31 May 2009

Nasharudin sticking to his guns in contest for PAS No. 2 post

By PAUL GABRIEL

KUALA LUMPUR: PAS deputy president Nasharudin Mat Isa, who is being challenged by two of the party’s vice-presidents, said he will face the contest by sticking to his principles.

Breaking his long silence on criticisms levelled against him by certain party leaders, the PAS No. 2 said that he was not campaigning hard “as the members know me.”

“They know what I stand for. I look forward only to giving my Friday sermons,’’ Nasharudin, 47, told The Star.

With Datuk Seri Abdul Hadi Awang retaining the president’s post uncontested, the second-in-command is the highest post being contested at the three-day muktamar beginning on Friday.

Nasharudin faces Kelantan senior executive councillor Datuk Husam Musa, 50, and former Kuala Kedah MP Mohamad Sabu, 55, who are the top two of the party’s three veeps.

There are five candidates for the vice-president posts.

The incumbent has received the highest nominations with 68, compared with about 20 each for Husam and Mohamad Sabu.

Fingers are being pointed at Nasharudin, the Bachok MP closely aligned with the PAS president, for his role in propagating unity talks with the Umno leadership last year along with Hadi, which certain sections of the party had opposed.

Nasharudin added that he would stand by his conviction that reaching out to Umno was in the national interest.

He said the decision to hold the talks was made by the party’s Syura Council and endorsed by the muktamar last August.

“What people fail to see is that the decision by the muktamar was to strengthen Pakatan Rakyat.

“And yes, I am doing just that,’’ he pointed out.

He explained that holding unity talks with Umno was not meant to pave the way for PAS’ return to the Barisan Nasional.

“It was never in the president’s agenda,’’ he stressed.

Nasharudin said he accepted the challenge as part of the process of democracy in the party, adding that he was pitted against “friends".

-The Star

LTTE benci penduduk Islam Sri Lanka

Oleh Nurul Adlina Kamaludin
adlina@bharian.com.my

Ramai penduduk Muslim jadi sasaran kekejaman Tamil Eelam sepanjang 25 tahun perang saudara

KEMENANGAN tentera Sri Lanka mengalahkan kumpulan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) Ahad lalu, tidak hanya menamatkan perang saudara yang berlanjutan lebih 25 tahun lamanya, tetapi turut mengakhiri trauma dan kesengsaraan penduduk Muslimnya.

Apa tidaknya, bumi kecil yang dihuni 20 juta penduduk dengan etnik Sinhala kumpulan majoriti sebanyak 74 peratus, Tamil (18 peratus) dan Muslim (8 peratus), perang saudara itu sebenarnya tidak hanya menyaksikan pertikaian antara kerajaan dengan LTTE atau penduduk Sinhala dengan Tamil, tetapi turut sama mengheret penduduk Muslimnya.

Malangnya, derita dan kesengsaraan kira-kira 1.5 juta penduduk Muslim yang sebahagian besar bertumpu di wilayah utara dan timur yang juga kawasan konflik, serta di selatan, tidak diketahui ramai.

Ketika media tempatan dan antarabangsa lebih banyak menghebahkan laporan dan gambar penduduk Tamil dan Sinhala menjadi pelarian dengan wajah sugul berjalan membawa beg atau sehelai sepinggang akibat konflik itu, sebaliknya tidak banyak kelibat penduduk Muslim dipaparkan sebagai subjek utama.

Jika masyarakat dunia masih belum dapat melupakan wajah mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran yang mati dalam serangan beberapa hari lalu, hakikatnya tidak ramai yang mungkin dapat mengingati atau pun tahu mengenai ribuan jenazah penduduk Muslim yang terbujur kaku di dalam rumah, masjid, sekolah serta di kaki lima akibat kekejaman LTTE yang berlaku hampir sepanjang tahun.

Hakikatnya, LTTE bukan sekadar kumpulan pemisah biasa, sebaliknya berstatus kumpulan pemberontak profesional, mempunyai kerajaan dan bala tenteranya sendiri termasuk pasukan penyerang bunuh diri menggunakan lilitan bom. Ia turut menjadi kumpulan militan pertama menggunakan wanita dalam serangan mereka, selain dikenali kerana tindakan ‘gila’ pengikutnya yang memakai rantai kapsul racun sianida bagi membolehkan mereka membunuh diri serta-merta jika tertangkap.

Tidak hairanlah ia mampu melancarkan lebih 200 serangan bunuh diri dan mencetuskan perang saudara yang meragut lebih 70,000 nyawa. Operasi kejamnya turut melangkaui bumi Sri Lanka dan dikaitkan dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 1991.

Namun, mangsa sebenar dan berterusan kekejaman LTTE itu adalah penduduk Muslim yang disifatkan sebahagian usaha pembersihan etnik penduduk Islam di Sri Lanka. Kebencian yang bukan saja disebabkan perbezaan etnik dan agama, tetapi faktor perebutan wilayah di timur dan utara negara itu yang juga menjadi kubu kuat kumpulan gerila berkenaan sebelum ini.

Dari segi ekonomi, penduduk Muslim jauh lebih berjaya berbanding masyarakat Tamil, manakala aspek politik pula menyaksikan parti politik Muslim memegang status sebagai ‘broker’ kuasa dan penentu kerajaan yang memerintah Sri Lanka. Ini disebabkan biarpun minoriti, tetapi pecahan kerusi dimenangi parti Muslim berperanan sebagai penentu penguasaan parti politik utama di Parlimen.

Kejayaan dan kelebihan itulah yang disifatkan penganalisis sebagai ramuan yang menyebabkan kebencian LTTE terhadap Muslim meluap-luap. Kemuncak kekejaman LTTE terhadap penduduk Muslim ketara pada 1990-1991 dan terbukti berterusan hingga Mac lalu.

Tarikh 30 Oktober 1990 disifatkan detik hitam bagi masyarakat Muslim, apabila LTTE yang menguasai wilayah di utara, iaitu Semenanjung Jaffna, memberi kata dua kepada penduduk Muslim di situ - keluar dari kawasan itu atau dibunuh.

Lebih kejam lagi, arahan itu perlu dipatuhi dalam masa 24 hingga 48 jam, seperti dilaporkan media antarabangsa.

Namun hakikatnya, hampir 90,000 penduduk Muslim diusir dalam masa dua jam! Malah kejadian itu disifatkan penganalisis tempatan, AJC Mohideen, sebagai pembersihan etnik paling cepat dalam sejarah moden dunia kerana penduduk Muslim diusir dalam masa dua jam hanya atas alasan wilayah itu adalah tanah tumpah dan milik masyarakat Tamil.

Penulis sendiri yang pernah mengunjungi beberapa wilayah Sri Lanka, beberapa tahun lalu dalam lawatan anjuran kerajaan negara itu bagi melihat proses damai, berkesempatan menyelami perasaan hiba segelintir penduduk Muslim di Jaffna yang mengakui tempoh dua jam itu ibarat neraka dunia bagi mereka apabila dipaksa meninggalkan harta benda sambil kepala diacukan senjata api dan parang oleh anggota LTTE.

Imam Masjid Jamek Jaffna ketika itu, Abdullah Marlim, turut menitiskan air mata menceritakan bagaimana ramai keluarga Muslim terpisah, anak kecil menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu serta janda dalam sekelip mata.

“Masyarakat Islam dan Tamil dapat hidup aman damai di Jaffna sebelum ini. Tetapi kekejaman LTTE menghancurkan segala-galanya, keluarga porak peranda dan terpisah, masjid dimusnahkan dan harta benda kami dirampas.

“Selain sehelai sepinggang, kami cuma dibenarkan membawa kira-kira 75 rupee (RM3). Kami diberi kata dua - keluar atau dibunuh. Dengan berat hati, kami melangkah keluar untuk bergelar pelarian di tanah air sendiri,” katanya.

Selepas keadaan diberitakan selamat, beliau dan beberapa penduduk Muslim memberanikan diri kembali ke Jaffna beberapa bulan kemudian, tetapi disambut pandangan yang memilukan. Hanya satu daripada 13 masjid dapat digunakan akibat bedilan bom tentera LTTE dan daripada kira-kira 100,000 penduduk Muslim di Jaffna, jumlahnya cuma mencecah lebih 1,000 orang manakala lebih 50,000 masyarakat Muslim yang tidak berani kembali, terus mendiami kem pelarian sehingga ke hari ini.

Terbukti kekejaman itu tidak terhenti apabila sebulan selepas itu, LTTE meneruskan kekejaman melancarkan serangan di sebuah masjid di Kathankudy. Seramai 172 Muslim yang khusyuk bersolat ketika itu, maut serta merta. Gambar pembunuhan kejam itu dengan mayat, termasuk budak lelaki yang masih lengkap mengenakan kopiah serta sejadah dipenuhi darah, bergelimpangan kaku dan terpampang di dada akhbar antarabangsa.

Seperti lazimnya, reaksi masyarakat dunia hanyalah dalam bentuk kecaman yang diibaratkan ‘angin lalu’ tanpa meninggalkan kesan atau menghentikan kekejaman LTTE yang terus mengganas membunuh penduduk Muslim di kawasan jajahan mereka.

Pada 10 Mac lalu, LTTE yang tidak cukup menjadikan masjid di utara dan timur Sri Lanka sebagai sasaran utama, bertindak menyerang perarakan sempena Maulidur Rasul di Akuressa, di kawasan selatan, yang meragut 15 nyawa.

Jurugambar sempat merakam peristiwa tragik dan mengerikan itu apabila barisan penduduk Muslim, berpakaian serba putih, berlatar belakang percikan letupan bom di belakang mereka. Dalangnya sudah semestinya pihak LTTE dan hanya dua perkataan yang layak menggambarkan tindakan tidak berperikemanusiaan itu - kejam dan zalim.

Kini selepas tumpasnya LTTE dan kematian Prabhakaran, mungkin ada yang menganggap doa masyarakat Muslim yang selama ini sengsara, sudah pun terjawab.

Namun apakah ini menjadi titik noktah kepada kesengsaraan penduduk Muslim ini? Apakah ada sinar bahagia bagi mereka dengan diberikan hak sepatutnya untuk hidup sama sama seperti bangsa Sinhala di Sri Lanka?

Apa yang pasti, setakat ini, sebahagian besar penduduk Muslim yang miskin ini masih bergelar pelarian dan hanya masa menentukan sama ada mereka dapat kembali ke rumah masing-masing dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Apakah mungkin peranan mereka sebagai penyumbang ekonomi dan penentu kuasa politik, mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada kerajaan pimpinan Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse.

Namun lebih penting, masyarakat serta pertubuhan Islam antarabangsa perlu sama-sama menjadi pihak pemantau bagi memastikan penduduk Muslim Sri Lanka tidak lagi menjadi mangsa di tanah air sendiri selepas berkuburnya LTTE.

INFO: Muslim Sri Lanka

  • Mewakili tiga etnik iaitu Moors yang berketurunan pedagang Arab, kumpulan etnik Jawa dan Melayu yang berasal dari Indonesia dan Malaysia serta India Muslim.

  • Setiap kumpulan itu mempunyai sejarah dan tradisi masing-masing. Masyarakat Moor adalah asalnya pedagang Arab yang yang datang pada abad kelapan dan berkahwin dengan wanita tempatan, sambil menyebarkan Islam. Mereka mewakili kumpulan majoriti penduduk Muslim Sri Lanka.

  • Ketika penjajahan Belanda dan Inggeris, ramai penduduk Kepulauan Jawa dan Melayu dari Malaysia dihantar ke Sri Lanka dan penduduk kumpulan etnik ini mencecah kira-kira 50,000 orang ketika ini.

  • Kumpulan lain Muslim berasal dari India dan Pakistan yang datang mencari peluang pekerjaan. Sebahagian besar berasal dari Tamil Nadu dan Kerala di selatan India.
  • 30 May 2009

    Kenyataan Akhbar - Tidak Kepada Chin Peng

    KENYATAAN AKHBAR
    ZULKIFLI BIN NOORDIN
    AHLI PARLIMEN
    KULIM BANDAR BHARU

    Saya merujuk kepada kenyataan beberapa individu termasuk Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang yang menyarankan agar ketua gerombolan teroris komunis Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia.

    Saya membantah cadangan tersebut kerana isunya bukan soal seorang tua yang mahu balik menghabiskan usia tua di Malaysia. Tetapi isunya adalah kerana Chin Peng membawa bersamanya sejarah hitam negara ini.

    Kalau mengikut ukuran hari ini, Chin Peng adalah kepala teroris yang ditangannya bergelumang dengan darah rakyat Malaysia dari pelbagai kaum.

    Yang menjadi mangsa teroris komunis pimpinan beliau bukan sekadar orang Melayu tetapi orang Cina, India dan lain-lain kaum. Ramai yang telah terkorban, ramai keluarga yang menderita.
    Anak-anak menjadi yatim, isteri menjadi janda, ibubapa kehilangan anak, rumah dan perniagaan habis musnah, rakyat khususnya di kampung hidup ketakutan.

    Saya masih ingat apabila pulang ke kampung di Baling di tahun 70an kami sentiasa sahaja ketakutan dan kerisauan. Cerita dan kisah teroris komunis datang ke rumah orang kampung merampas beras dan lain-lain. Siapa melawan pasti akan disiksa, atau dibunuh, dan rumahnya dibakar.

    Saya juga masih teringat di tahun 70an bila teroris komunis mengganas termasuk mengebom tempat awam. Saya lihat sendiri bagaimana rakan-rakan bapa saya di pengkalan FRU5 Ipoh ditembak teroris komunis semasa bertugas di Simpang Pulai dipertengahan tahun 70an. Saya lihat bagaimana sengsara dan menderitanya keluarga mereka. Saya lihat tangisan anak-anak mereka meratapi ayah-ayah mereka iaitu rakan-rakan saya sendiri.

    Bagaimana mungkin sejarah hitam keganasan teroris Chin Peng boleh dilupakan. Bagi saya mereka yang menyokong untuk mengembalikan beliau ke tanah air ini adalah golongan buta sejarah..ataupun buta hati perut.

    Membenarkan beliau pulang dan tinggal dengan aman dalam negara ini adalah suatu penghinaan kepada ribuan rakyat pelbagai kaum yang telah menjadi mangsa beliau dan teroris komunis yang beliau pimpin. Janganlah kita sia-siakan nyawa dan perjuangan ramai anggota keselamatan yang terkorban dek kerana kerakusan dan keganasan Chin Peng. Membenarkan beliau kembali ke Malaysia samalah saperti kita kencing diatas kuburan para pejuang dan anggota keselamatan yang berkorban untuk keamanan negara.

    Beliau adalah kepala teroris. Beliau tidak layak menjejak kaki ke bumi Malaysia ini walaupun sesaat, apatah lagi diberi tempat walau se inci. Beliau tidak pernah melahirkan rasa insaf dan sedar atas keganasan yang telah beliau lakukan. Kini beliau dan balaci-balacinya menagih simpati untuk menghabiskan usia tua kononnya di Malaysia.

    Saya mendesak Kerajaan supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

    Dan saya akan memberi sokongan penuh dengan pendirian tegas tersebut insyallah.

    Sekian terima kasih.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
    Jumaat
    04 Jamadil Akhir 1430
    29 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    24 May 2009

    When the Time comes

    Salam 2 all.

    Just came back to visit a friend (as a mark of respect to the family, I won't his name or details). He suffered a stroke this morning. And now on life support.

    It came as a shock to me as we & few friends just met few days ago, having good chat and reminiscing good old days when we went for umrah few years ago.

    He's only 39. With 2 wives and 5 children. The eldest sitting for UPSR this year. The youngest, from the second wife, is still breastfeeding. And not to mention the second wife is only 21!

    He has everything one can dream of. A very successful company dealing in diversified businesses, very good political networking on both sides of the fence (he always told me 'nak idup brader'), a very thick account. A Porsche Cheyyene under the porsch side by side with an X5 BMW is the ultimate symbol of a worldly dream come true..

    Just bought a million ringgit condo for the second wife. Was even planning for a trip to Bandung this coming school holiday with the first family.

    And by one snap of the clot..he's now struggling for his dear life.

    Looking at him with all those tubes and wires all over him. With the machine still going zig zag and toot..toot..the sound of life still there.

    Suddenly everything seems hopeless..everything seems worthless..everything seems meaningless..

    And there..yes..only then we realized how great ALLAH is..and how small and hopeless and worthless and meaningless we are without ALLAH's mercy.

    The day will come
    Izroil came by calling
    Your body lying lifeless
    And you'll be shivering
    Money is then useless
    What more friends & relatives
    Only thing left
    Your iman & faith
    All your good deeds
    That'll carry you thru'
    In those darks days
    In the grave

    May ALLAH bless my dear good friend with all the best of health and speedy recovery..
    Ameen..

    Zulkfli Bin Noordin
    Sabtu
    28 Jamadil Awal 1430
    23 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    23 May 2009

    YO-YO TOP

    Salam 2 all.
    Mahkamah Rayuan yang bersidang di Putrajaya sebentar tadi membenarkan rayuan DS Zambry Abdul Kadeer dan membatalkan keputusan YA Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB yang sah.
    Dengan keputusan ini, DS Zamry kekal sebagai MB Perak. Sementara itu DS Nizar berhak, dan saya jangka akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir negara. Sementara menunggu rayuan itu, saya kira sewajarnya DS Nizar memfailkan permohonan untuk menghalang DS Zambry daripada memanggil DUN Perak bersidang dan mengemukakan undi tidak percaya kepada beliau.
    Ini adalah kerana jika itu berlaku, kelak nanti pihak DS Zamry boleh meminta Mahkamah Persekutuan menolak rayuan DS Nizar atas alasan ianya adalah isu akademik kerana usul undi tidak percaya telah dikemukakan di DUN Perak.
    Adios.
    Zulkifli Bin Noordin
    Jumaat
    27 Jamadil Awal 1430
    22 Mei 2009

    22 May 2009

    Al Fatihah

    Salam 2 all.

    Dimaklumkan YB Hj Ismail Yaacob, Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai Kelantan telah kembali kerahmatullah jam 5 pagi tadi.
    Semoga ALLAH meletakkan Allahyarham dalam golongan yang soleh dan diberi keampunan dan rahmat oleh ALLAH.
    Ya ALLAH, masukkanlah Allahyarham dalam golongan hambaMu yang diberi keampunan dan rahmat Mu.
    Masukkanlah Allahyarham dalam golongan hambaMu yang dijemput dengan jiwa yang tenang;
    Masukkan Allahyarham dalam golongan yang meredhoi Mu dan Engkau redho akan dia;
    Masukkanlah Allahyarham dalam golongan hambaMu;
    Jauhkan Allahyarham dari siksa kubor dan api nerakaMu;
    Lapangkanlah kubornya, terangkanlah kubornya,
    Masukkanlah Allahyarham kedalam syurga dengan rahmatMu;
    Berilah kesabaran dan ketabahan kepada keluarga Allahyarham;
    Dan berilah keampunan kepada kami semua umat Islam dimana sahaja kami berada Ya Allah.
    Ameen..amen ya robbal 'alamin

    Nampak gaya satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku dalam tempoh 60 hari.

    Moga ALLAH menjauhkan kita semua daripada segala bala dan ujian, dan meletakkan kita dalam golongan yang soleh dan sentiasa mencari keredhoan ALLAH.

    Ameen..

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
    Jumaat
    27 Jamadil Awal 1430
    22 Mei 2009

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    21 May 2009

    MB vs MB

    Salam 2 all.
    Kes rayuan Dato Seri Zambry Abdul Kadeer terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Dato Abdul Aziz Abdul Rahim yang mengisytiharkan Dato Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah bagi Negeri Perak telah didengar pagi tadi oleh Mahkamah Rayuan di Kompleks Kehakiman Putrajaya.
    Sidang Mahkamah tersebut di ketuai oleh YA HMR Datuk Mohd. Raus Shariff dan bersama dengan beliau adalah YA HMR Datuk Zainun bt Ali dan YA HMR Dato Ahmad Maarop.
    Perbicaraan bermula dengan hujah dukemukakan oleh peguam DS Zambry iaitu Cecil Abraham, kemudian diikuti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
    Peguam DS Nizar mengemukakan hujah balas disebelah tengahari.
    Mahkamah kemudiannya menetapkan esok jam 03.30pm untuk keputusan.
    Saya melihat kepada panel Hakim yang bersidang adalah terdiri daripada Hakim-Hakim yang agak berwibawa dan punya integriti yang agak baik dikalangan kami para peguam. Kebetulan pula saya pernah berkesempatan mengendalikan kes-kes dihadapan mereka semasa mereka di Mahkamah Tinggi dahulu.
    Oleh itu saya merasakan bahawa kita boleh meletakkan harapan bahawa apa juga keputusan mereka sudah pasti akan berlandaskan kepada undang-undang dan tidak mirip kepada mana-mana pihak atau pun partisan.
    Secara peribadai saya akan menerima dan menghormati keputusan mereka tanpa mengira ianya memihak kepada samada DS Zambry ataupun DS Nizar.
    Apa yang jelas, apa pun keputusan mereka kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah terakhir negara. Dan saya kira apa pun keputusan sudah pasti akan ada pihak yang memohon penggantungan apa-apa periintah.
    Ini kerana jika ianya memihak kepada DS Nizar, sudah pasti DS Zambry akan memohon penggantungan perintah kerana jika tidak, DS Nizar sebagai MB boleh memohon pembubaran Dewan dan ini sudah pasti akan menjejaskan kedudukan DS Zambry sebagai MB.
    Sebaliknya jika ianya memihak kepada DS Zambry, sudah pasti DS akan memohon penggantungan perintah kerana sebagai MB DS Zambry berhak memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang. Jika ini berlaku, suatu undi tidak percaya boleh dikemukakan terhadap DS Nizar dan ini akan menjejaskan usaha DS Nizar merebut kembali jawatan MB.
    Walau apa pun, insyallah Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan esok jam 03.30pm di Kompleks Kehakiman Putrajaya. Apa hal pun, saya rasa apa juga keputusan Mahkamah Rayuan ini perlu dihormati oleh kesemua pihak, termasuk BN dan PR. Bagi yang berminat untuk menghadiri keputusan, sidang tersebut adalah terbuka. Cuma pastikan bawa IC, dan kalau boleh elakkan pakai baju hitam. Nampak gaya macam pak polisi kita ni ada fobia dengan baju kaler hitam.. :))
    Adios amigos..grasias..

    Apa dah jadi?



    Salam 2 all.

    Pembunuhan brutal dan kejam Wah Yah Matzi (42), anak bongsunya Ermin Danish Jafri (5) dan pembantu rumahnya Dani (20an) di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam sangatlah mengejutkan.
    Kejadian yang berlaku di siang hari di kawasan perumahan menimbulkan banyak persoalan tentang tahap jenayah dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
    Lebih menyedihkan lagi semasa kejadian, mangsa sedang berbual melalui telefon dengan suaminya Jafri Tajul Aripin sambil mendukong anak bongsunya. Tiba-tiba sisuami mendengar jeritan isterinya yang tanpa disedari diserang dan ditetak berkali-kali oleh pembunuh tersebut. Jeritan yang si suami pasti tidak akan lupa selama-lamanya!
    Pembunuh itu berjaya ditahan dan ditangkap oleh jiran mereka Ahmad Hanafiah yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
    Lelaki pembunuh berusia 26 tahun itu dipercayai dibawah pengaruh dadah.
    Dan semua itu untuk apa? Hanya kerana nak kebas sebuah laptop-tiga nyawa terbang termasuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun!
    Saya melihat penyakit membunuh orang tanpa belas ehsan kini semakin menjadi-jadi.
    Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3!
    Dua hari lepas, Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan.
    Kita mendengar kes anak gadis dijadikan habuan seks oleh bapa kandung dan abang kandung sendiri.
    Tak cukup dengan jenayah kebinatangan itu, si gadis di sapu pulak oleh rakan si bapak!
    Sudah tidak menjadi perkara pelik hari ini kalau mendengar berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, malahan disorok bawah katil pun ada.
    Sudah ada kes anak gadis baru belasan tahun membawa buah hati tidor dibiliknya dan melakukan seks dengan makbapak tidur dibilik sebelah berdengkur tak tahu cerita!
    Dan banyak lagi kes-kes bunuh dan jenayah berat yang dilakukan atas sebab yang terlalu remeh.
    Seolah-olah manusia hari ini sudah tiada perasaan belas ihsan, sudah hilang perasaan kemanusiaan. Mereka muncul bagai binatang & haiwan bertopengkan manusia.
    Apa dah jadi sebenarnya dengan manusia hari ini. Dan yang terkilannya ramai dikalangan syaitan-syaitan ini adalah dikalangan orang Melayu.
    Sebenarnya ALLAH swt telah memberi amaran jelas kepada kita..apabila kamu meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan.
    Dan inilah fenomena yang sedang kita lihat berlaku depan mata kita hari ini.
    Dan yang paling malang, ianya berlaku dikalangan bangsa Melayu yang Al Quran ada ditangannya, yang selalu diframekan, selalu dimusabaqahkan, salu ditadaruskan..tetapi mereka sedikitpun tidak mengamalkan nya.
    Malahan mereka mencemuh Al Quran; mendakwa hukum-hakam ALLAH sudah tidak sesuai dilaksanakan, malah kalau dilaksanakan akan banyaklah restoran menghidangkan sup tangan, maka akan terbantutlah pembangunan kerana kurangnya batu yang diguna untuk merejam pesalah.
    Hari ini, dicelah-celah menara kayangan Melayu, disamping kerlipan pembangunan mahahebat Melayu..kita melihat keruntuhan akhlak dan kerosakan moral yang parah dikalangan bangsa kita sendiri.
    Sebenarnya jawapannya mudah: kembalilah mentauhidkan ALLAH, hiduplah menurut syariat Islam, patuhilah sunnah Rasul, dan jadilah seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa dan beriman kepada ALLAH.
    Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk iberiman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki.
    Ameen..

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
    Khamis
    26 Jamadil Awal 1430
    21 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    20 May 2009

    Ayyuhal Ikhwan




    Salam 2 all.
    AYYUHAL IKHWAN
    Kata mereka
    gambar menceritakan jutaan kisah
    tanpa perlu kata bicara
    Lalu aku renung gambar-gambar mu
    benar kata-kata itu
    Tuhan mu Yang Maha Satu
    Nabi mu Nabi ku juga
    Kitab mu Al Quran mulia
    Haji mu di Makkah mukarramah
    Puasa mu ramadhan al barakah
    Mengapa
    di kala emas hitam dalam genggaman
    di masa ringgit dolar berkantungan
    mobil istana jaket berkilauan
    KFC McD ayam golek bertaburan
    Namun engkau berkulit tulang
    kerangka mu jelas
    sayup mata mu menagih ehsan
    bayi anak mu habuan helang
    hanya menunggu rebah kecundang
    Cilaka mereka saudara mu ikhwan
    hidup bergelumang terlebih kenyang
    perut memboyot syaitan keriangan
    membina istana ditinggi kayangan
    mobilnya hebat jarinya gemerlapan
    mengejar jawatan, kedudukan & habuan
    samada berkot atau berserban
    seronok sakan dengan sang syaitan
    Tapi engkau
    tetap kebuluran
    dipinggir kematian
    terbiar tanpa pembelaan
    Apa daya ku ayyuhal ikhwan
    ingin ku bersama
    tiada kekuatan
    pada Yang Esa ku tadah tangan
    bantulah saudaraku
    ringankanlah beban..
    Ku seru rakan, saudara dan taulan
    hentikanlah gelumangan syaitan
    belitan kehidupan habuan
    apa ada pada jawatan, kedudukan
    pabila saudara mu kejeritan
    kebuluran..kematian..
    sedang engkau berkot berserban
    seolah kau tak punya Tuhan..
    Zulkifli Bin Noordin
    Selasa
    23 Jamadil Awal 1430
    19 Mei 2009

    18 May 2009

    Ucapan Takziah buat Nurbahirah

    Salam 2 all.

    Saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nurbahirah Ishak yang meninggal dunia akibat dibunuh semalam.
    Nurbahirah (22) tahun bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim ditemui di rumahnya di Taman Perak, Kulim dalam keadaan cedera parah.
    Seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai bekas kekasihnya ditemui bersama Nurbahirah didalam rumah tersebut.
    Ketika kejadian ahli keluarga Nurbahirah keluar sekolah & bekerja.
    Nurbahirah yang masih bernyawa semasa ditemui oleh polis dan orang awam dibawa ke Hospital Kulim namun disahkan meninggal dalam perjalanan.
    Menurut maklumat daripada Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Saleh, mangsa dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh bekas kekasihnya dengan menggunakan senjata tajam.
    Mangsa dipercayai mahu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut dan itu dipercayai punca pembunuhan tersebut.
    Jenazah Nurbahirah telah selamat dikebumikan. Lelaki tersebut kini ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas tuduhan membunuh.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Khas saya Puan Roslijah Syed yang telah mewakili saya untuk menziarahi keluarga mangsa di Taman Perak.
    Saya memanjatkan doa moga ALLAH memberikan keampunan kepada Allahyarham Nurbahirah dan memasukkan Allahyarhamah dalam golongan yang solehah lagi dirahmati. Moga ALLAH memberikan kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah Nurbahirah untuk menghadapi ujian besar ini.
    Innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un-dari ALLAH ita datang, kepada ALLAH kita kembali.

    Wassalam.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
    Isnin
    23 Jamadil Awal 1430
    18 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    17 May 2009

    Gangguan Bekalan Air

    Salam 2 all.

    Saya telah dimaklum berkenaan dengan masalah bekalan air bagi kawasan Taman Kempas, Taman Jati, Taman Meranti, Taman Jelutong dan kawasan sekitar & yang mendapat sumber bekalan air daripada tangki Taman Kempas. Masalah yanng dihadapi adalah tekanan air terlalu rendah dan kadang kala terhenti langsung.
    Saya telah meninjau mengenai masalah ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Bekalan Air Kedah Selatan dan Majlis Perbandaran Kulim. Saya dimaklumkan bahawa ada masalah saluran air dari sumber bekalan utama ke tangki Taman Kempas yang disyaki kerana berlaku kesumbatan.
    Ini menyebabkan flow air ke tangki simpanan Taman kempas terlalu perlahan. Apabila air tangki mencapai tahap tertentu baru lah bekalan pulih. Namun bila penggunaan bermula, tahap simpanan air di tangki Taman Kempas jatuh menyebabkan bekalan tersekat (yang menyebabkan air sedikit) ataupun terputus langsung (menyebabkan bekalan terus berhenti).
    Pihak JBA telah bertungkus lumus mengenal pasti dimana berlaku kesumbatan tersebut tetapi tidak berjaya.
    Oleh itu pihak JBA Kedah Selatan membuat keputusan untu memotong saluran bekalan air dari sumber menggunakan paip lama dengan membuat pemindahan ke saluran baru.
    Kerja pemindahan akan dibuat disimpang Taman Meranti dan dijangka dimulakan esok. Untuk mengelakkan gangguan kepada aliran trafik, kerja pengorekan tanah dan penyambungan dari saluran baru di simpang Taman Meranti akan dibuat malam esok Isnin 18 Mei.
    Kerja pengorekan dan penyambungan saluran baru ini dijangka siap dalam 6 jam.
    Insyallah jika tiada aral melintang, bekalan dijangka akan pulih saperti biasa mula siang Selasa 19 Mei.
    Sementara itu bagi membantu penduduk, JBA akan menyediaan bekalan air tambahan melalui lori. Sekiranya mana-mana pihak memerlukan bekalan segera sementara menunggu bekalan pulih semula, sila hubungi JBA Kulim pada bila-bila masa insyallah.

    Terima kasih & wassalam.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
    Ahad
    22 Jamadil Awal 1430
    17 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    16 May 2009

    Guru o Guru - Usman Awang

    BERBURU ke padang datar
    Dapat rusa belang kaki
    Berguru kepala ajar
    Ibarat bunga kembang tak jadi
    (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    Pelita dan lampu segala
    Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

    Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
    Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.
    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
    Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
    Menjadi kenangan ke akhir hayat.

    USMAN AWANG
    1979

    Selamat Hari Guru

    Salam 2 all.

    Seseorang pernah mengingatkan saya supaya jangan sesekali lupa kepada orang yang memberikan kita titisan air pertama yang membolehkan kita terus hidup dan mendapatkan air yang lebih banyak.
    Maksudnya kita mungkin telah mencapai kejayaan duniawi dalam kehidupan ini, namun janganlah lupa kepada orang yang telah mengenalkan kita kepada kehidupan ini.
    Pada saya, para guru dan pendidik adalah pemberi titisan air pertama tersebut.
    Guru saya yang utama dan pertama adalah ibu saya sendiri. Walau dihimpit kesusahan dan kepayahan, dengan anak seramai 8 orang namun ibu saya tetap gigih mengajar kami erti kehidupan. Ibu saya orang yang pertama mengajar saya mengenal huruf-huruf jawi dengan membaca muqaddam. Berkat pendidikan ibu, alhamdulillah saya boleh membaca dan memahami Al Quran sejak kecil lagi.
    Kepada Almarhum bapa saya yang banyak mengajar saya tentang pengorbanan. Saya selalu dibawa Allahyarham ke Masjid Negeri Perak pada tiap hari Jumaat. Saya masih ingat betapa tiap hari Jumaat saya akan menunggu beliau membawa saya dengan motor kapcai ke Masjid Negeri. Kami sure akan singgah ke kedai beli pisang sesikat dua. Tu je dia mampu untuk sedekahkan kepada jemaah masjid. Tapi seingat saya dia tak pernah miss sesikat dua pisang pada tiap Jumaat. Masih teringat saya kata-kata Allahyarham, "aku boleh bagi hang dunia ni, tapi dunia tak boleh bagi hang semuanya".
    Seorang guru yang saya tidak lupa ialah Cikgu Mat Anjang. Beliau cikgu saya semasa di sekolah rendah Ashby Road Ipoh. Berkat "pelempang" beliau kepada kami kerana "kenakalan" kami, alhamdulillah menyedarkan kami kepada pentingnya serius dalam belajar. Saya dengar beliau sekarang dah jadi Tok Qadi kat Ipoh.
    Tidak lupa juga kepada Cikgu Zamzam. Orang yang bertanggungjawab mengasah bakat saya dalam berpidato sejak kecil. Memaksa saya berucap depan dia di gelanggang takraw sekolah. Termasuk juga Ustazah Hindun yang mengajar saya cara-cara menulis jawi dan mengenalkan saya kepada pendidikan Islam.
    Siapa boleh lupa Miss Row, cikgu besar Ashby Road yang mengingatkan saya bahawa bangsa Melayu pernah menjadi bangsa yang hebat.
    Tak lupa saya kepada Mr. Cheng Poh guru saya semasa di Anderson School Ipoh. Cara beliau mengajar saperti kami ni anak beliau (ie dia main rotan kami ikut syok dia je, sampai saya ingat rotan tu tumboh melekat kat tangan dia ;)). Tapi beliau guru yang membuat saya menghargai alam melalui lukisan dan gambaran.
    Siapa yang boleh lupa Mr. Junjong & Pak Long di KE VII. Guru yang sentiasa memberi ruang kepada kami untuk 'excel' dalam apa juga bidang yang kami ceburi terutama sukan.
    Tak lupa kepada Mejar Adnan dan Mejar Muslim yang banyak mengajar saya tentang erti kesabaran dan ketabahan. Tak lupa kepada NCO Bro Razif, yang mengajar saya ketaatan ialah kepada kebenaran dan keadilan. Saya dengar beliau dah jadi somebody dalam military sekarang ni.
    Termasuk Dr. B.Davis dan Mr Simon Seagel yang meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu mengorang-putehkan diri saya untuk menjadi cemerlang.
    Paling saya tak boleh lupa ialah Ustadz Ashaari Muhammad, orang yang menyedarkan saya tentang kenapa saya ujud didunia ini. "Lecture" panjang lebar beliau berkenaan "Dua Peranan Manusia" benar-benar menyedarkan saya tentang hakikat keujudan manusia & tanggungjawab kita terhadap amal perbuatan kita didunia ini.
    Akhirnya saya tidak lupa kepada jasa guru saya Al Fadhil Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang menyedarkan saya tentang pentingnya jemaah didalam Islam, pentingnya perjuangan dan berjihad.
    Sebenarnya senarai guru yang berjasa kepada saya terlalu ramai. Ada yang telah saya lupa namanya, ada yang telah pergi selama-lamanya.
    Moga mereka diberi rahmat & barakah serta keampunan, hidayah & petunjuk oleh ALLAH.
    Seperkara berkenaan dengan sistem pelajaran kita, saya melihat kita terlalu menumpu kepada exam-oriented dan A+ oriented.
    Kita membina satu generasi yang terlalu "paper-chase". Sebab itu di Malaysia ni pusat tuisyen tumboh bercambah macam cendawan. Seolah-olah gambarannya pengajaran disekolah-sekolah tidak mencukupi. Ini satu penghinaan kepada sistem pelajaran negara.
    Yang paling teruk, ada pulak pusat tuisyen siap dengan 'forecast questions'.
    Malahan guru-guru yang dikatakan terlibat dengan penyediaan kertas peperiksaan akan menjadi macam goreng pisang panas. Mereka diberi tawaran lumayan untuk memberi tuisyen di institusi-institusi tertentu. Institut yang mendapat khidmat mereka akan mengiklankan perkhidmatan mereka. Pelajar dan ibubapa yang kemaruk multiple As ni akan berebut untuk mendaftar masuk ke institusi saperti itu.
    Dalam keghairahan mengejar "paperchase" ini, dalam kegemilangan pelajar mendapat multiple As ini, akhlak pelajar makin teruk. Penyakit gejala sosial makin parah. Genius berakhir sebagai pelacur hebat!
    Kita mengajar tetapi tidak mendidik;
    Kita mengongkong tetapi tidak membimbing;
    Kita menghadiah tetapi tidak menghargai;
    Kita menggaji tapi tidak menjaga kebajikan;
    Saya hairan setelah puluhan tahun kita masih terkongkong dengan sistem persekolahan berteraskan perkauman.
    Mengapa perlu ujud sekolah kebangsaan tamil & sekolah kebangsaan cina. Mengapa tidak diselaraskan sistem tersebut. Ini tidak bermakna kita menafikan pentingnya kebajikan dan kepentingan kaum lain, namun pembinaan bangsa Malaysia akan hanya boleh tercapai jika kita mempunyai keberanian untuk membentuk satu bangsa berdasarkan satu aspirasi dan satu cita-cita berteraskan satu bahasa dan satu bangsa.
    Sudah tiba masanya kita melakukan reformasi besar-besaran keatas sistem pendidikan negara.
    Terima kasih tak terhingga kepada semua para cikgu, pengajar dan pendidik.
    Kepada semua para cikgu, pengajar dan pendidik.. Selamat Hari Guru.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen
    Kulim Bandar Bharu
    21 Jamadil Awal 1430
    16 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    NATO: The New World Police

    CONFERENCE ON NATO
    &
    ITS POLICIES IN ASIA
    5 May 2009
    Sime Darby Convention Centre
    Kuala Lumpur, MALAYSIA


    - CONFERENCE STATEMENTS -

    The conference on ‘NATO & Its Policies in Asia’ that was held on the 5thh of May 2009 in Kuala Lumpur, Malaysia was a successful event by many standards. The conference was jointly organized by the World Futures Online (an online political Islam portal) and the Future Global Network Foundation (a Malaysian based NGO).

    The response was excellent with more than 120 participants, comprising foreign diplomats based in Kuala Lumpur, NGO activists, scholars and students from local institution of higher learning.

    The organizers feel that the conference was extremely successful in creating awareness and making it known to the world that NATO is turning into a global entity. NATO was supposed to be an Atlantic military defense force aimed at protecting Europe against the expansion of communism from the 1950s to 1980s, but it is now becoming the policemen of the world.

    After the fall of the former Soviet Union, NATO seems to have adopted the political slogan “the clash of civilizations” and seems to have identified the Muslim world as an enemy of the West. This has been reflected particularly in the publications by NATO supported “think-tanks.” Participants take this development as a serious threat to world peace.

    The general view of the speakers was that NATO was in the wrong place in Afghanistan and in Pakistan. There was also the strong view that NATO should not interfere in Southeast Asia. The speaker, Mr. Zakaria Abdullah, who represented Prof. Natsir Matlee from the University of Philippines, said ‘No’ to NATO intervention in Mindanao and NATO has no legitimate right to control the Straits of Malacca, which should remain the territorial concern of the region. This explains the sentiment of most of the speakers in the evening.

    Mr. S. M. Mohamed Idris, the President of Citizens International (an NGO based in Penang, Malaysia) exposed NATO’s expansionism into a transnational military force with a global span. He said NATO is threatening world peace and security as well as the independence and sovereignty of smaller nations. NATO’s theatre of operation was meant to be the North Atlantic area as the US had formed military blocs in other parts of the world - CENTO, SEATO, and ANZUS (and not Asia or Southeast Asia.)

    Professor Abdullah al-Ahsan from the International Islamic University of Malaysia (IIUM) explained the weaknesses of the Organisation of the Islamic Conference (OIC) by stating that the OIC was not established as a defense institution, and it has never developed mechanisms to encounter NATO’s disruptive motives toward the Muslim world. Turkey, the only common member of NATO and OIC, does not seem to be in any position to safeguard Muslim interests inside NATO. He also expressed concerns about the growth of islamophobia in the writings of NATO supported “think-tanks.”

    Mr. IM Mohsin who hails from Pakistan said that Afghans have a long standing tradition of tribal vindictiveness, righteousness and pride that will ultimately ensure their triumphant stand over foreign forces, as attested to in her history of victory in successively defeating the British and Russian forces.

    Acting as discussant, Mr. Hishammuddin Ubaidullah, the President of the Remember Dier Yassin Malaysia, agreed with the first two speakers on the salient points raised by them. He was particularly impressed with S.M Mohamed Idris’s explanation of the dangers that NATO represents with its expansionist policies and strategies to control the world. He also indicated that NATO’s expansionism was possible due to the weaknesses in the Muslim world. He did mention that Muslims are still struggling with poverty, lacking in education and politically divided.

    The other discussant, Professor Mohammad Abu Bakar, a historian from the University of Malaya, gave a very detailed explanation on the reasons that brought NATO into being. He was of the opinion that multilateralism is the best long term solution to the existing impasse. This was echoed by Mr. Ahmad Azam Abdul Rahman in his concluding speech. He added that such multilateralism, however, will not be effective if the Muslim world is not one of the pillars of the multi-polar world.

    Arising from these statements, World Futures Online (wfol.tv) and Future Global Network Foundation (FGN) state their full agreement with the speakers and the discussants.

    The World Futures Onlines (wfol.tv) and Future Global Network Foundation (FGN) hereby wish to make the following declaration:

    1. That NATO is a dangerous institution which has perpetuated the scourge of war, and conflict through its very existence and its expansionist policies;
    2. That NATO makes a collective admission of its budget amounting to some 70% of the current USD 1.473 trillion allocated for the military expenditure;

    3. That NATO has condoned the possession of nuclear weapons by "friendly states”, but has been willing to entertain strikes on the nuclear facilities of "NATO-designed rogue states" and risk the release of radiation;

    4. That NATO, through its engagement in numerous military interventions and occupations such as in Kosovo, Iraq and Afghanistan, has contributed to and condoned, rather than prevented, the scourge of war in defiance of the principal objectives of the Charter of the United Nations;

    5. That NATO has violated the Geneva Protocols on prohibited weapons in Afghanistan (and presently in Pakistan);

    6. That NATO has violated the Convention Against Torture in Afghanistan in particular;

    7. That NATO has, in contravention of the Geneva Convention, been responsible for the death of thousands of civilians in Afghanistan and Pakistan;

    8. That NATO should not interfere in Asia especially in Southeast Asia and should leave Afghanistan and Pakistan immediately;

    Ultimately, FGN and Wfol.tv hope that the Western leaders –who are affiliated to NATO – respond positively to our appeals by ending the scourge of war in Afghanistan and Pakistan by unconditionally pulling out their troops, disbanding NATO and by working in collaboration with the Muslim world towards peaceful resolution of conflicts in the world.

    War is a harbinger of death, pain and miseries. They are not always conducted on the legal platform, but rather with pre-emptive strikes and invasions as now practiced by western forces, including the NATO.

    All these should change because humanity as a big family should be given the chance to live in peace and harmony for the sake of our future generations.

    Signed by:



    Kazi Mahmood
    Ahmad Azam Abdul Rahman
    President Chairman
    World Futures Online (wfol.tv) Future Global Network Foundation (FGN)

    11 May 2009


    Yours truly


    Kazi Mahmood
    President
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    13 May 2009

    Mahatma Zambry

    Salam 2 all.

    Did I read it wrongly, or was it something wrong with my eyes?

    The Star today carried a report that Zambry Abdul Kadir likened himself as in the same shoe as the great Nelson Mandela or Mahatma Gandhi!

    Apart from his skin color (no offence intended to the colored people including myself), I don't see anything similar between Zambry and the two great legend of humanity.

    In fact, it is an insult of the highest degree for Zamry to make that claim.

    The two legend fought for justice with firmness, fairplay and with due respect to legal and democratic process.

    I have never heard of the two great legend grabbing and strangling a legally appointed sitting speaker out of a sitting assembly!

    I have never heard of the two great legend holding on to power in total disregard of the voices of the majority of the voters and the people!

    I have never heard of the two great legend claiming to be the sitting leader despite a Judge of the High Court declaring otherwise!

    I have never heard of the two great legend clinging on to power and position despite knowing very well the majority of voters rejected him!

    I have never heard of the two great legend so scared of taking their position to the people to give them the mandate to be their leader!

    In fact, there's nothing similar at all between the two great legend to Zambry Abdul Kadir.

    So please Zambry. Please don't insult our intelligent. We are not "katak bawah tempurong" who doesn't even know their history. And please don't insult the history of the two great legend of humanity..

    In fact you'll go down in history as the great "demo-crazy" who is so crazy for power & position to the extent of strangling and dragging the assembly speaker without due regard and respect for the due process of law and principles of democracy.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen
    Kulim Bandar Bharu
    Rabu
    18 Jamadil Awal 1430
    13 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Perintah digantung

    Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

    Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.

    Namun undang-undang memperuntukkan dibawah
    Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

    Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

    Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

    Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

    Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

    Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.

    Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

    Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

    Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

    Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

    Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

    Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

    Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!

    Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen
    Kulim Bandar Bharu
    17 Jamadil Awal 1430
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    11 May 2009

    Kenyataan akhbar

    Kenyataan akhbar
    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu

    Salam 2 all.

    Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi yang memutuskan YAB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai masih Menteri Besar Perak yang sah sepatutnya diterima dengan lapang dada oleh kesemua pihak.
    Keputusan itu sekali gus dapat menyelesaikan kemelut politik negeri Perak yang berlarutan sejak bulan lalu.
    YAB Nizar telah mengumumkan akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat ini untuk menasihatkan Tuanku supaya membubarkan DUN Perak.
    Saya berharap kali ini Tuanku Sultan akan menghormati pruntukkan dan semangat undang-undang dengan menerima nasihat tersebut dan menitahkan pembubaran DUN Perak dengan segera.
    Saya juga berharap Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak akan bersikap profesional dan berhemah dalam menghadapi keputusan Mahkamah ini. YAB sepatutnya menasihatkan Datuk Zambry Abdul Kadir supaya segera menyerahkan semula jawatan MB kepada YAB Dato Seri Nizar dan eloklah beliau mengundurkan diri dari dunia politik.
    Adalah jelas tindak tanduk Datuk Zambry sangatlah memalukan UMNO dan BN kerana bertindak diluar batasan undang-undang dan diluar norma-norma politik demokrasi, malahan tindak tanduk Datuk Zambry boleh dikategorikan sebagai "demo-crazy".
    Saya berharap dengan penyerahan semula persoalan Kerajaan Negeri kepada rakyat Perak melalui pilihanraya negeri akan mengembalikan semula keluhuran amalan demokrasi dalam negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.
    Didalam amalan demokrasi, rakyatlah penentu kepada kerajaan yang menjadi pilihan mereka. Memperkudakan institusi-institusi kerajaan yang ada untuk terus berkuasa tidak melambangkan kematangan pemikiran bagi BN dan UMNO, apatah lagi UMNO hari ini sedang menyambut ulangtahun ke 63.
    Di era globasisasi dan dunia tanpa sempadan, UMNO & BN harus sedar bahawa dunia sudah berubah. Rakyat kini makin matang dalam membuat keputusan dan melaksanakan hak mereka.
    Nasihat saya kepada UMNO & BN, hormatilah hak rakyat.
    Kepada Datuk Zambry, janganlah berlengah lagi, letakkanlah jawatan segera. Ingatlah apa juga tindak-tanduk dan keputusan yang telah beliau dan kerajaan haramnya buat sebulan ini adalah tidak sah dan haram. Termasuk memanggil sidang Dewan yang bersidang Khamis 07 Mei lepas.
    Kepada Tuanku Sultan, rakyat Perak khasnya dan Malaysia amnya akan terus menghormati Tuanku dan sistem raja berperlembagaan selagi kesemua pihak menghormati dan bertindak mengikut lunas-lunas undang-undang dan Perlembagaan.

    Terima kasih.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen
    Kulim Bandar Bharu
    Isnin
    16 Jamadil Awal 1430
    11 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Nizar masih MB yang sah

    Salam 2 all.

    Siaran langsung dari perkarangan Mahkamah Tinggi KL Jalan Duta. Penyokong Pakatan Rakyat masih dalam keadaan macam tida percaya tetapi gembira dan bersyukur menyambut keputusan Hakim Dato Abdul Rahim. Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar yang mengumumkan bahawa YB Dato Seri Nizar Jamaludin masih Menteri Besar Perak yang sah.
    Menurut YA Hakim, Dato Seri Nizar tidak pernah menghadapi undi tidak percaya didalam Dewan Undangan Negeri, jadi tidak timbul soal beliau kehilangan suara majoriti.
    Ini adalah satu tamparan besar kepada Sultan Azlan yang telah bertindak jelas diluar undang-undang.
    Maka sekarang ini terbuka kepada YB Nizar sebagai MB yang sah untuk menasihatkan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.
    Saya berharap Sultan akan bertindak mengikut undang-undang dan mematuhi perlembagaan yang memperuntukkan raja mesti mematuhi nasihat MB.
    Ini juga satu hari hitam buat Be End & Umno yang menyambut usia ke 63 hari ini. Kalau ikut umur Rasulullah, maka sebenarnya mereka kini dalam peringkat umur subsidi, umur pinjaman.
    Semoga kebenaran keadilan akan terus mekar di bumi ALLAH ini, insyallah.
    Saya difahamkan YB Nizar akan mengadap Sultan dalam masa terdekat ini untuk menasihatkan Tuanku membubarkan DUN Perak.
    Maka kita bakal menyaksikan pilihanraya peringkat negeri Perak tidak lama lagi insyallah.
    Grasias

    Zulkifli Bin Noordin
    Kulim Bandar Bharu
    16 Jamadil Awal 1430
    11 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    Yaumil Ummi


    Salam 2 all.

    Hari ini, Ahad 15 Jamadil Awal 1430 bersamaan 10 Mei 2009 seluruh dunia meraikan hari Ibu sebagai mengenang jasa para ibu yang tidak ada perinya.

    Pelbagai acara dan majlis diadakan. Hotel-hotel berlumba-lumba mengadakan promosi untuk merayakan hari berbahagia ini. Gedung-gedung menawarkan pelbagai barangan pada harga menawan untuk hadiah buat si Ibu. TV dan media berebut menayangkan cerita-ceriti mengenai ibu-ibu, dari Ibu Mertuaku kepada Mother of India, dari cerita Mandarin ke omputeh, tak lupa tagalog dan espana.

    Ada yang sampai tak cukop tisu airmata menitik. Ada yang sampe meleleh air liur kita ketawa. Tetapi kebanyakan program memfokuskan kepada prezen, makan bersuka ria dan get together.

    Saya teringat kepada satu iklan semasa suatu perayaan. Seorang orang tua menanti anak-anak yang berbaris dengan prezen masing-masing.

    Ada yang menghadiahkan jam tangan, ada yang memprezenkan baju dan macam-macam lagi. Si orang tua kelihatan tersenyum pahit dan kelat.

    Tetiba seorang anaknya menerpa tanpa sebarang prezen. Tangannya kosong. Bajunya comot saperti baru balik dari bendang. Anak-anak lain tersenyum sinis..ahh..si haprak ni hampeh pun tak huloq..

    Si anak bersuara, "saya tak punya apa nak diberi. Tapi tiap solat doa saya pasti ditadah kepada ALLAH buat ayah". Si bapa terus menangis mendakap si anak. Betapa bahagia perasaan si bapa punya anak begitu.

    Saya tidak nafikan mengadakan satu hari khas buat ibu atau bapa dengan pelbagai program dan hadiah adalah bagus.

    Namun bukankah lebih baik kalau kita dapat menyemai perasan kasih sayang anak-anak kepada kedua orang tuanya dan sentiasa mendoakan mereka tiap siang dan malam. Saya cukup yain tidak ada ibu atau bapa yang tidak akan berbahagia mendapat sedemikian rupa..malahan anak saperti itu akan menjadi impian tiap ibubapa dimuka bumi ALLAH ini.

    Disinilah cantiknya ajaran Islam. Dan alangkah baiknya kalau kita dapat menyebarkan kepada dunia bahawa agama yang mereka pandang sinis, agama yang mereka labelkan teroris, agama yang mereka kategorikan sebagai "agama ice age" adalah sebenarnya agama yang sangat memuliakan ibubapa.

    Seorang anak pernah bertanya Rasulullah saw, siapakah yang perlu aku taati selepas ALLAH & Rasul; jawab Nabi:

    Ibu mu..
    Selepas itu..
    Ibu mu..
    Selepas itu..
    Ibu mu
    Selepas itu..
    Ayah mu..

    Begitu Islam memuliakan manusia yang bergelar Ibu. Setelah tiga kali disebut ketaatan kepada si Ibu barulah ia beralih kepada si bapa.

    Hingga disebut Rasulullah bahawa syurga kita letaknya dibawah tapak kaki Ibu.

    Ketidakredhaan seorang ibu boleh membawa bencana kepada si anak. Lihat apa berlaku kepada ulama besar Juraij, yang mengutamakan solat sunat daripada menyahut panggilan Ibunya. Akhirnya dia ditimpa suatu fitnah besar. Lihat apa jadi dengan seorang sahabat yang tidak dapat mengucap kalimah syahadah dikala sakaratul maut kerana melebihkan isterinya daripada Ibunya.

    Tidak lupa kepada epik Melayu si Tanggang, anak derhaka yang menjadi batu akibat sumpah si Ibu yang merasa dipinggir.

    Islam juga tidak lupa kepada Ibu tunggal, malahan Ibu tunggal diletakkan di suatu tempat yang istimewa dalam Islam.

    Lihat bagaimana ibu tunggal Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s yang sangat dimuliakan ALLAH. Lihat sendiri kepada ibu Rasulullah saw Siti Aminah yang juga merupakan ibu tunggal.

    Saya teringat kepada suatu kisah beberapa tahun lalu semasa didalam kerja da'wah outreach bilamana saya berjumpa dan bersembang dengan seorang ibu beragama Kristian yang kebetulan baru menerima hadiah daripada anaknya sempena Hari Ibu.

    Saya pun berkata kepada si ibu betapa beruntungnya dia mendapat anak saperti itu.
    Namun, saya nampak si ibu saperti tidak gembira. Kata si ibu, "Saya tidak pasti samada dia ingatkan saya pada masa lain atau tidak. Kelihatannya dia terlalu sibu dengan kehidupan hariannya" keluh si ibu.

    Saya kemudian berkata kepada si ibu kristian itu.
    "Apa kata ibu kalau anak ibu mengingati ibu tiap hari, sekurang-kurangnya lima kali sehari, sambil mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ibu?"

    Jawab si ibu kristian tadi, "Adakah manusia yang semacam tu punya baik?"

    Saya katakan kepada si ibu kristian tadi, "Ibu, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw mengajar kami supaya tiap kali selepas solat lima waktu hendaklah kami berdoa saperti berikut; Ya ALLAH, peliharalah dan kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil".

    Si ibu kristian tadi kelihatan terdiam sejenak, matanya merenung jauh dan tergenang airmata jernih "itu sesuatu yang sangat baik yang tidak pernah saya dengar sebelum ini".

    Saya menambah dengan bertanyaan beliau "Ibu, tentu ibu suka kalau setelah mati nanti ibu akan dapat bersama dengan anak ibu selama-lamanya didalam syurga. Tentu ibu suka kalau didalam kubor nanti doa anak ibu akan menemani ibu dan menerangkan kubor ibu. Semua itu akan berlaku kepada anak dan ibu yang beriman kepada ALLAH tuhan yang satu".

    Ibu tadi tidak menjawab, sebaliknya saya terus menambah, "ibu, ALLAH menjamin anak yang soleh yang mendoakan ibu akan menerangkan kubor ibu sehinggalah dia sendiri nanti mengadap ALLAH. Dan kalau dia juga anak yang beriman, pasti ibu akan bersama dengan dia nanti di syurga jika diizin ALLAH".

    Ibu itu berkata bahawa selama ini dia sentiasa mempunyai fobia terhadap agama Islam. Dia langsung tidak tahu bahawa "agama teroris" ini begitu memuliakan seorang Ibu.

    Saya katakan didalam Al Quran, ALLAH mengingatkan kami supaya jangan bercakap kasar dengan ibu, hinggakan menyatakan 'ah' pun tidak boleh.

    Akhirnya saya memberitahu beliau, "Ibu, Islam sangat memuliakan seorang Ibu, termasuk ibu kepada Nabi Isa yang ada surah dinamakan dengan namanya iaitu Surah Maryam".

    Malahan saya terus menceritakan bagaimana Maharaja Najasyi yang beragama Kristian dari Habsyah (Ethiopia) terus beriman kepada ALLAH dan memeluk Islam setelah mendengar kisah Maryam ibu Nabi Isa as yang diceritakan ALLAH didalam Al Quran, yang begitu memuliakan Maryam, tidak saperti yang diceritakan didalam kitab-kitab lain.

    Si ibu kristian itu meminta saya menceritakan tentang kisah Maryam ibu Isa saperti yang diceritakan dalam Al Quran. Beliau mengangguk dan berkata memang benar cerita didalam Al Quran sangat memuliakan Maryam, sebaliknya didalam kitab lain ceritanya sangat mengaibkan dan tidak selayaknya bagi manusia yang dikatakan ibu kepada anak Tuhan?!

    Saya menambah bahawa tiap kali nama Nabi Isa disebut didalam Al Quran ianya mesti disebut dengan "anak kepada Maryam".

    Kelihatan si ibu Kristian tersebut makin lama makin semakin berminat untuk mengetahui tentang Islam.

    Semuanya bermula dengan kisah betapa Islam sangat memuliakan si Ibu, dan betapa Islam menggalakkan anak-anak supaya mengingati ibubapanya dengan doa sekurang-kurangnya lima kali sehari, samada semasa hidup apatah lagi setelah mati.

    Bukan hanya sekali setahun dan itupun hanya dengan pesta, prezen dan makan.

    Allah humma fighrlii zunuubii waliwa lidaiya warhamhuma kama robbaiya ni soghiiro..
    Ya ALLAH, kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil..ameen..

    Semoga semua para ibu, khususnya ibu saya Siti Aisyah Abdul Rahman dan isteri saya Maimun Ahmad (ibu kepada anak-anak saya ) tetap didalam rahmat dan peliharaan ALLAH, dan diberi kesihatan yang sempurna dan keberkahan yang melimpah-limpah...ameen ya robbal 'alameen.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
    Ahad 15 Jamadil Awal 1430
    10 Mei 2009
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    09 May 2009

    Krisis politik di Perak bukan salah perlembagaan

    BERLAKU krisis politik di Perak bukan salah perlembagaan. Sebaliknya, ia kerana perlembagaan dilanggar dari segi peruntukan dan semangatnya. Demikian ditegaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari di Putrajaya Rabu lalu pada forum bertajuk ‘Dewan Perundangan, Eksekutif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan itu’. Pakar perlembagaan itu berkata penyelesaian di Perak bergantung kepada komitmen terhadap perlembagaan.

    Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau membuat kejutan apabila mengatakan tindakan Barisan Nasional salah dari mula lagi dan Tuanku Sultan tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar. Beberapa minggu lalu, Mahathir berkata sebaliknya. Ini juga berubah dari awal Februari lalu apabila bekas Perdana Menteri keempat itu berkata tindakan Barisan di Perak itu adalah salah.

    Dalam hujahnya, Aziz berkata kerajaan yang memerintah -baik di pusat mahu pun di negeri- adalah milik dewan. Ini kerana, jelas Aziz, ketua kerajaan berkenaan dilantik berdasarkan sokongan majoriti yang dimilikinya. Beliau berkata adalah salah dan tidak wajar apabila seorang menteri besar mendakwa bahawa dirinya dilantik oleh Sultan. Aziz seterusnya berkata prinsip itu turut menjadi tunjang kepada konsep kabinet yang diwajibkan bertanggungjawab kepada dewan.

    "Oleh sebab itu tidak timbul soal konvensyen sebagaimana di Britain kerana di Malaysia prinsip kabinet ini telah menjadi undang-undang - yakni Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan - dan bukan lagi sekadar konvensyen," tambahnya.

    Seorang lagi panelis, Tricia Yeoh, berkata perkhidmatan awam perlu bebas dari politik dan tidak boleh engkar kepada perintah kerajaan yang memerintah. Beliau yang merupakan pegawai penyelidik kepada Menteri Besar Selangor berkata prinsip federalisme yang dikandung oleh perlembagaan perlu dihormati. Sebelum itu, Mahathir mengakui bahawa parti-parti dalam Pakatan bukan lagi "pembangkang kerana mereka telah memerintah negeri-negeri berkenaan".

    Seorang lagi panelis, Alif Benjamin Suhaimi, yang merupakan wakil pelajar undang-undang UiTM, berpendapat perlembagaan tidak menjadi masalah. Beliau optimis terhadap masa depan negara kerana perlembagaan itu cukup baik dan tidak perlu direformasikan. Sewaktu soal jawab Aziz menjelaskan tidak ada undang-undang yang boleh dibuat untuk menyekat pilihan raya kecil kerana ia adalah ketetapan perlembagaan. Sementara itu Tricia Yeoh berpendapat pilihan raya senat perlu diadakan kerana ada peruntukan berkenaan dalam perlembagaan. (2MA)

    BE END - FROM LAWMAKERS TO LAWBREAKERS


    Salam 2 all.

    If there is any doubt as to what extend the Be End Malaysia Bolehland slogan can be stretched, yesterday's incident at and around the august Dewan Undangan Negeri Perak went beyond any wildest imagination.

    Outside the DUN, don't even think of wearing black t-shirt, unless you have some free time to spend in the police lock up. Where else can having a tehtarik at mamak stall can land you in a police blackmaria! One can forgive any tourist if he were to think that the pig that cause the pig-flu has arrived in Ipoh..the scene of police barracading almost the whole sleepy Ipoh town is reminiscent of the red-army attack in Thailand. The snatch thieves and mat rempit must have their field day yesterday..as almost the whole police force was swarming the DUN and area surrounding it.

    Inside the DUN is no better. The Yang Berhormat has really turn themselves into Yang Berukmad..and I thought the Zoo Negara has been moved from Ulu Klang to Jln Panglima Bukit Gantang, Ipoh!

    The circus began from the press of the button. There is no "sitting" of the dewan yesterday as everybody was practically standing.

    The Yang Berukmads' behaviour yesterday will put Yang Merempit to shame. They demonstrate their true color..their behaviour resembles those of lawbreakers and not lawmakers. There was a lot of shouting, shoving, climbing, running, swarming. Even fist flying..not to mention the hard earned ringgit torn to pieces. One of the Yang Berukmad even got his buttons torn off, exposing his hairy belly. Even the Taiwanese legislators, well known for their rampage, would give their "Perak counterpart" a double-salute.

    And the police..what on earth are they doing in the Dewan. Don't they have better things to do..what with rampant snatch thefts going on..to the extent of causing deaths to two pregnant young mother! What with the Mat Rempit menace putting the country at ransom with their lawlessness behaviour and rampage. And the police spent their whole force in that tiny dewan..to the the extent of abusing their manpower and time to physically drag the poor little Sivakumar out of his hard earned speaker's chair.

    I think the police has demonstrated more than enough evidence that they're fast becoming Be End 15th component party.

    And to add salt to the injury..they got the cheek to say they need more manpower and money to combat the increasing crime rate in the country. I think we may have to send some of the man in blue to the psychiatrist to have their brain open and examine!

    07th of May will go down in the pages of history and be remembered as the One-Malaysia Darkday. The day the Lawmakers turn Lawbreakers. The day the Yang Berhormat turn Yang Berukmad. The day where the desperados Be End turn everything upside down..
    If only the YBs can bring senses to their empty head. My strong advise to Zambry & the Gang, don't you people have any sense of self pride. Is there not an iota of humanity and self respect in your heart. Doesn't your conscience speak to you?

    Are you not ashame of your evil deed?
    You can call it what you like, you can hide behind the skirt of the man in blue, you can shield yourself behind the yellow colored shield, you can use those wigged fellas as your tool..but can you face the Almighty with all that evil deed! Do you have the balls to face the people of Perak in a state election. Why not return to the people what is rightfully theirs.

    In case you don't understand, democracy is not merely about numbers, but it is about honor, it's about responsibility, it's about carrying the voice of the people. And the voice of the people in Perak is loud and clear, they outvoted you on 08 March 2008. They wanted change..and changed they did. You may have the money to buy people over, you may have the power to rob the people's wishes..but do you have the morality to face the people. I challenge you Zambry & the gang, for at least once, be a human. Be a man.

    What you have done is a disgrace to the history of the country. Don't you ever fear that the day will come that the next generation will pass by your dirty grave and piss on it..
    To my Pakatan comrade, we should be proud with ourselves. Don't stoop to their dirty low level politics.

    What they are doing is just expediting their inevitable demise..they are digging their own dirty grave. It's only a matter of time.

    For me, we should adopt the more civilised and honorable way of battling it. Fight it out in the Court of Law..parade the best legal eagle we have and outwit Be End in the niceties of legal jargons. Let the wigged fellas up there decide. While we exhaust all the legal avenues, don't forget to convince His Majesty the Sultan to dissolve the DUN. The Tuanku is after all a former legal eagle anyway. He may come to some senses if we can convince him..we need a good diplomat and highly skilled and respected negotiator to present it to the Tuanku. And we have them within our circle..the big names like the highly respected Professor Datuk Visu Sinnadurai, His Excellency the former Ambassador Dato Yeop Adlan Che Rose and many others.. Tap their skill and talent, convince His Maesty the Tuanku to dissolve the DUN.

    And if all that fail, don't worry, we have the final Court...the Mahkamah Rakyat..the People's Court. I am very sure and convince that the "judges" in the Mahkamah Rakyat are as eager as us to hammer the final nail to the Be End's coffin. I am more than convince that the Be End's days are numbered. The installation of Najib as their 6th PM put the final nail to the RAHMAN theory. The eNd for Be eNd is near.

    So why stoop to their low level when we are riding high with the rakyat.
    Maintain our dignity, be honorable and respectable, walk tall as the real Wakil Rakyat, be proud that the final "judges" are with us.. And when that day do come..we can always look back with pride and dignity..that we are the Lawmakers and not Lawbreakers...that we are the Yang Berhormat and not the Yang Berukmad..

    May ALLAH bless us all..may ALLAH bring us the light of justice and fairplay to rid this One-Malaysia Darkday of 07th May 2009.

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim B.Bharu
    Friday 13 Jamadil Awal 1430
    08th May 2009

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    07 May 2009

    Peragut Dajjal


    Salam 2 all.
    Sekali lagi negara digemparkan dengan kes ragut terbaru yang menyebabkan kematian kepada mangsa. Ibu muda berusia 33 tahun, Sharifah Mohd. Noor meninggal dunia sebaik sahaja beliau diragut semasa menaiki motosikal. Sharifah yang dalam perjalanan balik ke Melor setelah bersama dengan ibunya di Kg. Bedolah, Tumpat diragut semasa tiba di Kg, Padang Raja. Sebaik diragut, motosikal EX5 yang ditunggangnya digesel oleh motosikal peragut tersebut menyebabkan beliau hilang kawalan dan terjatuh. Sebuah kenderaan Proton dari arah bertentangan tidak dapat mengelak beliau lalu melanggarnya menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badannya. Sharifah yang mengandung tiga bulan, meninggalkan suami Mohd Zani Awang dan lima orang anak yang masih kecil (berusia dua-tigabelas tahun).
    Ini adalah kes ragut ketiga berlaku berturut-turut yang menyebabkan kematian dan kes kedua membabitkan ibu muda yang sedang mengandung. Dan yang paling malang dikala para mat rempit dan peragut-peragut dajjal ini bermaharajalela, pasukan polis lebih sibuk mengerahkan kekuatan anggotanya untuk menghalang rakyat bersuara dan berhimpun secara aman di Perak. Alangkah baiknya kalau pihak polis menumpukan tugas dan tenagakerja mereka kepada menangani dan menyelesaikan masalah peningkatan jenayah yang makin membimbangkan akhir-akhir ini.
    Kita melihat kejadian kes ragut dan meningkatnya penyalahgunaan dadah dan arak serta bertambahnya kegiatan merempit khususnya dikalangan remaja dan belia Melayu sangatlah membimbangkan.
    Kita melihat kegiatan ganas taik-taik rempit dan kronologi kegiatan ragut sejak setahun lepas memberikan satu trend yang menakutkan, seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang; dan kalau ada pun undang-undang seolah-olah mereka ini "above the law". Pihak polis kelihatan seolah-olah tidak mampu lagi menangani dan menyelesaikan masalah yang membimbangkan ini.
    Kita khuatir nanti akan tiba masanya rakyat menjadi muak dengan masalah ini dan mengambil tindakan sendiri untuk mengatasinya. Apakah kita sudah berada ditahap negara "koboi", sehingga memaksa rakyat mengambil "the law into their own hands". Ini adalah satu "wake-up call" kepada pihak keselamatan untuk mencari satu mekanisme dan formula terbaik dan berkesan untuk menangani masalah ini.
    Atau apakah kita perlu balik kepada melaksanakan hukum ALLAH; dimana ALLAH menjanjikan keamanan sekiranya perintah dan hukum-hakamnya dilaksanakan. Adakah fenomena dajjal-dajjal rempit ragut ini muncul sebagai petanda kita sudah jauh daripada rahmat dan belas kasihan dan barakah ALLAH swt.
    Tepuk dada tanyalah iman masing-masing..
    Wallahua'lam.
    Kronologi kes-kes ragut

    · 5 Mei 2009 - Wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.

    · 29 April 2009 - Pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya.

    · 28 April 2009 - Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.

    · 29 Mac 2009 - Nurul Fatimah Ali, 19, koma selepas nekad menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

    · 21 Februari 2009 - Wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.

    · 2 Februari 2009 - Nor Hanani Ibrahim, 21, dari Taman Sena Indah, Kangar nekad mengejar dua penjenayah yang meragut beg tangannya sehingga kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas orang ramai.

    · 4 Januari 2009 - Seorang pembantu tadika dalam perjalanan menghantar laporan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan menunggang motosikal patah kedua-dua kaki dan tangan kanannya selepas diragut di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

    · 10 Disember 2008 - Seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas diragut dua lelaki bermotosikal sebaik selesai membeli barang harian di Pasar Awam Bukit Mertajam.

    · 22 November 2008 - Seorang wanita berusia 65 tahun cedera ringan selepas terjatuh dalam kejadian cubaan meragut beg tangan di hadapan masjid Kampung Gerai, Jertih, Besut.

    · 13 November 2008 - Seorang wanita, Khoo Lee, 38, cedera dalam kejadian cubaan ragut berhampiran lokasi program pencegahan jenayah, di Pusat Perniagaan Pesta Baru, Jalan Bakri, Muar.

    · 29 Oktober 2008 - Hasrat seorang pelajar Tingkatan Lima cuba menolong sepasang kekasih yang menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi kerana maut apabila motosikalnya terbabas diterajang rakan peragut yang mengekorinya.

    · 11 September 2008 - Seorang wanita kerugian kira-kira RM1,200 selepas beg tangannya diragut seorang gadis yang membonceng motosikal seorang lelaki di Jalan Air Putih, Kuantan.

    · 11 Ogos 2008 - Jururawat, Israha Ismail, 29, parah selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Seriab, Kangar.

    · 20 Jun 2008 - Seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, meninggal dunia.

    · 12 Mei 2008 - Isteri seorang kakitangan Berita Harian yang mengandung tiga bulan cedera diragut dua penunggang motosikal di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur.

    · 10 Mei 2008 - Penjual nasi lemak, Siti Zubaidah Ismail, 41, parah manakala anaknya, Noorhasniza Mat Tahir, 14, cedera selepas jatuh dari motosikal apabila seorang lelaki meragut beg tangan dari dalam raga motosikal yang mereka naiki di Simpang Kuala, Alor Setar.

    · 20 April 2008 - Penghantar surat sambilan, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22, cedera ditikam dengan pisau rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas dekat Pintu Geng, Kota Bharu.

    · 10 Februari 2008 - Pelajar Universiti Malaysia Perlis, Nur Amalina Abu Bakar, 20, cedera di kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta ketika cuba mengejar lelaki yang meragut beg tangannya di Alor Setar.

    · 28 Disember 2007 - Guru, Norlidah Misran, 36, patah tulang belakang selepas terjatuh ketika menarik beg tangannya daripada diragut di Muar.

    · 30 Oktober 2007 - Ketua Meja Jenayah akhbar Nanyang Siang Pau, Steven Chiew, 44, cedera di mulut dan hidung terjatuh selepas beg yang disandangnya disentap penjenayah di Kelana Jaya

    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
    Khamis 12 Jamadil Awal 1430 / 07 April 2009

    Kenyataan Akhbar - DUN Perak

    KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN
    AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
    Saya melihat dengan penuh kegusaran tragedi yang berlaku di sekitar sidang Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan hari ini. Setakat masa saya menulis ini, berpuluh rakyat Malaysia pelbagai kaum telah ditangkap termasuk aktivis masyarakat, ahli-ahli Parlimen, ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin masyarakat dan ramai lagi yang didakwa kononnya melanggar perintah tidak berada dan/ atau berhimpun di sekitar kawasan yang diisytihar sebagai zon larangan oleh pihak Polis bersabit daripada sidang DUN Perak hari ini.
    Lebih malang lagi apabila pihak polis memasukki sidang DUN dan secara paksa mengeluarkan YB Speaker DUN serta beberapa ADUN daripada Dewan Persidangan.

    Dewan Undangan Negeri, sebagaimana Parlimen, adalah lambang sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan dimana wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat bersidang untuk mewakili suara dan aspirasi mereka.
    Bersesuaian dengan itu, kita mengamalkan prinsip pemisahan kuasa di antara pihak perundangan, kehakiman dan eksekutif. Tiap masing-masing pihak tidak boleh mencampuri urusan pihak yang lagi satu sebagai menghormati hak ketuanan rakyat.

    Kita dapat melihat ini dengan jelas semasa insiden YB Karpal Singh diserang di perkarangan Parlimen oleh beberapa orang pemuda UMNO di mana pihak polis enggan campurtangan dan akhirnya Dewan Rakyat melalui YB Tan Sri Speaker terpaksa mengambil tindakan sendiri bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa tersebut.
    Namun di dalam kes sidang DUN Perak hari ini saya melihat tindakan sebaliknya telah diambil oleh pihak polis, yang memberi persepsi seolah-olah pihak polis "going all out" mempertahankan Barisan Nasional dan menganaktirikan pihak Pakatan Rakyat; sehingga ketahap memaksa YB Speaker dan beberapa ADUN keluar daripada dalam Dewan. Kita khuatir rakyat akan melihat pihak polis yang sepatutnya bersikap professional dan tidak memihak tetapi kelihatan seperti pilih kasih dan mangamalkan sikap "double-standard".
    Saya menuntut supaya pihak polis tidak mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri Perak atau mana-mana dewan atau Parlimen. Biarkanlah ahli politik menyelesaikan kemelut politik mereka, dan pihak polis menyelesaikan masalah keamanan dan keselamatan rakyat. Adalah lebih baik bagi pihak polis menggunakan tenaga kerja dan masa anggotanya untuk menangani masalah jenayah yang kian meningkat. Jenayah merempit yang sudah tidak terkawal, kejadian samun dan ragut yang membawa kepada pembunuhan dan maut, rompakan nekad dan pembunuhan yang sadis dan brutal makin berleluasa memerlukan tumpuan sepenuh masa oleh pihak polis.
    Saya juga mendesak supaya pihak polis menghormati hak rakyat untuk bersuara samada melalui diri sendiri atau wakil rakyat mereka. Saya mendesak pihak polis supaya menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.
    Berdasarkan itu, saya mendesak supaya pihak polis supaya membebaskan semua mereka yang ditahan bersabit daripada sidang DUN Perak hari ini tanpa sebarang syarat.
    Semoga hak dan suara rakyat diutama dan didahulukan sebagaimana slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan".
    Yang benar
    Zulkifli Bin Noordin
    Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
    Khamis 12 Jamadil Awal 1430 / 07 Mei 2009

    Agama mampu kurangkan masalah ekonomi

    Salam 2 all.

    Semalam seorang tokoh agamawan kontemporari dunia daripada Victoria University of Wellington, Dr. Paul Morris membentangkan suatu penyampaian bertajuk "Agama mampu kurangkan masalah ekonomi".
    Beliau menyatakan bahawa
    agama boleh menjadi penawar bagi mereka yang menghadapi masalah akibat krisis ekonomi global.
    Dr. Paul Morris yang juga seorang profesor berkata, agama juga boleh memainkan peranan bagi mengurangkan kesan yang dibawa oleh sistem kapitalis dunia.
    "Amalan kapitalis global sentiasa berterusan, manakala agama pula mempunyai wawasan serta kefahaman tentang cara untuk menyemai nilai murni dalam hidup kita," katanya dalam ceramah mengenai New Zealand, Islam dan umatnya di Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa di Petaling Jaya.
    Beliau berkata, krisis ekonomi masa kini yang memberi kesan terhadap New Zealand, Malaysia dan seluruh dunia, menunjukkan betapa masyarakat sejagat sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan tiada siapa yang boleh mengelakkan diri daripada menerima kesannya, manakala agama pula, melalui nilai akhlak yang dianjurkannya, boleh membantu manusia dalam menghadapi kesannya serta bertindak mengikut etika.
    "Ini bukan bermakna kita patut menyerang ekonomi, tapi kita perlu menyedari kesan daripada amalan kapitalis dunia dan melindungi diri kita melalui kepercayaan kita, cara kita berfikir dan nilai akhlak yang menjadi amalan kita," katanya.
    Dr. Morris menegaskan tentang pentingnya tadbir urus yang baik, perilaku mulia, sifat sederhana dan bertanggungjawab, digabungkan dalam gaya hidup manusia, manakala agama pula membantu ke arah mencapai matlamat ini.
    Katanya, walaupun umat Islam merupakan golongan minoriti di New Zealand, tetapi oleh kerana mereka adalah sebahagian daripada dunia yang bersifat global, maka mereka tidak tersisih daripada lebih satu bilion umat Islam yang wujud di serata dunia.
    Beliau berkata, bagi mewujudkan sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan penganut pelbagai agama di New Zealand, negara itu menggubal satu rangka kerja bagi mengelak tercetusnya masalah dan keganasan.
    "Rangka kerja ini berkisar tentang bagaimana kami dan anak-anak kami boleh hidup dengan mereka yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza dan hak untuk memberi pendapat tentang agama yang menjadi anutan seseorang. Rangka kerja ini menjadi platform untuk melahirkan kefahaman tentang kepelbagaian budaya," katanya.
    Beliau berkata, selepas Peristiwa 9/11, majoriti penduduk New Zealand bersikap terbuka dan berminat mendalami pengetahuan mereka tentang Islam.
    Kini, semakin banyak pelajar universiti mengikuti kursus agama, bukan saja untuk belajar tentang Islam, tetapi mendalami pengetahuan mereka tentang agama Kristian, kata beliau.
    Dr. Morris juga terkenal kerana hasil karyanya mengenai agama serta identiti budaya dan amat meminati dialog antara agama. Beliau mewakili negaranya pada dialog antara agama yang telah diadakan di Indonesia, Filipina dan baru-baru ini di Malaysia.

    Zulkifli Bin Noordin
    X-Victoria University of NZ
    (1981)
    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.