melayu berpecah dengan Singapura pada tahun 1965, kami berpindah ke Ipoh.
Oleh kerana pangkalan FRU 5 belum disiapkan maka kami ditempatkan di perumahan sementara di Sg. Pari Ipoh.
Apabila pangkalan FRU 5 siap di Sg. Senam Ipoh pada tahun 1967 kami pun berpindah pula ke situ. Di pangkalan FRU 5 inilah saya membesar selama lebih 20 tahun.
Pangkalan FRU 5 ini terdiri daripada 10 berek 4 tingkat yang dikenali dengan nama Blok A hingga Blok J.
Saya sekeluarga tinggal di Blok D-A-6, iaitu di tingkat 1 unit no. 6. Rumah saya ni mengadap stadium Perak.
Unit FRU 5 ini terbahagi kepada 3 pasukan iaitu Trup A, Trup B dan Trup C. Tiap trup ada lebihkurang 60 anggota diketuai seorang OC berpangkat ASP. Seluruh pangkalan FRU 5 diketuai oleh seorang Komandan berpangkat DSP.
Tiap unit ada sebuah landrover, truk, bas dan yang paling kami anak FRU suke ialah lori CV command vehicle (yang truk tinggi kami panggil lori unta).
Kalau ngkorang tengok CV ni yang pegawai dia selalu duduk kat atas sambil pegang loceng tu sambil menjerit suruh bersurai..
Selama tinggal di berek FRU ni, banyak pengalaman yang saya lalui.
Kami anak-anak FRU sangat rapat kerana tinggal dalam berek. Kami bukan sahaja kenal diri masing-masing, malahan kami kenal adik beradik dan keluarga masing-masing.
Yang canggihnya kawan bapak kami juga macam bapak kami sendiri. Kalau kami buat perangai tak payah tunggu orang tua sendiri, pakcik-pakcik FRU yang lain akan tenyeh kami. Kalau kami repot kat bapak kami, bukan saje dia tak support kita, kena tenyeh lagi adalah.
Saya paling seronok bila orang tua kami buat latihan di Teluk Senangin di Lumut. Bukan ape, dapat tidor dalam khemah peh tu makan makanan ration.. Yang paling syok lauk kambing & kacang peas dalam tin..
Kadang-kadang kalu dapat OC mood bagus..dia akan bagi kami anak-anak FRU merasa menembak. Time tu FRU masih guna senapang carbine dan SLR. Yang lebih canggih senjata machine gun sterling..yang magazin dia kat tepi tu. So kami akan menembak ke arah laut..peh..rase macam Rambo pulak..
Ngkorang jangan marah pulak..kadang-kadang kami merasa juga menembak senapang gas pemedih mata..naik kematu bahu..
Sebab tu saya tahu kalau tembakan gas dibuat dalam mana-mana demo, samada kita tutup mulut dengan hidung dengan kain basah, atau kita makan sedikit garam.
Saya masih teringat kadang-kadang bila beg nak ke sekolah tak ada, kami akan pakai beg gas FRU..hehehe.. Cukuplah takat isi buku & botol air. Kadang botol air ke sekolah pun pakai botol air FRU. Jangan nak kata, kadang kasut pun pakai FRU punya.. Maklumlah masa tu kami anak FRU bukan hidup senang. Gaji orang tua pun baru RM180 sebulan. Anak 8 orang..
Jadi kami anak FRU kadang-kadang kena cari duit sendiri. Yang paling popular bila ada bola kat stadium perak, kami akan buat parking kat padang depan stadium. Sebiji kete 30sen. Sekali bola boleh lah dapat RM2 ke 300 ringgit. Kongsi 5-6 orang. Tapi sekarang padang tu dah takde, saya tengok depa dah bina swimming pool!
Kalau kami nak pegi tengok bola memang free je..almaklumlah anak FRU. Main angkat tangan je dengan guard sure lepas masuk. Kadang-kadang sambil tengok bola kami jual kueh & air.
Saya teringat lagi masa di berek kami jual kueh ke berek askar yang duduk bersebelahan dengan berek FRU. Kebanyakan asakr ni bujang..jadi modal jual kuih ni senang je..kata kakak yang buat berebut brader askar beli. Tapi ada juga brader askar yang kawin dengan anak FRU.
Antara time yang paling saya suke ialah bila kenduri kawin. Kami akan berjaga dua tiga malam tengok persiapan dibuat. Semua buat sendiri..dari masak memasak sampailah tempat bersanding. Yang paling syok bila tiba time joget lambak..peh..rolling sakan kitorang.
Kami anak FRU ada team bola sendiri. Selalu jugak kami buat perlawanan persahabatan dengan pasukan berdekatan. Kadang-kadang kami buat perlawanan dengan pasukan anak polis lain. Tiap tahun pulak ada sukan tahunan kontijen. Kami anak-anak polis ada can ambik bahagian. Kira-kira saya pernah lah jugak dapat pingat emas lari 100metre dan 4 x 100m berganti-ganti.
Sebenarnya banyak kenangan manis masa tinggal diberek FRU ni. Saya teringat masa kami bersunat ramai-ramai. Macam pesta. Kami dibawa naik lori CV ramai-ramai. Lepas tu kami akan disembur dengan air water canon..bila dah lencun kecut..masing-masing dibawak depan Tok Mudim.
Saya teringat lagi Tok Mudim tu..dengan misai melintang dia. Kami duduk atas batang pisang..peh tu..cupp..kapla dah hilang. Ada member sorang tu..elok nak duduk je atas batang pisang tu terus melolong. Peh tu dia cabut lari. Jenuh depa nak ngejor dia..saya dengar hari ni dia dah jadi Professor universiti..
Eh..kalau nak cerita memang long story. Nanti ada kesempatan lain saya akan storykan.
Cuma yang saya bangga ramai kawan dan rakan saya semasa membesar bersama di berek FRU tu sekarang dah jadi hebat-hebat. Ramai juga yang jadi pegawai kanan polis.
Yang bab ni selalu jadi masalah bagi saya. Nak buat macam mane. Memang saya anak polis. Kawan-kawan saya masa kecik dulu boleh kata 60% jadi polis. Ada yang sekarang pegang pangkat tinggi dalam polis. Ada yang dah pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis. Ada yang dah jadi Ketua Polis Daerah. Ada yang jadoi Ketua Cawangan Khas Negeri dan Daerah. Malahan seorang daripada pegawai kanan SB di Bkt Aman sekarang adalah kawan baik saya.
Malah dua orang abang saya adalah pegawai polis. Seorang di PGA Ulu Kinta, seorang di PGA Miri. Malahan bekas KPN Tun Hanif Omar pernah jadi class mate saya.
Didalam karier saya sebagai peguam, saya banyak mengendalikan kes-kes jenayah yang banyak melibatkan polis.
Dengan latar belakang macam tu, pernah disebar fitnah jahat dikalangan awam yang saya ni sebenarnya polis. Nak buat macam mane, dah kalau orang nak buat jugak fitnah tu. Saya akui memang saya ramai kawan dikalangan pegawai dan anggota polis. Kalau disebabkan itu saya nak dipersalahkan, saya ingin tegaskan saya sedikit pun tidak rasa malu atau segan menjadi anak polis. Malahan saya berbangga walaupun berpangkat rendah dan gaji yang sedikit, almarhum ayah saya berjaya membesarkan kami dan alhamdulillah kami berjaya dalam kehidupan kami.
Seperkara yang saya ingin tegaskan, tidak semua anggota polis suka dengan apa yang mereka kena lakukan. Tetapi sebagai anggota polis mereka perlu menjalankan arahan yang diberi. Memang ada0seorang dau kambing hitam dalam pasukan polis. Tetapi kita tidak boleh samatarafkan semua orang hanya kerana adanya kambinghitam ini. Samalah juga dengan organisasi atau institusi lain sudah pasti ada kambing hitamnya.
Saya teringat masa ditahan dibawah ISA dulu. Ramai pegawai & anggota polis yang mengawal pusat tahanan ISA yang bersimpati dengan kami. Malahan kadang-kadang dema berkumpul depan bilik tahanan saya dan mintak saya kasi ceramah lagi.. ;)
Sebab tu kita tengok ramai anggota polis bila dah pencen masuk PAS. Tambah SB-SB yang ditugaskan memantau ceramah dan FRU yang diarah mengawal ceramah kita. Sambil-sambil memantau dan mengawal tu mereka dengar juga apa yang kita cakap..dan ramai yang mengakui kebenaran apa yang kita cakapkan.
Tu yang bile pencen pakat masuk PAS belaka tu.
Well, dah tua polis kita ni.200 tahun umur sheh..tua betul tu.
So you guys..selamat hari polis. Cuma satu permintaan saya kepada brader FRU tu..kalau dapat arahan membelasah kami dalam mana-mana demo, pukul olok-olok dahlah. Jangan balun betul-betul..sakit yop ;)
Selamat Hari Polis ke 202
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
23 March 2009
Zulkifli moves to amend Federal Constitution
By Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.com
PETALING JAYA, 23 March 2009: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Member of Parliament (MP) Zulkifli Noordin has tried to move four motions in Parliament to amend the Federal Constitution regarding the status of Islam.
The first motion is to amend Article 3(1) to: "Islam is the religion of the Federation, including in terms of laws and legislation."
The second motion proposes to amend Article 4(1) to: "This Constitution is the supreme law of the Federation and, except for Islamic laws and legislation, any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void."
The third motion proposes to amend Article 11(1) to: "Every person has the right to profess and practise his religion, including changing his religion except for those adhering to Islam who must be subject to Islamic laws and legislation.
"To define those who adhere to Islam, the question of conversion to or apostasy from Islam must be determined by the syariah courts, which have absolute authority over the matter."
The fourth motion is to amend the Ninth Schedule, List 2(1) to expand the powers of the syariah courts to try, judge and sentence non-conforming Muslims in accordance to Islamic laws and legislation.
In this motion, Zulkifli also asks for the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 to be amended accordingly.
Zulkifli is also trying to move 16 other motions, some of which involve elevating the status of Islam, but these do not entail constitutional amendments.
These motions were published in the Dewan Rakyat's Order Paper, dated 16 March 2009.
The Nut Graph made several efforts to contact Zulkifli for more details about the motions but was unsuccessful.
Personal, not party views
However, PKR vice-president R Sivarasa dismissed concerns about the controversial MP's motions, and told The Nut Graph: "These are Zulkifli's personal views — the party doesn't endorse those views."
Sivarasa Sivarasa added that Zulkifli's motions would most likely not even come up for discussion.
As of 16 March, Zulkifli's motions were listed at the bottom of 65 motions being moved in Parliament.
"This is what I experienced myself when I tried several times to move a private member's bill for freedom of information legislation last year," Sivarasa said.
Sivarasa said that parliamentary systems in other democratic countries allow for a certain number of days during which opposition-sponsored bills, private members' bills, or other motions can be discussed.
He said the Malaysian Parliament's Standing Order 15(1) for the Dewan Rakyat, however, states that government business has precedence over private members' business.
Zulkifli was a prominent participant in the 300-strong demonstration against the Bar Council forum Conversion to Islam: Article 121(1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited on 9 Aug 2008, together with others from PKR, PAS, Umno and various Muslim non-governmental organisations.
He was given a show cause letter by his party on 7 Sept 2008, but publicly refused to apologise for his actions. After delaying action on Zulkifli for months, PKR deputy president Syed Husin Ali said on 5 March 2009 that the matter had been "settled internally" some time in 2008.
Syed Husin declined, however, to elaborate on how the matter was settled.The Nut Graph
21 March 2009
KENYATAAN AKHBAR
Didalam laman webnya www.malysianbar.org Majlis Peguam mengemukakan tajuk undian online dengan soalan saperti berikut:
1. "Sama ada wajar mana-mana bangsa seperti penganut Islam mendapat hak eksklusif menggunakan perkataan ALLAH";
2. "Samada penerbitan bukan Islam wajar diberi hak menggunakan perkataan ALLAH"
.
Melalui undian online ini, para peserta hanya perlu mengundi ya atau tidak. Dan ini akan dijadikan sandaran kelak untuk menentukan hak menggunakan perkataan ALLAH oleh bukan Islam.
Nampaknya pertukaran kepimpinan Majlis Peguam daripada Datuk S. Ambiga kepada Ragunath Kesavan sebagai Presiden Majlis Peguam tidak mebawa apa-apa makna dari segi sikap anti Islam mereka. Ini jelas membuktikan bahawa sememangnya Majlis Peguam peguam amat tebal sikap anti Islamnya.
Selain online polling yang jelas mencabar umat Islam, Majlis Peguam juga adalah badan yang mendalangi penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama), Kumpulan Artikel 11 (yang memperjuangkan hak untuk murtad oleh umat Islam), menyokong tuntutan Azlina Jailani @ Lina Joy di Mahkamah Persekutuan (yang menuntut hak untuk murtad dari Islam), mengadakan pelbagai forum dan seminar yang mencabar Islam (saperti forum Masuk Islam:Menilai kes Subashini & Shamala) dan lain-lain lagi.
Dalam isu online polling berkaitan hak penggunaan nama ALLAH, saya tidak nampak langsung apa relevennya pungutan suara online tersebut dengan peranan Majlis Peguam. Adalah jelas Majlis Peguam telah melampaui skop dan bidangtugasya apabila membuat pengundian online tersebut.
Adalah jelas juga Majlis Peguam langsung tidak pernah mengambil kira sensiviti umat Islam dalam menjalankan pengundian tersebut. Apakah Majlis Peguam sudah menjadi badan yang pekak dan buta terhadap sensitiviti orang lain? Atau adakah sikap angkuh dan sombong mereka sudah melampaui batas-batas susila masyarakat timur.
Sikap golongan saperti Majlis Peguam inilah yang akan menimbulkan persengketaan dan perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama yang telah hidup dengan aman dan harmoni selama ini dan saling hormat dan menghormati sesama sendiri.
Majlis Peguam sebagai badan yang berlatar belakangkan perundangan sepatutnya sedar bahawa tindak-tanduknya dalam hal ini jelas membelakangkan semangat dan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Peguam juga dengan sedar melakukan suatu pelanggaran terhadap Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan sama ada orang Islam atau bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam memperihalkan kepercayaan agama bukan Islam.
Saya mendesak supaya satu tindakan yang tegas diambil terhadap Majlis Peguam termasuk para pegawai dan exconya yang jelas makin angkuh dan bongkak dengan sikap mereka, seolah-olah mereka ini kebal dari segi undang-undang.
Saya mendesak supaya tindakan pendakwaan jenayah dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab samada dibawah Sekyen 9 diatas atau Seksyen 299A Kanun Keseksaan.
Sudah tiba masanya Majlis Peguam dan golongan yang sewaktu dengannya diberi pengajaran yang jelas supaya perkara saperti ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.
Sebagai langkah jangka panjang, saya mendesak kerajaan supaya mengkaji semula Akta Profesion Guaman dengan melakukan pindaan yang jelas untuk menghadkan skop dan bidangtugas Majlis Peguam hanya kepada mengawal selia dan mendisiplinkan para peguam.
Kerajaan juga mungkin perlu mengkaji kemungkinan membenarkan penubuhan sebuah badan peguam yang lain sebagai alternatif dan mengimbangi Majlis Peguam. Saya lihat kerana hak monopoli dan eksklusif yang diberikan kepada Majlis Peguam dalam perihal profesion guaman menyebabkan mereka menjadi angkuh dan sombong seolah-olah mereka adalah kumpulan yang "untouchable".
Sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia memberi mesej yang jelas dan terang kepada Majlis Peguam: "enough is enough".
Moga ALLAH memberikan kita umat Islam petunjuk dan hidayahNya serta kekuatan dan istiqomah dalam perjuangan Islam.
Sekian terima kasih.
Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bdr Bharu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Calun N.25
Saya menyokong penuh pemilihan Sdr. S.Manikumar sebagai calun Pakatan Rakyat untuk kerusi N25 Bukit Selambau.
Selain memenuhi syarat yang ditetapkan, saya percaya pemilihan beliau dibuat dengan keyakinan beliau mempunyai latarbelakang peribadi yang kredibel dan berwibawa yang tidak boleh diganggu gugat atau dieksploitasi oleh mana-mana pihak.
Saya percaya faktor keupayaan mempertahankan kedudukan beliau selepas kemenangan juga telah diambil kira. Apatah lagi keputusan dibuat setelah mengambil kira latarbelakang 15 calun lain dan setelah perundingan dibuat dengan YAB Menteri Besar Kedah.
Saya berpendapat perbuatan segelintir mereka yang membantah adalah tidak berasas sama sekali. Saya sangat yakin S.Manikumar tidak akan mengenepikan kepentingan kaum India apabila beliau terpilih nanti.
Saya melihat bantahan yang dikemukakan lebih bersifat mementingkan diri atau kumpulan sendiri. Apatah lagi sesiapa yang memenangi kerusi N25 secara automatik akan dilantik sebagai Exco. Sudah tentu habuan kedudukan itu menjadikan kerusi N25 menjadi rebutan.
Namun saya percaya semua pihak yang berkenaan akan menerima keputusan yang telah dibuat.
Apa yang penting sekarang adalah semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu bekerja keras memastikan kemenangan kepada calun yang telah dipilih iaitu Sdr. S.Manikumar.
Zulkifli Bin Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiga disah positif HIV setiap hari
Oleh Khirul Bahri Basaruddin, Nazura Ngah dan Nurhasyima Hasim
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Tiga rakyat negara ini disahkan positif HIV dan seorang didapati meninggal dunia akibat Aids, setiap hari, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Beliau berkata, purata kes itu berdasarkan kes positif HIV terkumpul sudah mencapai 80,000 kes setahun.
Bagaimanapun, katanya, jumlah kes HIV yang dilaporkan mencatatkan penurunan berterusan mulai 2003 apabila 3,692 kes direkodkan pada 2008 berbanding 6,978 kes pada 2002.
"Kes yang dilaporkan ini menurun daripada 27 peratus bagi setiap 100,000 penduduk pada 2003 menjadi 17 peratus menjelang 2008. Jika trend penurunan ini berkekalan, diunjurkan hanya sejumlah 110,000 kes HIV akan dikesan sehingga 2015.
"Ia sekali gus mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Millenium sebelum 2015 iaitu menurunkan jangkitan HIV kepada 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk," katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) yang bertanya langkah kerajaan bagi mengekang penyakit Aids dan HIV, yang dijangka meningkat menjadi 300,000 kes pada 2015 berbanding 80,000 kes tahun lalu.
Dr Abd Latiff berkata, jumlah dilaporkan Majlis Aids Malaysia itu hanya anggaran bilangan kes HIV jika tiada langkah kawalan dan pencegahan dilaksanakan.
"Justeru, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah, termasuk Pelan Strategik Kebangsaan (NSP) mengenai Aids 2006-2010," katanya.
Menjawab soalan tambahan Kamarul, katanya, di bawah program mengurangkan kemudaratan kedua-dua penyakit itu, kerajaan memperuntukkan RM500 juta sejak 2006 hingga 2010.
Ooi Heng
20 March 2009
Tian Chua alleges misappropriation of ministry funds for hotel rooms
KUALA LUMPUR (March 19, 2009) : The Higher Education Ministry's letterhead was used to book some 70 hotel rooms for Umno Pasir Division members attending the party's general assembly here next week, inviting allegations of impropriety and misuse of government facilities.
|
Mohamed Khalid, who is contesting a vice-president post, admitted the ministry's letterhead was used because "it is very difficult to book hotel during the Umno assembly period".
He said he is not using the ministry’s money to pay for the rooms which costs RM165 per day.
Tian Chua earlier told reporters in Parliament lobby that there could be misappropriation of public fund by the Higher Education Ministry’s political secretary's office which sent out the letter.
He said he had received information that Zainal Abidin Othman, a special officer to the minister’s political secretary, allegedly booked a total of 70 rooms and produced a copy of letter of request with the ministry’s letterhead and a confirmation letter from the hotel as proof.
He said he had also submitted the report and evidence to the MACC.
"We have the fax with the ministry’s letterhead to the hotel as well as the confirmation letter from the hotel that each room cost RM165 per night.
"I was also told that a government cheque had been (allegedly) issued as the deposit for the hotel. This is a clear misuse of public money for party congress and election," he said.
Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), who was at the press conference, said it is wrong to use the letterhead of the ministry for the letter of request to the hotel as it will be taken as a guarantee to the hotel that the ministry will foot the bill.
He said this is because the letter stated that "we are hopeful that the hotel would allow our guests to check-in at the hotel at any time and the bill would be forwarded to us after the guests leave (we would prefer to pay weekly)".
He said it is very easy for the MACC to check if a government cheque was given to the hotel.
Mohamed Khalid said Zainal was not acting under his instruction.
Ooi HengUst Dato Abu Hassan Din Al Hafiz
Saya baru mendapat maklumat tentang Alfadhil Ust Dato Abu Hassan Din Al Hafiz yang diberitakan terkena angin ahmar (stroke) semasa berada di Johor Bharu semalam.
Keadaan beliau masih dikatakan belum sedar dan sedang didalam pemerhatian perubatan.
Ust Abu Hassan Din adalah bekas Imam Besar Masjid Negara. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara adalah sebagai Penasihat Agama Yang DiPertuan Agong (yang terakhir semasa Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz).
Ust Abu Hassan Din datang daripada keluarga ulama. Abang beliau adalah seorang ulama terkenal Alfadhil Dato Dr. Harun Din. Seorang lagi abang beliau ialah Ust Ishak Din. Kakak beliau juga seorang ilmuan islam yang hebat Ust Khadijah Din.
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada ALLAH semoga memberi kesembuhan dan kesihatan. Kepada Alfadhil Ustadz Abu Hassan Din Al Hafiz. Mari juga kita berdoa moga ALLAH memberi kesabaran kepada keluarga beliau dalam menghadapi ujian dan dugaan besar ini.
Saya akan cuba updatekan maklumat keadaan beliau dari masa ke semasa insyallah.
Ameen.
Syukran..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
19 March 2009
Takziah
Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pemimpin veteran PAS, Allahyarham Ustaz Jais Anwar, yang telah pulang ke rahmatullah lewat petang semalam di London.
Allahyarham semasa terlibat dengan PAS pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat bagi penggal 1969 hingga 1971.
Saya mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Skandal Lagi
PENYELEWENGAN DAN KRONISME DALAM
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Ekoran daripada pendedahan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat mengenai isu pembelian Eurocopter dengan harga begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.
Hari ini, sekali lagi pendedahan isu penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara. Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli UMNO (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.
Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90% projek-projek pembekalan pelbagai rangsum bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit. Contoh syarikat yang dimiliki oleh beliau seperti berikut:-
a. Komantra Sajian Sdn Bhd memperolehi secara rundingan terus projek penswataan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia yang mencecah lebih daripada RM 600 juta.
b. GPB Coporation Sdn Bhd memperoleh projek perkhidmatan pengangkutan bas untuk kem-kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mencecah lebih daripada RM 300 juta.
Bukan sahaja memperolehi projek-projek begitu senang sekali, beliau turut tidak melaksanakan tugas dengan beramanah. Antaranya, menghantar bekalan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam tender. Mengurangkan kuantiti bekalan yang sepatutnya dihantarkan atau tidak menghantar bekalan langsung tetapi invoice tetap dihantarkan kepada Kementerian Pertahanan untuk proses pembayaran.
Ini telah membuktikan sekali lagi keraguan dan ketelusan yang melibatkan pemimpin negara untuk memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu dalam Kementerian Pertahanan.
Unit Penyelidikan
Sekretariat Parlimen PKR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI
| Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI |
| Jimadie Shah Othman | Mar 18, 09 12:13pm |
| kemaskini 2.58pm Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut. "Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik. Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. "PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi." Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina). Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. "Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. "Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik. Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam. Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris. Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu. Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini. Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara. Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti. Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas. Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000. Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel. Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu. "Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya. |
Very Clear Message
Saya lihat tindakan disiplin yang dikenakan terhadap beberapa orang pimpinan ameno semalam dan beberapa hari lalu menunjukkan mesej clear kepada grup Pak Lah..
Rata2 diketahui bahawa Ali Rustam adalah proksi PakLah dalam perebutan jawatan timbalan presiden.
Begitu juga Norza Zakaria, Ketua Pemuda WP yang jelas adalah proksi Khairy.
Yang paling clear adalah tindakan terhadap Khairy..
Menantu Pak Lah sendiri.
Jadi mesejnya very clear..the slaughtering has begun.
Kalau takat nak kata bersalah dengan politik wang menyebabkan tindakan terhadap Ali Rustam, Norza & Khairy dan ramai lagi saya rasa dalam ameno tu bersepah. Khir Toyo saper tak tahu berapa punya banyak dia dah tabur.
Bak kata Pak Syed Hamid, hari ini pemimpin ameno begitu berani menabur rasuah terang-terangan dalam usaha membeli undi.
Soalnya kenapa Ali Rustam, Norza, Khairy dan lain-lain orang Pak lah yang kena..
Kepada Khairy..the message to you is very clear. Your glamarous days in ameno are numbered. The end is near.. Saya cukup yakin jika Khairy berdegil masih mahu terus bertanding Ketua Pemuda..something more serious will await him. Alangkan semasa Dato Zahid Hamidi lawan Madey dulu pun dia kena sumbat ISA samapi kena resign, tambah pulak Khairy. Bencinya Madey kepada Khairy ni tak boleh nak kata..and bila DS Najib ambil alih PM..sure madey will have his last laugh.
Saya dengar usul pertama antara yang akan dikemukakan dalam sidang ameno 26 Mac ini ialah untuk menerima balik Madey & the Gang masuk ameno semula..
So Khairy..kalau nak borang boleh mintak dengan YB Azmin..hehehe ;)
Adios amigos..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kenyataan Akhbar
Diantara mereka adalah Dato Seri Ali Rustam dan Khary Jamaluddin.
Saya dengan ini menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terutama pesuruhjayanya yang terlalu efisien supaya segera mengambil tindakan menyiasat dan jika punya bukti yang mencukupi mendakwa penama-penama tersebut dengan segera ke Mahkamah. Kalau dalam kes 46 ekor lembu yang membabitkan YAB Tan Sri Khalid kelihatan Pesuruhjaya SPRM tidak sabar-sabar hendak mendakwa beliau..saya berharap SPRM mengguna pakai standard yang sama terhadap Dato Seri Ali Rustam, Khairy Jamaluddin dan lain-lain.
Saya juga mendesak Dato Seri Ali Rustam dan YB Khairy Jamaluddin supaya meletakaan jawatan sebagai Ketua Menteri, ADUN dan Ahli Parlimen kerana sabitan salah rasuah politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO membuktikan mereka tidak layak lagi memegang amanah jawatan mereka.
Sekian.
Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Alahai Dak Ali
Sian saya tengok Dak Ali Rustam. Sibuk dia dok cari keris taming sari, tapi apa kan daya..yang dapat kain sari jer.. ;)
Saya teringat pada tahun 2004 tak silap saya, kami berceramah di Kg Kemendor, Jasin.
Penceramah malam tu ialah YB Tuan Guru Ust Hadi, Al Fadhil Ust Abd Ghani Rahman dan saya sendiri.
Dak Ali ni punya lah dia fobia dengan PAS, masa kami tengah nak ceramah boleh dia suruh van Jabatan Penerangan dok sebelah kami dengan speaker besar dipasang lalu dia pun mula merepek sorang-sorang. Depan dia adalh dalam 15 orang pencacai kaki bodek. Sedang hadirin di ceramah kami melebihi 5000 orang.
Apa yang saya terkejut bila Dak Ali ni kehabisan modal bercakap..dia berkokok macam ayam..
Dalam ceramah saya ingatkan Dak Ali jangan terlalu menghina perjuangan Islam..hari ni kamu di atas..satu hari nanti kamu pasti akan dok dibawah.
Rupanya tak sampai 5 tahun jadual ALLAH berlaku..saya nak tanya Dak Ali apa rasa bila batang hidung sendiri terkena. Saya dengar Dak Ali terjerit-jerit merepek yang dia dizalimi..dia teraniaya..eh..macam lagu karat jer bunyinya..
Pengajarannya kepada kita terutama ahli ameno..jangan lah terlalu taksub dan bongkak..satu hari nanti pasti kamu akan kebawah juga..kalu tak jatuh pun kamu pasti akan ke bawah tanah..so insaflah..
bertaubatlah banyak-banyak insyallah kita pohon ALLAH berikan kita petunjuk, hidayah dan kemapunannya. Ameen..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
16 March 2009
Panas Panas
Mereka adalah:
1. Ali Rustam;
2. Khairy Jamaluddin;
3. Khir Toyo; dan
4. Azalina Md Said.
Dikhabarkan Lembaga Disiplin ameno akan bersidang esok untuk mengumumkan keputusan tersebut. Saya difahamkan lobi melobi sedang diperhebatkan waktu ini untuk menyelamatkan penama2 tersebut.
Tapi apa yang jelas Pak Lah sudah kehilangan grip ke atas ameno.
Kalau ini semua berlaku, bermakna Muhyidin akan berentap dengan Mat Taib untuk Timbalan..which pada saya kacang putih je untuk Muhyiddin.
Ini juga bermakna Mukhriz akan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda.
But to be honest, saya memang tak pernah dengar apa2 citer pelik pasal Mukhriz ni..so far quite clean in terms of corruption and vote buying.
And to Azalina, that's the end of a once high flyer girl that Mahathir was so proud of!
Nampak gaya proses slaughtering dalam ameno dah bermula.
Saya dengar bisik2 di Parlimen yang Ali Rustam tengah mengamuk. Dengar citer kawan dok cari keris taming sari. Latest saya dengar dak Ali ugut nak bubar Kerajaan Be End di Melaka dan tubuhkan Kerajaan Bebas..nampak gaya bolehlah PAS hantar borang keahlian kat dak Ali ita ni..
Well..just wait for tomorrow's news..
Grasia amigos..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Oppostion MP booted out
Parlimen hari ini menggantung YB Gobind selama 12 bulan tanpa gaji & elaun akibat kenyataan yg dbuat oleh YB Gobind menuduh TPM sebagai "murderer" dan kemudiannya mengkritik Speaker dengan menyatakan "you should be ashamed with yourself" apabila Speaker mengarahkan beliau keluar.
Saya akui kenyataan YB Gobind itu agak keras dan kasar. Namun satu persoalan yang berbangkit ialah mengapa YB Gobind membuat kenyataan sekeras itu?
Sapatutnya Parlimen melantik satu Jawatankuasa Terpilih untuk menyiasat kenyataan YB Gobind dan memberi peluang beliau membela diri dengan mengemukakan bukti atau saksi untuk membuktikan kenyataan beliau.
Kalau setelah siasatan dibuat dan peluang membela diri diberi YB Gobind gagal membuktikan kenyataan beliau, maka wajarlah tindakan keras diambil terhadap beliau.
Namun apa yang berlaku, kes tersebut dirujuk terus kepada Dewan Parlimen untuk diambil terus keputusan menghukum. Dalam keadaan Be End menguasai majoriti sudah tentu YB Gobind akan dihukum. Yang paling menyedihkan beliau langsung tidak diberi peluang membela dirinya. Berucap pun tidak dibenarkan!
Sedangkan Islam mengajar kita supaya memberi keadilan kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Terlalu banyak ayat Al Quran & hadis yang menyebut tentang perkara ini. Ini jugalah caranya Rasulullah berdakwah dan akhirnya seorang Yahudi memeluk Islam kerananya.
Akhirnya sekarang YB Gobind digantung selama 12 bulan tanpa gaji..dan yang paling malang tanpa diberi peluang membela diri..
Astaghfirullah hal 'adhim..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
===================
Subject: [AP] Opposition MP booted out
March 16, 2009 |
Opposition MP booted out |
Opposition leaders decried the suspension of Gobind Singh Deo, calling it an abuse of power by the National Front coalition that controls nearly two-thirds of the 222-member Parliament.
| About the case Mr Najib has persistently denied any involvement in the slaying of Altantuya Shaariibuu, a 28-year-old Mongolian translator who had an affair with one of Mr Najib's close friends. Government lawyers say Ms Shaariibuu was shot in October 2006. Her body was then blown up in a forest outside Kuala Lumpur, and only fragments were found. |
Mr Gobind wanted Mr Najib to respond to opposition accusations that he had a hand in the killing of a young Mongolian woman in 2006. Mr Gobind shouted 'Answer me, you murderer' before Parliament's speaker ordered him to leave the hall.
A Cabinet minister made a formal proposal on Monday to suspend Mr Gobind without pay for a year, saying he was in contempt of Parliament and that he had committed a breach of his rights as a legislator.
Government lawmakers approved the proposal through a unanimous vote after opposition legislators staged a temporary walkout to protest the move.
Lim Kit Siang, a senior leader in Gobind's Democratic Action Party, said the suspension entered 'into Malaysian parliamentary annals as another black-lettered day'. He said the National Front had used its 'brute majority to summarily punish Gobind'.
Opposition lawmakers have grown increasingly vocal after general elections last March saw them seize an unprecedented 82 seats in Parliament, denying the National Front a two-thirds majority for the first time in four decades.
It was the first time that a lawmaker has been booted out for such a long period after another Democratic Action Party member went through a six-month suspension in 2001 for allegedly insulting Parliament. -- AP
Ooi Heng--
KeADILan Parliamentary Research Unit (KPRU).
Nur Madihah
Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.
Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.
Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.
Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!
Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut suboh pun tak terkejut!!
Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui samada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan samada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.
Saya terbaca lapuran bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja.
Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.
Ameen ya robbal 'alamin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
13 March 2009
YB Puchong digantung tugas 12 bulan
BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo,
telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB.
Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kawasan Pekan terlibat dalam
kes pembunuhan.
BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-
Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.
Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang
sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen
serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai
Ahli Parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini
diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen
Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan
kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.
Ooi Heng
--
KeADILan Parliamentary Research Unit (KPRU).
12 March 2009
Inconsistent, insensitive translations of ‘Allah’
THE use of the term "Allah" has captured the attention of the media again. Of late, even a newspaper from down south carried a commentary on the issue. The slant is usually political, and not religious, and does not throw any new light on the issue. It also does not appeal to the intellect; instead, it seems to border more on emotions that further confuse the issue.To all Muslims the term "Allah" is laden with the concept of Tauhid – that Allah is "the One and Only" as defined in the Quranic language, which happens to be Arabic. Allah cannot be understood without this concept of his oneness. Any attempt to do so will amount to a vulgarism of sort, and an affront to Muslims.
Moving forward, let us briefly try and understand the reasons for Muslim misgivings by using the Bahasa Indonesia version which is translated from the English New King James Version and authorised by Konperensi Waligerja Indonesia (Edition, 2004). Let us randomly take The Gospel according to Luke, translated as Injil Lukas, to briefly illustrate the point.
In Luke, "God" is generally substituted by "Allah", whereas "Tuhan" is commonly used to substitute "the Lord". Note the article "the" applies to "Tuhan," but not to "Allah". Hence, where there is "the Lord God" in the English version, it becomes "Tuhan Allah". "The Lord their God" becomes "Tuhan, Allah mereka". Note the use of a comma!
On some occasions though, "God" is also translated as "Tuhan", though "God" in this example does not carry the article "the" as in "the Lord". So does it mean there is a time when "God" is not "Allah"? Or that "Tuhan" is "Allah" after all?
Yet, on other occasions, "Allah" is used as substitute for "the LESUS." But then, "the LESUS your God" is rendered as "Tuhan, Allahmu" – note again the comma!
Just from these few random examples, one can already sense the complexity and confusion in the use of "Allah" in the translated version.
To make matters even more confusing, the biblical name "Mary" is rendered as "Maria" – when the Quranic equivalent would have been "Maryam"; And "John" as "Yohanes" instead of "Yahaya." Or for that matter "Gabriel" is not even translated but kept as it is. The Quranic "Jibrail" as an equivalent is not even considered! How about "Jesus" himself? Why is this rendered as "Yesus", rather than "Isa"? In the Quran both are the son of Mary or Maryam.
If the worry is that the use of the word "Isa" in the Quran is limited only to him being the son of man and not of Allah; unlike what is understood for the biblical "Jesus" – then should not the same consideration and sensitivity for Muslim feeling be shown when "Allah" is used in the translation, without any concern for the Quranic Tauhidic concept. This inconsistency, indifference and arrogance is rather obvious when it comes to the biblical "the Son of God" and the use of "Anak Allah" as an equivalent in the translation – something which is conceptually outright not acceptable to Muslims. In fact, it tantamounts to the denial of the concept of "Allah" as explained in the Quran, Surah Al-Ikhlas 112: 3 that "He begets not, nor was He begotten. And there is none co-equal or comparable to Him".
The consequence of this translation will be that Muslims will be confronted with blasphemous ideas that Allah has a son; that Allah’s son was born in the manger; that Allah’s son was crucified; that Allah’s son died for all of us. This may have public order implications under section 298 of the Malaysian Penal Code which forbids the wounding of religious feelings.
As it stands, the use of "Allah" the way it is can only arouse suspicions as to why an Arabic word is used for an Indonesia-Malay translation of the Gospel. Why not use the Hebrew or Armenia equivalents, instead?
To add on to this suspicion is why there is no insistence that examples in the fore-mentioned names be substituted with the Arabic equivalent, including places like "Jerusalem" which is substituted by "Yerusalem" which is not the name in Arabic either.
On the contrary, there are biblical names that are readily rendered to the equivalent Arabic in the translation. The examples are numerous, for instance: David as Daud; Zacharias as Zakharia; Aaron as Harun; Joseph as Yusuf; Moses as Musa; law of Moses as Taurat Musa (though, more appropriately it should have been "hukum Musa", since there is the specific term
"Torah" for "Taurat").
The final straw is when the patriarch "Abraham" who is the fountain head for Judaism, Christianity and Islam is also not rendered to Arabic "Ibrahim" – but left as "Abraham". Here, the inconsistencies, inaccuracies and insensitivities in the use and misuse of the word "Allah" become even clearer. And this must be the concern of all.
Tan Sri Professor Dzulkifli Abdul Razak is Vice-Chancellor of USM. Comment: letters@thesundaily.com.
11 March 2009
KENYATAAN AKHBAR
Saya telah membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi saperti berikut:
Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000-00
Sehari (8jam) - RM14,166-00
Sejam - RM1,770-00
Seminit - RM29-51
1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;
2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500-00 sebulan, , ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen tiap bulan;
3. Kalau disbanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000-00 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;
4. Kalau disbanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50-00 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.
Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.
Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji/ pendapatan Pengerusi/ Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.
Benarlah kata seorang pujangga besar islam, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.
Islam mengajar kita supaya berhemah, berjimat dan sentiasa mengutamakan orang lain terutamanya kalau melibatkan rakyat miskin dan bawahan. Tetapi nampaknya Kerajaan Islam Hadhari Malaysia menepati apa yang disebut oleh pujangga Islam tersbut.
Yang benar,
Zulkifli Bin Noordin
Rabu: 14 Rabi’ul awal 1430 / 11 Mac 2009
Istiqomah lah!
1. Kerajaan akan mengeluarkan gazet ke empat buah negeri yang masih belum mewartakan gazet menjadikan kesalahan jenayah bagi sesiapa yang bukan Islam menggunakan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH & SOLAT dan beberapa perkataan lain. Negeri2 tersebut ialah WP, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak.
2. Dato Seri Nazri Aziz memberi jaminan akan membentangkan Akta Pengawalan & Sekatan Pengembangan Agama Lain terhadap Umat Islam pada sidang Parlimen Jun 2009. Ini adalah salah satu daripada perjuangan saya selama lebih 15 tahun untuk mengkanunkan Artikel 11 (4) Perembagaan Persekutuan.
3. Berkaitan dengan menghalang umat Islam murtad, Kerajaan telah menerima tafsiran Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani @ Lina Joy bahawa menurut Artikel 11 (1) Perlembagaan, walaupun kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan, namun umat Islam tidak dibenarkan murtad melainkan melalui Mahkamah Syariah yang akan memutuskan soal itu menurut undang-undang Islam / hukum syara'. Saya kira ini satu kemenangan besar kepada perjuangan kita selama ini.
Cuma apa yang perlu dibuat adalah untuk mengkanunkan hukuman atau tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang murtad.
Jadi sahabat semua, all is not lost. Kita masih punya harapan dan ruang untuk terus memperjuangkan Islam hinggalah syariat Islam dapat kita amalkan dan laksanakan sepenuhnya. Apa yang penting, "aamantuu billah summastaqim" - berimanlah kepad ALLAH dan istiqomahlah. Ameen. Syukran.
Zulkifli bin Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday March 10, 2009
Remaining states to gazette ruling for non-Muslim publications
KUALA LUMPUR: The four states which have yet to gazette a ruling prohibiting non-Muslim publications from using the word “Allah” will soon follow suit once the Conference of Rulers issues them a guideline on the matter.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Penang, the Federal Territory, Sabah and Sarawak would soon gazette the ruling as part of their state enactments on Islamic matters.
“These four states are without rulers. Hence, Islam is under the King’s jurisdiction. It (gazetting of the ruling) will be done very soon.
“They will follow the guidelines to be determined by the Conference of Rulers,” he told reporters after the national-level Maulidur Rasul celebration at Dataran Merdeka here yesterday.
It was reported that action could be taken against non-Muslim publications, including the Catholic weekly The Herald in 10 states if they were found to be using four words related to Islam, which included “Allah.”
Johor, Malacca, Negri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Tereng-ganu, Kedah, Perlis and Selangor have made the ruling part of their state enactments on Islamic matters.
A fatwa had been issued to prohibit non-Muslim publications from using the words “Allah,” “Kaabah,” “Solat” and “Baitullah” in reading materials.
The Catholic church has applied for a judicial review over the use of the word “Allah,” seeking to quash the decision of the Internal Security Minister (now Home Minister) in a letter on Feb 12, which imposed conditions on the publishing permit of The Herald.
Polis boleh kesan pemilik telefon sebar foto lucah
KUALA LUMPUR: Polis mempunyai kaedah tersendiri bagi mengenal pasti pemilik telefon bimbit yang menggunakan alat telekomunikasi itu bagi tujuan tidak sihat seperti mengambil gambar dan menyebarkan gambar lucah atau berunsur penghinaan terhadap orang lain.
Antaranya, menggunakan kaedah siasatan forensik, polis berupaya memperoleh butiran terperinci mengenai jenis dan model telefon bimbit digunakan serta masa dan tarikh gambar itu diambil.
Ini kerana setiap gambar, meskipun sudah disebarkan ke ribuan orang, masih mempunyai kod cap jari (fingerprint) yang menyimpan data mengenai semua butiran asal daripada alat yang digunakan oleh orang pertama.
Justeru, bertitik tolak daripada maklumat yang diperoleh itu, polis berupaya meneruskan siasatan dengan bantuan pengadu (mangsa penyebaran gambar lucah) untuk mengenal pasti pemilik telefon bimbit yang menyalahgunakan alat itu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata mangsa pasti boleh mengingati siapa rakan atau orang tertentu yang berada di lokasi kejadian dengan menggunakan telefon bimbit yang dikenal pasti.
"Biasanya kes penyebaran gambar lucah bermula apabila teman rapat mangsa mengambil gambarnya di lokasi tertentu dan disedari mangsa. Jika tanpa sedar sekalipun, mangsa pasti mengenali orang yang berada di situ.
"Justeru, apabila polis dapat mengenal pasti masa, tarikh serta jenis telefon bimbit, ia akan menjadi panduan utama untuk mangsa mengesahkan siapa pemiliknya dan ia akan memudahkan polis menyelesaikan siasatan. Selalunya, kes berkenaan akan dapat diselesaikan dengan kaedah itu.
"Begitu juga jika ia dirakamkan dengan kamera video. Kaedahnya sama dan meskipun formatnya sudah diubah, ia masih tidak memadamkan data asal yang diperlukan pihak kami," katanya.
Namun, katanya, agak sukar bagi polis menjalankan siasatan jika rakaman itu dibuat secara hendap menggunakan kamera disembunyikan seperti kamera litar tertutup (CCTV) kerana meskipun ia turut meninggalkan data yang sama, mangsa tidak mengenali pemiliknya.
Bagi mengesan punca penyebaran pula, polis biasanya akan menjejaki secara manual dengan kaedah berundur iaitu bermula dengan penerima akhir, mengenal pasti pengirim dan seterusnya hingga ke penyebar terawal.
Namun, kaedah penyiasatan itu agak rumit dan memakan masa kerana jika seseorang pemilik telefon bimbit itu gagal dikesan, prosesnya akan terbantut dan memerlukan kaedah lain pula. Tambahan pula, banyak nombor telefon yang didaftarkan menggunakan kad pengenalan palsu.
Merujuk kepada kes penyebaran gambar atau video menggunakan laman web seperti blog pula, Mohd Kamarudin berkata, kaedah siasatan forensik agak berbeza kerana membabitkan banyak pihak lain termasuk pengendali laman blog berkenaan.
"Kebanyakan laman blog didaftarkan di luar negara. Untuk memperoleh maklumat mengenai penulis blog itu, polis terpaksa bekerjasama dengan pemilik laman web itu yang berpangkalan di luar negara. Masalahnya, tidak semua memberikan kerjasama.
"Ia bergantung pula kepada polisi di sesebuah negara. Ada negara yang mengklasifikasikan kes penyebaran gambar lucah sebagai kes kecil. Justeru, apabila polis meminta maklumat berkenaan kes seperti itu, mereka tak layan. Lainlah kalau ia kes membabitkan pengganas antarabangsa atau pembunuhan, mungkin mereka akan bantu.
"Ini kerana ada negara yang memandang kes gambar lucah sebagai kes remeh. Itu yang selalunya menyukarkan siasatan dijalankan kerana tiada kerjasama antarabangsa," katanya.
Polis pula, katanya, tidak ada kuasa atau kaedah untuk menghalang mana-mana laman web yang menyebarkan gambar lucah. Polis hanya menyiasat dan tak ada kuasa menghentikannya. Namun, jika pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mampu meminta kerjasama pengendali laman web itu, ia mungkin dapat dilaksanakan.
Malah, merujuk kepada kes penyebaran gambar lucah, polis kebiasaannya hanya memulakan siasatan jika ada laporan dibuat. Tidak semua kes dilaporkan kerana mangsa tidak mahu isu itu menjadi hebahan ke seluruh negara.
Namun, katanya, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Penapisan Filem, tak kira sama ada sekadar menyimpan atau menyebarkan gambar lucah, ia adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan 292.
**
Laporan Khas: 44 laporan gambar lucah laman web pada 2008
BERDASARKAN statistik Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, polis menerima enam laporan penyebaran gambar lucah menerusi laman web serta telefon bimbit pada 2007 dan jumlah itu meningkat secara mendadak pada 2008 kepada 44 kes.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula mencatatkan 91 kes laman web dalam negara dengan 37 kes mengandungi unsur lucah serta 54 lagi mengandungi unsur jelik sejak Januari hingga 18 Februari 2009.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu 23 kes penyebaran gambar atau video lucah melalui laman web sepanjang 2008, 12 kes pada 2007 manakala hanya lima kes pada 2006.
Menurut SKMM, satu usaha sedang dijalankan bagi menjalinkan kerjasama serta persefahaman lebih erat dengan pihak berkuasa negara luar untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai suspek atau kes yang membabitkan sumber berpangkalan di luar negara.
Selain itu, hasil siasatan mereka, kebanyakan gambar lucah berpunca daripada individu (mangsa) sendiri yang membuat rakaman bertujuan untuk berseronok selain dikongsi bersama pasangan tetapi disebabkan kecuaian menjaga rakaman itu akhirnya memberi padah kepada diri sendiri.
Masalah trend semasa di kalangan golongan muda juga menjadi satu punca utama mengapa penyebaran gambar lucah di kalangan rakyat negara ini menjadi lebih kritikal. Golongan itu langsung tidak was-was bertukar-tukar gambar atau menampilkan maklumat peribadi secara dalam talian (online) di ruangan sembang (chat room) atau laman web sosial.
Meskipun tujuan asal ialah untuk berkongsi maklumat dan berseronok sesama rakan tetapi mereka tidak sedar gambar itu mungkin disebarkan kepada pihak lain.
Bagaimanapun, SKMM mempertahankan elemen positif yang boleh diperoleh daripada laman web kerana menurut mereka banyak sumber pembelajaran dan pengajaran boleh dikongsi melalui carian Google.
Misalnya, ada 31.7 juta hasil carian mengenai pendidikan jarak jauh, 1.14 bilion keputusan mengenai kesihatan serta 1.08 bilion maklumat mengenai hasil kajian baru.
Ooi Heng
--
KeADILan Parliamentary Research Unit (KPRU).
09 March 2009
12 Rabi'ul Awwal
Hari ini seluruh umat Islam meraikan 12 Rabi'ul Awal sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Richard Hart dalam bukunya "The 100 most influential person in the history of the world" menyatakan tanpa keraguan bahawa manusia yang paling utama dan menduduki tempat pertama dalam carta itu adalah Nabi Muhammad. Walaupun seorang Kristian, namun kata Richard Hart, Nabi Muhammad adalah seorang manusia yang sempurna. Daripada seorang bapa, suami, rakan, jiran, tentera, panglima, hakim, pemerintah, presiden dan lain-lain, Nabi Muhammad adalah sempurna dari semua aspek.
Bagitupun, suka saya memperingatkan diri saya dan sdr/i semua bahawa tarikh 12 Rabi'ul Awal bukan sahaja kelahiran Rasulullah, malah beberapa peristiwa besar lain juga berlaku pada tarikh itu.
Antaranya, 12 Rabi'ul Awal 11H hari Isnin adalah tarikh kewafatan Nabi.
Begitu juga Rasulullah tiba ke Yathrib dalam peristiwa Hijrah, ianya berlaku pada hari Jumaat 12 Rabi'ul Awal. Namun kalau ditanya kebanyakan orang Melayu mereka akan menjawab Nabi berhijrah pada 1 Muharram kerana amalan kita menyambut ma'al hijrah pada tarikh tersebut. Begitulah kelabunya kita dengan sejarah kita sendiri.
Sebelum berhijrah, Rasulullah telah mendirikan solat Jumaat di sebuah tempat tidak jauh daripada Masjid Quba. Tempat itu sekarang didirikan sebuah masjid dinamakan Masjid Jumaat.
Itu adalah solat jumaat pertama yang didirikan oleh Rasulullah. Dan pada hari itu juga Rasulullah menyampaikan khutbah..itu adalah khutbah yang pertama disampaikan dalam sejarah Islam.
Jadi kita dapat melihat bahawa 12 Rabi'ul Awal mengandungi banyak peristiwa besar dalam sirah Nabawi. Agak malang apabila kita dibesarkan hanya untuk mengingatinya sebagai hari kelahiran Nabi..sedangkan banyak lagi peristiwa yang penting yang boleh kita ingati untuk iktibar, pengajaran dan panduan kita.
Sebagai contoh, kita selalu memperingati tarikh lahir Rasulullah pada tarikh 12 Rabi'ul Awal iaitu tarikh yang menurut taqwim atau kalendar Islam. Entah berapa belas, mungkin juga berpuluh tahun kita memperingati tarikh lahir Nabi ini menurut kalendar Islam.
Namun kita renung dan bertanya adakah kita sendiri mengetahui tarikh lahir kita menurut kalendar Islam. Adakah kita mengetahui tarikh lahir anak isteri menurut kalendar Islam.
Boleh dikatakan ramai yang tidak mengetahuinya. Sebaliknya kita lebih mengamalkan kalendar Kristian, ataupun dikenali sebagai taqwim masihi. Walaupun nampak saperti isu kecil, kita perlu ingat menghayati amalan Islam akan menyuntik roh Islam kedalam jiwa kita.
Sebagai contoh, ramai diantara kita jika ditanya berapa umur Rasulullah semasa wafat, kita akan jawab 63 tahun. Tetapi pernah kita bertanya 63 tahun apa? Nabi lahir tahu 571M dan wafat pada 632M. Jika dikira, ianya berjumlah 61 tahun. Mengapa kita katakan 63 tahun. Kerana Islam mengukurnya menurut taqwim hijrah. Beza kita dengan kalendar masihi ialah 11 hari tiap tahun, maka tiap 30 tahun kita tambah setahun hijrah. Nabi sudah mencapai 61tahun masihi. Maka kita tambah 2 tahun maka jadilah ia 63 tahun hijrah.
Pada saya perkiraan ini sangat penting kerana kadangkala kalau kita tersalah kira berat padahnya. Contohnya zakat. Rukun zakat ada dua iaitu cukup hisab & cukup haul. Cukup nisab maknanya cukup jumlahnya. Makna kalau menurut anggaran pasaran emas sekarang, nisab adalah lebihkurang RM3500-RM4000. Soalnya sekarang cukup haul. Apakah yang dikatakan cukup haul? Jawapannya setahu, soalannya setahun apa?
Kebanyakan kita akan mengira zakat menurut kalendar masihi iaitu dari 1 Jan ke 31 Dis. Cukup setahun kita keluarkan zakat. Sedangkan yang dikatakan haul itu adalah cukup setahun hijrah. Kalau selama ini kita menggunakan kalendar kristian dalam perkiraan haul, maka tiap tahun kita akan short 11 hari. Kalau 30tahun maknanya kita kurang setahun. Cuba bayangkan kita tidak membayar zakat selama setahun. Sedangkan zakat itu rukun Islam. Setahun kita tidak membayar zakat bermakna setahun kita tidak mendirikan rukun, saperti setahun kita tidak solat!
Saidina Abu Bakr ra mengisytiharkan mereka yang tidak membayar zakat sebagai murtad lalu diperangi dan dibunuhnya!
Sebab itulah sdr/i, dalam memperingati 12 Rabi'ul Awal, renungkanlah kembali betapa jauhnya kita daripada amalan Islam. Sekurang-kurangnya untuk tahun ini, mari kita peringati tarikh lahir kita dan anak isteri kita menurut Islam. Sdr/i boleh peri ke laman web www.islamicfinder.com untuk mengira tarikh kelahiran sdr/i menurut Islam. It's just a cllick away.
Jadi sempena 12 Rabi'ul Awal saya doakan moga ALLAH memberikan petunjuk & hidayah kepada kita untuk kembali kepada keimanan yang sebenarnya. Amiin.
Grasias & jazakallah..
Zulkifli Bin Noordin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
08 March 2009
Selamat Hari Wanita
Hari ini seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia.
Saya tidak menafikan bahawa peranan wanita sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa wanita yang dikenali sebagai ibu, kita tidak akan berada dimuka bumi ini.
Kecekalan dan kegigihan mereka membesarkan kita tidak ada tolok bandingnya. Sebab itu selain mendoakan mereka setiap hari, Rasulullah juga menegaskan bahawa ketaatan kepada ibu itu 3 kali ganda daripada kepada seorang ayah. Malahan syurga kita letaknya dibawah tapak kaki ibu kita.
Ramai tokoh-tokoh wanita muncul dipersada pentas dunia samada sebagai penggerak masyarakat atau pendokong yang kental.
Kita tidak lupa contohnya peranan Khadijah r.a., Aisyah r.a dll yang menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah.
Kita juga tidak lupa tokoh-tokoh dunia saperti Indira Gandhi, Margaret Thatcher dan lain-lain.
Kita juga masih ingat peranan besar yang dimainkan oleh wanita saperti YB Datuk Seri Wan Azizah yang mengambil alih gerakan reformasi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Saya juga tidak lupa jasa isteri saya Maimun yang banyak berkorban demi suatu perjuangan sukar yang saya lalui. Tidak lupa khususnya kepada ibu saya Siti Aisyah yang begitu tinggi keyakinan kepada saya dan selalu mendoakan untuk saya.
To all the woman, Selamat Menyambut Hari Wanita.. Happy Women's Day..
Grasias
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kulim BB 6hb Mac
Saya kemudian mengadakan perbincangan dengan petugas2 saya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dasar Cop Kaleh
Kerajaan Be End baru2 ini melaksanakan satu dasar yang dikenali sebagai Dasar Rumah Mesra. Dibawah dasar in Kerajaan membantu rakyat miskin yang punya tapak rumah tetapi tiada modal untuk membina rumah yang akan dibantu dengan pinjaman yang bayaran balik yang sangat mudah.
Namun on the ground, dasar itu diamenokan. Apa yang terjadi, tiap borang yang di isi pemohon akan disemak oleh ketua ameno cawangan. Sekiranya pemohon bukan ahli ameno atau dikenal pasti sebagai penyokong pembangkang, ketua ameno tersebut akan mengecop borang tersebut secara terbalik.
Apabila borang itu sampai pihak jabatan yang berkaitan, mereka memahami bahawa borang yang dicop terbalik bermakna pemohonnya adalah kumpulan yang dikaleh, atau diterbalikkan kerana mereka adalah bukan ahli ameno atau ahli pembangkang.
Secara automatik jabatan tersebut akan menolak permohonan tersebut tanpa sedkitpun menilai atau menyemaknya walaupun ramai permohonan tersebut adalah mereka yang layak mendapat bantuan.
Saya sendiri telah melawat beberapa keluarga di Kg Sg Sedim, Kg Tebuan. Kg Sg Buloh, Kg Desa Teruna. Kg Ulu Riau, Titi Gantung yang jelas layak mendapat bantuan tetapi ditolak hanya kerana dasar "Cop Kaleh" ini.
Saya ingin memberi amaran dan peringatan kepada ameno bahawa dasar diskriminasi dan apartheid yang diamalkan mereka termasuk dasar cop kaleh ini akan menyebabkan rakyat makin menjadi muak dengan mereka. Insyallah tidak lama lagi rakyat akan mengalehkan mereka dan menterbalikkan mereka.
Grasias
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kulim BB 5hb Mac
Alhamdulillah, saya telah dapat membuat lawatan kawasan semalam.Selepas majlis bersama Tuanku di Topwalk, saya telah melawat kawasan Junjong diwaktu petang. Sambil pekena mee kuah ketam dipekan (hangpa kena try..damn good), saya sempat bersembang2 dgn beberapa penduduk tempatan Melayu Cina India dibawah pokok ketapang (peh..mcm bunyi kat Perak jer).
Kemudian saya ke Relau. Alhamdulillah saya dapat ziarah sahabat lama saya yg banyak membantu semasa pilihanraya iaitu Sdr Mat Kasa. Beliau telah saya lantik menjadi ahli majlis Bandaran. Sangat berdedikasi dan veteran dlm reformasi.
Saya kemudian bersolat magrib di Masjid Hijau Relau (kaler pun hangpa tau lah). Alhamdulillah sahabat saya Sdr Yusof telah mengatur program untuk saya menyampaikan ceramah Maulidurrosul di masjid tersebut. Setelah itu saya mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk mendengar masalah mereka. Program habis sekitar 10.30mlm.
Alhamdulillah satu hari yang sangat produktif dan memberangsangkan. Adios
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wrong must not win by technicalities
Aliran President
5 February 2009
Confronted by crisis in Perak, the people had reason to believe that the judiciary would be our last hope for justice to prevail. That hope is apparently misplaced. What a disappointment that proved to be!
It is difficult to believe or accept the decision of the Judicial Commissioner, Ridwan Ibrahim. To say the least, Malaysians are shocked into disbelief by his verdict. Technicalities were used to prevent a fair trial and counter arguments to help the judge to arrive at a sound decision.
In this instance we are reminded of Aeschylus who said, “Wrong must not win by technicalities.” But that was what happened in the Ipoh High Court on 2 March 2009. It is a matter of grave disappointment to all of us.
*To begin with*, his decision to hear the case in chambers – not withstanding his discretionary powers - came as a complete surprise to the nation. Knowing that the entire country is very concerned with what is happening in Perak, the appropriate thing would have been to hear the case in open court as requested by senior lawyer, Tommy Thomas, representing the Speaker of the Perak Assembly. This fair request was denied.
What is at issue in this instance concerns every Malaysian and they have a right to know what persuasive arguments have been presented to support this case that has been brought to the Ipoh High Court by Zambry and others. We have a right to know what prevailed upon the jJudicial Commissioner for his decision. Now, we will never know what transpired in the chambers.
*Secondly*, the decision to deny representation by lawyers of the Speaker’s choice on mere technical grounds is perplexing. The argument that the five lawyers chosen by the Speaker to represent them have no/ locus standi/ is difficult to accept as a justifiable ground to deny the Speaker his defence. That goes against natural justice.
To insist that the Speaker should be represented by the office of the state legal advisor is indeed baffling. It is incredulous that the the court failed to see the very obvious inherent conflict of interest. The legal advisor is currently representing ‘the other MB’ Zambry Abd Kadir in a case brought to court by the legitimate MB Nizar Jamaluddin. How could the legal advisor now seriously and consciously defend the position of the Speaker? Is it even possible? This is stretching absurdity to the extreme limits!
If it is true as is claimed that the “officer” of the government – in this case the Speaker - must be represented by the legal advisor, does it mean that the court recognises that the Speaker and his Executive Council is the legitimate government in Perak?
Or put in another way, since the legal advisor is representing “the other MB” on behalf of the government in the High Court case in Kuala Lumpur, does it not imply that Zambry and his Council members are accepted and recognised as the “legitimate” representatives of the Perak government? That being the case, how can Zambry and the others then be represented by private lawyers and not by the legal advisor? Shouldn’t the same argument prevail that this so-called government must be represented by the State Legal Advisor? Why this double standard?
*Thirdly*, we are appalled that the request by Tommy Thomas to hold a watching brief with speaking rights was denied by the court which ruled that he could hold the watching brief but could not submit or participate in its proceedings. This decision is clearly absurd and incredible!
How could the court in the name of justice choose to pass judgment without hearing the other side? How could the court arrive at a just decision without the benefit of the counter argument? How could the court not allow representation before passing judgment? “Fairness is what justice really is,” said Potter Stewart. Where is that fairness in this case?
*Fourthly,* the court has issued an indefinite restraining order - to stop the Speaker from summoning the sitting of the State Assembly - after a one-sided 90 minutes of submissions and 10 minutes of deliberation. Does this decision take into consideration the consequence of that ruling? It has been stated by legal experts that if the Assembly does not sit at least once within a span of six months then the Assembly is automatically dissolved.
The much anticipated reformation in the judiciary is illusory. It will not take place with the present set up of the judiciary. It would take a complete overall of the judiciary with new appointments of competent people of absolute integrity.
The crisis in Perak cannot be solved by the judiciary. The proceedings in the Ipoh High Court brought to mind what Thomas Fuller rightly observed, “Rigid justice is the greatest injustice.”
Ultimately, it is the will of the people of Perak that must solve their dilemma - not someone else or some other institution. Aliran hopes and pleads that commonsense will prevail in the larger interest of the nation.
As we see it the only solution lies in the dissolution of the Perak State Assembly and holding fresh elections. Let the sovereignty of the people decide once and for all who should form the government in Perak.
Are we Malaysia or are we Zimbabwe ?
This seemingly ridiculous question has to be asked because of what is happening in Perak. The BN has failed to display the political maturity as the ruling coalition of a nation that has experienced 52 years of Parliamentary Democracy.
What is taking place in Perak brings us disgrace and disrepute. Malaysia comes across as no better than Zimbabwe or even Myanmar where the rule of law has been cast aside. It is no better than these despotic states that do not recognize the principles of democracy or the sanctity of the due process of the law.
We have, unfortunately, descended to this gutter level because of the corrupting influence of power and position. This greed for power has totally corrupted politics in Malaysia that we no longer pay homage to truth and justice; we no longer honour the will of the people.
In the maneuvering and manipulation that is taking place in Perak to topple a legitimate government by foul means, the BN politicians seem to have forgotten that sovereignty remains at all times with the people and they do not forfeit it even though the might of the ruling party has been brought into play to sabotage the democratic will of the people.
Ooi Heng
--
KeADILan Parliamentary Research Unit (KPRU).
Save a tree. Don't print this e-mail unless it's really necessary.