31 December 2009

TAHUN BARU?

Salam 2 all.

Malam ni sekali lagi negara hadhari ni akan dicemar dengan segala maksiat dan mungkar. Malam yang digilai ramai manusia gila..malam tahun baru!!

Sedang saya menulis ni pun sudah mula terdengar gendang-gendang iblis dan syaitan sedang menggegarkan Dataran Merdeka. Dataran tempat Melayu melaungkan kemerdekaan 52 tahun masihi lepas..tetapi dataran itu malam ini membuktikan bangsa Melayu masih terjajah jiwa dan aqidahnya.

Masjid Jame' yang terletak tidak jauh daripada dataran iblis itu akan sekali lagi menjadi sangkar kemungkaran. Orang ramai yang lalu lalang dari stesyen LRT, dari Puduraya kebanyakannya akan singgah sekadar untuk membuang kencing dan najis. Malam nanti, setelah pesta syaitan selesai, muda-mudi yang kononnya terlepas bas nak balik, yang datang dengan bajet sekadar cukup untuk beli burger & airtebu, akan menjadikan Masjid Jamek sebagai tempat bercengkerama.

Ditengah pagi buta nanti, pekerja DBKL & Alam Flora akan sibuk mengutip botol arak, kondom pelbagai jenama..dan kekadang panties dan seluar dalam yang tertinggal. Kekadang tudung tertinggal pun ada!!

Berapa lama bangsa kita akan terus berpura-pura dengan pesta tahun baru ini. Maka riuhlah TV radio menganalisa azam tahun baru. Dijemputlah segala professor dan cerdik pandai yang hebat-hebat mengupas tajuk azam baru..tajuk yang bukan sahaja dah basi..naik muntah kita mendengarnya.

Kita orang Islam tak perlu sambutan tahun baru masihi ini untuk membuat 'azam. Kita sudah pun ber'azam 5 kali sehari setiap hari..inna solaati, wanusukii, wamahyaaya, wamamaati, lillah hirobbil 'alamin-sesungguhnya solatku, 'ibadahku, kehidupanku dan kematianku semata-mata untuk ALLAH Tuhan sekelian 'alam. Itulah 'azam seorang Muslim tiap hari siang dan malam.

Kebetulan tahun baru masihi 01 Januari 2010 jatuh pada malam Jumaat 15 Muharram 1431. Malam Juma'at ini eloklah kita duduk ditikar sembahyang dan sujud tunduk kepada ALLAH. Eloklah malam Juma'at ini kita baca surah Al Kahfi. Eloklah malam saiyyidul ayyam ini kita qiamulail..dirikan malam dengan tahajud, taubat, hajat dan witir. Eloklah dipertengahan bulan hijriah ini kita bangun bersahur dan berpuasa. Sebenarnya terlalu banyak perkara lain yang boleh dibuat oleh seorang Muslim di malam Juma'at 15 Muharram ini, perkara yang sesuai dengan syariat agamanya. Hindarilah daripada program maksiat dan mungkar yang akan dirayakan oleh anak cucu iblis dan syaitan pada malam ini.
Wassalam & adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Muharram 1431
31 Disember 2009

BAPAK GUS DUR

Salam 2 all.
Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan Al Fatihah saya ucapkan atas pemergian Pak Gus Dur, mantan Presiden Indonesia ke 4 semalam Rabu 13 Muharram 1431/ 30 Disember 2009.
Pak Gus Dur (atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid) adalag seorang tokoh yang penuh dengan kontroversi, namun sejarah tidak akan melupakan beliau sebagai Presiden Indonesia yang pertama dipilih secara demokrasi selepas kejatuhan Presiden Suharto.

Saya kebetulan pernah punya pengalaman peribadi dengan Pak Gus Dur diperingkat awal gerakan reformasi di Malaysia akhir 1990an. Pak Gus Dur sangat rapat dengan DSAI. Malahan penglibatan mereka dalam usaha memartabatkan gerakan Islam bermula lama dahulu sebelum DSAI menyertai kabinet Malaysia. Oleh itu, kedatangan kami wakil DSAI ke Jakarta tatkala beliau baru memegang jawatan Presiden sangat dialu-alukan. Malah kami dilayan semacam ahli keluarga.

Saya masih teringat persoalan yang ditanya kepada Pak Gus Dur semasa bertemu beliau di Ciganjur (kediaman peribadinya di pinggiran Jakarta), mengapakah orang Melayu Malaysia tidak sama semangat perjuangannya dengan orang Melayu Indonesia. Orang Melayu Indonesia perjuangan mereka sangat kental, sanggup mati mempertahankan bangsanya. Jawapan Pak Gus Dur sangatlah sinis; "masalahnya orang Melayu Malaysia perutnya kenyang dong, Melayu Indonesia perutnya lapar pak!".

Begitulah karektor Pak Gus Dur, walau bergelar Presiden negara umat Islam terbesar didunia, walaupun memimpin Nahdatul Ulama', satu gerakan Islam terbesar di Indonesia dengan jutaan ahli, namun sifat rendah diri, tawadhu' dan senda guraunya tidak berubah.

Apabila ditanya apa perbezaan pemerintahan beliau dengan Presiden lain, Pak Gus Dur selamba menjawab, "zaman Pak Harto Orde Baru, zaman Pak Habibie In Order, zaman saya No Order!". Apabila di asak dengan bantahan kelemahan kepimpinan beliau, dengan sinis Pak Gus Dur menjawab, "kok kalian tidak nampak, Presidennya kan buta, Wapresnya (Timbalan Presiden Megawati) pulak bisu (kurang bercakap)!". Seorang rakan saya di Jakarta yang kaki demo pernah berlawak menyatakan para demonstran di Indonesia tidak takut sama polisi, atau ABRI, tetapi kalau dengan Pak Gus Dur lain cerita!! Kerana apa, kerana kalau kedengaran Pak Gus Dur membawa kereta nak melalui tempat demonstran, pasti semuanya lari berterabur kerana Pak Gus Dur nggak nampak dong, habis nanti dilanggarin kita semua!!

Kami semua agak bernasib baik kerana Pak Gus Dur sempat menziarahi DSAI baru-baru ini dirumah beliau di Bukit Segambut. Sempatlah kami makan bersama dan bergurau dengan Pak Gus Dur. Kebetulan malam itu ramai yang mengambil gambar kami, jadi bagi mereka yang berkenaan kalau ada kesempatan tolong email kepada saya sekeping dua gambar tersebut buat kenang-kenangan kami.

Begitulah gelagat orang yang namanya Gus Dur. Semoga ALLAH meletakkan Almarhum dalam golongan yang soleh dan diberi keampunan, dan semoga Pak Gus Dur termasuk dalam golongan ahlul jannah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Muharram 1431
31 Disember 2009

*Bagi sdr/i yang berminat untuk mengenal latarbelakang Pak Gus Dur, sila wikipedia.org/wiki/Abdurrahman_Wahid
#################################################################
(Petikan daripada wikipedia encyclopaedia)

Kyai Haji Abdurrahman Wahid, akrab dipanggil Gus Dur (lahir di Jombang, Jawa Timur, 7 September 1940 – meninggal di Jakarta, 30 Desember 2009 pada umur 69 tahun[1]) adalah tokoh Muslim Indonesia dan pemimpin politik yang menjadi Presiden Indonesia yang keempat dari tahun 1999 hingga 2001. Ia menggantikan Presiden B. J. Habibie setelah dipilih oleh MPR hasil Pemilu 1999. Penyelenggaraan pemerintahannya dibantu oleh Kabinet Persatuan Nasional. Masa kepresidenan Abdurrahman Wahid dimulai pada 20 Oktober 1999 dan berakhir pada Sidang Istimewa MPR pada tahun 2001. Tepat 23 Juli 2001, kepemimpinannya digantikan oleh Megawati Soekarnoputri setelah mandatnya dicabut oleh MPR. Abdurrahman Wahid adalah mantan ketua Tanfidziyah (badan eksekutif) Nahdlatul Ulama dan pendiri Partai Kebangkitan Bangsa (PKB)
Abdurrahman Wahid lahir pada hari ke-4 dan bulan ke-8 kalender Islam tahun 1940 di Denanyar Jombang, Jawa Timur dari pasangan Wahid Hasyim dan Solichah. Terdapat kepercayaan bahwa ia lahir tanggal 4 Agustus, namun kalender yang digunakan untuk menandai hari kelahirannya adalah kalender Islam yang berarti ia lahir pada 4 Sya'ban, sama dengan 7 September 1940.
Ia lahir dengan nama Abdurrahman Addakhil. "Addakhil" berarti "Sang Penakluk".[2] Kata "Addakhil" tidak cukup dikenal dan diganti nama "Wahid", dan kemudian lebih dikenal dengan panggilan Gus Dur. "Gus" adalah panggilan kehormatan khas pesantren kepada seorang anak kiai yang berati "abang" atau "mas".[2]
Gus Dur adalah putra pertama dari enam bersaudara. Wahid lahir dalam keluarga yang sangat terhormat dalam komunitas Muslim Jawa Timur. Kakek dari ayahnya adalah K.H. Hasyim Asyari, pendiri Nahdlatul Ulama (NU), sementara kakek dari pihak ibu, K.H. Bisri Syansuri, adalah pengajar pesantren pertama yang mengajarkan kelas pada perempuan[3]. Ayah Gus Dur, K.H. Wahid Hasyim, terlibat dalam Gerakan Nasionalis dan menjadi Menteri Agama tahun 1949. Ibunya, Ny. Hj. Sholehah, adalah putri pendiri Pondok Pesantren Denanyar Jombang
Gus Dur menderita banyak penyakit, bahkan sejak ia mulai menjabat sebagai presiden. Ia menderita gangguan penglihatan sehingga seringkali surat dan buku yang harus dibaca atau ditulisnya harus dibacakan atau dituliskan oleh orang lain. Beberapa kali ia mengalami serangan strok. Diabetes dan gangguan ginjal juga dideritanya. Ia wafat pada hari Rabu, 30 Desember 2009, di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta, pada pukul 18.47 akibat berbagai komplikasi penyakit tersebut, yang dideritanya sejak lama. Sebelum wafat ia harus menjalani hemodialisis (cuci darah) rutin. Menurut Salahuddin Wahid adiknya, Gus Dur wafat akibat sumbatan pada arteri.[65] Seminggu sebelum dipindahkan ke Jakarta ia sempat dirawat di Jombang seusai mengadakan perjalanan di Jawa Timur.[66]

30 December 2009

EMPIRE STRIKES BACK!

(Sdr Anual Bakri (bercermin mata) bersama YAB MB semasa pelancaran buku "Bertemu Janji ALLAH" terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd. )

Salam 2 all.

Saya terkejut mendapat berita sahabat saya, yang juga pegawai kanan paling setia dengan YAB MB Kelantan, Sdr. Anual Bakhri Haron dikatakan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta. Sumber dalaman yang sangat dipercayai menyatakan bahawa perletakkan jawatan beliau dikatakan ada kena mengena dengan isu menantu YAB MB Kelantan. Selain beliau, seorang pembantu kanan YAB MB Kelantan iaitu Setiausaha Akhbar Sdr. Mohd. Saibi Yaakob juga dikatakan meletakkan jawatan tetapi dipindahkan sebagai pensyarah di Kolej KIAS.
Perkembangan ini merupakan rentetan daripada beberapa peristiwa sejak meletusnya isu menantu YAB MB Sdr. Abdul Ariffahmi didesak meletak jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau dikatakan telah meletak jawatan tetapi hanya akan berkuatkuasa Mac 2010.

Isu menantu YAB MB ini bermula dengan pemecatan Sdr Syed Azidi @ Kickdefella setelah dakwaan kononnya beliau mendedahkan penyelewengan dan salahguna kuasa oleh menantu YAB MB sebagai CEO PMBK kepada SPRM. Kes ini masih didalam siasatan SPRM. Apa juga keadaan, adalah jelas dari segi undang-undang perlantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK adalah melanggar Akta SPRM dan merupakan satu kesalahan jenayah. Saya sedang menunggu apakah ada pihak yang akan dikenakan pertuduhan jenayah dalam isu perlantikan ini. Tetapi yang jelas isu perlantikan ini meletakkan YAB MB dalam keadaan terdedah kepada serangan dan prosiding perundangan kerana YAB MB mengakui beliau yang melantik menantunya sebagai CEO PMBK. Secara teknikalnya satu kesalahan jenayah sudah berlaku. Saya berharap siasatan SPRM akan membongkar kebenaran disebalik kemelut isu perlantikan ini.

Apa jua keadaan pun, sejak itu kita melihat satu demi satu tokoh-tokoh PAS di Kelantan tumbang. Pemecatan Syed Azidi diikuti dengan perletakkan jawatan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Dr. Rosli Allani S Abd Kadir setelah beliau mendesak supaya menantu YAB MB menyegerakan perletakan jawatannya dan tidak menunggu sehingga Mac 2009. Sdr Rosli memberikan alasan masalah rumahtangga beliau sebagai alasan meletakkan jawatan,

Seruan beliau itu disokong oleh Naib Presiden PAS YB Datuk Mahfuz Omar yang menyedari bahawa sebarang perlanjutan tempoh perletakkan jawatan menantu YAB MB akan hanya mengeruhkan keadaan dan akan digunakan sepenuhnya oleh musuh politik PAS khususnya UMNO untuk menyerang PAS. Saya kira YB Datuk Mahfuz bernasib baik kerana beliau tidak berjawatan didalam negeri Kelantan. Kalau tidak ada kemungkinan beliau juga akan terpelanting, apatah lagi dengan kenyataan YAB MB yang menyatakan bahawa YB Datuk Mahfuz "memandai-mandai" dalam isu menantu beliau ini.
Serangan dan desakan terhadap menantu YAB MB ini telah dipertahankan oleh Nik Amalina Nik Abdul Aziz, isteri Sdr Abdul Ariffahmi dan juga anak perempuan kepada YAB MB. Nik Amalina dalam tulisan diblognya mengecam mereka yang tidak mempertahankan Ayahandanya YAB MB dan mendesak seorang pimpinan Kerajaan PAS Kelantan supaya meletak jawatan! Nik Amalina kemudiannya dikecam hebat oleh segolongan tertentu yang tidak senang dengan teguran dan pendedahan beliau. Namun saya sendiri telah mempertahankan hak Nik Amalaina dalam nak menyuarakan teguran atau pandangan beliau (lihat keratan akhbar NST 29.12.2009 yang dilampir dibawah).

Mutaakhir maklumat yang diperolehi dari sumber yang sangat dipercayai bahawa satu rombakan barisan Exco Kerajaan Kelantan akan dibuat tidak lama lagi dimana beberapa orang Exco kanan dan pimpinan PAS Negeri akan terpelanting dan tidak akan dilantik semula. Daripada nama yang disebut, saya sendiri pun terkejut dengan mereka yang bakal digugurkan.

Saya melihat seolah-olah di Kelantan kini sudah ujud satu "tangan ghaib", atau "Kuasa Ketiga" yang memainkan peranan menyusun semula barisan kepimpinan Kerajaan Negeri demi menjaga periuk nasi dan kepentingan pihak tertentu.

Saya diberitahu dalam penyusunan semula kepimpinan Kerejaan Negeri Kelantan, dua nama telah disebut-sebut untuk menggantikan bekas Setpol MB yang kononnya baru sahaja meletak jawatan. Seorang ialah pimpinan Pemuda PAS negeri, seorang lagi adalah ahli akademik sebuah institusi kerajaan negeri. Siapa mereka? Apa yang jelas nama mereka disenangi oleh "Kuasa ketiga" tersebut.

Sekiranya strategi dan perancangan "Kuasa Ketiga" ini berjalan lancar, pejabat YAB MB Kelantan, dan juga barisan pimpinan Kerajaan Negeri akan dikuasai sepenuhnya oleh "Kuasa Ketiga" ini.

Apakah YAB MB menyedari perkara ini? Atau adakah "Kuasa Ketiga" ini mempergunakan MB untuk kepentingan mereka sendiri?! Apa pun saya mendoakan YAB MB akan mendapat petunjuk dan hidayah ALLAH dalam apa jua keputusan dan tindakan yang telah, sedang dan akan diambil beliau. Wallahua'lam.

Apa pun, natijah daripada ini semua kemungkinan besarnya akan melemahkan Kerajaan Negeri. Dengan terpelantingnya tokoh-tokoh muda, hebat dan dinamik dalam saf kepimpinan negeri Kelantan ini, saya khuatir "bulan purnama" yang menyinari bumi "Serambi Mekah" selama 20 tahun ini akan menjadi malap dan pudar, dan kelak hanya masa dan ketika sahaja menanti untuk "gerhana sang bulan" berlaku di Kelantan! Wallahua'lam.

Moga ALLAH memelihara perjuangan Islam dan menetapkan kita semua sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
13 Muharram 1431
30 Dis 2009
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
NEW STRAITS TIMES
MP defends Nik Amalina's outburst
2009/12/29
KUALA LUMPUR: Kulim Bandar Baru Member of Parliament Zulkifli Noordin yesterday came out in defence of Nik Amalina Nik Abdul Aziz, saying that she had every right to defend her father, Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
In his blog posting, Zulkifli said some quarters were acting like they had "lost their minds" when there were differences of opinion. "And easily (those with) other opinions are labelled as a traitor, fanatic, pro-Umno and many more."When Nik Amalina criticised a certain group of people who did not defend her father, she was labelled with various names. "The group who previously kissed Tok Guru's hands are now jumping when they are criticised," he wrote on his blog.However, when contacted, Zulkifli refused to reveal who the group members were, but confirmed that they were Pas members.
"It does not matter who they are, but what is important is their attitude which I don't agree with."I truly do not see anything wrong in Nik Amalina's action." Although there are claims that the actions of the Pas spiritual leader's daughter would open up the party's internal affairs and invite attacks from its political rivals, Zulkifli said this was an "open era" where people were free to air their views."This is not like the old times where everything was usually swept under the carpet." When asked whether Nik Amalina's outburst was aimed at Kelantan Pas deputy commissioner Datuk Husam Musa as speculated by many, he said: "I don't know, but whoever the person is, he should think about what he has done."Nik Amalina, wife of Kelantan Menteri Besar Incorporated chief executive officer Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, had slammed Pas leaders in her blog for what she described as their failure to defend Nik Aziz and the party against her husband's graft allegations.Pas information chief Idris Ahmad and Pas Shah Alam member of parliament Khalid Samad were among those who had said that Nik Amalina's outburst was not a wise move as it would open Pas to attacks. Idris also felt Nik Amalina's action of defending her husband openly through her blog "should not have been done" because it involves the state government.

28 December 2009

ISU PTPTN

Salam 2 all.
Saya sudah beberapa kali membangkitkan di Parlimen isu berkaitan dengan pembiayaan pembelajaran di IPTS/IPTA melalui skim PTPTN.
Antara aduan yang pernah saya terima adalah berkenaan penyalahgunaan wang PTPTN oleh IPT-IPT, terutamanya dikalangan IPTS.
Cuba bayangkan ada IPT yang mempunyai pelajar lebih daripada 12 ribu dan mengaut duit PTPTN melebihi RM400 juta!!
Kelihatan saperti PTPTN ini sudah menjadi saperi lubuk untuk mengaut kekayaan sebanyak mungkin. Dan ada IPT yang hidup semata-mata kerana duit PTPTN!!
Ini menyebabkan ada dikalangan IPT ini yang menyalahgunakan wang PTPTN ini. Masalah besarnya ialah Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi mengamalkan dasar tidak menyalurkan wang PTPTN ini kepada pelajar, sebaliknya membayar kesemua wang PTPTN ini kepada IPT terbabit.
Akibatnya, ada pelajar menjadi mangsa tebusan kepada IPT-IPT ini. Ada maklumat kami terima yang IPT tertentu yang menyalahgunakan wang ini dengan menggunakannya untuk tujuan lain. Ada juga maklumat kami perolehi pengurusan IPT yang menggunakan wang ini sebagai "rolling fund" perniagaan lain! Maklumat ini sedang kami siasat dan perhalusi lebih mendalam sebelum tindakan lanjut kami ambil.
Terdapat juga maklumat kami perolehi daripada pelajar dan ibubapa yang tidak berpuashati dengan potongan-potongan yang tidak menasabah yang dibuat terhadap para pelajar antaranya didenda kerana rambut diwarnakan (walaupun pelajar bertudung dan warna dilihat semasa di dorm); kerana kasut sukan tak bersesuaian kononnya menurut peraturan IPT; kerana tidak meninggalkan pas pelajar semasa keluar masuk kampus dan macam-macam alasan remeh dan tidak masuk akal diguna oleh IPT-IPT ini untuk memeotong duit PTPTN pelajar..
Malah ada pelajar yang mengadu duit pembayaran hujung semester mereka terima kurang 40%-50%!!
Dan apabila pelajar meminta resit atau surat pengesahan pemotongan ini, maka mereka di ugut akan dikenakan tindakan, malah ada yang di ugut akan digagalkan peperiksaan, atau dibuang terus dari IPT. Maka ketakutanlah pelajar-pelajar ini, mereka terima sahaja tindakan drakonian dan lintah darat pihak IPT-IPT ini.
Saya bercadang untuk membawa isu PTPTN ini dengan lebih lengkap dan bersepadu, insyallah dalam sidang Parlimen akan datang.
Oleh itu saya memohon kerjasama dan bantuan saudara/i untuk membantu saya dalam isu ini dengan perkara berikut:
1. Apakah langkah yang sewajarnya diambil oleh pihak KPT dalam pembayaran wang PTPTN ini. Adakah dasar membayar terus kepada IPT ini perlu diubah dengan membayar kepada pelajar. Pihak KPT mendakwa kalau pembayaran dibuat terus kepada pelajar, maka dikhuatiri pelajar tidak akan membayar wang yuran dan lain-lain kepada pihak IPT. Saya telah mencadangkan supaya pihak IPT mengemukakan bil mereka kepada KPT dan pembayaran dibuat hanya untuk yuran dan lain-lain kepada IPT. Tetapi baki wang PTPTN termasuk elaun bulanan dibayar terus kepada pelajar oleh pihak KPT. Saya percaya kalau Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) boleh mengendalikan pembayaran saperti itu untuk pelajar diluar negara, mengapa pulak KPT tidak boleh melaksanakannya di IPT-IPT tempatan. Mungkin boleh ditubuhkan satu bahagian khas di KPT untuk mengendalikan urusan PTPTN ini dengan nama Jabatan Pengurusan PTPTN.
2. Saya perlukan maklumat dan butiran lebih jelas berserta bukti-bukti saperti resit, dokumen dan lain-lain untuk menilai samada perkara pemotongan tidak bermunasabah ini berleluasa (rampant) ataupun terhad kepada IPT-IPT tertentu sahaja. Oleh itu saya sangat berbesar hati jika dapat butiran serta bukti-bukti itu dihantar terus kepada saya melalui email

zul_lawyer@yahoo.com

atau melalui pos ke

ZULKIFLI BIN NOORDIN
TINGKAT 7, WISMA YAKIN
JALAN MASJID INDIA
50100 KUALA LUMPUR

Saya juga mengalu-alukan apa juga soalan tambahan atau persoalan dan isu serta cadangan lain yang ingin saudara/i bangkitkan berkaitan isu PTPTN ini untuk saya kemukakan kepada pihak Kementerian.
Perlu saya perjelaskan bahawa tujuan saya membangkitkan isu PTPTN ini adalah demi menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar, bukannya untuk emnacari salah sesiapa.
Malahan saya punya hubungan baik dengan YB Dato Khaled Nordin dan YB Dato Saifuddin Abdullah, Menteri dan Timbalan Menteri KPT. Saya rasa mereka juga akan mengalu-alukan apa juga pandangan, cadangan dan bukti yang ada untuk menambahbaik dasar mereka.
Saya juga bertujuan supaya dapat kita membantu pihak KPT untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat khususnya para pelajar. Kita tidak mahu nanti ada pihak yang mengambil kesempatan membina kekayaan mereka daripada dasar PTPTN ini, dan lebih malang, menganiaya dan menzalimi pelajar kita di IPT-IPT.
Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua.
Wassalam and grasias amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
11 Muharram 1431
28 Disember 2009

27 December 2009

HORMATI PERBEZAAN PENDAPAT

Salam 2 all.
Akhir-akhir ini saya melihat ada dikalangan kita sudah saperti orang kehilangan kewarasan aqal apabila orang lain menegurnya atau punya perbezaan pendapat.
Dan dengan begitu mudah teguran orang atau perbezaan itu diberikan pelbagai macam label: pengkhianat, pelampau, fanatik, nak masuk UMNo, pembuka pekung, dan macam-macam lagi cacamerba.
Apabila mendapat tahu Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi mempertahankan dan membela DSAI, ada yang menuduh Sheikh Al Qordawi mungkin pernah berliwat dengan DSAI. Apabila WAMY, Sheikh Dr. Wahbah Azzuhaili, Dr, Tariq Ramadhan bersimpati dengan DSAI, mereka dituduh ejen CIA.
Apabila Nik Amalina menegur golongan tertentu yang tidak kelihatan mempertahankan ayahandanya Tok Guru Nik Aziz, terus dia diberi pelbagai macam label dan jenama. Golongan yang dulunya kaki cium tangan Tok Guru, yang kentut Tok Guru pun dikatakan sewangi kasturi, hari ni melenting sakan bila ditegur oleh Nik Amalina. Apakah dosa dan salah Nik Amalina membela dan mempertahankan ayahandanya Tok Guru Nik Aziz.
Saya sendiri pun hairan dengan segelintir spesis ni, yang bila perlu Tok Guru akan diperah sehampas mungkin, bila madunya sudah habis, serban Tok Guru menjadi kain lap pinggan jer!!
Saya sendiri diberi pelbagai macam label dan jenama apabila ada perbezaan pendapat atau menegur mana-mana pihak. Malahan untuk membisukan saya, maka dibawa tohmahan dan fitnah karat yang saya nak masuk UMNo..habis cerita. Setengah golongan ni bukan apa, asal dengar perkataan UMNo dia punya fobia dan histerikal macam giler babi..babi giler pun tak macam tu!!
Bukan dia nak kaji hujah dan pandangan orang lain, atau membalasnya dengan hujah berbentuk 'ilmiah dan berfakta, tapi cukup dengan maki hamun, fitnah dan labelkan dengan pelbagai nama dan jenama.
Mutakhir ini sahabat saya Al Fadhil Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin diberi pelbagai macam tohmahan, label dan tuduhan. Sejak saya mula menyiarkan pandangan dan tulisan beliau, ada segelintir yang memberi pelbagai macam nasihat minta saya jauhkan diri. Ada yang label dia wahabi, ada yang label dia sesat, ada yang mempertikai aqidah beliau, ada yang tuduh Dr. Asri talibarut UMNo, dan nak memperkuatkan dakwaan, mereka mengaku pernah dengar sendiri Dr. Asri bercakap begitu begini. Tapi bila saya minta fakta tarikh, waktu dan dimana Dr. Asri bercakap sebagai yang dituduh, samada penuduh-pemfitnah ini senyap terus, atau memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tak selayaknya keluar dari mulut orang yang mendabik dada memperjuangan Islam, yang kononnya dah bertakbir sampai malaikat tak larat nak kira dah, yang derma jihadnya sampai kereta Santa Klaus pun tak larat nak bawak katanya!!
Sebab itu, saya tertarik dengan tulisan terbaru Dr. Asri yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini 10 Muharram/27 Dis 2009. Saya perturunkan tulisan tersebut sebagai renungan kita bersama. Moga kita mendapat menafaat daripadanya.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Muharram 1431
27 Dis 2009

###########################

BERBEZA BUKAN BERERTI MENGHINA
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
(Mingguan Malaysia)

Sikap fanatik kepada sesuatu pegangan atau jumud pemikiran boleh menatijahkan beberapa akhlak yang buruk. Antaranya, ia menyebabkan seseorang itu selalu berfikiran negatif terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Ini seperti menuduh orang yang berbeza pendapat dengannya itu sebagai jahat, musuh dan seumpamanya. Bahkan lebih buruk daripada itu mereka yang berpenyakit fanatik ini sering cenderung membuat fitnah dan tuduhan palsu kepada orang lain apabila mereka kehilangan hujah dan alasan bagi mempertahankan apa yang mereka pegang. Mereka akan mengada-adakan tuduhan palsu agar orang ramai terpengaruh dan tidak mendengar hujah pihak yang berbeza dengan mereka. Di Malaysia umpamanya, apabila ada pihak yang menyatakan ‘tiada dalil yang sahih yang menyatakan dikhususkan malam Jumaat untuk membaca Surah Yasin’, maka golongan yang tidak dapat menerima perbezaan ini membuat cerita bohong kepada orang ramai kononnya ‘puak tersebut menyatakan haram membaca Yasin’. Tentu mereka yang terpengaruh dengan tuduhan ini akan marah dengan kenyataan yang seperti itu. Mana mungkin haram untuk membaca Surah Yasin sedang itu salah satu surah dalam al-Quran?! Lihat bagaimana mereka mengubah kenyataan dan fakta sehingga orang menjadi keliru dan bersalah sangka terhadap maksud asal kenyataan. Demikian juga apabila ada yang membuat kenyataan menyatakan ‘tiada sebarang solat khusus untuk malam Jumaat’. Mereka yang pantang berbeza pendapat itu memberitahu orang ramai ‘puak itu kata haram solat sunat malam Jumaat’. Padahal maksud tiada solat khusus itu ialah tiada solat khas sempena malam Jumaat sahaja, adapun solat-solat sunat yang biasa tiada halangan. Ini disebut oleh baginda Nabi s.a.w: : “Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa” (Riwayat Muslim).
Sikap ini akan terserlah buruknya apabila mereka pantang mendengar pandangan atau kritikan terhadap aliran mazhab yang mereka pegang sekalipun dalam keadaan yang ilmiah. Ada orang yang marah apabila saya memberitahu pandangan ulamak dahulu bahawa tempoh mengandung mungkin sehingga dua tahun, atau empat tahun, atau enam tahun atau lebih daripada itu tiada asas yang kukuh. Katanya, ‘dia siapa hendak berbeza dengan ulama-ulama dahulu yang lebih alim dan warak?! Dia lebih alim daripada merekakah?!”. Padahal soal tempoh paling lama mengandung yang disebutkan itu memang tiada nas yang sahih daripada al-Quran ataupun Sunnah. Sementara yang ada hanyalah andaian beberapa ulama dahulu berasaskan khabar yang mereka dengar dari beberapa wanita. Wanita–wanita itu mungkin tidak berbohong, tetapi sangkaan mereka bahawa mereka mengandung itu tidak benar. Apatah lagi ketika itu ujian kehamilan (pregnancy test) seperti sekarang belum wujud. Ahli perubatan moden menyatakan tempoh mengandung secara puratanya 266 hari atau sehingga 280 hari. Untuk sampai sehingga dua atau tiga atau empat tahun tidak menepati perkiraan saintifik. Justeru itu, seorang tokoh saintis muslim Dr Muhammad ‘Ali al-Bar menyifat kenyataan ahli fekah silam tentang tempoh mengandung sehingga tiga atau empat tahun sebagai riwayat yang khurafat (tiada asas) (lihat: ‘Umar Ghanim, Ahkam al-Janin fi al-Fiqh al-Islami, m.s 74, Beirut: Dar Ibn Hazm). Apatahlagi dakwaan itu boleh mempunyai kesan yang jelas dalam kehidupan. Umpamanya, dengan berpegang kepada pendapat yang menyatakan tempoh mengandung sehingga empat tahun membolehkan seorang wanita yang kematian suami dan melahirkan anak empat tahun kemudian mendakwa dia mengandung empat tahun anak arwah suaminya. Seterusnya menuntut harta pusaka. Maka pengkajian sains moden patut didahulukan. Menolak pendapat ulama yang lepas bukanlah bererti menghina mereka, sebaliknya berpegang kepada kajian dan ilmu. Namun golongan fanatik menganggap ini keluar mazhab dan tidak beradab.
Dalam sejarah perkembangan ilmu umat Islam berbeza pendapat dan kritikan ilmiah tidak pernah dianggap sebagai dosa dan jenayah melainkan mereka yang fanatik. Contoh al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) yang merupakan jaguh ilmu hadis yang agung dalam Islam ketika mengulas tentang al-Imam al-Ghazali r.h, beliau menyebut: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan”. Kemudian al-Zahabi mengulas berbagai perkara mengenai al-Imam al-Ghazali, antara katanya: “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan. Sabda Nabi s.a.w: sesiapa yang berpaling dari sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku”. (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 19/339). Ini bukan permusuhan tetapi tugas kesarjanaan yang dilakukan oleh al-Imam al-Zahabi.
Tokoh ilmuwan besar al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (meninggal 463H) ketika mengulas pendapat tabi’i terkenal Mujahid bin Jabr mengenai maksud ayat 22-23 dalam Surah al-Qiyamah, beliau menyanggahi pendapat Mujahid bin Jabr. Padahal Mujahid merupakan anak murid sahabah ilmuwan besar dalam bidang tafsir iaitu Ibn ‘Abbas. Kata Ibn ‘Abd al-Barr : « Tetapi pendapat Mujahid ini ditolak dengan sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w, perkataan-perkataan sahabah dan mijoriti salaf. Pendapat Mujahid ini di sisi Ahl al-Sunnah adalah pendapat yang ditinggalkan. Apa yang menjadi pegangan Ahl al-Sunnah ialah yang sabit daripada Nabi mereka mengenai perkara tersebut (maksud ayat berkenaan). Tiada di kalangan ulama melainkan boleh diambil atau ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w” (Ibn ‘Abd al-Barr, Al-Tamhid, 7/157, Morocco: Wizarah ‘Umum al-Auqaf). Ini bukan bererti menghina Mujahid ataupun gurunya Ibn ‘Abbas.
Bahkan kita dapati dalam sejarah ilmuwan, pandangan sahabat Nabi s.a.w ada yang dikritik. Bukan tanda benci atau tidak hormat, tetapi tanggungjawab keilmuwaan. Umpamanya al-Hafizd Muhammad bin Tahir al-Qaisarani (meninggal 507H) ketika menceritakan ketokohan sahabat Nabi yang mulia lagi dicintai, ‘Abd Allah bin Mas‘ud, beliau mengulas : Sesungguhnya beliau (‘Abd Allah bin Mas‘ud) adalah antara tokoh sahabah, jaguh ilmuan dan pemimpin kepada hidayah. Namun begitu beliau memiliki qiraat dan fatwa yang tersendiri yang disebut dalam kitab-kitab ilmu. Setiap imam itu boleh diambil dan ditinggalkan pekataannya, kecuali imam golongan ahli taqwa, yang benar lagi diakui kebenarannya, yang amanah lagi maksum (RasululLah) selawat dan salam ke atasnya. Alangkah hairannya, apabila seseorang alim menjadikan agamanya mengikut diri seseorang imam dalam setiap apa yang diucapkan, sedangkan dia tahu wujudnya nas-nas nabawiyyah (sunnah) yang menolak mazhab imamnya.Tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH jua”. (Muhammad bin Tahir al-Qaisarani, Tazkirah al-Huffadz, 1/16, Riyadh: Dar al-Sumai’i).
Dalam dunia ilmu, berbeza pandangan tidak pernah dianggap jenayah. Namun golongan yang fanatik selalu mencari jalan permusuhan dengan mengandaikan sesiapa yang berbeza dengan tokoh tertentu maka dia menghina dan tidak beradab. Selagi pandangan itu diberikan dalam lingkaran ilmu dan perbincangan ilmiah tanpa maki dan cerca, maka itu adalah dunia ilmu yang patut diberikan haknya. Jangan kerana kita begitu rakus agar semua cakap kita didengari apabila ada orang berbeza dengan kita, dia dianggap musuh. Marilah kita belajar menilai pandangan dan menghormati perbezaan. Berbeza bukan bererti menghina. Kata al-Imam al-Zahabi juga: “Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157)

ALFATIHAH ANAKANDA 'UMAR

(Anakanda "Umar dipangku ibunya berserta ahli keluarga semasa sambutan 'Eidulfitri di Baling tahun 1430/2009 )
Salam 2 all.
Semalam hari Sabtu, tepat jam 11.35mlm 10 Muharram 1431 bersamaan 26 Dis 2009, anak saudara saya Muhammad 'Umar telah kembali kerahmatullah.
Anakanda 'Umar telah diambil daripada keluarga miskin sebagai anak angkat oleh adik saya Norriza dan suaminya Mohd. Nasir Wan Idrus. Mereka sudah punya 3 orang anak perempuan, Syaiqa, Iman dan Laila. Jadi kedatangan 'Umar melengkapkan keluarga mereka dengan anak lelaki.
Anakanda 'Umar sejak daripada di ambil semasa bayi sudah mengalami pelbagai penyakit. Beliau tidak mempunyai sebahagian otaknya, menyebabkan air didalam tempurung kepalanya membuatkan kepalanya membesar. Beberapa pembedahan telah dibuat untuk mengurangkan kesakitan yang di alaminya. Matanya juga tidak dapat melihat. Anakanda 'Umar juga tidak boleh bercakap. Bahasanya hanyalah rengekan dan tangisan yang nyaring.
Apabila 'Umar balik ke kampung kami di Baling, sudah pasti kesunyian dan keheningan malam akan tergegar dengan nyaringan, rengekan dan tangisan 'Umar. Bagi sesetengah orang, ianya mungkin gangguan. Bagi kami sekeluarga, ia adalah suara-suara yang menginsafkan, mengingatkan kami akan anugerah kesihatan yang diberi ALLAH kepada kita. Perasaan kami bertambah tenang apabila ada 'ulama' yang memberi khabar bahawa kami sedang memelihara seorang ahli syurga. Kata seorang 'ulama', kalau nak tengok ahli syurga tengoklah 'Umar. Memeluk dan mendukung 'Umar membawa satu macam perasaan dan ketenangan yang tidak dapat digambarkan.
Kebetulan cuti hujung minggu yang panjang ini, 'Umar bersama keluarga adik saya balik bercuti di kampung kami Kg. Gabus, Pulai, Baling, Kedah. Mereka tiba hari Juma'at 08 Muharram 1431/ 25 Dis 2009. Malah dalam perjalanan lagi sudah disedari ipar saya yang kesihatan 'Umar makin merosot.
Setibanya dikampung, keadaan 'Umar makin tenat. Lalu 'Umar dibawa ke Hospital Baling. Namun ALLAH lebih menyayangi anakanda 'Umar. 'Umar dipanggil menyahut seruan Ilahi.
Saya sekeluarga sangat bersedih dengan pemergian 'Umar. Walaupun dalam keadaan tidak sihat dan serba kekurangan, 'Umar menjadi sumber inspirasi kekuatan keluarga. Walaupun adik saya Norriza sekeluarga boleh mengambil keputusan mengembalikan 'Umar kepada keluarga asal, namun sebaliknya adik saya memilih untuk terus menjaga dan membesarkan 'Umar sebaik mungkin. Kalau ikutkan nilai matawang, puluhan ribu telah dibelanjakan untuk menjaga dan merawat 'Umar. Namun itu semua tidak menghalang adik saya Norriza bukan sahaja terus membelai 'Umar lebih daripada anak sendiri, malahan kasih sayang yang diberikan tiada taranya Saya seungguh kagum dengan ketabahan, kesabaran dan kekuatan yang ditunjukkan oleh adik saya Norriza dalam memelihara dan membesarkan 'Umar dengan penuh kasih sayang. Syaiqa, Iman dan Layla tidak sedikit pun mencemburui kasih sayang yang diberikan kepada 'Umar, malah mereka turut memberikan kasih sayang sebagai kakak yang tiada batasan. Dan kesabaran ipar saya Nasir membesarkan 'Umar sangat mengkagumkan.
Tiap kali ada pertemuan keluarga, 'Umar sering menjadi tumpuan. Tiap tahun harijadi 'Umar pasti disambut dengan meriah.
Kini semuanya tinggal kenangan. Anakanda 'Umar tiada lagi bersama kami. Beliau selamat dikebumikan bersebelahan kubur Allahyarham bapa saya Almarhum Tuan Haji Noordin Bin Yahaya di tanah perkuburan Kg. Carok Bemban sebelum zohor sebentar tadi.
Selamat bersemadi anakanda 'Umar. Moga ALLAH memberikan rahmat dan kasih sayang yang tiada taranya buat mu anakanda 'Umar. Moga segala kesengsaraan, kesakitan dan kesedihan yang anakanda lalui dalam tempoh singkat anakanda didunia fana' ini menjadi tebusan dihadapan ALLAH sebagai ganjaran syurga buatmu. Moga anakanda diterima ALLAH sebagai ahli jannah. Kami akan kesunyian mengingati rengekan dan tangisan mu anakanda 'Umar. Moga ALLAH berikan kesabaran kepada keluarga yang kau tinggalkan. Moga ALLAH pertemukan kita semua kelak dalam rahmat dan kasih sayangNya di akhirat nanti.
Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.
Salam penuh kasih dan sayang buat mu anakanda 'Umar.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Muharram 1431
27 Dis 2009

26 December 2009

SHEIKH DR. WAHBAH AZZUHAILI

(Sheikh Dr. Wahbah bersama DSAI dan (dari kiri) Dato Kamarudin Ja'far, Ustadz Ghani Shamsuddin, Ustadz Shamsul dalam majlis tazkirah di rumah DSAI)
Salam 2 all.
Rabu lepas 06 Muharram 1431/23 Dis 2009 satu majlis tazkirah diadakan dirumah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut. Tazkirah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Sheikh Dr. Wahbah Az Zuhaili, seorang ulama' besar dunia Islam masakini yang berasal dari Syria.
Sheikh Dr. Wahbah adalah seorang ulama' fiqh, yang telah mengarang kitab "Fiqh & Perundangan Islam" sebanyak 12 jilid yang mana kitabnya ini menjadi rujukan otoritatif bagi kebanyakan Mahkamah Syara'iyah seluruh dunia.
Kebetulan dalam ziarah saya ke Syria baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan Sheikh Dr. Wahbah di Masjid beliau di Dimasyq (Damsyik).
Dalam tazkirahnya, Sheikh Wahbah banyak menekan kepada keperluan kita kembali kepada hukum-hakam Islam. Dan beliau merujuk kepada kes pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap DSAI. Islam tidak menegah seseorang itu dituduh, tetapi ia perlu melalui proses perundangan Islam. Malangnya di Malaysia, pertuduhan liwat terhadap DSAI tidak dibawa menurut perundangan Islam, sebaliknya menggunakan undang-undang kafir yang diwarisi daripada penjajah Barat.
Ini suatu perkara yang serius yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam, kerana meredhoi perlaksanaan undang-undang Barat dengan mengenepikan perundangan Islam samalah dengan perbuatan syirik kepada ALLAH.
Sheikh Dr. Wahbah menamatkan tazkirah beliau dengan mangajak kami semua mendirikan solat hajat untuk mendoakan DSAI. Sheikh Dr. Wahbah yang hadir ke Malaysia atas jemputan Kerajaan Negeri Selangor sebelum itu telah menyampaikan ceramah umum di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Shah Alam.
Ramai rakan dan sahabat yang turut hadir dalam majlis tazkirah di rumah DSAI ini. Diantaranya termasuk Al Fadhil Ustadz Abdul Ghani Shamsuddin (mantan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia), Ustadz Shamsul (mantan Imam Masjid Saidina 'Umar Ibnul Khattab), Dr. Mohd. Nor Manuty, YB Dato' Kamaruddin Ja'far, YB Pak Syed Husin Ali, YB Dr. Zulkifly Ahmad, YB Khalid Samad dan ramai lagi.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
09 Muharram 1431
26 Dis 2009

25 December 2009

KHUTBAH 8 MUHARRAM

Salam 2 all.

Berikut intipati khutbah yang disampaikan hari ini Juma'at 08 Muharram 1431/ 25 Dis 2009.

Saya menyeru diri saya dan sdr semua supaya kita bertaqwa dengan sebenar-benarnya kepada ALLAH. Janganlah kita mati melainkan didalam Islam.
Kehidupan didunia yang fana' ini adalah saperti kita berjalan di malam gelap dalam keadaan mata tertutup dijalan yang penuh duri. Sudah pasti perjalanan itu memerlukan kita benar-benar berhati-hati. Kalau kita redah sahaja pasti kita akan kecundang. Kita memerlukan petunjuk dan bimbingan. Itulah Al Quran-petunjuk kepada mereka yang menuju ketaqwaan, sesuai dengan ayat ALLAH dalam surah Al Baqarah:2.
Muharram adalah permulaan bagi kalendar atau taqwim Islam. Ini berdasarkan kepada ijtihad sahabat besar Rasulullah saw yang tidak mahu umat Islam menyamai Yahudi dan Nasara dalam kehidupan mereka, termasuk dalam penggunaan taqwim atau kalendar. Ini bersesuaian dengan ayat ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120 dimana ALLAH berfirman "Sesungguhnya Yahudi & Nasara (Kristian) tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak menuruti cara kehidupan mereka.
Kalendar masihi yang kita gunapakai adalah kalendar yang ada kaitan dengan keagamaan Kristian, Sebab itulah mereka menyebutnya dengan perkataan "in the year of our Lord (dalam tahun tuhan yang berkuasa atas kami". Tuhan disini bermaksud Jesus, yang tahun penyalibannya di ambil sebagai permulaan tahun masihi. Setiap tahun umat Kristian mera'ikan ulang tahun ketuhanan Jesus yang dijadikan anak tuhan pada 01hb Januari, apa yang kita kenali sekarang sebagai Tahun Baru!
Maka sesuai dengan firman ALLAH tersebut, Saidina 'Umar berijtihad agar umat Islam mempunyai kalendarnya sendiri. Maka setelah bermusyawarah dan bermuzakarah, akhirnya 'Umar berijtihad bahawa permulaan kelandar Islam dimulakan daripada tahun berhijrahnya Rasulullah saw daripada Makkah ke Yathrib (Madinah).
Kita dapat lihat bagaimana para sahabat begitu berusaha bersungguh-sungguh untuk mempunyai identiti dan jatidiri Islam yang berbeza samasekali dengan Yahudi mahupun Nasara.
Malah disebabkan itulah Rasulullah sendiri apabila memerintahkan umat Islam supaya berpuasa sunat pada 10 Muharram, Baginda menambah dengan menyatakan kalau Baginda masih hidup di Muharram akan datang, Baginda akan berpuasa juga pada 09 Muharram.
Bila ditanya mengapa begitu ya Rasulullah, Baginda menjawab mudah sahaja, "aku tidak mahu kamu sama dengan Yahudi!". Kerana apa, kerana Yahudi juga disyariatkan berpuasa pada 10 Muharram, mengambil sempena peristiwa Bani Israel dibebaskan daripada cengakaman Fira'un dengan menyeberangi Laut Merah setelah dibelah oleh Musa a.s dengan izin ALLAH menggunakan tongkatnya. Dan tenggelamnya Fir'aun pada hari yang sama. Hari itu adalah 10 Muharram.
Namun kita umat Islam mutaakhir ini sudah tidak mengambil berat dalam hal persamaan kita dengan Yahudi & Nasara dan kuffar la'natullah hi 'alaih. Habis kita campur adukkan cara kehidupan kita dengan mereka. Atas nama perpaduan, kita cipta perayaan bersama, sehingga ujug kongsi-raya, deepa-raya, x'mas-raya dan macam-macam lagi. Hari ini golongan kuffar pun turut sama mengadakan hari rumah terbuka menjembput umat Islam untuk berhari raya 'eidul fitri. Hari ini, masjid surau berlumba-lumba nak jadi juara dalam jumlah lembu qurban yang nak disembelih, sehingga sudah tidak mengenal batasan agama. Lembu yang dihadiahkan kafir pun sanggup kita heret ke suarau masjid untuk dijadikan lembu qurban!!
Hari ini, dari sistem ekonomi, perundangan, pendidikan, perdagangan, perbankan, pentadbiran, mu'amalat, acara sukan dan banyak aspek kehidupan kita sudah bercampur baur diantara Islam dan kafir. Sehingga umat Islam menjadi keliru, kelabu dan cacamerba. Sudah tidak tahu kita membezakan yang mana adat yang mana 'ibadat.
Di hari penuh kemuliaan ini, saya menyeru diri saya dan para jema'ah sekelian, marilah kita berusaha untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kehidupan yang berdasarkan Al Quran dan sunnah Rasulullah saw. Dan kita pasti akan berjaya, sebagaiman firman ALLAH, "sesungguhnya telah diberikan kepada Rasul kitab dan petunjuk dan agama yang hak, dan dimenangkan atas agama lain, walau musyrikin tidak menyukainya"

Wassalam

Zulkifli Bin Noordin
Juma'at
08 Muharram 1431
25 Dismber 2009

24 December 2009

CHIN PENG: KOMUNIS ATAU TERORIS

Salam 2 all.

Hari ini saya terbaca tulisan saudari Puspawati Rosman di http://merdekareview.com/bm/images/m132.gif yang disiarkan hari ini. Puspa adalah Ketua Projek Kesedaran Guaman, Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam Malaysia (saya lampirkan tulisan beliau dibawah). Beliau mempertikai keputusan rakyat tidak membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Beliau jelas tidak memahami sejarah apabila menyatakan zaman Chin Peng berleluasa adalah zaman perang. Kita sudah merdeka tahun 1957, dan keganasan yang dilakukan oleh Chin Peng adalah pada tahun 1960an sehingga 1980an. Dunia sudah tidak berperang semasa itu, negara kita sendiri sudah pun aman damai, rakyat pelbagai kaum hidup penuh harmoni dan saling hormat menghormati. Chin Peng dan konco-konconya mahu memerintah negara, mereka mahu mengambil alih kerajaan dengan cara bersenjata, cara terorisma dan keganasan. Mereka mahu paksa rakyat menerima ideologi dan cara pemerintahan kukubesi mereka. Tidak ada beza antara Chin Peng dan Hitler, Mussolini dan mereka yang sewaktu dengannya.
Saya memahami tulisan Puspa sebagai penulis yang datang daripada generasi baru, generasi yang tidak kenal sejarah, tidak pernah melalui suka duka dan jerit perih darurat dan ancaman pengganas teroris yang dilabel komunis.
Memang benar label komunis adalah label yang diberikan Yahudi, dalam menentang fahaman Marxisme yang mengancam ideologi kapitalis. Perkataan "communist" itu sendiri bermakna mereka yang berfahaman bahawa harta dan kekayaan rakyat negara adalah milik "community", perlu diagih kepada masyarakat..mereka perjuangkan hak "community", maka mereka dilabel "communist".
Tetapi Chin Peng bukan komunis dalam ertikata ideologi. Tetapi beliau adalah pengganas teroris. Beliau mengarahkan pembunuhan rakyat Tanah Melayu yang tidak berdosa. Ramai rakyat yang dibunuh kejam; Melayu, Cina, India, Punjabi, tak kurang juga Inggeris dan lain-lain. Puspa dan yang sewaktu dengannya tidak sempat melihat semua itu. Apa yang beliau lihat adalah coretan-coretan diatas kertas, dengan segala teori dan hypothesis. Tetapi dibawah sana, mayat rakyat pelbagai kaum bergelimpangan dibunuh kejam oleh pengganas teroris pimpinan Chin Peng.
Saya melihat sendiri mayat Ketua Polis Perak dan pemandunya, kedua-duanya berbangsa Cina, yang dibunuh kejam dipersimpangan Anderson School & Fairpark pada tahun 1970an.
Saya melihat penduduk Cina Kg Bercam Ipoh disembelih kejam. Saya melihat polis ditembak dan dibunuh di Simpang Pulai. Saya melihat jenazah anggota tentera diangkut dengan helikopter Nuri dari perbatasan di padang bola di Kem Ashby, diantara mereka termasuk askar renjer iban dari Sarawak.
Apa beza kekejaman kepala teroris Chin Peng dan askar Jepun, Inggeris atau penjajah lain. Perbezaan mereka adalah kerana tentera Jepun dan lain-lain adalah bangsa asing dari negara asing yang datang menyerang dan mahu menjajah Tanah Melayu.
Sebaliknya Chin Peng mengaku rakyat Tanah Melayu, tetapi memerangi dan membunuh zalim penduduk Tanah Melayu. Dia membunuh rakyat warganya sendiri. Dia memerangi negaranya sendiri. Dia buak sahaja pengganas teroris, dai adalah pengkhianat negara dan rakyat pelbagai kaum.
Orang saperti ini tidak bolkeh dihakimi dengan buku cantik tulisannya. Pengkhianat saperti ini perlu dilihat dan dihakimi dengan darah nyawa rakyat yang telah dibunuh kejam olehnya. Orang saperti Chin Peng hanya satu sahaja tempat yang layak baginya..dihadapan penembak untuk dihukum bunuh sampai mati!
Apabila Allahyaraham Amin Razali dan sahabat-sahabat nya dari Kumpulan Al Ma'unah bertindak mengkhianati rakyat dan negara ini, mereka dilenyapkn dari mukabumi negara ini. Amin telahpun dihukum gantung sampai mati. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Sang Pengkhianat. Itu baru dua nyawa yang terbang semasa pemberontakan Al Ma'unah. Berapa ribu, entahkan puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang mati ditangan pengganas Chin Peng dan konco-konconya?!
Saya sama sekali tidak bersetuju untuk kita menimbang walau sebesar hama sekalupun untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air kita. Tangan Chin Peng penuh dengan kekotoran darah rakyat negara ini. Jangankan tubuh badannya, bumi Malaysia tidak akan boleh menerima bangkai Chin peng bila dia menjadi mendiang nanti.
Chin Peng adalah ikon kebencian yang direka. Beliau adalah ikon keganasan, Chin Peng adalah ikon teroris pengganas, Chin Peng adalah ikon pengkhianat kepada rakyat dan negaranya sendiri. Itu bukan kebencian yang direka, tetapi realiti sejarah hitam yang tercatat dalam kamus negara ini. Chin Peng tidak layak diberi sebarang layanan kerakyatan dan kenegaraan. Dia tidak layak balik ke negara ini.
Puspa menutup tulisannya dengan kenyataan "kami adalah generasi baru, kami perlu bergerak ke hadapan, dan kami tidak mahu memulakan langkah kami dengan perasaan benci dan dendam". Tetapi Puspa perlu ingat, untuk melangkah kehadapan, kita perlu melihat kebelakang sejarah yang membentuk negara kita. Sekiranya tidak, kita akan hanya menjadi generasi yang tiada jati diri, dan buta kepada sejarah sendiri. Sejarah adalah acuan yang akan membentuk generasi akan datang. Generasi yang membuang sejarahnya adalah generasi yang tiada harga dan maruah diri.
Puspa juga menyandarkan kepada hadis orang-orang tua, "sedangkan Nabi juga mengampunkan umatnya, inikan pula manusia biasa".
Memang itu benar, tapi kita melihat sendiri dalam sejarah ALLAH tidak pernah mengampunkan pengkhianat. Sehingga ke matinya pengkhianat bernama Abdullah bin Ubay dilaknat ALLAH. Dia tidak diberi keampunan pun, sebaliknya dilaknat dunia akhirat.
Memang kita manusia biasa, tetapi kita berhadapan dengan manusia Chin Peng yang luarbiasa, keluarbiasaannya adalah kerana Chin Peng sanggup membunuh dan menzalimi rakyat dan kaumnya sendiri demi mencapai cita-cita nafsu serakahnya yang sempit dan jumud. Manusia luarbiasa saperti ini perlu dilayan dengan cara luarbiasa juga.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Muharram 1431
24 Dis 2009

*Tulisan diatas adalah pandangan saya secara peribadi dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai mewakili pendirian Parti Keadilan Rakyat. Saya bertanggungjawab sepenuhnya secara peribadi atas kenyataan ini.

###########################

(Artikel "Chin Peng Ikon Kebencian Yang Direka" tulisan Puspawati Rosman di Malaysia Insider bertarikh hari ini 24 Disember 2009)

Ketika saya sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, hanya terdapat sebuah kedai buku di dalam kampus di mana saya dan mahasiswa-mahasiswa lain boleh mendapatkan buku teks dan bahan bacaan lain dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa, iaitu di Pekan Buku.  Oleh itu, saya sentiasa pergi ke situ sekurang-kurangnya seminggu sekali - bukan sahaja untuk mendapatkan buku teks, tetapi juga bahan bacaan lain yang menarik minat saya.
Suatu hari, saya ternampak barisan buku tebal berwarna putih dan biru berjudul "My Side of History" diletakkan di bahagian rak yang paling atas.  Buku tersebut ialah memoir yang ditulis oleh Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, mantan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya.  Waktu itu, buku tersebut berharga RM60.00.  Disebabkan kekurangan wang, saya telah meminta seorang pekerja Pekan Buku supaya menyimpan senaskhah buku tersebut untuk saya selama seminggu sementara saya mendapatkan wang.
Buku habis dijual?
Apabila saya kembali semula ke Pekan Buku pada minggu yang berikutnya, saya mendapati buku tersebut tidak lagi berada di atas rak.  Sangka saya, buku tersebut sudah habis dijual.  Walau bagaimanapun, saya kemudiannya telah diberitahu oleh penjual buku bahawa buku tersebut telah dilarang penjualannya oleh pihak kerajaan persekutuan "sehingga waktu yang akan diberitahu kelak", kerana buku itu ditulis oleh Chin Peng dan mengandungi unsur-unsur komunisme.
Reaksi spontan saya selepas diberitahu oleh penjual buku tersebut ialah, ketawa. Sehingga kini, setiap kali isu Chin Peng dibangkitkan, akan ada suara-suara marah yang melaungkan betapa kejamnya komunis, kejamnya Chin Peng, dan beliau seharusnya diharamkan untuk menjejakkan kakinya di tanah air kita sehingga mati.
Maafkan saya, kerana saya tidak dapat berkongsi perasaan yang sama.
Semasa kecil, saya diajar oleh media arus perdana bahawa komunis dan Chin Peng adalah orang jahat dan pengganas.  Tetapi, apabila semakin mendewasa, perasaan itu makin lama makin hilang, dan diganti dengan perasaan ingin tahu dan keliru dengan penentangan komunis di negara kita.  Mengapa?
Kerana sikap "double-standard" kerajaan.
Benci Chin Peng lebih daripada penjajah?
Minda rasional saya mengingatkan bahawa era PKM dulu ialah era perang - pergeseran politik, penangkapan musuh, malah pembunuhan juga adalah sebahagian daripada perang.  Saya selalu tertanya-tanya kenapa kita membenci Chin Peng dan komunisme, lebih daripada penjajah-penjajah dan penceroboh negara kita yang lain, seperti negara Jepun dan British?  Walhal, negara-negara itu terutamanya Jepun juga melakukan kekejaman fizikal terhadap rakyat negara kita.
Walaupun negara kita mempunyai sejarah "berperang" dengan PKM dan sejak itu komunisme selalu dikaitkan dengan keganasan, tetapi nampaknya dari sudut lain, pemimpin-pemimpin negara kita seolah-olah sudah tidak kisah lagi dengan ancaman komunisme, apabila kita berbaik-baik serta menandatangan berbagai-bagai perjanjian perniagaan dengan negara-negara komunis.  Negara-negara lain yang pernah "mengganas" dan bertindak kejam terhadap rakyat negara kita seperti Jepun juga sudah lama dimaafkan.  Malah, teknologi mereka digunakan secara meluas oleh kita.
Selain daripada itu, mantan ahli PKM yang lain, ramai yang telah diampunkan dan dibenarkan menetap dan menghembuskan nafas terakhir di sini.
Maka saya membuat kesimpulan bahawa Chin Peng hanyalah satu simbol kebencian yang direka oleh orang-orang tertentu.
Tugu Negara
Beberapa bulan lepas saya pernah menulis tentang Tugu Negara.  Saya mempersoalkan dan mengajak para pembaca untuk menilai sendiri rasional di sebalik wajah-wajah yang dibentuk di Tugu Negara.  Jika diamati betul-betul, wajah-wajah yang berdiri hampir kesemuanya berwajah Mat Salleh atau kacukan, sehingga menimbulkan persoalan samada mereka berbangsa Malaysia atau tidak.  Manakala, yang berbaring atau "mati" pula kesemuanya berwajah Asia
Saya cuba membangkitkan isu semangat bangsa Malaysia di dalam cerita saya.  Tidak kiralah samada mereka komunis atau sebaliknya, mereka adalah rakyat Malaysia yang sedang "dipijak" oleh bangsa asing.  Saya minta pembaca tolak ke tepi ideologi politik masing-masing, dan tumpukan kepada wajah-wajah yang sedang dipijak dan yang sedang memijak itu.
Selepas tulisan tersebut diterbitkan, saya menerima banyak reaksi daripada pembaca.  Ada yang bersetuju dengan saya, tetapi ada juga yang marah-marah.  Mereka menyoal saya kembali - jika Chin Peng bukan pengkhianat, maka adakah keturunan mereka yang berjuang menentang komunis, adalah pengkhianat?
Saya berpendapat bahawa soalan itu adalah soalan yang salah. Soalan yang patut kita tanya sekarang ialah, perjuangan menentang komunis untuk siapa? Adakah perjuangan menentang komunis adalah perjuangan kita atau sekadar berjuang atas desakan orang luar?  Tugu Negara dicipta untuk siapa?  Siapa wira sebenar dalam cerita ini?
Kita jangan lupa, PKM pernah membantu kerajaan menentang Jepun.  Malah, PKM berganding bahu dengan kerajaan dan British untuk memerangi Jepun di negara kita.  Hanya selepas PKM menunjukkan penentangan terhadap British, PKM dianggap sebagai antagonis di dalam cerita.
Kami sudah letih menunggu
Di samping itu, sikap kerajaan yang selalu berdolak dalih dalam membincangkan isu kepulangan Chin Peng ini menimbulkan keraguan di hati saya dan rakan-rakan yang sebaya dengan saya.  Kami sudah letih menunggu.  Ini adalah kerana sehingga kini, kerajaan tidak pernah memberikan sebab yang konkrit mengapakah Chin Peng dilarang kembali ke Malaysia walaupun perjanjian Haadyai dikatakan telah ditandatangan 20 tahun dulu?  Maka, kami mengalu-alukan kepulangan Chin Peng ke Malaysia supaya beliau boleh menceritakan apakah yang sebenarnya yang berlaku, memandangkan kerajaan kita enggan berbuat demikian.
Lagipun, kini Chin Peng sudah berusia 85 tahun.  Sudah tua dan uzur.  Harapannya hanyalah untuk kembali ke Malaysia, melawat kampung halaman, saudara mara dan kubur kedua-dua ibubapanya.  Kalau boleh, beliau juga mahu menghembuskan nafas terakhirnya di sini.  Sukar sangatkah untuk membenarkan permintaan itu?
Pada pendapat saya, kerajaan kita dan sebilangan rakyat kita tidak perlu takut dan marah-marah lagi dengan Chin Peng.  Mungkin sukar untuk warga emas di negara kita melupakan era darurat dan saudara mara yang telah terkorban akibat perang itu, tetapi bagi generasi baru, kami perlu bergerak ke hadapan, dan kami tidak mahu memulakan langkah kami dengan perasaan benci dan dendam.
Bak kata orang-orang tua, "sedangkan Nabi juga mengampunkan umatnya, inikan pula manusia biasa".
*Puspawati Rosman ialah seorang peguam, juga Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG)

OTAK FEUDAL?

Salam 2 all.

Saya sangat tertarik dengan tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai suatu isu yang jarang..malahan semacam satu taboo untuk memperkatakannya.
Iaitu tentang mentaliti feudal bangsa Melayu yang masih tebal dikalangan kita. Saya sendiri berpendapat bahawa mentaliti saperti ini perlu kita hapuskan. Sikap feudalistik kita terlalu tebal, sehingga kekadang membantutkan pemikiran kita, dan kekadang membuatkan orang Melayu sentiasa dalam harapan palsu yang mereka sentiasa selamat. Kita bangsa Melayu, disebabkan sistem feudal ini sentiasa berasa kalau ada masalah terutama membabitkan hal bangsa dan agama, sentiasalah kita berkata "takpe, raja kita ada!". Benarkah kenyataan itu, atau hanya satu persepsi palsu yang kita cipta sendiri.
Sistem feudal yang kita amalkan juga mengujudkan suatu sistem kasta..dengan gelaran-gelaran darjah kebesaran yang saya kira sudah lapuk dan ketinggalan zaman, malah tidak Islamik langsung. Kita melahirkan kasta tun-tun, tansri-tansri, datoseri-datoseri dan bersamanya versi femina tohpuan-tohpuan, puansri-puansri, datinseri-datinseri dan makdatin-makdatin. Maka berebutlah kita nak mendapat gelar dan pangkat, dan bersamanya kita mencipta satu masyarakat berkasta yang sama sekali bercanggah dengan Islam.
Bukan itu sahaja, gelar-gelar ini kkekadang menjadi bahan lawak, sehingga penyangak penyamun, malah banduan pun diberi gelar kebesaran, sampai pelakun hindustan pun boleh dapat, entah apa jasa mereka kepada umat dan rakyat kita pun tak tahu.
Sebab itu saya berpendapat tulisan Dr. Mohd. Asri ini suatu keberanian yang perlu diberi pertimbangan aqal yang waras sambil berlapang dada.
Saya perturunkan disini tulisan beliau untuk renungan kita bersama.
Moga mendapat menafaat dan diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH. Ameen.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Muharram 1430
24 Dis 2009

###########################

(Daripada laman web drmaza.com)

Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu. Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam. Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja. Firman Allah: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65). Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli. Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam. Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat. Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam. Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja. Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan. Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini. Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”. Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka. Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya. Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”. Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut: “Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka. Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini? Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

21 December 2009

NASIHAT AL QORDAWi

Salam 2 all.
Pagi tadi saya menerima panggilan meminta saya ke Hotel International Marriot Putrajaya kerana ada permintaan daripada Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi mahu berjumpa dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarga dan peguam DSAI.
Saya bergegas ke Hotel tersebut bersama rakan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.
Setibanya sana kami terus ke bilik suite 867. Disana DSAI, Dato' Seri Wan Azizah, Nurul Iman, Nurul Hana, Mohd. Ihsan, menantu DSAI Raja Shahrir dan sahabat kami Dr. Mohd. Nor Manuty sedang rancak berbual dengan Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi. Suasana sungguh relax, Sheikh Al Qordawi pun dengan jubah biasa dan kelihatan gembira dapat berjumpa dengan sahabat lama.
Sempat jugak kami pekena teh sambil bersembang.
Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Al Qordawi menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan DSAI tidak dijalankan lagi. Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwi-sistem yang kita 'amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ianya akan mengambil masa bertahun-tahun. Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti sang penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Al Qordawi, persaksian sang penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasik. Dan Sheikh Al Qordawi memetik Surah AnNur;4.
Apa yang menghairankan orang saperti Ketua Pendakwa Syarie sebagai seorang lukusan agama sepatutnya menyedari perkara saperti ini dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi tukang na'am kepada pihak tertentu.
Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat diwajah Sheikh Al Qordawi, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Ma'al Hijrah yang diberikan Kerajaan Hadhari kepadanya?!
Dan paling mengejutkan saya bila Sheikh Al Qordawi menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama' antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Majlis Ulama' Sedunia.
Sheikh Al Qordawi juga menyarankan saya supaya menemui beberapa tokoh dan 'ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka. Beliau memberikan beberapa nama untuk saya hubungi. Nampak gaya cuti Parlimen ni penuhlah jadual saya dengan tanggungjawab baru yang diberikan oleh Sheikh Al Qordawi ini.
Apa pun, saya mengucapkan syukur berbanyak-banyak kepada ALLAH kerana menemukan saya dengan Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi dalam suasana kekeluargaan dan penuh penghormatan. Moga ALLAH memberikan saya dan para pejuang Islam lain kekuatan, kekentalan dan istiqomah dalam perjuangan memartabatkan syariat Islam ini insyallah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
04 Muharram 1431
21 Dis 2009

20 December 2009

SHEIKH DR. YUSUF AL QORDAWI

Salam 2 all.
Alhamdulillah Sahibul Fadhilah Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi telah menyampaikan pidato perdana beliau sempena Sambutan Awal Muharram di Masjid Negeri Shah Alam semalam Sabtu 02 Muharram 1431 / 19 Disember 2009. Kehadiran jemaah yang begitu ramai membuktikan betapa unggul dan hebatnya ulama' tersohor dunia Islam hari ini.
Majlis julung-julung kali yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam itu turut dihadiri oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), YB Dato' Hassan Ali (Exco Hal Ehwal Islam), YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Negeri Selangor), YB Tuan Guru Haji Abduk Hadi Awang. beberapa orang bekas Mufti, tokoh-tokoh ulama' dan para 'ilmuan serta para ustadz, da'i, pendakwah, penceramah dan aktivitis Islam serta para jema'ah Muslimin dan Muslimat. Ada yang datang sejuah Singapura semata-mata untuk bertemu dengan Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi.
Walaupun terdapat usaha pihak tertentu untuk menggagalkan ceramah perdana tersebut namun dengan izin ALLAH majlis tersebut berjalan dengan baik. Sumber-sumber Kerajaan Selangor menyatakan bagaimana ada pihak tidak berpuas hati kerana Dr. Yusuf Al Qordawi adalah tetamu Kerajaan Persekutuan Be End, bagaimana pulak beliau menghadirkan diri dan menyertai program anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Darul Ehsan! Begitulah sempit dan jumudnya pemikiran golongan-golongan tertentu yang berpolitik tak habis-habis.
Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi memulakan ucapan dengan menceritakan persahabatan yang terjalin diantara beliau dengan seorang pemimpin muda Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditahun 70an.
Bagaimana pemimpin ABIM tersebut terus memelihara silaturrahmi mereka, walaupun sudah menjadi pemimpin besar negara, pemimpin tersebut terus berhubungan dengan beliau dan beberapa kali mengadakan pertemuan samada dengan menjemput beliau ke negara ini ataupun di luarnegara.
Apablia pemimpin itu dijatuhkan dan di 'aibkan, Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi menceritakan bagaimana beliau terus menerus berhubungan dan mendoakan pemimpin tersebut, sehinggalah pemimpin tersebut dibebaskan daripada penjara. Kini beliau terus dengan silaturrohmi bersama pemimpin tersebut.
Pemimpin yang beliau maksudkan ialah DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!
Sheikh Dr. Yusuf Qordawi menceritakan bagaimana kita perlu melahirkan umat Isla
m yang benar-benar beriman walau apa juga bidang yang beliau ceburi. Samada dia seorang peniaga, pedagang, tentera, pekerja 'am, guru dan lain-lain, iman perlu ditanamkan kepada seluruh jiwa umat Islam. Kita perlu lahirkan golongan saperti Saidina Abu Bakr, Saidina 'Umar, Saidina Ali, Saidina Abdul Rahman 'Auf, Saidina Sa'ad Abi Waqqas dan ramai lagi. Hanya dengan iman yang kental umat Islam akan berjaya, didunia dan akhirat.
Beliau juga menyentuh tentang perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa. Ia adalah tanggungjawab setiap umat Islam tidak kira dimana dia berada, dan apa juga kedudukannya untuk berjuang membebas dan membuka semula Masjidil Aqsa.
Ceramah Sheikh Dr. Yusuf Qordawi yang mengambil masa hampir 1 1/2 jam itu disampaikan dalam bahawa 'arab dan diterjemahkan oleh Sahibul Fadhilah Ustad Abdul Ghani Shamsudin, mantan Presiden Persatuan Ulama' Malaysia. Kehadiran jema'ah yang begitu ramai sehingga terpaksa berasak didepan tempat ceramah. Ramai juga yang terpaksa berdiri. Selepas majlis ceramah dan solat 'isya, ramai yang bersalaman dan mengambil gambar dengan Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi.
Moga kehadiran Sahibul Fadhilah Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi ke Malaysia akan membawa sinar harapan baru kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan didunia umumnya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
03 Muharram 1430
20 Disember 2009
*Gambar 1-Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi sedang menyampaikan ceramah. Kelihatan Dato' Seri Anwar (berbaju Melayu hijau) duduk bersebelahan dengan YB Dr. Hassan Ali (berbaju Melayu kuning) membelakangkan kamera saya. Kedua-duanya bersongkok).
*Gambar 2-jema'ah yang hadir begitu ramai sehingga bersesak sampai kedepan tempat ceramah, ada yang terpaksa berdiri. Seorang jemaah tetap di Masjid Negeri Shah Alam kata yang hadir ramainya macam solat Juma'at!

19 December 2009

KONGRES PAKATAN RAKYAT 1

Salam 2 all.

Diperturunkan dibawah ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Pakatan Rakyat yang pertama yang diadakan pada hari ini Sabtu 02 Muharram 1431/ 19 Disember 2009 di Wisma MBSA Shah Alam. Semoga ada menafaatnya bagi kita semua.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
02 Muharram 1431
19 Disember 2009

############################

UCAPAN UTAMA
YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT
02 MUHARRAM 1430
19HB DISEMBER 2009
AUDITORIUM MBSA.

I. KEYAKINAN KEPADA RAKYAT

Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.
 
Apakah yang rakyat mahu?
 
Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan Pas. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-Bn, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung.
 
Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut.  Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.

Maka kita mengadakan konvensyen ini bukan untuk mencerca dan mengkritik BN dan Umno. Pemerintahan yang ada sekarang sudah kehilangan keabsahan moral, legitimasi moral mereka sudah terhapus. Kita berada di sini untuk mengungkapkan dasar dan kebijakan Pakatan Rakyat, bukan sekadar sebagai gabungan parti-parti politik, tetapi juga sebagai gerakan politik. Pakatan Rakyat is not merely a political alliance, it is first and foremost a political movement.

Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.

Dengan kepercayaan rakyat  yang kita perolehi kita kini berada di persimpangan zaman. Kita tidak berjuang sekadar untuk mengganti satu kekuasaan dengan kekuasaan yang lain. Kita tidak berjuang untuk membuat perubahan runcit-runcitan. Kita berjuang untuk membuat perubahan besar, big change, fundamental change. Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. Maka kita perlu ada keberanian kebenaran, the courage of truth, keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people.

II. FALSAFAH KEBANGSAAN

Apa yang hendak kita lakukan adalah tidak lain dari membina semula sebuah bangsa dan sebuah Malaysia yang berteraskan kekuatan moral rakyat.  Dan kekuatan moral rakyat adalah berteraskan prinsip karamah insaniah, kemuliaan darjat insaninya “walakad karamna bani Adam.” Prinsip ini turut diungkapkan oleh seorang pejuang kemanusiaan dan rakyat; Martin Luther King, “A nation where its people will not be measured by the color of their skin but by the content of thier character." Rakyat sudah merdeka 50 tahun, dan rakyat mahu keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit.
Maka  yang mendasari segala  dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua.
Kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi. Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita meninggalkan perkauman sempit ini:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras. Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga.
Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap.
Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai moral resources, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah. Inilah yang dituntut oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah apabila ditanya mengenai persaudaraan sesama insan:

Akhukum fil Insaniah(Persaudaraan sesama insan) yang mana turut bergema dalam tradisi tamil: ontre kulam oruvane thevan( satu jiwa kerana kemanusiaan) dan juga dalam tradisi cina yang diungkapkan oleh mahaguru Kung dalam kitab Lun Yu,“si hai zhi nie jie xiong di” yang membawa maksud (empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara)

III. MENJANA MUAFAKAT
Saya menghargai keringat dan buah fikiran rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang sanggup berbincang secara terbuka dan ikhlas. Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Maka hari ini kita mencipta sejarah. Bukan mudah untuk sampai kepada suatu muafakat yang boleh disebut sebagai overlapping consensus sepertimana yang diungkapkan oleh filasuf John Rawls. Proses perbincangan yang intense dan rancak dari kalangan yang berbeza latar, fahaman dan kepercayaan. Kita menghormati falsafah perjuangan parti-parti masing, yang punya sejarah gemilang dan getir melawan kerakusan kuasa dan mengalami pelbagai bentuk penindasan. Kita berbincang secara terbuka dan ikhlas. Perkara-perkara yang selama ini dianggap sensitif kepada parti masing-masing dan kaum-kaum tertentu. Kerana ada kejujuran maka kita berjaya mencapai muafakat.
Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh berrgerak ke hadapan mengharungi abad ke 21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan.  Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat.

IV. EKONOMI
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara adalah dalam sektor ekonomi. Jika ekonomi lembap, kesejahteraan rakyat akan terhakis, ramai rakyat akan hilang pekerjaan. Dasar-dasar yang ada sekarang menyebabkan negara kita jauh ketinggalan dengan negara-negara di rantau ini seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Pakatan Rakyat ingin merangka satu dasar yang akan mengembalikan Malaysia di barisan pertama dengan negara-negara termaju di rantau ini. Kita mesti melakukan satu reformasi ekonomi yang mampu meransang daya saing, kecekapan dan produktiviti. Dan unsur bersepadu daam reformasi tersebut adalah menjaga kepentingan rakyat melalui satu kerangka keadilan sosial. Kita perlu memastikan pengagihan yang saksama dan menumpukan pertolongan kepada anggota masayarakat yang paling lemah, tanpa mengira kaum atau kumpulan. Kita akan mengadakan kerangka-kerangka dan kebijakan-kebijakan untuk menarik pelabur asing demi meransang pelaburan tempatan. Kita akan mesra dengan usahawan dan memastikan
penyertaan bumiputera di dalam ekonomi.
Saya menegaskan di sini sebagai satu Pakatan Rakyat, hati nurani tidak boleh membiarkan sesiapapun di kalangan rakyat tidak memperolehi taraf kehidupan yang manusiawi, seperti rumah, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain perkara asas. Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya, usahawan kita berdaya saing dan produktif. Pekerja-pekerja rajin dan tekun dan kita mempunyai penjawat-penjawat awam yang berdisiplin. Dengan gabungan kesemua ini tidak mustahil dalam masa 15 tahun, Malaysia akan kembali ke barisan pertama negara-negara maju di rantau ini.


V. WANITA
September yang lalu telah terbit kajian yang berjudul The Female Economy dalam makalah Harvard Business Review. Menurut kajian makalah tersebut, ketakjuban ekonomi terkini bukanlah ekonomi China ataupun India, ataupun ekonomi kedua-duanya digabungkan. Ketakjuban ekonomi itu ialah ekonomi kaum hawa. Pendapatan kaum hawa seluruh dunia untuk tahun 2009 sahaja berjumlah USD 13 trillion, lebih besar dari gabungan KDNK China dan India untuk tahun ini; masing-masing sekitar USD 4.4 trillion dan USD 1.2 trillion. Pada masa 5 tahun akan datang jumlah jumlah pendapatan kaum hawa dijangka mencecah USD 18 trillion, manakala gabungan KDNK India dan China hanya pada angka sekitar USD 8.4 trillion. Maka seperti gejala globalisasi, kebangkitan ekonomi hawa adalah satu gejala yang tidak boleh dihentikan atau diterbalikkan(unstoppable dan irreversible). Oleh itu dalam dokumen Dasar Pakatan Rakyat, terdapat khusus satu bab mengenai wanita.

VI. GOLONGAN MUDA
Golongan muda seharusnya mempunyai serta memperlihatkan keyakinan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Pakatan Rakyat sedar bahawa golongan muda memainkan peranan penting demi memastikan kejayaan pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat menyedari untuk mengeratkan lagi hubungan antara generasi dan demi merapatkan jurang tersebut, perlu ada satu keputusan berani, bertanggungjawab dan meyakinkan. Kini kita lihat ramai pemimpin muda yang muncul, samada sebagai ahli parlimen mahupun sebagai adun.

Namun ini tidak seharusnya menjadikan anak-anak muda khususnya yang bersama Pakatan Rakyat cepat berpuas hati. Kita mempunyai agenda yang lebih penting, iaitu menterjemahkan janji-janji serta dasar-dasar yang kita ungkapkan. Oleh demikian pemimpin muda Pakatan, di semua peringkat, perteguhkan tekad, kefahaman serta gerak kerja berdasarkan garis besar perjuangan Pakatan Rakyat. Kita mesti meyakinkan golongan muda betapa Perubahan merupakan perkara asasi, fundamental, bukan sahaja untuk generasi sekarang, juga untuk generasi masa depan.


VII. ALAM SEKITAR
Tatkala kita merumuskan dasar Pakatan Rakyat ini, sedang berlangsung Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen. Persidangan yang lebih dikenali sebagai COP 15 itu sungguh mustahak bagi mendapatkan persetujuan serta kesanggupan masyarakat antarabangsa untuk memastikan kelangsungan bumi yang kita diami ini.

Kita akui pembangunan sememangnya penting namun ini tidak bermakna kerusakan yang berlaku terhadap alam harus diiyakan sahaja. Makanya kebelakangan ini, laporan seumpama Stern Review, berupaya menjadi garis panduan melakar dasar nasional yang mengembalikan hala tuju pembangunan ke landasan yang tepat di samping memastikan agenda alam sekitar dan kelangsungan bumi tidak terabai. Pakatan Rakyat bersama dengan masyarakat antarabangsa yang prihatin menyatakan iltizam serta tekad untuk menangani isu perubahan iklim dan berusaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon.
 
VIII. KEBUDAYAAN

Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi-one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar bangsa ekonomi, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan. Justeru itu antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah Muafakat Kebudayaan Baru. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap lanjutan dari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

IX. PENUTUP
Hari ini kita mencipta sejarah. Tetapi ini hanyalah titik permulaan. Dasar Pakatan yang akan dimeterai sebentar lagi adalah garis besar perjuangan rakyat. Dasar-dasar ini adalah moral compass dalam perjungan politik kita. Pakatan Rakyat akan berlayar jauh, maka kita perlu ada kesatuan fikrah, kesatuan pemikiran dan sentiasa berada di garis tengah. Kita perlu mematuhi ethics of coalition,

Etika Pakatan.
Setiap kumpulan punya tuntutannya sendiri dan mempunyai legitimasi dan keabsahannya. Tetapi kita juga perlu melihat urutan keutamaan kerana tidak semua tuntutan boleh ditangani dengan sekaligus. Maka kita tidak boleh melihat tuntutan political constituency masing-masing tanpa melihat dan mempertimbangkan political constituency rakan-rakan kita. Perlu ada sikap empathy, keprihatinan terhadap pelbagai sektor dan constituency rakan -rakan kita.
Justeru menjayakan agenda Pakatan Rakyat adalah menjadi prasyarat untuk mendapat dokongan penuh dan keyakinan rakyat. Hanya dengan keyakinan rakyat , bahawa rakyat yakin kita bersatu hati, kita akan memperolehi kemenangan. InsyaAllah.

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

Salam 2 all.

Berikut adalah teks ucapan Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dalam Kongres Pakatan Rakyat yang pertama diadakan hari ini Sabtu 02 Muharam 1430/ 19 Dis 2009 yang diadakan di Wisma MBSA Shah Alam, Selangor.

Moga ada menafaatnya bagi kita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
02 Muharram 1431
19 Dis 2009

###########################

UCAPAN PERDANA
SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA
OLEH
DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)
02 Muharram 1430
19 Disember 2009
Auditorium MBSA, Shah Alam,
Selangor

MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT
Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.
Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.
Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.
Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir :
dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?
52. "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).

Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.
Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.

DEMOKRASI
Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.
PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.
Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.
Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.
Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.


PERPADUAN
Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.
PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian. Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :
(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).
Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :

(Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).

Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.
Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.
Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.
Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.

MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN
Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.
Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.

JENTERA PARTI
Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.

PERKUKUH PAKATAN RAKYAT
Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.