Salam 2 all.Saya mendapat maklumat YAB To' Guru Nik Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke Hospital USM Kubang Kerian semalam setelah mengadu sakit dada.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga To' Guru Nik Aziz diberi ALLAH kesembuhan yang segera dan mendapat keberkatan daripada apa yang ALLAH berikan. Moga ALLAH juga memberikan kesabaran kepada keluarga To' Guru. Apa jua keadaan pun, beliau tetap seorang ulama' yang masih unggul dan dihormati oleh kawan, digeruni oleh lawan. Moga juga To' Guru segera kembali ke persada pemerintahan negeri yang masih memerlukan bimbingan dan nasihat To' Guru.
Wassalam.Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Rab'ul Awal 1431
04 Mac 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan berita daripada Berita Harian Online bertarikh 04.03.3020)
Tok Guru Nik Aziz dirawat di HUSM, mengadu sakit dada
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam. Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata sebelum ditempatkan di wad orang kenamaan HUSM, Nik Aziz dibawa ke hospital berkenaan hanya untuk menjalani pemeriksaan biasa di bahagian Klinik Jantung HUSM. Katanya, ketika menjalani pemeriksaan, Nik Aziz tiba-tiba mengadu sakit di dada sebelum doktor mengarahkan Menteri Besar itu dimasukkan ke wad orang kenamaan bagi memeriksaan lanjut.
"Mulanya Menteri Besar dibawa ke HUSM hanya untuk membuat pemeriksaan biasa di bahagian Klinik Jantung hospital itu, namun beliau mengadu sakit dada dan doktor merawatnya terus mengarahkan supaya dimasukkan ke wad orang kenamaan. "Beliau dimasukkan ke wad berkenaan untuk berehat selain membolehkan doktor membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesihatannya. "Sehingga tengah hari tadi, keadaan Nik Aziz dilaporkan stabil dan doktor menasihatkannya supaya berehat di wad berkenaan untuk beberapa hari," katanya.
10 komentar:
Amin...semoga YAB Menteri Besar Kelantan itu pulih kembali sedia kala.
Sudah tiba masanya untuk YAB Datuk Nik Aziz mengundur diri daripada persada politik tanahair..
Keuzuran beliau membataskan komitmen dalam mentadbir negeri.
Pilihlah pengganti daripada golongan umara' bukannya penyagak!!
salam bro..
tak mau buat report polis ke...tok guru jugak pernah kata non muslim boleh guna word Allah...Dr MAZA, Dr Yusof Qardawi jugak..TG Hj hadi pun pernah kata...apa dok double standard ni...jom masuk hizbut tahrir...
wah! memang kau pandai berpolitik cara dumbno
Tch!
At least that's very decent of you to pray for Tok Guru's recovery
It's funny though
Why pray for the sake of the man who preaches on cooperating with the "kafir" DAP that you hated so much?
Why pray for the man who rejects the "Islamic" wannabe UMNO?
I expect u to follow the footsteps of Mahaguru58 to pray for Tok Guru's demise for the sake of Malays and Muslims
Hmm
I wonder if Lim Kit Siang got rushed 2 IJN due to heart complications due to heart complications, would u recite a prayer for him?
Don't feel racist to me just because I commented in English
I'm a Malay and devout Muslim and I find Kit Siang and Guan Eng to be more Islamic than any of UMNO's top brass
Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.
Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
malaysian insider, 05032010
NAK PERPADUAN?
TAPI KENAPA TUAN MUFTI BERDIAM DIRI DALAM HAL INI?
Pengarah Radio IKIM didesak 'Letak Jawatan' kerana panggil Presiden PAS Muzakarah
19 Rabiulawal 1431H
Herman Shamsuddin
Seorang teman meyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.
Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.
kita pun berdoa pada Allah Taala, mintak dibukakan minda dan hatinya Tok Guru kita ni, supaya nampak betapa kafir-kafir harbi sedang menggunakan jalan-jalan yang halus untuk menyesatkan umat Islam. Supaya jangan mendoakan keburukan ke atas sesama Islam. Juga semoga Tok Guru kita kembali mendapat hidayah daripada Allah Taala sebagai pemimpin Islam.
salam YB,
teruskan perjuangan, mudah2an Allah sentiasa memberkati.insyaAllah
Assalammualaikum Tuan,
Moga pegangan yang YB istiqamahkan ini adalah betul dan terbaik walaupun adakalanya lebih banyak menimbulkan persoalan dan keraguan, dan memang benar ramai yang terluka dan terkilan dengan tindakan YB terutamanya sahabat sejemaah
SUNGGUH KELAKAR RAKYAT MALAYSIA. NAJIB PEMBUNUH ALTANTUYA KORANG SANJUNG, TAPI ORANG MACAM NIK AZIZ KORANG SANJUNG.
MEMANG PATUT NIK AZIZ DOA BALA KEPADA PEMIMIN UMNO. KORANG TAK TAU BETAPA JAHAT, BUSUK HATI ORANG UMNO NI. LIHAT CONTOH BILA PAS MENANG KAT TERANGGANU TAHUN 1999, ROYALTI MINYAK TIBA2 KENA TARIK BALIK. PASTU BILA UMNO MENANG 2004, ROYALTI DAPAT BALIK. MAK BAPAK AKU ASAL TERENGGANU, SIANG MALAM AKU DOAKAN BIAR MAMPOS SUME PEMIPIN UMNO YANG HAPRAK NI.
MEMANG LA NIK AZIZ KADANGKALA BUAT KOMEN AGAK MENGELIRUKAN TAPI DIA BERCAKAP DLAM LOGHAT KELANTAN YANG SENANG DIMANIPULASIKAN OLEH WARTAWAN MALAYSIA YANG TAKDE STANDARD.
AKU DOAKAN NIK AZIZ HIDUP 50 TAHUN LAGI. DIALAH IKON PERJUANGAN SEBENAR RAKYAT MALAYSIA.
Post a Comment