28 August 2009

KARTIKA DISEBAT, ISLAM DIMARTABAT

Salam 2 all.



Saya merasa hairan melihat gelagat dan tindak-tanduk beberapa pihak dalam isu hukuman rotan yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dewi Syukarno (32).



Kenyataan-kenyataan yang berbaur menghina, memperlekeh dan mencabar hukuman syarie ternyata mendapat liputan meluas. Yang malangnya mereka ini semua adalah beragama Islam Mereka yang paling kuat sambut maulidur rosul, siap anjur musabaqah lagi. Daripada Perdana Menteri, kepada Menteri, termasuk bekas Perdana Menteri, tak lupa Sisters in Islam @ Ikatan Wanita Kosmo (IWK) membuat kenyataan-kenyataan yang jelas samada menunjukkan kebangangan atau kebodohan mereka, atau yang lebih parah..membuktikan kebencian mereka terhadap hukum Islam.



Sikap mereka menyebabkan golongan-golongan pariah daripada bukan Islam, termasuk Majlis Peguam, penulis-penulis picisan tepian longkang di akhbar-akhbar arus perdana dan lain mengambil kesempatan untuk mengkritik undang-undang Islam. Dan semuanya berselindung disebalik agama baru "hak asasi manusia" kononnya!


Yang menghairankan mana dia suara yang kabarnya menjadi pelindung agama Islam? Mana Menteri yang jaga agama Islam? Awat senyap seribu bahasa? Inilah masanya kita umat Islam mesti bangkit mempertahankan Islam. Berapa lama kita nak biarkan penghinaan dan cercaan terhadap Islam berterusan tanpa pembelaan! Amatlah malang Islam terus diperlekeh dan dihina dalam keadaan kononnya orang Melayu bersongkok dan berkeris sedang memerintah!



Apa yang jelas hukuman rotan terhadap Kartika dibuat berdasarkan undang-undang. Ianya bukan dipetik daripada awang-awangan mengikut nafsu sang Hakim, namun berdasarkan undang-undang negara saperti yang dimaktubkan didalam Perlembagaan.



Walaupun hukuman 6 kali rotan itu tidak menepati kehendak syarak yang memperuntukkan hukuman 40 kali rotan (ada riwayat menyebut 80 kali), namun sekurang-kurangnya kita cuba laksanakan perundangan Islam dalam keterbatasan yang ada. Keberanian Yang Arif Hakim Datuk Abdul Rahman Yunos mengenakan hukuman tersebut sewajarnya diberikan tabik penghormatan.



Sepatutnya umat Islam berbangsa Melayu, daripada Raja kepada Perdana Menteri termasuk Menteri dan yang lain-lain mempertahankan hukuman tersebut dan memberi penjelasan sewajarnya jika perlu.



Ini bukan soal laksana hukum, ini soal aqidah kepercayaan umat Islam. Kita percaya bahawa perintah ini datang dari ALLAH dan Rasul. Macam mane tak logik atau tak masuk aqal sesuatu suruhan atau perintah ALLAH dan Rasul, itu bukan kerja kita. Walaupun satu dunia tak setuju dengan kita, Islam tidak tunduk kepada dunia, tetapi Islam tunduk kepada perintah ALLAH.



Saya melihat kebiadapan terhadap Islam semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Kita yang mahu hidup mengikut syariat Islam kelihatan saperti pelik. Malahan kita pulak menjadi bahan cacian dan penghinaan. Benarlah kata Rasulullah, "Islam itu bermula pelik, dia akan berakhir dengan pelik". Baginda menambah, "di akhir zaman nanti, apabila kamu mahu memegang dan hidup secara Islam, kamu saperti memegang bara api!".



Saya ingin memberi amaran kepada pihak-pihak pariah kafir dan Melayu haprak diluar sana, jangan persenda kami dan menganggap kami ini pekak dan bisu. Tahap kesabaran kami jangan di uji. Disebabkan penghinaan terhadap Islam dan umat Islamlah lahir mujahidin-mujahidin saperti Salahuddin Al Ayubi, Assyahid Hassan Al Banna, Assyahid Syed Qutub, Assyahid Syeikh Umar Mukhtar, Assyahid Syeikh Yaasin, Assyahid Seikh Rantisi, Assyahid Abu Musa Zarqawi, Assyahid Dr. Azahari, Syeikh Usama Bin Ladin dan ramai-ramai lagi mereka yang bersedia bila-bila masa untuk bangkit mempertahankan Islam.



JANGAN CABAR UMAT ISLAM!!!



Ayuh sahabat dan ikhwan, bangkitlah pertahankan Islam. Ketepikan sentimen politik dan assobiah masing-masing. Bersama kita bersatu dibawah naungan bendera Islam. Ingat pesan ALLAH dalam surah Al Maidah:

"Apabila diantara kamu berpaling daripada Islam, akan aku lahirkan satu kumpulan (yang akan membela Islam), yang mempunyai ciri berikut:
1. mereke cinta pada Ku;
2. Aku cintakan mereka;
3. mereka lembut terhadap sesama Islam;
4. mereka keras & tegas terhadap golongan kafir (dan yg sewaktu dengannya);
5. mereka berjihad ke jalan Aku;
6. dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela"

Kumpulan yang menepati ciri-ciri diatas ini dipanggil "heezbullah_tentera Allah. Dan kepada mereka ALLAH janjikan kemenangan (dunia & akhirat).

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Ramadhan 1430
28 Ogos 2009
(Gambar menunjukkan hukuman rotan yang dilaksanakan di Negara Aceh Darul Islam keatas pesalah lelaki & wanita. Aceh melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya selepas peristiwa tsunami 26.12.2004. Gambar bawah, Kartika berserta bapa dan ahli keluarganya di Ipoh selepas perlaksanaan hukuman ditangguhkan)

DATO' ISMAIL KAMUS

Almarhum Senator Professor Datuk Dr. Ismail Mohd. Salleh.
Kelihatan ahli keluarga Almarhum menyiram di kubor Almarhum di tanah perkuboran Islam Sg. Kantan, Kajang.

Salam 2 all.

Saya menerima terlalu banyak email, sms dan call bertanyakan berita kononnya Alfadhil Dato' Ismail Kamus meninggal dunia.
Baru sebentar tadi saya mendapat pengesahan bahawa Ustadz sedang mengerjakan umrah di Makkah dan alhamdulillah masih sihat.
Saya percaya ada orang yang terkeliru dengan berita pemergian Almarhum Senator Professor Datuk Dr. Ismail bin Mohd. Salleh yang meninggal dunia dalam penerbangan dari Beijing ke KL via Changi. Jenazah Almarhum masih di Singapura dan akan dibawa balik untuk pengkebumian.
Saya harap maklumat ini akan menghentikan mesej2 liar dan tidak bertanggungjawab mengenai Dato' Ismail Kamus.
Apa jua pun, saya mengucapkan takziah dan innalillah hiwa inna ilaihioroji'un atas pemergian Almarhum Senator Professor Datuk Ismail, orang buta pertama yang dilantik menjadi Senator di Dewan Negara. Moga ALLAH mengampunkan beliau dan memasukkan beliau dalam golongan soleh dan memberi kesabaran kepada keluarga dalam menghadapi ujian besar ini insyallah. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Ramadhan 1430
28 Ogos 2009

26 August 2009

TAHNIAH YB LIM

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada rakan saya YB Lim Soo Nee, Ahli Dewan Undang Negeri kawasan N. 35 Kulim atas perlantikan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah menggantikan tempat YB Mohd. Radzhi Salleh yang telah keluar dari PKR Ahad lepas.

Saya menjangka YB Lim akan terus memegang portfolio Pelancungan dan Sumber Manusia. Nampak gaya rakan saya kena pindah Alor Setar lah. Majlis angkat sumpah dijangka akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu depan.

Nasihat saya kepada YB Lim, dahulu semasa saudara tiada sebarang jawatan orang tidak menghormati saudara. Malahan saudara sendiri pernah mengadu terdapat jabatan dan agensi kerajaan yang tidak memberi pengiktirafan dan penghormatan pun kepada saudara. Sehingga ada jabatan yang tidak membenarkan saudara menghadiri mesyuarat pun!

Kini itu semua akan berubah. Bermula dengan saudara mulai hari ini akan diberi kenderaan Perdana hitam berserta dengan pemandu. Elaun dan gaji saudara akan meningkat. Kuasa saudara akan bertambah. Saudara akan dihormati oleh ramai orang. Kesana kemari orang akan terhangguk-hangguk depan saudara, malahan jangan terkuejut kalau ada yang nak cium tangan saudara.

Harapan saya saudara sentiasalah insaf dan berwaspada. Ingatlah jawatan itu bukan habuan tetapi amanah dan tanggunjawab. Jangan lupa kepada rakyat Kulim walaupun saya sedar saudara akan kekuranagn masa selepas ini untuk memberi tumpuan kerana perlu menjaga seluruh negeri Kedah pula. Saya dan rakan-rakan akan sentiasa membantu menurut keupayaan kami insyallah.

Selamat maju jaya, semoga saudara akan menjadi seorang pemimpin dan exco yang memenuhi asipirasi dan hasrat rakyat Kedah.

Grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
05 Ramadhan 1430
26 Ogos 2009

25 August 2009

APE KE JADAH JAIP OOII!!


Salam 2 all.
Saya naik hairan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dalam kes perlaksanaan hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Syukarno (32).
Kartika telah dihukum rotan enam kali pada 20 Julai 2009 lepas oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Dato' Abdul Rahman Yunos setelah didapati bersalah kerana meminum arak ditempat awam.
Alhamdulillah daripada hukuman rotan itu, Kartika telah mendapat kekuatan untuk melihat kesilapan yang telah dilakukan dan berazam untuk berubah. Untuk menunjukkan keikhlasan beliau bertaubat, beliau telah tidak membuat rayuan terhadap hukuman tersebut, malahan bersedia untuk dirotan sebagai kiffarah kepada kesilapannya. Saya mengangkat tabik kepada Kartika atas keikhlasan dan keinsafan beliau.
Kes ini telah menarik perhatian media dan NGO tempatan dan antarabangsa kerana jarang hukuman rotan dikenakan terhadap seorang wanita kerana kesalahan meminum arak. Sedangkan Islam tidak mengenal batasan gender dalam menguatkuasa dan melaksanakan hukuman. "Demi ALLAH, sekiranya Fatimah puteriku sendiri yang mencuri, akan ku potong tangannya"..begitu tegas Nabi dalam melaksanakan syariat ALLAH!
Dalam keadaan kes ini mendapat perhatian dan liputan begitu rupa, pihak berkuasa JAIP sepatutnya lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti kes ini kerana sebarang kesilapan akan memberi imej burok bukan kepada JAIP tetapi kepada agama Islam.
Hukuman rotan ini adalah hukuman syarie dan menurut ketetapan yang ditentukan ALLAH dan Rasul. Tiada siapa boleh pertikaikan persoalan ini, dan bagi yang mempersoalkan perlaksanaan hukuman ini sama saperti mempersoalkan hukuman ALLAH dan Rasul. Cuma yang berbeza adalah metode dan cara perlaksanaan hukuman itu sahaja yang ada kekhilafan. Keberanian Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan melaksanakan hukuman tersebut adalah sesuatu yang perlu diberi penghormatan.
Kita pejuang dan umat Islam tidak bersorak-sorai apabila hukuman ini dikenakan. Walaupun ada diluar sana sekelumit insan toghut mendakwa kita bergembira, namun itu adalah putar belit dan propaganda murahan untuk menimbulkan rasa gelisah dan kurang senang beberapa pihak tertentu terhadap Islam. Hakikatnya kita sangat sedih kerana masih ada umat Islam yang masih engkar mematuhi perintah ALLAH dengan meminum arak secara terbuka. Tidak ada umat Islam yang tidak tahu arak itu haram dan hukuman meminumnya adalah rotan. Tidak timbul disini soal nak mendidik atau berdakwah, nak didik dan dakwah apa lagi! Kalau ada orang Islam yang kata dia tidak tahu arak itu haram, samada skrew otak dia perlu diketatkan atau pun dia baru keluar dari gua yakjuj makjuj mana kita tak tau!
Tapi apa yang malang tindak-tanduk pihak penguatkuasa JAIP telah memberikan gambaran buruk dan bodoh kepada Islam. Kalau nak laksana hukuman tu laksanakanlah dengan penuh professional dan berhemah. Ni ape cerita dah ambik Kartika kat rumah boleh u-turn balik kereta tak sampai 200 meter berjalan, peh tu kensel pulak tangguh hukuman sebab menghormati Ramadhan. Takkanlah pegawai JAIP bodoh sangat tak tahu ni dah bulan Ramadhan. Dah tau bulan Ramadhan dok beriya-iya nak keluarkan waran, siap nak tahan kat penjara lah macam-macam story apa ke he ni. Tau-tau kensel setelah Kartika bersiap sedia nak dihukum, siap dengan tahlil solat hajat lagi dah buat kat Sg. Siput.
Tindakan bodoh ini benar-benar memalukan Islam. Seolah-olah Islam ni lekeh sangat sampai tak reti nak laksana hukuman rotan. Sebenarnya yang bodohnya pegawai JAIP, tapi yang malu ialah agama Islam. Ada pulak yang buat kenyataan sebenarnya pegawai yang nak merotan cara syariah tidak ada, dan para pegawai penjara tak reti nak laksana hukuman. Apalah susah sangat, impot sahaja para pegawai syarie daripada Aceh Darul Islam, mereka dah punya pengalaman luas dalam melaksanakan hukuman rotan bagi peminum-peminum arak dan kesalahan syarie yang lain. Tak pun hantar aje pegawai penjara ke Aceh pegi kursus cara merotan mengikut syara'. Saya ingat dalam dua minggu setel dah isu remeh ni.
Apa pun, kita mintak sangat kepada para pegawai JAIP, tolonglah buat kerja tu profesional sikit. Janganlah bagi malu kat Islam disebabkan kebodohan kita. Hukuman ALLAH itu adil dan saksama, jangan dicemar akibat kejahilan dan kebodohan kita!
Mungkin pihak berkuasa perlu menimbang untuk menyemak semula hukuman rotan yang dikenakan kepada Kartika. Saya melihat beliau telah benar-benar menunjukkan keinsafan dan keikhlasan dalam kes ini. Malahan ibubapa dan keluarga beliau juga menunjukkan sikap yang sama. Saya sangat berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa Kartika. Ini satu sikap terpuji yang jarang nak dijumpai lagi hari ini.
Mungkin kita perlu menunjukkan ehsan kita. Ini tidak bermakna kita tidak melaksanakan hukuman rotan itu. Tetapi suasana dan keadaan dah berubah terlalu banyak akibat kelemahan dan kesilapan pihak berkuasa sendiri.. Bukan Kartika enggan dihukum, tetapi dengan takdir ALLAH suasana sudah berubah. Mungkin para ulama' dan ilmuan Islam, mungkin para Jawatankuasa Fatwa yang begitu ghairah nak berfatwa boleh duduk segera bermuzakarah untuk menimbang samada hukuman rotan tersebut boleh disemak semula atau tidak demi memperlihatkan sistem keadilan dan kasih sayang Islam, wallahua'lam.
Moga ALLAH memberikan keampunan dan kekuatan serta istiqomah kepada kita serta mengampunkan kelemahan dan kebodohan kita..astaghfirullah hal adheem.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
04 Ramadhan 1430
25 Ogos 2009
*Gambar: Kartika bersama bapanya Tuan Haji Syukarno dan pegawai JAIP (siap berkot lagi!)

KARTUN DIRAMPAS!


Salam 2 all.
Pihak Kementerian Dalam Negeri hari ini telah merampas penerbitan sulong majalah kartun terbaru "Gedung Kartun" yang diterbitkan oleh kartunis terkenal Zunar (gambar).
Menurut saudara Zunar, majalah tersebut telah pun mendapat kelulusan KDN. Oleh itu beliau merasakan bahawa tindakan merampas majalah sulong "Gedung Kartun" itu adalah kerana ultra-sensitif pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan mesej dan lakaran yang diterbitkan.
Majalah kartun pertama berbentuk satira politik tempatan itu dalam penerbitan sulongnya mempunyai lakaran "seseorang" sedang mengibar bendera sempena sambutan kemerdekaan Ogos ini. Cuma masalahnya "seseorang" itu terkibar bendera "Mongolia", bukan bendera Malaysia. Almaklumlah di Malaysia ini perkataan "Mongolia" tersangatlah sensitif, walaupun aiskrim "Magnolia" masih terselamat dari sepak terajang KDN!
Walaupun terkilan dengan rampasan tersebut, saudara Zunar melihat rampasan tersebut membawa rahmat kepada majalah tersebut. Ini adalah kerana di Malaysia akhir-akhir ini, kalau nak cepat terkenal atau popular, buatlah apa saje asal kena tangkap dengan polis atau SPRM, pasti akan melonjakkan nama seseorang dengan cepat. Itu yang ada sampai sanggup main auta temberang konon sampai nak tercabut tangan kaki konon kena balun, padahal polis baru je bersin yop..hehehe..siap balut bandage lagi.. :))
Kot ya pun nak hidup jangan "over-acting", polis pun manusia yop. Esok dok berlakun over-over sangat, dia balun betoi-betoi baru padan muka!!
Apapun saya percaya memang rampasan itu akan membuka mata ramai pihak mengenai keujudan majalah "Gedung Kartun" ini. Semacam mane meletupnnya novel Shahnon Ahmad "Shit" tahun 1998 apabila dirampas oleh KDN..Timaseh KDN..hehehe..takebeer.. !!
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
04 Ramadhan 1430
25 Ogos 2009

SIASAT SI TIONG


Salam 2 all.
Semalam Presiden MCA merangkap Mentari Pengangkutan Dato' Seri Ong Tee Keat telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Tiong King Sing berkaitan isu PKFZ.
Saman difailkan melalui peguamcara Tetuan Tan, Goh & Associates difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menuntut gantirugi sebanyak RM500 juta serta permohonan maaf secara terbuka daripada Datuk Seri Tiong.
Saman ini difailkan apabila Datuk Seri Tiong, Ahli Palrimen Bintulu yang juga Ketua Backbencher Be End mendedahkan kepada umum bahawa beliau telah membayar wang sebanyak RM10 juta kepada Dato Seri Ong Tee Keat. Ini diikuti oleh kenyataan Pengarah Urusan Kuala Dimensi Sdn. Bhd. Mohd Faisal yang mendakwa Dato' Seri Ong telah menggunakan kemudahan penerbangan jet peribadi milik mereka sebanyak empat kali.
Dakwaan dan pendedahan ini adalah sangat serius kerana Datuk Seri Tiong adalah juga Pengerusi Eksekutif syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang telah mendapat kontrak bagi pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibawah bidangkuasa Kementerian Pengangkutan.
Dato' Seri Ong dalam samannya antara lain mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Tiong adalah cubaan untuk menghalang siasatan dilakukan terhadap Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang menimbulkan kontorvesi berikutan dakwaan rasuah, salahlaku dan salahguna kuasa membabitkan berbillion ringgit wang rakyat.
Saya hairan mengapa sehingga hari ini pihak berkuasa saperti Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih membisu dan tidak mengambil segera tindakan yang konkrit. Alasan lapuk yang diberi kononnya perkara ini sedang disiasat oleh Public Account Committee (PAC) Parlimen yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Azmi Khalid.
Pada saya ini dua isu yang berbeza. PAC tidak ada kuasa pendakwaan, ia sekadar melapur kepada Parlimen untuk tindakan lanjut. Apa yang berlaku sekarang ini mempunyai unsur-unsur jenayah. Samada Dato' Seri Ong Tee Keat telah melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa, ataupun Datuk Seri Tiong telah melakukan penipuan dan "peras ugut halus" terhadap seorang Menteri Kabinet.
Saya percaya kalau yang terlibat ini adalah pimpinan Pakatan Rakyat, sudah pasti Polis Raja Di Malaysia dan SPRM akan melompat-lompat menghunus keris karat masing-masing.
Dan yang paling malang Timbalan Presiden UMNo Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menasihatkan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan "perbalahan mereka secara senyap-senyap"!?
Ini bukan soal perbalahan parti komponen, ini soal wang rakyat yang bernilai berbillion ringgit telah disalahgunakan. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan melihat tindakan segera dan tegas diambil tanpa sebarang kelengahan lagi. Oleh itu saya mendesak supaya pihak berkuasa tidak lagi bermain aci-cop dengan rakyat, tetapi mengambil tindakan segera untuk mengembalikan hak rakyat kepada rakyat!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
04 Ramadhan 1430
25 Ogos 2009

24 August 2009

YB RADZHI




Salam 2 all.


Semalam sahabat saya YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.
Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".
Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Razhi.
Tindakan YB Razhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Razhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Razhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!
Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Razhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Razhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.
Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.
Kalau kita menuduh YB Razhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Razhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi. Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.
Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah. Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.
Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Razhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).
Selain itu, YB Razhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.
Walaupun YB Razhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Razhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.
Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.
Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Razhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau. Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia. Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.
Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade". Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Razhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Sdr. Razhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, insyallah!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009

KG. TEBUK MAT RASHID



(Semasa melawat projek tebatan banjir di Kg. Tebuk Mat Rashid, Bandar Bharu)


Salam 2 all.


Berita baik buat penduduk Kg. Tebuk Mat Rashid, Bandar Bharu. Saya telah menerima aduan pada 12 Rejab 1430 / 05 Julai 2009 mengenai masalah banjir di Kg. Tebuk Mat Rashid.


Susulan daripada itu, saya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk membangkitkan masalah ini dalam mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Bandar Bharu. Alhamdulillah tindakan serta merta telah diambil dimana pihak Jabatan Perparitan & Saliran (JPS) telah melantik kontraktor untuk melakukan projek tebatan banjir di kampung tersebut.


Setelah mengenal pasti punca banjir tersebut, pihak JPS dan kontraktor telah membuat perparitan baru dipersimpangan rumah Baba dan disalirkan terus ke parit besar menuju Sg. Kerian. Projek tersebut sudahpun dimulakan.


Baru-baru ini, saya telah melawat kawasan projek tersebut bersama Pembantu Khas Ahli Parlimen (Bagi Kawasan Bandar Bharu) Tuan Haji Abdul Rahman (berbaju batik dalam gambar). Kebetulan tuan tanah dimana projek tersebut dibuat En. Baba (berseluar pendek) turut berada di tapak projek tersebut. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Baba yang telah membenarkan sedikit daripada kawasan tanah rumah beliau diambil untuk projek perparitan itu dibuat.


Terdapat sedikit masalah untuk penyiapan projek tersebut kerana cuaca hujan yang menyebabkan tanah menjadi terlalu lembut untuk membolehkan jengkaut masuk ke kawasan tersebut. Juga untuk makluman penduduk, projek tersebut tidak dapat disegerakan kerana musim penanaman padi dimana parit itu diperlukan untuk menyalirkan air ke kawasan sawah.


Saya dimaklumkan walaupun projek perparitan menyalirkan air banjir ke Sg. Kerian insyallah akan dapat disiapkan dalam 20 hari lagi (bergantung kepada keadaan cuaca), namun ini tidak akan menyelesaikan masalah manjir secara mutlak. Ini adalah kerana banyak bergantung kepada jumlah hujan yang turun dan paras air Sg. Kerian dan laut. Sekiranya hujan turun lebat dan air Sg. Kerian serta laut menjadi air besar, kemungkinan banjir tidak dapat dielakkan.


Saya juga dimaklumkan antara punca utama permasalahan banjir dikawasan Bandar Bharu umumnya adalah kerana sejak terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), air hujan mula bertumpu ke kawasan-kawasan tertentu dan tidak merebak saperti dahulu. Ini menyebabkan kawasan yang menjadi aliran arus air hujan daripada lebuhraya ini akan menyebabkan banjir dibeberapa kawasan tertentu, termasuk di Kg. tebuk Mat Rashid, Kg. Bagan Samak, Parit Teropong, Parit Nibong, Kg. Permatang Pasir, Bukit Tok Gula, Sg. Tepoi dan Sg. Kecil Ulu. Dan masalah ini diperburukkan dengan air besar di Sg. Kerian dan laut, apatah lagi dimusim tengkujuh (yang akan melanda tidak lama lagi).


Insyallah saya akan mengadakan perbincangan menyeluruh dengan Jurutera JPS Daerah serta pihak negeri, dan jika perlu dengan pihak Kerajaan Persekutuan (termasuk Kementerian Asas Tani dll) untuk mencari jalan mengatasi masalah banjir dikawasan Bandar Bharu ini insyallah.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Isnin

03 Ramadhan 1430

24 Ogos 2009

22 August 2009

FATWA DORAEMoN

Salam 2 all.

Alhamdulillah selesai kita menyempurnakan hari pertama 'ibadah puasa. Moga-moga ALLAH menerima 'ibadah kita insyallah.

Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.

UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.

Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.

Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakkur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.

Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!

Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.

Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.

Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?

Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.

Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.

Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!

Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.

Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.

Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.

Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.

Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

21 August 2009

RAMADHAN AL MUBARAK

Tirai Sya'ban berlabuh pergi

sinar Ramadhan menambah seri

moga taqwa dapat diperolehi

memantap aqidah disanubari


Salam 2 all.


Ramadhan 1430 / 2009 tiba lagi. Marilah kita bermohon kepada ALLAH agar dapat kita melalui Ramadhan kali ini dengan penuh kesempurnaan.


Rasulullah diriwayatkan pernah bersabda, "akan ada nanti dikalangan kamu puasanya sekadar lapar dan dahaga sahaja".


Ini bermakna sekadar menahan lapar dan dahaga, sekadar tidak makan dan tidak minum bukanlah puasa yang sebenarnya saperti yang ditetapkan ALLAH. Kalau dipenghujung Ramadhan kita sekadar berjaya mengecilkan size seluar, sekadar menurunkan kadar kolestrol, darah tinggi atau kencing manis..maka itu bukan kayu pengukur kejayaan berpuasa.


Apakah sebenarnya matlamat puasa di bulan Ramadhan. ALLAH menyebutnya sendiri didalam Surah Al Baqarah: 183, "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana umat terdahulu, semoga kamu beroleh taqwa".


Matlamat puasa Ramadhan adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Dimana mahu kita cari taqwa ini? Sekali lagi ALLAH memberi jawapannya didalam Al Baqarah:2, "Inilah kitab (Al Quran) yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya, menjadi petunjuk untuk menuju ketaqwaan".


Bermakna dipenghujung Ramdhan nanti, kita boleh mengukur samada 'ibadah kita diterima atau tidak, ialah dengan mengukur samada kita berjaya menjalani kehidupan bertaqwa, iaitu kehidupan berdasarkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah.


Ini bersesuaian dengan firman ALLAH dalam Al Baqarah: 185, "Dan dibulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dengan bukti dan keterangan baginya, dan supaya kamu tahu membezakan (kehidupan kamu)".


Bermakna orang yang bertaqwa akan menjadikan Al Quran dan Sunnah Nabi sebagai garis panduan dan petunjuk dalam menjalani kehidupannya. Dengan menggunakan Al Quran dan Sunnah Nabi maka dapatlah kita membezakan yang mana halal, yang mana haram; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana adil yang mana zalim; yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu, yang mana Islam yang mana bukan!


Dan menjalani kehidupan bertaqwa ini adalah secara menyeluruh. Tidak cukup sekadar solat, puasa, zakat, haji, umrah. Tetapi seluruh aspek kehidupan. Firma ALLAH, "Wahai orang beriman, peluklah (hiduplah) secara Islam sepenuhnya". Dari bangun tidur sehinggalah tidur semula. Dari masuk tandas, makan, berpakaian, berkeluarga, berjiran, bermasyarakat, bekerja, berniaga, bermuamalat, bermunakahat, berhukum hakam, berpolitik, bernegara, bermusuh, hatta berperang sekalipun dan seluruh aspek kehidupan mestilah melalui jalur-jalur Al Quran dan Sunnah Nabi.


Dan ingatlah, jika satu aspek syariat, hukum hakam dan perundangan Islam yang kita tolak, maka batallah seluruh aqidah kita. Sebagaimana bila kita berpuasa. Kita mula berpuasa apabila terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Bagaimana lapar pun kita, kita tidak akan berani berbuka walau sesaat awal. Walaupun kita telah berpuasa sejak jam 5.53pagi, dan waktu berbuka 7.25ptg, kita tidak boleh berbuka walaupun pada jam 7.24ptg. Walaupun seminit, kita tetap sabar menunggu sehingga jam 7.25ptg. Kerana apa, kerana kita tahu kalau kita bebrbuka jam 7.24ptg, seluruh puasa kita hari itu akan batal walaupun yang kita tolak hanyalah seminit. Begitulah kehidupan Islam, walau kita telah bersolat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain, namun jika kita tolak walau satu syariat atau hukum hakam Islam, maka batallah aqidah kita seluruhnya.


Amat malang kita pada hari ini, kerana itulah yang telah kita lakukan.


ALLAH perintahkan kita qisas dalam kes bunuh, kita tolak dan menerimapakai Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang dibawa oleh Lord Reid kafir la'natullah;

ALLAH perintahkan kita memotong tangan pencuri, kita kata penjara sudah mencukupi;

ALLAH perintahkan kita rejam dan sebat penzina, kita kata denda sudah cukup;

ALLAH perintahkan kita jangan syrik, kita sembah bertafakkur tugu negara walaupun Majlis Fatwa memfatwakan perbuatan itu syirik;

ALLAH perintahkan supaya Al Quran menjadi sumber undang-undang tertinggi, kita nobatkan Perlembagaan Persekutuan yang dihadiahkan penjajah sebagai undang-undang tertinggi negara.


Dan yang paling malang, dengan perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang kita lakukan, kita masih berangan dan bermimpi yang kita ini paling layak masuk syurga.


Dan bila ditegur oleh ulama' dan Tok Guru, kita marah, kita maki, dan kita fatwakan ulama' yang menegur sebagai sesat dan perlu bertaubat! Na'uzubillah..

Ingatlah wahai ikhwan, 'ibadah puasa mengajar kita bahawa apa jua yang kita buat, hanya ALLAH jua yang mengetahui. Kalu bersolat, orang akan nampak. Kalau berzakat, orang akan nampak kita membayarnya. Kalau berhaji, orang nampak kita ke Makkah. Tetapi kalau berpuasa, siapa pun tidak tahu samada kita benar-benar berpuasa atau tidak. Hatta anak isteri yang bersahur dengan kita subuh tadi pun tidka tahu samada kita benar-benar berpuasa. Siapa yang akan tahu apa yang kita buat, entahkah kita makan dalam pejabat, entahkah kita merokok dalam tandas, dan pelbagai lagi kemungkinan.

Sebab itu Ramdhan mengajar kita menentang diri sendir, melawan nafsu kita. Sebaik sahaja pulang daripada kemenangan besar dalam peperangan Badar dan menuju kembali ke Kota Madinah, sahabat mengucap alhamdulillah dan berkata kepada Nabi "syukur kita telah menang dalam perang besar Badar Al Qubra ini".

Apa jawab Nabi saw; "kita kembali daripda pernag kecil, kita menuju ke peperangan yang lebih besar". Sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah ada peperangan lebih besar di Madinah ini?".

Jawab Rasulullah, "Ya, mujahiddin nafsi..perang melawan nafsu & diri kamu sendiri".


Moga Ramadhan 1430 ini akan memberikan sinar taqwa dan keimanan yang sebenarnya kepada kita semua insyallah; moga kita muncul sebagai insan yang lebih beriman dan bertaqwa insyallah.


Selamat melaksanakan 'ibadah puasa dibulan Ramadhan 1430 ini.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Juma'at

30 Sya'ban 1430

21 Ogos 2009




20 August 2009

KONSPIRASI SELSEMA BABI


Salam 2 all.

Melihat kepada penyebaran wabak selsema babi atau lebih glamer dengan panggilan Influenza A H1N1, teringat saya akan sebuah filem bertajuk "The Constant Gardener" lakunan Rachel Weisz dan Ralp Fiennnes. Filem tersebut menceritakan kisah bagaimana isteri seorang diplomat British yang juga seorang peguam dijumpai dibunuh di Kenya. Apabila siasatan dibuat oleh suaminya, beliau mendapati isterinya sedang mengumpulkan data dan bukti terhadap sebuah syarikat pembuat ubat yang menggunakan rakyat Kenya sebagai bahan ujikaji untuk virus tuberculosis dan pengubatannya, dan ujikaji tersebut menyebabkan ramai rakyat Kenya mati terbunuh. Sebelum sempat sisuami mendedahkan perkara tersebut, beliau juga turut dibunuh. Namun syarikat pembuat dan pengeluar anti-dote tuberculosis menjadi kaya raya dan membuat keuntungan berlipat ganda.

Kini muncul virus selsema babi. Dan kini terbongkar bagaimana Tamiflu, anti-dote bagi virus selsema babi tersebut membabitkan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Ronald Rumsfield berpakat dengan sebuah syarikat Yahudi, Gilead Corporation yang mengeluarkan anti-dote Tamiflu yang kononnya boleh mengubat virus selsema babi ini!

Ini adalah kisah bagaimana satu konspirasi digubah untuk memperkayakan sebuah syarikat Yahudi. Gilead Corporation adalah syarikat pembuat Tamiflu di Amerika Syarikat yang mengekspot anti-dote tersebut, dengan memperolehi keuntungan berbillion US dollar. Pemegang saham syarikat ini adalah Yahudi, dan pegangan saham yang besar dibeli oleh Rumsfield pada harga USD18 billion.

Virus selsema ini bermula di Mexico, disebuah perkampungan kecil dimana seorang budak dikatakan terselamat? Dipercayai virus ini dilepaskan untuk mencetuskan ketakutan yang kita lihat hari ini. Dengan virus selsema babi ini merebak dengan cepat dan telah membunuh ramai manusia (64 telah mati di Malaysia takat ini) dan ribuan telah terkorban seluruh dunia, pihak-pihak berkuasa seluruh dunia sudah tiada pilihan tetapi terpaksa membeli anti-dote Tamiflu yang dibuat oleh syarikat yahudi Gilead Corporation ini.

Banyak negara telah menempah anti-dote ini yang bernilai berbillion ringgit sebagai persediaan untuk mengekang serangan virus selsema babi ini. Dan apabila mengingatkan virus ini merebak dengan cepat setelah ia mula bertapak di Amerika, yang kemudiannya "di ekspot" ke merata tempat di dunia termasuk ke Malaysia. Serangan pertama berlaku di Malaysia membabitkan krew dan penumpang Air Asia yang kembali daripada Amerika dan Mexico. Begitu juga negara-negara lain..hampir kesemuanya "mengimpot" virus selsema babi ini dari Amerika atau Mexico.

Apakah virus selsema babi ini juga adalah satu konspirasi jahat Yahudi! Apa yang jelas adalah anti-dote untuk virus ini iaitu Tamiflu dimonopoli oleh syarikat Yahudi bernama Gilead Corporation dimana bekas Setiausaha Pertahanan Amerika yang gila babi pro-Yahudi (termasuk serangan Iraq dan Afghanistan) adalah pemegang sahamnya. Sudah pasti Gilead Corporation akan mengaut keuntungan berbillion ringgit..they'll be laughing their way to the Bank!!?
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

KU LI: DAH TARAK CALUN KE?!

Salam 2 all.

Kata Tan Sri Muhyiddin, calun Be End dalam pilhanraya kecil N.11 Permatang Pasir Rohaizat Othman adalah calun terbaik yang ditawarkan oleh UMNo/ Be End untuk memimpin rakyat Permatang Pasir!

Mari kita baca apa kata tokoh veteran UMNo sendiri YTM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (sila baca kenyataan rasmi YTM Ku Li dibawah).

Dalam bahasa undang-undang, ada satu prinsip disebut sebagai "res ipsa loquitur" (things speak for itself).

Kalau seorang peguam yang telah disabit oleh Lembaga Disiplin Guaman dengan kesalahan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang kliennya sendiri dan dibatalkan kelayakan guaman oleh Majlis Peguam Malaysia (yang jarang dilakukan oleh Majlis Peguam) dinobatkan sebagai calun yang terbaik yang boleh dikemukakan oleh UMNO/ Be End, kita tidak tahulah apa jenis spesis lagi yang tinggal dalam UMNo/ Be End! Bak kata Ku Li, dah tak ada lagi ke calun yang lebih baik yang tinggal dalam UMNo/ Be End?

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
29 Sya'ban 1430
20 Ogos 2009

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah is disappointed with the party for fielding disbarred lawyer Rohaizat Othman for the upcoming Permatang Pasir by-election in Penang."Is Umno so short of people that we have to find a lawyer disbarred for financial dishonesty to stand?" asked the Gua Musang parliamentarian in a posting on his blog."Has financial misconduct become so common among us that we no longer see it as a factor in a candidate's suitability?"
The former Umno vice-president said party leaders who select and screen candidates must have known of this impediment but must have considered financial misconduct a trivial matter."I don't know Rohaizat. He may be a fine upstanding citizen. But his public record of dishonesty would have disqualified him from being a candidate for public office in any normal political party," he said.Razaleigh noted that honesty is a minimal condition for public office.
"Whatever the other virtues of the candidate, he should not be considered if he fails this test," he said. He said candidates fielded for election must have a clean record because the public are being asked to place their confidence in him as their leader, and a democratic government breaks down without public confidence. "We are also saying this candidate represents us. I'm sad to have to say such obvious things."By fielding a disbarred lawyer, today's Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia.
"One set of rules for Umno, and another for everyone else. Either that, or this is the best we can do," he added.
Umno defends its choiceThe advocates and solicitors disciplinary board struck off Rohaizat from the roll on March 7, 2008 after finding him guilty of financial misconduct.
The decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat by the purchaser of a piece of property. According to the complaint, Rohaizat failed to refund almost RM161,000 to the complainant after the transaction was aborted.Rohaizat had appealed against the decision of the board to the High Court and the appeal was dismissed on Aug 12 2009.Umno has repeatedly defended its candidate, stating that he was not involved in any fraudulent land transaction personally as a lawyer.The party's information chief Ahmad Maslan said it was Rohaizat's legal partner who handled the matter on behalf of Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Bhd.However, this is contrary to a statement issued by the Malaysian Bar yesterday in which its secretary George Varughese said: "The finding of misconduct is personal to Rohaizat, as the (advocates and solicitors) disciplinary board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s)."
Come Aug 25, Rohaizat, 38, will take on Mohd Salleh, 52, for the state seat, located in the heart of the Permatang Pauh parliamentary constituency in Penang.
The Permatang Pasir seat fell vacant when three-term PAS assemblyperson Mohd Hamdan Abdul Rahman died of an illness on

17 August 2009

N.11 - THE WAR BEGIN































Gambar 1: Calun PR (Ust. Salleh Man) dan calun Be End (Rohaizat Othman).


Gambar 2: Calun PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat.


Gambar 3: Calun bersama Pengurus Pilihanraya dan petugas SPR.


Gambar 4: Kepimpinan ulama'-Tok Guru Nik Aziz & Tuan Guru Hj. Hadi.


Gambar 5: Saya bersama YAB Tan Sri Khalid (MB Selangor), YAB Dr. Mansor (TKM 1 PP), YB Dato' Kamarul dan YB Yusmadi.






Salam 2 all.







Penamaan calun bagi kerusi N. 11 Permatang Pasir sudah pun selesai. Kini sah dua calun akan bertanding iaitu Ust. Salleh bin Man mewakili Pakatan Rakyat dan Rohaizat bin Othman mewakili Be End.







Kempen bermula sebaik sahaja penamaan calun selesai. Tetapi suasana belum hangat lagi kerana masing-masing pihak baru nak mula. Rasenya tengahari ini poster dan bendera akan mula dipasang.







Kami memulakan program malam semalam dengan pelancaran Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir oleh DSAI. Saya diberi amanah membuka gelanggang dengan menyampaikan ceramah sulong bertajuk "Siapa Pengkhianat". Saya merasakan inilah tema yang akan digunakan oleh UMNo dan Be End bagi pilihanraya N.11 ini.









Yang syoknya pagi tadi Shahrizat berjumpa dengan Tok Guru dan menyatakan beliau hampir menangis mendengar Tok Guru menyatakan tidak hairan kalau kafir menghina Islam. Tok Guru dengan selamba menjawab, "nak heran gapo, UMNo lagi pulok doh lame hina Islam (mu dok nangis pun!!)". Shahrizat terus belah..hehehe ;)).







Be End dan UMNo menerima pukulan maut pertama bila Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan semalam bahawa calun Be End Rohaizat Othman telah dibatalkan kelayakan guamannya pada 07.03.2008 kerana kesalahan "berkaitan dengan akaun klien". Ini satu kesalahan yang serius. Bagaimana seorang yang disabit kesalahan pecah amanah sebegitu hendak diamanahkan untuk mewakili rakyat. Alangkan seorang pelanggan pun dikhianati, inikan pula rakyat yang ramai.







Dengar cerita ada beberapa lagi pembongkaran yang akan dibuat oleh beberapa pihak berkaitan dengan calun dan jentera Be End ini. Awal-awal dah kena pukulan k.o. Sepatutnya Be End membatalkan pencalunan Rohaizat dan meletakkan calun lain kerana mereka sudah pun mengetahui perkara ini semalam apabila Majlis Peguam mendedahkannya dan disiarkan oleh semua media perdana. Tetapi namanya Be End..kata Muhyiddin "ini calun terbaik untuk mewakili Be End..".






Tersenyum wartawan mendengar komen Muhyiddin. Kata seorang wartawan, kami pun tak hairanlah. Kalau Be End boleh tuduh DSAI pengkhianat Melayu, tak payah kami jawab, ada satu tokoh dan orang kuat Be End memberitahu kami dengan membekalkan bukti bagaimana seorang pemimpin UMNo mengkhianati orang Melayu Johor dengan menggadai tanah di Johor kepada syarikat Singapura, dan bagaimana dia menggunakan projek Johor Tenggara untuk menyapu tanah rakyat Melayu Johor dengan harga murah dan kemudiannya menjual tanah tersebut dengan harga yang mahal. Dan sedikit pun itu dengan orang Melayu Johor.tak berkongsi keuntungan. Dan mereka boleh tuduh orang lain pengkhianat..kaca dulang paku serpih, nak ngata orang awak yang lebih!!




Banyak lagi pendedahan kabarnya akan dibuat semasa kempen pilihanraya N.11 ini. Gendang perang telah pun dipalu..rugi yop kalau mike semua tak datang..moh kite ramai-ramai turun ke Permatang Pasir. Dari PLUS highway keluar ke arah lebuhraya BKE "Grik/Timur", lepas bayar samy tol, keluar kat exit Kubang Semang atau Bukit Berapit/Penanti..dari situ bermula kawasan pilihanraya.




Kalau ngkorang nak tidoq, banyak tempat dibuka oleh kedua-dua pihak, tak pun tidoq masjid je lah yop macam kitorang. Dapat berkat dan i'tiqaf.. ;))




See you all in N.11 Permatang Pasir (orang Penang kata "Matang Pasiaq").




Adios & grasias amigos.





Zulkifli Bin Noordin



Isnin



26 Sya'ban 1430 / 17 Ogos 2009



14 August 2009

APA CITER SPRM?!




(Mahligai Khir Toyo di Seksyen 7 Shah Alam yang Mahathir sendiri pun kata mesti bernilai lebih RM3.5juta (lihat The STAR 11.07.2009 M/S N.34). Takkan pencen MB boleh mampu mahligai sebesar ini, sampai Mahathir pun takajuik beruk!. Samada SPRM buta atau...!!)

Salam 2 all.

Sekali lagi terbukti kemandulan SPRM apabila gagal mengambil sebarang tindakan tegas dalam isu PKFZ (Port Klang Free Zone).

Datuk Tiong King Sing, daripada syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (yang juga Ketua Backbenchers Club Be End) dan pengarah urusannya Mohd. Faisal telah membuat tuduhan yang sangat serius terhadap seorang Menteri kabinet iaitu Dato Seri Ong Tee Keat. Tiong mendakwa telah memberikan sumbangan sebanyak RM10juta kepada OTK bagi kegunaan parti MCA. Manakala Faisal mendakwa OTK telah menggunakan khidmat jet peribadi milik Kuala Dimensi sebanyak empat kali.

Sudah tentu sekurang-kurangnya ada alasan kuat untuk siasatan segera dimulakan akan kemungkinan ujudnya elemen rasuah dan salahguna kuasa disini kerana Kuala Dimensi adalah syarikat yang diberikan tender untuk membina PKFZ, yang terletak dibawah bidangkuasa Kementerian Pengangkutan dimana OTK adalah Menterinya.

Kalau dalam kes 46 ekor lembu korban yang disedekahkan ke masjid dan surau oleh sebuah GLC Selangor untuk sambutan 'Aidil Adha menyebabkan Ketua Pengarah SPRM Ahmad Said melompat-lompat tak sabar nak sembelih YAB Menteri Besar Selangor, bagaimana dengan kes PKFZ, Kuala Dimensi dan OTK ini!

Sudahlah kes pembinaan mahligai Khir Toyo yang bernilai berjuta itu pun langsung SPRM membisu, sedangkan Tun Mahathir sendiri pun ragu-ragu macam mana MB pencen dan doktor gigi boleh memiliki mahligai sebesar itu.

Apakah SPRM hanya sekadar "Sembelih Pakatan Rakyat Mampuih", sedangkan dengan Be End dan UMNO sepatah pun tak keluar?! Another double standard Mr Ahmad Said?

Saya mendesak supaya SPRM tidak lagi berlengah dan berdolak dalik dalam isu ini. Siasatan segera harus dibuat, dan pihak yang berkaitan mesti diheret ke muka pengadilan. Berbillion wang rakyat telah diselewengkan. Rakyat menuntut jawapan! It's a simple open & shut case-samada Tiong/ Faisal berbohong, atau OTK mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa! There's no two way about it, coz either way somebody did commit a wrong. And a wrong is a wrong, even if done, and especially if committed by the power that be!

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Sya'ban 1430
14 Ogos 2009

13 August 2009

ALFATIHAH: MOHD. ASRI

(Allahyarham Sdr. Asri (tengah) bersama Kumpulan Rabbani)

Salam 2 all.

Saya ucapkan innalillah hiwa inna ilaihiroji'un dan takziah atas pemergian mengejut penyanyi nasyid terkenal Sdr. Mohd. Asri Bin Ibrahim (40) dari kumpulan Rabbani jam 11.00 pagi tadi semasa berada di Kompleks Angkasapuri, RTM.

Beliau dikatakan pengsan semasa sedang mengendalikan program Syahadah untuk musim Ramadhan akan datang ini. Allahyarham dipercayai diserang sakit jantung dan para petugas segera menghantar Allahyarham ke Pusat Perubatan Pantai. Allahyarham Mohd. Asri disahkan meninggal dunia setibanya di pusat perubatan tersebut.
Allahyarham Mohd. Asri lahir di Kelang, Selangor pada 03.08.1969. Beliau baru sahaja menyambut ulangtahun ke 40 pada 03 Ogos lepas. Allahyarham Mohd. Asri asalnya adalah daripada kumpulan nasyid Nadamurni, sebuah kumpulan nasyid yang berkembang daripada sebuah pergerakan dakwah yang terkenal di tanahair satu ketika dahulu. Selain kumpulan Raihan, Allahyarham Mohd. Asri bersama dengan kumpulan Rabbani telah menaikkan martabat nasyid ke persada yang dihormati lagi popular dikalangan masyarakat Islam khususnya. Antara lagu beliau yang terkenal adalah lagu "Intifadhah", sebuah lagu menceritakan kisah kebangkitan umat Islam Filistin.

Semoga ALLAH meletakkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, dan menjadikan segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid sebagai 'ibadah bagi beliau. Moga juga ALLAH berikan kesabaran kepada isteri beliau Halizah Shahzan (39), keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Sya'ban 1430 / 13 Ogos 2009

10 August 2009

TAKBEER! SELANGOR DARUL KHAMAR?

(Bersama Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor selepas menyampaikan tazkirah & khutbah Jumaat di Masjid Jame' Kuala Lumpur pada tahun 1998. Almarhum tegas mengingatkan kita khamar itu adalah "Ummul qobaais-ibu segala maksiat-mother of all evil!)
Salam 2 all.


Saya sangat kecewa dengan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Ianya telah menukar status Selangor daripada negeri Darul Ehsan kepada Selangor Darul Khamar!!


Desakan ini dibuat berdasarkan hakikat Shah Alam adalah kawasan yang penduduknya lebih 90% adalah umat Islam. Tidak ada sebab untuk kedai peruncitan dan serbaneka untuk menjual arak, beer atau alkohol atas apa nama sekalipun, apatah lagi jika ianya berdekatan dengan surau atau masjid.


Berikutan aduan yang dibuat oleh umat Islam, Majlis Bandaraya Shah Alam telah melaksanakan langkah merampas arak yang dijual dibeberapa kedai serbaneka ini. Namun tindakan MBSA telah dipertikai oleh YB Ronnie Liu daripada DAP yang mengarahkan supaya MBSA memulangkan balik arak yang dirampas.


Tindakan YB Ronnie Liu telah membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di Shah Alam. Maka PAS Selangor dibawah pimpinan YB Dato' Hassan Ali telah mengemukakan memorandum supaya larangan penjualan arak secara menyeluruh di Selangor dilaksanakan.


Tindakan dan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar jelas bertentangan dengan kehendak dan aspirasi penduduk Islam di Shah Alam, dan jelas tidak menghormati pendirian PAS Selangor yang merupakan rakan Pakatan.


Malahan apa lebih dikhuatiri sikap YAB Tan Sri Menteri Besar akan memberikan persepsi beliau terlalu tunduk kepada nafsu serakah DAP yang akhir-akhir ini kelihatan makin melampau dan biadap termasuk membuat kenyataan dan tindakan yang dianggap menghina dan merendahkan Islam dan umat Islam.


Kalau Shah Alam yang majoriti besarnya adalah umat islam boleh dicabul dengan penjualan arak, apalah nasib kawasan lain di Selangor! Alangkan YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman pun pernah menyatakan supaya Shah Alam hendaklah dibebaskan daripada pengaruh arak.


Saya teringat lagi kata-kata Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor yang sentiasa mengingatkan kita dan istiqomah dalam menegaskan bahawa arak itu adalah "ummul qobaais" - ibu segala maksiat..the mother of all evil! Saya kira kalau Almarhum masih hidup, sudah tentu beliau akan menentang habis-habisan tindakan Kerajaan Selangor ini.


Saya ingin menegaskan bahawa saya langsung tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Selangor membenarkan penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Selangor. Saya mengambil keputusan memufaraqahkan diri daripada keputusan itu.


Saya juga mendesak supaya Kerajaan Selangor supaya menarik balik keputusan membenarkan penjualan arak tersebut dan menerima memorandum yang dikemukakan oleh PAS Selangor untuk larangan menyeluruh keatas penjualan arak di Selangor.


Saya juga berpendapat mungkin sudah tiba masanya undang-undang negara dipinda untuk membolehkan tindakan pertuduhan jenayah dikenakan terhadap mana-mana pemilik atau pengusaha kedai peruncitan ataupun serbaneka yang menjual arak kepada mana-mana orang Islam. Kita melihat kebanyakan pemilik atau pengusaha ini terdiri daripada golongan bukan Islam, malahan ada antaranya dimiliki oleh taukeh judi. Mereka tahu bahawa jika mereka menjual arak kepada remaja Islam tindakan tidak boleh dikenakan terhadap mereka; kerana undang-undang negara menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada umat Islam.


Saya juga memohon kepada Kebawah Duli Sultan Selangor mengambil tindakan tegas dalam hal ini kerana sebagai payung bagi agama Islam dalam negeri Selangor, rakyat mengharapkan Tuanku memelihara kesucian dan maruah Islam dan umat Islam yang sudah tercemar akibat kegagalan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor mempertahankan Islam. Tuanku, you are the last bastion of Islam in this state of Selangor..please do something to redeem the honor and status of Islam in Selangor!


Saya juga menyeru sahabat-sahabat pejuang Islam supaya istiqomah dalam perjuangan kita memastikan Selangor khususnya, dan Malaysia amnya bebas daripada pengaruh arak, beer dan alkohol. Janganlah nanti dikata orang takbir kita dah jadi "tak-beer"!!


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Isnin
19 Sya'ban 1430
10 Ogos 2009

FORUM PERDANA HUDUDULLAH


JABATAN HAL EHWAL ISLAM NEGERI KELANTAN
MENGANJURKAN
FORUM PERDANA HUDUDDULLAH
(Sempena Majlis Sambutan Hududullah Negeri Kelantan 1430/2009)
DENGAN AHLI PANEL
SAHIBUL FADHILAH TUAN GURU DATUK HARUN TAIB
(Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat)
PROFESSOR DR. ABDUL AZIZ BIN BARI
(Pensyarah Kanan, Kulliyyah Undang-Undang, UIA)
YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
(Ahli Parlimen, Kulim Bandar Bharu)
Tajuk:
"PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA:
ANTARA REALITI & HARAPAN"
Tempat:
DEWAN BESAR, BALAI ISLAM LUNDANG, KOTA BHARU, KELANTAN
Tarikh / Masa:
Rabu 21 Sya'ban 1430 / 12 Ogos 2009
08.30 malam - 11.45 malam
************************************************************

SELAMAT HARI JADI DSAI


(Gambar DSAI yang sedang nak dibawa keluar daripada lokap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kebetulan gambar ini diambil semasa harijadi DSAI saya tak ingat tahun apa).


Salam 2 all.

Hari ni Isnin 19 Sya'ban 1430 bersamaan 10 Ogos 2009 adalah hari ulangtahun ke 62 bagi Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kalau mengikut rekod, DSAI lahir pada 10 Ogos 1947, bersamaan dengan hari Ahad 22 Ramadhan 1366. Jadi kalau mengikut taqwim Islam, umur DSAI adalah 63 tahun.

Saya masih ingat masa tempoh dipenjarakan (1998 hingga 2004), terutamanya semasa kes perbicaraan DSAI dijalankan, gerakan reformasi akan mengadakan sambutan harijadi DSAI didepan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang masa itu terletak dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Kadang-kadang kami akan mengadakannya dihadapan Kompleks Penjara Sg. Buluh kalau masa itu tiada perbicaraan.

Kalau masa tu sambut hari jadi DSAI, kami tak payah tiup lilin dah sebab FRU akan tolong semburkan gas water cannon..hehehe..siap melencun yop.. ;))

Apapun, pesan Rasulullah, "tinggi-tinggi umur umatku adalah sama dengan aku..iaitu 63 tahun. Mungkin lebih sikit, atau kurang sikit".

Moga ALLAH memberikan keberkatan kepada baki umur yang kita ada insyallah.

Apa pun, selamat harijadi ke 62 Dato' Seri.. ;))

Zulkifli Bin Noordin

Isnin 19 Sya'ban 1430 / 10 Ogos 2009

ELECTION LAGI!


Salam 2 all.
Nampak gaya kita berpilihanraya lagi.
SPR mengumumkan sebentar tadi pilihanraya kecil bagi kerusi N. 11 Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009, manakala penamaan calon akan diadakan pada hari Isnin 26 Sya'ban 1430 / 17 Ogos 2009.
Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 08 hari. Kerusi N. 11 Permatang Pasir terletak didalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang turut mengalami pilihanraya kecil apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan. Pilihanraya kecil Permatang Pauh dimenangi oleh Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti yang meningkat.
Parlimen Permatang Pauh turut mengalami pilihanraya kecil sekali lagi apabila mantan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Sdr. Ahmad Fairuz mengosongkan kerusi dan memberi laluan kepada Timbalan Ketua Perhubungan Negeri PKR Sdr. Mansor memenangi kerusi tersebut. PRK Penanti menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah UMNo dan Be End tidak meletakkan sebarang calon, memberikan kemenangan mudah kepada YB Mansor yang kini mengambil alih jawatan TKM II Pulau Pinang. Cuma kerusi DUN Seberang Jaya sahaja dalam Parlimen Permatang Pauh yang belum mengalami pilihanraya kecil. Kerusi tersebut disandang oleh YB Datuk Mohd. Ariff Shah daripada UMNo/ Be End.
Pilihanraya kecil N. 11 menyaksikan pengundian akan diadakan pada bulan puasa iaitu pada 04 Ramadhan 1430. Kerusi yang disandang oleh PAS tersebut sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memenanginya pada pilihanraya ke 11 tahun 1999. Beberapa nama tokoh PAS telah ditonjolkan, namun calun favorit masakini ialah ayam tambatan PAS Sdr. Mohamad bin Sabu, bekas Naib Presiden PAS yang lebih terkenal dengan panggilan Abang Mat Sabu.
Saya rasa di bulan yang mulia dan penuh barakah ini, UMNo berpeluang membuktikan keikhlasannya untuk mengajak PAS mengujudkan perpaduan ummah dengan tidak bertanding kerusi N. 11 ini. Saya percaya jika UMNo tidak meletakkan calun, sudah pasti PAS akan lebih cenderung untuk membalasnya dengan mengadakan perbincangan demi perpaduan ummah.
Malahan saya percaya UMNo boleh membuktikan keikhlasannya untuk perpaduan ummah dengan mengembalikan semua hak-hak rakyat Islam Kelantan saperti pembayran wang royalti petrolium, dan tidak menganaktirikan Kerajaan Kelantan dalam apa juga peruntukkan dan program persekutuan. Saya cukup yakin keikhlasan itu akan membuka ruang untuk pimpinan PAS duduk semeja dengan UMNo untuk mencari kata sepakat mendaulat, memartabat dan memperkukuhkan kedudukan ummat Islam yang makin tehakis dan tercabar mutakhir ini.
Tepuk dada tanyalah iman maisng-masing..
Adios & jazakallah.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
19 Sya'ban 1430
10 Ogos 2009

07 August 2009

ALFATIHAH: WS RENDRA


Salam 2 all.


Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilaihiroji'un dan takziah atas pemergian Sdr. WS Rendra, seorang tokoh sasterawan reformis di nusantra dunia Melayu ini. Beliau meninggal semalam di Jakarta semasa menjalani pembedahan pintasan jantung.


Rendra adalah seorang penyair terkenal Indonesia, dilahirkan pada 07 November 1935 di Solo, Jawa Tengah. Ayahnya R.Cyprianos Sugeng Brotoatmodjo dan ibunya RA Ayu Catharina Ismadillah.


Beliau adalah lulusan Fakultas Sastera Universitas Gajah Mada. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian setelah memperolehi biasiswa daripada American Academy of Dramatical Art pada tahun 1967.


Salah satu karya asli Rendra, "Bip-Pop" telah menjulang namanya dan dipentaskan pertama kalinya pada tahun 1968. 20 thaun setelah itu karya tersebut dipentaskan di New York pada tahun 1988, sebelum dipentaskan semula di Taman Ismail Marzuki, Jakarta.


Beberapa karya beliau telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris, Jerman dan Belanda.


Antara karya beliau yang paling saya gemar adalah sebuah sajak bertajuk "Rajawali", yang sajak ini saya tafsirkan masakini untuk para mujahiddin dan syuhada Islam yang menjadi Lasykar Allah-golongan hizbullah yang setia mempertahankan Islam walaupun bersendirian:


Rajawali


Sebuah sangkar besi

tidak bisa merubah seekor Rajawali

menjadi seekor burung nuri


Rajawali adalah pacar langit

dab didalam sangkar besi

Rajawali merasa pasti

bahawa langit akan selalu menanti


Langit tanpa Rajawali

adalah keluasan dan kebebasan

tanpa sukma

tujuh langit, tujuh Rajawali

tujuh cakrawala, tujuh pengembara


Rajawali terbang tinggi

memasuki sepi

memandang dunia

Rajawali disangkar besi

duduk bertapa

mengolah hidupnya


Hidup adalah marjan-marjan kemungkinan

yang terjadi dari keringat matahari

tanpa kemantapan hati Rajawali

mata kita hanya melihat fatamorgana


Rajawali terbang tinggi

membela langit dengan setia

dan ia akan mematuk kedua matamu

wahai kamu, pencemar langit yang durhaka


Moga ALLAH meletakkan Allahyarham dalam golongan soleh dan diberi keampunan dan rahmatNya. Moga ALLAH menganugerahkan kesabaran kepada keluarganya. Ameen.


Zulkifli Bin Noordin

Jumaat

16 Sya'ban 1430

07 Ogos 2009

06 August 2009

BIADAPNYA PEMUDA DAP

(Gambar laman web tersebut "THE MIGHT OF THE PEN")


Salam 2 all.
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
**************************************************************************************
RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009
It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.
By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.
Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.
By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.
As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.
DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.
Comments (2)
2 Comments »
Its not always about racism. But it is convenient to hide behind it. In this case, it is about INSENSITIVITY. That, we cannot stomach. Look at remarks on Yasmin Ahmad, most malaysians regardless race condemned it.
Anyway, Dr Riduan Tee, here’s something which may help you in your life..”Wise men talk because they have something to say, fools talk because they have to say something” Plato
Comment by kn — August 6, 2009 @ 10:30
Who is this bastard of a mohd ridhuan ? Is he a Chinese ? If he is one he certainly does’t speak like one neither does he speak like a dr. Get rid of that dr in front of your name mohd, what sort of a fucking dr r u. Where is your compassion,your understanding,your sympathy towards a dead ma’s unborn child. Has everything to be reduced to your fucking religion ? Your conversion to islam is your own personal business but why must u be used as cat paws by your umno muslims for their unmuslim benefit ? Have u no guilt or shame that u can be used to such an extent as to shame the man who fathered u n the mother who gave birth to u ?
R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims. They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born. They wasted all their effort bringing u up hoping u would take care of them in old age n sweep their graves after death. Now u won’t b doing either, they wouldn’t want to b associated with u. I m sure your relatives feel the same. U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.
As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.
If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters !
Wishing u and family miserable lives n deaths.
Comment by Tulan Chin — August 6, 2009 @ 11:31