30 September 2009

RAYA RAYA RAYA
















Salam 2 all.
Saja nak siarkan gambar-gambar sekitar 'eidulfitri di kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu. Kata orang, sekeping gambar membawa beribu ma'ana. Alhamdulillah saya sempat menziarahi kedua-dua kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu. Daripada Pekan Kulim ke Terap, Badlishah, Sg. Tengas, Kg. Lobak, Ulu Mahang, Kuala Dingin, Pekan Selama, Kg. Sg. Salleh, Lubok Buntar, Serdang, Parit Nibong, Bandar Bharu, Junjong, Ayer Merah, Taman Jati, Taman Bersatu dan singgah menyinggah dibeberapa tempat (walaupun tak sempat makan minum), tapi sempatlah agih-agih duit raya. Kata orang, rabak jugaklah poket. Mau tak, sekali jalan duit raya dan sumbangan saja dekat RM3,500-00 yop!! (Tu tak termasuk yang diagihkan melalui pegawai-pegawai dan wakil-wakil saya. All in belanja raya di Kulim Bandar Bharu sahaja lebih RM10k lah jugak). Apa pun, saya ucapkan syukour kepada ALLAH kerana dapat juga beraya di Kulim Bandar Bharu. Bagi yang mana saya tidak sempat ziarah, saya pohon ampun dan ma'af. Insyallah akan datang kita beraya sama.
Taqobbalallah huminkum.
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, WALILLAH HIL HAMD
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
11 Syawal 1430 / 30 Sept 2009

22 September 2009

MY KAMPUNG









Salam 2 all.
Kali ini saya ingin memperkenalkan kampung saya untuk tatapan saudara/i. Kampung saya namanya Kampung Gabus, terletak didalam mukim Pulai, Baling, Kedah. Jaraknya dari pekan Baling dalam 6 km. Dari pekan Kupang dalam 7 km.
Kalau daripada Butterworth, sebaik keluar dari Lebuhraya Plus, ambil exit Grik/ Timur (selepas sahaja melepasi Masjid Seberang Jaya). Dari situ jaraknya lebih kurang 95km, melalui Lebuhraya Kulim Butterworth Expressway (KBE) dengan tol dua kali. Tiba di exit Kupang, keluar dan ambil jalan utama ke Baling sehingga bertemu Pekan Pulai (lebihkurang 7km dari exit Kupang tadi). Dari Pekan Pulai masuk ke sebeblah kanan menuju ke Telok Sera, dalam 2 km akan ditemui sebuah jambatan. Betul-betul sebelum jambatan itu ada simpang ke kiri melalui tepi sungai (dalam gambar), masuk dalam 50 meter ada lorong kekiri naik keatas, akan nampak rumah berbumbong hijau.
Kalau teringin melalui jalan kampung, saudara/i boleh keluar di exit Parit Buntar/ Bandar Bharu atau Jejawi/ Sg. Bakap dan cari saja jalan menuju ke Pekan Kulim. Bila tiba di Pekan Kulim, cari jalan menuju Lebuhraya Grik/ Timur, dan bila masuk lebuhraya itu ikut sahaja panduan saperti diatas. Walaupun sedikit jauh (akan ambil masa lebihkurang 2 jam) tapi perjalanan merentasi pelbagai kampung dan pekan koboi sangat menyeronokkan.
Atau saudara/i boleh mengambil jalan lain iaitu keluar di exit Kuala Kangsar dan terus menuju ke Grik (keluar sahaja tol ambil pukul 12 jalan terus sahaja). Selain menjimatkan tol, saudara/i akan terpegun dengan keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan lebih kurang 2jam daripada tol Kuala Kangsar ke Baling itu. Jangan lupa singgah makan ikan sungai di Restoran Tasik Raban. Lepas tu dalam perjalanan ke Lenggong singgah beli ikan pekasam kampung..sedap giler sheh. Lepas Pekan Grik, dalam 1 km akan ditemui sebuah round about. Sebaik sahaja lepas round about, dalam 50 meter ada pusingan kekiri ditulis "Baling", ambil jalan itu. Dari situ ke Baling dalam 25-30minit, dan saudara/i pasti akan terpesona dengan pemandangan hutan dan gunung ganang serta air terjun sepanjang perjalanan merentasi 11 buah jambatan..subhanallah, memang mengkagumkan. Sebaik tiba exit ke Pekan Kupang, keluar dan ambil jalan utama ke Baling dan ikutlah panduan saperti diatas.
Kampung saya dikenali sebagai Kampung Gabus, asal nama dari pokok gabus. Terdapat sebuah sungai yang merentasi kampung ini iaitu Sg. Gabus, dan rumah saya terletak berhampiran sungai ini. Kalau tidur malam boleh dengar simfoni air jeram yang ori. Pemandangan dari rumah saya hijau keliling. Sebelah kanan rumah ada kebun getah, dan kebanyakan penduduk sini adalah penoreh getah. Sebelah kiri rumah penuh dengan pokok buah saperti rambai, dokong, dan durian. Termasuk 3 pokok durian tua yang setinggi lebih 100 kaki yang berumur pun hampir 100 tahun. Tapi isi durian dia cukop power..
Bagi yang berminat dengan mandi sungai, punyalah dekat, bunyi bersin pun boleh dengar. Airnya sejuk sebab fresh dari gunung; taklah dalam. Paling dalam pun takat dada itik je! Yang paling syok baring kat batu-batu jeram tu..sambil mata tengok ke langit biru..memang ni'mat tak terkata. Tambah kalau time tengahari yang panas. Sepanjang sungai ni banyak pokok pinang, kebanyakannya ditanam oleh Allahyarhamah Tok Pah saya.
Tidor dirumah saya tak payah air-con, dia punya sejuk kalah air-con, tambah time pagi. Kena hari berkabus, pakai menggigil lah kalau tak berselimut. Waktu malam saya cukup enjoy tengok kelip-kelip yang masih lagi ada disini, walaupun tak sebanyak macam di Kuala Selangor. Tapi kekadang geng "hidung-kembang" pun mai juga, dia suka menyondol kat busut kecik hujung tanah rumah saya sambil lari masuk parking kat dalam kebun getah tu.
Saya ingat dulu time kacik-kecik, rimau pun ada. Masa tu kampung kami kira dalam hutan jugaklah. Nak masuk dari jalan besar Baling pun jalan tanah merah. Kalau time nak melepas waktu malam paling problem. Kena bawak jamong sabut kelapa atau kain burok rendam minyak tanah. Pegi kat tepi sungai angkat kain tutup kepala, tengah dok melepas dengar rimau bersin kutu lari berterabur yop. Jamong kemana, kain kemana!!
Tapi hari ni rimau dah tinggal kat zoo jer..kalau nak ada pun yang spesis kecik dipanggil kucing. Saya ni suka bela kucing, jadi berlambaklah kucing kat rumah ni. Macam-macam kaler ada. Sekali tu masa singgah di R & R Rawang, ada 6 ekor anak kucing baru beranak depa nak campak, saya ambik dan bawak ke Baling. Sekarang dah bercucu cicit dema yop.
Tidor malam disini memang syok, walaupun senyap sepi, tapi simfoni unggas dan cengkerik cukup mengasyikkan. Bersahut-sahutan sampai ke pagi. Kalau jenis yang berminat dengan bintang, malam yang pekat likat membolehkan kita melihat taburan bintang dilangit yang tak akan dapat kita lihat di bandar.
Waktu pagi cukup syok berjalan keliling kampung. Dalam keadaan kedinginan pagi, dan kekadang dengan kabus, pekena roti canai atau kopi-o pekat di kedai berhampiran memang syok. Dengan pemandangan Gunung Baling yang hampir perfect, memang suatu pengalaman yang sukar dilupakan.
Bila berada di Baling, jangan lupa pergi berkelah di Lata Bayu, lebih kurang 15 km dari rumah saya. Satu kawasan air terjun yang "picture-perfect". Juga jangan lupa pergi mandi kolam air panas semula jadi di Legong, lebih kurang 25 km dari rumah saya. Kolam ini dibuka 24jam. Kalau bab kedai makan, jangan risau jangan kuatir, kedai makan, warung & restoran 24 jam bersepah. Daripada makanan kampung hingga ke mamak piaw, termasuk masakan ori siam memang banyak. Jangan lupa pekena nasi gulai batang pisang, masakan ori Baling. Ada sebuah warung di Kupang yang masih menjual lauk kawah ni, memang bila dah kena mesti mai balik punya!
Juga jangan lupa kalau mai Baling ziarahlah maqam para syuhada Memali di Parit Panjang, lebih kurang 20km dari rumah saya (ikut jalan Kg. Sirako, iaitu jalan lama ke Alor Setar). Juga Kampung Memali, tempat sejarah hitam negara bila ulama' Asy Syahid Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya dibunuh kejam.
Bagi yang berminat dengan barang siam, boleh ke Betong, Siam yang terletak dalam 30minit perjalanan daripada Baling. Macam-macam ada. Tapi di pekan Baling pun banyak kedai menjual barangan Siam. Tapi kalau sahaja seronok nak seberang sempadan no problemo..
Well, begitulah serba ringkas kampung saya. Bagi yang berminat nak merasa suasana hidup di kampung, kami ada juga buat home-stay dirumah saya. Just drop by and you are more than welcome to stay over. But better kalau saudara/i email dahulu so that kami boleh buat preparation. Bukan apa, ramai budak-budak hari ni tak dapat lagi merasa suasana hidup di kampung. Jadi home-stay ini akan menjadi pengalaman yang insyallah akan memberi mereka kenangan yang takkan dapat dilupakan.
Adios.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
03 Syawal 1430 / 22 Sept 2009

21 September 2009

KHUTBAH 'EIDULFITR








Salam 2 all.
Alhamdulillah Ahad 01 Syawal 1430 bersamaan 20 Sept 2009, saya diberi keizinan ALLAH untuk bersama umat Islam sekitar Kulim mendirikan solat sunat 'Eidulfitr di Masjid Muhajirin, Taman Tunku Putra.
Saya bersama sahabat saya Sdr. Ustadz Khari telah selamat sampai ke Masjid Muhajirin sekitar jam 08.15am. Saya kemudiannya beramah mesra dengan pengerusi Masjid Muhajirin, Sdr. Shamsuddin dan Ahli Jawatankuasanya dan beberapa jemaah yang hadir awal.
Kemudian kami memulakan majlis dengan bertakbir raya, dan saya sempat bertakbir satu round.
Allah hu akbar Allah hu akbar Allah hu akbar
la ila haillallah wallah hu akbar
Allah hu akbar walillah hil hamd
La ila haillallah huwala na'budu illa iyya humukhlisin nalahuddin
walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun, walau karihal munaafiquun
La ila haillallah hu wahdah, sodaqo wa'dah, wanaso ro'abdah
wa a'azzanjudahuu wahazamal ahzaa bawahdah
La ila haillallah wallah hu akbar
Allah hu akbar walillah hil hamd
Kemudian kami mendirikan solat sunat 'Eidulfitr, dan pihak Masjid meminta saya mengimamkan solat. Sebagaimana biasa, sebelum solat, sahabat saya Ustadz Khari menyampaikan kaifiyat solat, memperingatkan jemaah supaya bertakbir 7 kali dirokaat pertama diselangselikan dengan tasbih 6 kali, dan bertakbir 5 kali dirokaat kedua diselangselikan dengan 4 tasbih. Pada roka'at pertama saya membaca surah Al-'A'la, dan rokaat kedua surah Ad-Dhuhaa.
Kemudian saya naik menyampaikan khutbah. Setelah memuji ALLAH dan membaca ayat 20 surah Al-Fath, "Alhamdulillah hillazi arsala rasu lahu bil huda wadiinil haq, liyuz hiro hu 'aladdiinikullih, walau karihal musyrikuun", saya memperingatkan diri saya dan para jemaah dan hadirin supaya bertaqwa kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kita mati melainkan dalam Islam.
Saya memanjat syukor kerana diberi kesempatan untuk meraikan hari yang di anugerahkan ALLAH kepada umat Islam. Anugerah kerana kemenangan kita memerdekakan diri daripada belengu nafsu, penjajahan iblis dan syaitan. Satu perjuangan yang sukar, sebagaimana sabda Rasulullah saw "mujahiddin nafsi-perang melawan diri sendiri".
Puasa mengajar kita erti mencapai matlamat taqwa sebagaimana yang disebut dalam Al-Baqarah 183, "Ya aiyuhallazi na aamanu kutiba 'alaikumussiyyam, kama kutiba 'alallazi namin qoblikum, la 'allakum tattaaquun". Taqwa ertinya sebagaimana disebut Saidina 'Umar ra, apabila ditanya sahabat apa itu taqwa, Saidina 'Umar menjawab dengan bertanya semula. "bagaimana kamu jika berjalan dimalam hari yang gelap gelita dijalan yang penuh ranjau dan duri dalam keadaan mata tertutup". Jawab sahabat, "sudah tentu kami akan berjalan dengan penuh hati-hati wahai 'Umar". Kata Saidina 'Umar, "itulah kehidupan didunia, penuh ranjau dan duri yang kamu tidak nampak". Tanya Saidina 'Umar lagi, "bagaimana kamu dikala itu datang seorang bermata celik membawa jamong memimpin kamu melalui jalan itu". Sahabat menjawab, "sudah tentu sangatlah mudah perjalanan kami". Lantas Saidina 'Umar menjawab, "itulah yang disebut ALLAH dalam al Baqarah:2/3, "Zaa likal kitaa bula roy bafii, hudal lil muttaqin; allazi nayu' minu nabil ghoib: Al Quran, kitab yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi penyuluh dan petunjuk bagi orang yang bertaqwa, iaitu orang yang beriman dengan perkara yang ghaib (yang dia tidak nampak)".
Sebab itulah Rasulullah berpesan dalam khutbatul wida', "berpeganglah kamu kepada AlQuran dan sunnahku, nescaya kamu tidak sesat". Lalu ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 185, "syahru ramadhonallazii unzilafiihil quraanu hudallinnas, wabaiyinati minal huda wal furqan , sesungguhnya dibulan Ramadhan diturunkan AlQuran sebagai penyuluh dan petunjuk bagi manusia, dengan penuh keterangan dan bukti mengenainya, supaya ianya menjadi al furqan, iaitu pembeza kehidupan kamu". Dengan menjalani kehidupan berdasarkan Al Quran dan sunnah, kita akan dapat membezakan yang mana halal haram, dosa pahala, 'adil zalim, hak batil, benar palsu, Islam dan bukan Islam!
Dan puasa mengajar kita erti Iman. Kalau 'ibadah lain orang akan nampak amalan kita. Solat, haji, zakat dan lain-lain, semuanya orang nampak. Namun puasa suatu 'ibadah yang orang tidak akan nampak dan tahu. Hanya ALLAH dan kita sahaja yang tahu. Itulah iman-meyakini perkara yang ghaib.
Dan puasa mengajar kita erti kesyumulan Iman dan Islam. Walau bagaimana cantik amalan puasa kita, daripada tarawih berjema'ah, diikuti tadarrus, kemudian pada dini malam, kita bangun tahajjud dan sunat taubat, kemudian bersahur. Setelah bersahur, kita ke masjid mendirikan tahiyyatul masjid dan fajar. Setelah berjema'ah suboh, kita bertalaqi AlQuran. Sebelum ke pejabat, kita sempat mendirikan dhuha 08 roka'at. Dalam perjalanan kepejabat, kita memasang CD Syeikh 'Abdul Rahman Syudais. Tiba di pejabat, kita membuat kerja diringi CD zikir munajat. Masuk zohor kita ke surau pejabat, mendengar tazkirah zohor, kemudian zohor berjema'ah diiringi dengan ba'diyah. Kita menyambung kerja dengan alunan zikir munajat dan nasyid. Masuk 'asar kita bersama kekawan kesurau berjema'ah. Sambil menunggu untuk pulang, kita membaca AlQuran dua tiga muka. Dalam perjalanan pulang, kita memasang CD Syeikh Sa'ad Al Ghamidi.
Sepanjang hari kita lebih banyak diam walaupun sebelumnya kita kaki sembang. Kita lebih banyak memutar buah tasbih, walaupun sebelumnya kita banyak menjetik buah carrom. Bila kekawan mengumpat mengata, kita lebih banyak beristighfar walaupun sebelumnya kita ni dikenal sebagai Radio burok FM stereo, ketika berjalan dibandar kita banyak tunduk dan bertasbih, walaupun sebelum tu pantang nampak dahi licin punggung bulat, di bazar dan supermarkat kita membeli sekadar yang perlu, walaupun dulu sampai taukeh supermarket tahu kita juara shopping.
Macam tu punya bagus dan baik kita lalui puasa, namun sampai dirumah, setelah mandi dan berserban jubah menunggu magrib jam 07.15pm, tepat jam 07.14 kita ambil kurma sebiji, bismillah dan kita makan. Isteri kita pun tegur, "hai abang, belum masuk waktu lagi tu, ada lagi seminit". Lalu kita jawab, "alahai engkau Minah, dari pagi abang puasa sikit punya bagus, dengan segala tahajjud, quran, zikir dan munajat, takkanlah seminit pun ALLAH nak kira!".
Kita semua tahu, macam mane hebat puasa kita, macam mane champion puasa kita, namun seminit yang kita tolak itu bukan ALLAH tolak seminit, tetapi ALLAH tolak seluruh puasa kita hari itu.
Begitulah bila ALLAH berfirman "Ya aiyuhal lazi na aamanud khuluu fissilmi kaaffah-hai orang beriman, terimalah, pakailah, hiduplah, gunalah, peluklah Islam itu sepenuhnya (jangan kamu tolak dan ingkar walaupun setitik)".
Namun dalam kehidupan kita bangsa Melayu beragama Islam dalam negara yang diisytihar Islam, berapa punya banyak syariat Islam kita ingkar dan tolak, dan ada yang yang kita ubah dan kita labelkan sebagai Islam.
Kita letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi AlQuran sebagaimana terkandung dalam Artikel 4 Perlembagaan. Hingga menyebabkan pemakaian serban disekolah-sekolah menjadi haram (saperti yang diisytihar oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Meor Attiqurrahman), hingga pemakaian jilbab dan purdah menjadi haram di jabatan Kerajaan (saperti dalam kes Halumatussa'adiah);
Kita daulatkan undang-undang Kanun Kesiksaan yang dibawa oleh Lord Reid la'natullah hi 'alaih, dan kita enggan laksanakan hudud, qisas dan ta'zir.
Kita masih bertafaakur dihadapan patung-patung Tugu Negara pada Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Polis dan banyak lagi walaupun muzakarah ke 19 Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan 22 tahun lepas pada 08.10.1987 bahawa perbuatan itu adalah syirik dan mesti dihentikan serta merta. Lebih malang kita mengesahkan perbuatan itu dengan mengadakan majlis bacaan yaasin.
Kita biarkan wanita Islam dipaksa berpakaian seksi, ketat dan terbelah sana sini di syarikat Air Asia, MAS dan lain-lain, walaupun AlQuran meletakkan wanita ditempat yang sangat mulia sehingga ada surah ALLAH turunkan khusus mengenai wanita sahaja iaitu AnNisaa'.
Malah kita sampai keperingkat menukar ayat AlQuran bilamana ALLAH menyuruh kita rejam penzina, sebat si pemfitnah dengan qazaf dan lain-lain,; namun kita menukarnya kepada denda dan kita labelkan undang-undang itu sebagai Enakmen Jenayah Syariah Islam!!
Dan kita maki hamun dan marah apabila 'ulama' menegur dan menasihatkan kita bahawa perbuatan kufur, syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar saperti itu tidak membawa kita ke syurga!
Dalam khutbah kedua, saya memperingatkan diri saya dan para jemaah bahawa hidup didalam fitrah akan memberikan kita keyakinan, ketenangan dan keamanan. Sebagaimana ikan yang tinggal didalam laut, walau bagaimana masin laut itu, tetapi sedikitpun tidak menjejaskan si ikan kerana ia duduk didalam alam fitrahnya. Namun ikan yang tidak masin sedikit pun walaupun tinggal didalam laut masin begitu lama, sebaik sahaja ia keluar dari alam lautan fitrahnya, dan pergi ke pantai, dalam tempoh tak berapa lama, kita campak sedikit garam makan masin piauw lah si ikan itu!
Begitulah manusia, selagi ia hidup di alam fitrah AlQuran dan sunnah, selagi itu ia tidak akan dimasinkan oleh lautan kufur, syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar. Namun sebaik sahaja ia keluar daripada alam fitrah AlQuran dan sunnah, hanya dengan sedikit garam kufur, syirik, fahsyad maksiat dan mungkar, ia akan menjadi rosak binasa dalam tempoh yang tidak lama!
Sebaik sahaja kita hidup dialam fitrah AlQuran dan sunnah, dan menjalani kehidupan berdasarkan AlQuran dan Sunnah, insyallah apabila kita dipanggil mengadap ALLAH, kita akan dipanggil dengan begitu manja dan sayang oleh ALLAH saperti dalam surah AlFajr, "Ya aiyatuhannafsul mutma'innah, irji 'i ila robbi kiro dhiyatam mardhiah, fad khulii fi 'ibadii, wad khulii jannati-hai jiwa yang tenang, kembalilah engkau dalam keadaan redho dan meredhoi, masuklah kedalam golongan hambaKu, masuklah kedalam syurgaKu".
Sebab itulah kita bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kita ni'mat Islam dan Iman. Walaupun Abu Tolib duduk tinggal bersama Nabi, melindungi Nabi, makan minum tidur sebantal dengan Nabi, namun dia tidak mendapat ni'mat Iman & Islam. Walaupun Abu Lahab @ Abdul Uzza Abdul Mutallib menyambut maulidurrosul yang pertama, memberi susu pertama Nabi dimuka bumi ini melalu hamba tercintanya Suwaibah, bukan sahaja dia Pak saudara Nabi, malah ia hidup berjiran dengan Nabi, Hinggakan menjadi besan Nabi bila anak lelakinya 'Utbah dan 'Utaibah berkahwin dengan Umi Kalsum dan Rokaiyah anak perempuan Nabi, namun Abu Lahab berakhir dengan kekufuran dan menjadi manusia terkutuk. Daripada 6.3 billion manusia yang hidup hari ini, hanya 1.8 billion mendapat ni'mat Iman & Islam. 4.5 billion manusia yang hidup bersama kita dimuka bumi hari ini bukan sahaja kufur, neraka jahanam tempat mereka nanti abadan-abada (selama-lamanya).
Saya juga memperingatkan diri saya dan para jema'ah supaya mengamalkan sunnah Nabi didalam menyambut 'Eidulfitr. Selain daripada berpakaian cantik dan berwarna warni, kita hendaklah datang ke masjid melalui satu jalan dan balik melalui jalan berlainan, dan singgah ziarah kerumah-rumah yang kita lalui. Saya juga mencadangkan agar dimasa hadapan solat 'Eid dibuat dipadang bukan lagi didalam masjid sebagaimana 'amalan Nabi. Selain syi'ar, ia juga memberi peluang wanita yang haid untuk turut sama. Selain bersalam dan mengucapkan selamat hari raya, lebih afdhal diiringi dengan ucapan "taqobbalallah minna waminkum-moga ALLAH menerima semua 'amal 'ibadah kalian dibulan Ramadhan", dan hendaklah dijawab "minna waminkum taqobbal ya kareem-moga ALLAH menerima 'amal 'ibadah kamu juga". Begitu cantik ajaran Islam, selain do'a mendo'akan, kita juga mendapat pahala atas ucapan itu. Saya juga memperingatkan diri saya dan para jema'ah supaya jangan membazir, dan jangan dihabiskan masa dengan beraya bersama peti tivi. Amat malang bagi umat Islam zaman moderen ini, menjadikan tivi, movie dan mawi sebagai akrab handai, dan meninggalkan saudara mara, jiran dan sahabat handai.
Moga ALLAH memberikan kita keampunan, dan menganugerahkan kita hidayah dan istiqomah. Moga 'Edulfitr ini mengembalikan umat islam kezaman kegemilangan kita, zaman dimana kita menjadi khoirah ummattin, umat yang diikuti dan dicontohi, bukan kerana kita kaya, bukan kerana kita moderen dan hebat, bukan kerana kita punya bangunan tertinggi jembatan terpanjang mobil tercanggih ekonomi yang hebat, tetapi kerana "ta' muru nabil ma'ruf, watan hau na 'anil mungkar, watu' minu nabiillah-kerana kita menyeru kepada yang ma'aruf, mencegah kemungkaran, dan kita beriman kepada ALLAH".
Selesai sahaja khutbah, saya sempat beramah mesra dengan para jema'ah yang hadir. Yang paling mengharukan saya, bukan sahaja para jema'ah sekitar Kulim yang datang, malah ada antara mereka daripada Pulau Pinang, utara Perak, termasuk dari Perlis pun ada. Mereka datang semata-mata nak bersolat 'Eid bersama saya, dan kemudian kembali ketempat masing-masing. Datang mereka hanya sekadar mahu mendengar khutbah yang hendak saya sampaikan, kerana mereka mendapat tahu daripada facebook, blog saya dan sumber maklumat yang lain. Alhamdulillah, syukur itu kepada ALLAH.
Saya kemudian bertemu dengan kanak-kanak yang datang begitu ramai. Sempat saya memberikan duit raya sebanyak RM5-00 seorang. Habis semua 80 sampul yang dibawa. Tetapi seronok melihat kanak-kanak yang ramai itu riuh rendah dapat duit raya. Memanglah tak banyak yang dapat saya beri, almaklumlah duit sendiri, tak macam "golongan tertentu", yang rampok dan sapu wang rakyat, kemudian menjadi Rob-Bin-Hud dan memberi sedikit balik kepada rakyat. Kemudian ada rakyat yang jahlun mencium tangan mengucap syukur kepada Rob-Bin-Hud. Macam seorang perompak yang merompak sebuah teksi, kemudian dia ambil sedikit duit teksi dan berikan kepada pemandu yang dirompaknya, "ini tambang kamu untuk balik rumah", dan si pemandu bukan main berterima kasih kerana mendapat sedikit duit tambang, "bagus si Rob-Bin-Hud, dia sedekahkan sikit duit tambang untuk saya balik..!! Begitulah bengongnya segelintir daripada kaum yang dipanggil Melayu!!
Saya sangat bernasib baik kerana lelongan baju Melayu di kilang Shinetsu dan beberapa tempat lain mendapat sambutan luarbiasa. Maklumlah baju baru dilelong RM10-00 sepasang. Berebut mereka, habislah lapan kotak :))
Setelah itu, saya sempat berhari raya dibeberapa rumah, termasuk rumah saudara pengerusi Masjid Muhajirin di Taman Tunku Putra iaitu saudara Shamsuddin.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakallah kepada sahabat saya saudara Ustadz Khari yang telah mengatur program saya. Juga kepada saudara Shamsuddin dan AJK Masjid yang memberi layanan yang baik kepada saya. Tidak lupa kepada putera-puteri Kilang Shinetsu yang banyak membantu saya termasuk memberi sumbangan beras dan lain-lain, selain menghabiskan stok lelongan baju Melayu. Insyallah tahun depan kita lelong lagi!
Saya kemudiannya memulakan ziarah 'Eidulfitr diseluruh Parlimen Kulim Bandar Bharu, bermula daripada Terap ke Badlishah, kemudian ke Sg. Tengas, Sg. Taka, terus ke Ulu Mahang, Kg. Lobak, kemudian ke Selama dan Kg. Sg. Salleh. Saya sempat ke Lubok Buntar dan Serdang, sebelum terus ke Parit Nibong dan Bandar Bharu. Setelah itu ke Kg. Tebuk Mat Rashid dan Kg. Permatang Pasir, sebelum terus ke Junjong dan Taman Jelutong, Taman Bersatu dan Taman Jati. Sebelum pulang saya sempat singgah di Sg. Karangan, sebelum terus ke kampung di Baling. Insyallah saya akan menyiarkan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa kembara 'Eidulfitr tersebut. Keseluruhannya saya cloock-in dalam 198 km, daripada pukul 08.00am hinggalah waktu maghrib, dengan solat jama' ta'khir maghrib/isya di Masjid Carok Bemban, Baling.
Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar, walillah hilhamd.
Salam 'Eidulfitr dengan ucapan taqobbalallah minna waminkum.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
01 Syawal 1430
20 September 2009

19 September 2009

KHUTBAH RAYA

(Dalam perjalanan balik ke Baling, kami sempat singgah jama' taqdim zohor/'asar di Masjid Kampung Kati, Kuala Kangsar. Elok je masuk ke jalan Kuala Kangsar-Grik-Baling, hujan lebat pun turun)


Salam 2 all.

Alhamdulillah saya sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung di Baling , Kedah. Insyallah saya akan beraya di kampung mungkin hingga hari Rabu ini.
Insyallah jika tiada aral melintang saya akan menyampaikan khutbah 'EidulFitr pada pagi 01 Syawal 1430 di Masjid Muhajirin, Taman Tunku Putra, Kulim jam 08.30am. Insyallah tajuk khutbah tersebut ialah "Eidul Fitr: KPI Ramadhan" menyentuh tentang perlunya kita umat Islam kembali kepada fitrah mentauhidkan ALLAH dan ianya adalah KPI yang ditetapkan oleh ALLAH untuk kita capai sebagai matlamat mengerjakan 'ibadah puasa di bulan Ramadhan, dengan kayu pengukurnya ialah Taqwa.
Sekiranya saudara/i berada di kawasan Kulim atau berdekatan dengannya, jemputlah datang ke Masjid Muhajirin. Nak pergi tempat tersebut mudah sahaja, sebaik sahaja sampai Pekan Kulim, cari Hotel Sri Malaysia (tidak jauh dari stesyen bas dan Tasik Pekan Kulim), jalan masuk Taman Tunku Putra terletak berdepan dengan Hotel tersebut. Masuk kedalam kawasan Taman Tunku Putra dalam 100 meter, insyallah saudara/i akan nampak Masjid Muhajirin, sebuah masjid yang tidaklah besar tetapi jemaahnya sangat aktif dan masjid yang sentiasa diimarahkan dengan pelbagai program.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Sdr. Khari, Sdr. Amer dan Sdr Mustofa yang telah mengatur program solat 'Eidulfitr di Masjid Muhajirin tersebut.
Jumpa disana insyallah.
Selamat memandu dan selamat sampai ke destinasi masing-masing insyallah.
Jangan lupa doa perjalanan "Subhanallazi sakhoralana haaza wama kunna lahul mukrinin. Wa inna ila robbinaa lamun qolibuun. Bismillah hi tawakkal tu 'alallah, wala hau lawala quwwata illa billah hil 'ali yil 'adheem".

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
29 Ramadhan 1430
19 Sept 2009

18 September 2009

SALAM 'AIDILFITRI

SALAM 'AIDIL FITRI
&
MA'AF ZAHIR BATIN
ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR
WALILLAH HIL HAMD
SEMOGA DI HARI PENUH KEMULIAAN INI AKAN MEMPERTINGKATKAN LAGI UKHWAH PERSAUDARAAN & MEMPERERATKAN SILATURRAHMI DIKALANGAN UMAT ISLAM
DISAMPING MERAIKAN KEMERIAHAN 'AIDILFITRI INI, JANGAN LUPA KEPADA MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK, DAN JUGA SAUDARA SE AQIDAH KITA DI MERATA DUNIA TERMASUK FILISTIN, IRAQ, AFGHANISTAN, CHINA, KASHMIR, CHECHEN, SELATAN THAI, BOSNIA, KOSOVO, DAN LAIN-LAIN
SEMOGA ALLAH MEMBERI KEAMPUNAN DAN MAGHFIRAHNYA KEPADA KITA SEMUA DAN MEMBERIKAN KITA TAUFIQ & HIDAYAHNYA
TAQOBBALALLAH HUMINKUM
Daripada
ZULKIFLI BIN NOORDIN & KELUARGA
JUMAAT
28 RAMADHAN 1430 / 18 SEPTEMBER 2009

17 September 2009

ANTARA 2 DARJAT

Salam 2 all.

Saya terharu membaca berita hari ini berkenaan dengan kembali Makcik Mariam Johari, makcik kita yang tersangkut di Korea Selatan selama lebih 64 tahun. Saya terharu melihat usaha anak-anak Allahyarham yang tidak pernah kenal jemu berusaha untuk mencari dan membawa ibu mereka pulang.

Allahyarham Makcik Mariam pernah kembali sekali pada 04 September 2007, dan sempat bertemu dengan anak-anak dan kaum keluarga terutama di kampung halamannya Kampung Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Allahyarham kembali ke Korea pada 12 September 2007 kerana beliau masih punya keluarga disana.

Namun perasaan rindukan keluarga asal dan kampungnya menyebabkan tiga bulan lepas Makcik Mariam menelefon keluarga meminta mereka mengambilnya pulang ke Malaysia, kerana teringin berhari raya dan menghabiskan sisa-sisa akhir hidupnya di Malaysia. Namun kesempitan kewangan dan lain-lain menyebabkan keluarga Makcik Mariam terpaksa menahan sabar disamping mencari dana untuk membiayai penerbangan Makcik Mariam balik.

Namun takdir menentu segalanya. Genap dua tahun beliau bertemu keluarga di Malaysia, pada 06 September 2009 Makcik Mariam meninggal dunia di Korea Selatan ketika sedang tidur akibat penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang gagal berfungsi. Jenazah Makcik Mariam akhirnya selamat tiba di KLIA semalam dan dibawa terus ke Masjid Jamek Kota Tinggi untuk dimandikan dan kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Makam dan dikebumikan sebelum waktu berbuka puasa. Begitulah kisah sedih Allahyarham makcik Mariam dan kasih sayang anak-anak beliau kepada ibu mereka.

Tetapi cerita sebaliknya pula berlaku kepada seorang ibu tua berumur 70an yang dihantar oleh anak-anaknya tinggal di Rumah Warga Emas, Jalan Denai 1, Kempas, Johor. Menurut pengasas rumah tersebut Puan Norijah Bidin, ibu tua tersebut dibuang oleh anak-anaknya untuk dijaga oleh mereka.

Baru-baru ini (dipertengahan Ramadhan), anak lelaki ibu tua tersebut berusia 40an telah datang ke Rumah Warga Emas tersebut. Si ibu tua, yang sudah dua tahun tidak beraya dengan anak-anaknya merasa sangat gembira dengan kedatangan anak lelakinya. Sangkanya anak dia datang untuk mengambil dia pulang berhari raya sama. Maka sibuklah ibu tua itu mengemas pakaian dan barang-barang dimasukkan dalam kendung kain batik.

Tanpa si ibu tua sedari, rupa-rupanya si anak datang nak memberitahu yang beliau tidak akan bawa si ibu pulang kerana tiada siapa kononnya akan menjaga si ibu tuan itu nanti. Maka apabila melihat ibunya bersiap, si anak pun dengan pelan-pelan cabut ke kereta untuk meniggalkan tempat tersebut.

Si ibu tua yang melihat anaknya menghidupkan enjin kereta berasa panik dan dengan kelam kabut keluar berlari nak mengikut anaknya. Si anak sial itu terus berjalan tanpa menunggu si ibu tuanya yang termengah-mengah mengejar. Menurut Puan Norijah, kesemua penghuni dan kakitangan disitu melihat adengan menyayat hati apabila si ibu tua itu berlari-lari mengejar kereta si anak sial itu sambil mengendong kain batik berisi pakaiannya. Si anak sialan itu bukan sahaja tidak berhenti, malah makin melajukan kereta walaupun kakitangan disitu menjerit-jerit menyuruh dia berhenti kerana si ibu tuanya sedang mengejar. Hampir 20meter si ibu tua itu mengejar sebelum dia terjelepuk jatuh keletihan, hanya mampu menelan asap kereta yang ditinggalkan si anak sialan itu.

Begitulah secebis kisah rona-rona kehidupan yang berlaku, diantara dua darjat manusia. Satu bersifat insan, satu lagi bersifat kebinatangan.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan untuk terus mengasihi dan menjaga kedua ibu bapa kita, yang jasa mereka tidak akan terbalas oleh kita walau kita hadiahkan mereka dengan segunung emas selautan mutiara.

Ya ALLAH, kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. Berilah keampunan kepada mereka, dan lapangkanlah hidup mereka, dan berilah kami menjadi anak yang soleh yang sentiasa berbakti dan berkorban untuk ibu bapa kami..amin".

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
27 Ramadhan 1430 / 17 Sept 2009

MISTERI ADIK SAFUAN



(Gambar terkini bersama dengan adik Safuan Shaari yang sudah sihat)


Salam 2 all.


Dah masuk 27 Ramadhan hari ni. Tinggal 2-3 hari lagi insyallah raya lah kita. Insyallah kita gunakan baki hari-hari Ramadhan ini unutk mempertingkatkan lagi amal 'ibadah kita.


Kalau saudar/i masih ingat, saya pernah menulis dalam blog ini pada 03 Jamadil Awal 1430/ 09 Mei 2008 mengenai seorang pelajar yang mengalami satu penyakit misteri. Pelajar tersebut, adik Safuan Shaari, berumur 13 tahun (Tingkatan 1) tetiba mengalami kekejangan sehingga hanya mampu menggeliat dan terbaring. Bercakap pun beliau tidak mampu. Para doktor sendiri pun kehairanan apa penyakit adik Safuan ini. Masa depannya kelihatan gelap dan tidak menentu.

Namun kita umat Islam ada senjata terakhir..DOA!


Didalam blog tersebut saya memohon jasa baik semua umat Islam termasuk para ulama' untuk berdoa dan mendirikan solat malam memohon kepada ALLAH. Dan saya sungguh tidak menyangka rayuan itu menerima sambutan bukan sahaja di Malaysia, termasuk dari luar negara. Bukan sahaja para pelajar pondok dan tahfiz mendoakan, malahan sahabat-sahabt di pesantren Indonesia, pondok-pondok di Thailand, madrasah di Pakistan termasuk pelajar kita di Madinah dan Syria, Yemen dan lain-lain telah mendirikan solat malam, tahajjud dan hajat memohon bantuan ALLAH.

Dan akhirnya alhamdulillah saperti yang saudara/i perhatikan daripada gambar diatas, adik Safuan bukan sahaja kembali sihat, malahan semakin ceria dan kembali saperti sediakala. Semasa bertemu dengan adik Safuan serta keluarganya dalam majlis penyampaian bantuan kepada kepada fakir di Masjid Bukit Aping, Lubok Buntar.

Semoga ALLAH memberkati kita semua. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara/i atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan, termasuk mereka yang menderma beras, gula dan lain-lain barangan untuk agihan kepada para fakir.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
27 Ramadhan 1430 / 17 Sept 2009


* Dua gambar diatas adalah gambar adik Safuan semasa ditimpa penyakit misteri tersebut. Cerita lanjut boleh dilayari di posting bulan Mei 1998 dalam blog ini bertajuk Penyakit Misteri.

16 September 2009

SAPU LAGI!

Salam 2 all.

Saya telah menerima satu maklumat dari sumber yang sangat dipercayai mengenai satu lagi Projek Kerajaan Be End. Depa ni tak habis-habis nak merakus dan merampok wang rakyat. Dalam keadaan ada rakyat yang miskin tak berumah, nak pegi berubat anak pun tak mampu..tapi puak-puak tak berhati perut ni dok menyapu jugak lagi.
Cuba bayang daripada projek ni saja syarikat kroni yang bermodal RM2/= saje ni boleh kaya sebanyak RM240juta!!
Hanya dengan modal air liur dan kenal menteri sana menteri sini, puak-puak haram jadah ni memboncitkan perut dan menebalkan kantung masing-masing.
Padanlah rakyat naik muak dengan puak-puak ni. Tunggulah PRU13, memang bungkus lah Be End ni..

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
26 Ramadhan 1430
16 Sept 2009

###########################
Cicero

Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan isteri seorang pemimpin Be End, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN). 
Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.
Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal. 
Difahamkan, Kerajaan mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.
Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan tu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit. 
Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.
Sumber-sumber memberitahu bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus. 
Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerjak -kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.
Sumber itu memberitahu, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali  sebagai  'Prasarana'.
Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat tersebut.  
Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.
Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan  di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan  LRT, PUTRA dan juga STAR.
Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.
"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau. 
"Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya.

The End 4 Be End

15 September 2009

PELANCARAN BUKU PAWANCHEEK






























Salam 2 all.
Alhamdulillah semalam Isnin 24 Ramadhan 1430 / 14 Sept 2009 sebuah buku bertajuk "ANWAR'S TRIAL-IN THE FACE OF INJUSTICE" telah dilancarkan oleh YM Raja Aziz Addruse. Majlis berlangsung dengan sederhana tetapi meriah di Hotel De Palma, Ampang dengan kehadiran hampir 500 tetamu, satu rekod bagi pelancaran sebuah buku.
Buku ini ditulis oleh rakan saya Professor Tuan Haji Pawancheek Marican (Pawan) yang juga merupakan salah seorang daripada 9 peguam utama DSAI semasa kes perbicaraan pertama tahun 1998. Sembilan orang peguam utama DSAI semasa kes pertama tersebut diketuai oleh YM Raja Aziz Addruse, dengan dibantu oleh lapan peguam hebat (kecuali saya) iaitu Aris Rizal Christopher Fernando, Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh, Zainur Zakaria, Pawancheek Marican, Kamar Ainiah Kamaruzaman, Zulkifli Bin Noordin dan S.N. Nair.
Buku tersebut mengisahkan secara terperinci kisah yang berlaku dibalik tabir semasa kes tersebut berlangsung daripada 1998 sehinggalah 2004. Memandangkan ianya ditulis oleh salah seorang peguam yang terlibat, banyak perkara yang tidak diketahui ramai didedahkan didalam buku itu.
Setelah membacanya, saya berasa sangat terharu mengenangkan betapa kami peguam yang membela DSAI semasa itu melalui pahit getir yang mencabar. Peguam Pawancheek dan Kamar Ainiah melalui pengalaman pejabat dan kereta mereka dipecah masuk oleh "kumpulan tertentu" yang kami syaki mencari dokumen rahsia dan sulit kes tersebut. Peguam Zainur Zakaria dihukum penjara 3 bulan oleh Hakim Augustine Paul (yang lebih dikenali sebagai Coklat Hack). Saya sendiri ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu-satunya peguam DSAI yang ditahan.
Sebenarnya banyak kisah menarik yang "perit dilalui tetapi seronok diceritakan". Apapun saya cadangkan saudara/i dapatkanlah buku tersebut, tambah-tabah siap dengan gambar-gambar yang kami pun dudlu tak pernah tengok sebab Pawan simpan.
Selepas majlis pelancaran, kami telah berbuka puasa beramai-ramai. Kemudian kami mendirikan solat tarawih (selepas magrib/ isya ler) di Surau Nurul Hikmah di Tingkat 3 Hotel De Palma. Aisey, saya cadangkan saudara/i cuba dirikan solat tarawih di Surau Hotel ni. Imam dia baca punyalah sedap macam suara Sheikh Abdul Rahman Ss Syudais. Hotel ini juga mengadakan qiamullail tiap malam bermula jam 03.00 pagi. Bagi yang nak bermalam, ada pakej berharga RM90.00 siap dengan bilik tidur untuk 2 orang (atau lebih kalau nak longgok ramai-ramai), makan sahur dan moreh lepas tarawih. Memang berbaloi yop. Saya angkat tabik kepada Pengurus Besar Hotel De Palma ini Datuk Ilyas yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan hotel yang "syariah compliance" saperti yang dibuat oleh beliau boleh berjaya, dan memang beliau telah berjaya. Moga ALLAH berikan kekuatan dan rezeki kepada beliau dalam usaha murninya tersebut.
Gambar-gambar diatas:
1. Gambar saya, DSAI bersama Marissa Fernando (anak Allahyarham Christopher), isteri Allahyarham dan seorang peminat sedang menikmati majlis berbuka puasa.
2. Gambar saya dengan penulis dan rakan baik saya Professor Tuan Haji Pawancheek;
3. Saya bersama DSAI sedang khusyuk mendengar ucapan Pawancheek;
4.Saya bersama YM Raja Aziz Addruse, peguam utama DSAI;
5. Peguam Pawancheek sedang berucap;
6.DSAI sedang berucap;
7.Majlis pelancaran dan potong ribbon oleh YM Raja Aziz Addruse;
8. Antara tetamu yang hadir termasuk Datuk Seri Wan Azizah, wakil Kedutaan Amerika dan lain-lain, YB Ahli-Ahli Parlimen & ADUN, para peguam, aktivis masyarakat dan ramai lagi.
Adios.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
25 Ramadhan 1430/ 15 Sept 2009

13 September 2009

YA RASULULLAH


Salam 2 all.
Dibulan Ramadahn Al mubarak ini, marilah kita mengambil kesempatan mengenali dengan lebih mendalam akan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Moga-moga dengan lebih mengenali Baginda, kita akan lebih mencintai Rasulullah.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).

· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).

· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.


USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , Jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah

1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)


****** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلمNabi Muhammad SAW - Manusia agongKENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.

- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Kata-kata hikmat:Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimudi dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yangmengasihmu di akhirat kelak.


Zulkifli Bin Noordin

Ahad
23 Ramadhan 1430
13 Sept 2009

NANDRE SAMY!

All The President Man-Permulaan satu Pengakhiran
Salam 2 all.

Semua pengampu Samyvellu dimenangkan dalam pemilihan MIC semalam. Tokoh-tokoh muda, berkaliber dan lebih diterima arus perdana saperti Datuk S. Subramaniam dan Dato S.Sothinathan ditolak oleh ahli MIC. Kami di Pakatan Rakyat sangat-sangat mengalu-alukan pemilihan yang telah dibuat oleh perwakilan MIC semalam.
Kerana apa..kerana ianya sekadar mempercepatkan proses mengkebumikan MIC, dan sekaligus Be End. Dan ini menandakan kebangkitan masyarakat India didalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi apabila kaum India, khususnya kaum Hindu melihat nasib mereka lebih terbela bersama Pakatan Rakyat. Jangankan orang, kesucian lembu pun dijaga oleh Pakatan Rakyat.

Sampai ada Pak Janggoat sanggup menggunakan Al Quran dan hadis untuk membela kesucian lembu!!

Jadi kepada Datuk S. Subramaniam dan Dato S. Sothinathan, tunggu apa laie! Jom join Pakatan Rakyat..biarkan Samy terjun dengan juak-juaknya!!
Zulkifli Bin Noordin

Ahad
23 Ramadhan 1430
13 Sept 2009

LETIHNYA POSE :))





































































Letih bebenor pose tu yop, sampai tangkap lentok habis!!
Ke berqiamullail sakan malam tadi
harap-harap dapatlah lailatul Qodr..hehehe
Enjoy the photos.. :))
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
23 Ramadhan 1430
13 Sept 2009