29 March 2010

ALHAMDULILLAH TO' GURU

Salam 2 all.

Saya memanjatkan syukur alhamdulillah dan tahniah atas keputusan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebentar tadi yang mengekalkan YAB To' Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul 'Am PAS buat tempoh masa lima tahun akan datang. Bermakna YAB To' Guru Nik Aziz akan terus menjadi mursyidul am bagi PAS sehingga 2015. Tahniah juga atas keputusan mengekalkan Sahibul Fadhilah Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS bagi tempoh yang sama.

Pengekalan kedua tokoh tersebut meneruskan tradisi kepimpinan 'ulama'. Walaupun keduanya kekadang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sesuatu isu, namun itulah cantiknya kepimpinan 'ulama', dimana perbezaan pendapat berdasarkan 'ilmu diperbolehkan. Cuma saya berharap kepimpinan 'ulama' didalam PAS dapat mengadakan perbincangan dan muzakarah lebih kerap dengan 'ulama'-'ulama' non-partisan. Contohnya pertikaian dan perselisihan pendapat diantara Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dengan Al Fadhil Ustadz Ahmad Awang, mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak sepatutnya boleh diselesaikan dengan perbincangan diantara para 'ulama'.

Saya juga berpendapat adalah lebih afdhal sekiranya para 'ulama' menjadi non-partisan, khususnya didalam hal politik kepartian. Kerana apabila terlibat dengan politik kepartian, tentu sekali akan ada suasana dimana pendirian yang partisan perlu diambil, kekadang sehingga terpaksa berkompromi dan membuat konsesi.

Mungkin kita boleh mengambil pendekatan yang digunakan oleh Republik Islam Iran, dimana mursyidul 'am Iran tidak terlibat dengan mana-mana politik kepartian. Ini membolehkan belaiu memberi pandangan dan teguran benar-benar berdasarkan syariat, walaupun kekadang ianya pandangan yang tidak popular. Contohnya semasa Presiden Ahmadinejad dipilih semula untuk menjadi Presiden Iran, terdapat bantahan oleh segelintir mereka yang pro-barat. Malah Amerika telah memberi sokongan secara terang-terangan dan sanggup membiayai golongan yang pro-barat ini.

Maka mursyidul am Iran telah menegur golongan pro-barat ini kerana menggunakan sokongan barat dan Amerika untuk menjatuhkan kerajaan sendiri. Walaupun kemungkinannya pendapat beliau itu tidak popular, tetapi beliau mampu membuat teguran tersebut kerana beliau "duduk mengatasi politik kepartian".  

Semoga ALLAH memberikan kekuatan perjuangan dan istiqomah kepada kepimpinan 'ulama' dalam negara ini. Dalam suasana budaya fitnah dan pembohongan tumbuh subur mekar didalam politik negara, saya kira bimbingan dan kepimpinan 'ulama' sangatlah kita perlukan.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Isnin

14 Rabi'ul Awal 1431

29 Mac 2010

7 komentar:

DAKWAH YEOP said...

jgn mengambil contoh dari negara iran kerana iran bukanlah negara islam. mereka adalah pewaris kepada negara majusi parsi, mereka adalah syiah yg sangat tidak sama dgn sunnah. harap maklum.

steelbos said...

Salam YB,
Adakah anta mempersoalkan pendirian & kesungguhan Mufti Perak ingin mengadakan perkongsian kuasa antara BN & PAS di Perak?Adakah dgn idea Tn Mufti dianggap balaci UMNO?Adakah jika Tn Mufti menghentam UMNO dia balaci PAS?Istikharah & tajdid la Tn YB!!!!!

Abi Qalam said...

Salam,

Pada saya, saya menyokong pendapat tuan. Terlalu banyak ulama' yang berada didalam PAS terpaksa tutup mulut kerana politik, biarpun tak bersetuju dengan setengah setengah isu kerana tidak mahu nampak perpecahan di dalam jamaah..

magn said...

lawak lawak
kau memang pelawak

Supar Yop said...

Sebenar nya Ulamak dalam PAS akan dapat buat keputusan lebih tepat kalau duduk di luar kerangka politik..Kerana bila dema duduk di dalam dema terpaksa ikut rentak politik ahli.. Macam pendapat Ust Harun Din tentang kalimah Allah tidak dipedulikan krn tidak komersial dan tidak memandu PAS ke Putrajaya. Ada pun Ulamak spt Ismail Kamus sudah lebih bebas berseramah dan keluarkan buku ugama sehingga tidak nampak spt Ulamak PAS.

Sy juga setuju dgn pendapat Dakwah Yeop jgn ambul contoh Iran. Dalm kita agung2kan diorang sebenarnya banyak Ulama Sunnah di sana dibunuh dan masjid sunnah dirobohkan..

Juga jgn agungkan sgt Asri Zainal Abidin sebab dia Agen Wahabi Hard core - Mazhab ni banyak bawak perpecahan dlm Islam.Masa sy solat jumaat di masjid Kuala Perlis awal 2007u dulu, Imam atas mimbar tu terang2 hina doa awal tahun muharam ( yg banyak diedarkan melalui email) sebagai sesat dan tidak pernah diajar oleh nabi! Patutkah begini? Tapi sy lega kedai buku agama yg sy jumpa di Kangar masih menjual pelbagai kitab doa dan sebagainya.Mereka sedar akan pengaruh Wahabi di Perlis tapi tak pernah pedulikan Wahabi di sana

anakkulim said...

tok guru kena pegang sampai akhir hayat...mana ada orang berani rampas kuasanya

Zawandhar said...

Tuan2, bila agaknya En.Nik Aziz ni nak bersara dari dunia politik?. Mahathir pun dah bersara. Dulu kata kalau mahathir resign barulah kawe resign.

Eeeeeh rupanya masih nak kan kuasa. Sama seperti imam tua tak bagi laluan utk imam muda (analogi je).

2. Kenapalah PAS ni tak nak berbaik dengan sesama ISLAM? i.e UMNO.PKR Tak sah harap le. Yakin sangatkah mereka2 ini tentang bab surga dan neraka? Siapakah yang blh "endorsed" dia orang masuk surga? Tak da siapa la.......Nik Aziz Ke? Jangan mimpi la. Dia sendiripun masih akan dimizan termasuklah kita2 ni.

Hatta Pelacurpun blh masuk surga hanya dengan memberi seekor anjing kehusan minum air. Oleh itu pikir2 lah.

Pikir2lah perkara ini:
Apabila ada 2 kumpulan ataupun individu seugama (ISLAM) bergaduh, damaikanlah. Kalau tak blh baiklah kita diam dan berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepada keduanya. Ataupun baik menjauhkan diri dari keduanya.