30 June 2009

Tahniah Tuanku

Salam 2 all.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang telah menitahkan supaya deraf rang undang-undang berkaitan isu kemasukan ke Islam. Tiga rang undang-undang yang dicadang untuk dipinda itu adalah

  1. 1. Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian Sivil);
  2. 2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam;
  3. 3. Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan.
Tujuan pindaan ini adalah untuk menangani masalah apabila seseorang bukan Islam daripada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam dan pasangannya tidak mahu menuruti memeluk Islam. Persoalan timbul tentang status perkahwinannya, kedudukan status agama dan hak penjagaan anak-anaknya, harta sepencarian semasa perkahwinan, dan jika mereka mati bagaimana harta pusaka mereka hendak dibahagikan.

Masalah ini timbul kerana Akta Memperbaharui (Perkahwinan & Perceraian Sivil) tidak memberi sebarang peruntukkan kepada mu'alaf tersebut untuk memfailkan petisyen untuk membubarkan perkahwinannya serta mendapatkan perintah-perintah sampingan yang berkaitan. Oleh itu mu'alaf tersebut tidak ada pilihan lain selain pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah sewajarnya. Bagi maksud itu, Mahkamah Syariah sememangnya mempunyai bidangkuasa menurut Seksyen 46 (2) Akta Keluarga Islam. Berdasarkan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa didalam kes-kes yang mana Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa.

Tetapi kemelut timbul apabila mereka yang bukan Islam tidak mahu dan enggan pergi ke Mahkamah Syariah. Ini adalah kerana timbul salah tanggapan bahawa jika mereka pergi ke Mahkamah Syariah saperti mereka memeluk Islam. Ini ditambah pula oleh propaganda pihak-pihak tertentu yang menakut-nakutkan golongan bukan Islam ini bahawa Mahkamah Syariah akan bertindak tidak adil dan memihak kepada orang Islam sahaja.

Sebenarnya ini adalah tanggapan yang salah kerana sekiranya mereka yang bukan Islam, terutamanya wanita tahu tentang keadilan dan kesaksamaan perundangan Islam, mereka akan berebut untuk memilih dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Contohnya bagi wanita bukan Islam, suami mereka boleh juga menuntut nafkah jika mereka termasuk golongan tidak berupaya. Sedangkan didalam Islam wanita tidak boleh dibebankan dengan tanggunjawab nafkah. Kedua, wanita Islam akan dibayar pampasan perceraian dalam bentuk mut'ah. Ini membolehkan mereka mempunyai modal untuk meneruskan hidup selain menerima nafkah eddah. Sedangkan didalam undang-undang sivil tiada peruntukkan sedemikian. Di Mahkamah Syariah, mereka hampir pasti mendapat hak penjagaan anak-anak dibawah umur 9 tahun, sedangkan di Mahkamah Sivil belum tentu lagi. Didalam perundangan Islam, jika bekas suami mereka tidak mampu membayar nafkah, bekas isteri boleh menuntut daripada keluarga bekas suami termasuk bapa, adik beradik dan lain-lain. Malahan jika tiada pihak, maka si isteri boleh menuntut dan Mahkamah Syariah boleh memerintahkan baitulmal untuk menanggung nafkah si isteri dan anak-anak. Sedangkan di Mahkamah Sivil, jika si suami tidak berkemampuan atau menghilangkan diri, si isteri tiada alternatif lain untuk mendapatkan nafkah.

Bagaimanapun, apa yang lebih penting dalam isu ini ialah mengapa kabinet mengambil pendekatan memindahkan bidangkuasa kes-kes saperti ini ke Mahkamah Sivil dengan memansuhkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mengapa tidak di ambil pendekatan untuk memperkemaskan dan memartabatkan lagi institusi Mahkamah Syariah dalam kes-kes saperti ini. Persoalan pokok yang menajdi isu bagi umat Islam, apakah jenis undang-undang yang akan dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil bila membicarakan isu yang membabitkan perundangan Islam. Bagaimana jika Hakim yang membicarakan kes itu datangnya daripada bukan Islam? Bagaimana beliau mahu menafsir perundangan Islam beradsarkan tafsiran mana? Selanjutnya dari segi Perlembagaan, hal agama adalah didalam bidangkuasa negeri dimana Tuanku Raja-Raja adalah Ketua Agama dengan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam. Tidakkah pemindahan bidangkuasa ke Mahkamah Sivil ini secara tidak langsung memprejudis kuasa Raja-Raja?

Atas sebab itulah merupakan satu tindakan bijak bagi Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menasihatkan kabinet supaya menangguhkan pembentangan dan perbahasan rang undang-undang tersebut. Semoga kita akan dapat menyelesaikan isu dengan bijak dan membawa kebaikan kepada semua pihak. Nasihat saya kepada kabinet, dapatkanlah dahulu pandangan semua pihak khususnya kalangan ulama', para mufti dan lain-lain pakar perundangan Islam sebelujm mengambil tindakan selanjutnya.

Apa jua pun, saya mengucapkan tahniah kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang betindak bijak dan tegas dalam mempertahankan kesucian dan martabat agama Islam dalam negara ini.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
07 Rejab 1430
30 Jun 2009

25 June 2009

Sarkozy

Salam 2 all.

French President Nicolas Sarkozy said in his opening speech of joint parliament session on Monday 22. June that "Islamic burka (abaya) is “not welcome” in France because it is not a symbol of religion but a sign of subservience for women.
“We cannot accept to have in our country women who are prisoners behind netting, cut off from all social life, deprived of identity,” he said.

And why am I not surprised at all with statement like this; coming from person the like of Sarkozy, a person who felt so proud and honored that his wife's nude photo were sold to the highest bidder; a person who was so impressed to have as a wife a women who spread her leg totally naked and splashed centrepage of nude magazine Penthouse.
Mr Sarkozy sir, if for you being nude and naked for all to see is modern living and great civilisation, then we Muslim has no interest to be part of your so called modern civilisation.
If for you covering oneself in dignity is backward and subservient, then we Muslim are more than proud as we are all subservient to ALLAH the Lord Almighty and the One and Only God.
And may I remind you Mr. Sarkozy that your type of attitude has been foretold to us Muslim by ALLAH Almighty Who said that "be aware yo Muslim, as the Jews and Christians will never agree with your Islamic way of life for eternity unless you live like what they are, but remind them that ALLAH's guidance is the truthful guidance".
And may I warn you Mr. Sarkozy, if you were ever to touch any of the Muslim women in your damn country, oppressing and harassing them and forcing them to live the nomadic and barbaric life that you so adore; then we Muslim will consider that as an act of war on Muslim and shall be responded accordingly.

Zulkifli Bin Noordin
Wednesday
01 Rejab 1430
24 May 2009

22 June 2009

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

###

Date: 22 June 2009

MEDIA RELEASE
PAKATAN RAKYAT COUNCIL OF LEADERS


Pakatan Rakyat Stand on Unity Government
The Pakatan Rakyat Council of Leaders today Monday, 22 June 2009 held a meeting at the office of the Opposition Leader and agreed on the following:
1. All the component parties of Pakatan Rakyat reiterate their commitment to each other and to strengthen the coalition in order to help form the future Federal Government.
2. The Pakatan Rakyat Council of Leaders reaffirms our rejection of the idea of forming a Unity Government with UMNO / Barisan Nasional which is clearly a malicious and desperate attempt to compromise the integrity of the increasingly popular Pakatan Rakyat
3. Pakatan Rakyat agrees to adopt an open approach and is willing to hold discussions with the leaders of Barisan Nasional on issues of national interest such as economic recovery, improving the quality of education, restoring the integrity of the judiciary, abrogation of the Internal Security Act (ISA), the RM 12.5 billion PKFZ scandal, abuse of power by the police leadership during times of increasing crime, eradication of corruption, establishment of good governance and to hold immediately a free and fair election to resolve the Perak crisis.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

21 June 2009

Bapa dalam ingatan

Salaam 2all,

Pagi ni Ahad 27 Jamadil Akhir 1430/ 21 Jun 2009 saya terima sms dari insan paling istimewa, iaitu anak sulong saya Aqila Zulaiqha:

"Happy Fathers Day!

Sms ini dikhaskan utk bapa2 yg spesel sahaja!
Of coz la utk bapa Z, Aisya, Amirul, ngan Azrul!

Jasamu dhargai! We will always pray 4 u!

1,2,3...
Kami sayang ayah!

:-).:-D.;-).:-P.;->.:-*.B-)

From Aqila Zulaiqha".


Untuk para bapa dimana sahaja mereka berada, saya yakin kita bukan mahukan jamtangan Rolex, atau makan steak di Ritz Garden, atau baju Versace dari gedung Harrods, atau serba aneka prezen dan hadiah.

Saya cukup yakin doa dan ingatan dari anak yang soleh adalah lebih kita hargai.

Saya teringat Allahyarham bapa saya yang telah kembali kerahmatullah 9 tahun lepas. Walaupun hanya berpangkat rendah dalam pasukan polis (FRU actually), namun beliau tak pernah saya dengar merungut dalam membesarkan kami 8 orang adik beradik. Gaji pun bukan besar mana. Tapi tiap kali balik mesti ada ole-ole yang dia bawak. Kalau tak kueh pau, dia bawak buah lai.

Tapi yang paling saya nanti ialah hari Jumaat. Saya akan dibawa ke Masjid Negeri Perak di Ipoh naik motor. Saya dok depan, abang saya dok belakang. Tengah jalan mesti kami singgah pasar beli pisang dua tiga sikat untuk disedekahkan kepada jemaah Jumaat.

Kaum bapa dikalangan umat Islam dipesan oleh ALLAH supaya menjaga diri dan ahli keluarganya daripada api neraka. "Ya aiyuhal lazi na aamanu ku anfusakum wa ahlikum naaro".
Itulah tanggungjawab besar seorang bapa dalam Islam. Memastikan keluarganya selamat dunia akhirat. Dan tanggungjawab besar adalah menyemai dan menjaga keimanan anak-anak-jangan sekali-kali mensyirikkan ALLAH. Saya cadangkan kepada para bapa yang ada diluar sana supaya membaca surah Al Luqman. Disana terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil untuk panduan mengenalpasti tanggungjawab kita sebagai bapa.

Saya teringat pesanan Allahyarham bapa saya supaya dalam keadaan apa pun solat jangan tinggal. Biarlah sibuk macam mane pun jage solat, dan kalau boleh biar solat berjemaah.
Dalam kita menyambut hari bapa ini, sudah tentu kita mengharapkan supaya anak kita akan menjadi anak yang soleh.

Saya yakin sesiapa juga yang kini bergelar bapa menjadi impian dia mendapat anak yang beriman lagi soleh. Sejuk hati kalau melihat anak kita tunduk sujud kepada ALLAH.
Seorang rakan saya pernah menceritakan bagaimana dia tidak sabar menunggu tiap pagi untuk menghantar anak dia kesekolah, hanya kerana dia gembira bila anaknya mencium tangan dan pipinya sebelum kesekolah. Kata dia itulah saat yang paling membahagiakan. Sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Diwaktu yang sama, jangan lupe kita juga adalah seorang anak kepada seorang ayah. Ingatlah pesan ALLAH dalam surah Al Isra':
"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa mu. Jika salah seorang dari keduanya atau keduanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun dengan perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua ibubapamu kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah "wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil".


Begitulah Islam mengajar kita memuliakan dan mendokan kedua ibubapa kita.

Mengapa ALLAH meminta kita mendoakan mereka dikasihani sebagaimana mereka mengasihani kita semasa kecil? jawapannya antara lain adalah kerana diwaktu kita kecil, kasih sayang ibubapa kepada kita tiada batasnya.

Kita pernah mendengar kisah seorang bapa yang sanggup mati lemas kerana menyelamatkan anak kecil yang sedang kelemasan.

Saya pernah melihat beberapa tahun yang lampau seorang bapa yang baru sahaja menghantar anaknya kesekolah, tiba-tiba sedang anak kecil itu melintas jalan, sebuah kereta datang meluru kearah anaknya. Tanpa sedikit pun memikirkan keselamatannya, sibapa terus menerpa kearah anaknya dan sempat menolaknya sebelum beliau sendiri dilanggar oleh kenderaan tersebut..mati seorang bapa demi kasih kepada anaknya.

Juga disebuah klinik, saya melihat seorang bapa mendukong anak kecil yang merengek menangis kerana selsema. Saya lihat sendiri bagaimana sibapa menghisap hingus anak kecil itu dengan mulutnya tanpa sikit pun rasa jijik.

Semalam anak saudara saya, iaitu anak angkat yang diambil oleh adik saya Norriza & suaminya Mohd. Nasir dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan yang serius. Umar Hamzah, itu nama yang diberi kepada baby ini. Diambil oleh adik saya sejak bayi untuk dipelihara sebagai anak sendiri. Tanpa adik saya sedari, rupenya Umar semasa diambil waktu bayi lagi mengidap penyakit 'incongenital brain disorder'. Hanya setelah dia berumur tiga bulan baru penyakit itu dikesan. Itupun setelah kepalanya membengkak dan membesar. Kepalanya terpaksa dibedah.

Kalau ikut logik akal, adik saya boleh saja memulangkan balik Umar kepada keluarga asal. Namun rasa kasih & kasihan menyebabkan adik saya terus membela Umar. Berpuluh ribu ringgit duit telah habis dibelanjakan untuk rawatan Umar, dan banyak kesabaran dan ketabahan diperlukan untuk menjaga Umar yang tidak boleh melihat dan tidak boleh berfikir. Anak yang kepalanya sudah ditebuk. Anak kecil yang hanya tahu merengek dan menangis bila kesakitan atau kelaparan. Anak kecil yang tidak diberikan harapan tinggi oleh para doktor. Namun saya dapat melihat ketabahan dan kesabaran adik saya Norriza dalam terus memberikan kasih sayang tak berbelah bagi kepada Umar Hamzah. Hanya ALLAH sajalah yang boleh membalas segala pengorbanan beliau. Begitu secebis kisah kasih sayang kepada seorang bayi kecil bernama Umar Hamzah yang kini berumur 1 tahun. Semoga anakanda Umar Hamzah diberi semangat kepahlawanan Saidina Umar dan Saidina Hamzah dalam mengharungi kehidupan akan datang yang tiada sebarang kepastian lagi buatnya.

Sebenarnya banyak kisah yang boleh dipaparkan tentang ibubapa yang sanggup berkorban harta malahan nyawa demi rasa kasih dan kasihan kepada anak kecilnya.
Begitulah ALLAH mengajar kita supaya mendoakan semoga ALLAH mengasihani kedua ibubapa kita sebagaimana kita dikasihani mereka semasa kecil. Dan kita digalakkan mendoakan mereka sekurang-kurangnya lima kali sehari setiap kali selesai solat fardhu.

Malahan Rasulullah mengajar kita bahawa tiada yang turut serta dengan seseorang ibubapa ke alam barzakh kecuali anak yang soleh & solehah yang mendoakan dia, selain ilmu beliau yang dimenafaatkan orang dan amal jariah yang disumbangkan. Kita juga diajar supaya meneruskan hubungan silaturrohmi dengan rakan dan sahabat arwah ibubapa kita, dan ini akan membantu mereka di alam akhirat. Kita juga disuruh memperbanyakkan sedekah dan sumbangan atas nama arwah ibubapa kita.

Tiada agama yang mengajar dan menyuruh kita dan menyediakan kita dengan mekanisma memperingati kedua ibubapa kita sebagaimana Islam mengajar kita. Apa yang perlu, kita buktikan kasih sayang kita kepada mereka dengan cara yang diajar Islam.
Bagi kita umat Islam, kita tidak mengenang ibubapa kita hanya sehari setahun pada tiap 21 Jun, tetapi kita mengingati mereka dengan doa tiap hari tiap masa 365 hari setahun sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam. Bagitu indah risalah Islam ini.

Kepada anak-anak saya Aqila Zulaiqha, Amirul Muqmin, Azrul Muqmin & Aisya Zafira..moga kalian semua diberi keberkatan dan petunjuk oleh ALLAH.

Ya ALLAH, pelihara anak-anak ku, jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah, ta'at, beriman, bertaqwa, mujahid, sihat walafiat & sempurna sifatnya. Dan jadikanlah mereka anak-anak yang membawa kebaikan & keberkatan kepada ku baik didunia apatah lagi diakhirat.
Berikanlah mereka kejayaan yang sempurna dunia & akhirat. Ampunilah dosa dan kesalahan serta kesilapan mereka..ameen".

"Ya ALLAH, ampunilah dan kasihanilah Kepada Allahyarham bapaku Tuan Haji Noordin bin Yahaya sebagaimana ia mengasihani aku semasa kecil. Masukkanlah ia kedalam golongan hambaMu yang solleh, jauhkanlah ia daripada siksa kubur dan api neraka Mu, lapangkanlah kubur ia, terangkanlah kubur ia, dan masukkanlah ia kedalam syurgaMu..ameen ya robbal 'alamin.


Zulkifli Bin Noordin
Ahad
27 Jamadil Akhir 1430
21 Jun 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20 June 2009

Kenduri

Salam 2 all.

Alhamdulillah saya sempat menghadiri kenduri Tuan Hj Othman bin Ali dan Puan Siti Khalidah bt Drani, penduduk Blok C, Flat Taman Jati, Kulim. Kenduri yang dibuat di Taman Sri Kantan Permai ini adalah sempena perkahwinan anak perempuan mereka Nor Izuwani bt Othman dengan pasangannya Sdr Zainuddin Bin K. Abdu.
Kebetulan sebenarnya sdr Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama Kudin Snake adalah anak murid saya dalam kuliah zohor bulanan di RHB Bank.
Kepada Kudin & Wani, selamat pengantin baru, moga ALLAH memberkati perkahwinan kalian.
Kepada Pak Man, kebetulan beliau adalah siak surau Taman Jati, Kulim. Semasa kempen pilihanraya dahulu, surau ni tempat utama saya mendirikan solat jemaah khususnya waktu subuh kerana beerdekatan bilik gerakan utama calun. Moga keluarga Pak Man bertambah meriah dengan kehadiran Kudin sebagai ahli keluarga.
Ahlan wasahlan ya marhaban.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
26 Jamadil Akhir 1430
20 Jun 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 June 2009

Dewan Ladang Dublin

Salam 2 all.
Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd. Isa bin Tumin, Pengurus Ladang Dublin, Kulim yang telah membuat keputusan untuk membina sebuah dewan baru bersebelahan dengan kuil Hindu di Ladang Dublin.
Masalah timbul apabila pihak pengurusan ladang membina sebuah dewan baru dan diwaktu yang sama merobohkan dewan lama.

Walaupun saya bersetuju dengan hakikat bahawa dewan lama itu sudah terlalu usang, namun masalah timbul apabila dewan baru itu terletak agak jauh sedikit daripada kuil. Juga kekecohan timbul apabila semasa merayakan eidul adha, penduduk beragama Islam telah menyembelih lembu didewan baru tersebut. Kesilapan ini secara tidak disedari menyentuh sensitiviti penduduk beragama hindu atas kepercayaan mereka haiwan lembu adalah binatang yang cukup suci bagi mereka. Bukan mereka membantah umat Islam mengamalkan 'ibadah qurban, tetapi bagi mereka dewan baru itu sudah tercemar kerana berlaku penyembelihan haiwan suci mereka. Oleh itu mereka tidak dapat menggunakan dewan baru itu.

Perkara ini disedari semasa dialog yang diadakan. Lalu saya mengemukakan hal ini kepada pihak pengurusan. Dan setelah menimbang semasak-masaknya, pihak pengurusan bersetuju membina sebuah dewan kecil untuk kegunaan penduduk Hindu, dan penduduk bersetuju dewan lama dirobohkan. Maka selesailah satu masalah besar yang asalnya jika tidak ditangani dengan betul akan mencetuskan pergeseran kaum dan agama yang serius.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Saudara Guna (pegawai khas Ahli Parlimen Kulim B.Bharu) dan Sdr. Selvam (Ketua Kampung MKK Ladang Dublin). Tidak lupa kepada YB Sdr. Manikumar (Exco Hal Ehwal Ladang & Masyarakat Hindu Kedah) dan YB Gobala (Ahli Parlimen Padang Serai). Khususnya kepada Sdr. Guna yang berusaha bertungkus lumus untuk mendapatkan YB Manukumar untuk melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah ini. Juga terimakasih kepada Sdri. Roslijah (Setiausaha Khas Ahli Parlimen Kulim B. Bharu) yang membantu menyelia permasalahan ini.

Tapi yang lawaknya, ada juga puak yang mengaku mendabik dada mereka menyebarkan cerita kononnya merelah yang telah berjaya menyelesaikan masalah ini. Siap mengaku merekalah yang mendapatkan YB Exco Manikumar untuk datang ke Ladang Dublin untuk menyelesaikan masalah ini. Saya bertanya sendiri kepada YB Manukumar dan beliau menyatakan yang menghubungi beliau adalah Sdr. Guna setelah saya sendiri meminta Sdr. Guna memberi taklimat ringkas kepada YB Manikumar mengenai masalah ini.

Apa yang saya tahu masalah ini dah berlarutan begitu lama tetapi puak-puak ni tak pernah nak ambil tahu, jangan kata turun berbincang atau melawat kawasan tersebut. Tapi kini puak-puak ni lah berkokok sakan sana sini dengan pelbagai dakwaan, fitnah dan tohmahan.

Pada saya, yang penting masalah rakyat diselesaikan. Saya tidak mahu menjadi pelakon politik saperti kata seseorang, "yang penting kita tunjuk muka je, selesai tak selesai masalah tu perkara kedua".

Adios.
Zulkifli Noordin
Isnin
21 Jamadil Akhir 1430 / 15 Jun 2009

Parliment Kecoh Lagi



Salam 2 all.
Hari ini Isnin 21 Jamadil Akhir 1430 / 15 Jun 2009 permulaan mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke 12.

Mesyuarat bermula dengan upacara angkat sumpah oleh Ahli Parlimen baru dari Bukit Gantang YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Bagaimana keadaan menjadi kecoh apabila Nizar menjerit "Bubar-bubar..bubar DUN Perak" beberapa kali. Ini mengejutkan ramai Ahli Parlimen termasuk YAB Tan Sri Speaker.
Setelah itu berlaku kekecohan apabila Ahli Parlimen khususnya daripada DAP & PAS memakai kain lilit kepala hitam bertulis "bubar DUN" sambil berdiri menjerit-jerit "bubar..bubar..bubar DUN Perak". Ahli Parlimen BN bertindak balas dengan menjerit menuntut lilit kepala itu dibuka.
YAB Tan Sri Speaker kemudian mengarahkan Nizar dan beberapa orang Ahli Parlimen lain iaitu YB Ngeh (DAP), YB Nga Kor Ming (DAP), YB Gobala (PKR), YB Dr. Hatta (PAS), YB Dr.

Dzulkefly Ahmad (PAS), YB Mahfuz (PAS) dan beberapa orang lain supaya membuka kain lilit tersebut dan berhenti jeirt-menjerit. Beberapa orang hadirin dikalangan awam yang memakai kain lilit tersebut juga diarah menanggalkannya. Apabila arahan tersebut tidak dipatuhi, YB Tan Sri Speaker telah memerintahkan mereka semua supaya keluar daripada Dewan. Ini bermakna mereka tidak boleh menghadiri sidang untuk dua hari sehingga esok.

Saya agak kesal dengan kejadian yang berlaku didalam Dewan Parlimen sebentar tadi. Saya sedar bahawa apa yang berlaku di sidang Dewan Undangan Negeri Perak iaitu pengusiran Speaker DUN YAB Sivakumar adalah sesuatu diluar batasan undang-undang dan mengundang kemarahan melampau. Tindakan yang dibuat oleh BN dengan "merampas kuasa Speaker" dengan cara yang sangat tidak bertamaddun adalah sangat tidak wajar. Namun tindakan yang sewajarnya adalah dengan membawa pertikaian itu secara sivil dan bertamaddun, iaitu antaranya dengan membawanya ke Mahkamah, atau kita turun memberi penerangan kepada rakyat dengan cara ceramah, berkempen atau siaran di media dan lain-lain agar rakyat memahami isu ini dan menolak kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.

Sepatutnya kita mengawal amarah kita dengan cara yang lebih sopan dan bertamaddun. Kita sepatutnya memberikan contoh tauladan yang baik kepada generasi anak Malaysia diluar dewan sana. Fokus kita sepatutnya kearah menangani dan menyelesaikan masalah ummah, rakyat dan negara.

Kita tidak sepatutnya meletakkan taraf kita setaraf dengan BN. Dalam bahasa Inggeris, "we don't stoop to their low level". Jangan kerana BN bertindak secara tidak sivil dan bertamaddun, maka kita pun membalas dengan bersikap yang sama.

Moga ALLAH menganugerahkan kita akhlak yang baik, mempertingkatkan sifat mahmudah dalam diri kita dan mengampunkan kita atas kelemahan kita.
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Isnin
21 Jamadil Akhir 1430
15 Jun 2009

Ketuanan Rakyat

Salam 2 all.

Hari Sabtu 19 Jamadil Akhir 1430/ 13 Jun 2009 adalah hari paling bersejarah dalam proses demokrasi dunia apabila Parti Keadilan Rakyat mengadakan Kongres Khas di Dewan Besar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi bertujuan untuk melakukan rombakan besar-besaran kepada Perlembagaan parti dalam usaha mengadakan reformasi kepada sistem pemilihan kepimpinan parti.
Reformasi perlembagaan ini dibuat dalam usaha "merakyatkan pemilihan" sesuai dengan slogan "Ketuanan Rakyat" yang diperjuangkan oleh PKR.
Buat pertama kali dalam sejarah dunia demokrasi, PKR telah membuka proses pemilihan terus kepada akar umbi dimana kesemua jawatan utama kepimpinan parti daripada Presiden sehingga ahli Majlis Pimpinan Parti akan dipilih melalui pengundian oleh ahli akar umbi. Ini adalah parti politik pertama didunia yang memberikan ahlinya kuasa "satu ahli satu undi". Secara langsung kepimpinan parti akan mencerminkan kehendak dan asipirasi sebenar rakyat bawahan dan ahli akar umbi.
Ini juga sekaligus memustahilkan keujudan politik wang kerana hampir mustahil seseorang calon mampu membiayai kos pengundian dengan membeli tiap ahli parti!
Bagi seseorang ahli yang mahu menawarkan diri untuk bertanding, tiada sistem kuota dikenakan sebagai penghalang. Sebaliknya sesiapa juga ahli berdaftar berhak menawarkan diri untuk dicalonkan dan bertanding apa-apa jawatan.
Bagi memastikan Presiden tidak terlalu berkuasa, maka semua jawatan lantikan ke Majlis Pimpinan Parti saperti Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Komunikasi tidak mempunyai kuasa mengundi didalam mesyuarat MPP walaupun berhak hadir sebagai ahli mesyuarat.
Begitu juga untuk memastikan suara wanita memainkan peranan penting dalam proses kepimpinan parti, maka perlembagaan memperuntukkan kuota 30% kerusi kepimpinan kepada kalangan wanita.
Hari ini merupakan titik tolak kepada satu permulaan sejarah baru politik kepartian bukan sahaja bagi negara ini tetapi juga dipentas antarabangsa.
Banyak pihak menunjukkan minat untuk melihat keberkesanan reformasi pemilihan kepimpinan yang dibuat oleh PKR. Moga reformasi ini akan menjadi suatu permulaan positif kepada pembangunan politik dalam negara. Semoga cita-cita mengembalikan kuasa rakyat ke tangan rakyat dan perjuangan memperkasakan rakyat dengan slogan "Ketuanan Rakyat" akan menjadi kenyataan.
Suara rakyat suara keramat.
Salam reformasi.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
19 Jamadil Akhir 1430
13 Jun 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TURUN KE KG. LINDUNGAN, SEDIM



Salam 2 all.
Alhamdulillah saya telah dapat meninjau kawasan Sedim khususnya di kawasan Kg.Lindungan Raja, Kg. Sg. Buloh, Kg. Ulu Piah, Kg. Tebuan, Kg. Ulu Piah dan Kg. Desa Teruna. Saya lampirkan sedikit gambar-gambar yang sempat diambil oleh rakan tempatan.
Saya berkesempatan mendirikan solat Jumaat di Masjid Kg. Lindungan dan sempat menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat. Setelah solat saya mengadakan pertemuan dengan penduduk dan mendengar masalah mereka.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung, Tuan Imam dan para penduduk yang telah sudi meluangkan masa bertemu dengan saya. Saya mengambil maklum masalah-masalah yang dikemukakan saperti masalah jambatan rosak di Kg. Lindungan dan Kg. Desa Teruna, masalah longkang dan banjir di Kg. Sg. Buloh, masalah paip masyarakat di Kg. Ulu Piah termasuk masalah perumahan dalam projek Rumah Mesra Rakyat di Kg. Tebuan.
Walaupun ini adalah masalah-masalah yang melibatkan hal-hal negeri dan terletak didalam bidangkuasa Ahli Dewan Undangan Negeri, saya akan membawa dan mengemukakan permasalahan ini ke pihak atasan dan yang berkenaan. Saya berharap tidak ada pulak nanti pihak yang menuduh saya mencampuri hal ehwal dan urusan ADUN atau pihak berkuasa tempatan. Saya sedar walaupun tanggunjawab saya terhad kepada masalah persekutuan sahaja, namun tidak ada salahnya saya berkongsi sama menangani dan menyelesaikan masalah rakyat Kulim.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Sdri. Roslijah (Setiausaha Khas MP Kulim BB), Sdr. Ishak, Sdr. Jalaludin, Sdri. Namira, Sdr. Ketua Kampung, Tuan Imam dan ramai lagi yang telah membantu saya. Termasuk tidak lupa kepada Dato Rahman @ Pak Lang, Pegawai Daerah Kulim dan kakitangan pejabat daerah, Tuan Ghuzlan dan anggota IPD Kulim, Sdr. Zarir dan pihak JKM Kulim dan tidak lupa rakan saya Sdr. Nik daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.. To all of you, BIG TQ.
Moga ALLAH memberikan kita kekuatan, istiqomah dan keampunanNya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin

11 June 2009

DECENT DRESSING: WHOSE STANDARD?

Salam 2 all.

The STAR today 17 Jamadil Akhir 1430 / 11 June 2009 (at page N6) carried a statement by Wanita MCA national chairwoman Datin Paduka Chew Mei Fun condemning Kota Baru Municipal Council that has enforced standards on women's sportswear in public park.
She was quoted as saying "no one had the right to infringe on the way people dress..". She further said "this is an internationally recognised right".
And may I ask the madame what right is that-to wear tght shorts, mini skirts, breast hugging t-shirts, tight shorts for men?!

And the only thing KBMC did was to regulate the wearing of decent dressing in public park. That doesn't include tight shorts, mini skirts, breast hugging t-shirts. And no tight shorts for muslim man too. And I don't see anything wrong with that ruling.

The park belongs to the public, and used by members of the public from all walk of life. Right from small children to the oldies, Muslim and non-Muslim, boys and girls. They have every right to enjoy the use of the public park, without interference of this scantily dress man or women. And KBMC being the public authority has every right, in fact legal and moral obligation to ensure the continued enjoyment of the public park by members of the public.

I want to ask Datin Paduka Chew, what is this "intenationally recognised right". Who set this "internationally recognised right"? Whose standard is being used to set this "internationally recognised right"? Or is it just a sweeping statement without any justification whatsoever?! Every society has its own standards, values and ethics that it adheres to. What may be right to you may be a wrong to others. You have no right to impose your so call "international value" on others.

Look at the news carried also in The STAR today at page W37, where colleges in the Indian state of Uttar Pradesh enforced new ruling that female students would be banned from wearing jeans and other western clothes.. A growing number of colleges in Uttar Pradesh "have decided to outlaw jeans, shorts, tight blouses and miniskirts in campus..". And it carry with it a threat "that girls who choose to wear jeans will be expelled from the college!".

Now I wonder what our MCA Wanita Chief would say over this new regulation by the North Indian authority including the renowned Lucknow University?

Another infringement of your "international right standard" madame? May be you want to write a letter to them condemning them for not following your "international standard"!

Res ipsa loquitor madame.
Grasias senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu
Khamis
17 Jamadil Akhir 1430
11 June 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 June 2009

Takziah buat Shukery Hashim

Salam 2 all.
Saya baru mendapat berita pelakon terkenal Sdr. Shukery Hashim (55) telah meninggal dunia di Hospital UKM Ceras jam 01 tengahari tadi akibat penyakit kanser pankreas.
Menurut isteri Allahyarham Puan Fatimah Mohd Desa, Sdr. Shukery menjalani pembedahan selama 6 jam di Hospital Selayang pada 24.04.2009 lalu. Walaupun pembedahan itu tidak berjaya, namun para doktor masih menasihatkan beliau menjalani rawatan kemoterapi yang dibuat di HUKM.
Allahyarham yang berasal daripada Langkawi dikebumikan di Tamn Watan, Ampang. Semoga ALLAH meletakkan Allahyarham dalam golongan soleh dan diberi maghfirah dan keampunan. Semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada Puan Fatimah sekeluarga dalam mengahdapi dugaan dan ujian besar ini.
Innalillah hiwa inna ilai hori ji'un - dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali.
Wassalam
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Jamadil Akhir 1430
10 Jun 2009

Umat Fatani

Salam 2 all.
Sekali lagi dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam umat Islam di Kg. Air Tempayan, Mukim Choo Airong di Narathiwat, Selatan Thailand Isnin 13 Jamadil Akhir 1430 / 07 Jun 2009.
Kejadian berlaku ketika jemaah sedang mendirikan solat isya di Masjid Al Furqan yang di imamkan oleh Haji Wan Abdullah Bin Wan Latif (62). Sewaktu Hj Wan Abdullah sedang membaca surah Al Fatihah pada rokaat kedua, tiba-tiba bunyi tembakan kedengaran daripada sebelah kiri dan belakang mereka.
Tembakan itu menyebabkan Imam Hj Wan Abdullah serta 11 lagi jemaah meninggal sementara 11 lagi cedera parah. Kesemua mereka dikebumikan didalam satu liang lahad dikampung tersebut.
Menurut para saksi yang melihat kejadian itu, pembunuh-pembunuh tersebut berpakaian seragam hitam dan membawa senjata automatik. Kata mereka cara pembunuhan itu dilaksanakan menunjukkan kumpulan tersebut adalah profesional dan terlatih. Pihak pejuang pemisah Islam Selatan Thai menafikan penglibatan mereka dalam kejadian tersebut. Malahan tidak mungkin pemisah kumpulan Islam terlibat kerana tidak mungkin mereka sanggup mencemar kesucian sebuah masjid dengan melakukan pembunuhan tersebut.
Sejak peristiwa pembunuhan di Masjid Kerisek dan Tak Bai tahun 2004, sudah 3500 umat Islam mati dibunuh, iaitu purata hampir dua orang setiap hari sehingga hari ini.
Kita umat Islam khususnya di Malaysia sudah tentu merasakan kezaliman dan penganiayaan yang dikenakan terhadap umat Islam Fatani di Selatan Thai. Mereka bukan sahaja saudara kita seagama, malahan mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Malahan daerah mereka dahulunya adalah terletak didalam Persekutuan Tanah Melayu sebelum dipecah-bahagi oleh British pada tahun 1908.
Saya kira sudah tiba masanya kita umat Islam umumnya dan bangsa Melayu/ Islam di Malaysia menuntut suatu tindakan serius diambil bagi mengembalikan keamanan kepada umat Islam Selatan Thai.
Saya mencadangkan kita mengambil langkah-langkah berikut:
1. mendesak Kerajaan Thai supaya memberikan wilayah autonomi kepada Selatan Thai;
2. membenarkan pasukan pengaman khususnya daripada gabungan negara-negara Islam untuk membantu mengawal keselamatan wilayah Selatan Thai. Untuk itu saya mencadangkan (malahan saya telah mencadangkan dalam sidang Parlimen lepas) supaya negara Islam menimbang untuk menubuhkan sebuah pasukan pertahanan Islam dikalangan negara OIC demi untuk mempertahankan dan membela umat Islam dimana sahaja mereka berada, sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah-Khalifah Islam dalam era pemerintahan Khilafah Islamiyah;
3. supaya negara-negara Islam, khususnya OIC segera menubuhkan Dana Pembangunan Selatan Thai untuk membantu menggiatkan pembangunan dikawasan tersebut. Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara-negara Islam, saya tidak nampak mengapa Dana Pembangunan Selatan Thai tidak boleh ditubuhkan segera;
4. pintu sempadan diantara Malaysia - Thailand dibuka 24 jam dan tiada sekatan kepada pergerakan umat Islam di Wilayah tersebut. Bagi mereka yang memerlukan atau mahukan perlindungan Malaysia, Kerajaan seharusnya membenarkan dan memberikan mereka status pelarian politik yang memerlukan suaka atau perlindungan.
5. kerjasama dakwah dan program bersama perlu dipertingkatkan diantara Malaysia dan Selatan Thai. Teramsuk dalam program ini mengambil tiap-tiap kampung di Selatan Thai sebagai Projek Anak Angkat dan dikembarkan dengan mana-mana kampung dalam negara ini khususnya kampung-kampung di negeri Kelantan, Kedah dan Perlis.
6. Meningkat dan mengeratkan semula hubungan kekeluargaan dan silaturrohmi diantara penduduk Selatan Thai yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana rakyat Malaysia. Bagi mereka yang termasuk dalam golongan ini, pas sempadan khas patut dikeluarkan serta merta kepada mereka untuk membolehkan mereka bersama dengan keluarga mereka di Malaysia.
7. Membuka sekolah-sekolah dalam negara ini khsususnya dikawasan sempadan kepada anak-anak penduduk Selatan Thai dan jika diperlukan, memberi mereka bantuan kewangan dan lain-lain.
Dalam keadaan apa pun, tindakan segera dan langkah serius perlu di ambil bagi menangani segera masalah keselamatan dan keamanan umat Islam di Selatan Thai.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Jamadil Akhir 1430
10 Jun 2009

09 June 2009

Haiwan

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu

Salam 2 all.

Saya terkejut membaca lapuran mukadepan beberapa akhbar yang menunjukkan kecederaan teruk yang dialami seorang warga Indonesia setelah disiksa dan didera oleh majikan beliau selama tiga tahun.

Siti Hajar (33) mengalami kecedaraan serius akibat disimbah dengan air panas. Beliau juga mendakwa sering disiksa dan didera dengan pelbagai cara oleh majikannya. Malahan beliau hanya diberi makan nasi dengan berlauk daging babi sebagai bentuk siksaan. Gaji beliau sebanyak RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar.

Saya khuatir dengan perkembangan saperti ini. Sebelum ini kita mendengar lapuran bagaimana seorang lagi wanita Indonesia bernama Bonat disiksa begitu kejam oleh majikannya.

Apa yang dikhuatirkan adalah kerana kes ini melibatkan majikan yang terdiri dari bukan Melayu. Seorang rakan dari Indonesia bertanya kepada saya apakah ini satu permasalahan psikologi yang dihadapi oleh bukan Melayu yang melepaskan geram terhadap bangsa Melayu yang beragama Islam dengan menyiksa pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam ini.

Saya meyakinkan beliau bahawa saya tidak percaya ianya suatu permasalahan melibatkan kaum atau agama, dan mungkin ianya suatu kebetulan bahawa pembantu yang terlibat berbangsa Melayu beragama Islam dengan majikan bukan Melayu/Islam.

Walau apa pun, suatu kajian dan pelan tindakan menyeluruh dan serius perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan membuat dasar melarang pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam daripada bekerja dirumah majikan bukan Melayu/Islam.

Kita sudah melihat banyak keadaan dimana warga Indonesia berbangsa Melayu beragama Islam ini dipaksa memakai pakaian yang jelas tidak menutup aurat. Adalah suatu yang norma untuk melihat mereka berpakaian seluar oendek (atau seluar katok kata orang Melayu). Ada antara mereka mengadu tidak dapat mengerjakan solat, terpaksa berhadapan dengan masalah anjing, babi dan arak dan macam-macam lagi. Saya tidak menafikan ada majikan bukan Melayu/ Islam yang baik, namun risiko warga Indonesia berbangsa melayu/ beragama Islam terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini menurut Islam adalah terlalu tinggi.

Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula dasar ini. Adalkah lebih afdhal bagi majikan bukan Melayu/Islam ini mengambil pembantu rumah dari kalangan bukan Melayu/Islam saperti daripada Filipina, Cina atau Thailand.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Jamadil Akhir 1430
09 Jun 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sisters In Islam

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM B.BHARU

Saya merujuk kepada usul Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam (yang diketuai oleh Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad) yang diluluskan didalam Muktamar Agong PAS ke 55 baru-baru ini yang mendesak supaya kumpulan yang dikenali dengan jenama Sisters in Islam dibatalkan dan ahli-ahlinya dihantar untuk pemulihan di mana-mana pusat pemulihan untuk dipulihkan..

Saya percaya usul ini dibuat berdasarkan keprihatinan serta kebimbangan PAS atas tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan kumpulan ini yang dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaupun saya menghormati hak bersuara dan mengeluarkan pendapat, namun tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini memang sangat mengelirukan dan boleh menjejaskan aqidah dan bercanggah dengan syariat dan perundangan Islam. Tindakan mereka menyokong dan bersekongkol dengan NGO bukan Islam menyokong permohonan murtad oleh Azilna Jailani @ Lina Joy, tindakan dan kenyataan mereka menyokong tindakan wanita Amerika Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat, kenyataan mereka mempertikaikan hukum faraid berkaitan wanita Islam memperolehi satu bahagian sedang lelaki mendapat dua bahagian, kenyataan mereka mempertikaikan hukum menutup aurat bagi wanita, kenyataan mereka mempertikaikan hukum mengharuskan lelaki Islam berkahwin tidak melebihi empat dan banyak lagi tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.

Walaubagaimana pun saya percaya membatalkan atau mengharamkan kumpulan tersebut adalah bukan langkah yang berkesan.

Ini kerana tindakan mengharamkan kumpulan tersebut akan hanya melahirkan simpati berlebihan kepada kumpulan ini. Ianya juga akan dijadikan modal oleh golongan berfikiran sempit untuk memperlekehkan Islam.

Saya berpendapat tindakan yang lebih wajar adalah saperti berikut:

1. Melarang dan membatalkan penggunaan nama ISLAM pada kumpulan ini. Ini adalah kerana nama ISLAM yang digunapakai oleh mereka memberi gambaran dan persepsi seolah-olah mereka bercakap bagi pihak Islam atau mewakili suara Islam.
Sesiapa pun boleh bercakap mengenai Islam (tertakluk kepada batas-batasnya), tetapi tiada siapa berhak bercakap bagi pihak Islam (melainkan mereka yang berautoriti saperti para ulama', mufti dan lain-lain).
Tambahan pula kumpulan ini bukanlah sebuah badan NGO yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan. Sebaliknya ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Akta Syarikat dengan nama SiS Forum Sdn. Bhd. Kalau dilihat sebenarnya namanya langsung tiada kaitan dengan Islam tetapi mereka memukul canang keliling dunia mendabik dada mereka adalah Sisters in Islam.
Pada saya tindak-tanduk kumpulan ini adalah mengelirukan orang ramai termasuk bukan Islam kerana mereka menyalahgunakan label Islam walhal nama pendaftaran mereka pun tidak begitu. Malahan saya mencadangkan supaya kumpulan ini menukar nama mereka kepada Ikatan Wanita Kosmpolitan (atau singkatannya IWK) agar sesuai dengan imej mereka yang kebanyakkannya tidak bertudung dan ada yang belum berkahwin pun. Bagaimana mereka nak bercakap tentang hak wanita dan soal perkahwinan Islam sedang mereka sendiri tidak mematuhi dan melaksanakan syariat Islam yang terlalu asas!

Oleh itu saya mendesak agar Suruhanjaya Syarikat Malaysia melarang atau membatalkan penggunaan label Islam oleh kumpulan ini.

2. Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini serta apa-apa lapuran polis yang telah dibuat terhadap mereka. Sekiranya ujud sebarang kes prima facie, tindakan pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu daripada kumpulan ini perlu diambil termasuk menurut Seksyen 299A Kanun Kesiksaan.

3. Pihak berkuasa Islam saperti bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mengkaji untuk mengambil tindakan pertuduhan jenayah keatas kumpulan ini dan mana-mana individu dikalangan mereka yang didapati melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa kenyataan yang menjadi kesalahan mengikut mana-mana peruntukan dibawah Enakmen Jenayah Syariah.

4. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengadakan muzakarah membincangkan tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kumpulan ini atau mana-mana individu dikalangan mereka. Sekiranya ternyata perbuatan atau kenyataan mereka didapati sesat atau bercanggah dengan aqidah, syariat atau perundangan Islam, maka mereka hendaklah dipanggil memberi penjelasan. Sekiranya mereka gagal dan atau ingkar setelah diberi peluang, maka Majlis Fatwa hendaklah mengkaji untuk mengisytiharkan kesesatan mereka sebagaimana yang telah dilakukan terhadap kumpulan Al Arqam, Kumpulan Ayah Pin dan lain-lain.

5. Saya juga mendesak supaya kumpulan ini menghentikan kegiatan mereka memperkudakan anak-anak perempuan pimpinan UMNO dalam usaha mereka mengetengahkan kehebatan kumpulan mereka. Saya khuatir penggunaan anak-anak perempuan pimpinan UMNO ini akan melemahkan semangat pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini. Saya juga menasihatkan anak-anak pimpinan UMNO ini supaya memahami kedudukan dan nama ayah mereka akan terbabit dan terpalit dengan kegiatan kumpulan ini.

5. Bagi PAS pula, saya percaya langkah terbaik yang boleh dibuat oleh PAS ialah dengan mengadakan pertemuan bersemuka dengan kumpulan ini. Dengan begitu ramai para ulama', 'ilmuan, da'i, ustadz dan lain-lain didalam PAS, saya percaya tidak mejadi masalah untuk PAS mengadakan dialog atau muzakarah dengan kumpulan ini. Ini adalah suatu jihad yang besar, malahan ianya akan menjadi suatu modal politik yang besar kepada PAS jika berjaya menjinakkan kumpulan ini dan membawa mereka kembali kepangkal jalan.

Sekian.

Wassalam dan jazakallah.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Jamadil Akhir 1430
09 Jun 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Annur, Bangi

Salam 2 all.

Alhamdulillah malam ini Isnin 12 Jamadil Akhir 1430 / 08 Jun 2009 saya diberi kesempatan oleh ALLAH untuk berada di Surau AnNur Bangi (atau lebih terkenal dengan panggilan Surau Dr Haron Din) untuk menghadiri ceramah perdana oleh YAB To Guru Nik Aziz sempena pelancaran Tabung Bantuan Parlimen Rantau Panjang.
Turut hadir dalam program ini adalah Sahibul Fadhilah Ustaz Dato' Dr. Haron Din selaku penaung surau dan juga Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Ustazah Siti Zailah Binti Mohd. Yusof..
Dr. Haron Din memulakan muqaddimah dengan memberikan sejarah surau AnNur yang dibina dengan wang sumbangan umat Islam tanpa sesen pun dari pemerintah. Beliau juga menceritakan bagaimana beberapa kali JAIS semasa pemerintahan Be End berusaha menghalang solat Jumaat didirikan di Surau AnNur. Namun apabila ditanya oleh pentadbir surau AnNur atas nas atau dalil mana solat Jumaat tidak boleh didirikan di Surau AnNur tidak ada jawapan atau maklum balas diberikan.
Sehingga ke hari ini Surau AnNur masih mendirikan solat Jumaat. Dan alhamdulillah dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Surau AnNur kini sudah diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat.
YAB Tok Guru Nik Aziz pula didalam ceramahnya menyentuh soal masjid. Masjid pertama dibina diatas bumi ialah Baitullah iaitu Ka'bah yang dibina oleh Nabi Ibrahim as.
Fungsi utama masjid ialah untuk mengajak manusia supaya tidak mensyirikkan ALLAH. Kita umat Islam wajib meyakini bahawa apa jua perkara didunia ini adalah milik ALLAH.
Apa yang perlu kita cari didunia ini antaranya ialah pahala. Kalau untuk hidupan dunia kita mencari duit untuk membeli keperluan kita didunia. Maka untuk hidupan kubor atau akhirat kita perlukan pahala untuk mendapatkan keperluan kubur dan akhirat. Di kubur dan diakhirat duit sudah tidak laku. Yang laku hanyalah pahala. Dan pahala hanya diberi kepada mereka yang membuat 'amal kebajikan berdasarkan keimanan kepada ALLAH. Segala amal kebaikan duniawi bagaimana hebat pun tidak bermakna disis ALLAH jika dibuat tanpa iman, apatah lagi dibuat berdasarkan syirik kepada ALLAH.
Antara 'amal yang baik adalah berderma. Derma ini diberi atas dasar kewajipan bukan kegiatan. Dan kita memberikan derma kerana kita yakin rezeki yang diperolehi adalah datangnya dari ALLAH. Walaupun kita merasakan kita mendapat rezeki itu atas usaha kita, namun tanpa ALLAH bagaimana mungkin kita mendapatkannya.
Contohnya kita mungkin seorang akitek. Kita yang merekabentuk sesuatu bangunan itu menggunakan kepandaian kita dari ilmu kemahiran yang kita pelajari. Namun tangan yang melakar itu ciptaan ALLAH. Mata yang meninjau & meneliti ciptaan ALLAH. Otak yang berfikir itu ciptaan ALLAH..and so on..and so on. Maka tidak mungkin kita boleh menghasilkan rekabentuk tanpa tanpa tangan, mata dan otak ciptaan ALLAH. Tanpa rekabentuk kita tiada hasil. Tanpa hasil kita tiada pendapatan. Dan kita masih berasa pendapatan dan rezeki itu kita punya!!
ALLAH hanya menyuruh kita menginfakkan sedikit sahaja dari rezeki yang dikurniakan kepada kita. Maka manusia yang beriman dan bersyukur sudah pasti tidak kedekut untuk mengeluarkan sedikit infak dan sumbangan untuk mendapat pahala dan keredhoan ALLAH.
Alhamdulillah begitulah beruntungnya kita bila selalu mendampingi ulama. Tak banyak sedikit insyallah kita akan mendapat tempias dari 'ilmu dan akhlak mereka.
Well, ceramah dah abih.
Moga ALLAH memberikan petunjuk, hidayah dan istiqomah kepada kita semua.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
12 Jamadil Akhir 1430
08 Jun 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 June 2009

Ceramah Perdana

Salam 2 all.

Malam ni Sabtu 12 Jamadil Akhir 1430/06 Jun 2009 saya berada di Stadium Malawati Shah Alam menghadiri ceramah perdana sempena muktamar PAS.

Penuh stadium atas dan bawah. Parking pun kena menapak sikit punya jauh.
Walaupun disuruh dok kat pentas, saya lebih seronok dok dibawah dengan geng-geng marhaen, macam-macam cerita boleh dengar. Macam-macam teori keluar, tambah-tambah bila dengar ulasan gen marhen pase pemilihan pimpinan yang baru diumum pagi tadi. Insyallah bile berkesempatan saya akan mengulas keputusan pemilihan.

Malam ni ceramah perdana dipanel oleh YAB Tok Guru Nik Aziz, YAB Tan Sri Khalid dan yang paling saya suka dengar tadi pidato 30 minit oleh Sheikh Marwan daripada Hamas yang diberi kesempatan menyampaikan secebis kisah dari bumi anbiya' Ghozzah. Hebat pidato beliau, jelas nampak semangat jihad yang tinggi dikalangan sahabat Filistin. Saya teringat kata Sheikh Khalid Masy'al semasa saya berjumpa beliau di Damsyik baru-baru ini.

Beliau memberi satu ayat yang membuat saya terpegun, katanya "kita menandatangani waran mati kita bila kita memilih berjuang atas nama Islam dizaman ini". Begitulah kental semangat jihad sahabat-sahabat kita. Saperti kata-kata Syeikh Dr. Yusof Al Qaradawi, "saya sangat gembira kalau ditakdirkan saya mati akibat peluru Yahudi!!"
Tok Guru Nik Aziz dalam ceramahnya menceritakan tentang dakwah Islam.

Saya kagum betoi dengan Tok Guru ni. Dah 80 tahun lebih tetapi masih mampu berdiri berceramah sana sini.

Tak kenal penat letih, istiqomah dalam misi dakwahnya.

Jadi malulah kita kalau nak komplen letih berdakwah berkuliah. Sebab tu mengambil semangat perjuangan Tok Guru saya maintain juga semua kuliah-kuliah dan ceramah bulanan yang saya kendalikan sejak 10-15 tahun lalu. Walaupun nak banding saya dengan Tok Guru saya ingat tak sampai 00.01% pun, tapi saya akan berusaha insyallah.
Tok Guru dalam amanatnya menyatakan bahawa tanggungjawab yang paling penting ialah menyebarkan risalah Islam. Dan Tok Guru mintak para perwakilan dan hadirin supaya bila kembali ketempat masing-masing janganlah sibuk sangat dengan soal kedudukan dan jawatan, tapi perhebatkan lagi menyebar dakwah Islam.

Moga amanat Tok Guru itu akan dijadikan bekalan oleh perwakilan dan hadirin yang datang malam ini insyallah.

Selepas ceramah habis kami dijamu makan nasi. Saya dok semeja dengan Sheikh Marwan dan YAB Tan Sri Khalid. Seronok juge dengar macam-macam story dari sahabat-sahabat Hamas ni. Moga ALLAH memelihara kita semua dan memberi kita hidayahNya dan istqomah dalam perjuangan menyebar risalah Islam insyallah.

Wassalam.
Jazakallah & grasais.

Zulkifli Bin Noordin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

03 June 2009

Press Statement

PRESS STATEMENT
ZULKIFLI BIN NOORDIN
MEMBER OF PARLIAMENT
KULIM BANDAR BHARU

RE: CONVERSION OF MOHAN SINGH

I refer to the statement issued by Mr. Jagir Singh, President of the Malaysian Gurdwaras Council that appears in the STAR today 09 Jamadil Akhir 1430/ 03 June 2009 at page N27.

It involved the case of one Mohan Singh who died of heart attack on 25.05.09 but his remains were not released by the Sg. Buloh Hospital as he was believed to have converted to Islam in 1992. JAIS has applied to the Syariah High Court Shah Alam to certify Mohan as Muslim. The family has on the other hand applied to the civil High Court for judicial review, and in the meantime has obtained an interim order preventing the Hospital from releasing the body to JAIS.

In commenting the scenario, Mr. Jagir Singh said that "we are of the view that a syariah court is not in a position to determine Mohan's religion as most witnesses who can vouch for his professing religion are non Muslims, whose evidence the Syariah Court has no jurisdiction. Without their evidence, there cannot be a just decision".

This statement is highly baseless, unfounded ,and purely contemptuos of the Syariah High Court.

It shows utter disrespect for a court of competent jurisdiction duly established by the Federal Constitution and recognized as such by the Federal Court.

The statement also shows a total lack of understanding and pure ignorance of the constitution and the procedural & legal system adopted by the Syariah Court.

In the first place, the issue to be determine is whether Mohan died a Muslim. Now, where else on earth one determine that except in the Syariah Court, where the Judges are very well verse with the law and issue at hand.

The apex court of the country in Azlina Jailani v. MAIWP in interptreting Article 11 of the Federal Constitution held that in determining the right to profess or convert out of Islam, one is bound by the rules and regulations pertaining to Islam. And the authority to decide so lays with the Syariah High Court, a court duly established by the Federal Constitution under Article 121 (1A) and have competent jurisdiction with the civil High Courts established under Article 121.

Secondly, it is highly misleading to say that non-muslim cannot gave evidence in the Syariah Court.

One need to refer only to the case of the late Nyonya Tahir where there's a dispute as to whether she died a Muslim. The JAINS maintain that she was a born Muslim and therefore died a Muslim and should be buried as one. The Buddhist family on the other hand claimed that she was never a practising Muslim, rather she married a Buddhist, live as a Buddhist and carry on her life as a Buddhist.

The matter was brought to the Syariah High Court of Negeri Sembilan where the Buddhist famile testified and gave evidence.

After weighing all the evidence presented before it, the Syariah High court accepted the evidence of the Buddhist (in other words the non Muslim family) and declared that Nyonya Tahir died a Buddhist and should be buried as one.

Again in the case of Siti Fatimah Tee where the Syariah High Court of Pulau Pinang heard evidence from non-muslim and declare that Fatimah Tee was never a Muslim and be allowed to retain her old religion.

I think a person of Mr Jagir's stature should be more careful before issuing statements of this nature.
It's not only contemptous, but shows a total ignorant and disrespect to an institution duly established under the Federal Constitution.

It would do great justice if people of Mr Jagir's stature to educate his community to learn to respect the Syariah Court. It will be good for the promotion of religious harmony in the country if people of Mr Jagir's stature educate his community to put their trust in the Syariah High Court and attend the trial and give evidence. And there are syariah lawyers who are willing to take up the matter as shown in the two cases above.

I agree with Mr. Jagir's statement that like any court of law, the Syariah High Court will make their decision based on evidence presented to them. But if the interested party refused to give evidence, than nothing much the Syariah High Court could do.

I do not think the matter needs government intervention. The matter has been categorically decided by the highest court of the land. i.e the Federal Court. What people like Mr. Jagir needs to do is to start learning to respect decisions of the Court even if it is not in one's favor.

And may I add a piece of advise. Please learn to respect the Federal Constitution and all the provisions and the institutions established therein. One cannot..and should not be selective and discriminative in doing so. You may not agree with the Syariah Court, but it is a court of competent jurisdiction duly established under the Constitution. It is not a Court of inferior jurisdiction, but of equal jurisdiction.

And Mr. Mohan Singh has every right under the constitution to profess and practice Islam as a religion of his choice; and it is not a crime to become a Muslim.

And the best people like Mr. Jagir should do is to learn and respect that right. You may not agree with Islam, just like I don't agree with other religion. But we can live in harmony if we start giving mutual respect to each other's right and refrain from making statements or doing things that can undermine that.

Thank you.


Yang benar


Zulkifkli Bin Noordin
Rabu
09 Jamadil Akhir 1430
03 Jun 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 June 2009

Korban Pusaka

Salam 2 all.
Saya melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan kejadian yang berlaku di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas, Pontian semalam.
Seorang bernama Tahir bin Zainal (41) telah mati apabila diparang oleh adik kandungnya sendiri pada jam 1.40ptg semalam. Kejadian dikatakan berpunca daripada masalah perebutan dan pembahagian pusaka Allahyarhamah ibu mereka.
Tahir Bin Zainal, yang dikatakan tidak berpuashati, telah pergi ke rumah pusaka tinggalan Allahyarhamah bersama isterinya dan cuba membuka pintu namun tidak berjaya. Beliau kemudiannya balik kerumahnya yang terletak lebih kurang 50 metre daripada tempat tersebut dan membawa bersamanya kuku kambing (sejenis senjata tangan). Beliau kemudian dilihat cuba memecah masuk rumah pusaka tersebut.
Perbuatan beliau dilarang oleh abang dan adik beliau yang datang bersama dengan isteri masing-masing. Lalu berlaku pergaduhan apabila si adik cuba menghalang. Menggunakan kuku kambing tersebut Tahir cuba menyerang adiknya.
Si adik terus lari kerumahnya dan datang kembali dengan parang dan tanjak kelapa sawit. Apabila abangnya Tahir cuba menyerang beliau sekali lagi, si adik lantas melibas parang tersebut yang terkena ke bahagian belakang Tahir. Beliau terus rebah dan kesakitan akibat kecederaan.
Si adik tadi kelihatan menyesal dengan perbuatannya terus memangku abangnya Tahir sambil menangis kesal. Bagaimanapun Tahir tidak dapat diselamatkan dan mati dipangkuan adiknya. Jenazah dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.
Saya memang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga malang tersebut. Namun saya berasa peristiwa saperti ini tidak sepatutnya berlaku. Sebab itulah Islam telah menetapkan hukum supaya kita semasa masih hidup ini membuat wasiat dan menetapkan pembahagian harta pusaka menurut peruntukkan hukum faraid. Malahan Rasulullah berpesan supaya kita membuat wasiat tiap kali sebelum tidur kerana kekhuatiran bila kita bangun pagi esok sudah "maarobbuka".
Kita juga perlu ingat bahawa pertengkaran, pergaduhan dan pertikaian mengenai harta pusaka akan menyebabkan roh ibubapa kita tersiksa. Sedangkan yang mereka harapkan daripada kita adalah doa seorang anak yang soleh yang insyallah boleh membantu mereka dialam barzakh itu. Namun apa yang mereka terima adalah penyiksaan atas sikap tamak anak-anak.
Sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita, hendaklah kita membuat wasiat bagi harta kita walaupun tidak banyak. Ini akan dapat mengelakkan daripada berlaku salah faham dan pertikaian perebutan pusaka bila kita tiada kelak. Bagi yang tidak tahu menulis wasiat, sudah banyak agensi dan pakar yang menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat ini.
Bagi mana-mana harta yang kita hendak berikan kepada mana-mana penama tertentu, saya nasihatkan supaya membuatnya melalui hibah atau pemberian semasa hidup. Bagitu juga jika kita menjualkan sesuatu harta kepada mana-mana anak semasa hidup, eloklah mendapat persetujuan dan makluman waris yang lain supaya tidak timbul salah faham kemudian hari nanti. Sudah beberapa kes saya kendalikan termasuk di Mahkamah dimana waris tidak berpuas hati dengan penjualan harta kepada waris tertentu yang lain dalam keadaan mereka tidak diberitahu. Apatah lagi jika harta itu dijual dengan murah dibawah harga pasaran.
Bagi kita anak-anak yang mempunyai soal perwarisan dan pusaka, banyak-banyaklah berlapang dada dan bertolak ansur. Adakalanya kita tidak memerlukan harta pusaka itu, tetapi ada diantara adik-beradik kita lebih memerlukan.. Ataupun mereka yang lebih menjaga harta itu semasa hidup si arwah. Ataupun adik-beradik kita yang perempuan lebih memerlukan. Apalah salahnya kita berlapang dada dan bertolak ansur dan memberikannya kepada mereka. Apatah lagi harta itu pun bukan hasil usaha kita.
Apa yang penting, ingatkan ibubapa kita yang telah pergi. Penat lelah mereka membesarkan kita; dan harapan mereka semasa di alam barzakh mengharapkan doa daripada kita anak-anak mereka.
Moga ALLAH memberkati dan mengampunkan kita semua; serta memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita..ameen.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Akhir 1430
02 Jun 2009

01 June 2009

Apa dah jadi? Apa nak jadi?

Salam 2 all.

Saya terbaca berita didalam New Sunday Times hari ini membawa berita tentang kemalangan yang menimpa seorang warga emas bernama Hj. Abdul Rahman Wazir (60).
Haji Abdul Rahman berasal dari Kg Kerinci. Beliau sedang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur sekitar jam 7.50ptg apabila terjatuh daripada motosikal beliau di
Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Beliau dikatakan mengalami luka parah di bahagian kepala akibat terhantuk ke bahu jalan.
Apa yang mengejutkan ialah dua buah motosikal bersama dua penunggang berhenti ditempat kejadian.
Menurut seorang saksi
Simon Chalam, beliau melihat kedua lelaki tersebut terus menyelongkar pakaian mangsa dan mencuri dompet dan handphone mangsa. Simon Chalam yang melihat kejadian tersebut terus menjerit dan keduaidua syaitan tersebut terus melarikan diri.
Simon kemudian menghubungi HKL yang menghantar ambulans ketempat kejadian.
Setibanya ambulans disitu, Hj. Abdul Rahman disahkan baru meninggal dunia.
Menurut kata mereka, kalau Hj. Rahman diberi bantuan kecemasan segera kemungkinan beliau boleh diselamatkan. Hj Abdul Rahman pergi meninggalkan sembilan orang anak!
Persoalan besar yang bermain difikiran saya, apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang katanya beragama Islam ni.
Apakah kita dah kena sumpah la'nat sehingga langsung tiada belah kasihan, malahan sanggup mencuri dan merompak seorang tua yang ditimpa kemalangan.
Sudah terlalu banyak kejadian jenayah zalim dan diluar batasan kemanusiaan dilakukan kita akhir-akhir ini.
sehari dua lepas kisah seorang bayi yang mati ditinggalkan diatas pasir dihadapan sebuah rumah di Kuantan.
Beberapa hari lepas kisah seorang pemandu teksi wanita Melayu yang mencari sesuap nasi untuk membantu keluarga yang miskin dirogol dalam teksinya.
Baru-baru ini berita mengejutkan apabila seorang gadis 20tahun yang baru balik dari kerja untuk mencari rezeki membantu keluarga dirogol didalam bas yang dinaikinya oleh konduktor dan pemandu yang berbangsa Melayu.
Apalah nak jadi dengan bangsa kita ni. Yang menjadi isu perbincangan hangat dikalangan kita hari ni ialah kenapa Akhil Hay meninggalkan isterinya Maizawati dan anak-anak kecilnya untuk berpiknik dengan Waheeda? Macam-macam komen dan cadangan kita dengar. Malah ada yang dah pasang angan-angan nak mengurat Maizawati bile menjanda esok..katanya lawa lagi Maizawati dibanding dengan Waheeda. Macam-macam fatwa dan pendapat dikeluarkan dalam isu remeh ni, tapi isu besar yang menimpa umat sekadar menjadi coretan secebis berita yang ditempel dalam akhbar sekadar mencukupkan ruang berita!?
Moga ALLAH mengampunkan kita semua dan masih memberikan kita limpahan rahmat dan kasihsayangNya..
Ameen..

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
06 Jamadil Akhir 1430
31 Mei 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.