Sabtu 23 Muharram 1431/09 Januari 2010 saya dijemput menghadiri Majlis Makan 'Amal bersama Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Majlis diadakan di Covention Centre (Convec) Shah Alam. Saya agak kagum dengan kehadiran yang begitu ramai sahabat, rakan dan taulan, termasuk para pelajar universiti, artis dan lain-lain. Begitu 'the wide-spectrum' peminat dan pendokong Dr. Asri.
Kebetulan saya diletakkan semeja dengan rakan rapat Dr. Asri, sahabat saya YB Dato' S
eri Shahidan Kassim, mantan YAB Menteri Besar Perlis yang datang bersama Datin Seri isteri. Semeja dengan saya juga ialah YB Sa'ari Sungib, ADUN Hulu Kelang dan Sahibul Fadilah Ustadz Shofwan. Begitu gambaran meja utama yang Dr. Asri sebut sebagai "meja perpaduan"-wakil UMNO, PAS dan PKR duduk semeja atas nama Islam. Penaung majlis Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak dapat hadir disa'at-sa'at akhir atas urusan yang beliau tidak dapat elakkan (saya ingat beliau takut Jais mai rempuh majlis kot ;))
Saya sebenarnya dijemput atas kapasiti saya sebagai peguam penasihat Dr. Asri yang sedang menghadapi pertuduhan berda'wah tanpa lesen JAIS. Malah turut hadir majlis malam itu ialah pasukan peguam hebat Dr. Asri iaitu Puan Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Sdr. Lokman dan Sdri Dorina Abdullah.
Saya tertarik dengan ucapan Dr. Asri yang membawa tajuk "Tajdid: Gerakan Pembaharuan Islam" dimana beliau mengupas tentang kefanatikan terhadap mazhab yang mendorong kepada terbantutnya perkembangan pemikiran umat Islam. Dr. Asri merujuk antara lain kepada pendapat 3 orang ulama' tersohor masakini yang saya akan nukilkan disini untuk kita berkongsi bersama:
1. Sheikh Wahbah Az Zuhaili - "Kata majoriti ulama', tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan seseorang itu diharuskan bertaklid pada mana-mana mujthaid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, saperti mazhab Abu Hanifah, As Syafi'i atau selainnya, maka dia tidak wajib berterusan. Bahkan dia boleh bertukar-tukar mazhab. Ini kerana, tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan oleh ALLAH dan Rasulnya. ALLAH dan Rasulnya tidak pula mewajibkan seorang pegang pada mazhab imam tertentu. Hanya yang ALLAH wajibkan ialah mengikut 'ulama'. Tanpa dihadkan kepada tokoh tertentu dan bukan yang lain. (rujukan: Kitab Al Rukhas As syar'iyyah);
2. Sheikh Dr. Abdul Karim Zaidan - Sesungguhnya syariat Islam adalah hujjah mengatasi seluruh mazhab. Bukanlah mazhab yang menjadi hujjah mengatasi syariat Islam. Jika jelas kepada pengikut sesuatu mazhab bahawa mazhabnya salah dalam masalah tertentu, sementara kebenaran berada pada pendapat yang lain dan masalah itu cukup jelas baginya, maka hendaklah dia bertukar mazhab kepada pendapat yang benar dalam masalah tersebut (rujukan Kitab Al Wafiz fi usul al Fiqh);
3. Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi - "Sesusngguhnya terikat dengan mazhab-mazhab itu bererti beriltizam dengan sesuatu yang dari segi syara' dan agama, ia tidak diperintahkan atau diwajibkan. Ini kerana, tiada kewajipan - atas nama agama dan syarak - melainkan apa yang diwajibkan oleh ALLAH dan Rasulnya. ALLAH dan Rasulnya tidak pula mewajibkan mengikut mazhab tertentu daripada mazhab yang empat. Apa yang diwajibkan ialah mengikut Al Quran dan sunnah. Adapun mazhab-mazhab ini, ia lahir selepas agama telah sempurna dan wahyu telah terputus, iaitu pada kurun kedua atau ketiga hijrah. Oleh itu tidak dapat diandaikan bahawa agama boleh mewajibkan ikut mazhab, sedangkan ia belum ujud lagi ketika itu (rujukan Kitab Taisir al Fiqh li al Muslim al Mua'sir).
Saya kira ini adalah satu pandangan dan lontaran idea yang pasti akan mengundang pelbagai polemik dan persoalan, malah kepada kita yang cukup kuat berpegang kepada mazhab. Namun kekadang saya tertanya juga, apabila berhadapan dengan perkembangan baru yang tidak ujud pada zaman mereka, apakah salah kalau kita mengambil pendapat imam lain yang lebih praktikal dan mempermudahkan. Contohnya ialah tersentuhnya diantara lelaki dan perempuan semasa jutaan manusia bertawaf di Masjidil Haram. Ini suasana yang tidak ujud dizaman Imam Syafi'i contohnya. Apakah beliau sendiri akan berubah pandangan dan mengikut pendapat ketiga imam besar yang lain (iaitu Imam Ahmad bin Hambal, Imam Abu Hanifa atau Imam Malik) yang berpendapat tidak batal wudhu' seseorang hanya kerana tersentuh kulit kalau Imam Syafi'i melihat suasana jutaa
n umat yang bertawaf sekarang? Saya sendiri pun tidak tahu jawapannya, walaupun saya merasakan kalau mengikut ukuran sekarang, pendapat tiga imam itu lebih memudahkan dan praktikal. Imam As Syafi'i memang seorang tokoh yang hebat, itu tidak dinafikan samasekali. Takat nak bandingkan dengan kita, macam semut dengan gajah je!! Bukan bermakna pendapat Imam Syafi'i itu tidak betul, ianya mungkin tepat pada zaman beliau. Tetapi keadaan dan berubah, dan Islam adalah syariat yang sesuai mengikut zaman. Ini yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga ulama' besar tersebut. Iaitu ruang untuk melakukan tajdid dengan berijtihad dalam perkara-perkara yang tidak menyentuh prinsip dan fundamental Islam saperti dalam bab aqidah dan 'ibadah yang sudah jelas. Kerana kalau tidak, jenuhlah kita umat Islam Malaysia apabila membayar zakat fitrah kerana terpaksalah kita pikul beras berjumpa tok 'amil. Tetapi kerana kita mengikut pendapat Imam Abu Hanifa, maka diperbolehkan kita membayar dengan wang tunai. Bukankah perbezaan pendapat diantara ulama' itu adalah rahmat bagi umat? Bagi yang berminat, bolehlah membaca buku tulisan Dr. Asri bertajuk "Fanatik Mazhab: Kesan Kepada Pemikiran Umat", atau layari saja laman web beliau "drmaza.com".
Dan yang paling saya tertarik apabila Dr. Asri membawa suatu kisah. Sedang beliau menaiki kereta bersama seorang sahabat, lalu seorang penunggang motosikal melintasi kenderaan mereka dengan memakai serban. Lalu sahabat Dr. Asri berkata "hebat kawan kita ni, bersunnah sampai naik motor". Maka dijawab oleh Dr. Asri, "memang benar memakai serban itu sunnah Rasul, tetapi apakah sunnah menaiki motor? Bukankah memakai topi keledar sunnah yang sesuai apabila menaiki motor?" Persoalan itu membuatkan saya tertanya-tanya, betul juga kata Dr. Asri. Bukankah menjaga keselamatan diri dan kepala itu juga penting, malah dituntut Islam. Berapa ramai yang mengalami kemalangan maut kerana pecah kepalanya akibat memakai topi murah atau dengan tidak sempurna ikatannya?
Apapun, banyak persoalan yang saya percaya berlegar dikepala para hadirin yang hadir pada malam tersebut. Yang penting, sentiasalah kita berdo'a kepada ALLAH supaya memberikan kita petunjuk, hidayah dan keimanan yang haq dan yang benar. Dan malam itu juga baru saya tahu ada juga artis yang cukup rajin mengikuti blog saya; dan baru saya tau siapa orangnya yang cukup rajin bertanya dan memberi pelbagai pandangan dan pendapat yang kekadang melucukan. Kepada artis tersebut, terima kasih atas sokongan, thanks for everything. It makes a lot of difference now that I know who you are. Adios.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
23 Muharram 1431
10 Januari 2010
18 komentar:
Salam,
Fatwa Sheikhul Islam Al-Azhar As Sheikh Mahmud Syaltut juga lebih terbuka iaitu kita boleh beramal dengan mazhab syiah Imamiyah..mungkin Dr Maza keberatan di sini....
Jawapan kpd komen PUREHADHARIST: Kita tak boleh beramal dgn mazhab syiah imamiyah sebab mereka sesat. kita hanya ikut imam ahli sunnah! jangan nak pandai2 sebarkan fahaman syiah di blog ini
FQ: Sejarah Mazhab Dan Hukum Bermazhab
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=6191&start=0&st=0&sk=t&sd=a&sid=94c64602c02d97d0c7f26eeaf9878847
Berarti fenomena bermadzhab adalah sesuatu yang perlu dilihat berdasarkan kondisi orang per-orang, yang tentunya tidak bisa diumumkan semata.
Tidak bisa diharuskan secara mutlak dan tidak bisa dilarang secara mutlak pula.
Salam,
Ops, jangan marah nyamuk kelambu dibakar..
Pada saya semua kita bermazhab, hakikat bermazhab ialah bergantung pada pandangan Ulama' yang kita yakini. Tidak semua orang mampu istinbat hukum dari Al Quran dan Sunnah disebabkan kekurangan ilmu alat dan ilmu alat itu bukan sekadar ilmu hadith! Jadi terimalah hakikat yang kita ini muqallid, dan jangan perasan yang kita ini mujtahid.
Mazhab yang 4 juga bukan bermaksud kita ikut cakap Imam-imam yang 4 secara buta tuli, bahkan kita mengikut kaedah dan methodologi warisan daripada para Tabiin dan Sahabat dan secara langsung mengikut apa yang diajarkan oleh RasuluLlah pula. Pun juga, Tak semestinya jika saya bermazhab Syafi'i, saya ikut pandangan Imam Syafi'i semata tetapi pandangan Mazhab yang telah di jernihkan oleh ratusan Mujtahid2 Mazhab Syafi'i seperti Imam Ar Ramli, Imam Ibn Hajar dan lain2.
Jadi saya mempersoalkan kedangkalan pemahaman KITA sendiri terhadap mazhab yang kita pegang. Jika kita yang jahil, jangan pula kita menghina Ulama'2 silam yang beratus kali ganda hebat dalam ilmu daripada kita (biarpun kita ada phd!!!). Nampak benar pencabulan intelektual disini.
Dan lagi satu, bab pertukaran mazhab dibentangkan dengan secara tak ilmiah langsung. Kita (yang didakwa totok Syafi'i) pun paham bila nak mengambil pendapat imam-imam lain secara beradab (talfiq), tetapi kaedah kita adalah kaedah talfiq yang beradab. Bukan ambil wuduk kaedah hanafi batal kaedah maliki.. ini yang jadi haram.. Jadi dengan memetik kaedah 3 Syaikh itu tanpa menekankan 'Adab Talfiq' adalah jelas pencabulan etika intelektual yang besar.
Jangan terlalu ghairah nak pilih yang terbaik dari Hanafi Maliki Syafii dan Hambali padahal last sekali jadi Mazhab Asri!!!
Salam,
Ulama' besar dari Syiria Al Allamah Syaikh Sayyid Muhammad Yaqoubi ada membincangkan hal ini..
http://www.youtube.com/watch?v=2qgvWhlDXs0
Dan juga Ulama' besar dari Jordan ada menulis mengenainya.. http://www.masud.co.uk/ISLAM/nuh/madhhab.htm
Semoga beroleh manfaat..
assalamualaikum.
tidak menjadi masalah untuk beramal dengan mazhab yang lain dengan syarat seseorang itu belajar.
Contoh dlm masalah wudu; terbatal dengan bersentuhan perempuan, kalaulah seseorang mendalam betul2 ilmu fiqh, ada kalangan pendapat ulama' dalam mazhab syafie sendiri mengharuskannya. dalam mazhab imam syafiee sendiri ada ratusan kitab ulamanya yang berbagai pendapat, belum campur mazhab lain lagi, semuanya ada kehujahan dalil berdasarkan keilmuan mereka tersendiri. betapakah kita disisi mereka ini yang sangat takutkan Allah. Subhanallah..
sebagai renungan
problem yang melanda ialah kerana : tidak belajar @ belajar masa umur dah pencen @ belajar tapi suka pendapat yang mudah dan menyenangkan diri sendiri je @ belajar terus dengan pengajian yang tinggi lalu merasa sudah pandai @ suka main tiru je n malas belajar dan macam2 lagila..
penyelesaiannya..
tidak rugi kalau ramai guru agama sama ada mereka ini aliran lama, baru, jamaah tabligh, jordan, yaman, madinah, mesir, pondok dsg asalkan masih dalam ilmu2 islam dan bukan ajaran sesat..
so...marilah sentiasa belajar..:)
Salam,
Ya saya bersetuju dgn pandangan Tn Mohd Nor Hidayat di atas.
Dah memang realiti kita yang malas nak belajar dan nak beramal dengan yang senang. Hakikatnya umat melayu di Malaysia ni beramal dengan kaedah Syafi'i kerana kita dari kecik belajar kaedah Syafi'i. Jadi asas ilmunya ada.. rujukan pun ramai, sebab Ulama' kita lebih mahir kaedah mazhab Syafi'i.. apa salahnya? Buat apa nak beramal dengan Mazhab yang kita tak mahir? nak cari penyakit?
Sahabat,
Saya fikir, keterbatasan ilmu dan keupayaan untuk menganalisis, mentafsir dan berhujah, di kalangan umat Islam, terutama para pendakwah dan golongan alim Islam, telah secara psikologi, mendorong penyebaran atau penyampaian Islam bermoodkan autoritatif.
Umat Islam selalu terdorong untuk dikunci pemikiran mereka dengan alasan "jangan bertanya jika Tuhan sudah tentukan sesuatu hukum".
Misalnya;
Kalau babi haram, jangan tanya kenapa.
Kalau sembahyang mesti 5 waktu, jangan tanya kenapa.
Kalau nak makan binatang mesti sembelih dulu, jangan tanya kenapa.
Islam adalah agama yang sangat saintifik. Saya yakin, setiap unsur dalam Islam, ada jawapan hebat dari segi sains.
Tapi sejauh mana ia sudah dibongkar untuk memperhebatkan keimanan umat Islam?
Banyak sangat tugas sebagai umat Allah yang belum kita laksanakan.
Wallahua'alam.
Salam,
Perbincangan panjang lebar oleh Syaikh Yusuf Hanson dan Allamah Syaikh Nuh Ha Mim tentang mazhab.. http://www.youtube.com/watch?v=z51KefAhaDA&feature=related
Salam YBZul,
Saya rasa agak pelik bila saudara hanya berhenti samapai kepada Imam As-Syafi'e dalam pendapat beliau. Seolah-olah Mazhab Syafi'e terhenti di situ. Kalau begitu boleh dipanggil mazhab kah ?.
Salam,
TokPakir
Seronok apabila mengetahui dan mempelajari banyak mazhab.
Salam YB Zul dan Detektif Tajdid,
Mohon maaf pada Yb Zul kerana menghantar komen berkaitan fatwa Sheikh Mahmod Syaltut tu. Yang Detektif Tajdid berfikiran jumud ni apa hal? Tajdid apa ni? Kalau syiah tu sesat, kenapa boleh masuk mekah dan Madinah ya? Zaman sekarang zaman hujjah bukan sergah....oh sebab anda detektif mungkin...maaf sekali lagi YB Zul kerana menegur si Detektif Tajdid yang tak tajdid ni....
SALAM YB
Syiah ni tak bahaya dan memudaratkan jika tak ramai...tak mengapalah jika mereka nak amalkanpun mazahab syiah itu...mungkin PUREHADHARIST solat sujud atas batu kecil dari karbala
Salam Putrajaya,
Saya hanya memberikan pandangan dalam konteks entri YB Zul yang membincangkan hal mazhab di dalam Islam ini. Saya juga mengutarakan satu pandangan ulama besar Islam yang saya rasa tidak kurang malah jelas lebih alim dari Dr Maza. Yang takut sangat syiah ini adalah US dan Israel. Kalau iman kita mantap dengan penghujahan dan dalil, letaklah kita seorang dikelilingi syiah berjuta, nescaya takkan terjejas pegangan kita.
Contohi tokoh-tokoh Islam yang punya minda dan telahpun lebih berjaya dalam mengemudi bahtera perubahan seperti Hassan Al Banna, Sheikh Jamaluddin Al Afghani, Syed Qutb dll.
Perdalamkan ilmu. bersifat terbuka dan jauhkan fanatisme mazhab atau golongan demi masa depan Islam. Bersatulah !
Salam PUREHADHARIST
salam kawan, dalam beragama tidak timbul sifat terbuka, menerima pendapat selain dari sunnah wal jamaah. mazhab dahulu ada 12, cuma kini tinggal 4, sebab hanya mazhab 4 ini yang ada kitabnya.
Mazhab sentuh soal hukum hakam dalam kehidupan seharian. Mereka berbeza dalam soal ranting, tapi dalam soal akidah mereka itu tetap sama tidak berubah-ubah dan berbeza.
Syiah walaupun ada hukum yang sama dengan mzahab yang empat tapi akidah berbeza dengan sunnah wal jamaah. Lari jauh.
Ingin saya tegaskan, kita perlu ada ilmu. "Amerika dan Israel tidak takut pada syiah" Mereka lebih kenal siapa nabi kita, siapa islam yang tulen dan siapa yang bukan.
Percayalah satu ketika nanti Amerika akan bersatu dengan Iran atau syiah untuk menentang Islam pegangan sunnah wal jamaah" Sama seperti yang mereka buat ketika menyerang kota mekah dahulu.
Salam Putra Jaya,
Menerimanya sebab ada kitabnya? Senangnya hujah ?Kalau syiah ada kitabnya mestilah kena terima jugak? Apa saudara fikir mereka beramal ikut suka hati takde kitab?
Saya tidak setuju statement yang mengatakan dalam agama tidak timbul sifat terbuka kerana kalau zaman ada Nabi disamping kita, barulah kita boleh kata tidak timbul keterbukaan sebab ketaatan kita mutlak pada Rasul yang merupakan rujukan sahih 100%. saudara zaman kita ni dengan banyak sangat pandangan serta aliran pemikiran, kita kena bersifat terbuka kerana tiada seorangpun yang boleh mendakwa dia 100% ikut Islam tulen kerana dari mana legitimasi yang dia perolehi untuk mengatakan begitu.
Namapun mujtahid..iaitu ijtihad dan tafsir maka ia adalah nilai yang kurang 100% kalau tidak, tidak dipanggil ijtihad dan tafsir..so kena fikirlah sendiri...Persoalan sekarang kita perlu mendahulukan persatuan sesama Islam tidak kira apa mazhab termasuk syiah!
Pelik saudara keluarkan teori/ramalan/entah apa eh? yg mengatakan US dan Iran/syiah akan bersatu menentang Ahlus Sunnah...macam dulu mereka menyerang Mekah??????
Bercakap pakai ramalan/teori atau apa sahaja tidak boleh menafikan realitinya bahawa syiah terkehadapan dalam mempertahankan maruah Islam baik ianya di Palestin, Lebanon dll....Hizbullah dan Iran benar2 mengugat kekuatan US dan Israel bukan negara2 atau pertubuhan lain....tapi kalau siang2 kata tak terbuka...apa boleh buat....saya pun tak mahu buang masa berdiskusi dengan orang yang tertutup pemikirannya....kalaulah akidah mereka salah, kafirlah mereka..tapi boleh masuk Mekah dan Madinah pulak tu....
kepada purehadharist:Abu Jahal dan abu lahab kafir jugak, tp boleh masuk mekah. Boleh masuk mekah atau tdk bukanlah menjadi ukuran kebenaran seseorang. Cubalah baca fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri, Mereka elah berfatwa bahawa Syiah sesat....
Detektif tajdid,
Macamana pulak mereka boleh menang musabaqah ya? Zaman Abu Jahal dan Abu Lahab adalah zaman sebelum fathul Makkah (pembukaan mekah) maka yg mentadbirnya bukan dibawah pentadbiran Islam maka sekarang ini dibawah pentadbiran Islam yg membenarkan syiah masuk mengerjakan haji so takkan kafir kerjakan haji saudara ooi? pastu menag pulak musabaqah....saya rasa fatwa tu hanya untuk syiah yg ghulat bukan imammiah...kaji dulu sblm menghukum...
Post a Comment