31 July 2009

PAHLAWAN SYIRIK?

Salam 2 all.

Hari ini Jumaat 09 Sya'ban 1430 bersamaan 31 Julai 2009. Menjadi tradisi dinegara ini meraikan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun.

Bagaimanapun, sangatlah mendukacitakan kerana hari yang penuh dengan makna bagi para anggota keselamatan kita dicemari dengan perbuatan mensyirikkan ALLAH!

Pagi Jumaat yang mulia ini kita menyaksikan bagaimana sambutan itu dimulakan dengan upacara bertafakkur di hadapan Tugu Negara.

Acara dimulakan dihadapan Tugu Peringatan iaitu monumen tiang yang dipenuhi dengan nama para anggota keselamatan yang telah terbunuh dalam tugas keselamatan. Disitu Perdana Menteri akan berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan anggota dan pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia, yang kebanyakkannya, kalau bukan semua pun adalah beragama Islam.

Kemudian Perdana Menteri bersama dengan Ketua Polis Negara berserta Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Laut akan berdiri bertafakkur dihadapan Tugu Negara, dituruti oleh semua hadirin yang ada termasuk anggota pasukan keselamatan yang berbaris sejak subuh tadi.

Tugu Negara ini adalah terdiri daripada beberapa buah patung yang besar dengan figurin tubuh manusia yang lengkap. Walaupun pernah dibom pada tahun 1976, namun ianya telah diperbaiki dan dipercantikkan semula. Tugu yang pernah menjadi patung manusia terbesar yang pernah dibuat ini diilhamkan oleh YAM Tunku Abdul Rahman, yang juga telah mengilhamkan pembinaan patung beliau sendiri yang kini megah bersemadi dihadapan Bangunan Parlimen Malaysia.

Majlis tafakkur dihadapan Tugu Negara ini akan diiringi dengan tiupan muzik "Last Post". Kemudian diikuti oleh bacaan sajak yang diiringi oleh alunan muzik yang mendayu.

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah Kali ke-19 pada 06-07 Oktober 1987 telah memfatwakan perbuatan bertafakkur dihadapan Tugu Negara ini sebagai perbuatan syirik dan mesti dihentikan serta merta. Saya sendiri telah membangkitkan isu ini pada sidang Parlimen 29.06.2009, dimana Menteri Bahagian Agama Islam JPM menjawab bahawa Kerajaan menyedari berkenaan fatwa tersebut.

Apa yang mengejutkan saya ialah setelah hampir 22 tahun fatwa tersebut diputuskan, sehingga hari ini majlis syirik ini masih diamalkan. Mengapa tidak diambil tindakan segera membenteras gejala syirik ini. Kalau Al Arqam diisytihar sesat kerana mengagungkan Syeikh Suhaimi, kalau Ayah Pin dkatakan sesat kerana kerajaan langit serta teko dan kole besarnya, maka bagaimana pula dengan bertafakkur dihadapan Tugu Negara yang telah difatwakan dengan sarih dan jelas sebagai syirik!

Dan yang lebih menyedihkan, bagaimana Kerajaan boleh justifikasikan perbuatan syirik ini dengan berselinding disebalik malam bacaan Yaasin untuk memperingati Hari Pahlawan! Apakah bacaan Yaasin itu boleh meluputkan dosa syirik yang dilakukan, sedangkan ALLAH dengan jelas menyebut bahawa Dia mengampuni semua dosa lain kecuali syirik!

Berapa ribu anggota keselamatan kita yang beragama Islam terpaksa bergelumang dengan dosa syirik gara-gara sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini.

Kasihanilah anggota keselamatan kita. Mereka menggadai nyawa untuk membebaskan dan memerdekakan kita daripada penjajahan politik, tidak kah boleh kita membalas jasa mereka dengan membebaskan dan memerdekakan mereka daripada penjajahan aqidah ini.

Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Selamat Hari Pahlawan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Sya'ban 1430
31 Julai 2009

ALFATIHAH: YB DATUK HAMDAN


Salam 2 all.

Innalillah hi wainna ilai hiroji'un dan takziah saya ucapkan diatas pemergian YB Datuk Hj. Hamdan Bin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara.

Saya mula mengenali YB Datuk atau lebih saya kenali sebagai Pak Hamdan sejak 1997 semasa saya terlibat didalam kes murtad Nor Aishah Bukhori. Pak Hamdan adalah antara orang yang paling kuat menyokong dan memberi semangat kepada saya dalam memperjuangkan isu murtad ini. Tidak silap saya semasa itu Pak Hamdan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang. Beliau banyak menjemput saya berceramah dan memberi ruang kepada saya meledakkan isu tersebut. Malahan Masjid Permatang Pasir menjadi antara medan utama saya termasuk menyampaikan khutbah semasa memperjuangkan isu tersebut.

Sokongan Pak Hamdan bertambah kuat apabila saya terlibat dengan kes Dato Seri Anwar Ibrahim, mentelahan pulak beliau adalah orang Permatang Pauh. Saya turut berbangga apabila Pak Hamdan memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dibawah Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya 1999. Beliau terus mengekalkan kerusi tersebut pada tahun 2004.

Bagi pilihanraya ke 12 pada Mac 2008, Pak Hamdan ada memberitahu saya beliau berhasrat melepaskan kerusi Permatang Pasir untuk memberi laluan kepada muka baru, apatah lagi beliau pun kurang sihat. Tetapi saya agak terkejut bila beliau terus juga dicalunkan sebagai wakil PAS bagi DUN Permatang Pasir. Sekali lagi beliau memenangi kerusi tersebut pada 08.03.2008, satu-satunya calun PAS yang menang di Pulau Pinang.

Walaupun Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat, namun Pak Hamdan langsung tidak diberikan sebarang jawatan Exco, walaupun beliau satu-satunya wakil PAS didalam DUN Pulau Pinang. Saya pernah membangkitkan isu ini namun tiada sebarang respon. Namun Pak Hamdan pernah membeitahu saya beliau berjuang bukan untuk jawatan atau habuan.

Begitulah Pak Hamdan, seorang yang simple tapi jujur dan ikhlas dalam perjuangan beliau. Walaupun sudah lama berjuang, apabila beliau digugurkan sebagai Pasuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, beliau sedikitpun tidak merungut. Pak Hamdan dianugerahkan gelaran Datuk baru-baru ini semasa hari ulangtahun TYT Gabenor Pulau Pinang.

Nampak gaya satu lagi pilihanraya kecil terpaksa diadakan dalam tempoh 60 hari. Saya tengok kalendar, tempoh 60 hari itu mencakupi bulan Ramadhan dan 'Aidilfitri. Saya jangkakan pilihanraya akan diadakan didalam bulan Ramadhan nampak gayanya. Letih lagi nampaknya Be End, dah lah ini kerusi PAS, dok dalam Parlimen Permatang Pauh pulak tu!!

Apa pun, Pak Hamdan kini telah pergi buat selama-lamanya. Moga ALLAH meletakkan Pak Hamdan kedalam golongan yang soleh dan diberi keampunan dan keredhoanNya, serta dimasukkan ke dalam jannatul firdaus. Semoga juga keluarga Allahyarham Pak Hamdan diberi kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan hebat ini..ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Sya'ban 1430
31 Julai 2009

30 July 2009

Rethinking Malaysia’s sodomy laws

Rethinking Malaysia’s sodomy laws

24 Jul 09 : 8.00AM

THEY'RE colonial relics, they're rarely invoked, and other Asian countries have effectively taken them off the books. But because Malaysia's sodomy laws are tangled up in politics and religion, they're probably not going anywhere for a while.

In 2007, Singapore modified their sodomy laws, expressed in Section 377a of the island-state's Penal Code, to exclude heterosexuals who perform consensual oral and anal sex. On 2 July 2009, India repealed its own Section 377. In contrast, Malaysia's most recent addition to the history of sodomy laws is its second charge against parliamentary Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

When asked what it would take to get Malaysia to follow suit and repeal its sodomy laws, gender and sexuality rights activist Alina Rastam laughs. "A miracle?" she asks. Nevertheless, could the time finally be right for Malaysians to rethink the relevance and righteousness of sodomy laws?


Simranjit (Courtesy of
Simranjit Kaur Gill)
Simranjit Kaur Gill of the Women's Candidacy Initiative says the group has researched charges brought under Section 377 of Malaysia's Penal Code. The act criminalises "carnal intercourse against the order of nature", or oral and anal sex. Their research found seven charges from 1938 to the present. Four of those seven charges are connected to Anwar.

So why does Malaysia need a miracle to repeal an act that is mainly used to persecute a political opponent of the government?

Zulkifli Noordin, Parti Keadilan Rakyat (PKR)'s Kulim-Bandar Baru Member of Parliament, says Section 377 shouldn't be judged by the number of charges laid. The act should remain in place because it is consistent with the Islamic values shared by the majority of Malaysians, he says.

"It has been in human civilisation to treat sodomy as an offence [for thousands of years]. So there must be some reason why," he tells The Nut Graph.


Zulkifli
"It's stated there in the Bible, it's stated there in the Old Testament, it's stated there in the Al Quran. So I think, to be safe, we should just follow God's law."

Ironically, the Barisan Nasional government also has little motivation to repeal a tool that has proved useful against its most powerful opponent.

Catch-22

Latheefa Koya, who is PKR's information chief and a member of Anwar's legal defence team, says the charges were politically motivated. It's hard to see its disproportional use against Anwar in any other way, she says.

A sodomy charge hits at the root of Anwar's credibility, Latheefa says. "He had an image of someone of high moral standing, who's Islamic in his background. So the best way to destroy that is trump up a charge with sexual connotation in it. And if you can't get that person to be seen with women, then you might as well deal with sodomy."

When contacted by The Nut Graph, the Attorney-General's Chambers declines to offer an explanation. Its public relations officer says in an e-mail that the office could not reply to inquiries connected to an ongoing case.

Latheefa says she personally thinks Section 377 should be repealed because there's no point policing the private actions of consenting adults. But PKR would not be pushing for the law to be taken off the books any time soon, she adds.


Latheefa
"It would be wrongly seen that we are only trying to get rid of the law because Anwar is being charged. So in that context, it is complicated," she says.

It's also clear that there are major differences in opinion even among PKR members about Section 377, as seen in the differences between Latheefa's and Zulkifli's views.

Anwar's trial has created a classic catch-22. The government is politically motivated to keep the law the way it is. And the opposition is afraid that challenging the very law that is making their leader look un-Islamic would be seen as, well, un-Islamic.

More legal complexities

Section 377 isn't the only act criminalising homosexuality and sodomy in Malaysia. There are also many parallel offences under state-level syariah laws. These range from improper conduct in public spaces to sexual relations between persons of the same gender.

When deciding whether to prosecute Anwar under civil or syariah law in 1999, the High Court referred to a decision from a case in 1884 called Brett MR in R v Tonbridge Overseers. The judge in this case stated that where an offender commits an offence triable by either the civil court or a syariah court, he or she may be prosecuted in either one. What is less clear is who decides which court will try the case, and how that decision is made.

"There's no official policy. It's decided on a case-by-case basis," says Edmund Bon, chairperson of the bar council constitutional law committee and another member of Anwar's legal team.


Bon (Courtesy of Edmund Bon)
But The Nut Graph has to go through four different answers from four different lawyers before Bon's final explanation that there is no formal procedure in place. The differences between these answers cannot be explained by lack of experience or expertise.There's really only one conclusion to be drawn: the system is complicated, often arbitrary, and full of ambiguous legal grey areas.

Potential for crackdowns

The combination of Section 377, the syariah laws, and the Internal Security Act (ISA) gives the police and Islamic departments a powerful arsenal to crack down on "unnatural sex", and any attempt to challenge the definition of "unnatural sex", if they want to. The broad scope of these laws means they can be applied to heterosexuals and non-heterosexuals, Muslim and non-Muslim alike.

But Latheefa says that's not a scenario Malaysians need to worry about. Islamic law requires four witnesses for offences related to sex and sexuality, because charges are intended to be infrequent. Charges under Section 377 are meant to be rare for the same reason, she says.

"The whole philosophy behind such offences is to say that we look at it very seriously, but in order to establish it, you would probably have to [commit] it in public," she says.

Zulkifli makes a very similar point: "I don't think the government is interested to barge into all these gay clubs and whatnot, unless somebody lodges a report," he says. "But if it's rampant, if people start having [homosexual] sex at every corner, then maybe we will take action."

That may be how Zulkifli defines "rampant," but keeping the law the way it is means the police and government have the power to arbitrarily decide.


Anwar
Alina says giving them that power without checks and balances is dangerous. "Anything that is discriminatory is disturbing. Having these laws remain is an issue, even if they're hard to enforce," she says.

Ironically, Alina says Anwar's sodomy trials have helped sexuality rights activism to develop in Malaysia. The 1998 trial pushed the issue into the public eye. Today, many non-governmental organisations are taking stands on sexuality rights, and are even starting to conduct training workshops on the issue.

Nevertheless, Alina says the movement is still in its infancy 10 years later. "There have been advances since Anwar's trial in 1998, but they're really just a drop in the ocean."

That said, many people thought it would take a miracle to change India's sodomy laws, too. Look what eventually happened.

LILIN SI NIZAR 2


Salam 2 all.

Didalam respon kepada tulisan saya bertajuk Lilin Si Nizar, ramai yang bertanya apa pendirian saya berkenaan perbuatan YB DS Nizar menghadiri serta menyalakan lilin dalam upacara "candlelite vigil" untuk memperingati mendian Teoh Beng Hock.





Pertama yang perlu saya perjelaskan bahawa isu yang saya bangkitkan dalam tulisan tersebut ialah sikap "fatwa selektif" yang dibuat oleh Sahibus Samahah Tan Sri Mufti Perak. Sebagai seorang ulama' dan Mufti, SS Tan Sri Mufti sepatutnya bertindak non-partisan, tanpa memilih bulu dan hendaklah mengeluarkan fatwa atau hukum "without fear or favor". Janganlah kalau sesuatu isu atau perkara itu terkena hidung Raja atau Kerajaan beliau tidak berbuat apa-apa, tapi kalu kena orang lain bukan main laju beliau berfatwa.
Walaubagaimanapun, saya tetap menghormati SS Tan Sri Mufti, cuma kita juga berhak membuat teguran apabila keadaan memerlukan.

Berbalik kepada isu YB DS Nizar dalam insiden memasang lilin "candlelite vigil" sempena kematian mendiang Teoh Beng Hock, saya ingin memperjelaskan bahawa saya secara peribadi memang tidak bersetuju dengan tindakan YB DS Nizar menyalakan dan melibatkan diri dalam upacara tersebut.

Malahan ini bukan pertama kali saya menegur YB DS Nizar. Saya satu-satunya MP Pakatan Rakyat yang menegur tindakan beliau menjerit didalam Parlimen sebaik acara angkat sumpah beliau disempurnakan, walaupun saya bersetuju tindakan Be End merampas kuasa di Perak itu tidak sepatutnya berlaku. Saya tahu tindakan saya itu tidak disenangi ramai dikalangan Pakatan Rakyat, namun saya berpendapat tindakan tersebut tidak sesuai dengan status beliau sebagai bekas MB, dan bercanggah dengan adab dan akhlak seorang Muslim.

Saya sebenarnya tidak pasti apakah hukumnya melibatkan diri dalam upacara "candlelite vigil" saperti yang dilakukan oleh YB DS Nizar, itu kita kena tanya ulama'. Setahu saya Dewan Ulama' PAS sendiri tidak bersetuju dengan tindakan itu dan telah menegur tindakan YB DS Nizar. Bagi saya sendiri apa yang jelas perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara "candlelite vigil" mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.

Kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik.
Saya sendiri langsung tidak melibatkan diri samada upacara "candlelite vigil", demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan yang melibatkan mendiang Teoh Beng Hock. Malahan pendirian yang sama saya ambil semasa kes Kugan tempohari. Pada saya, sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara.





Walaubagaimanapun, saya tetap berpendirian bahawa siasatan keatas kematian mendiang Teoh hendaklah dibuat dengan transparen, telus dan berdasarkan hukum keadilan supaya kematian beliau dapat disahkan punca sebenarnya. Malahan saya antara orang yang terawal menyiarkan berita kematian mengejut mendiang Teoh.

Bagaimanapun apa yang saya nak bangkitkan dalam tulisan saya itu ialah sikap double standard SS Tan Sri Mufti Perak. Beliau patut bertegas dalam semua hal membabitkan hukum samada melibattkan kerajaan, Pembangkang mahupun Raja-Raja. Malahan siapa juga pun tidak kira!

Saya juga mahu tahu apa pendirian SS Tan Sri apabila Be End mengambil kuasa Kerajaan Perak melalui "pintu belakang" contohnya. Apa pulak pendirian SS Tan Sri dalam isu DSAI dituduh meliwat tanpa menurut hukum syara'. Apa pula pendirian SS Tan Sri dengan sikap kerajaan terus menerus mengadakan upacara bertafakkur dihadapan Tugu Negara yang diisytiharkan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan? Bagaimana pula dengan sikap pemerintah yang langsung dilihat tidak ambil peduli dalam masalah pramugari Islam yang dipaksa memakai skirt pendek lagi ketat oleh Penerbangan Air Asia. Bagaiaman pula dengan sikap Menteri Agama yang menyatakan Enakmen Jenayah Syarie yang menukar hukuman didalam Al Quran kepada hukuman ciptaan manusia sudah memenuhi kriteria perundangan Islam kerana mempunyai "roh & semangat" ta'zir!? Dan banyak lagi isu yang sebagai Mufti beliau wajib memberikan pandangan dan "fatwanya" kerana membabitkan maslahah umum.

Sebagai Mufti, SS Tan Sri wajib menjalankan tugas dan tanggunjawab beliau "without fear or favor", tanpa mengira pangkat dan kedudukan, tanpa mengira warna kulit.

Harapan tinggi umat Islam diletakkan kebahu para mufti dan ulama' hari ini untuk membawa kita kearah pengabdian hakiki kapada ALLAH dan mendapat keredhoanNya.

Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan petunjuk dan hidayahNya..ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Malam Jumaat
09 Sya'ban 1430
31 Julai 2009

INKUES TEOH BENG HOCK

Salam 2 all.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Mahkamah dan Jabatan Paguam Negara kerana melakukan satu tindakan yang "unprecedented" apabila melantik En. Tan Hock Chuan sebagai wakil Peguam Negara. Ini adalah tindakan yang belum pernah dilakukan selama ini, walaupun pernah diamalkan di Britain dan India. Saya secara peribadi mengenali En. Tan Hock Chuan sejak 1988 lagi. Semasa itu beliau adalah seorang Timbalan Pendakwa Raya dibawah seliaan YB Tan Sri Abu Talib Othman. En. Tan Hock Chuan terkenal sebagai seorang TPR yang sangat komited dan arif dalam perihal perundangan jenayah. Kini beliau sudah lebih 10 tahun menjalankan amalan guaman dipihak swasta. Saya yakin En. Tan Hock Chuan, sebagaimana kita juga, akan berusaha untuk memastikan keadilan dimartabatkan dan kebenaran diserlahkan didalam pengendalian inkues ini nanti. Oleh itu saya percaya tiada mana-mana pihak sepatutnya mempertikaikan perlantikan En. Tan Hock Chuan sebagai wakil Peguam Negara dalam inkues ini.

Saya juga tertarik dengan perlantikan Tuan Azmil Muntapha sebagai Majistret yang bersidang mengendalikan inkues ini. Memang didalam Bahagian 8 Kanun Acara Jenayah, inkues bagi siasatan satu-satu kematian hendaklah dikendalikan oleh seorang Majistret. Dan ini telah dijadikan bahan politik oleh sesetengah pihak yang mempertikaikan bagaimana seorang Majistret yang junior boleh mengendalikan sesuatu inkues bila berdepan dengan Peguam Negara yang terlalu jauh seniornya.

Ternyata Mahkamah bertindak bijak melantik Tuan Azmil Muntapha iaitu Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam bertindak sebagai Majistret. Tuan Azmil adalah seorang yang senior didalam badan kehakiman. Saya percaya beliau akan dapat bertindak dengan secara baik, profesional dan saksama dalam inkues ini.

Apa pun keadaan, saya berpendapat kita semua sepatutnya memberikan peluang proses perundangan inkues ini berjalan dan menunggu keputusan yang kelak akan dibuat oleh Mahkamah insyallah.

Adios & grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
08 Sya'ban 1430 / 30 Julai 2009

ALFATIHAH: DATUK SHAHIR

Salam 2 all.

Innalillah hi wa inna ilai hiroji'un dan salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Shahir Bin Daud yang meninggal dunia jam 05.30 petang semalam 07 Sya'ban / 29 Julai 2009 di Kubang Kerian, Kota Bharu akibat barah usus.

Allahyarham Datuk Shahir adalah bekas pegawai kanan Pusat Islam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara. Namun Datuk Shahir lebih terkenal sebagai Imam Besar Masjid Negara yang begitu lama berkhidmat di Masjid Negara pada tahun 1975-1980, kemudiannya pada tahun 1984-1992.

Allahyarham adalah seorang ilmuwan dan pendakwah Islam yang sangat tegas dalam mempertahankan hukum dan syariat Islam, walaupun kekadang berhadapan dengan risiko yang besar. Diantara pendirian tegas Allahyarham adalah dengan mengisytiharkan perbuatan bertafakkur dan berdiri "last-post" di Tugu Negara sebagai perbuatan syirik yang mesti dihentikan serta merta. Namun pemerintah Be End buat pekak kepada nasihat Allahyarham, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah mengeluarkan fatwa mensyirikkan perbuatan tersebut.

Semoga ALLAH meletakkan Allahyarham dalam golongan soleh dan diberi keampunan serta dimasukkan ke dalam Jannatul Firdaus..semoga keluarga Allahyarham diberi kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan besar ini..ameen.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
08 Sya'ban 1430 / 30 Julai 2009

25 July 2009

DR LO' LO'

Salam 2 all.

Saya menerima terlalu banyak email, sms dan panggilan meminta saya memberi komen dan pendirian tentang lapuran akhbar (Berita Harian, Malaymail & The Star) yang menyatakan YB Dr Lo' Lo' terkejut dengan hukuman rotan yang dikenakan terhadap Kartika Shukarno oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan meminum arak.

Lapuran akhbar-akhbar tersebut memberi gambaran seolah-olah YB Dr. Lo' Lo' mempertikaikan hukuman sebat itu. Ini ditambah dengan kenyataan itu dibuat sebaris dengan kenyataan Dr. Hamidah Marican daripada Sisters in Islam & Dato Seri Shahrizat Jalil.Menteri daripada UMNo

Pendirian saya adalah berdasarkan kepada Al Quran surah Al Hujurat: 6 dimana ALLAH mengingatkan kita umat Islam "apabila datang berita kepada kamu daripada golongan fasiq, periksa lah dahulu berita itu. Jangan kamu ambil tindakan berdasarkan berita itu, kelak nanti kamu yang menyesal".

Saya mengenali YB Dr. Lo' Lo' sebagai seorang yang punya peribadi Islam yang sangat baik. Ahli Parlimen (PAS) bagi Titiwangsa dan satu-satunya calun wanita yang memenangi jawatankuasa PAS pusat dalam pemilihan baru-baru ini. Beliau seorang yang istiqomah dalam perjuangan Islam

Saya kenal Almarhum ayahanda YB Dr Lo' Lo' iaitu Allahyarham Dato Mohd. Ghazali, seorang ulama negeri Perak yang hebat dan sangat dihormati.

Setakat yang saya tahu, lapuran akhbar-akhbar tersebut belum dapat disahkan.

Oleh itu nasihat saya kepada kita semua, jangan terlalu cepat menghukum dan mengutuk YB Dr. Lo' Lo'. Tetapi pastikan dahulu kesahihan berita tersebut. Saya gerun membaca kutukan dan sumpah seranah yang dihamburkan kepada beliau di internet dan lain-lain. Ada yang memfasiqkan beliau, malahan ada yang kutuk beliau setaraf dengan Sisters in Islam dan UMNo. Ada yang mendakwa YB Dr. Lo' Lo' adalah dari golongan "pro Anwar", dan dilabel sebagai golongan "PAS Hadhari".

Saya tidak mempercayai lapuran-lapuran akhbar tersebut. Dan saya tidak percaya YB Dr. Lo' Lo' akan membuat kenyataan sebagai yang didakwa. Saya berharap agar Dr. Lo' Lo' segera memberi penjelasan kepada isu ini dan jangan dibiarkan berlarutan.

Kalau pihak akhbar tersebut membuat lapuran tidak betul, tindakan segera perlu diambil.
Moga ALLAH mengampunkan kita dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
03 Sya'ban 1430
25 Julai 2009

PEMIMPIN?

Salam 2 all.

Alhamdulillah suboh tadi saya dijemput menyampaikan ceramah Isro' wal Mi'raj.

Setelah ceramah, saya ditanya satu soalan iaitu bagaimana kita nak tahu samada pemimpin yang kita ikut tu membawa kita kepada Islam atau tidak?

Saya menjawab dengan bertanya satu soalan balik:

Kalau ditakdirkan kita mati, siapa yang kita mahu menjadi imam memimpin solat jenazah kita-Tok Guru Nik Aziz atau Dato Seri Najib. Atau diantara Tuan Guru Hj Hadi dan Tan Sri Muhyiddin.

Saya cukup yakin pekat macam mana kita pun sudah tentu kita akan pilih Tok Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi sebagai imam memimpin solat jenazah kita.

Kalau dalam keadaan mati pun kita letak keyakinan kepada Tok Guru untuk memimpin kita, apatah dalam keadaan hidup yang sudah pasti akan membawa kepada kematian.

Fikir-fikirkanlah, wallahua'lam.

Adios.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
02 Sya'ban 1430
25 Julai 2009

23 July 2009

LILIN SI NIZAR

Salam 2 all.


Nampaknya kehadiran sahabat saya Dato Seri Nizar dimalam memperingati mendiang Teoh Beng Huat dengan menyalakan lilin dikritik hebat oleh UMNO dan Be End. Zambry Kadir siap dengan fatwa memperlekehkan tindakan DS Nizar. Turut diseret sama Mufti Perak yang baru bergelar Tan Sri yang siap memfatwakan haram perbuatan menyalakan lilin oleh DS Nizar.


Maka lepas ni kalau rumah kita black out jangan pasang lilin, kalau ikut fatwa Tan Sri Mufti masuk neraka kita!!


Apa yang hairannya tidak pulak UMNO dan Be End berkokok bila Menteri Pertahanan UMNo bersalam mesra dengan Menteri Pertahanan Yahudi la'natullah Ehud Berak. Kalau tengok ke gambar yang disiarkan senyum meleret menteri UMNo ni.


Apakah mereka lupa bahawa ditangan Yahudi-Yahudi inilah berlumuran darah umat Islam Filistin dan Lubnan. Ditangan durjana Yahudi lah umat Islam Ghozzah diratah dan dibunuh tanpa belas ihsan. Sudah puluhan ribu, mungkin juga ratusan ribu ummat Islam dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis la'natullah ini, sudah puluhan ribu isteri menjadi janda, ratusan ribu anak-anak Filistin menjadi yatim piatu, sudah puluhan ribu rumah ummat Islam Filistin dirobohkan, sudah bergantang-gantang airmata umat Islam Filistin mengalir..seluruh dunia mengutuk Yahudi Zionis la'natullah ini. Malahan Malaysia tidak mengiktiraf negara Yahudi ini, hinggakan kita tidak punya hubungan diplomatik sama sekali dengan Yahudi ini!! Tetapi menteri UMNo boleh bersalam mesra dengan zionis Yahudi la'natullah ini!!


Saya nak tanya Zambry Kadir, apa hukum menteri UMNo bersalaman mesra dengan tangan jijik Yahudi ini! Saya cabar Tan Sri Mufti supaya segera mengeluarkan fatwa hukum bersalam mesra dengan Yahudi la'natullah ini. Kalau tidak berani, saya cabar Tan Sri Mufti supaya lebih baik duduk diam dalam pejabat air-connya sambil membelek-belek pingat Tan Sri yang baru diperolehi itu. Bukannya apa, tengoklah puas-puas sebab pingat tu tak boleh dibawak ke kubor nanti!!


Adios amigos.


Zulkifli Bin Noordin

Khamis

30 Rejab 1430 / 23 Julai 2009

22 July 2009

KILANG HARAM DITUTUP

Salam 2 all.

Saya menerima berita baik hari ini berikutan dengan penutupan Kilang Lee Tyres & Oils yang telah beroperasi secara haram di Kg. Kemuntuing, Ulu Paip, Karangan, Kulim. Kilang ini menjalankan operasi memproses sisa-sisa tayar terpakai untuk mengeluarkan minyak berkualiti gred rendah dan mendapatkan semula besi-besi yang bersalut didalam tayar. Anggaran kapasiti pengeluaran adalah lebihkurang 19,600 tayar. Operasi kilang ini adalah secara pembakaran menyebabkan sisa toksik dan asap tebal dikeluarkan.

Bukan sahaja asap dan sisa toksik ini menyusahkan dan menganggu kesihatan penduduk kampung Kemunting dan kawasan sekitarnya, malahan bulu anjing yang duduk didalam kilang tersebut pun bertukar daripada putih ke hitam! Begitu teruk kesan operasi kilang ini.

Saya dimaklumkan kilang ini telah beroperasi secara haram sejak zaman kerajaan Be End lagi. Malahan ada dakwaan penduduk kampung ada golongan tertentu telah terlibat dan mendapat menafaat keuntungan daripada operasi haram ini. Namun saya telah menyiasat dan tidak mendapati adanya bukti berkenaan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan tuanpunya kilang bersama penduduk kampung pada 19.03.2009. Malahan beberapa pegawai kerajaan khususnya pihak Majlis Perbandaran Kulim hadir. Kata sepakat dicapai dimana tuanpunya kilang bersetuju menghentikan operasi kilang sementara pihak MPK memproses permohonan mereka untuk kelulusan.

Malangnya kata sepakat tersebut dimungkiri, malahan pihak kilang meneruskan operasi haram kilang tersebut tanpa sedikit pun menghormati undang-undang dan menghormati hak rakyat untuk hidup aman dan tanpa gangguan.

Selepas itu saya telah beberapa kali membangkitkan isu ini dengan pihak berkuasa tempatan namun tindakan terlalu lambat, sedangkan penduduk makin merana.

Oleh itu, saya telah membangkitkan isu ini dalam Parlimen pada sidang baru-baru ini. Pihak Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar telah mengambil isu ini dan mengeluarkan kenyataan dimana pihak Jabatan Alam Sekitar menegaskan bahawa kilang ini tidak sepatutnya beroperasi kerana berada dikawasan kampung dan tidak mematuhi ketetapan dan syarat JAS. Malahan pihak JAS telah bertindak mengeluarkan kompaun terhadap kilang haram ini.

Akhirnya tindakan tegas telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menutup terus operasi kilang ini. Hari ini penduduk mendapat berita baik bahawa operasi kilang ini sudah pun dihentikan. Insyallah jika tiada aral pihak berkuasa akan merobohkan kilang ini jika pemiliknya enggan mengambil tindakan merobohkannya sendiri.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, para pegawai Jabatan Alam Sekitar, pihak Majlis Perbandaran Kulim terutamanya Sdr. Ammar (iaitu Setiausaha MPK), Tuan Supt. Ghuzlan (KPD IPD Kulim berserta anggotanya), Saudari Roslijah (Setiausaha Khas Ahli Parlimen), Saudara Mohideen Kadeer (MKK Karangan), JKKP dan JKK Kg. Kemunting & Ulu Paip dan tidak lupa kepada penduduk kampung Kemunting & Ulu Paip yang telah memberikan sokongan dan bantuan kepada saya dalam usaha untuk mengembalikan dan mendaulatkan hak rakyat untuk hidup aman tenteram dan tanpa gangguan.

Semoga ALLAH memberkati kalian semua.

Wassalam.

Grasias amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
29 Rejab 1430 / 22 Julai 2009

21 July 2009

GERHANA MATAHARI

Salam 2 all.

Esok dijangka akan berlaku gerhana penuh matahari dimana bulan akan berada diantara matahari dan bumi lalu menutup keseluruhan cahaya matahari. Fenomena ini akan berlaku khususnya diseluruh benua India dan China. Bagi rakyat Malaysia, mereka yang berada di utara tanah air khususnya insyallah akan dapat melalui peristiwa ini esok Rabu 29 Rejab 1430/ 22 Julai 2009. Di Malaysia, gerhana penuh matahari ini dijangka berlaku mulai jam 08.23am sehinggalah jam 09.48am.

Didalam surah Al Fussilat: 37, ALLAH berfirmaN, "Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah kamu pula kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada ALLAH yang menciptakannya...".

Dan Rasulullah bersabda, "bahawa matahari dan bulan itu tanda daripada segala tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan ALLAH. Berlaku gerhana (bulan & matahari) bukan kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya. Maka apabila kamu lihat perkara itu (yakni gerhana), hendaklah kamu sembahyang dan berada sehingga hilang gerhana".

Didalam hukum 'ilmu falak, gerhana matahari dikenali sebagai "al-kusuf", manakala gerhana bulan dikenali sebagai "al-khusuf". Kebetulan semasa anak Rasulullah iaitu Ibrahim meninggal dunia berlaku suatu gerhana, maka ramai yang mengaitkannya dengan peristiwa itu. Sebenarnya kata Rasulullah ianya tiada kaitan sama sekali, lalu Rasulullah bersabda sebagaimana hadis diayas tadi.

Sebenarnya umat Islam digalakkan mengerjakan solat gerhana apabila berlaku mana-mana gerhana. Menurut pendapat jumhur ulama', hukum mengerjakannya sunat tetapi afdhal solat gerhana didirikan secara berjemaah didalam masjid, tanpa azan atau iqomah, tetapi diseru secara "assola tu jami'ah". Bagaimanapun diperbolehkan mana-mana orang, lelaki atau perempuan, melakukannya secara sendirian jika perlu.

Bermulanya solat itu ialah apabila bermulanya proses gerhana berlaku, dan berakhir pada habisnya proses tersebut. Namun sekiranya solat sudah mula didirikan diwaktu gerhana tetapi matahari/ bulan muncul semasa solat sedang didirikan, maka hendaklah solat gerhana itu disempurnakan juga. Apa yang penting permulaan solat itu dibuat semasa gerhana sedang berlaku. Bermakna tidak ada solat gerhana sebelum atau sesudah gerhana.

Kaifiyat solat gerhana menurut pendapat jumhur ulama' ialah dengan didirikan solat sunat dua roka'at tetapi mengandungi empat qiyam, empat ruku', empat sujud dan satu salam. Caranya ialah setelah selesai berniat dan takbirrotul ihram, bacalah Al Fatihah dan mana-mana- surah yang panjang (Nabi membaca sepanjang surah Al Baqarah!). Kemudian ruku' dan bertasbih, setelah naik i'tidal (dengan takbir "Allah huakbar" bukan "sami ALLAH huliman hamidah"), hendaklah qiyyam dan baca surah Al Fatihah (kedua). Kemudian baca mana-mana surah tetapi tidak sepanjang surah pada rokaat pertama. Setelah itu ruku' semula dan bertasbih. Setelah itu naik i'tidal sebagaimana solat biasa (iaitu membaca "sami ALLAH huliman hamidah") dan setelah "robbanaa walakal hamd" sujudlah saperti mana biasa. Di ulangi kaifiyat yang sama pada roka'at kedua, cuma bacaan-bacaan surah tidak sepanjang bacaan-bacaan surah pada roka'at sebelumnya tadi.

Ringkasan kaifiyat (cara) mengerjakan solat sunat gerhana (bulan atau matahari) adalah saperti berikut:

Roka'at Pertama:
1. Niat;
2. Takbirrotul ihram;
3. Baca Al Fatihah;
4. Baca suatu surah yang panjang (Nabi membaca sepanjang surah Al Baqarah!);
5. Ruku' serta bertasbih biasa;
6. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
7. Berdiri qiyyam (iaitu tegak);
8. Baca Al Fatihah;
9. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah pertama tadi);
10. Ruku' serta bertasbih biasa;
11. I'tidal iaitu naik untuk qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
12. Tasbih "robbana walakal hamd";
13. Terus sujud berserta tasbih biasa;
14. Duduk diantara dua sujud serta bertasbih biasa;
15. Sujud serta bertasbih biasa;
16. Naik qiyyam untuk roka'at kedua.

Roka'at Kedua:

1. Baca Al Fatihah;
2. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah kedua tadi);
3. Ruku' serta bertasbih biasa;
4. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan takbir "ALLAH hu akbar";
5. Baca Al Fatihah;
6. Baca suatu surah yang panjang (tetapi tidak sepanjang surah ketiga tadi);
7. I'tidal iaitu naik qiyyam dengan lafaz "sami ALLAH huliman hamidah";
8. Tasbih "robbana walakal hamd";
9. Terus sujud berserta bertasbih biasa;
10. Duduk di antara dua sujud serta bertasbih biasa;
11. Sujud berserta bertasbih biasa;
12. Tahhiyyat akhir;
13. Salam.

Semoga kita semua ummat Islam akan dapat memenafa'atkan peristiwa gerhana matahari penuh yang dijangka berlaku esok insyallah. Dan laluilah peristiwa yang besar ini dengan cara Islam, sebagaiman yang di ajarkan kepada kita oleh Rasulullah saw. Bukan sahaja kita mendapat 'ilmu dan pengalaman baru, kita juga akan melaluinya dengan 'ibadah dan insyallah diberi ganjaran pahala. Menurut perhitungan falak, gerhana penuh matahari hanya dijangka akan berlaku semula pada 15.01.2010, 09.03.2016 dan 26.12.2019; walaupun dicelah-celah tarikh-tarikh itu dijangka juga akan berlaku peristiwa gerhana matahari dan bulan yang tidak penuh.

Bagi mereka yang berminat, saya galakkan bawalah anak-anak ke Planetarium di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Disana kita akan dapat melalui pengalaman melihat peristiwa gerhana ini dengan panduan dan bantuan daripada golongan yang pakar dan professional, disamping dapat menggunakan peralatan dan teknologi yang canggih. Bagi yang tidak berkesempatan tetapi mahu merasai peristiwa gerhana ini, kita boleh melakukannya tetapi JANGAN lihat terus ke langit dengan mata kasar. Kita boleh melihat dengan menggunakan pantulan cermin atau permukaan air. Kalau ingin melihatnya terus pun, PASTIKAN anda memakai kanta gelap pencerap cahaya matahari.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk keluar, saudara/i boleh melihat peristiwa ini secara langsung ("live") dengan melayari laman berikut pada waktu yang disebut tadi (0823-0948hrs):

www.live-eclipse.org; atau
www.eclipse-tv.com.

Selamat bergerhana matahari.

Wassalam.

Grasias amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
28 Rejab 1430
21 Julai 2009

20 July 2009

ISRO' WAL MI'RAJ: MASJIDIL AQSO


(Di kubur Sultan Salahuddin Al Ayubi bersebelahan Masjid Ummawi, Kota Damsyik, Syria).






Salam 2 all.

Sudah lebih kurang 1418 tahun hijriah peristiwa agong isro' wal mi'raj berlaku. Bagaimana pada malam 27 Rejab tahun ke 12 kenabian Rasulullah diperjalankan daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqso dan kemudiannya diangkat terus ke langit mencapai maqam tertinggi melepasi sidratul muntaha, dan menerima perintah agong seorang hamba - solat.

Kebetulah dihari ini 20 Julai 2009, dunia sedang menyambut ulangtahun ke 40 manusia menjejakkan kaki kebulan apabila angkasawan Apollo ke 11 yang diketuai oleh Neil Amstrong didakwa menjejakkan kaki ke bulan pada 20 April 1969. Suatu peristiwa yang kecil berbanding dengan peristiwa Isro' wal Mi'raj dimana Rasulullah sampai ke sidratul muntaha berjumpa dengan ALLAH dalam keadaan yang selayaknya bagi ALLAH swt.

Secara khusus ALLAH menyebut Masjidil Aqso didalam Surah Al Isra' ayat 1 dalam menceritakan kisah tersebut.

Hari ini masjid yang menjadi Qiblat pertama ummat Islam dicemari dengan keganasan Yahudi. Saperti suatu kebetulan, Sultan Salahuddin Al Ayubi At Tikriti juga telah berjaya membuka semula kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjidil Aqso dari cengakaman kuffar pada 27 Rejab 583 hijriah, bersamaan dengan 04 Julai 1187.

Ummat Islam hari ini ramai yang keliru dan dikelirukan oleh Yahudi dengan kepercayaan bahawa yang dikatakan Masjidil Aqso itu adalah Masjid Kubah Al Sakkhrah. Umat Islam dikelirukan oleh Barat dan Yahudi bahawa Masjid Kubah Al Sakkhrah adalah sebenarnya Masjidil Aqso. Dicetak jutaan poster, disulam jutaan sejadah, dipamerkan dijutaan buku dan penerbitan bahawa Masjid kubah batu itulah Masjidil Aqso. Ramai umat Islam terpedaya lalu membingkaikan poster-poster tersebut dan mengagungkan sebagai Masjidil Aqso.

Sedangkan hakikat sebenarnya yang dikatakan Masjidil Aqso tempat berlaku peristiwa iso' wal mi'raj itu adalah di masjid berkubah kelabu terletak disebelah timur Masjid Al Sakkhrah. Dibawah bangunan itulah letaknya kiblat pertama umat Islam. Disitulah tempat Rasulullah bersolat dengan arwah para anbiya. Disitulah letaknya tapak asal binaan istana Nabi Sulaiman 'alaihissalam. Malahan tiang-tiang agungnya masih ujud hingga ke hari ini.

Mengapa umat Islam dan dunia diperdaya bahawa Masjid Al Sakkhrah sebagai Masjidil Aqso. Kerana kepercayaan Yahudi bahawa akan datang diakhir zaman nanti penyelamat mereka, "the savior of the Jews" yang menurut kepercayaan mereka akan turun memerintah di 'the Tomb of Solomon"-Kuil Nabi Sulaiman. Dimana letaknya kuil itu? Ya, ditapak Masjidil Aqso yang asal.

Selagi umat Islam mempunyai hak ke atas Masjidil Aqso yang asal, selagi itulah mereka percaya penyelamat tersebut tidak akan muncul. Maka sebab itulah kita tidak hairan Yahudi berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai seluruh kompleks Baitul Maqdis dan meruntuhkan Masjidil Aqso yang asal sebagai persediaan membina istana Penyelamat mereka.

Menurut kepercayaan dan aqidah umat Islam, penyelamat yang dikatakan Yahudi itu adalah Dajjal Al Masih, yang akan turun diakhir zaman melakukan kerosakan melata dimuka bumi dan menjahanamkan aqidah manusia. Dan kita umat Islam yakin bahawa Nabi Isa akan diturunkan kembali demi memperbetulkan kerosakan aqidah mereka yang menjadikan dia sebagai anak tuhan, dan akhirnya membunuh Dajjal Al Masih dan memerangi dan menghancurkan Yahudi la'natullah hi 'alaih.

Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab kepada seluruh umat Islam untuk mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqso. Jangan kita terus diperdaya oleh Yahudi dan Barat la'natullah hi 'alaih, sehinggakan bangunan Masjidil Aqso yang sebenarnya pun tidak kita ketahui.

Umat Islam memerlukan kebangkitan seorang lagi Salahuddin Al Ayubi. Umat Islam memerlukan seorang lagi Muhammad Al Fateh. Umat Islam memerlukan seorang lagi pejuang mujahiddin yang bersedia berjihad membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjidil Aqso. Bangunlah umat Islam. Jadikanlah hari memperingati peristiwa agong Isro' wal Mi'raj sebagai hari kita membuat suatu azam untuk menjadi hizbullah - tentera-tentera ALLAH.

Firman ALLAH didalam surah Al Maidah ayat 54-56;
"Dan apabila kamu melihat terdapat dikalangan kamu yang berpaling daripada Islam, akan aku munculkan satu kumpulan yang mereka ini mempunyai 6 ciri:
1. mereka cinta pada Aku;
2. Aku cinta kepada mereka;
3. mereka lembut terhadap sesama Islam;
4. mereka tegas terhadap golongan kafir;
5. mereka berjihad kejalan Aku;
6. dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela".

"Mereka itulah hizbullah - tentera-tentera aku, dan mereka pasti akan beroleh kemenangan".

Marilah kita cerminkan diri kita, kumpulan kita dan jemaah kita samada kita mempunyai sifat-sifat hizbullah yang disebut oleh ALLAH. Dan marilah kita berusaha untuk menjadi seorang hizbullah. Moga ALLAH menmakbulkannya. Amiin.

Selamat menyambut Isro' wal Mi'raj 1430 hijriah.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 Rejab 1430
20 Julai 2009

18 July 2009

Kenyataan Akhbar

Zulkifli Bin Noordin
Member of Parliament
Kulim Bandar Bharu

Salam 2 all.

I was shocked and totally aghast after reading the May 2009 issue of Al Islam magazine which reported a so called "investigative reporting" by 2 reporters from the magazine purportedly on the allegations that Muslim teenagers are being converted to Christianity by the church.

Although I agree that any attempt to convert Muslims is against the provisions and spirit of Article 11(4) of the Federal Constitution, but the manner in which the two reporters did it is totally unacceptable and should be condemned in the strongest possible term.

Islam never taught us to intrude into the privacy of other peoples' places of worship. Even during war, the beloved Prophet Muhammad (pbuh) forbid the Muslim army from intruding or disturbing into places of worship of other religion.

If it is true that there is any attempt to convert Muslim teenagers to Christianity, it is best left to the relevant authorities to deal with it.

And we do expect the authorities to act upon any complain or report lodged. I do share the concern of some Muslim as to the impotency and lacksadical attitude of the authorities in taking firm action like the report lodge against Our Lady Church of Fatima which conducted the conversion and baptism of Azlina Binti Jailani @ Lina Joy to Christianity. It is this non-action of the relevant authorities that raised concern among Musim that led some of them feeling Islam being neglected and sidelined.

I also take this opportunity to advise my non-Muslim friends to be sensitive to the feelings of the Muslim. When cases like the apostacy of Lina Joy happened, when some non-Muslim group pushing for the use of the name ALLAH, when some non-Muslim NGOs including the Bar Council start championing and supporting the alleged right of apostacy, when Muslim convert are being treated like criminal, then you will see some reaction from the Muslim.

We should be proud that we have managed to live in harmony for more than half century, because of mutual respect and tolerancy to each other. But when you start encroaching to other religion, than you are inviting trouble. This is precisely what the two reporters has done. And I for one will not condone it, just like I do not condone the intrusion of the Bar Council into matters involving Islamic religion.

To our non-Muslim friends,especially the Christians, please be informed that what has been done by the two reporters are not acceptable to us Muslim. It is totally unislamic. In fact I would condemn it in the strongest possible term. I urge the two reporters to apologise unconditionally to our Christian friends. And I call upon the editor of Al Islam magazine to resign forthwith for this disgrace he brought to Islam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
25 Rejab 1430
17 July 2009

Dato' Chuan Jui Ming

I am very pleased to append below the text of Dato Chua Jui Ming's speech delivered just now at Sunway Hotel Resort & Spa. May his speech inspire those still undecided to join us in upholding the struggle to return the Supremacy of the Rakyat back to the rakyat.

Zulkifli Bin Noordin
Member of Parliament
Kulim Bandar Bharu

******************************

Speech by Dato' Chua Jui Meng
**Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya
**18 July 2009*

There has been much speculation recently in the media as what my nextmove in politics would be.

Today I make one of the most important decisions of my life, to leave the MCA and to join PKR. A few days ago I resigned as chairman of MCABakri division, a post I have held for 23 years, freeing me toundertake a fresh struggle for the realization of my vision forreforms. These are contained in the manifestos I wrote during the MCApresidential elections of 2005 and 2008.

Today I announce that I am resigning as a member of MCA. Now I announce I amjoining PKR.Today I am persuaded that I am standing on the right side of historyat a defining and critical moment of our nation's history. What hascompelled me to do so?

The 2008 General Elections witnessed the passionate desire of 52% of Peninsula Malaysians for change. This astounding voting power gavebirth for the first time to a 2 party system. As a result we haveseen a hitherto unseen phenomena of UMNO leaders saying “if we do notchange the people willchange the Government". Out of this desperation Malaysians see theUMNO-led government making some movement towards appeasing the people.That is the fruit of people’s power.

Today we see this nascent 2 Party system under threat, the unrelentingharassment by the UMNO led Government to divide and destroy the 2party system, the hard earned gains of last year’s General Election.

We see the abuse of power in the use of the Federal institutions toharass, persecute and prosecute the leaders of the Opposition, institutions that were supposed to protect the rights of the citizensof Malaysia. The tragic death of 30-year old Teo Beng Hock is theconsequence of one such institution going overboard in its action. The seizure of power in Perak, the wooing of PAS byUMNO to form a Unity Government based on race and religion,the farcicalpersecution and prosecution of Anwar once again for sodomy despite thereports of 2 hospitals, one the KL GH to the contrary, all these areindicative of a pattern of attempts to topple this precious 2 partysystem.

It seeks to remove the people's new found CHOICE to choose between 2 political fronts. If this conspiracy succeeds UMNO will continue to be thedominant political party going back to its old ways unfettered.

It is in these times of trouble and crisis for PKR and PR that hasprecipitated my decision to join them. It is in these difficultcircumstances that I want to contribute in humility to thepreservation of this 2 party system. My hope is that ordinaryMalaysians will stand up and be counted in the struggle to protect,preserve and promote the growth of this system. Count me in.

There are other reasons why I am joining PKR. I see in Anwar a kindredspirit seeking for CHANGE, for deep and genuine reforms. I know alsothat multiracial political parties caring for all races is the wayforward.I know that I am leaving the comfort and security of my present lifefor a road less travelled, a tough and rough road and that ahead of meawaits hardships. I am prepared for this last hurrah of my life. MayGod bless our endeavours, our struggle.
CHANGE!

CHUA JUI MENG
18 July 2009

16 July 2009

TEOH TERBUNUH?

Salam 2 all.

Saya terperanjat mendapat maklumat Sdr. Teoh Beng Hock, pembantu khas YB Ean Yong, Ahli Exco Kerajaan Selangor yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia semalam mati terbunuh semasa dalam tahanan sebentar tadi jam 3ptg.

Saya berharap pengesahan segera dapat dibuat tentang status perkara ini dan siasatan segera dilakukan bagaimana Sdr.Teoh boleh mati trbunuh semasa dalam tahanan SPRM.

Saya khuatir jika isu ini tidak ditangani segera ianya akan menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak diingini.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Rejab 1430
16 Julai 2009

15 July 2009

Koncozunar

Salam 2 all.

Tahniah saya ucapkan kepada sahabt saya Sdr. Zunar yang telah mengorak langkah baru untuk menerbitkan penerbitan kartun baru.

Bagi saudara/i yang berminat boleh layari koncozunar.blogspot.com.

Saya telah melayari blog tersebut dan mendapati ia mempunyai kepelbagaian yang menarik. Bukan sekadar melakar kartun, Zunar dan rakan-rakan juga menyediakan bengkel latihan dan kursus melakar kartun.

Zunar terkenal sebagai kartunis yang mempunyai identiti tersendiri. Bermula dari majalah Gila-Gila dengan kartun "Cinta Si Kaduk", kemudian nama beliau melonjak dizaman reformasi dengan kartun reformasi.

Antara majalah yang pernah diterbitkan atas nama beliau ialah "Keranamu hidung", "Dari Kerana Mata", "Malaysia Boleh", dan "Lawan Tetap Lawan: 6 Jahanam".

Sebelum ini sdr Zunar adalah Editor akhbar "Suara KeADILan" sejak 2004. Akibat penyusunan semula bahagian penerangan PKR, editorial baru telah dilantik untuk "Suara KeADILan" dan Zunar memilih untuk mengorak langkah baru. Walaupun tidak bersama editorial PKR, namun semangat dan jiwa juang reformasi masih kuat berkobar.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara Zunar dan rakan-rakan dengan "Koncozunar".

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
22 Rejab 1430
15 Julai 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

14 July 2009

MU

Salam 2 all.

Tahniah kepada penduduk Manik Urai yang tidak tunduk kepada sogokan dan rasuah yang ditaburkan oleh Be End.

Keputusan setakat ini:

PAS : 5363
Be End: 5298
Undi Rosak: 90

PAS menang majoriti 65 undi.

ALLAH HU AKBAR!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 July 2009

Lawatan ke Pejabat Penerbitan PTS (9 Jul 2009)

Di dalam gambar ini: Fudzail, Ishak Ismail, Fauzul Naim Ishak, YB Zulkifli, Ainon Mohd, Prof Abdullah Hassan. (Gambar PTS)

09 July 2009

KENYATAAN AKHBAR

ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN
KULIM BANDAR BHARU


Saya mengalu-alukan keputusan kabinet untuk menghapuskan Pengajian & Pengajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ini adalah kemenangan kepada pejuang-pejuang bahasa Melayu yang tidak kenal penat lelah, tanpa batasan kepartian atau fahaman, tetapi bersatu bertekad untuk memartabatkan bahasa ibunda. Ini membuktikan bahawa apabila bangsa Melayu boleh mengenepikan fahaman politik dan kepartian, mereka boleh bersatu dan mempertahankan hak, maruah dan martabat mereka.

Ini juga membuktikan bahawa keputusan yang dibuat tanpa konsultansi, muafakat dan rujukan kepada mereka yang pakar akan menjerumuskan rakyat dan negara ke kancah kecelaruan dan haru biru. Dasar yang dibuat oleh Mahathir Mohamed tanpa rundingan dan perbincangan telah menganiaya ramai generasi desa dan kampung yang kepentingan dan kebajikan mereka langsung tidak ada dalam kamus Mahathir Mohamed.

Sebenarnya Artikel 152 Perlembagaan memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Malaysia. Oleh itu tidak timbul persoalan mengapa kita tidak boleh memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Mendakwa bahasa Melayu sebagai bukan bahasa ilmu adalah satu penghinaan kepada sejarah, peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu.

Kita telah melihat banyak bangsa yang langsung tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu namun berjaya dipersada pentas keilmuan dunia. Lihat sahaja bangsa Jepun, berapa ramai tokoh ilmuan dan saintis mereka yang menerima anugerah kehebatan duniawi termauk Anugerah Nobel sedangkan mereka sepatah bahasa inggeris pun tidak mereka ketahui.

Sebaliknya kita lihat bangsa Filipina contohnya yang begitu fasih berbahasa inggeris tetapi sekadar berjaya mengekspot ramai pembantu rumah!

Saya berpendapat sesuai dengan slogan 1-Malaysia, maka sudah tiba masanya Bahasa Melayu dimartabatkan semula sebagai satu bahasa ilmu dan bahasa persekolahan.

Sesuai dengan itu, saya sarankan kerajaan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Mengembalikan tulisan jawi sebagai asas kepada Bahasa Melayu. Dasar meromawikan tulisan bahasa Melayu telah menyebabkan generasi masakini buta jawi dan buta Al Quran. Mereka kehilangan roh bahasa Melayu. Tulisan adalah roh sesuatu bahasa.

2. Menyelaraskan sistem persekolahan kepada "1-Sekolah 1-Bahasa". Ini akan menyegerakan proses integrasi dan memalaysiakan rakyat sebagai bangsa Malaysia. Sebagai langkah pertama, kerajaan perlu ada kekuatan politik (poltical will) untuk memansuhkan semua sekolah bukan aliran kebangsaan. Saya tidak faham kerana apa setelah 52 tahun merdeka kita masih mengekalkan sisten pecah & perintah yang diamalkan penjajah. Mengapa kita masih mengekalkan sekolah kebangsaan aliran lain sednagkan kita adalah rakyat Malaysia.

Daripada mengekalkan sistem pengasingan saperti yang diamalkan sekarang, mengapa tidak diujudkan satu sistem persekolahan yang menggunapakai bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan.Ini tidak bermakna kita menafikan hak bangsa lain. Sebaliknya saya sarankan supaya bahasa-bahasa utama lain saperti bahasa Cina, Tamil dijadikan sebagai matapelajaran pilihan bagi pelajar-pelajar kita. Malahan pelajar-pelajar Melayu sewajarnya digalakkan mengambil matapelajaran bahasa lain ini sebagai pilihan mereka. Dengan cara ini, proses integrasi dan perpaduan kaum akan lebih segera tercapai.

3. Kita menyedari akan peri pentingnya bahasa Inggeris. Bagi tujuan itu, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perllu dipertingkatkan. Saya sarankan supaya pengajaran bahasa inggeris dijadikan matapelajaran pilihan wajib dan dipertingkatkan dengan pengajian kesusasteraan inggeris.

Saya mengharapkan keputusan kabinet akan membawa satu sinar baru kepada memartabatkan dan mengembalikan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pemacu ketamadunan gemilang.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu15 Rejab 143008 Julai 2009

06 July 2009

NGV Timebomb

Salam 2 all.

Diberitakan seorang pemandu limosin bernama K.Mailgavanan (43) ditemui mati rentung didalam limosin jenis Proton Waja pada hari Sabtu 04 Julai 2009. Kejadian yang berlaku di tempat letak kereta Pangsapuri Skyvilla, Serdang Raya telah merosakkan beberapa kereta yang berdekatan.

Ada berita menyatakan mangsa ketika itu sedang tidur didalam limosinnya apabila tiba-tiba ia meletup dan menyebabkan kebakaran.

Maklumat yang dinyatakan bahawa limosin tersebut dilengkapi dengan enjin NGV.
Pihak polis mengklasifikasi kes tersbut sebagai kematian mengejut.

Apa yang kita khuatir adalah status penggunaan enjin NGV ini. Sebelum ini kita juga telah mendengar bagaimana sebuah kenderaan yang dilengkapi enjin NGV meletup setelah kemalangan.

Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan rakyat dan pengguna mendapat gambaran jelas tentang status dan kedudukan penggunaan enjin NGV apakah ia selamat atau mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh menjamin keselamatan pengguna.

Saya berharap pihak berkuasa berkaitan dapat memberikan penjelasan kepada rakyat dan pengguna mengenai perkara ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
12 Rejab 1430/ 05 Julai 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 July 2009

Kenyataan Akhbar

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN
KULIM BANDAR BHARU

Saya merujuk kenyataan YB Lim Guan Aik, ADUN (DAP) Kota Darul Aman yang mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi ADUN Bebas.

Ternyata beliau dan pimpinan DAP mempamerkan sikap chauvinistik dan keangkuhan yang melampau, sikap yang menyebabkan BN ditolak oleh rakyat.

Saya hairan mengapa YB Lim Guan Aik & Sdr Thomas Su (selaku Pengerusi DAP Negari kedah) tidak boleh mempamerkan sikap tolak ansur dan kompromi yang sihat saperti YB Dato Ngeh Kah Him (Pengerusi DAP Perak/YB Bruas) atau YB Ngar Kor Ming (YB Taiping).

Saya mengingatkan YB Lim Guan Aik bahawa beliau dipilih oleh rakyat atas dasar Pakatan Rakyat dan bukan atas kapasiti sebagai wakil DAP.

Oleh itu beliau sepatutnya mengambil jalan yang terhormat dengan mengosongkan kerusi DUN Kota Darul Aman supaya boleh diadakan satu pilihanraya kecil.

Saya mencabar YB Lim Guan Aik dan pimpinan DAP supaya bersikap secara bermaruah dan membenarkan rakyat menentukan samada mereka mahukan DAP ataupun Pakatan Rakyat.

Kotakan kata-kata anda. Bubarkan DUN Kota Darul Aman segera!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
10 Rejab 1430/ 04 Jun 2009

**************************

PRESS STATEMENT
ZULKIFLI BIN NOORDIN
MEMBER OF PARLIAMENT
KULIM BANDAR BHARU

I refer to the statement by YB Lim Guan Aik ADUN (DAP) Kota Darul Aman declaring himself to be independent ADUN with immediate effect.

Obviously YB Lim and the DAP leadership is displaying a clear chauvinistic and arrogant character, a character that caused BN being rejected by the people.

I don't understand why YB Lim Guan Aik & Sdr Thomas Su (as Chairman DAP Negeri Kedah) could not emulate the toleration and compromising attitiude of YB Dato Ngeh Kah Him (Chairman DAP Perak/YB Bruas) or YB Ngar Kor Ming (YB Taiping).

I do not think it is necessary to remind YB Lim Guan Aik that he was elected by the voters under the Pakatan Rakyat's banner and not DAP.

Therefore it is only honorable for him to vacate the seat so that a by election can be held.

I challenge YB Lim Guan Aik and the DAP leadership to be honorable and allow the people to give new mandate to the party of their choice, be it Pakatan Rakyat or DAP.

Please walk your talk. Dissolve DUN Kota Darul Aman seat immediately.

Zulkifli Bin Noordin
Saturday
10 Rejab 1430/ 04 June 2009
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

03 July 2009

Bravo Your Majesty

Salam 2 all.

Congratulations to His Majesty Yang DiPertuan Agong and the Conference of Rulers for advising the Cabinet and the government to postpone the tabling and debate of three bills relating to conversion to Islamm

The three proposed bills to be amended are:

1. Law Reform (Civil Marriage & Divorce Act);
2. Islamic Adiministration Act;
3. Islamic Family Law Act.

The purpose of the amendments is purportedly to address the issue of those who are originally from non-Muslim civil marriage but later convert to Islam but the spouse refused to follow suit and convert.

Questions and disputes arises as to what is the status of the marriage, the status and custody of their children, common propety acquired during marriage and the distribution of their estate if the converting party were to die leaving a non Muslim wife and family.

The problem arises because the Law Reform (Civil Marriage & Divorce) Act does not provide for the converting party to petition for dissolution of the civil marriage and for other ancillary orders. In fact, Section 51 of the LRA discriminated a converting party when it comes to petitioning for divorce in the civil court. The converting party find him/herself stuck without any remedy, and are at the mercy of the non-converting party.

For that purpose, the convert will find that the Syariah (Islamic) Court provides him/ her with a way out. The syariah court is vested with a jurisdiction to deal precisely with such problem as provided under Section 46 (2) of the Islamic Family Law Act. By virtue of being a convert thus a Muslim, that provision is made available to him/ her. And by virtue of article 121 (1A) of the Federal Constitution, the civil court does not have jurisdiction and cannot interfere with the jurisdiction of the Syariah court.

But the problem arises when the non-converting spouse refused to appear before the Syariah court. This is due to the wrong perception that appearing before the Syariah court is like converting to Islam. This is aggravated by the dirty propaganda by few isolated NGOs and individuals who frightened the non-converting and non-Muslim party that they will not get justice if they were to submit themselves to the jurisdiction of the Syariah Court; that the Syariah court will always decide in favor of the Muslim party. This is purely misconceived and totally uncalled for as it has been proven that the Syariah Court will decide just like any other courts; i.e based on the evidence tendered before the court. If the non-Muslim party refused to appear and give evidence, then how on earth could the Syariah court rule in their favor. It's just like cursing the river for not giving you fish when you did not even cast your line! But if the non-Muslim willing to appear before the Syariah courtn they will find that they will get fair hearing and justice. This is proven in Nyonya Tahir's case. When she died, the religious authority wanted to bury her in accordance with Islamic practice. But her Buddhist children said although a Malay but she died as Buddhist. When the matter was heard in the Syariah High Court, the non-Muslim members went to court and gave evidence. After hearing all evidence, the Syariah court agreed with the family's claim and declared that she died a Buddhist and return to the family to be buried in accoradance with the Buddhist rites and rituals.

The fact is the non-Muslim has been wrongly indoctrinated by those few anti-Islam fundamentalist. If only the non-Muslim, especially the women were told the truth about Islamic justice and fairplay, they would be more then happy to be subjected to Islamic law and Syariah court.

Append below matters of that is not available in the civil system but available in the syariah system:

1. For example, under civil law the husband can claim maintenance from his wife if he is incapable or incapacitated. Whereas under no circumstances can a women be forced to pay maintenance of the husband. If any, it would be the responsibilty of the state, or the Baitulmal.

2. Apart from normal post-divorce maintenance, a women is also entitle to compensation which is measured with her sacrifices as a wife during the duration of the marriage. The longer the marriage, the higher the compensation. The richer the husband, the more she'll get. And this is regardless of her own wealth and position. There are cases where a wife awarded millions by the Syariah court. And you don't need to execute a contract for that. On the other hand, a wife will not get any monetary compensation in the civil system unless there is a pre or post-nuptial contract entered with the husband. With such one off compensation, apart from maintenance and common property, the wife can start off to new life on her own.

3. As far as custody is concern, under the Syariah system, it is almost guaranteed given to women. If the child is below the age of 2, it's absoutely to the mother. If the children are below the age of 9, the presumption is to the mother. And the mother doesn't have to proof she is financially capable to look after the children because such responsibility is on the father's shoulder. And if the father is incapable financially, his father or male siblings can be compelled by Syariah court to provide maintenance. And if none available, the state or Baitulmal will have to bear the maintenance. However, all these are not available under the Syariah system. And for the non-Muslim wife, even if your husband convert to Islam together with the children, it doesn't mean you are not entitle to custody. In Syariah court, the issue of custody must be separated from conversion. What the Syariah court is concern is the welfare of the child. Religion is not a basis of granting custody in the Syariah system. What you need to do is appear before the Syariah judge and give evidence that will provide grounds for you to be granted custody.

4. In the event that a wife is granted custody, the husband must provide maintenance and accomodation. If the father is incapable financially, his father or male siblings can be compelled by Syariah court to provide maintenance. And if none available, the state or Baitulmal will have to bear the maintenance. Whereas all these are not available in the civil system.

However, what we are concern in this issue is why is the government taking the approach of dismantling the jurisdiction of the Syariah court and transferring such jurisdiction to the civil court. Why equip the civil court with jurisdiction which the civil courts, including the apex court (Federal Court) has repeatedly held not within the realm and expertise. Why not the government strengthen and restructure the Syariah court. If the jurisdiction is vested to the civil court, what laws are they going to apply, bearing in mind it involves Islamic issues. How would a non-Muslim judge decide on matters within the realm of Islamic laws. How does a civil judge not train in Islamic law decide on issues involving syariah laws. That's the whole reason why the Federal Court held that such issues should be decided by the Syariah court in accordance with Islamic law.

Further, under the Federal Constitution Islamic matters are state matters under the direct jurisdiction the State Rulers. What if the state refused to adopt the Federal law. Then you will have a serious lacuna. The LRA is a Federal law not applicable to state. What if the convert bring his/her issue to State Syariah Court, then we will face another conflict of law situation. Instead of solving the problem, we create more problems. That's why the Conference of Rulers need to refer the matter back to the state authorities for their views.

It is on those grounds that I think it was with great wisdom the Rulers advised the cabinet to adjourn the tabling of those amendments. Maybe the government was under great pressure from the feminist and secularist movement that it overlook those problems observed by the Rulers.

I really hope the government take this opportunity to have more dialogue and engagement with other groups like the Muftis, Islamic scholars, ulama, Muslim NGOs like ABIM, ACCIN, MACMA and Persatuan Hunafa (Indian converts) before embarking such a serious crusade to amend the laws relating to conversion and other ancillary matters.

Be as it may, I wish to congratulate His Majesty Yang DiPertuan Agong and the Council of Rulers for their courage and wisdom to uphold the and defend the integrity and sanctity of Islam in Malaysia.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
07 Rejab 1430
30 Jun 2009

02 July 2009

Jangan ugut kerajaan Kedah

Salam 2 all.

Saya ingin menegur tindakan DAP Negeri Kedah yang mengugut keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah semalam. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Negeri Thomas Su menyatakan semalam bahawa DAP Negeri mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Kenyataan beliau disahkan oleh pimpinan pusat DAP iaitu Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kanan Kerajaan Selangor YB Teresa Kok.

Ini bermakna wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah YB Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) tidak akan menyokong Kerajaan Negeri Kedah dalam DUN. Ini juga bermakna semua Ahli Majlis yang diduduki oleh wakil DAP di semua Majlis Perbandaran perlu meletakkan jawatan. Ini juga membawa kesan semua ahli Majlis Ketua kampung (MKK) daripada DAP perlu mengosongklan jawatan.

Isu yang berbangkit adalah masalah pusat penyembelihan babi di tempat awam di Kg. Berjaya yang telah beroperasi secara haram selama lebih 30 tahun. Pihak Kerajaan Negeri telah mengeluarkan notis pemindahan dan perobohan namun tiada tindak balas. Sebaliknya dilapurkan bahawa mereka memohon masa untuk berpindah. Namun apabila tiba masanya mereka gagal berpindah. Jadi saya berpendapat tindakan pihak Majlis adalah wajar dan berpatutan.

Namun tindakbalas DAP Negeri mengugut keluar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah adalah satu tindakan yang tidak wajar samasekali. Saya khuatir tindakan ini akan menyebabkan persepsi rakyat kepada Pakatan Rakyat akan terjejas.

Saya melihat akhir-akhir ini tindak-tanduk DAP memberi gambaran seolah-olah mereka cuba menguasai arah tuju Pakatan Rakyat. Tindak-tanduk DAP membuat keputusan dan mengambil tindakan unilateral dalam beberapa isu akhir-akhir ini mengundang polemik yang sangat merbahaya.

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang memecat Saudara Johari Kassim sebagai Ketua Whip dan Ahli Majlis jelas suatu tindakan yang tidak wajar. Adalah jelas Saudara Johari Kassim bertindak mewakili ketetapan yang telah diputuskan oleh PKR. Ketua Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang YB Dato Zahrain telah juga memaklumkan perkara yang sama kepada Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng. Ibu pejabat PKR Pusat juga telah mengesahkan perkara tersebut.

Namun Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap telah memecat Saudara Johari secara unilateral. Rayuan pimpinan PKR supaya Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menimbang semula keputusan tersebut disambut dengan kenyataan-kenyataan angkuh oleh lain-lain pimpinan negeri DAP.

Tindakan Pengerusi DAP YB Karpal Singh mencabar YB Tuan Guru Haji Hadi dan YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa (Presiden & Timbalan Presiden PAS) supaya keluar daripada PAS dan menyertai UMNO adalah suatu tindakan dan kenyataan yang tidak sepatutnya datang daripada seorang pemimpin yang menganggotai Pakatan Rakyat.
Saya khuatir tindak-tanduk ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Saya khuatir rakyat yang selama ini menyokong Pakatan Rakyat akan menjadi jemu dan letih dengan karenah politiking saperti ini.

DAP perlu sedar bahawa sokongan yang mereka terima hari ini sehingga membolehkan mereka menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang dan menganggotai Exco Kerajaan Selangor (dan Perak dahulu) adalah kerana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Mereka perlu ingat kerana keyakinan dan sokongan rakyat kepada kepimpinan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

DAP perlu sedar untuk terus berada didalam Pakatan Rakyat perlu ada kompromi dan tolak ansur. PAS telah banyak bertolak ansur, begitu juga PKR. DAP perlu juga perlu belajar bertolak ansur dan berkompromi. Sekiranya tidak, tidak ada maknanya DAP terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Mungkin DAP perlu menimbang untuk bergerak bersendirian dan membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat atas kapasiti mereka sendiri. Dan saya yakin keputusannya jelas.

Oleh itu saya berharap dan menasihatkan DAP serta mereka yang gemar mengambil pendekatan ugut-mengugut ini supaya menghentikan segera sikap tersebut. Saya memperingatkan DAP Negeri Kedah supaya jangan cuba mengugut Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Saya percaya semua permasalahan dalaman Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara rundingan tanpa perlu ugut-mengugut sesama sendiri.

Sekiranya budaya saperti ini diteruskan, saya khuatir ianya sekadar menggali kubur sendiri. Kita perlu sedar rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat, dan rakyat sedang memerhati dan meninjau samada kita di Pakatan Rakyat boleh memenuhi aspirasi dan cita-cita rakyat. Kembalilah kita kepada asal perjuangan Pakatan Rakyat untuk memartabat dan mendaulatkan rakyat.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
09 Rejab 1430
02 Julai 2009