27 October 2009

MESUYUARAT MTD BANDAR BHARU

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN
DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN BIL. 06/ 2009
ISNIN 07 ZULQAEDAH 1430 / 26 OKTOBER 2009
BERTEMPAT DI PEJABAT DAERAH BANDAR BHARU

Saya telah mengemukakan permasalahan dibawah bagi mesyuarat kali ini.

1. Permohonan daripada pihak Jawatankuasa Masjid Bandar Bharu untuk membina sebuah menara Masjid bagi tujuan memperlengkapkan struktur pembinaan masjid. Saya dapati kompleks Masjid Bandar Bharu tidak mempunyai sebuah menara masjid sebagaimana lazimnya sebagai suatu struktur “wajib” sesebuah masjid;

2. Permohonan penduduk dan anak kariah Masjid Hijau di Relau untuk sebuah dewan serbaguna bagi kegunaan anak kariah masjid.

3. Permohonan penduduk terutama golongan belia Bandar Bharu untuk sebuah gelanggang sepaktakraw (seelok-eloknya jenis tertutup) dibina dikawasan tepian Sg. Kerian berdekatan penambang untuk kegiatan riadhah mereka;

4. Permohonan penduduk terutamanya golongan belia di kawasan Selama untuk sebuah gelanggang futsal bagi kegunaan kegiatan riadhah dan sukan mereka;

5. Permohonan penduduk di Parit Nibong, Parit Teropong, Parit Besar, Sg. Kecil Ulu, Sg. Kecil Hilir, Kg. Tebuk Mat Rashid, Kg. Permatang Pasir, dan umumnya kawasan Bandar Bharu untuk suatu projek tebatan banjir segera dilaksanakan.

(* Buat makluman, masalah projek tebatan banjir ini sudah saya kemukakan bagi sesi sidang Parlimen bermula 19.10.2009. Insyallah saya akan kemukakan penjelasan YB Menteri kepada pihak tuan apabila diperolehi jawapannya).

6. Permohonan pelajar dan guru serta sekolah-sekolah sekitar Serdang untuk Perpustakaan Serdang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu kerana itu sahaja hari cuti yang mereka ada untuk menggunapakai perpustakaan tersebut;

7. Permohonan khusus daripada En. Abdul Razak Bin Mohamed Rejab (KP No: 1929533) yang kini menyewa di rumah Depan Balai Polis, Lubok Buntar, Serdang untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membina rumah sendiri. Saya dimaklum bahawa beliau sudah mempunyai tapak sendiri. Sebagai alternatif, beliau memohon penempatan dirumah Keda atau mana-mana perumahan rakyat sekitar Lubok Buntar atau Serdang.

8. Sukacita juga jika dapat pihak tuan memberikan respon terhadap cadangan saya untuk mengadakan suatu Forum Perdana di kawasan Masjid Bandar Bharu. Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan yang secara prinsipnya bersedia mengadakan Forum tersebut.

Diwaktu yang sama, saya mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak dikalangan jabatan/ agensi kerajaan untuk menghubungi saya jika terdapat perkara dirasakan saya boleh membantu untuk membawa apa-apa perkara, permasalahan atau isu ke peringkat pusat samada pihak kementerian, jabatan dan/ atau agensi Kerajaan Pusat.

Wassalam dan terima kasih.

Yang benar


Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Zulqaedah 1430 / 26 Okt 2009

PELANCARAN BUKU DSAI

Dear friends,

BOOK LAUNCH OF “Anwar On Trial : In the Face of Injustice”

Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd invites you to a Book Launch of Pawancheek Marican’s “Anwar On Trial : In the Face of Injustice” .
It will be launched by special guest: YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ANWAR ON TRIAL: IN THE FACE OF INJUSTICE gives readers a cogent look into the detailed workings of the 1998/1999 corruption trial of Anwar Ibrahim. Captured through the lens of a lawyer who was present throughout the proceedings, this book presents a first-hand account of the goings-on in court and outside it. Pawancheek Marican examines the way that the Malaysian judiciary was systematically emasculated and turned into a pawn of the executive, the consequences of which will linger for many years to come. From the trial judge who forbade Anwar to argue his defence of conspiracy to the questionable role of the Attorney-General’s Chambers, this book lays bare the political machinations taking place behind the scenes by those in power to remain in power. The information contained within this book comes at an opportune moment as Anwar Ibrahim faces yet another sodomy trial in 2009—this time, however, from the freedom of his own home and as the Opposition Leader and Member of Parliament for Permatang Pauh in Penang .

There will be a Book Discussion by a Panel of Speakers after the Book Launch.

Date: 30 Oct 2009 2009 (Friday)
Time: from 3pm - 4.45pm
Venue: Perpustakaan Raja Tuan Uda,Persiaran Bandaraya Shah Alam
Panelist : YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
SDR. ZUNAR

For further details, please contact Ms Nur Janah : 017- 381 9070/ Fax: 03-78850531 or Mr Chong Ton Sin : 016-379 7231

26 October 2009

HAUL IMAM AL HADAD

Salam 2 all.

Semalam Ahad 06 Zulqaedah 1430 / 25 Okt 2009 saya menghadiri majlis Haul Imam Al Hadad di Masjid Al Bukhory, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Ini adalah acara kemuncak kepada hari haul tersebut yang diadakan tiga hari berturut-tirit iaitu di Masjid Al Falah, USJ 9 (Jumaat 23.10) dan Masjid Baitul Aman, Jalan Damai off Jalan Ampang (Sabtu 24.10).

Hari haul Imam Al Hadad adalah sempena memperingati pemergian Al Imam Qutub Al Irshad Al Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad Al Haddad (1066H-1132H). Pada tahun ini, hari haul Imam Al Hadad bertumpu kepada persoalan "Akhlaq & Adab".

Antara yang hadir adalah Habib Mohsen bin Hamed Al Haddad (Naib Munsib Al Haddad, Hawi, Tarim, Hadramaut), Habib Munzir bin Fuad Al Musawa (Jakarta, Indonesia), Habib Hussain bin Alawy bin Aqiel (Malang, Indonesia), Habib Abdul Rahman bin Hussain Asseqaf (Pasuruan, Indonesia), Habib Hood bin Muhammad Bagir Al Attas (Jakarta, Indonesia), Habib Ali bin Hassan Al Bahar (Jakarta, Indonesia), Syeikh Afifudin Al Gaylani (Baghdad, Iraq) dan Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki (Rembau, Malaysia).
Dalam ceramahnya, Habib dari Solo menyentuh tentang 4 adab terhadap ALLAH yang perlu diberi fokus untuk mengembalikan kekuatan tauhid kepada ALLAH.
1. Penyerahan diri secara total kepada ALLAH iaitu dengan bermohon kepadaNya dalam apa jua perkara sebelum meletakkan harapan kepada perkara lain. Hari ini kata beliau, kita umat Islam terlalu bergantung kepada hal lain dahulu, ALLAH sebagai "last hope". Contohnya kalau sakit, kita meletakkan diri kepada doktor dan ubat dahulu, apabila sudah tiada harapan, barulah kita memohon kepada ALLAH, barulah kita sibuk nak pergi umrah. Kalau kita berhutang, kita akan kelamkabut cari bank, Ah Long atau kekawan. Bila dah sesak, barulah kita kelam kabut cari 'ulama atau ustadz mohon hajat kepada ALLAH.
2. menyucikan hati dan diri untuk ALLAH. Iaitu dengan memasukkan sifat-sifat mahmudah dan membuang sifat-sifat mazmumah.
3. Meluruskan dan memperbetulkan 'amal 'ibadah kita termasuk dikalangan ahli keluarga dan sahabat taulan kita. Ini adalah dengan cara menghadiri majlis-majlis 'ilmu dan pengajian.
4. Mencari rezeki yang halal, dan menjauhkan yang haram.
Al Habib juga menyentuh beberapa perkara yang suka saya berkongsi dengan sdr/i. Beliau menasihatkan kita supaya menghisab diri sendiri dan banyak-banyak bertawadhu'.
Antaranya kata beliau, bila melihat orang yang lebih tua daripada kita, anggaplah dia lebih baik daripada kita kerana dengan 'umur yang lebih daripada kita, mungkin 'amalnya lebih daripada kita. Dan apabila melihat orang yang lebih muda daripada kita, anggaplah dia lebih daripada kita kerana dengan 'umur yang kurang daripada kita, maka dosa yang dilakukannya mungkin lebih kurang berbanding kita.
Memang menghadiri majlis-majlis 'ilmu saperti ini akan mendekatkan kita lagi kepada ALLAH. Buat makluman sdr/i, pihak penganjur menyatakan bahawa program bulanan bacaan kitab-kitab Al Imam Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad.
1. Di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai off Jalan Ampang diadakan bacaan kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman dan Dakwah Yang Sempurna oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid pada tiap Sabtu ketiga (selepas magrib) dan oleh Ustadz Syed Najmudin pada tiap Ahad ketiga (selepas magrib). Lazimnya pada hari Sabtu program akan diikuti oleh tazkirah yang disampaikan oleh As-Sh Afeefudin Al Jilani. Makan malam secara berdulang juga disediakan;
2. Di Madrassah An Nur, Pantai Dalam diadakan program mingguan pada setiap hari Ahad (jam 12.00 - 02.00ptg) dimana beberapa kitab akan dibaca selama 20 minit setiap kitab iaitu kitab Tafsir Ibnu Kathir oleh Ustadz Azlan, Ustadz Syed Najmudin memimpin kitab Tajrid As-Shorih, Kitab Tanbih (Feqah) oleh Habib Ali Zainal Abidin Ali dan Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman (Tassawwuf) bersama Ustadz Azhar Hashim. Majlis biasdanya akan ditutup dengan bacaan Yaasin, doa khatam dan bacaan beberapa Qasidah, dan ditutup dengan solat zohor. Makan tengahari juga disediakan;
3. Masjid Al Bukhory, Jalan Hang Tuah diadakan program bacaan Asma-ul-Husna pada hari Ahad Kedua dan Keempat (antara magrib-isya). Kebiasaannya majlis dimulakan sebelum magrib dengan bacaan wirdul latif, diikiuti dengan solaty magrib, bacaan Asma-ul-Husna, ratib Al Attos dan diakhiri dengan tazkirah ringkas oleh penceramah jemputan. Makan malam secara berdulang juga disediakan.
Insyallah bagi sdr/i yang berkelapangan marilah bsama-sama kita hadir meng'imarahkan majlis-majlis ini, moga ALLAH memberikan kita nur hidayah dan keimanan dan istiqomah dalam 'amalan kita..ameen.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
06 Zulqaedah 1430 / 25 Okt 2009

24 October 2009

BAJET 09: KAD KREDIT

Salam 2 all.

Saya mengalu-alukan pembentangan bajet 2009 oleh YAB PM semalam yang secara umumnya merupakan bajet yang realistik dan mengambil pendekatan non-tradisonalis dalam pelbagai aspek.

Bagaiamanapun saya ingin menyentuh tentang cadangan Kerajaan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 kepada pemegang utama kad kredit dan RM25 kepada pemegang kad tambahan.

Tujuan yang dinyatakan adalah untuk mengurangkan penggunaan kad kredit dan menghapuskan budaya hidup berhutang.

Namun saya percaya pengenaan caj perkhidmatan ke atas pemegang kad kredit tidak akan menyelesaikan masalah ini.

Malahan ianya akan menambahkan beban kepada pengguna kad kredit, terutamanya daripada mereka dalam golongan berpendapatan rendah.

Sebaliknya pengenaan caj perkhidmatan ini akan menambah kantung Kerajaan. Daripada jumlah sebanyak 2 juta pengguna pada tahun 1997, kini pengguna kad kredit adalah seramai 11 juta orang. Ini bermakna dalam sekelip mata, Kerajaan akan memungut sebanyak RM550 juta (atau RM0.55 billion).

Persoalannya ialah apakah matlamat yang akan dicapai? Apakah gunanya wang kutipan tersebut?

Sekiranya benar tujuan Kerajaan adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kad kredit, atau dengan kata lain untuk menghapuskan budaya hidup kredit, maka langkah ayng lebih sesuai dan realistik adalah saperti berikut:

1. Mensyaratkan bahawa kelayakan menjadi pemegang kad kredit hanya untuk mereka yang pendapatan bersih (setelah ditolak liabiliti dan tangungan tetap) adalah 2/3 daripada gaji mereka. Bermakna jika gajinya RM1,500-00, gaji bersihnya ialah RM1,000-00, dengan kelayakan minima pendapatan bersih sebanyak RM1,000-00 sebulan;

Atau sebagai alternatif, mereka yang termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan mengikut kriteria LHDN barulah layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan penggunaan kad kredit;

2. Had maksimum kredit bagi setiap pemegang kad tidak boleh melebihi 1/3 x 6 bulan daripada gaji atau pendapatan mereka. Bermakna kalau gaji atau pendapatan mereka sebanyak RM1,500-00, maka had kredit mereka adalah RM500-00 x 6 bulan iaitu RM3000-00;

3. Bagi mereka yang memiliki lebih daripada satu kad kredit, tiap tambahan kad kredit hendaklah dikenakan caj perkhidmatan RM50-00, dan tambahan berikutnya dikenakan tambahan caj perkhidmatan RM25-00 tiap kad.

Saya percaya pendekatan begini lebih realistik, praktikal dan mesra-pengguna.

Saya berharap YAB PM akan mengkaji semula cadangan mengenakan caj perkhidmatan RM50-00 bagi pemegang kad kredit dan mengambil pendekatan lain jika benar tujuannya adalah untuk menangani budaya hidup-kredit.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
05 Zulqaedah 1430
24 Oktober 2009

23 October 2009

VERY TOUCHING ;((

Salam 2 all.
A friend of mine sent this very touchy email to me. I thought it nice to share with you fellows. But be ready with tissues and handkerchiefs, I'm sure the "little rain" will drop by the end of the reading. Enjoy the writing.
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Zulqaedah 1430 / 23 Oktober 2009
*******************************************************************************
A story worth sharing 4 years ago, an accident took my beloved away and very often I wonder, how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid. 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child. There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child. With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bedsheet and blanket! Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation: "Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..." At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy. A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up. However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy..... Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around. 'cos he makes me proud too! Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's Syawal, and its Raya time. Everywhere the Raya spirit is in every passer-by...Raya song and frantic shoppers....but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the post master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year. His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy. My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: " But why did u post so many letters, at one time?" My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and I sent it all at once..." After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say.... I told my son, " Son, mummy is in the heavenly kingdom, so in future, if you have anything to tell her, just burn the letter and it will reach mummy. My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will burn the letters on his behalf, I brought the letters outside, but couldnt help opening the letter before they turn to ash. And one of the letters broke my heart.... Dear Mummy, I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason. Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear? After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife.... For the females with children: Don't do so much overtime. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem. Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious. For the married men: Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not even business nor clients. Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable. Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones. : For those singles out there: Beauty lies in loving yourself first. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.
Grasias

BAJET 2009


Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat sedang tekun mendengar pembentangan bajet 2009 oleh YAB DS Najib. Agaknya Tan Sri Speaker tengah dok nunggu "bila nak umum naik gaji aku ni..hehehe". Sori Tan Sri, gurau je. Kang tak pase teman kena gantung keje pulak :))

BAJET 2009




Salam 2 all.

Sedutan daripada Kertas Perintah 11 Tahun 2009:

"Anggaran perbelanjaan yang dicadangkan bagi tahun 2010 adalah berjumlah RM191.50 billion. Sejumlah RM138.28 billion atau 72.2% adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.22 billion atau 27.8% adalah untuk perbelanjaan pembangunan, termasuk RM2 billion bagi simpnan luar jangka".

Aisey, good news untuk student IPTA & IPTS. Mulai 01.01.2010 kerajaan menawarkan pembelian netbook termasuk langganan internet/ jalur lebar pada harga RM50-00 sebulan selama 24bulan. Ni dah kira cukup bagus, kalau tak nak beli netbook saja pun dah lebih RM1,200-00. Tu tak masuk bayaran bulanan broadband. Macam mane cara mendapatkan kemudahan netbook ni belum dinyatakan lagi. Mungkin akan diperincikan kemudian.

Satu lagi good news adalah Tabung Bantuan Penggiat Seni, dimana dana sebanyak RM3 juta disediakan untuk membantu artis dan karyawan seni yang menghadapi kesukaran atau kesusahan.
Ok yop..nak dengar ucapan YAB DS Najib lagi..apo laie yang dia nak beri.. :))
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Syawal 1430 / 23 okt 2009

LIVE FROM PARLIAMENT: BAJET 12009




Salam 2 all.

Hari ni Jumaat 04 Zulqaedah 1430 / 23 Okt 2009 adalah sidang khas bajet 2009. Sidang bermula jam 04.00pm. Setelah doa lazim dibaca, YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak memulakan pembentangan bajet. Ini adalah bajet pertama YAB DS Najib sebagai PM ke 6. Turut hadir ialah YABhg Datin Seri Rosmah Mansor.

Dewan penuh, hampir semua Ahli Parlimen turut hadir. Kami dapat dekat 06 jilid lapuran kewangan untuk dijadikan rujukan semasa bahas nanti.

Dianggarkan YAB PM akan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk membentangkan bajet hari ni. Ok lah yop, teman nak dengor YAB PM membentangkan bajet. Jap lagi teman cuba updatekan maklumat.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin

Jumaat

04 Zulqaedah 1430 / 23 Okt 2009

22 October 2009

NABI PALSU



Salam 2 all.

Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Arif Hakim Dato' Abu Zaky daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM16,00-00 keatas Abdul Kahar yang mengaku sebagai Nabi.

Saya kira ini adalah satu langkah berani dan wajar dibuat. Kesalahan mengaku Nabi adalah sangat serius dan dikutuk dalam Islam. Malahan sejarah membuktikan bagaimana beberapa Nabi palsu yang bangkit selepas Rasulullah telah diperangi dan dibunuh oleh para sahabat.

Jenayah ini adalah satu kesalahan serius. Kita umat Islam tidak boleh berkompromi dalam hal saperti ini. Saya cadangkan supaya satu kajian dibuat agar hukuman bagi kesalahan saperti ini dikenakan hukuman lebih keras, mungkin hukuman bunuh perlu dipertimbangkan.

Apapun,mat kepada Yang Arif Dato' Abu Zaky.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

03 Zulqaedah 1430 /22 Okt 2009

***********************************************************************

(Berita daripada Utusan Online bertarikh hari ini)

SHAH ALAM 21 Okt. – Lelaki yang mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad dihukum penjara 10 tahun dan sebatan enam kali serta denda RM16,500 selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan berhubung penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya, empat tahun lalu.
Hakim Abu Zaky Mohammad memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Abdul Kahar, 59, ditangkap pada 16 September lalu. Dia turut diperintah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam dekat sini untuk tempoh enam bulan terakhir daripada hukuman tersebut.
Hakim tersebut memerintahkan hukuman:
Penjara tiga tahun dan sebatan enam kali bagi tuduhan menyebarkan doktrin palsu mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor (EJSNS) 1995.
*Penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau penjara setahun bagi tuduhan mempersendakan ajaran Islam mengikut Seksyen 10 EJSNS.
*Penjara setahun dan denda RM3,000 atau penjara setahun bagi kesalahan menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12 EJSNS.
*Penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau penjara setahun atas kesalahan mengaku sebagai rasul.
*Penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau penjara setahun bagi kesalahan mengisytiharkan diri sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam mengikut Seksyen 8(a) EJSNS.
Dalam penghakiman setebal 55 muka surat yang dibaca hampir dua jam itu, Abu Zaky menyifatkan kesalahan yang dilakukan oleh Abdul Kahar amat serius serta mengancam keselamatan agama, bangsa dan negara.
‘‘Persoalan membabitkan akidah adalah persoalan pokok yang membezakan antara iman dan kufur serta syurga dan neraka. Dalam kes ini, ia bukan sahaja melibatkan tertuduh, malah turut menjerumuskan masyarakat dalam ajaran yang bertentangan dengan Islam,’’ katanya.
Beliau berkata, pengakuan taubat Abdul Kahar juga menimbulkan keraguan kerana hanya dibuat selepas dia ditahan selain peguam tidak membuktikan bahawa ia benar-benar ditulis oleh tertuduh tanpa sebarang paksaan.
Jelas beliau, taubat nasuha bukan sekadar kata-kata, tetapi ia juga perlu diikuti dengan niat dan perbuatan seperti solat taubat, beristighfar serta tidak mengulangi kesalahan berkenaan.
Semasa menyebut nama Rasulullah SAW, beliau sempat bertanya Abdul Kahar sama ada tertuduh percaya kepada nabi dan menyuruh tertuduh berselawat. Sambil berdiri Abdul Kahar mengaku dia percaya dan melafazkan selawat.
Abu Zaky turut menolak alasan Abdul Kahar bahawa dia seorang yang jahil serta tidak bersekolah tinggi kerana katanya negara kita mempunyai masjid dan imam yang mencukupi untuk membolehkan seseorang belajar ilmu agama.
Beliau turut memberi penjelasan panjang lebar tentang hukuman sebat syariah bagi membetulkan salah faham di kalangan masyarakat selain untuk menerangkan perbezaannya dengan sebatan sivil.
Hukuman terhadap Abdul Kahar disambut dengan tangisan oleh anak-anaknya yang turut berada di galeri awam. Dia dilihat memeluk mereka sebelum dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.
Abdul Kahar pertama kali didakwa atas lima pertuduhan pada 2005. Semua kesalahan itu dilakukan antara 2 dan 19 Jun 2005 di No.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Ulu Klang dekat sini.
Bagaimanapun tertuduh gagal hadir ke mahkamah sejak 2006 sehingga waran tangkap dikeluarkan selain ganjaran ditawarkan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya.
Selepas lebih tiga tahun menghilangkan diri, Abdul Kahar berjaya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang menonton televisyen di rumah sewanya di Sungai Long, Hulu Langat, Kajang, pukul 9.45 pagi pada 16 September lalu.
Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd. Hamid dan dua pegawai pendakwa syarie, Muhammad Nazri Basrawi dan Zusyarafain Md. Yusof.
Tertuduh diwakili peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif dan Ridzuan Husin yang menyebut bagi pihak peguam syarie Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais

TIAN CHUA

Salam 2 all.

Pagi ini Khamis 03 Syawal 1430 / 22 Okt 2009, YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu (PKR) telah didapati bersalah atas pertuduhan dibawah Seksyen 332 Kanun Kesiksaan atas kesalahan menggigit seorang anggota polis Konstabel Rosyaidi Anuar dan menghalangnya daripada menjalankan tugas semasa demonstrasi Bersih pada 11.12.2007.

Majistret Mohd. Faizi Che Abu menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara dan denda sebanyak RM3,000-00 bagi sabitan kesalahan tersebut (cerita lanjut sila lihat berita dibawah yang dipetik daripada Malaysiakini).

Dengan hukuman tersebut, mengikut Perlembagaan Persekutuan, maka YB Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, status beliau sebagai Ahli Parlimen kekal sehinggalah semua proses rayuan beliau sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan selesai. Bermakna ianya akan memanggil masa yang lama, kemungkinan besar sampai Parlimen penggal ke 12 ini tamat tempoh pada bulan April 2013 pun mungkin tak selesai lagi kes beliau.

Saya berpendapat bahawa YB Tian Chua perlu dibenarkan menggunakan hak beliau untuk menggunakan segala proses rayuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan negara sebelum apa-apa tindakan melupuskan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen diambil.

Bagaimanapun, apa yang saya musykilkan, mengapa tiada sebarang tindakan pertuduhan jenayah dikenakan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar yang mengaku menumbuk YB Tian Chua yang menyebabkan YB Tian Chua bertindak balas. Double standard again my friend! As usual amigos..as usual..!!

Adios.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
03 Zulqaedah 1430 / 22 Okt 2009

********************************************************************************

(Berita dibawah dipetik daripada Malaysiakini.com bertarikh 22.10.2009)


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.
Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.
Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen."Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun

21 October 2009

BENG HOCK DIBUNUH!?


Salam 2 all.
Seorang pakar pathologi membuat kenyataan mengejutkan hari ini semasa memberi keterangan didalam inkues kes kematian mendiang Teoh Beng Hock (gambar bawah). Beliau merumuskan bahawa ada 80% kemungkinan mendiang Beng Hock mati dibunuh.
Dr. Pornthip Rojanasunand (gambar kiri), pakar pathologi daripada Thailand yang dipanggil sebagai saksi adalah seorang pakar yang mempunyai pengalaman selama 27 tahun didalam bidang pathologi dan telah menjalankan lebih daripada 10,000 autopsi dan telah berjaya merungkai beberapa kes kematian mengejut yang akhirnya didapati adalah kes pembunuhan.
Perlu diingatkan bahawa Dr. Pornthip adalah seorang saksi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan didalam kes ini. Malahan beliau dipanggil oleh Mahkamah sebagai saksi untuk membantu Mahkamah mencapai keputusan yang lebih tepat dalam kes yang telah mencetuskan kontorversi ini.
Sekiranya benar keterangan Dr. Pornthip bahawa mendiang Beng Hock mati dibunuh, persoalan yang timbul ialah mengapa para pathologis tempatan tidak menemui bukti-bukti yang dikemukakan oleh Dr. Pornthip. Contohnya Dr. Pornthip menyatakan bahawa terdapat kesan-kesan bekas dicekik dileher mendiang Beng Hock, dan beliau cukup pasti mendiang Beng Hock telah diserang sebelum ditemui mati.
Walau apa keadaan pun, keterangan pakar pathologi tersebut sepatutnya memberikan alasan yang cukup kukoh bagi pihak polis untuk menukar klasifikasi siasatan kes ini daripada mati mengejut kepada kes bunuh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Persoalan besar yang perlu diselesaikan adalah adakah mendiang mati akibat dicekik kemudian dicampak ke bawah, atau beliau telah diserang dan dalam usaha melepaskan diri beliau terjatuh ke bawah.
Apapun, keterangan Dr. Pornthip tidak boleh diketepikan begitu sahaja, malahan siasatan yang menyeluruh perlu dibuat demi untuk keadilan bagi keluarga mendiang dan rakyat seluruhnya yang sudah mula hilang keyakinan terhadap institusi penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan negara ini.
Keterangan Dr. Pornthip ini juga membawa kita kepada satu senario yang memerlukan siasatan lebih lanjut kerana sebab-sebab berikut:
1. jika kita mengandaikan mendiang Beng Hock dibunuh, siapa sebenarnya yang membunuh beliau. Berdasarkan maklumat dan keterangan yang sedia ada, agak mustahil untuk pegawai dan anggota SPRM yang membunuh beliau. Ini adalah kerana mendiang Beng Hock adalah saksi mereka, dan beliau dipanggil untuk memberi keterangan oleh SPRM sebagai saksi. Adalah tidak logik bagi pegawai dan anggota SPRM mahukan saksi mereka mati!
2. Adalah jelas daripada maklumat dan keterangan yang ada, Beng Hock dipanggil memberi keterangan berkaitan siasatan rasuah dan salahguna kuasa oleh beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor. Dan beliau dikatakan mempunyai maklumat dan bukti berkaitan dengan siasatan yang dijalankan.
3. Oleh itu, berdasarkan andaian yang dibuat boleh Dr. Pornthip bahawa mendiang Beng Hock dibunuh, maka pembunuhnya adalah mereka yang akan mendapat menafaat daripada kematian beliau. Maka pihak polis mungkin boleh mengambil langkah permulaan siasatan daripada situ, iaitu menyiasat siapakah pihak yang berkenaan, adakah pegawai SPRM yang mempunyai kepentingan tertentu, atau mungkin juga ada pihak-pihak lain yang mungkin mempunyai matlamat dan kepentingan tertentu.
Pada saya, kes mendiang Beng Hock ini adalah satu benchmark test untuk melihat sejauh mana slogan "Satu Malaysia: Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan". Keutamaan keadilan kepada rakyat marhaen saperti mendiang Beng Hock dan keluarganya perlu diberikan, pencapaian keadilan bagi rakyat marhaen saperti mendiang Beng Hock dan keluarganya perlu didahulukan. Siapa juga dalang kepada pembunuhan beliau, tidak kira siapa mereka, mesti lah dengan segera disiasat dan dibawa kemuka pengadilan.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Zulqaedah 1430 / 21 Okt 2009
*Nota: tulisan ini telah di edit pada hari ini Khamis 03 Zulqaedah 1430 / 22 Okt 2009 untuk memberi gambaran jelas tentang sikap yang saya ambil daripada keterangan Dr. Pornthip ini)

DAJJAL ++


(Adik Aaliyah Aiman Hussin yang dirogol, diliwat & dibunuh oleh kekasih ibunya uang berbangsa Melayu dan ibunya disyaki bersekongkol dalam kes ini)
Salam 2 all.


Saya terkejut membaca berita berkenaan kes seorang kanak-kanak Melayu berumur 3 tahun yang dirogol, diliwat dan dibunuh oleh boyfriend ibunya berbangsa Melayu. Dan ibunya disyaki bersekongkol dengan boyfriend yang bersekedudukan dengannya dalam kes sadis ini. Mayat bayi ini dijumpai semalam. Berita penuhnya saperti dibawah. Saya berasa sedih dan diwaktu yang sama marah yang btidak terkira dengan sifat kebinatangan yang makin menular dikalangan bangsa Melayu.


Dua hari lepas, satu lagi kes pembunuhan peri kebinatangan berlaku, juga dilakukan oleh orang Melayu. Apa dah jadi dengan bangsa Melayu ini. Sedangkan bangsa Melayu dikatakan beragama Islam. Dimana silapnya bangsa Melayu hari ini? Apakah pegangan mereka kepada agama sudah hilang? Gambar disebelah adalah mayat bayi Melayu yang dicampak dan dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku pada 18.10.2009 lepas. Melihat kepada fenomena ini, saya rasa Dajjal dan Iblis pun mungkin menangis melihat bangsa Melayu yang kejahatan dan sifat kebinatangan mereka mengalahkan Dajjal dan Iblis.

Perbuatan kebinatangan bangsa Melayu mutakhir ini seolah-olah sengaja mengundang la'nat daripada ALLAH. Apakah ini penanda proses kepupusan bangsa Melayu sudah bermula. Bangsa Melayu dikaitkan dengan Islam, malahan Perlembagaan Persekutuan mena'rif bangsa Melayu sebagai wajib menganut agama Islam. Tetapi ternyata bangsa Melayu makin jauh dan makin meniggalkan Islam. Kita hanya berdo'a kepada ALLAH moga kita dijauhkan daripada sebarang malapetaka dan la'nat yang akan diturunkan ALLAH akibat perbuatan bangsa kita sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Zulqaedah 1430 / 21 Oktober 2009


************************************************************************************

Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
*Sumber berita daripada Harian Metro bertarikh 02 Zulqaedah 1430/21 Oktober 2009

20 October 2009

UNGA 64


(Dihadapan Kompleks Bangsa-Bangsa Bersatu)
Salam 2 all.

Alhamdulillah saya telah selesai menjalankan tugasan sebagai delegasi Parlimen Malaysia ke sidang Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu ke 64. Saya pohon kemaafan kerana beberapa hari ini, khususnya daripada Jumaat lepas saya tidak dapat mengemaskinikan blog kerana terlalu padat dengan beberapa program dan penyediaan lapuran, serta persediaan untuk kembali ketanah air.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang hendak saya coretkan disini selama pengalaman menjadi delegasi ke sidang UN ini. Insyallah jika berkesempatan saya akan cuba coretkan dari masa ke masa di bawah tajuk UNGA 64.

Saya telah selamat sampai ke tanahair dan mulai hari ini Selasa 01 Zulqaedah 1430 / 20 Okt 2009 saya telah menghadiri sidang Parlimen Malaysia yang mula bersidang mulai Isnin 30 Syawal 1430 / 19 Okt 2009 sehinggalah Selasa 28 Zulhijjah 1430 / 15 Disember 2009.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
01 Zulqaedah 1430 / 20 Okt 2009

MAULIDUL MURSYID

(Bersama Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Professor Dr. Fauzi Deraman semasa mnengerjakan haji musim lepas 1429 Hijrah / 2008)

Salam 2 all.

Saya sedang membaca facebook apabila terbaca nota bahawa hari ini 01 Zulkqaedah 1430 / 20 Okt 2009 rupanya adalah ulangtahun ke 62 Masehi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang. Beliau lahir pada 20 Oktober 1947. Kalau mengikut taqwim hijrah, Tuan Guru lahir pada hari Isnin 05 Zulhijjah 1366. Bermakna 'umur Tuan Guru menurut taqwim Islam ialah 63.

Saya mengucapkan selamat harijadi kepada Tuan Guru. Moga ALLAH memberikan keberkatan dan kekuatan serta istiqomah kepada Tuan Guru dalam memimpin perjuangan untuk memartabat dan mendaulatkan syariat Islam dalam negara Malaysia ini insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

01 Zulqaedah 1430 / 20 Oktober 2009


15 October 2009

DAH WINTER


(Pemandangan langit Manhattan yang mendung menandakan musim sejuk sudah bermula)

Salam 2 all.

Hari ni Khamis 26 Syawal 1430 / 15 Okt 2009. Cuaca winter sudah mula menyelubungi kota Manhattan. Sejuk giler sejak malam semalam. Matahari pun dah tak nampak.
Di New York ni, yang tak tahannya bila angin dia bertiup. Disebabkan struktur bangunan dia yang tinggi-tinggi dan dengan sistem grid yang dilaksanakan menjadikan jalan-jalan di kota Manhattan saperti lorong-lorong angin lintang yang sempurna, umpama arus sungai yang mengalir deras.
Sebab itu jaket yang paling sesuai di New York ni ialah jenis wind-breaker yang ada hood. It really helps, especially kalau angin datang dengan hujan. Peh..memang ketaq lutut sheh.
Well, nak masuk meeting hall kat UN. Ada few meetings kena hadir hari ni. Yang kontroversi sikit ialah Security Council open debate on "Situation in Mid-east with focus on Palestine". Will follow up nanti. Adios amigos.
Grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
26 Syawal 1430 / 15 Oktober 2009

TIED GUN


Salam 2 all.
Ni gambar saya berdiri disebuah eksibit yang terletak dihadapan bangunan Bangsa-Bangsa Bersatu. Eksibit ini dipanggil "The Tied Gun" - iaitu sebuah replika pistol yang diikat larasnya. Ia kononnya manifestasi pembekuan penggunaan senjata untuk keamanan dunia sejagat. Tapi kita semua tahu ianya suatu kepura-puraan barat, mereka lah pengguna senjata yang paling istiqomah dan komitted.
Well, anyway, it's good place for posing.
Oh ya, eksibit ini adalah hadiah daripada Kerajaan Luxembourg.
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
25 Syawal 1430 / 14 Oktober 2009

14 October 2009

STEVEN INSTITUTE HOBOKEN



Salam 2 all.

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Stevens Institute of Technology, Hoboken, New Jersey.

Institut ni berdekatan dengan New York, in fact seberang jambatan je. Kalau tak silap semalam kami masuk melalu Lincoln's Tunnel, tak nampak sungai pun. Daripada Manhattan lebih kurang 30 minit drive.

Pemandangan daripada Institut ni fantastic. Kita boleh nampak New York skyline kerana institut ni kebetulan ditepi sungai dan atas bukit. Kalau rasa tension nak studi, lepak je kat luar, memang hilang tension. Saya diberitahu tapak institut ini adalah bekas tapak istana, in fact ada patung kuda yang besar di perkarangan institut (macam Palace of Golden Horses pulak!).

Pelajar-pelajar kita di insitut ni agak bernasib baik kerana mereka berhampiran dengan New York, jadi kebiasaannya kalau menteri atau orang kenamaan datang New York akan menziarahi mereka. Kebetulan semasa majlis 'eidulfitri di Connecticut, saya terjumpa beberapa students daripada institut ini yang turut hadir, termasuk saudara Mohamad Syahir Zainal dan dua rakannya. Maka mereka mengatur pertemuan untuk saya dengan pelajar di situ.

Terdapat lebih kurang 38 pelajar Malaysia di institut ini. Boleh dikatakan kesemuanya pemegang biasiswa JPA dan lain-lain. Insitut ini menwarkan secara umumnya pengajian ijazah dalam kejuruteraan (dalam pelbagai disiplin).

Ketibaan saya bersama dengan Konsul General En. Zamruni dan diplomat Malaysia di UN Sdr. Isyrin disambut oleh para pelajar dan wakil institut (saya pun tak ingat namanya tapi a white lady). Siap bagi present cawan lagi. She was very polite and welcoming. Yang syoknya institut ni siap sponsor cookies and some drinks..

Melihat kepada para pelajar ni mengingatkan saya kepada zaman saya di New Zealand dulu. Saya menasihatkan mereka supaya mendapatkan sebanyak mungkin pendedahan dan pengalaman selama di New York. Selain daripada mendapatkan segulung ijazah, they should built be a good networking. New York is a place of opportunity. Pelbagai macam peluang dan ruang terbuka untuk mereka. Malahan saya nasihatkan mereka supaya cuba juga mendapatkan pebagai kemahiran lain, termasuk mempelajari bahasa Cina atau 'Arab untuk memberikan mereka "the added value to their qualification". Juga mereka berpeluang membina international networking dengan adanya United Nation dan kepelbagaian masyarakat di New York. Saya juga menyeru mereka supaya melibatkan diri dengan akitiviti masyarakat tempatan, khususnya masyarakat Islam.

Semoga para pelajar kita di Steven Institut of Technology akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang akan mereka ceburi.

Saya mengucapkan terimakasih kepada sdr Syahir yang telah memberikan peluang kepada saya untuk berjumpa dengan para pelajar di Steven's. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Konsul General Sdr. Zamruni dan sdr. Isyrin yang telah mengatur pertemuan tersebut dan membantu saya dari segi pengangkutan dan logistik.

Adios amigos. Grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
25 Syawal 1430 / 14 Oktober 2009
Manhattan, New Yor

13 October 2009

HARLEY IN NEW YORK..

Salam 2 all.
Ni gambar-gambar saya semasa pergi ke outlet Harley-Davidson di Manhattan New York. Ini satu-satunya outlet HD yang menjual pelbagai peralatan dan aksesori jenama Harley-semuanya ori yop!
Outlet ni terletak di 686, Lexington Avenue (berdekatan 56-57 Street), New York 1002 NY (Tel: (212) 3553003 / Fax: (212) 3556006).
Macam-macam peralatan dan aksesori jenama Harley dijual disini. Kalau soal harga, memanglah mahal kalau kita convert ke duit Malaysia. Ada satu helmet tu geram saya nengoknya. Full face, dan yang canggihnya siap dengan sun-visor dan chin-protector. Kalau kat Malaysia rasanya tak dapat. Kalau ada pun rasanya mau lagi mahal daripada moto-cup..dekat RM3,500-00 sheh !!
Tapi enjoylah jugak dok kat outlet ni. Belek punya belek, try punya try, tau-tau dah nak magrib. Tapi ngkorang jangan risau, saya ke situ dengan YB Wee Choo Keong lepas waktu persidangan. Kebetulan pulak YB Wee memang owner sebijik Harley kat KL..so boronglah kawan..
So next time hangpa mai New York, do drop by ke outlet Harley Davidson ni..sure tangkap geterrr dong..
Adios
Zulkifli Bi Noordin
Isnin
23 Syawal 1430 / 12 Okt 2009

UPI'-JAYA

Salam 2 all.
Ahad 22 Syawal 1430/ 11 Okt 2009 saya berkesempatan ke Restoran Upi' Jaya, sebuah restoran makanan padang di New York.
Sikit punya lega dapat makan nasi, siap dengan lauk ayam goreng masak balado dengan tahu goreng (siap dengan cicah cili sos & kicap). Sayur pucuk ubi and..jeng..jeng..tunjang masak lomak cili rawit..peh..teringat den kat Restoran Waspado :))
Ini adalah satu-satunya restoran padang yang menyediakan makanan HALAL di New York!
Restoran ni terletak di 76-04, Woodside Avenue, Elmhurst, New York 11373 (Tel: (718) 458 1807 / Fax: (718) 458 5292). Restoran ni dibuka Selasa-Khamis (11.30am-09.30pm), Jumaat-Sabtu (11.30am-10.30pm) dan Ahad 11.30am-09.30pm.
Kalau drive lebih kurang dalam 15minit dari Manhattan (tapi kalau hari bekerja atau jam, nasyib kau lah yeh..hehehe). Kalau naik subway, ambik train ke stesyen 76th menaiki train #7 (E,F,R,G). Tempat ni lebih dikenali dengan nama Elmhurst. Ramai Malaysian, Indonesian dan Filipinos tinggal disini. In fact, ada kedai runcit Indon di sini, kalau takat mee Indo, cili sos, kicap manis dan lain-lain memang setel. Kacang tumbok pun ada yop.. :))
So, jangan kuatir jangan risau, tak payah bawak bekal mee maggie dan sos dan macam-macam lagi bila ke New York, datang aja ke Elmhurst pak..tanggung bereessss !!
Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
22 Syawal 1430 / 11 Okt 2009

12 October 2009

THE END 4 BE END

Salam 2 all.

Saya melihat kemenangan Tan Sri Isa Samad di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang dan kecundangnya Dato' Seri Ong Tee Keat dalam mesyuarat khas MCA membawa satu makna dan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia..korupsi, kolusi dan nepotisma masih subur dan segar bugar didalam UMNo/ Be End.

Dalam kes Tan Sri Isa Samad, menunjukkan bagaimana seorang yang sudah disabit dengan kesalahan rasuah oleh UMNo sendiri boleh "dihidupkan balik" dan menjulang piala kepimpinan dan menjadi Yang Berhormat. Silap-silap haribulan MB Negeri Sembilan pun bungkus nanti, kerna nafsu politik tidak pernah kenal kepuasan dan tiada batasan. Saya cukup yakin Tan Sri Isa Samad sudah tentu mempunyai keinginan menduduki semula kerusi empuk MB Negeri Sembilan jika berpeluang.

Dalam kes Dato Seri Ong Tee Keat, seorang yang berprinsip, dikenali sebagai Mr. Clean, anti rasuah dan melancarkan "perang" terhadap rasuah dalam isu PKFZ sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Mnteri Pengangkutan. Tindakan tegas beliau dalam isu PKFZ telah menyentuh banyak "poket" dalam UMNo dan Be End. Jadi OTK sudah tidak serasi dalam strktur UMNo dan Be End. Dan untuk melengkapkan agenda keruntuhan UMNo/ Be End, seorang pemimpin saperti Dato Seri Chua Soi Lek boleh dinobatkan semula kedalam MCA.

Saya melihat ini dengan suatu perasaan yang gementar, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia. Bagaimana kita boleh menjadi toleran kepada sang koruptor, dan membenamkan Hang Jebat. Apakah ini petanda masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat yang rosak, atau apakah UMNo/ Be End sedang mempercepatkan proses menalqinkan diri mereka.

Kepada Dato Seri Ong Tee Keat, saya mengajak beliau menyertai kami. Mari kita bersama memerangi rasuah, salahguna kuasa dan membina masyarakat dan negara Malaysia yang mendaulatkan hak dan ketuanan rakyat.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Ahad
21 Syawal 1430 / 11 Okt 2009
New York

11 October 2009

RAYA D CONNECTICUT













Salam 2 all.
Sabtu 21 Syawal 1430/ 10 Okt 2009, saya ke Connecticut untuk majlis sambutan 'eidulfitri masyarakat Melayu disana.
Saya bertolak jam 11.00am bersama dengan Sdr. Isyrin (pegawai Kedutaan Malaysia) dan Sdr. Benny Hendra (kakitangan Kedutaan). Perjalanan mengambil masa hampir 2jam. Kami temui beberapa trafik jam. Tapi untuk pertama kalinya saya melihat keajaiban GPS. Kami langsung tak tahu jalan kesana, tapi dengan GPS, kami sampai right on the doorstep!!
Majlis dibuat di dewan University of New Haven, salah satu universiti di Connecticut. Rupanya Connecticut ni adalah bandar universiti. Selain UNH, universiti yang top dan terkenal disini ialah University of Yale. Ada lagi beberapa university dan college, dan Connnecticut ni berhampiran dengan Boston, sebuah lagi bandar unviversiti yang terkenal dengan MIT dan lain-lain.
Rupanya Connecticut ni antara tempat yang paling ramai masyarakat Melayu. Dan kebanyakan mereka berumur 45-40 tahun. Ramai berkahwin sesama mereka, ada juga yang berkahwin dengan omputeh dan masyarakat tempatan. Dan anak-anak mereka yang sulong semuanya dalam lingkungan 15-20 tahun.
Saya mengamati perkara ini dan baru perasan bahawa kebanyakan mereka ini melalui zaman sama dengan saya. Apa yang terjadi di pertengahan tahun 1980'an, ekonomi dunia termasuk Malaysia merudum. Ramai yang hilang pekerjaan, dan graduan mendapati ijazah mereka setaraf dengan toilet paper..tak laku langsung. Kerajaan melaksanakan dasar SKS, Skim Khidmat Sementara, dimana para graduan menganggur diberi kerja kontrak tahunan dengan gaji RM800-00 sebulan, malah ada yang lebih kurang daripada itu. Kerani pun dapat gaji lebih daripada graduan!
Jadi ramai pelajar yang belajar diluarnegeri memilih untuk tidak balik ke Malaysia, sebaliknya samada merantau ke negara lain atau terus menetap di tempat mereka belajar. Saya sendiri tidak bercadang nak balik ke Malaysia setelah tamat pengajian di Victoria University of Wellington di New Zealand, tapi apo kan dayo..omak den dok manggil den suwoh balik..jadi den balik juo. Kalu tak ntah-ntah den dah jadi YB Wellington ari ni...hehehe.. :))
Masyarakat Melayu di Connecticut ni macam juga masyarakat Melayu ditempat lain yang pernah saya bersama atau ziarah. Mereka agak close-knit dan rapat. Bila bersembang dengan mereka, ternyata perkara yang menjadi kprihatinan utama adalah nasib masa depan anak-anak mereka, generasi pertama Melayu di Amerika. Saya sendiri melihat anak-anak mereka, kalau bab English tu toksah cakap lah, kalau tak tengok muka tu kita ingat omputeh yang bercakap. Dan yang membanggakan kebanyakan mereka sangat berbakat, bijak dan always top in the class. Mereka bukan sahaja A student dalam akademik, tetapi juga dalam pelbagai bidang. Dan saya perhatikan ini berlaku kerana mereka diberi pendidikan, dan paper-chase bukan matlamat. Kita di Malaysia dok "Giler-A's", sampai anak baru darjah satu pun dah kena gi tuisyen.giler babi punye kerja, babi giler pun tak buat macam tu!!
Anak-anak kita kebanyakannya tidak membesar secara normal, dan mereka tidak diberi kebebasan membesar secara normal. Yang penting banyak "A's", kumpul sebanyak-banyak "A's" yang boleh. Cikgu sekolah pun lebih berminat buat kelas tuisyen dan kelas tambahan, sebab boleh balik kampung pikul duit berkati-kati. Jadi cikgu sekolah sebagai "last-option", bila dah takdo kojo lain!!
Well anyway, ngkorang tengok dalam gambar tu semuanya adalah anak-anak kekawan kita di Connecticut. Mereka berkata selain daripada getting-together, majlis saperti hari raya ini adalah cara untuk mereka memastikan anak-anak mereka kekal dengan identiti, jati diri, dan tahu "root" mereka adalah Melayu Muslim. Jadi sebulan dua sebelum majlis, latihan sudah dimulakan. Anak-anak mereka dibawa secara rotation kerumah sesama mereka dan buat training, samada tarian ke, nyanyian ke, persembahan dan lain-lain. Dengan cara itu, anak-anak mereka menjadi rapat dan kenal kawan-kawan makbapak mereka.
Saya memberikan pandangan bahawa cara terbaik untuk mengekalkan identiti dan "root" anak-anak mereka ialah dengan Islam. Ianya lebih universal. Biasakan mereka dengan masjid, rapatkan mereka dengan Al Quran, syiarkan mereka dengan tarawih dan banyak lagi majlis-majlis-majlis Islam, jadikan Jumaat hari 'get-together' mereka, biar mereka boleh relate dengan Islam dan institusi islam saperti Al Quran, masjid dan Muslim lain. Insyallah walau kemana mereka pergi, walau dengan siapa mereka berada, mereka akan kekal dengan identiti dan "root" mereka sebagai Muslim.
Anyway, majlis 'eidulfitri berjalan lancar. Turut hadir dalam majlis tu ialah rakan saya Datuk Jamaludin Jarjis, Duta Malaysia ke US. Kebetulan anak perempuan beliau belajar di Boston. Saya pun tanya beliau macam mana nak address jawatan dia sebab dia masih lagi Ahli Parlimen. In fact Datuk JJ adalah sitting MP yang pertama dilantik menjadi Duta. So title dia "YB TYT Datuk Seri Jamaludin Jarjis". Tapi dia kata tak payah meleret-leret, panggil aje Ambassador JJ. Dan itulah title yang dia gunakan sekarang.
Bersama kami adalah Konsul General Malaysia ke New York Sdr. Zamruni dan isterinya (orang AU5C Keramat, rupenya anak Haji Mat Masjid Assobirin-what a small world!). Mereka baru je kawin Mac lepas. Ramai juga para pegawai kedutaan dan perwakilan tetap yang hadir.
Tengok pada nasi minyak, rendang, lontong, soto dan kuih muih, memang kekawan kita ni well prepared. Rupe-rupenya Datuk JJ bermalam dengan mereka dan turut memasak semalaman dengan mereka. Dan the food, ada yang lebih sedap dari Malaysia..memang pandai deorang masak. Sedap..tambah-tambah saya dah beberapa hari tak pekena lauk Melayu!
Majlis bermula dengan bacaan marhabban. First time saya dengar Datuk JJ baca marhabban..hehehe.. ;)) Gambar yang kami berdiri berderet atas pentas tu tengah dok baca marhaban lah tu, nak kata teruk sangat tu tak lah jugak, sebab tak hujan pun lepas tu.. ;(
Sambil makan minum majlis diselang selikan dengan persembahan dan macam-macam. Seronok tengok anak-anak mereka bernasyid, menari tarian zapin, karate-kid dan lain-lain. Ada satu couple Hanis & Rosli, they are really good. Suara si Hanis nyanyi lagu raya saya ingatkan deorang pasang CD, rupenye live from her. And hubby dia, the lead guitarist..hebat-hebat.. ;))
Dan yang paling saya surprise ialah Emcee majlis tu..none other the Sasha. Ngkorang yang hidup sezaman dengan saya tentu masih ingatkan Sasha. That cute naughty college girl dalam filem "Adik Manja" arahan Adibah Amin in the late 70's. Rupanya Sasha dah settle down di Connecticut, happily married, with a Malay guy! (Tak macam artis pompuan kita ari ni dok giler nak kawin omputeh, ada yang sanggup hang out kat niteclub and karaoke lounge semata-mata nak pancing omputeh, dapat drebar teksi omputeh pun takpe, janji omputeh..giler punya Melayu! Lagi bagus hangpa kawin Mat Indon ke Mat Bangla!)). Anyway, saya mulanya tak perasan. Bila saya dipanggil menyampaikan hadiah atas pentas, baru saya nampak Sasha at close-up, dan baru saya perasan yang Sasha is the Sasha of Adik Manja..what a plaesant surprise. Kalau dalam gambar diatas, Sasha emcee yang pakai baju kurung warna merah menyaler tu.
Saya juga berjumpa dengan sdr. Mohamad Ali Iqbal, chief Bank Negara Malaysia cawangan New York. And ngkorang tau siapa dia..yup..anak laki seorang MB. But don't get me wrong, this guy is also good..in fact damn good. Even without being anak MB, dia memang layak menjadi chief Bank Negara di New York ni on his own merit, walaupun baru berumur 30an. It just happen bapak dia MB. Anyway dia juga bekas pelajar RMC..hehehe ;))
Saya juga terkejut berjumpa dengan Kak Yasmin. Dia ni masa awal-awal Reformasi dulu aktif giler. Masa tu masih lagi pegawai dalam TLDM. Cukup aktif dengan BUDI, Ngo yang menyelia pilihanraya tahun 1999. Wife saya Maimun sure kenal Kak Yasmin ni sebab dia pun aktif dengan Ngo BUDI masa tu. Rupenya dia dah berkahwin dengan omputeh di Connecticut dan sekarang dikenali sebagai Mrs. Saulnier, kini Site Operations officer di Research Technology Center di Pfizer Biotherapeutics Center. Kat dalam gambar paling last diatas, Kak Yasmin yang pakai baju kurung pink dok sebelah kanan saya.
Selepas tu saya pergi beraya kerumah kekawan yang tinggal di Connecticut. Bangga juga tengok Melayu ada rumah kat sini. Saya ke rumah Sdr. Anuar Ismail. Teringat saya semasa zaman student di New Zealand dulu. Sdr. Anuar beli rumah ni sejak tahun 2001 lagi. Luas tanah dekat 3/4 ekar. Cantik dengan laman dan taman yang dijaga rapi, siap ada basement. Sdr. Anuar dan Sdr. Azhar kira macam Tok Penghulu kat Connecticut ni. Macam sahabat saya Fudzail di Dubai. Sdr. Anuar kat dalam gambar 2nd last tu yang pakai baju Melayu berkot (siap bunga lagi!).
Well, ramai lah lagi kekawan yang saya jumpa dan kekawan baru yang terjalin semasa di Connecticut. Saya mengucapkan terima kasih kepada sdr. Azhar, Sdr Anuar, Sdr. Alvin Teh, Sdr. Khairi Kader, Sdr. Raja M. Rahman, Sdr. Mohamed Arshad, Sdr. Abdul Rahim dan ramai lagi serta keluarga dan anak-anak mereka yang sudi menjemput saya untuk majlis 'eidulfitri di Connecticut itu. It has been a very memorable day for me..something that I shall cherish for years to come. Moga ALLAH menambah eratkan silturrahmi anatar kita, dan moga ALLAH memberikan kita peluang dan keizinan untuk berjumpa lagi insyallah.
Salam 'eidulfitri minal wal fa izin dan jazakallah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Syawal 1430 / 10 Oktober 2009
Connecticut
P/s: Bagi ngkorang yang berminat nak ke Connecticut, atau kalau berjalan ke Connecticut, hubungi kekawan kita Sdr. Anuar (+ 1-2039344245 / jitra66@aol.com) atau Sdr. Azhar (c00803@chillis.com).

10 October 2009

JUMAAT DI NEW YORK





Salam 2 all.
Jumaat 20 Syawal 1430/ 09 Oktober 2009. Selepas sesi perundingan waktu pagi di Sixth Committee, kami ke masjid untuk solat Jumaat. Disini waktu masuk solat agak awal sikit dari Malaysia. Subuh 05.31 pagi (syuruk 07.01am), zohor 12.43 tgh, asr 03.53ptg, magrib 06.25ptg dan isya' 07.55ptg.
Di bandar Manhattan ni ada sebuah masjid yang agak besar. Masjid ni dipanggil Masjid 96th, kerana ianya duduk di East 96th Street. Ianya dibina dengan sumbangan banyak negara Islam, dan penyumbang terbesarnya adalah Kuwait. Selain menyumbang kepada pembinaan, Malaysia juga menanggung bayaran bil elektriknya setiap bulan.
Masjid ini boleh menampung jemaah dalam 3,000 orang. Dan jemaahnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara. Ia mempunyai sebuah sekolah dipanggil International Islamic School dibangunan bersebelahan. Kebanyakan masyarakat Islam disini sangat memerlukan kerja da'wah dan majlis 'ilmu. Ini adalah kerana samada mereka baru masuk Islam, ataupun punya anak dan keluarga yang belum mengenal Islam (termasuk lelaki dan wanita yang berkahwin dengan Muslim disini). Jadi kepada kawan-kawan kita di Malaysia, ini peluang untuk kerja da'wah. Datanglah untuk melakukan kerja da'wah dan lain-lain. Malahan, mereka perlukan guru untuk mengajar membaca Al Quran serta 'ilmu fardhu 'ain. Selain pendakwah bebas, saya rasakan Kerajaan Malaysia boleh membantu dengan menghantar pegawai agama Islam sepenuh masa dan diletakkan dibawah pejabat Konsul General Malaysia di New York. Selain menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia, kita boleh menggunakan beliau untuk tugas mengajar dan berdakwah di sini.
Dan itulah yang saya banggakan dengan seorang warga Indonesia disini. Imam utama Masjid 96th ialah seorang warga Indonesia iaitu Ustadz Shamsi, seorang pendakwah daripada Sulawesi. Seorang lulusan agama peringkat sarjana, beliau dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bacaan Al Quran beliau sangat baik dan mengasyikkan (walaupun taklah boleh lawan Syeikh Abdul Rahman Syudais). Beliau boleh menyampaikan khutbah (bukan baca teks khutbah). Beliau juga berda'wah siang malam. Beberapa kali beliau menjemput beberapa orang aktivitis Yahudi dan Kristian untuk datang mendengar khutbah beliau dan melihat aktiviti masyarakat Islam di Masjid 96th dan lain-lain.
Dalam khutbah beliau kali ini, beliau mengupas tentang Islam adalah agama yang membawa ketenangan dan kebahagiaan. Ini adalah kerana masyarakat Amerika yang mempertuhankan material dan kebendaan mendapati mereka tidak bahagia dan tenang. Hidup sentiasa stres dan berserabut, walaupun penuh kemewahan, kemodenan dan kecanggihan. Agama lain bukan sahaja tidak membawa ketenangan dan kebahagiaan saperti dijanjikan, tetapi menambah keserabutan. Beliau memberi 5 faktor untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan iaitu syukur, ikhtiar, sabar, istiqomah dan tawakkal. Cara beliau mengupasnya memang sangat meyakinkan dan mencapai matlamat da'wah Islamiyyah.
Saya pergi ke Masjid 96th dengan Konsul General Malaysia Sdr. Zamruni (yang tie merah tu), Ketua Chancery Malaysia Sdr. Raja Nurshirwan (yang tie kuning) dan Sdr. Rashdan (pegawai daripada Jabatan Peguam Negara).
Saya diberitahu ada beberapa buah masjid lain di Manhattan. Malahan saya dengar ada usaha untuk membeli satu dua gereja lama yang tak terpakai untuk dijadikan Masjid. Sebenarnya pada pengamatan saya, masyarakat barat termasuk di New York sangat-sangat memerlukan bimbingan spiritual. Agama lain telah gagal dalam fungsi tersebut, malahan agama lain juga dilihat telah gugur menjadi penyembahan kebendaan dan material. Sebab itu banyak gereja sudah mulai kosong dan ditinggalkan. Islam boleh membawa cahaya spiritualisma itu. Tetapi Islam memerlukan penda'wah dan aktivis yang sanggup berkorban untuk membawa obor cahayanya. Islam memerlukan lebih ramai saperti Ustadz Shamsi.
Selepas solat kami pergi pekena beriyani di sebuah restoran halal, satu-satunya restoran halal yang ada di Manhattan East. Saya akan ceritakan mengenainya kemudian.
Well, saya nak ke Connecticut pulak untuk berjumpa dengan masyarakat Islam termasuk Melayu yang akan mengadakan majlis sambutan 'eidulfitri. Connecticut ini adalah sebuah negeri tidak jauh daripada New York, dalam 2 jam perjalanan. Saya dengar Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, rakan saya Datuk Jamaludin Jarjis juga akan turut hadir. So see you guys latyer insyallah.
Adios amigos..grasias..
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
21 Syawal 1430 / 10 Okt 2009