01 January 2010

NATRAH KE 2

KENYATAAN AKhBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN

ISU "ALLAH KRISTIAN"

Salam 2 all.

Tirai tahun baru masihi 2010 dibuka dengan keputusan kontoversi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Keputusan Yang Arif Hakim Dato' Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan "ALLAH" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi yang tidak sepatutnya berlaku.

Keputusan itu mengingatkan saya kembali kepada kes Natrah @ Maria Hertough pada tahun 1950 dimana Mahkamah penjajah Inggeris dimana Hakimnya yang bukan Islam telah, dalam keputusannya membatalkan keislaman Natrah dan perkahwinannya kepada Almarhum Mansor Adabi, langsung tidak mengambil kira perundangan syariah dan sensitiviti umat Islam semasa itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan dan huru hara yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.

Saya berpendapat keputusan Hakim Dato' Lim Bee Lan adalah tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malahan akan menyebabkan kekeliruan dan menganggu ketenteraman dan keselamatan awam atas sebab-sebab berikut:

1. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam;

2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;

3. Dengan membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan dibeberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk "ALLAH" kecuali bagi maksud Islam;

4. Keputusan tersebut akan menyebabkan kekeliruan termasuk bagi penganut agama Kristian kerana memberi gambaran Tuhan mereka berubah nama mengikut bahasa yang digunakan. Sedangkan nama tuhan bagi tiap agama mestila konsisten tidak kira apa bahasa. Lihat agama Budha, Yahudi, Hindu dan lain-lain. Nama tuhan mereka tetap sama tidak kira dalam apa bahasa sekalipun. Tetapi mengapa agama Kristian berubah nama Tuhannya menurut kaum dan bahasa?

5. Kekeliruan lebih serius akan berlaku dikalangan penganut agama Kristian apatah lagi bila sermon tiap hari Ahad contohnya mula menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Bagaimana dengan ucapan lazim penganut Kristian saperti:
"God created the world in 6 days and on the 7 day he rested"; atau "In the name of god the father, god the son and god the holy spirit" apakah ianya berubah menjadi "ALLAH created the world in 6 days and on the 7th day He rested"; atau "In the name of ALLAH the Father, ALLAH the son and ALLAH the holy spirit?" Saya telah bertanya rakan dan kenalan dikalangan penganut Kristian dan mereka sendiri melihat perkara ini sebagai memalukan agama kristian. Ramai dikalangan penganut Kristian sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir Kristian yang beriya-iya mahukan nama ALLAH menggantikan nama god.

6. Ada kalangan penganut Kristian akan mula berasa ragu dan keliru dengan perubahan nama tuhan mereka. Mereka bertanya mengapa nama tuhan mereka berbeza-beza. Kenapa dalam Bahasa Inggeris disebut Jesus dan lain-lain, tetapi didalam bahasa Melayu disebut ALLAH. Mereka khuatir agama Kristian akan dilihat sebagai agama hipokrit kerana nama tuhan mereka boleh berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa.

7. Keputusan itu juga akan membolehkan penganut Kristian mengguna dan mempamerkan nama "ALLAH" digereja-gereja dan lain-lain tempat peribadatan mereka. Saya tidak boleh nak membayangkan bagaimana nanti disalib-salib, di perkarangan gereja dan lain-lain nama ALLAH tertera. Apakah pihak gereja dan penganut kristian bersedia berbuat sedmikina? Dan tidakkah ini nanti akan menyentuh sensitiviti umat Islam yang sudah pasti akan bertindak balas. Tidakkah Mahkamah sedar gangguan terhadap ketenteraman awam yang serius akan berlaku yang akan mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

8. Kesilapan Mahkamah menolak permohonan pihak Majlis Agama Islam dan beberapa NGO Islam untuk melibatkan diri (intervene) dalam prosiding tersebut telah menyebabkan Mahkamah tidak mendapat maklumat dan hujahan secukupnya berkenaan dengan isu ini. Saya hairan mengapa Mahkamah tidak merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan atau pihak berkuasa Islam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.

9. Selanjutnya, tidak ada keterangan yang mencukupi dan jelas berkenaan penggunaan perkataan ALLAH dikalangan Kristian di Malaysia. Apakah statistik yang diguna pakai. Berapa ramai sebenarnya melayu kristian yang benar-benar menaggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Apakah sekadar menyandarkan kepada beberapa buah buku dan tulisan sudah cukup? Sepatutnya Mahkamah mengambil keputusan memanggil keterangan pakar-pakar anthropologi, sejarah, bahasa dan lain-lain sebelum membuat keputusan. Apa yang jelas, dalam bahasa Melayu perkataan ganti bagi God ialah Tuhan, bukannya ALLAH. Manakala ini berbeza dengan bahasa 'Arab kerana tiada perkataan God dalam bahasa mereka kecuali ALLAH!

10. Penyandaran terhadap Artikel 3 dengan menyatakan penganut agama kristian dijamin kebebasan dalam mengamalkan amalan agama mereka adalah jelas tidak tepat. Saya rasa kalau Mahkamah meminta tinjauan dan referendum dibuat dikalangan penganut agama kristian dibuat, saya cukup pasti majoriti besar akan menolak penggunaan perkataan ALLAH sebagai ganti perkataan god.

Saya berpendapat kalau golongan kristian benar-benar mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God, maka saya cadangkan dilakukan perkara berikut:

1. Item pertama Rukun Negara iaitu "Kepercayaan kepada Tuhan" hendaklah ditukar kepada "Kepercayaan kepada ALLAH" memandangkan perkataan ALLAH diakui sebagai gantinama God. Yang menghairankan saya, semasa penggubalan deraf rukunegara tersebut, ada golongan bukan Islam yang membantah perkataan "ALLAH" digunakan atas alasan ianya nama Tuhan orang Islam, sebaliknya mendesak perkataan "Tuhan" sebaliknya digunakan!!

2. Semua sermon digereja dan penulisan kristian hendaklah menggantikan perkataan God kepada ALLAH tidak kira dalam versi atau bahasa apa sermon atau penulisan tersebut digunakan. Sekiranya tidak agama Kristian akan dilihat sebagai tidak konsisten dalam soal nama ketuhanan mereka.

Saya juga menyeru dan mendesak tindakan berikut diambil segera:

1. Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat segera dan membuat fatwa dan keputusan tentang penggunaan perkataan ALLAH ini. Kita tidak mahu ada dikalangan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza, apatah lagi dikalangan orang dan kumpulan tertentu yang sentiasa membuat kenyataan yang bersifat populis tanpa mengambil kira kesannya terhadap agama Islam. Setelah fatwa tersebut dibuat, maka semua pihak berkuasa Islam negeri hendaklah segera menggazetkan fatwa tersebut;

2. Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan segera menggubal dan melaksanakan undang-undang Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain telah lama melaksanakannya, mengapa 4 negeri ini masih belum menggubalkannya. Sekiranya Akta tersebut ujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana ianya akan menjadi suatu kesalahan jenayah untuk menggunakan perkataan "ALLAH" untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain;

3. Pihak berkuasa agama, majlis agama, para mufti dan badan dakwah saperti YADIM dan lain-lain hendaklah segera turun ke padang dan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan golongan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh disepakati. Saya kira kegagalan pihak-pihak ini mengambil tindakan segera dengan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pihak kristian ini telah menyebabkan kecetekan kefahaman mereka terhadap Islam. Daripada menyibukkan diri dengan kerjaikerja tak berfaedah saparti menangkap ulama dan penceramah tak bertauliah dan lain-lain, lebih baik pihak berkuasa agama ini menumpukan perhatian kepada yang lebih serius ini.

4. Pihak Kementerian Dalam Negeri hendaklah memanggil golongan kristian ini dan mengadakan dialog dengan mereka. Sekiranya KDN merumuskan penerbitan-penerbitan saperti Herald ini boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan rakyat, KDN tidak perlu teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan permit penerbitan mereka jika perlu.

5. Kita perlu mengkaji semula sistem perundangan kita terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah;

6. Atau sebagai alternatif, apa-apa isu yang berbangkit berkenaan Islam dalam apa bentuk sekalipun termasuk di Mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Mahkamah Syariah atau apa-apa Badan Perundangan Syariah untuk suatu keputusan; dan keputusan itu hendaklah mengikat Mahkamah Sivil dan wajib dipatuhi. Bagi maksud itu, suatu pindaan perlu dibuat kepada Akta Mahkamah Kehakiman (Court of Judicature Act) untuk memasukkan peruntukkan tersebut. Ini akan memastikan perkara saperti ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Rumusan:

Saya melihat kes The Herald ini adalah saperti suatu ulangan kes Natrah, dimana kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar. Kalau dalam kes Natrah, kita mempunyai alasan untuk menyatakan kita tiada kuasa kerana diperintah penjajah Barat. Tapi apakah alasan yang sama kita boleh gunakan sekarang, dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai hampir 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan 2/3 tetapi merupakan majoriti mutlak! Yang sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita. Kalau dalam membela dan mempertahankan Islam dalam kes Natrah orang Melayu sanggup menggadai nyawa, apatah kita bangsa Melayu moden yang hebat serba-serbi ini tidak mampu berbuat apa-apa. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Muharram 1431
01 Januari 2010

32 komentar:

Kembara Politik said...

Dewan Ulamak Pas Pusat mengeluarkan Fatwa seperti laporan berikut:

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008
Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

***

Fatwa oleh Dewan Ulamak Pas ini digunakan oleh Herald sebagai sokongan yang kuat terhadap agenda mereka.

Rujuk muka hadapan Herald Online yang mendakwa bahawa Pas membenarkan mereka menggunakannya.

Rujuk sini:
http://azharshafie.blogspot.com/2009/12/ulang-siaran-allah-is-god-but-god-is.html

mack said...

ASALAMUALAIKUM= SAYA SOKONG YB TAPI APAKAH ADA KEBERANIAN DIPEINGKAT KDN UNTUK BERBUAT DEMEKIAN KITA FIKIR NYA SECARA ILMIAH

Ads Here said...

Salam. Saya Nak bertanya kepada YB, bukan kah rakan2 YB dan juga dalam Pakatan yang bersetuju bahawa Allah boleh digunakan untuk agama lain..Khalid Samad, Anwar Ibrahim dan juga Zulkifli Ahmad..dan lain...sekadar bertanya, seprti yang terdapat dalam video youtube di Internet. Apakah video tersebut juga merupakan suatu pembohongan pihak kerajaan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat..

Saya yakin umat Islam akan bangkit, tapi ia akan dilumpuhkan oleh pihak Islam juga dari kalangan rakan YB..

Harap Maklum

MNA said...

saudara zul,
untuk islam,kita mesti bangkit dan mempertahankan kemuliaan nya walaupun berapa sekalipun harganya.kita melayu islam,selama ini tidak pernah mengganggu gugat amalan agama lain di malaysia, walaupun setengah2nya telah seperti mencabar agama islam.yang stau ini, implikasinya cukup berat pada masa ini dan lebih2 lagi pada masa hadapan di mana anak2 kita akan dapat menerima persamaan antara "Allah" Islam dan "Allah" kristian.semoga semua yang terlibat didalam mencemarkan agama islam ini dilaknat Allah di dunia dan di akhirat.silalah saudara zul lead kita semua untuk bangkit dari lena.

Arif Omar said...

tahniah YB. anda tidak seperti khalid samad yang bodoh tu dan juga tidak seperti bos anda yang bodoh tu iaitu dsai. Tahniah YB, Saya akan undi dan sokong YB kalau berttanding ditempat saya di melaka. Tahniah.

Khairul said...

Askum YB. Izinkan saya berselisih pendapat berkenaan hal ini. Pada hemat saya perkataan mulia Allah bukanlah hak eksklusif orang Islam. Ini tidak dijamin didalam oleh undang2 di Malaysia mahupun mana2 negeri di dalam Malaysia secara jelas. Memang realitinya begitu. Ya memang benar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam, tetapi harus diingat dalam hal ini ia tidak terpakai dek kerana hal yang saya terangkan di atas: Allah bukan hak eksklusif orang Islam. Hanya point ini sahaja sy tidak sependapat dengan YB, tetapi pada point-point yg lain saya bersetuju dengan YB. Keputusan mahkamah ini bolehlah ditafsirkan sebagai sesuatu yg menyentuh sensitivity orang Islam di Malaysia umumnya. Namun apakan daya gerakan mereka terhadap isu ini amat kuat sekali serta disokong kuat oleh beberapa pemimpin Islam. Tindakan kerajaan mengharamkan penggunaan perkataan mulia Allah hanyalah satu tindakan berdasarkan budi bicara dan tidak bersandarkan kepada undang2 yang jelas. Saya berasa tersinggung terhadap keputusan mahkamah ini. Saya berasa amat sedih kerana agama Islam dicabar di sebuah negara majoriti Islam. Tapi apakan daya, kita orang melayu Islam amat lemah serta berpecah. Percayalah mungkin kita hanya minoriti melayu Islam yang berasa tersinggung, majoriti umat Islam di Malaysia merasakan ini sebagai “no issue” dan berpendapat itu adalah hak orang Kristian serta tiada kesan terhadap orang Islam. Suatu masa nanti jika dihadapan rumah tergantung kalimah Allah tidak semestinya itu rumah orang Islam. Kedai makanan yang ditampal sticker Allah tidak semestinya makanan yang halal. Jika kita lihat kalimah Allah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya serta kita mencuba untuk mengambilnya ada kemungkinan kita boleh ditangkap polis atas kesalahan mencuri barang orang lain. Ini mugkin hanya satu permulaan.

paktam said...

saya harap yb dapat buat sesuatu..
agama kita semakin ditindas..
yg peliknya pihak2 yg sepatutnye bising hanya diam kn diri..
mana pergi mereka semua??
sy sgt brharap pada yb..
lawan habis habisan untuk agama islam kita..
dan saya harapkan banyak lagi pihak yg mengaku mereka islam berjuang..
jangan hanya bising dlam soal berpolitik..

ruang bicara faisal said...

salam zul,saya amat2 berharap agar tuan dapat mengetuai 1 demo besar-besaran membantah perkara ini. tuan lebih jantan drp pemimpin2 poltik lain. tolong tuan

YANG GAMBI said...

Salam YB, kawan setuju sangat dengan tulisan YB...... inilah yang sepatutnya berlaku....

hanizam said...

Assalamualaikum YB...slamat tahun baru...

pada saya memang sesuatu yang malang bagi umat islam bila ini berlaku...

tapi lebih malang apabila rakan seperjuangan YB dalam pakatan iaitu Khalid Gereja dari parti yang kononya memperjuangan islam yang memulakan kebinasaan ini....

mungkin ramai yang tak percaya YB Shah Alam bagi ceramah dalam gereja & menyokong perkataan ALLAH boleh digunakan, tapi hakikatnya itulah yang berlaku seminggu lepas YB ni menang di Shah Alam...tabur pelbagai janji untuk menarik sokongan bukan islam...

bila dah keluar keputusan penghakiman, semua diam...terutamanya pemimpin & YB ISlam dalam pakatan...

paling malang sekali, YB-YB PAS yang kononnya amat lantang dalam memperjuangkan sesuatu isu...

sekarang ni, semua akan melihat ape peranan YB-YB islam dalam isu ni...samada takut dengan DAP @ sebaliknya, rakyat akan menilai....

Afuw said...

Saya kurang bersetuju dengan ulasan Saudara Zul antara lainnya kerana:

1. Artikel 11(4) melarang penyebaran atau propagation agama selain Islam kepada orang yang beragama Islam. Gereja Katolik dalam permohanannya menjelaskan bahawa penggunaan perkataan Allah adalah untuk manfaat penganut Kristian yang bertutur bahasa Melayu khasnya bumiputera Sabah dan Sarawak. Jika saudara mahu meletakkan maksud tersirat kepada penggunaan perkataan Allah, maka banyak lagi hal yang boleh diandaikan maksud tersiratnya. Sekiranya mahkamah mengandaikan itu dan ini tanpa berdasarkan bukti, tentunya keputusan mahkamah tidak memiliki kredibiliti.

2. Perihal penggunaan perkataan Allah ini melibatkan penganut Katolik dan Islam sahaja dalam kes ini. Mengapa pula saudara mencadangkan agar Rukunegara ditukar kepada kepercayaan kepada Allah sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam atau Katolik dan tidak bermati-matian mengatakan bahawa adalah hak mereka untuk menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan kepada God?

3. Cadangan saudara Zul supaya semua khutbah/sermon atau penulisan Katolik harus menggunakan perkataan Allah sebagai gantinama God adalah tidak wajar. Ini kerana gereja Katolik Malaysia jelas memohon supaya dibenarkan penggunaan perkataan Allah dalam khutbah dan penerbitannya dalam bahasa Melayu. Masyarakat Hindu di Hong Kong menggunakan perkataan Koon Yam (Kuan Yin atau Goddess of Mercy seperti yang disembah oleh orang Cina di Hong Kong) untuk merujuk kepada tuhan mereka Devi apabila berbahasa Kantonis. Tentunya tidak masuk akal kalau mereka dikehendaki menggunakan perkataan kantonis apabila merujuk kepada tuhan Devi apabila berbahasa Hindi misalnya.

4. Cadangan saudara supaya semua hal yang berkaitan dengan Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah adalah tepat sekiranya perkara tersebut melibatkan orang Islam semata-mata. Namun, sekiranya hal itu melibatkan hak orang bukan Islam, tentunya mereka tidak harus dipaksa untuk merujuk hal tersebut ke mahkamah syariah. Mahkamah sivil adalah mahkamah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama. Oleh itu, mahkamah sivil adalah tempat yang lebih wajar untuk pihak-pihak yang berlainan agama membawa tuntutan yang melibatkan hak pelbagai agama. Mahukah saudara melihat saudara seIslam di Israel misalnya, dipaksa merujuk kepada mahkamah agama Yahudi dalam hal yang melibatkan pertikaian antara masjid dan synagogue?

matdeboq said...

Salam YB Zul,

Memetik kata di posting "The Scribe"- AKJ...Islam ,Melayu Jadi "Taboo" ..seperti berikut..

"Jelas bahawa sejak menyertai DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak lagi lantang bercakap tentang kepentingan Melayu dan Islam."

Tapi saya Tabik-Double-Spring kepada YB Zul. Kerana YB saja yang dapat menunduk kan..puak-puak anti- Dauliah Islam. Dengan hujah-hujah YB yang memamng ada isi.Lagi sukar hendak di perkecil-remeh kan!!

Syabas dan Alhamdullilah syukur...ALLAH swt masih menunjukan lagi ruang cahaya ,kebesaran Illahi.
ALLAH Hu Akhbar...segala puji-pujian ke Atas nya Yang Maha Esa!!

Muhammad Zainul Arifin said...

Saya merujuk kepada tindakan ke 3 berkenaan tindakan yg perlu dari pihak berkuasa agama. Adalah lebih baik pihak en.Zulkifli sendiri mempeloporikan tindakan bermesyuarat dengan memanggil wakil agama Christian (ketua gereja malaysia - sekiranya ada jawatan ini) dan Mufti2 Islam untuk berbincang bagi merumuskan apa yg diingini oleh pihak penganut Christian di Malaysia secara MAJORITI tentang cadangan penggunaan kata nama ALLAH dalam teks kitab2 mereka kelak. Seandainya majoriti penganut agama Christian sebulat suara ingin mengganti nama GOD kepada ALLAH dan tiada pandang ke belakang lagi. Sudah semestinya usaha dakwah ISLAM boleh dipertajamkan lagi kerana persamaan dalam sistem kepercayaan terhadap ALLAH(merujuk kpd Tuhan yang Satu)sudah wujud. ISLAM sememangnya mempercayai Jesus/Isa a.s, juga mempercayai konsep kelahiran Nabi Isa a.s dan Isa adalah bukan ALLAH dalam Al-Quran seperti mana Jesus adalah God dalam Bible. Cumanya tinggal lagi untuk membimbing penganut Christian/Islam yang mula keliru untuk terus membuat perbandingan ayat demi ayat antara Al-Quran dan Bible (sama ada dalam bahasa melayu/inggeris) dengan serius untuk memahami lagi agama kita sendiri. Saya yakin, mereka ini sendiri akan menemukan fakta yang nyata tentang siapa ALLAH yg disebut dalam kitab terjemahan Bible mereka kelak dan SIAPA ALLAH yang disebut dalam terjemahan Al-Quran pula. Kebenaran akan muncul dari situ. Bagi orang2 yg diberi hidayah dan petunjuk(Nur) dalam hati mereka.

Sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui segala rancangan segolongan dari mereka yang mahu mencetuskan kekeliruan agama. Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah dengan kuasa yang ada ditangan en.Zulkifli sendiri, mulakan tindakan ini dan insyaallah, ramai non-muslim akan tersedar siapa ALLAH yang sebenarnya dalam kitab2 mereka sendiri dan dalam masa yang sama penganut Islam akan semakin bersemangat untuk memahami isi kandungan AL-Quran untuk memeliharanya dari diubahsuai oleh tangan2 segolongan yang tidak mempercayai Islam dan juga Christian. Mereka ini adalah GODLESS - SECULAR. Mereka tidak lain hanyalah menipu diri mereka sendiri dengan tindakan mereka ini.

4JJ luZ said...

Tahniah tuan atas pandangan serta kupasan yang baik. semuga allah memberkati dan memberikan kemenangan kepada tuan pada pru13 nanti. Teruskanlah memperjuangkan ISLAM..Jangan jadi macam yang lain2.. HIPOKRIT..

A. Fuad Paiz said...

asskum YB,

YB antara orang yg paling kuat mempertahankan agama Islam di Malaysia ini. Walaupun YB berada di pakatan pembangkang, tetapi YB sedikit pun tidak terikut2 dgn rentak pembangkang lain yg tidak menghormati Islam.

Walaupun org Melayu Islam berpecah dari sudut politik, tetapi, apabila isu seperti ini wujud, kita semua sepatutnya merapatkan saf kita kembali, dan tinggalkan perbezaan politik.

Saya berharap YB terus memperjuangkan Islam dan saya akan sentiasa menyokung YB.

mack said...

saya PKR shah alam sokong YB kerana penjelasan ilmiah bukan macam UMNO/BN ikut perasaan. HIDUP PR HIDUP ISLAM

Bob Pilah said...

Salam saudara zul. saya adalah rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan hanyalah rakyat biasa yang tiada kepentingan dalam politik. saya juga adalah salah seorang pengundi yang berdaftar dan layak untuk mengundi sesiapa sahaja yang saya percayai. untuk makluman saudara sejak dahulu lagi saya sering mengambil tahu perkembangan isu-isu semasa di negara kita ini terutama yang membabaitkan agama islam. sejak dari tragedi natrah hingga ke kisah lina joy dan terikini penggunaan kalimah Allah dalam majalah herald katholik pun saya memngambil tahu. semua kisah ini saya baca dan memikirkan kesan-kesannya kepada umat islam sekarang. saya bukanlah jenis yang suka berdemontrasi di sana sini, dan sebaliknya saya lebih suka berbincang dengan ilmiah dalam menangani sesuatu isu yang membabitkan islam dan menggunakan akal fikiran yang waras. Namun jika terpaksa saya juga sanggup ke jalanan untuk mempertahankan islam. Muktahir ini pelbagai kisah penyebaran ajaran kristian merebak dikalangan umat islam di malaysia khususnya pada masyarakat melayu. saya juga pernah dipelawa seorang mubaligh kristian untuk menghadiri sebuah ceramah mengenai ajaran kristian. namun syukur kehadrat illahi saya tidak terpengaruh dengan pelawaan tersebut. Akan tetapi yang membimbangkan saya ialah para mubaligh kristian ini akan menggunakan kaedah yang mengelirukan dan mempengaruhi orang islam dalam memurtadkan mereka seperti menggunakan kalimah Allah tersebut. Berbalik kepada kes kalimah suci Allah tadi mereka berjaya menggunakan mahkamah untuk menerbitkan kalimah Allah pada majalah mereka dalam menyebarkan ajaran kristian. memang benar kata seorang ulama sebuah parti politik di malaysia ini orang yahudi dan kristian sejak dahulu lagi menggunakan kalimah Allah, tetapi fikirkanlah kini tujuan mereka bukanlah untuk penganut mereka sahaja dan percayalah hingga kini mereka berjaya mencetak majalah mereka yang menggunakan kalimah suci Allah dalam menyebarkan ajaran kristian. Tidak mustahil juga kini lambakan kitab-kitab suci mereka dan majalah meraka akan dijual di serata pelosok negara dalam menyebarkan dakyah mereka dan ini akan mempengaruhi umat islam di negara kita akan terpesong dengan ajaran kristian. sebelum terlambat marilah kita umat islam di negara ini mempertahankan kesucian islam di malaysia agar tidak diperlekehkan oleh agama lain. Wahai saudara zul saya percaya anda akan mempertahankan islam samada melalui NGO atau di Parlimen. Luahan hati saya ini hanyalah untuk tatapan saudara agar kita semua umat islam harus bersatu dan lupakan persengkaetaan sesama kita. sesungguhnya persengketaan sesama kita akan merugikan dan akan menyebabkan orang kafir akan lebih berpengaruh...wassalam

alkulimi said...

tok sah dok menyebuklah zul oi. Pila tgk kawasan dulu. Amanah tak terjaga nak bising2

Ibnu Saif said...

Assalamualaikum YB..

saya setuju dengan pendapat yb mengenai rukun negara.. kalau betul mereka nak menggunakan nama Allah.. rukun negara kena tukar Keprcayaan kepada Allah..

saya melihat perkara ini dari satu aspek yang lain..

bagi saya time ni laa kita kena kuatkan pendidikan Islam di kalangan orang2 kita.. kerajaan kena kurangkan hiburan yang melampau..

saya tak menyalahkan mereka nak menyebrkan agama mereka.. itu fitrah manusia.. nak gak orang lain ramai2 masuk dalam agamanya.. sama cam orang Islam.. kita pun nak orang yang kristian atau agama2 len boleh join sekali berimankan Allah sebagai Tuhan.. Muhammad sebagai Rasul..

mungkin dalam keterbukaan ini.. kita boleh juga mengadakan perhimpunan2 yang membincangkan tentang Islam dan kristian.. maybe debat antra tokoh2 kristian dan islam.. macam yang dibuat oleh Sheikh Ahmad Deedat dan yang sewaktu dengannya..

mungkin benda2 nih boleh menyedarkan orang2 islam tentang kepentingan ISLAM.. dan yang bukan Islam pun akan lebih faham tentang Islam.. dan mereka akan nampak kebobrokan agama yang mereka anuti.. dengan rosaknya kitab yang mereka pegangi..

sekadar pendapat dari hamba yang sikit ilmu..

sofian said...

Assamualaikum w.b.t

Kita balik ke ASAS Muslimin, ajak Si Khalid Anaknya Si Samad dan mereka sewaktu dengannya balik ke asas seorang muslim - LA ILA HA I'LA ALLAH. TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH.

Suruh dia faham KALIMAH TAUHID ITU. Kenapa KALIMAH itu menegaskan LA ILA. LA bermaksud TIDAK @ TIADA. ILA Bermaksud TUHAN (sesuatu yang disembah). Satukan semua bermakna TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Jadi kenapa Gereja Kristian nak pakai sangat perkataan ALLAH melainkan ada niat yang tersembunyi / hidden agenda. Kalau atas alasan orang Arab Kristian pun menggunakannya, anda (terutama sekali Si Khalid Anaknya Si Samad) perlu faham sejarah Jazariah Arab, kenapa terdapat perbezaan Arab Teluk (negara2 Saudi, Qatar, Kuwait, Iraq, UAE, Bahrain, Oman, etc.) dengan Arab Mediterranean (negara macam Mesir, Lebanon, Syria, etc.).

Saya duduk Doha, Qatar ni baru 6 bulan saya boleh tengok beza Arab Teluk dengan Arab Mediterranean, sebab GCC memang ramai Arab Mediterranean. Kita kena faham Arab Mediterranean Kristian ialah Arab campuran hasil dari kesan-kesan Perang Salib dan bagaimana orang-orang Kristian Eropah berjaya berasimilasi / kahwin campur / hamba sahaya / masuk dalam masyarakat / duduk sekali, buat negara sendiri (sepanjang Perang Salib)contohnya Tyre di Lebanon. Secara perlahan-lahan mereka mereka berasimilasi dan menyamaratakan sembahan mereka dengan sembahan orang Islam melalui bahasa pertuturan harian. Selepas itu mudah mereka memesongkan akidah umat Islam. Soalan saya kepada Si Khalid Anaknya Si Samad ni, Awak nak ke Umat Islam Malaysia ni jadi carca marba macam dekat Bosnia, Lebanon, Mesir, Algeria, etc.

Saya cadangkan Saudara2 Islam yang lain baca tulisan Feisal Tehrani January 2009 (kalau nak faham isu hidden agenda ni).

Terus terang saya kataka saya tak faham kenapa sesetengah ulama PAS yang mengaji lama-lama kat Timur Tengah boleh sokong benda2 macam (kalau lah ada, sebab saya lihat ada pautan keputusan Dewan Ulama PAS berkaitan hal ini). Kalau betul ianya disokong oleh sesetengah ulama besar PAS, saya sebagai seorang yang atas pagar (yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, regardless kepartian) saya boleh buat kesimpulan, yang mereka ini setakat belajar ke Timur Tengah, bukak kitab, hafal, lepas tu dia orang luah apa yang di hafal. Dia orang tak tengok sekeliling di Jazariah Arab ni dan ambil pengajaran dari apa yang ALLAH dah takdir kan peristiwa2 yang berlaku di Jazariah Arab ni. Dia orang ni sebiji macam orang nak lulus PMR, SPM, STPM. SEDIH dan menYEDIHKAN sebab background dia orang digunakan untuk menyesatkan orang lain...

jamil said...

Amat sedih bila fatwa dari Dewan Ulamak Pas dijadikan hujah oleh kristian dlm memenangi rayuan kes mereka. Seolah2 PAS merestui akibat yang akan berlaku dikemudian hari. Apa sudah jadi dgn PAS, lebih teruk dari umno.

Apocryphalist said...

Yang Berhormat,

Dalam ramai-ramai komentar di sini yang memuji tindakan Tuan berpatah arang daripada pendirian Khalid Samad mengenai isu Allah, saya ingin merakamkan perasaan gundah serta kepelikan yang amat tinggi mengenai pendirian Tuan pula tentang isu ini. Bagaimana Tuan boleh melembarkan semuka-dua penuh persepsi Tuan ke atas Khalid Samad (yang bukan dalam parti saudara) sedangkan ketua Tuan Anwar Ibrahim sendiri pun, dan pendirian parti yang Tuan wakili secara resminya menyokong penggunaan nama Allah di dalam bible? Bagaimana ini boleh berlaku? Kami wajib diperterangkan mengenai dilemma ini secara umum, kalau tidak, tiada siapa yang dapat menafikan konklusi-konklusi yang berikut natijah dari kebisuan pihak Tuan:-

(i) Bahawa tidak pernah terdapat kata sepakat dalam parti PKR mengenai apa-apa pendirian antara ketua-ketua PKR, dan pengikut bebas untuk berfikiran atau mempercayai mana-mana isu yang timbul.

(ii) Bahawa kesemua ini adalah sandiwara. Memang kesemua PAS/PKR berakidah secara resmi bahawa memang boleh konsep Allah itu diTrinitaskan, diperanakkan, dinyahkan keEsaannya dalam bible, tetapi untuk meredakan kemarahan umat Islam serta untuk menjamin penyokongan terus dari pengundi, maka dicanangkan bahawa tidak semua dalam PKR/PAS bersetuju, justru tulisan Tuan yang seperti ini.

(iii) Disebabkan iktiqad Tuan mengenai nama Allah ini bercanggah dengan kehendak Ketua serta pendirian resmi parti Tuan, wajarkah atau tidak saya nasihatkan mereka-mereka disini yang menyuarakan harapan bahawa Tuan dipertengahkan kehadapan untuk memimpin suara lantang mengecam keputusan mahkamah itu, supaya lebih lupakan saja hasrat mereka itu?

(iv) Bahawa undi adalah lebih penting dari akidah.

Cuba perhatikan dan baca tulisan-tulisan orang-orang kuat parti Tuan, seperti Badrul Amin atau Muhd Nur Manuty. Kesemua mereka ini mahukan nama Allah itu digunakan oleh orang kafir Kristian. Pernah saya tulis kepada Dr manuty dan menyanggah idea beliau dalam blog beliau, tetapi beliau tidak gamak untuk menerbitkan tulisan saya itu. Mujurlah seorang pemblog lain, Mahaguru58, memungut tulisan saya itu dan diterbitkannya dalam blognya di sini.

Pernah satu ketika dahulu saya hadiri ceramah yang diwajibkan kerajaan keatas pengarah-pengarah syarikat mengenai undang-undang perniagaan. Dalam ceramah itu saya terkejut mendengar apabila si penceramah, seorang peguam handalan yang sungguh berwibawa, mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan menerima mana-mana tawaran dari mana-mana syarikat untuk menjadi DiRECTOR syarikat tersebut, walau bagaimana lumayan sekali pun imbuhan yang ditawarkan. Kami terkejut mendengar itu, kerana bukankah impian mana-mana ahli bizness kecil untuk menjadi pengarah dalam syarikat besar-besar dan bergaji sangat lumayan? Kenapa? Tanya kami.

“Kerana,” katanya, “Tanggungjawab yang dipikul oleh seorang pengarah dari segi undang-undang, tidak pernah berbaloi dengan berapa banyak imbuhan sekali pun.” Sekarang, setelah berkecimpung dalam bizness sekian lama, baru saya faham apa maksud beliau itu.

Tuan, tanggungjawab yang Tuan pikul sebagai seorang Yang Berhormat Islam---yang perlu menjaga bukan saja kehendak dan kepentingan pengundi-pengundi, tetapi lebih-lebih lagi kepentingan kesucian agama yang Tuan anuti: adakah berbaloi ianya dikorbankan semata-mata untuk memenuhi kehendak ketua-ketua yang berakidah salah?

Apocryphalist

malaysian sabahan said...

Memandangkan YB dah sokong UMNO,bila masuk UMNO kerana Pas dan PKR kata tak salah kristian menggunakan nama ALLAH. Jangan jadikan isu ini sebagai kuda tunggangan untuk mempopularkan diri sendiri.

MulutCyber said...

Rakan-rakan sekalian.. perkara ini tidak ada kaitan dengan parti politik. Kenapa kita perlukan kaitkan dengan politik. Ini berkaitan agama. Ketepikan politik, bersama-sama berganding bahu...

Cucu Tok Selampit said...

YB Zulkifli,

Sememangnya kita berbeza dari segi ideologi politik. Tetapi di dalam bab mempertahankan Islam dan menyelamatkan umat Islam dari dimurtadkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian, Tuan adalah idola saya. Terima kasih di atas artikel yang amat menarik.

kembara said...

Rakyat pernah menghukun BN,
adakah pilihanraya seterusnya giliran PR?

Arif Omar said...

Askum YB ,

Sebagai tambahan dari sudut undang-undang,
Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai"."Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti.

Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya? Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya.

Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri.

Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.

sofian said...

salam walupun sy org umno.....saye amat berbange dgn yb yang memperthnkan islam tanpa mengira parti politik(x mcm senior2 dlm umno,pas,pkr)...syabas...teruskan usaha supaye jd contoh pd generasi muda mcm saye

Zakir said...

Assalamu'alaikum semua.

Apa yang berlaku dalam kes penggunaan nama Allah pada majalah terbitan gereja seMalaysia, The Herald Tribune adalah manifestasi betapa umat Islam kini ibarat buih-buih dilautan, begitu mudah diperlekeh. Umat Islam dunia (dan di Malaysia) juga ibarat bangkai, dikerumuni oleh burung-burung nasar dan diragut, dipagut, diratah, dikitai2 dan dimamah dengan lahap. Dan pejuang2 Islam yang ikhlas memperjuangkan agama suci ditolak ke tepi dan diperlekeh menyebabkan mereka menjadi sangat penat, termengah2, keseorangan, tidak popular, tenggelam dan tidak mendapat sokongan moral apatah lagi sokongan kebendaan menyebabkan ada diantara mereka yang rebah, hanyut, tewas dengan dugaan dan kecewa. Natijahnya, Islam berterusan diganyang dan diperkotak-katikkan oleh golongan kuffar tanpa belas kasihan. Lebih menyedihkan lagi, sebilangan pemimpin Islam yang bernaung di bawah parti politik Islam bersetuju dengan keputusan itu... :-(( Diparahkan lagi, penaung agama negara kita, yang selama ini kita harapkan menjadi payung pelindung tidak boleh diharap. Mereka seolah-olah menjadi takut untuk bersuara meskipun yang menjadi pertaruhan adalah agama mereka sendiri! Mengapa jadi begini? Mengapa umat Islam jadi begini lesu dan bacul? Mengapa agama Islam yang perlu disanjung hingga ke titisan darah terakhir ini dengan mudah diperbudak-budakkan? Moga Allah berikan kekuatan kepada semua pejuang2 Islam yang ikhlas untuk terus berjuang menentang kekuffaran dan meletakkan Islam ditempat yang tinggi. Moga Allah tetapkan hati2 mereka agar tabah dan cekal dengan perjuangan. Moga Allah dikurniakan mereka kekuatan akal, kekuatan tenaga fizikal dan mental, kekuatan hujjah dan keikhlasan berterusan dalam dakwah suci. Dan... moga ummat Islam dikurniakan Allah kesatuan hati dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya....ameennn...

Aman said...

Salam YB..
SY ade sdikit kekeliruan.Mengapa isu ini mnjadi sgt kecoh dan umat Islam di Malaysia sgt panik?? Sy fikir Allah itu tuhan untuk semua umat manusia, so ape salahnya kalo diorang nak gune..Sy xnampak ape kaitannya dgn dakyah Kristian dan isu Natrah..

Abu Bakar Hasan said...

Tidak takutkah orang kristian mengenai akidah mereka, apabila nama Allah digunakan, mereka akan terikut dgn akidah Islam. Adakah akidah orang Islam lebih lemah dari orang kristian?

minastiris said...

Saya bersetuju dengan Saudara Zulkifli Nordin dalam hal ini.

Mungkin saudara seislam bole mempertimbangkan dengan rasional dengan merujuk ke blog ini.

http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/01/allah-lagi.html