19 January 2010

NAZRI SILAP! JANJI PALSU UMNO/BE END

(Mukadepan akhbar Utusan Malaysia Rabu 26 Rejab 1427/23.08.2006 melapurkan janji UMNo/Be End untuk menguatkuasakan Artikel 11 (4) di empat negeri. Mana janji-janji itu? Lihat berita penuh dilampiran bawah).

Salam 2 all.
Saya merujuk kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh kumpulan Kristian di Kuala Lumpur. Pulau Pinang, selain Sabah dan Sarawak. Mengikut kata beliau, ini adalah kerana keempat-empat negeri tersebut tidak mempunyai sebarang undang-undang menyekat penggunaan perkataan ALLAH, tidak sebagaimana 10 negeri lain yang mempunyai undang-undang yang berkaitan.
Saya berpendapat kenyataan tersebut kurang tepat kerana undang-undang negara mempunyai peruntukkan yang cukup untuk menghalang atau mengharamkan penggunaan kalimah yang dianggap sensitif dan atau bercanggah dengan agama Islam.
Datuk Seri Nazri mungkin lupa kepada kenyataan beliau sendiri yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu 29 Rejab 1427/ 23.08.2006. Semasa itu isu kes memurtadkan Azlina Jailani @ Lina Joy sedang hangat diperkatakan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azlina (yang disokong oleh 13 Ngo bukan Islam termasuk Sisters in Islam) untuk mengesahkan kemurtadan beliau ke agama Kristian dan menukar nama beliau didalam MyKad. Isu berkaitan peruntukkan Artikel 11 (4) telah berbangkit.
Saya adalah antara mereka yang menentang keras tindakan Azlina Jailani dan kumpulan-kumpulan Ngo Kristian, Majlis Peguam dan lain-lain dalam cubaan mencabar kedudukan Islam didalam negara ini. Malah saya telah berjumpa sendiri dengan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membawa kepada YAB membuat kenyataan saperti yang saya lampirkan dibawah.
Malahan Datuk Seri Nazri turut membuat komen iaitu, "beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan. Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu (untuk menggubal undang-undang menyekat dakyah agama bukan Islam), beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. ‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam". ‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini".
Saya mahu bertanya YB Datuk Seri Nazri, mana dia janji-janji tersebut? Apa dah jadi dengan deraf undang-undang tersebut. Kalau ikut kenyataan mereka pada tahun 2006, ada pemimpin UMNo/Be End siap janji akan menggubalnya tahun 2006 itu juga!! Tapi habuk pun tarak; janji tinggal janji, cakap tak serupa bikin.
Malahan saya berpendapat isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Sabah/Sarawak ini mungkin langsung tidak akan timbul sekarang jika UMNo/Be End menunaikan janji palsu mereka tiga tahun lepas untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang Anti-Dakyah Agama ini di keempat-empat negeri tersebut! Kini ketiadaan undang-undang Anti-Dakyah Agama ini diambil kesempatan oleh segelintir puak Kristian untuk mencabar kesucian aqidah Islam.
Selanjutnya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan nama ALLAH (dan banyak perkataan lain yang dinyatakan) adalah tidak dibenarkan samasekali kecuali oleh orang Islam. Bermakna, walaupun tanpa Artikel 11 (4) Perlembagaan dan enakmen negeri-negeri, pihak berkuasa boleh menggunakan Seskyen 298A Kanun Kesiksaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan nama ALLAH selain daripada maksud Tuhan yang Satu saperti yang dii'tiqadkan oleh umat Islam. Seksyen 298A (1) menyebut, "barangsiapa dengan perkataan, samada secara lisan atau bertulis...memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau berkemungkinan memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan...atas alasan-alasan agama, diantara orang yang menganut agama yang sama atau berlainan agama, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari lima tahun".
Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tindakan berdasarkan lapuran-lapuran polis yang dibuat oleh pelbagai individu dan NGO berkaitan isu penyalahgunaan kalimah ALLAH menurut i'tiqad aqidah umat Islam di Malaysia ini, samada terhadap golongan Kristian dan bukan Islam, dan terhadap individu atau kumpulan yang mengaku beragama Islam!!
Berdasarkan itu, saya berharap YB Datuk Seri Nazri dapat memperbetulkan kenyataan beliau tersebut yang menyatakan Kristian di Sabah/Sarawak termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ALLAH. Bukan sahaja kenyataan beliau itu bercanggah dengan undang-undang negara, malah bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri yang dibuat tiga tahun lepas. Melayu mungkin mudah lupa, sebagaimana titah Mamanda Tun Mahathir suatu ketika dahulu; tetpai umat Islam bukan jenis pelupa!!


Saya juga mengambil kesempatan ini mencabar kerajaan Be End/UMNo supaya mengotakan janji-janji mereka saperti yang telah mereka buat pada tahu 2006. Janganlah main hangat-hangat tahi ayam; bila ada isu baru kelam kabut buat kenyataan tabur janji sana-sini, bila reda masing-masing jadi Pak Pelupa. Saya sendiri telah mengemukakan pelbagai cadangan dan usul setelah menjadi Ahli Parlimen sessi ke 12 ini. Ini terbukti didalam Hansard Parlimen. Namun saya tidak punya kuasa; malahan cadangan dan usul saya kemukakan dibahas pun tidak di Parlimen, kerana UMNo/Be End yang menguasai Parlimen tidak berminat pun dengan isu ini. Kalau benar UMNo katanya juara dan champion umat Islam saperti yang diperkokokkan, saya tidak nampak mengapa undang-undang Anti-Dakyah Agama ini tidak boleh dibentangkan disidang Parlimen bulan Mac akan datang. Peruntukkan Perlembagaan sudah ada, 10 negeri lain telah pun laksanakan, Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun memmbuat Fatwa, para Sultan dan Raja-Raja Melayu telah pun menegaskan supaya Islam dihormati..yang tinggal hanya "political will'-kesungguhan politik UMNo/Be End untuk mengotakan janji mereka dan melaksanakannya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
03 Safar 1431
19 Januari 2010


########################################################
(Petikan kenyataan Datuk Seri Nazri di MalaysiaKini Selasa 03 Safar 1431/19.01.2010)
Nazri: 'Allah' juga boleh diguna di WP, P. Pinang
Jan 18, 10 3:00pm

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun. Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu. Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.


#########################################################
(Petikan kenyataan pimpinan UMNo/Be End termasuk Dato' Seri Nazri yang disiarkan dihalaman depan Utusan Malaysia Rabu 29 Rejab 1427/23 Ogos 2006)
Empat negeri setuju -- Gubal perundangan sekat penyebaran agama lain di kalangan umat Islam
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk melaksanakan undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.
Kesemua negeri itu sedang berusaha untuk mempercepatkan pewartaan undang-undang itu. Pulau Pinang akan membentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini, Sarawak pula akan membincangkan mengenai perkara itu di Kabinet negeri secepat mungkin.
Sabah pula akan merujuk kepada Peguam Negeri untuk digubal undang-undang itu. Sementara Wilayah Persekutuan pula, yang merangkumi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sedang menggubal draf undang- undang itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau akan merujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi menggubal undang-undang tersebut.
‘‘Kita akui di Sabah masih belum wujud undang-undang itu bagaimanapun ia perlu dirujuk kepada Peguam Negara,’’ katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang berkenaan.
Abdullah berkata, empat negeri yang masih belum mempunyai undang-undang seperti di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan itu ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Bagi Sarawak, undang-undang tersebut akan dibentangkan ke Kabinet negeri secepat mungkin.
Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, setakat ini Sarawak memang tidak mempunyai undang-undang sedemikian kerana tidak banyak kontroversi berkaitan agama berlaku di negeri itu.
“Perkara ini (menggubal undang-undang) akan dibawa ke Kabinet negeri untuk dibincangkan dan akan dilaksanakan secepat mungkin,’’ katanya.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, penggubalan undang-undang tersebut akan dirujuk terlebih dahulu kepada Peguam Negeri sebelum ia dibentangkan di Kabinet negeri.
‘‘Peguam Negeri akan meneliti prosedur pelaksanaan undang-undang itu yang diamalkan di negeri lain sebagai panduan untuk dipraktikkan di negeri ini,’’ katanya.
Bagaimanapun, tambahnya, arahan Perdana Menteri semalam akan diambil tindakan segera kerana bimbang kemungkinan berlaku pertelingkahan atau kontroversi agama pada masa akan datang.
‘‘Sudah sampai masanya undang-undang sedemikian diperlukan sebagai persediaan awal berlaku kontroversi berkaitan agama di negeri ini,’’ katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya menjelaskan, draf undang-undang itu bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama lain di kalangan orang Islam bagi negeri itu sedang dalam proses akhir disiapkan.
Ia dijangka dibentangkan untuk diluluskan pada persidangan DUN, November ini.
Katanya, draf itu akan diperakukan dalam mesyuarat MAIPP September ini terlebih dahulu sebelum dibentangkan pada persidangan tersebut.
‘‘Kerajaan negeri sebelum ini telah memberi jaminan bahawa tiada halangan dalam menggubal atau mewujudkan peruntukan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996,’’ katanya.
Shabudin memberitahu, dalam usaha menyiapkan draf berkenaan, pihaknya akan merujuk kepada undang-undang yang diguna pakai di negeri lain untuk keselarasan.
‘‘Draf ini apabila diluluskan akan menyelaraskan undang-undang Pulau Pinang dengan negeri lain bagi memastikan orang Islam tidak dihasut atau dipengaruhi untuk cenderung kepada agama lain, menjadi pengikut, ahli agama bukan Islam atau meninggalkan dan membelakangkan agama Islam,’’ tegasnya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri supaya mempercepatkan kajian dan penelitian undang-undang itu sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri semalam.
Katanya, Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan keempat-empat negeri terbabit bagi menggubal undang-undang yang sama supaya tidak menimbulkan sebarang keraguan dan masalah pada masa hadapan.
‘‘Perkara tersebut sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia diberi perlindungan dan perlembagaan mengatasi semua perkara.
‘‘Kerajaan negeri juga akan mengambil inisiatif untuk memberi penjelasan kepada semua penduduk agar ia tidak menimbulkan sebarang keraguan di masa hadapan,’’ katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau akan merujuk kepada Peguam Negara esok mengenai kedudukan draf undang-undang itu untuk Wilayah Persekutuan.
Sambil menyokong arahan Perdana Menteri itu, beliau berkata, kerajaan negeri kemungkinan boleh dianggap melanggar undang-undang Malaysia sekiranya tidak mengambil inisiatif untuk berbuat demikian seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Kita perlu ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh mengembang agama lain di kalangan orang Melayu atau Islam.
‘‘Saya berharap semua kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap perkara ini demi melindungi orang Melayu atau Islam daripada dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana ia melibatkan sensitiviti orang Islam di negara ini.

17 komentar:

akhiezam said...

x pelik pun YB.. keputusan UMNO selalu mcm tu..

dlm isu status agama anak mualaf pun diberikan kpd presiden Gerakan utk pengerusikan mesyuarat kabinet..

begitu juga dlm isu sebat kartika..
sampai PGSM beri amaran pd menteri

Al Sunnah said...

Salaam YB, semoga istiqomah dlm perjuangan.. keredhaan ALlah SWT yg kita cari, kemaslahatan ummah yg kita utamakan..

ariff55 said...

YB Nazri Aziz selaku Menteri sah tanpa was-was, syak, dzan bertanggungjawab.Dia mesti bertaubat dan minta maaf kepada seluruh Malaysia kerana mengkhianati amanah yang diberikan.
Beliau mesti menarik balik semua kata-kata tipudayanya kebelakangan ini dan secara jujur berhenti memegang apa-apa amanah lagi.

Bastard

SyawaL said...

http://bit.ly/6kdPAD alhamdulillah

Mat Kilau said...

biasa la Nazree nie... kata orang bawak teksi macam jamban tapi dia pun cakap macam jamban jugak... iyelah...

elok kutu nie dijadikan menteri baru je...

Menteri Hal Ehwal Jamban

Anak Sungai Derhaka said...

Salam YB..
Saya minta izin copy n paste artikel ini kedalam blog saya..

err.. kita pernah makan semeja dengan DSAI diYayasan Aman dulu..

abuuwais said...

Salam
Lawan YB setakat yg YB mampu,,,ana senantiasa berdoa agar Allah SWT memberikan kemenangan kepada pejuang2 agamaNya walau pun kemenangan tersebut tidak diperolehi di zaman kita ini may be zaman anak cucu kita nanti.
Mabruk ( Tahniah ) YB!

Local Fighter said...

Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

Jika YB membidas kerana sikap alpa dan lupa UMNO dan BN kepada janji mereka.

YB pun sama! Kes cabaran kepada Sivarasa dan kendurnya pendirian YB berkenaan isu ini setelah ianya dipersetujui digunapakai oleh bos YB..

Sekarang ini, rakyat yang dahulunya menyokong YB kerana prinsip sudah semakin kurang.

YB menentang penggunaan kalimah Allah ini tetapi dalam masa yang sama 'memberikan sokongan' kepada puak - puak ini seperti Majlis Peguam dan badan2 radikal dengan bersetuju atas apa boss YB katakan!

Tidak ada beza YB dan Nazri, dua - dua bercakap atas kapasiti politik sempit kepartian!!

Ariffin said...

Janji!!!

Tuan, post terbaru tuan ini bolehlah saya katakan pada pandangan saya HIPOKRIT! maaf jika mungkin perkataan itu agak kasar tetapi itulah saja perkataan yang dapat saya cari untuk menggambarkan post terbaru tuan berkenaan janji Nazri/BN.

Ikhlasnya sy juga tidak bersetuju dengan Nazri. Samada dia lupa atau sengaja lupa atau untuk political mileage... samalah kita nilaikan.

Agak lama sy mengikuti perkembangan politik tuan, sesuatu yang tak kena semakin jelas kelihatan. Dalam isu kalimah ini, saya menyokong kenyataan dan pendirian tuan tetapi dalam masa yang sama ikhlasnya tuan nampak HIPOKRIT. Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil. Yang baik kita sokong, yang tak betul kita lawan, selemah2 iman kita sekalipun...kita lawan dengan hati kita.

Hakikatnya, Tuan segera melenting dan memberi komen kepada kenyataan Nazri, tapi belum jumpa lagi dalam blog ini tuan menyanggah DSAI dalam isu kalimah ini. Jgn kata tuan tak tahu apa pendirian DSAI & PKR. Tuan sekadar menyokong kenyataan DSAI berkaitan serangan keatas gereja. Tapi tuan langsung tiada komen berkenaan sokongan DSAI dalam isu kalimah ini. Tuan menjerit kepada Khalid bila dia menyokong dlm isu kalimah. Saya juga marah dgn khalid. Tapi tuan tiada pendirian terhadap sokongan DSAI? Tanyalah diri sendiri.

BN/UMNO/PKR/PAS.... yang betul dan baik kita ikuti, yang tak betul...tuan lebih arif. Saya bukan penyokong mana2 parti.

NOte: saya menunggu tuan menjadi ahli parlimen bebas... yang menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. bukan HIPOKRIT dalam sesuatu keadaan. Hanya Allah yang tahu. Saya menyokong tuan pada apa yang benar. Saya menyanggah tuan pada apa yang tak betul...dalam kes ini HIPOKRIT!

Maaf jika terkasar bahasa. harap dapat fikir2kan.

akhiezam said...

ariffin: beriya2 benar sdra ni nak YB PR jd bebas.. nak berjuang mana boleh secara individual... berjemaah tu sunnah rasul..

knp x mintak YB Nazri jd bebas?
kan nmpk sgt si nazri ni bercanggah dgn Islam.. x patut jd menteri.. x patut jd pemimpin Islam..

Ariffin said...

Salam;

Jika bahasa & perkataan yang dipilih menyinggung mana-mana pihak, ia datang dari kelemahan saya sendiri. Sedikit penjelasan berkaitan kenyataan saya diatas.

Jadi ahli parlimen bebas mungkin satu pilihan namun bukan beerti itulah pilihan bagi tuan YB. Apa yang saya utarakan dalam post saya diatas ialah tetapkan pendirian kukuhkan perjuangan. Yang benar diperjuangkan, yang salah ditentang. Jangan hipokrit dengan pendirian diri sendiri.

Allah akan sentiasa membantu bagi mereka yang berjuang dengan jujur dan ikhlas. Biar dalam jemaah kita sendiri tak kiralah dalam parti manapun, yang benar tetap benar...perjuangkanlah. Yang salah tetap salah...tentanglah. So, bila isu kalimah ini timbul dan YB menentang, saya juga menentang dan bila saya melihat pendirian yang berbeza dalam parti yang sama, saya melihat YB masih belum lagi menyatakan pendirian berhubung pendirian ketuanya sendiri DSAI. Terang2 pendirian YB & DSAI berbeza. Semua sudah tahu YB punya pendirian dan DSAI punya pendirian. Bila YB mengulas komen Nazri, jadi YB juga perlu mengulas pendirian DSAI. Statement kedua2nya tidak betul. YB setuju dengan saya dalam hal ini? Hanya YB yang tahu. Jgn kerana DSAI bos kita, kita diamkan. Itulah yang saya maksudkan HIPOKRIT dan saya tak mahu YB yang saya hormati jadi HIPOKRIT. Amin.

sdra akhiezam: kalau YB senang berjuang dalam PR sekalipun, yang penting apa yang saya maksudkan yang benar tetap benar...perjuangkanlah. Yang salah tetap salah...tentanglah. Kenapa saya tak mintak Nazri jd bebas? kalau saya mintapun bukan disini... kerana ini blog tuan Zul.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Allah bersama kita.

Untuk difikir2kan bersama. Amin.

abe MIE 'TERJAH' said...

Anwar Ibrahim lagi teruk....bukan sahaja tolak malahan kata Islam diskriminasi orang Hindhu, Buddha, Kristian dan Yahudi...

Kenapa YB tak ulas? Takut kena sepak kat Anwar Ibrahim ke?

pkrpasdap.blogspot.com

SyawaL said...

http://g-82.blogspot.com/2010/01/makluman.html

Boleh kita belajar dari sana

Alham said...

Dlm kes nie, Nazri is reeeelly a disappointment to all Muslims and also to the gomen of the day. Really flip flop, big time liability. Better resign.

Lest, he purposely doing for the PR's advantage.

Suara Baru said...

akhiezam said:

ariffin: nak berjuang mana boleh secara individual... berjemaah tu sunnah rasul,..

Saya satuju ngan tuan tapi bagaiman dengan ini pulak:
Jgn kata tuan tak tahu apa pendirian DSAI & PKR. Tuan sekadar menyokong kenyataan DSAI berkaitan serangan keatas gereja. Tapi tuan langsung tiada komen berkenaan sokongan DSAI dalam isu kalimah ini. Tuan menjerit kepada Khalid bila dia menyokong dlm isu kalimah. Saya juga marah dgn khalid. Tapi tuan tiada pendirian terhadap sokongan DSAI? Tanyalah diri sendiri.

apa pula pendapat tuan?

Syamsul said...

Sama la macam PKR pun..satu dua orang je yg mempertahankan kesucian ISLAM..yang lain memang tunggu ISLAM dihancurkan.. tetapi Ketua PKR masih main selamat..kat puak gereja kata ini,kat puak ISLAM kat itu.. memang MUNAFIK!!

akhiezam said...

skrg YB zul dah jd bebas tp smpai skrg sy x nmpk2 lagi org mintak menteri UMNO si nazri ni jd bebas pun..

pdhal menteri2 UMNO lagi teruk, membenarkan kalimah Allah digunakan di sabah, sarawak dan logo polis..

nmpk sgt lah, hanya hentam sebelah pihak saja..

bagaimana dgn tokoh2 ilmuan spt sheikh qardhawi, dr harun yahya, dr danial, dr.asri (rujuk dlm web diorg) yg membenarkan bukan Islam guna kalimah Allah?