Salam 2 all.
Saya cuba menziarahi keluarga Allahyarham Aminulrasyid pagi tadi Isnin 19 Jamadil Awal 1431 /03 Mei 2010 di Shah Alam. Tapi saya dapati terlalu ramai pihak media dan politikus disitu, saya membuat keputusan membatalkan hasrat tersebut. Insyallah saya akan cuba menziarahi keluarga Allahyarham apabila keadaan mengizinkan.
Namun saya menilai keadaan yang berlaku dari awal sehingga sekarang dan saya dapati kesilapan terbesar yang berlaku ialah apabila pendekatan yang diambil oleh pihak polis dari awal adalah lebih kepada defensif dan memberi gambaran dan persepsi untuk membuat cover up. Contoh paling jelas ialah kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh pihak polis ialah melabel Allahyarham adik Aminulrasyid sebagai penjenayah dengan kenyataan "cuba mengundur kereta melanggar anggota polis" dan kononnya "terdapat sebilah parang dalam kenderaan tersebut". Ini pada saya adalah cubaan untuk memberi jsutifikasi kepada pembunuhan tersebut dan melabel Allahyarham adik Aminulrasyid sebagai penjenayah.
Rentetan daripada itu, kita melihat pihak polis mengambil pendekatan yang terlalu emosional dan defensif dengan tindakan dan kenyataan yang tidak menunjukkan langsung sikap professionalisma dan objektif. Malahan kritikan dan teguran masyarakat dari kepimpinan tinggi sehingga keperingkat bawahan dilihat oleh pihak kepimpinan polis saperti menyerang institusi polis keseluruhannya. Ini menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap kredibiliti pihak polis untuk menjalankan siasatan secara objektif dan professional.
Sepatutnya daripada awal pihak kepimpinan polis mengambil tindakan tegas menggantung kesemua anggota dan pegawai yang terlibat dengan serta merta. Kemudian sepatutnya pihak kepimpinan polis sendiri yang memberi cadangan supaya siasatan dilakukan oleh Bukit Aman diketuai oleh Timbalan KPN sendiri. Ini sekaligus memberi gambaran kepada rakyat bahawa pihak polis serius dalam menangani isu ini.
Kemudiannya pihak kepimpinan polis termasuk KPN, dan kalau boleh dengan persatuan isteri mereka segera menziarahi keluarga Allahyarham. Ini akan memberi gambaran bahawa pihak polis juga mempunyai sifat nurani kemanusiaan. Malangnya sehingga kehari ini tiada siapa pun daripada pihak kepimpinan PDRM yang menziarahi keluarga malang ini. Pihak polis perlu ingat, menziarahi keluarga Allahyarham tidak bermakna mengaku kesalahan, sebaliknya akan menyerlahkan lagi sikap kemanusiaan pasukan polis.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan keluarga Allahyarham supaya berhati-hati dalam menangani isu ini. Memang kita mahukan keadilan buat Allahyarham. Namun dalam keadaan keluarga yang masih kesedihan, saya melihat terlalu ramai politikus dan pararakus yang cuba mengambil kesempatan politik untuk tujuan dan matlamat yang hanya mereka ketahui. Saya tidak mempertikaikan tindakan dan hak keluarga untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.
Cuma saya khuatir nanti kita ni setakat menang sorak kampung tergadai. Saya masih teringat kes gadis yang ditelanjangkan dalam lokap, mula-mula sahaja para politikus berkompang nak memperjuangkan hak dan keadilan mangsa, tapi bila ternyata gadis itu didapati Melayu, akhirnya siapa pun tak peduli kepada mangsa tersebut.
Saya kurang bersetuju dengan cadangan mengadakan satu inkues atau menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja. Ini kerana tujuannya adalah untuk mengenal pa
sti sebab kematian. Dalam kes ini kita sudah tahu sebab kematian adalah kerana ditembak oleh pihak polis. Mereka yang terlibat pun boleh dikenalpasti. Jadi saya mencadangkan siasatan dibuat menurut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan atas kesalahan membunuh.Dan kita beri peluang kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat untuk membela diri mereka. Apa yang kita mahu tahu sekarang ialah samada mereka sengaja menembak mati dan membunuh Allahyarham adik Aminulrasyid? Kalau dilihat dari fakta yang ada setakat ini, dengan berbelas tembakan dilepaskan, dengan kesan tembakan daripada belakang dan dikepala, dengan perlakuan anggota yang terlibat memukul dan menyerang rakan Allahyarham adik Aminulrasyid selepas kejadian, dengan cubaan untuk membuat coverup, satu kes prima facie pembunuhan dibawah Seksyen 302 mungkin boleh dibuktikan.
Apapun yang penting, kita mahukan keadilan untuk Allahyarham adik Aminulrasyid. Kita memang menghargai usaha pihak polis untuk menjaga keamanan negara dan mencegah jenayah. Namun kita tidak memerlukan anggota dan pegawai polis yang "trigger happy" dan berlagak saperti "polis koboi" dinegara ini. Hanya kerana tindakan segelintir pegawai dan anggota yang tidak professional langsung dalam tugasan mereka, habis seluruh institusi dan nama baik pasukan polis tercemar, dan segala usaha menaikkan semula nama pasukan dan usaha penambahbaikkan menjadi terbantut.
Wassalam.
Zulkifli bin noordin
Isnin
19 Jamadil Awal 1431
03 april 2010
######################################
(Petikan lapuran terbaru kes tersebut daripada Malaysianinsider.com bertarikh hari ini)
Rakan Aminulrasyid pertikai versi polis
SHAH ALAM, 3 Mei — Aminulrasyid Amzah tidak pernah merempuh kereta peronda tetapi mereka ditembak dari belakang oleh anggota polis pada hari kejadian minggu lalu, kata rakannya Azamuddin Omar (gambar, kiri) yang menemaninya pada hari kejadian.
Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Azamuddin berkata Aminulrasyid cuba melepasi beberapa motosikal yang mengejarnya selepas keretanya tergesel sebuah kereta lain di Seksyen 7 sebelum itu.
Selepas rakannya ditembak, menurut Azamuddin, dia ditendang dan ditumbuk berkali-kali oleh beberapa anggota polis selepas keluar dari kereta dipandu Aminulrasyid.
“Mereka tembak dia di kepala (dari belakang) dan dia rebah di riba saya. Tetapi kakinya kekal pada pedal minyak dan kereta pula terus bergerak,” katanya.
Kata Azamuddin, polis terus-menerus menembak kereta sehingga ia terlanggar tembok sebuah rumah di Seksyen 11.
Pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 itu berkata, sebelum insiden tersebut dia dan Aminulrasyid hendak berjumpa dengan seorang rakan di Seksyen 7 di sini kerana tayar motosikalnya pancit.
“Dalam perjalanan ke sana, kereta yang dipandu Amunulrasyid tergesel dengan sebuah kereta lain menyebabkannya menjadi panik lalu melarikan diri.
“Namun begitu ketika hendak keluar dari restoran Ali Corner, kami dikejar oleh beberapa motosikal kemungkinan besar rakan kepada pemandu kereta tadi.
“Ketika hendak melepasi Bulatan Kayangan Seksyen 12, salah seorang penunggang tersebut ingin memintas kami tetap terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkannya terjatuh,” katanya ketika sidang media di pekarangan rumah Allahyarham Aminulrasyid.
“Aminulrasyid bertambah panik dan memandu dengan laju lalu memotong kereta peronda polis menyebabkan kenderaan itu terus mengejar kami.
“Kami dikejar sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan sebaik sahaja memasuki simpang Jalan Tarian, saya terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang.
“Walaupun dipandu terhoyong-hayang tetapi Amirulrasyid masih dapat mengawal pemanduan sebelum tembakan terakhir meragut nyawanya lalu terbabas melanggar tembok rumah dan berhenti,” katanya.
Azamuddin dikatakan telah membuat laporan polis kira-kira 9.40 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monalisa Mokthar berkata, Azamuddin masih lagi dalam keadaan trauma dan kini masih menerima rawatan ekoran kejadian tersebut.
“Azamuddin masih lagi trauma dan walaupun dia pergi ke sekolah seperti biasa tetapi rawatan tetap diberikan memandangkan tahun ini dia akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
“Mungkin dia perlu masa lama untuk sembuh kerana saya pasti kejadian yang pasti akan dia ingat selama-lamanya,” katanya.

20 komentar:
Salam Pagi,
Bernas pendapat YB dalam hal ini. Bagaimana pula dgn APCO/Asiasoft, minta komen sikit kalau. Ini dah kira kes kedaulatan/maruah umat Islam Melayu Malaysia yg perlu berwaspada dan mencurigai Yahudi Laknatullah.
khakkk ptuihhhh...!!
Shah Alam kt Kulim ke?
Serdang ye la kot sebelah Kulim, bukan nya Serdang UPM tu
kt shah alam ada APCO kot?
Encik Zul nie tak mau cite pasal APCO ka?
Pelik?><@#$ Heran$%#??
APCO hal negara...
Mungkin tak penting sgt kot
Aku mana tau sebab dok Kuala Nerang saja..
tengok komuter warna merah jambu pun aku dah seronok
Salam...........
Kesilapan terbesar ialah ibu dan keluarga allahyarham gagal mendidik dan mengawal anak mereka. Kenapa mereka biarkan anak yang baru berusia 15 tahun memandu kereta tanpa lesen. Mengapa dibiarkan anak yang berusia 15 tahun itu keluar sampai lewat tengah malam.Bila dah jadi masalah ramai orang yang menanggung beban. Ini seolah-olah keluarga itu sendiri tidak berdisiplin. apa sahaja yang dilakukan oleh anak-anak berpunca dari didikan keluarga!
Ini mungkin Allah swt hendak menyelamat keluarga tersebut dari masalah yang lebih teruk maka diambil diambil anak itu terlebiuh dahulu. Atau mungkin Allah swt hendak menyelamat anak itu dan memberi pengajaran kepada keluarganya sedemikian rupa. Wallahualam
POLITIKUS MANER YG YB MAKSUDKAN???
SALAM REFORMASI.. .
saudara YB jgn la mebesarkan hal2 remeh.. .Pemimpin PR yang ade pon sekadar membantu yg terbaik.. .MB ke MP Khalid Samad ker?? dh dlm negeri Selangor...takkan mereka nk buat2 BUTA je.. .bile pulak politikus PR nk ganggu siasatan??Saudara Zul, kalo ko tu JUJUR dalam perjuangan saudara.. .nape x singgah je bile nak ke rumah arwah.. .
SAPE YG SEBENARNYE POLITIKUS????
SAPE NK HALAU SAUDARA BILE SAUDARA MENYINGGAH???COME ON LA SAUDARA.. .KALO KES MCM NIE,LUPEKAN LA PANGKAT DAN STATUS..TURUN SEBAGAI INSAN BIASE..PAHAM!!!
CAKAP X SERUPR BIKIN LA.. .
WASSALAM.. .TAKBIR!!
ADUUHHHHH...JALAN DAAAAAAAAAA...
NGO NGO POLITIKUS POLITIKUS PEGUAM PEGUAM YG BIJAK SANA....(yang amik kesempatan dalam kes allahyarham adik aminul)
kenapa tak dengar pun anda semua membela polis yang kena langgar olih penunggang motosikal semasa menjalankan tugas...pilih kasih nampak.....
Tuan YB.
Mohon dibaca andaian berlakunya kes ni...
Andaian ni boleh dicapai dan difahami setakad umur darjah 3 pun boleh.
Mudah dan sangat jelas.
Polis bukan difensive tetapi tersepit.
Taming Sari
http://empayar-malaya.blogspot.com/2010/05/amirulrashid-dan-polis-antara-kebenaran.html
Y.Bohong,
Cuba nau jawab tujuan ko pi US ari tu sebenarnya nak jumpa najib dan terima ganjaran ajer kan???
Sebab x de pun muka kau dalam meting kat sana??
Jawab Ya atau Tidak saje..?
yb zul,utk pengetahuan.saya org yg terdekat dengan saudara mangsa dan sudah menghadiri majlis tahlil masa mula2 kes ini berlaku.ini bukan masalah politik, kerana dua2 pihak bersetuju utk selesai masalah dengan baik.Saya tertanya2 kenapa saudara zul tidak membantu kes ini dan banyak bercakap sahaja?
YB,
Pandangan saya..Kesalahan pertama adalh arwah itu sendiri dengan keluar curi, tanpa lesen dan pandu laju seolah-olah melarikan diri dari Polis...dan seolah-olah baru melakukan jenayah, padahal mungkin tak da lesen aje... saya pasti polis sudah menyalakan lampu dan membunyikan siren ketika mengejar..atau signal-signal yang jelas supaya mangsa berhenti.
Keslahan kedua, pihak polis mungkin telah tersalah jangka yang mangsa itu penjenayah, cuma remaja nakal yang gabra atau pun nak tunjuk terror atau panik...
Tetapi yang nyatanya..Polis tersebut hanya ada beberapa saat untuk membuat keputusan samada utk menembak atau sebaliknya.
Keadaan adalah amat sukar, lebih-lebih lagi pada pukul 2 pagi, tatkala terlampau banyak kes jenayah disekeliling kita.
Kalau tak percaya, pergi duduk di Balai Polis..dan kira kes jenayah yang dilapurkan..dan polis2 kita ini perlu menyiasat kesemuanya dan tak dapat nak mengelak pun..kertas siasatan perlu disiapkan.
Apa-apa pun insiden ini memang lah kita nak elakkan, tetapi sewaktu kejadian, Polis hanya ada beberapa saat utk bertindak. Kita pun tahu, berapa banyak polis yang cedera dan terkorban waktu menjalankan tugas...tapi bila polis kena..kita kata,,itu tanggungjawab mereka.
Mungkin PDRM perlu memperluaskan penggunaan senjata yang tidak membunuh sebagai tindakan awal..seperti peluru getah ataupun stun gun/taser, sebelum pendekatan yang seterusnya..
Tapi..kita yang bercakap ni senanglah...orang yang nak menghadap penjenayah setiap hari itu polis..bukan kita..
Apa-apapun ambik ikhtibar..
Yang Bohong Zul...lebih baik hang diam saja la. Biaq YB Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam yang hang meluat sangat tu selesaikan. Hang tak payah sibuk2. Mai balik KBB selesai masalah rakyat. Gunalah "duit" yang hang ada la ni, kot2 boleh "rasuah" rakyat KBB pula.
tidak wajar desak YB zul ulas apco. nak kata salah tak kata pon salah.nak kata apco salah tak patut sebab baru ja mula lembaran baru berkawan dgn UMNO.Nak kata tak salah nampak sangat berlawanan gn naluri.pilihan yang ada diam ja la.cari isu lain buat modal
salam
agak lucu kenyataan ini,dimana hajat untuk singgah,tetapi tak jadi sebab ade "orang" yang tidak disukai..
mana profesionalnya?takut?tak ikhlas?tak berani?dan segala macam tak(negatif) lagi..
saya masih teringat kata2 pakar motivasi,buangkan dulu cara berfikir yang negatif dan ambil yang positif..
kene belajar dulu cara berfikir..org sekeliling akan memandang kita melalui pancaran minda kita..
agak mengecewakan bagaimana YB DSAI memilih kriteria yang melayakkan seseorang itu menjadi calon pada PRU-12 yg lepas..
YB Zul, Assalamualaikum,
Semoga sedara YB Zul dalam sihat sehjahtera hendaknya. Mintak komen ttg APCO. Jgn la senyap je. Jgn takut berbicara ttg UMNO-APCO. Saudara ni Islam la kononnya tetapi bersekongkol dgn UMNO yg lantik company Yahudi jadi penasihat. Saudara ni nampak cerdik dan Islamik tetapi bersekongkol dgn UMNO parti penuh rasuah dan yg menyuburkan judi. Saudara ni nampak berwibawa tetapi wibawa saudara sudah jatuh tersembam bumi kerana bersekongkol dgn UMNO parti haprak. Saudara nampaknya sudah tewas dgn duniawi. Kelabu mata dan iman. Parti UMNO itu adakah lebih baik dari PAS dan PKR? Sgt menyedihkan kerana saudara contoh orang yg sanggup bersekongkol dgn UMNO parti yg penuh kehinaan dan menolak hudud.
Bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka.
Is police investigation into Aminul Rashid's death hampered by tainted statemetns
read all about it at
http://marahku.blogspot.com/2010/05/is-police-investigation-in-aminur.html
Salam YB..
Biarlah perlantikan YB Ezam dapat memberikan peluang kpd beliau menebus kembali dosa-dosa beliau bersubahat dgn DS Anwar Ibrahim.. Better late than never YB Ezam..
Jiwarakyatmalaysia.. "Adakah UMNO lebih baik dari PAS dan PKR??? Jawapan saya seribu kali lebih baik dari PAS (yg bertopengkan agama) dan sejuta kali lebih baik dari PKR ( pemimpin yg memperolokan agama).Wallahualam..
Polis melihat kenderaan yang mencurigakan, memberi arahan untuk berhenti, kenderaan memecut cuba lari, polis kejar, siren bunyi wee, woo, wee, woo, wee, tapi kereta terus memecut bukan kata nak berhenti tapi makin laju - polis tentu fikir, ini penjenayah besar ni, mungkin penjenayah ganas dan berbahaya, pengganas yang tak takut mati yang rela mati dari menyerah, nak lepaskan kah atau nak suruh berhenti - mungkin itu sebabnya polis menembak memikirkan kalau penjenayah ini dapat dikalahkan, akan lebih selamatlah rakyat Malaysia khususnya mereka di Shah Alam. Malam jam 2,00 pagi, nampakkah polis siapa yang memandu, kalau begitu laju manalah tahu baru budak berumur 15 tahun. Mengapa mak bapak lepas anaknya merayap hingga jauh malam, tidak berlesen tetapi memandu kereta laju pulak.Siapa salah Polis jugak yang salah??? Trigger happy atau mempertahankan negara??? Wallahualam.
Lain kali kalu budak bawah umur keluar memandu sila letakkan tanda Child on board kat cermin belakang.
Ramai saksi yg berada di Restoran Ali Conner seksyen 7 tahu, bagaimana bermulanya kejadian langgar dan lari.
Saya juga sarankan agar kedua-dua anak yang baik tersebut dibuat ujian saringan air kencing. Terutama sekali anak sarjan polis yang jadi saksi. Mungkin ada cerita lain sehingga mereka berdua benar2 cuba lari dari pihak polis walaupun siaren serta tembakkan amaran telah dibuat.
Itupun jika mahu keadilan dan perlu diingat, keadilan bukan sahaja untuk arwah serta rakannya yang telah dibuang sekolah, tetapi keadilan untuk semua rakyat malaysia yang mungkin telah tertipu oleh lakun layar Khalid samad yang menaja bunting sekitar shah alam. "KEADILAN UNTUK SEMUA"
YB Zul.
Kelakar bunyinya bila bebudak yang tak cukup masak cuba masuk nak bagi komen dalam blog kau ni.
Kau buka cite pasal budak umur 15 tahun mati ditembak polis. Yang depa pi tulis pasal Apco la, pasal kau pi USA la, pasal Umno la ... apa kejadahnya. Kalu bebudak ni bagi keterangan dalam makamah sebagai saksi, sure hakim perambat keluar. Kau sorang peguam tentulah kau lebih faham.
Tak relevan langsung. Tapi tak apa lah Zul. Anggap saja depa tu bebudak setengak masak. Entah2 dia sendiri tak faham apa yang dia tulis dan juga tak faham pun apa yang kau tulis.
Sabor jer ler Zul.
Kenapa Pakatan Rakyat tidak membangkitkan isu kemalangan yang membabitkan seorang askar di Johor yang telah dilanggar oleh TIAN CHUA?
Mana Keadilan yang dilaungkan??
Post a Comment