Salam 2 all.
Saya terkejut membaca berita seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh sepasukan polis di Seksyen 11 Shah Alam semalam. Mengikut lapuran awal, remaja tersebut kononnya didakwa memandu sebuah kenderaan bersama seorang rakannya dan memotong sebuah kenderaan polis. Menurut lapuran rakannya tersebut, pihak polis telah menembak kenderaan tersebut menyebabkan ianya terbabas. Rakan Allahyarham kemudiannya ditahan dan ditendang beberapa kali. Lapuran awal menyebut Allahyarham Aminulrasyid dikatakan mempunyai kesan tembakan dari belakang.
Apa yang dikesalkan, kenyataan awal dibuat memberi gambaran seolah-olah Allahyarham Aminulrasyid seorang penjenayah dengan dakwaan kononnya terdapat sebilah parang didalam kereta tersebut.
Saya kira ini adalah satu dakwaan yang boleh menyebabkan siri lawak Senario menjadi hambar. Takkanlah budak berumur 15 tahun tidak boleh ditahan. Saya melihat gambar Allahyarham Aminulrasyid, ternyata beliau mempunyai tubuh badan yang kecil. Malahan ibu Allahyarham juga mengesahkan Allahyarham bertubuh kecil, seorang periang dan mempunyai ramai rakan. Apa yang menyedihkan ialah Allahyarham adalah seorang anak yatim yang kematian bapanya pada tahun 2004. Menurut kata ibu Allahyarham, Puan Norsiah Mohamed, 61 (gambar dibawah), Allahyarham yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya beriya-iya mahu membersihkan kubur Allahyarham bapanya akhir-akhir ini, tetapi tidak berkesempatan. Rupa-rupanya itu petanda Allahyarham akhirnya menurut jejak langkah Allahyarham bapanya ke alam barzakh!
Apa pun, saya tidak boleh menerima hakikat pihak polis mesti melepaskan tembakan terhadap Allahyarham sehingga membunuh beliau. Apakah pihak polis tersebut tidak mempunyai alternatif lain untuk menahan kenderaan tersebut. Takkanlah sampai perlu melepaskan tembakan!!
Kejadian ini menambahburukkan lagi imej polis yang sudah pun sedia buruk. Usaha yang cuba dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk memulihkan imej pasukan polis akan menjadi sia-sia jika "polis koboi" sebegini dibenarkan bertindak sesuka hati mengikut nafsu mereka dan dilindungi dari sebarang tindakan.
Oleh itu, s
aya mendesak supaya pihak berkuasa Bukit Aman mengambil alih siasatan ini dan lebih baik ianya diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara sendiri untuyk memberikan gambaran bahawa kepimpinan polis memandang serius isu ini. Saya juga mendesak anggota polis yang terlibat digantung serta-merta (saya mendapat maklum mereka hanya dipindahkan ke kerja pejabat!!). Sekiranya terdapat kes, pihak yang terlibat hendaklah dikenakan pertuduhan membunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Saya juga berharap tiada pihak cuba mengambil sikap melindungi penjenayah-penjenayah ini.Saya menghormati kenyataan YB Menteri Dalam Negeri yang memberi jaminan akan menubuhkan pasukan penyiasat khas untuk menangani perkara ini. Saya juga menghormati tindakan segera YB Dato' Noh Omar yang memberi jaminan akan memberi segala bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham untuk mendapat keadilan. Cuma saya berharap tiada pihak menangguk di air keruh dan cuba menjadi hero kampung berkompang kesana kemari mempolitikkan isu ini. Ini bukan isu politik, ini adalah isu jenayah yang perlu ditangani dengan segera. Malahan saya bersama rakan-rakan peguam bersedia membantu keluarga Allahyarham untuk menuntut keadilan. Insyallah saya akan sentiasa memantau kes ini dan akan membangkitkan isu ini dari masa kesemasa. Malahan saya telah menghubungi rakan senator di Dewan Negara yang sedang bersidang untuk membangkitkan isu ini dalam sidang dewan yang sedang berlangsung sekarang.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Jamadil Awal 1431
27 April 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Panel khas KDN siasat kes remaja mati ditembak polis
2010/04/27
KAJANG: Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi semalam di Seksyen 11, Shah Alam.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun.
"Justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.
"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, Hishammuddin berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.
"Masih terlalu awal untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul, biarkan kami membuat siasatan dahulu, siasatan bersandarkan prinsip kebenaran bagi mengelakkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama yang membabitkan kes tindakan polis," katanya.
Justeru, beliau meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu hingga mengeruhkan lagi keadaan.
Beliau turut memberi amaran keras kepada pihak dan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian itu termasuk menjadikannya isu politik sehingga mengelirukan orang ramai.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.
Sementara itu, itu, Hishammuddin berkata setiap saksi dalam inkues kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, diberi jaminan keselamatan sepanjang prosiding itu berlangsung.
Beliau mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima oleh pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis, oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap keterangannya kelmarin.
"Kalau cakap fasal ugutan, saya pun pernah terima ugutan malah Ketua Polis Negara pun dua hari lalu dapat ugutan juga. Setiap ugutan yang diterima, kita siasat dan dalam kes Dr Venezis ini kita juga sedang membuat siasatan.
"Dr Venezis tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa memberikan perlindungan kepadanya selagi beliau berada di negara ini," katanya.
Hishammuddin juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang menjadi saksi penting keluarga mendiang tetapi sehingga ke hari ini tidak muncul memberi keterangan sehingga mengganggu prosiding.
"Dia minta kita beri jaminan keselamatan tetapi bila kita sudah beri, dia pula buat hal dan tidak juga datang. Apa masalah dia yang sebenarnya," katanya.
Terdahulu, Hishammuddin menghadiri majlis ramah mesra bersama Ahli Lembaga Hakim Pelawat Jabatan Penjara di Mess Pegawai Penjara Kajang.
Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat, dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penjara, Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood. - Bernama
Ibu remaja mati ditembak polis minta anak tidak digelar penyamun
2010/04/27
SHAH ALAM: Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu."Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan," katanya kepada pemberita di rumahnya ketika dikunjungi Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, hari ini.
"Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi hajat itu tidak tercapai," katanya.
Norsiah berkata, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini malam tadi.
Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.
Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu.
Noh pula berkata, beliau akan membangkitkan isu kematian remaja itu dalam mesyuarat Kabinet esok bagi meminta supaya polis menjalankan siasatan kes itu secara adil.
Beliau berkata, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, sendiri telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan tidak akan melindungi pihak yang terbabit.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata Umno negeri sedia membantu termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pula meminta agar siasatan polis dilakukan dengan jujur dan telus dalam usaha mengenal pasti perkara sebenar yang berlaku.
Beliau juga berkata, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri, Rodziah Ismail, akan memantau keadaan sebelum mengambil langkah yang sepatutnya berhubung kebajikan keluarga itu. - Bernama

31 komentar:
nak tergelak pun ya jugak dgn kau zul.
agaknya kenyataan rasmi kau ni keluar tak kat utusan atau TV3 akan panggil kau untuk prog soal jawab tentang isu ini tak?
kalau kau nak glamour kau kena ulas kekalahan pkr di hulu selangor,sure depa panggil kau punya.kan dah tergelak aku skg.
amacam seronok kat us?
Kita tidak perlu untuk menyalahi sesiapapun lagi...
Persoalannya keadaan dan senario yang tertentu mungkin yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Kita kena lihat kenapa budak seusia ini berada didalam kereta pada masa dan keadaan yang sedemikian. Ianya berlaku pada awal pagi...mungkin menyukarkan pihak Polis...apapun kena siasat dan jika keadaan dan objek sebenarnya diketahui oleh pihak Polis tersebut...mungkin tembakkan tidak dilepaskan..Tiada sesiapa yang tidak melakukan kesilapan..namun itu adalah tugas Polis..mungkin kadangkala dalam keadaan tertentu keputusan melepaskan tembakkan terpaksa dibuat..dan saya yakin jika Pegawai Polis mengetahui budak seusia 15 tahun itu..saya pasti tembakkan tidak dibuat..
Ajalnya sudah tersurat tapi tidak boleh membayangkan budak seusia 15 tahun kecundang dek tembakan polis. Satu kesilapan telah berlaku...semoga kebenaran akan dpt dibuktikan. Kepada Tan Sri Musa bertindak lah segera...Jgn ada pihak menangkuk di air keruh seperti yg berlaku di Taiping.. Al-Fatihah.......
salam yb dan semua,
setuju sangat dgn yb zul supaya kes nie disiasat dengan kadar segera kerana ia melibatkan maruah pelbagai pihak. sudah pasti pihak polis akan cuba memulihkan imej mereka yg semakin tercalar kerana dicemari dengan kes sedemikian.
diharap kes ni tidak akan menjadi kes2 yg terdahulu yg melibatkan anggota polis dimana tidak perlu lah kita sebut di dalam ni. yg salah tetap akan salah dan haruslah dihukum setimpal dengan kesalahan dan kecuaian yang dilakukan. jgn berselindung disebalik nama POLIS dan jgnlah ada lagi cerita2 yg mengaburi mata rakyat bagi melindungi pesalah sedemikian.
mungkin kecuaian polis berkenaan terjadinya kes ini tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan utk menjadi 'polis koboi' (kata yb) dengan menembak sesuka hati lebih2 lagi kepada seorang budak yg baru jer nak ambik pmr tahun ni. jikapun budak itu bersalah kerana melarikan diri dia tidak sepatutnya ditembak. banyak lagi cara yg lain boleh digunakan bagi menahan budak tersebut.
kecekapan dan juga nilai integriti anggota polis harus sentiasa diamalkan dan disematkan di setiap anggota polis. sia2 ajer gaji anggota polis dinaikan jika kualiti kerja segelintir anggota polis masih ditakuk yg lama. saya tidak bermaksud semua tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelangga.
kepada yb buat la apa yg patut bagi mengungkai perkara yg sebnrnya berlaku dan membersih nama aminulrasyid dan keluarganya. budi baik yb Allah sahaja yg akan membalasnya nanti..
jazakallahukhaira..
gracias usted..
yb. sy bukan nk menyokong tindakan polis. tp cuba kita letakkan diri di tmpt kejadian. beberapa hint diberikan.
1. kenderaan yg dipandu mangsa dilaporkan sbg terlibat dlm kejadian samun bersenjata.
2. dlm kenderaan tersebut turut ditemui parang.
so, dlm situasi sebegini, tanpa perlu mempertimbangkan umur 'suspek' yg memandu kenderaan tersebut, sy rasa polis bertindak di atas keperluan mendesak. ditambah lagi apabila melihat suspek samun bersenjata yg cuba melarikan diri.
itu saja sudah cukup utk akal sihat kita mentafsir situasi di tmpt kejadian.
persoalan pertama, kereta tersebut, yg dikatakan sbg kereta penjenayah samun, bagaimana boleh dipandu oleh mangsa? siapa punya kereta sebenarnya?
persoalan kedua, bagaimana seorang remaja 15tahun boleh dibenar pandu kereta?
persoalan ketiga, kenapa dia lari? yg sekaligus membenarkan lagi anggapan polis bahawa 'penjenayah' sangkaan mereka cuba utk melarikan diri.
jgn benarkan emosi mengawal akal sihat kita. cuba fikir pelbagai sudut.
Apabila berlakunya kejadian yang dilapurkan sebegini kita akan membuat berbagai andaian dan memberi pandangan dari sudut yang berbeza. Saya mepunyai pendapat saya mungkin tidak dilihat menarik untuk perkatakan.
Dalam kejadian ini kedua-dua pihak melakukan kesalahan iaitu pihak penjaga alahyarham dan pihak polis yang terlibat semestinya..
Pertama< pihak yg mejaga Allahyarham telah terlepas pandang meyebabkan anak yg masih belum cukup matang ini telah menjadi mangsa...kalaupun bukan tertembak oleh polis munkin berlaku kejadian lain dan melibatkan pengguna jalanraya yang lain.Tetapi kesalahan ini dikira terlalu kecil berbanding dgn Faktor yang kedua iaitu pihak polis yang melepaskan tembakan.
Kalau kita berada ditempat polis tersebut kemungkinan kita akan merasakan kita sedang melakukan tugas yg besar kerana melakukan tugas berani mengejar dan secara terdesak menembak seseorang yang dianggap merbahaya, yg sudahpun telah berada didalam likungan.
Jadi saya pasti 99.9% dari individu yg megikuti berita ini meletakkan kesalahan disebelah pihak iaitu polis yang terlibat.
Sepatutnya kita melihak dari sudut yang lebih luas untuk mengelak dari berlakunya kejadian yg sama berulang.
Saya berpendapat anggota polis peronda sepatutnya dilengkapi dgn alat pengibas khas atau sekurang-kurangnya teropong jauh (binokulars)yang kosnya jauh lebih murah dari kereta Volvo S80 yang baru digunakan sekarang. (Perbandingan faedah dah keberkesanan dlm menjalankan tugas) ini saya minta YB bangkitkan dlm parliment utk perhatian kem Dlm Negeri. Biarpun kelihatannya agak janggal kerana binokular biasanya digunakan oleh tentera tetapi dimana salahnya kalau negara kita menjadi negara pertama menggunaka binokulars untuk tujuan rondaan biasa.Tidak timbul alasan lagi utk seperti tidak dapat melihat suspect utk mengenalpasti merbaya atau tidak .Terima kasih harap diketengahkan untuk kebaikan rakyat dan nama baik Negara.
Ya! Siasat segera! Jangan jadikan negara Malaysia yang tercinta ini seperti negara Amerika Selatan yang mana kebanyakannya negara polis! Saya yakin KPN akan bertindak a.s.a.p untuk 'mencuci' segelintir anggotanya yang merasakan dirinya 'I AM THE LAW'. Saya juga berharap agar perkara ini tidak dipolitikkan, digunakan untuk menghentam sesiapa.
Keadilan untuk Allahyarham! Keadilan untuk keluarganya!
kes lama belum selesai, kes baru datang...zul kulim pergilah bantu..awakkan peguam. Tak mau lagi bersekongkol dengan syaitan-syaitan dan firaun kecil dlm KDN.
Salam,
YB jgn lupa pantau kes ni, takut dalam 2-3 bulan senyap je lah. Macam lah tak biasa, tup-tup penjenayah sebenar tu dah kembali bertugas..
yb guna gambar 'malaysiakuno' dalam posting ni
YB Zul saya amat bersetuju dengan apa yang YB suarakan namun begitu kita tidak boleh menjatuhkan kesalahan ini 100% kepada pegawai-pegawai polis yang terlibat.
Kejadian seperti ini biasanya mengundang banyak versi cerita. Apa yang betul adalah kita tunggu dan biarkan siasatan dilakukan.
Pegawai poli berkenaan juga adalah hamba Allah yang mungkin anak seorang ibu tua, adik atau abang kepada seseorang dan mungikn juga ayah dan juga suami kepada seseorang.
Selama ini kita hanya banyak mempolitikan kes-kes jenayah sehingakan kita lupa akan nyawa anggota polis kita. Mereka juga manusia yang kepulangan mereka ditunggu oleh seseorang.
Saya tidak mengatakan bahawa mangsa ini adalah penjenayah namun apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah nampak salah dari segi undang-undang. Adalah sepatutnya mereka berhenti dan meminta pertolongan polis akibat dikejar oleh beberapa buah motor kerana melanggar sebuah kereta lain. Bukankah ini lebih memudahkan daripada melarikan diri dan memotong kereta peronda polis serta tidak mematuhi arahan polis.
Saya juga seorang IBU jadi saya faham bagaimana rasanya kehilangan orang yang tersayang namun hakikatnya kita harus terima atas kesalahan yang dilakukan oleh anak kita, namun begitu sebagai Ibu kita hendaklah menuntut agar nama anak kita dibersihkan daripada pangilan penjenayah.
Jika ianya dipanjangkan maka segala yang tertutup selama ini akan terbongkar, mana tahu ada versi lain pulak lepas ni.
Rakanya yang terlibat itu sepatutnya tidak lari dan cuba jelaskan cerita yang sebenar.
Saya rasa tuanlah...hero kampung tu.... cermin muka sikit..
Saya rasa tuan hero kampung tuuu. cermin muka sikit...
Kenapa semua senyap? Agaknya bila ZN bawak isu bukan politik tak ada siapa nak komen..pasal tak dapat nak maki hamun? Kesian budak ni.. aku tengok mcm anak aku..Rasa nak meleleh ayor mata, baru 15 thn mati mcm askar US tembak orang Iraq yg tak berdosa. Alfatihah utk Allahyarham..Moga beliau dapat pembelaan dan namanya dibersihkan dari identiti "penjenayah". Semoga mamat durjana yg lepaskan tembakan itu dihukum seberat - beratnya..
Saya juga sependapat dengan YB Zul.Siasatan perlu di lakukan dengan telus.Keadilan untuk semua.
Sama-sama, kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.
* Abang kepada arwah Aminulrasyid adalah rakan sekerja saya.
Satu soalan yang ingin saya ajukan kepada polis. Mengapa perlu headshot kepada budak umur 15 tahun. Bukankan itu terlalu kejam sedang ada banyak lagi kaedah yang baik untuk menangani kes sedemikian. Saya nak beritahu kepada polis, kalau mereka pakai uniform polis yang berpangkat lans koperal pun, budak sekolah menengah atau orang kampung dah kecut. Tak perlu lah sampai nak memuntahkan peluru dari pistol. Cukup sekadar pintas kereta mereka, dan tahan di balai polis. Paling kuat pun, budak-budak tu terkencing dalam lokap.
Mengapa terlalu mudah untuk mengambil keputusan untuk melayangkan nyawa seorang manusia yang tidak bersenjata. Lainlah jika berlaku insiden berbalas tembakan. Jika berlaku demikian, amat patutlah dibalas semula tembakan untuk mematahkan serangan dan mempertahankan diri.
Perkara ini amat menyedihkan, dan amat malang bagi ibu tunggal kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Dari sudut pandang peribadi, jika benar pun mereka terlibat dalam perilaku jenayah, saya pasti ada hukuman yang dijamin oleh undang-undang untuk mereka. Bukan dengan cara melepaskan tembakan. Sedangkan ada undang-undang juvana bagi mereka yang di bawah umur..
Beware of headshots!!
Buat apa budak 15 tahun berada dijalanraya pukul 2 pagi.Memandu tanpa lesen memandu.Polis yg menjalankan tugas tentu akan terfikir bahawa itu adalah penjenayah tambahan pula mereka bertindak melarikan diri.Polis bukan sengaja nak lepaskan tembakan.Orang zaman sekarang bukan nak kawal anak.Biarkan anak bebas tak kira masa.Itulah yg byk berlaku gejala sosial khususnya samseng jalanan dan mcm-mcm lagi.Itu yg polis nak cegah.Kalau mak bapak kawal anak tentu tak jadi macam ni.Apa pun saya tetap bersimpati dengan keluarga mangsa disamping tidak pula menyalahkan pihak berkuasa yg bertugas.
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah. Kami sedih atas kehilangan nyawa.
Diharap perkara sebegini tidak dipolitikkan.
Dalam kesedihan kita tak boleh mengikut perasaan. Kita harus berfikiran waras lagi terbuka. Biarlah siasatan terperinci dijalankan demi menegakkan kebenaran.
Kerja polis bukan senang & gaji yg mereka dapat tak setimpal dgn apa yg telah mereka lakukan/korbankan. Kewujudan polis adalah utk mempastikan keamanan & ketenteraman awam.
Saya amat bersetuju dgn beberapa pendapat di atas kecuali ag, sinar utk melayu Islam Joseph aka Apam Balik is Gay.
Ada sesiapa menangis/marah bila anggota polis mati semasa bertugas? Selain dari keluarga & orang terdekat yg lain buat tak tau aje. Beritanya hanya sekali lalu lagi pendek. Tak ada yg berulang dlm media sedangkan mereka adalah sebahagian dari wira negara.
Cuba letak diri kita di tempat mereka. Mungkin kita akan lakukan lebih teruk lagi. Di dalam melindungi negara mereka juga perlu melindungi diri mereka sendiri.
Dlm apa2 situasi bila berdepan dgn suspek, polis harus buat keputusan yg pantas. It is a split second decision.
Saya tidak sesekali menyokong sebarang salah laku tetapi amat berharap agar keadilan mutlak dpt dicapai utk semua, keluarga allahyarham & anggota yg terlibat.
Kalau didapati anggota itu cuai dlm kejadian itu biarlah hukuman setimpal dilakukan terhadap mereka. Mereka tak membunuh dgn niat.
Tetapi kalau didapati mereka telah mengikut segala prosedur maka kita perlu hormati keputusan itu.
Moga Allah memberi Hidayahnya.
Sy menyakini cerita yg dibawa oleh keluarga & kwn Aminuralrasyid. Dakwaan kereta adalah milik penjenayah & parang kewujudan parang adlh rekayasa & pastinya hanya puak2 bodoh yg percaya & mempertahankan versi tersebut. Apa sahaja tindakan & dalih pihak terbabit, tindakan mereka sama sekali tidak boleh diterima & dimaafkan. Seorg insan muda remaja telah hilang nyawa & familinya juga telah cuba diburuk2kan kerana sikap x bertgg jawab anggota polis. Persepsi masyrakat terhdp polis Malaysia ditahap yg sgt rendah skrg.
Cuba kita lihat daripada perspektif kedua-dua belah pihak baru buat keputusan atau rumusan . ia menjadi seseuatu yang pra matang dalam keadaan sekarang kerana melibatkan pelajar sekolah / berumur dalam lingkungan 15 tahun.
2. memang keluarga yang kematian anak akan mempengaruhi sedikit sebanyak andaian kita berkaitan perilaku si anak / siarwah
3. sisastan hendaklah dilakukan juga ke atas kereta yang didakwa telah bergesel dengan kereta arwah di tempat yang diperkatakan sama ada benar berlaku pergeselan dan kesan daripadanya.
4. pandangan pihak polis dalam hal ini juga perlu diambil kira .... dalam keadaan biasa tembakan tidak akan dilepaskan begitu sahaja .
6. polis tidak tahu yang dalam kereta itu siapa / umur berapa / .... dalam keadaan sebegini siapapun perlu berwaspada ... polis telah memberikan amaran / kejar ... tak berhenti ... kenapa tak berhenti ... lihat situasi dipihak polis
7. pelajar sekolah keluar dari rumah dan mungkin tak balik ke rumah pada pukul dua pagi .... balik ke arah rumah hanya kerana rasa takut akibat dikejar kereta / motosikal .... lihat situasi yang tak sepatutnya dilakukan oleh pelajar tingkatan 3 ( lihat perspektif pelajar biasa di sebuah sekolah pada pukul 2 pagi dia buat apa )
8. kejadian ini boleh dielakkan jika arwah dan rakannya berhenti semasa mendengar siren polis dan keluar daripada kenderaan .... paling berat akan ditahan kerana enggan berhenti dan berakhir dengan tangkapan dan dibawa ke balai polis .... ketika ini baru keluarganya tahu bahawa arwah telah ditangkap polis / bukan mati ditembak polis .... ada kebarangkaliannnya.
Kau pun patut kena siasat juga..."berkhalwat" dengan Najib di waktu malam "boleh kata tiap-tiap malam" di hotel di Washington.....hebat hebat hebat
Harap parti2 politik tidak menggunakan isu ini untuk meraih sokongan politik. Dlm hal ini sy berpendapat insiden ini sebagai satu kemalangan. Membiarkan anak bawah umur memandu kenderaan sama seperti membiarkan anak kecil bermain di tepi jalan. Ianya mengundang risiko. Sy bersetuju dengah Shah Qamari bahawa polis bertindak kerana keadaan yang mendesak.
15 tahun? dah bawak kereta? pukul 2 pagi? lpea tu lari dari polis? perrghhh. apa jadah mak pak zaman skarang ni?
mak orang tu kata, jangan tuduh anak dia penyamon. dah nama pon Makkkk..... anak penyamon tarbus perogol bersiri pon akan TETAP sokong anak dia.
jangan terpengaruh dengan gambar comel lote. budak budak zaman skarang merogol pon dah terre.
aku umur 15 tahun dulu balik terlepas magrib sahaja dah kena SEBAT. nak berkeliaran pukul 2 pagi? mintak maappp.
budak budak skarang terutama lelaki umur 11 tahun ke atas sudah MAMPU berfikiran JAHAT. jadi berjaga jagalah.
toksah dok memihak. biar siasatan di jalankan.
kuah kuah kuah kauh aku geli tengkok tgk hang zol(frog)hang nk suruh siasat segera pa nya....hat lakukan tu sapa bukannya dari pihak PR.sendri mau pikiaq la zol...syoq nooo bleh join ngan parti byk duit
hang ni lawak zol hehehehe aku tgk hang awat aku kira nk gelak..hang nk suruh siasat cepat2...
Mana dia parti2 pembangkang?Taknak buat demo ke macam kes kugan dan teoh beng hock,sampai berarak ke kubur,sampai bervigil bagai?
Oh,lupa pulak,budak Melayu aje,lainlah kalau cina dan india barulah boleh melenting kow2.Dap pun senyap aje,ooh tak sangkut paut pun,budak Melayu aje..
sayang nie..kenapa YB zul punya statement tak keluar dlm TV pasal pembunuhan nie?
nie le orang kata habis madu sepah dibuang..YB Zul tak berguna lagi bagi UMNOngok sebab dah tak boleh nyayikan lagu yang sama dgn UMNOngok..
dalam bab pembunuhan nie saya setuju 100% sisatan dibuat dan keadilan mesti ditegakkan
mengikut secara logik takkan 4 anggota polis tak mampu tumbangkan 2 budak yang berumur 15 tahun? kenapa perlu diguna pistol utk menembak? sedangkan mereka hanya budak sahaja
Polis tidak sepatutnya mengeluar kenyataan menyokong tindakan polis terbabit sehingga siasatan dijalankan. Hari ini polis sudah pandai menggunakan media dalam mempengaruhi persepsi masyarakat ke atas sesuatu insiden yang melibatkan Polis. Insiden ini ada saksi, maka biarlah badan bebas yang menyiasat. Kalau semua cadangan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis boleh dihumban ke dalam tong sampah, saya sangsi penemuan yg tidak berpihak kepada Polis akan disanggah oleh Pasukan Polis.
Umur 15 tahun, tak ada lesen memandu, memandu kereta 2 pagi di jalanan, langgar kereta orang, bila dicabar polis pandu nak lari.. 2.00 pagi, nampakkah pols siapa yang memandu, mengapa tidak mahu berhenti, polis misti sangka in geng pecah rumah atau pencolik ganas misti cegah punya, tak mau berhenti lagi, tembak sajalah. Mak yang sayang sangat anak tu mengapa boleh lepas dua pagi di luar, memanglah dia bukan penjenayah, manja tapi mengapa sanggup biar pandu kereta kalau kaki pun tak sampai pedal..sekarang apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur berilah peluang anak Karpal Singh tu hentam polis, hentam kerajaan.
Kalo polis perlu menembak pun, ape hak die utk tembah dekat kepala??? polis yang pegang pistol, sepatutnya dah ditrain utk tembak non vital part pada badan, coth: kaki, tangan... ini tidak, ditembaknyer pulak di kepala... selain itu, dakwaan polis sgt berbeza dgn dakwaan saksi.... byk sgt perkara yg mengelirukan....
Nak komen, nak complaint hak setiap indvidu ler, tapi jangan sampai melukakan hati keluarga arwah. Kita hukum polis, hukum keluarga arwah macam kita sendiri yang nampak dan rasai kejadian tu.
Nak best sikit lagi, ambil kesempatan tibai Zul.Ini cerita Aminulrasyid, bukan cerita Zul p Washington...ini cerita tentang kematian, bukan kisah politik.
Banyak bercakap, kerja tak jadi.
Post a Comment