17 March 2010

HIJRAH DR ASRI

Salam 2 all.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat saya Dr. Asri Zainul Abidin yang telah memilih untuk menyambung penulisannya beliau di media portal MalaysiaKini.

Saya mendoakan semoga dengan penulisan beliau dengan kupasan-kupasan yang bernas dan kontemporari akan dapat menarik minat pembacanya kepada risalah Islam. Uslub dakwah yang beliau pilih saya rasa adalah sesuai dengan 'crowd' yang meminati beliau. Jangan tak tau, sahabat saya ni sekarang ni lebih glamer daripada artis.

Yang saya tabik tu, beliau boleh membuatkan orang macam Datin Paduka Marina Mahathir, Zainah Anwar pakai tudung! Hebat yop. Ni berlaku masa kes beliau berdakwah tanpa permit dibawa ke Mahkamah syariah Gombak Timur dihadiri oleh mereka. Bukan senang yop nak dapatkan mereka datang, dan datang dengan bertudung lagi! Tu pada saya satu kelebihan yang ada pada sahabat saya Dr. Asri. Semoga ALLAH memberikan kekuatan qalam yang boleh membawa manusia lebih dekat kepada ALLAH.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Rabi'ul Akhir 1431
17 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada lapuran MalaysiaKini pada 17 Mac 2010)

Selepas menamatkan kolumnya di Mingguan Malaysia, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang berazam menyertai media yang lebih bebas, akan memulakan kolum barunya di Malaysiakini hujung bulan ini.


Beliau akan menulis dalam kolum bertajuk 'Tinta Hujah' di laman bahasa Malaysia Malaysiakini mulai 28 Mac ini.

“Kepada Allah kembalinya segala kurniaan dan kebaikan. Insya-Allah, saya akan memulakannya (kolum itu) apabila saya pulang daripada umrah nanti,” kata Dr Asri yang kini berada di Mekah.

Setelah empat tahun menulis setiap hari Ahad dalam Mingguan Malaysia terbitan kumpulan Utusan, kolum Dr Mohd Asri berakhir pada 28 Februari lalu.

Kekosongan tersebut diisi dengan tulisan mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria yang sering dilaporkan tidak sependapat dengan dengan Dr Mohd Asri dalam pebagai isu agama.

Difahamkan Dr Asri menamatkan kolumnya di Utusaan selepas akhbar milik Umno itu menolak tulisannya untuk kolumnya pada 21 Februari lalu yang berjudul “Ulama: dimuliakan atau disucikan" yang mengupas kaedah menangani pandangan ulama “yang bukan suci”.

Tindakan akhbar tersebut dikritik beberapa pihak yang rapat dengan Dr Asri, termasuk bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa Utusan menolaknya kerana takut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Shahidan juga mempersoalkan tindakan Jakim yang didakwanya mahu 'gam' tulisan Dr Mohd Asri - yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya menyuarakan pendapat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Mohd Asri berkata, beliau berharap pembaca setia dan “penyokong pembaharuan” agama, akan terus menjadikan kolum barunya sebagai medan perbincangan isu-isu agama secara lebih bebas.

“Malaysiakini, sesuai dengan pendekatannya, sudah pasti akan menjadi ruang (perkongsian) pendapat yang lebih merdeka dan terbuka daripada segala kongkongan (sikap) fanatik dan kejumudan pemikiran.

“Saya yakin, di sini pena saya tidak akan dihalang oleh sebarang kepentingan sempit, sebaliknya akan membuka ufuk baru pemikiran dan perbincangan,” katanya.

Dr Mohd Asri adalah lulusan sarjana mudanya di di Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam.

Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis.

Dr Mohd Asri sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi ekoran banyak pandangannya dilihat terlalu ke depan dan tidak selari dengan pandangan tradisional agama di Malaysia sehingga dituduh berfahaman Wahabi.

Tindakan tersebut, antaranya, mengkritik tindakan penguatkuasa agama mengintip pasangan yang disyaki berkhalwat serta mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara terbuka yang didakwanya tidak selari dengan pandangan Islam.

Penahanan Dr Mohd Asri oleh penguatkuasa agama Selangor ketika menyampaikan kuliah di sebuah rumah di Hulu Klang atas alasan mengajar tanpa tauliah baru-baru ini dilihat sebagai kemuncak kontroversi yang membelenggunya.

39 komentar:

noneng said...

Assalamualaikum, YB

Tahniah kepada Dr Asri, atas perhijrahan ke Malaysiakini.com, moga dia mampu membawa perubahan2 dengan kupasan2 beliau, daripada pandangan saya Malaysiakini bukan pentas yang sesuai untuk Dr Asri kerana Malaysiakini hanya keluarkan 95% berita2 politik tanahair sahaja...bukan keluarkan berita permasalah agama Islam...dan juga Dr Asri bukanlah mewakili mana parti politik di Malaysia...mungkin Dr Asri akan terjerat satu hari nanti...kerana Malaysiakini paling ramai orang2 yang suka berita politik sahaja menlayarinya...

Moga Dr Asri berfikir semula tentang perkara ini...

Daripada Umar al-Khatthab, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu terjadi dengan niat, dan setiap orang mendapatkan apa yang diniatkannya. Sebagaimana seseorang yang berhijrah dengan niat untuk mengahwini seorang wanita, maka dia mendapat dalam hijrah itu apa yang diniatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wahyu, no. 1)

Wassalam

ajim said...

salam..

dr asri merupakan tokoh muda yg berfikiran kritis, namun harus juga kita melontarkan kritikan padanya jika beliau mengeluarkan pandangan yg mngkn kurang tepat pd pendapat kita.. moga Allah rahmati beliau dan kita semua.

MINDAMUDA said...

yop pun hebatnya jugak, kena pecat kemudian tak nak letak jawatan sebagai AP kulim bandar baharu.agak-agak pendapatan serta elaun yg yop dapat tu halal tak? yop kena pi tanya sahabat yop tu, Dr.Asri.Agak-agak yop apa yang sahabat yop tu nak jawab?Tapi yang pasti, sahabat yop tu dah bagi pandangan, lompat parti pendapatan tu boleh dikira haram,lebih kurang bunyi macam tu la kerana mengkhianat amanah rakyat.Dalam kes yop pun lebih kurang sama jugak, mengkhianat rakyat.Rakyat bagi amanah kepada PKR yang kebetulan diwakili oleh yop.Ingat!! rakyat bukan pilih yop tetapi pilih parti.Sekarang yop dah tak dak parti eloklah bagi amanah balik kepada rakyat.oh ya, hari sabtu ni, 20.mac jam 9.30 ada tunjuk perasaan untuk yop letak jawatan di serdang kedah.Harap yop ambik perhatian.

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara,

Dr Asri dari `kelas` yang berbeza dengan saudara. Banyak insiden membuktikan saudara `lain` dari beberapa aspek.

Hanya kita yang tahu dan sedar akan keikhlasan dan kejujuran kita.
Kita akan malu kepada diri kita sendiri walau pun kita berkata apa pun diluar sana.

Hanya kita yang tahu samada kita bercakap benar atau tidak. Disamping takut dengan Tuhan, kita juga tidak mahu malu pada diri sendiri kerana.

Local Fighter said...

Salam YB KBB,

Saya peliklah dengan sikap YB. Bukankah dulu kritik Malaysiakini sebab bersikap 'double standard'.

Tapi bersetuju dengan 'hijrah' Dr. Asri ke portal anti-Islam ini!

DS Zahrain pun cakap Malaysiakini ini bersubahat dengan agenda 16 Sept! Agenda angan-angan bekas boss YB!

Adakah Malaysiakini yang dipimpin oleh pendokong IFC ikhlas memberi ruang kepada Dr. Asri?

Adakah tidak akan berlaku fakta dimanipulasi?

Jangan nanti, tulisan Dr. Asri yang dikeluarkan di Malaysiakini menampakkan beliau penyokong IFC dan pluralisme!! Kelak menyesal!

lily said...

Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe !!!

>> Nothing happened. Can i remove my pampers now?

hutan said...

alhamdulillah.... teruskan usaha murni anda tanpa ada yg tersirat....

Yoep Perak said...

Yang peliknya dgn penyokong PR ni, bila Ust Asri komen dan menguntungkan mereka maka akan dipuja melangit, bila kena balik komen ust asri kpd mereka maka habis sumpah seranah dihemburkan.

Tambahan pula sekarang beliau bebas menulis di Malaysiakini, maka kita lihatlah pulak reaksi penyokong PR dari PAS, jika ada tulisan Ust Asri kelak yang mengkritik ulama trompah ( pinjam kata2 DSAI ).

Ahmad said...

semoga YB Zul belajar dengan Dr Asri bagaimana cara membela Islam dengan cara yg betul, jangan terlalu taksub

mungkin saudara sudah lupa, Dr Asri pun salah seorang yg menyokong isu kalimah Allah digunakan oleh agama lain

anamin said...

Rosak, Rosak, itulah saja yang dapat saya katakan. Rosak minda orang Melayu Islam di Malaysia ni kalau ikut apa yang Dr Asri kata dan tulis. Mingguan Malaysia lebeh baik seribu kali dari blog MalaysiaKini, hijrahnya dari yang baik kepada yang tak baik.

The One said...

Hello `Little Pharoah'

Sudah ambil dan isi borang UMNO..
Sudah `Mashyyuukkk' ke belum..

Mmg sah dan betul lah kata org..
Ko punya tagline..

The Riding MP tu sebenarnya..

THE RIDING Mr PHAROAH

Selamat jadi munafik sehingga 2013.

Babai Little PHAROAH

Mesra Sokmo said...

Sama - sama take beer dgn MAZA tabuan, taniah kerana lagi dapat menporakperandakan Parti Pakatan Rakyat.

Harunsani, pun pasti tak lelapkan mata kerana ingin kekalkan Mufti, selepas lima tahun dlm SB dibukit Aman.

Pastikan rakyat guling BN dlm PRU13 nanti.

Sampai bila Parti Bebas dari PR telah duit haram setiap bulan?????

Mesra Sokmo said...

Hoi....Zul letak Jawatan bertanding semula utk uji org Kulim suka engkau atau PKR, sampai bila nak telam duit haram, kalau eko benar anak Jantan & benar juang Islam. Duit haram jadoh eko pulum...Take Beer

Mesra Sokmo said...

Tak Malu punya Zul-take beer
hingga darah penolong kau pun hisap habis. Ini kah perjuangan Islam ??
Seorang petugas, Mohd Halizal Alias iaitu bekas Setiausaha PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mendedahkan, Zulkifli sewaktu menjadi calon atas tiket PKR semasa PRU-12 lalu hanya datang sehelai sepinggang.

Zulkifli, tegasnya perlu mengingat kembali, siapa yang telah bertungkus lumus memenangkan beliau pada pilihan raya itu.

"Beberapa orang termasuk saya adalah orang yang bertanggungjawab berkempen untuknya.

"Kami melakukan apa sahaja demi rakyat yang bersepakat menolak BN, " katanya dengan nada kecewa.

Kekecewaan terhadap Zulkifli, jelasnya bukan baru kerana ahli parlimen itu juga tidak memberi kerjasama sewajarnya dalam usaha menangani masalah di kawasan beliau.

"Zulkifli tidak pernah turun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soon Nee dan Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husein ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Kulim (MDK)," katanya lagi.

Selain itu, Zulkifli juga didakwa jarang dilihat melakukan tinjauan ke kawasan apatah lagi bersama orang kampung dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan.

"Jika turun pun beliau sering melakukanya secara persendirian atau senyap tanpa melibatkan kepimpinan PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat cabang dan ranting," tambahnya lagi.

Malah jelas Halizal, pejabat ahli parlimen itu di Taman Kota Kenari, Kulim pun telah lama ditutup kerana kerani atau pembantu yang ditugaskan dikatakan tidak dibayar elaun.

Zulkifli juga, katanya pernah berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin sebagai Ahli Parlimen semasa berucap di majlis meraikan kemenangan PR di Dewan Datuk Fadzil Noor, Serdang dahulu.

"Beliau kena ingat kemenangan yang dikecapi atas tiket PKR pada pilihan raya ke 12 lalu merupakan amanah dari Allah SWT bagi mengajar BN yang angkuh dan zalim, bukan untuk bersuka ria atau melanggari amanah dengan bertindak memporak perandakan parti yang memberinya peluang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, " ujarnya

YB,
Apa yang pasti tindakan YB telah menjadi satu fitnah kepada PR dan perjuangan Islam.

OghangKuale said...

Salam kome disana..

Teman idak ler berapa berkenaan dgn penghijrahan ini..Kenapa mesti Malaysiakini ? Kenapa tak Harakah ke , Suara Keadilan ke..? Kenapa mesti dibawah tampuk pentadbiran si Kafir yang diragui organisasinya ?

Ini akan menjadi satu 'ain' pada orang ramai untuk menilai Uztaz Asri tu sendiri..

Teman ingat lagi kes X-Boss mike dulu..Masa beliau di timpa musibah '98 , kemana beliau menghadapkan mukanya? ke Filipina cari Ekstrada, ke Indon cari Gus Dur dan menanti kedatangan Al Gore..
Disitu saja sudah nampak 'ain' nya.

Teman mengaku teman oghang luor, tak tau details.Tapi teman baca ikut apa yg terzahir tu aje.
Apapun teman kecewa bila Ustaz Asri menyerah diri dibawah payung Malaysiakini.

Wassalam

jade70 said...

Zul (Sori kau tak layak disapa YB),

Dr Asri berhijrah daripada yang bathil kepada yang hak...TAHNIAH, kau tu pula terbalik...TAKZIAH

Maruz said...

YB tak nak buat laporan polis kat Dr Asri? Sbb dia sehaluan dan sependapat dengan YB Khalid Samad (Shah Alam).. YB buat la laporan polis.. kalau YB Khalid Samad YB buat laporan.. kenapa kat Dr. Asri YB tak buat laporan siap kata sahabat lagi?

Kalau benar YB tu BERADA DI PIHAK BENAR.. Buat la laporan polis pada Dr. Asri.. Baru ah cakap serupa bikin.. baru tak BIAS..

Azzikraa said...

Assalamu'alaikum YB,

Sekadar perkongsian : sahabat tuan ini juga memperlekehkan ulamak, dan juga mufti secara umum,

Bahkan juga menghukum selawat syifa' bercanggah dengan aqidah.

1.

http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/belajar-menyelidik-sebelum-terima-bulat.html

2.

http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/wahai-dr-asri-tolong-jangan.html

3.

http://jomfaham.blogspot.com/2009/05/hakikat-sebuah-kebenaran-tugas-membela.html

sa said...

ZUL,
Dr Asri memang terkenal kerana keberaniannya.Beliau selalu membuat kupasan yang logik dan masuk akal.Semua orang dah tahu dah.
Saya minta supaya,ZUL,cuba jawab dan kupas semula tulisn-tulisan saya di
1.Sian Badut Hingusan
2. Parlimen Baru,Politik Baru.

Tak kan takut kot.
Saya pun heran,tulisan orang macam Dr Asri pun,media UMNO sanggup nak tolak,bagaimana kamu selalu dapat masuk dalam berita,wawancara,csbnya yang dimiliki UMNO?

ZAINAL said...

APASAL LU TAK LIPOT POLIS SAMA ITU MAZA. PASAI DIA SAHABAT LU KA? PENDIRIANNYA TENTANG KALIMAH ALLAH KAN SAMA JE DGN KHALID SAMAD. POODAH LA LU...CAKAP MACAM ISLAMIK SANGAT TAPI PILIH BULU

Sahabat said...

Mangkuk... bila la hang nak buang Album gambaq masa hang kempen PRU12. Hang tak layak dah letak dlm hang punya blog ni.. Hang dah tak de kena mengena dgn PR... Org tgk meluat ada laa..

DPIK Daily said...

MAZA bukan mcm hang yop lone ranger. Pengikutnya melangkau parti & jemaah.

sa said...

ZUL
Mengapa semua komen2 saya tidak muncul disini dan juga dlam coretan yang lain?telinga dah panas ke?
Banyak lagi nak tanya ini.Bila lagi?

mohdfitriidris said...

mengapa pkr mintak yb letak jawatan??apa kuasa pkr atas yb???dah yb dipecat,suka yg la nak letak jawatan ke x nak.patut jika pkr nak yb letak jawatan,paksa yb letak jawatan then baru pecat yg.hai pening2.
sama jugak kes si mohsin.ape hal si ahmad awang tu sibuk nak solat hajat??ahmad awang tu sapa dgn pkr??mp pkr lain x sibuk,yg pas plak duk kalut lebih.x paham...

yg si zahrain tu jd bebas sebab x dapat projek.bukan marah kpd guan eng dan dap.abih yg cina sekor lg tu jd bebas jugak,marah ke guan eng ke marah x dpt projek mcm zahrain jugak???

lebai man said...

alahai..bila YB zul kena pecat dari PKR..jadi MP bebas..baru keluar cerita buruk tentang dia..x melawat kawasan lah,sombonglah,x bergaul dgn masyarakat kulim lah,..sebelum ni x keluar pun cerita2 mcm tu..nampak sgt penyokong PR ni double standard...

Qtees said...

Yg Bangang (YB)rasanya baru teman paham apa itu the riding MP, rupa nya jadi KUDA TUNGGANGAN

azam.krp said...

Salam Yang Berbagai-bagai(YB),
dah banyak ari tak tulis blog ni?
knape??ngah cari idea nak hentam PKR ke DUMBNO ekk??udah2 ler menghentam PKR or PR.takder benda salah pun yg PKR buat kat YB.nak kata YB ni kuat semangat Islamnya,sy tak rasa pun YB gitu orangnya.kalo dah cakap nak perjuang Islam,jangan la diburukkan sahabt2 yg Se-islam dalam parti ngan gelaran firaun2 kecil(Islam melarang kita menggelar sesiapa pun walaupun org itu bukan Islam dengan gelaran yang buruk).camana ni YB??kita mendedahkan keburukan DUMBNO bukan sebab nak megaibkan diorang,tapi sebab diorang buat tak betol laaaa YB.pasal isu kalimah Allah,mudah jer nak paham,saya ni yg tak 'ustaz',tak 'ulamak', dan tak 'tok guru' lagi ni pun teramat paham pasal isu ni.Allah itu tuhan makhluk di bumi, di angkasa dan di mana2 saja.so apa lg nak dikecohkan sgt wahai Mr. YB???orang bukan Islam tak nak terima Allah tu sebagai tuhan diorang,itu hak mereka sebab mereka belum lg mendapat petunjuk dari-Nya.kita yang dah dilahirkan dengan petunjuk-Nya ini,tunjukkanlah jalan kepada mereka2 yg belum mendapt petunjuk-Nya.bukan dengan cara YB,menghentam parti kononnya parti tak Islam lah..masa YB masuk PKR dulu,YB baca tak betol2 perlembagaan parti??YB tak baca,tu pasal YB bengong skang ni..PKR tak memperjuangkan Islam secara terus,tetapi membawa semangat KEADILAN.dalam islam,keadilan tu penting bukan tak kira walaupun berlainan agama dan bangsa??haha,PKR dah memperjuangkan Islam secara tidak langsung..mudah bukan nak paham..last ni YB.kalo kita mencuri barang orang,tuan punya barang tak maafkan,berdosa kita sampai bila2,tak masuk syurga tau..tapi bayangkan pulak kalo YB tak tunaikan amanah pengundi2 YB kat KBB,bukan sorang tau,puluh2 ribu,puluh2 ribu dosa YB nak kena tanggung..buat dosa ngan Allah bleh minta ampun straight kat dia tau,buat dosa ngan orang,kna minta ampun kat orang tu dulu,baru bleh minta ampun kat allah.ingat ni YB,AMANAH.. Allahwu'alam..
assalammualaikum

p/s:siarkan komen sy ni k,tq.

Kulaan Niring said...

Begitu tinggi tahap akhlak penyokong PR. Baguslah, dan dlm hal ini pada saya semua ini berkat berkawan dgn syaitan mengikut fahaman wali selipar @ trompah

Anang said...

Salam YB Zul. Aku naik tak faham dah ni. Apasal YB sokong sgt Ust. Asri menyambung penulisan dlm portal politik Malaysiakini? Sapa yang tak kenal Malaysiakini? Aduhhh... pelik betul pemikiran org politik. Ada masa aku tengok apa yg YB suarakan tu bernas dan bersesuaian dgn dasar perjuangan agama. Tapi bab ini aku pelik bin ajaib. YB ni bertindak ikut selera ke ikut agama? Pelik...pelik.. Tapi aku confirm YB tak responpun tulisan aku ni.. Saja nak penuhkan blok YB biar nampak mcm meriah.

hamsor said...

YB,

Hari ini DSAI disuruh minta maaf berhubung dengan kenyattan beliau menyamakan 1malaysia=1israel.\

Apa pendirian YB?

Irfan said...

eloklah tu MAZA. malaysiakini memang sesuai untuk sesiapa yang suka menghuru-harakan masyarakat.

Amir Khurairah said...

sahabat,

Ini blog dia, bukan blog kau. Kalau nyampah. tak usah bukak....

suarajagat said...

saudara zul..
saya kagumi keberanian saudara..

namun bila bercakap tentang Dr.Maza, saya kurang setuju..

marina mahathir dan zainah anwar memakai tudung kerana mengikuti perbicaraan Dr.Maza di Mahkamah Syariah.. Bukannya kerana mempertahankan syariat Islam.

Hairan juga..kenapa golongan Islam Liberal begitu lantang di belakang beliau?

blog SUARAJAGAT khas tentang penyiasatan ajaran sesat. Layari http://suarajagat.wordpress.com

Fauziah said...

Apalah hang ni dok promosi orang yang bongkak sombong macam Dr Asri ni? Orang lain kalau keluar mahkamah nak cepat2 lari dari media, tapi dia keluar mahkamah duk tunggu lama , tayang wajah, senyum, lambai2 tangan, dan cakap pula panjang2 kepada media, nak cari publisiti sungguh. Patut dah lama Mingguan berhentikan tulisannya yang mengarut tu, dari dulu lagi masyarakat berkeriau suruh berhentikan minda yang tidak berminda tu. Sekarang alhamdulillah dah berjaya, dan larilah dia nak ikut blog anti Islam tu pula. Hai apalah nak jadi dengan Dr. ini??

YOBLANTAK said...

porah.... yb zul....

rakyatseeall said...

1. Saya amat bersetuju dengan tulisan saudara agar kita kembali kepada Hukum Allah @ Syariah.
2. Tetapi saya amat lagi bersetuju jika saudara boleh mengutarakan perkara tersebut di Parlimen agar perkara tersebut boleh dibahaskan oleh wakil rakyat sekalian.
3. Saya amat berharap agar perkara yang amat penting seperti ini disokong oleh wakil rakyat berbangsa Melayu berugama Islam tidak kira dari blok parti mana pun.
4. Amat berharap pihak tuan memberikan respon yang positif....

haiza najwa said...

Rapuhnya Dr Asri..seharusnya dia berfikir dua kali sebelum menerima tawaran tu - kaji implikasi dan efek pd jati dirinya dan impak pd those who heed him. Alangkah sayangnya!
YB - best aksi anda dlm parlimen semalam. Fuuh..!

Amir Khurairah said...

Salam,

Tahniah kepada YB yang telah membuat pendedahan berani di Parlimen. Kalau ia adalah satu kebenaran, sebarkan kepada rakyat. Rakyat mahukan kebenaran, baik dari pemerintah atau pun pembangkang. Sekarang ni banyak pulak rahsia-rahsia pembangkang yang dah "terpecah". Teruskan perjuangan.

norazimah said...

Saya tertarik dengan kenyataan ni... "akan menjadi ruang (perkongsian) pendapat yang lebih merdeka dan terbuka daripada segala kongkongan (sikap) fanatik dan kejumudan pemikiran". Dan menjadi harapan saya juga supaya "tidak dihalang oleh sebarang kepentingan sempit, sebaliknya akan membuka ufuk baru pemikiran dan perbincangan.