29 April 2010

TAHNIAH KTMB


SELAMAT...penumpang wanita kini tidak perlu bimbang gangguan seksual melalui pengasingan gerabak khas komuter untuk mereka.

(Kelihatan penumpang wanita yang selesa dengan koc khas wanita KTMB)

Salam 2 all.

Alhamdulillah akhirnya usul yang telah saya bawa beberapa kali di Parlimen berkaitan dengan perlaksanaan koc khas untuk wanita akhirnya menjadi kenyataan. Saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan KTMB yang telah melaksanakan "Koc Khas Wanita" bagi perkhidmatan komuter mulai semalam. Saya telah menulis panjang berkenaan perkara ini dalam entri di blog ini bertajuk "Koc Khas Wanita" bertarikh Jumaat 17 Rabi'ul Awal 1431 bersamaan 02 April 2010.

Semoga usaha murni kearah menerapkan nilai Islam dalam cara hidup umat ini akan diberi keberkatan oleh ALLAH. Apa yang lebih membanggakan ialah wanita-wanita bukan Islam juga mengalu-alukan dasar baru KTMB mengadakan koc khas ini. Moga-moga dengan cara itu, mereka akan lebih menghargai nilai kehidupan menurut syariat Islam, dan insyallah akan lebih mendekati Islam dan moga terbuka hati mereka untuk menerima cahaya dan petunjuk Islam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
14 Jamadil Awal 1431
29 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada akhbar Harian Metro bertarikh Khamis 02.04.2010)

'Kami lega'

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

2010/04/29

KUALA LUMPUR: Pengguna komuter terutama wanita boleh menarik nafas lega berikutan pelaksanaan sebuah gerabak dikhaskan untuk golongan itu mula beroperasi, semalam.

Penumpang, Shahirah Mohd Shariff, 24, berkata pengasingan gerabak boleh mengelak berlaku gangguan seksual terhadap penumpang wanita terutama dalam keadaan sesak pada waktu puncak.


“Sebelum ini, rakan baik saya pernah diraba seorang lelaki ketika berhimpit-himpit dalam tren dan pengalaman ngerinya itu membuatkan saya trauma menggunakan perkhidmatan ini.


“Bagaimanapun, saya lega kerana gerabak khas wanita disediakan dan kini saya boleh ke tempat kerja tanpa perlu berasa bimbang kejadian sama berlaku,” katanya.


Bagi Aishah Omar, 42, dengan adanya gerabak yang khusus untuk kaum wanita, peluang warga emas, wanita mengandung dan yang membawa anak kecil mendapat tempat duduk lebih cerah.


“Pendekatan KTM ini sangat bertepatan berikutan ramai rakan wanita yang merungut tidak selesa kerana terpaksa bersentuhan dengan lelaki jika tren terlalu sesak selain pengalaman melihat sendiri seorang gadis diraba warga asing,” katanya.


Pekerja swasta, Ruby Hanim Sohana Ariffin, 45, pula menyifatkan pengasingan itu memberi kemudahan kepadanya malah dia kini tidak perlu berebut dan berdiri lama dalam tren berikutan bilangan penumpang berkurangan kerana gerabak itu tidak mempunyai penumpang lelaki.

Bagi seorang penumpang, Nor Amirruddin Nordin, 24, pengasingan gerabak itu langkah tepat bagi mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku.

“Ia memberi kelebihan kepada wanita kerana mereka tidak perlu bimbang bersentuhan dengan berlainan jantina. Begitu juga lelaki kerana tak semua antara kami selesa jika terpaksa berhimpit dengan wanita,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata gerabak khas itu boleh dikenal pasti melalui pelekat merah jambu ditampal di setiap cermin tingkapnya dan kain rentang dipasang di setiap platform selain pengumuman mengenai pengasingan itu dibuat di beberapa stesen.


“Bagaimanapun beberapa penumpang lelaki agak keliru dan ada masih menggunakan gerabak khas itu hari ini (semalam),” katanya mengiringi wartawan membuat tinjauan, semalam.


Mohd Hider berkata, ia akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk melatih orang ramai mematuhi arahan kerana pihaknya akan selaraskan peraturan baru itu dimulai laluan dari stesen Sentul ke Port Klang dahulu.

Katanya, tempoh percubaan akan dilakukan selama seminggu untuk mendapatkan reaksi orang ramai mengenai pengasingan gerabak itu manakala operasi gerabak wanita bagi laluan Rawang ke Seremban dijangka dilaksanakan 15 Mei ini.

TAHNIAH TUANKU!

Salam 2 all.

Saya mengalu-alukan titah Tuanku Sultan Selangor yang menasihatkan mereka yang menyalahgunakan masjid sebagai pentas politik kepartian yang sempit supaya menghentikannya. Saya kira ini adalah nasihat yang sangat kena pada tempat dan masanya. Ini kerana saya melihat gejala menyalahgunakan masjid untuk tujuan politik kepartian yang sempit termasuk di platform ceramah, kuliah dan khutbah akhir-akhir ini makin menjadi-jadi.

Saya pernah sendiri mendengar seorang khatib merangkap pengerusi masjid merangkap pimpinan sebuah parti politik yang menggunakan khutbah Jumaat tempat menghentam dan memfitnah lawannya tanpa sedikit pun perasaan malu kepada ALLAH, mengguna bahasa maki hamun dan fitnah yang tiada batasan agama.

Malah pernah saya menghadiri satu ceramah dimana seorang penceramah berkopiah serban memaki hamun seorang ilmuan Islam yang lain hanya kerana didakwa tidak sealiran mazhab dengan beliau. Sehingga ilmuan tersebut diisytiharkan beliau sebagai sesat!! Na'uzubillah. Mentang-mentang sudah menguasai surau masjid, habis diguna platform masjid surau untuk agenda politik kepartian yang terlalu jumud dan sempit.

Memang Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, tetapi menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan politik kepartian yang terlalu taksub juga tidak dibenarkan, kerana ianya akan membawa kepada perpecahan. Dan inilah yang berlaku sekarang.

Saya masih ingat lagi peristiwa yang berlaku beberapa tahun lepas kepada seorang penceramah dan pendakwah bebas di utara negara yang sangat dihormati dan terkenal cara dakwahnya yang diterima ramai. Hanya kerana beliau hadir dalam satu forum yang dikatakan dianjur oleh sebuah badan politik, habis beliau dimaki hamun dan diberi gelaran dengan pelbagai macam label.

Sehingga bukan sahaja ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah beliau disurau masjid dibatalkan, malah sehingga ada yang membuang kaset dan kitab yang beliau ajar! Dan yang paling malang, pendakwah tersebut langsung tidak diberi peluang untuk memperjelaskan keadaan atau membela diri. Hukuman terus dijatuhkan tanpa sedikit pun menurut landasan dan nilai-nilai yang diajar oleh Islam. Dan yang lebih teruk, keputusan mengharamkan pendakwah itu berceramah dibuat berdasarkan keputusan politik kepartian, bukan berlandaskan syariat dan hukum hakam Islam. Begitu ketaksuban politik kepartian yang sedang berlaku sekarang.

Saya sangat berharap kita dapat mengambil sebagai contoh ulama'-ulama' dan pendakwah pendakwah hebat saperti YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, YB Ustadz Nasharudin Mat Isa, YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Sahibul Fadhilah Dr. Abdullah Yasin, Ustadz Hussein Yee, Dr. Asri Zainul Abidin, Ustadz Dato' Shamsuri Ahmad dan ramai lagi yang menjadikan masjid dan surau sebagai medan dakwah dan menyebarkan Islam tanpa perlu berpolitik kepartian yang sempit. Walaupun ada diantara mereka adalah ahli parti politik, tetapi jarang benar kita nak mendengar mereka menggunakan majlis kuliah dan ceramah mereka di masjid surau untuk agenda parti politik mereka. Itulah namanya pendakwah yang sebenar dan ikhlas dengan agamanya.

Sebab itu, saya berpendapat nasihat dan titah Tuanku Sultan Selangor tersebut sangatlah kena pada masa dan tempatnya. Apa yang malang titah Tuanku Sultan telah diputarbelitkan dan didakyah sebagai agenda politik golongan tertentu, sedangkan ianya memang titah Tuanku Sultan sendiri yang saya percaya sangat khuatir dengan gejala politik kepartian yang makin melampau dimasjid dan surau di Selangor ini khususnya.

Semoga nasihat dan titah Tuanku tersebut akan membawa menafaatnya kepada kita semua. Saya menyeru diri saya dan saudara seagama dengan saya semua supaya kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita punya satu Tuhan, satu Nabi, dan satu Kitab; mengapa kita menjadi begitu sukar untuk menghayati "Satu Islam: Aqidah di Dahulukan, Syariat Dimartabatkan"! Dan semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua dalam perjuangan memartabatkan Islam insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Jamadil Awal 1431
29 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selangor tak alu pemimpin salah guna masjid
Apr 29, 10 1:06pm

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.


"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Menurut baginda, keadaan adalah berbeza pada zaman Nabi Muhammad SAW yang bercerama di masjid pada zamannya untuk menyedarkan umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya.


Baginda bertitah Rasullullah tidak menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Justeru adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasullullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka," titah baginda.


27 April 2010

SIASAT SEGERA!


(Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15 tahun yang ditembak mati semalam)

Salam 2 all.


Saya terkejut membaca berita seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh sepasukan polis di Seksyen 11 Shah Alam semalam. Mengikut lapuran awal, remaja tersebut kononnya didakwa memandu sebuah kenderaan bersama seorang rakannya dan memotong sebuah kenderaan polis. Menurut lapuran rakannya tersebut, pihak polis telah menembak kenderaan tersebut menyebabkan ianya terbabas. Rakan Allahyarham kemudiannya ditahan dan ditendang beberapa kali. Lapuran awal menyebut Allahyarham Aminulrasyid dikatakan mempunyai kesan tembakan dari belakang.

Apa yang dikesalkan, kenyataan awal dibuat memberi gambaran seolah-olah Allahyarham Aminulrasyid seorang penjenayah dengan dakwaan kononnya terdapat sebilah parang didalam kereta tersebut.

Saya kira ini adalah satu dakwaan yang boleh menyebabkan siri lawak Senario menjadi hambar. Takkanlah budak berumur 15 tahun tidak boleh ditahan. Saya melihat gambar Allahyarham Aminulrasyid, ternyata beliau mempunyai tubuh badan yang kecil. Malahan ibu Allahyarham juga mengesahkan Allahyarham bertubuh kecil, seorang periang dan mempunyai ramai rakan. Apa yang menyedihkan ialah Allahyarham adalah seorang anak yatim yang kematian bapanya pada tahun 2004. Menurut kata ibu Allahyarham, Puan Norsiah Mohamed, 61 (gambar dibawah), Allahyarham yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya beriya-iya mahu membersihkan kubur Allahyarham bapanya akhir-akhir ini, tetapi tidak berkesempatan. Rupa-rupanya itu petanda Allahyarham akhirnya menurut jejak langkah Allahyarham bapanya ke alam barzakh!

Apa pun, saya tidak boleh menerima hakikat pihak polis mesti melepaskan tembakan terhadap Allahyarham sehingga membunuh beliau. Apakah pihak polis tersebut tidak mempunyai alternatif lain untuk menahan kenderaan tersebut. Takkanlah sampai perlu melepaskan tembakan!!

Kejadian ini menambahburukkan lagi imej polis yang sudah pun sedia buruk. Usaha yang cuba dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk memulihkan imej pasukan polis akan menjadi sia-sia jika "polis koboi" sebegini dibenarkan bertindak sesuka hati mengikut nafsu mereka dan dilindungi dari sebarang tindakan.

Oleh itu, saya mendesak supaya pihak berkuasa Bukit Aman mengambil alih siasatan ini dan lebih baik ianya diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara sendiri untuyk memberikan gambaran bahawa kepimpinan polis memandang serius isu ini. Saya juga mendesak anggota polis yang terlibat digantung serta-merta (saya mendapat maklum mereka hanya dipindahkan ke kerja pejabat!!). Sekiranya terdapat kes, pihak yang terlibat hendaklah dikenakan pertuduhan membunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Saya juga berharap tiada pihak cuba mengambil sikap melindungi penjenayah-penjenayah ini.

Saya menghormati kenyataan YB Menteri Dalam Negeri yang memberi jaminan akan menubuhkan pasukan penyiasat khas untuk menangani perkara ini. Saya juga menghormati tindakan segera YB Dato' Noh Omar yang memberi jaminan akan memberi segala bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham untuk mendapat keadilan. Cuma saya berharap tiada pihak menangguk di air keruh dan cuba menjadi hero kampung berkompang kesana kemari mempolitikkan isu ini. Ini bukan isu politik, ini adalah isu jenayah yang perlu ditangani dengan segera. Malahan saya bersama rakan-rakan peguam bersedia membantu keluarga Allahyarham untuk menuntut keadilan. Insyallah saya akan sentiasa memantau kes ini dan akan membangkitkan isu ini dari masa kesemasa. Malahan saya telah menghubungi rakan senator di Dewan Negara yang sedang bersidang untuk membangkitkan isu ini dalam sidang dewan yang sedang berlangsung sekarang.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Jamadil Awal 1431
27 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Panel khas KDN siasat kes remaja mati ditembak polis

2010/04/27

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi semalam di Seksyen 11, Shah Alam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun.

"Justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.

"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.

"Masih terlalu awal untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul, biarkan kami membuat siasatan dahulu, siasatan bersandarkan prinsip kebenaran bagi mengelakkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama yang membabitkan kes tindakan polis," katanya.

Justeru, beliau meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu hingga mengeruhkan lagi keadaan.

Beliau turut memberi amaran keras kepada pihak dan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian itu termasuk menjadikannya isu politik sehingga mengelirukan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Sementara itu, itu, Hishammuddin berkata setiap saksi dalam inkues kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, diberi jaminan keselamatan sepanjang prosiding itu berlangsung.

Beliau mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima oleh pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis, oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap keterangannya kelmarin.

"Kalau cakap fasal ugutan, saya pun pernah terima ugutan malah Ketua Polis Negara pun dua hari lalu dapat ugutan juga. Setiap ugutan yang diterima, kita siasat dan dalam kes Dr Venezis ini kita juga sedang membuat siasatan.

"Dr Venezis tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa memberikan perlindungan kepadanya selagi beliau berada di negara ini," katanya.

Hishammuddin juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang menjadi saksi penting keluarga mendiang tetapi sehingga ke hari ini tidak muncul memberi keterangan sehingga mengganggu prosiding.

"Dia minta kita beri jaminan keselamatan tetapi bila kita sudah beri, dia pula buat hal dan tidak juga datang. Apa masalah dia yang sebenarnya," katanya.

Terdahulu, Hishammuddin menghadiri majlis ramah mesra bersama Ahli Lembaga Hakim Pelawat Jabatan Penjara di Mess Pegawai Penjara Kajang.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat, dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penjara, Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood. - Bernama


Ibu remaja mati ditembak polis minta anak tidak digelar penyamun

2010/04/27

SHAH ALAM: Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.

"Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan," katanya kepada pemberita di rumahnya ketika dikunjungi Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, hari ini.
Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.

"Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi hajat itu tidak tercapai," katanya.

Norsiah berkata, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini malam tadi.

Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu.

Noh pula berkata, beliau akan membangkitkan isu kematian remaja itu dalam mesyuarat Kabinet esok bagi meminta supaya polis menjalankan siasatan kes itu secara adil.

Beliau berkata, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, sendiri telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan tidak akan melindungi pihak yang terbabit.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata Umno negeri sedia membantu termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pula meminta agar siasatan polis dilakukan dengan jujur dan telus dalam usaha mengenal pasti perkara sebenar yang berlaku.

Beliau juga berkata, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri, Rodziah Ismail, akan memantau keadaan sebelum mengambil langkah yang sepatutnya berhubung kebajikan keluarga itu. - Bernama

26 April 2010

MalaysiaKuno?!

Salam 2 all.

Saya lampirkan dibawah kenyataan YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang menunjukkan betapa rendahnya tahap etika kewartawanan MalaysiaKini yang nampaknya makin kuno cara lapurannya.

Saya percaya sudah tiba masanya pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh keatas media portal ini termasuk apakah mereka dibiaya kumpulan tertentu untuk mereka-reka lapuran palsu mengenai YB Wee ini. Kita juga mahu siasatan dibuat siapa yang mengupah mereka ini untuk mereka lapuran palsu saperti yang ditegaskan oleh YB Wee. Saya percaya pihak berkuasa tidak perlu khuatir untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik serta editor dan wartawan-wartawan serta penulis kolum di MalaysiaKini yang akhir-akhir ini bertindak seolah-olah mereka golomgan yang "untouchables"-kononnya mereka tidak boleh disentuh.

Saya tahu nanti akan ada pihak tertentu akan melalak kesana-kemari mendakwa pihak berkuasa bertindak menghalang kebebasan bersuara. Tapi ini bukan soal kebebasan bersuara; ini soal kebenaran dan maruah kewartawanan. Kita tidak mahu dilihat sebagai negara yang membenarkan kilang fitnah bercambah tanpa kawalan. Saya menyeru pihak berkuasa jangan khuatir dengan salakan kebebasan mereka, tetapi utamakan keharmonian dan keselamatan rakyat negara ini.


Wasalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
11 Jamadil Awal 1431
26 April 2010

#################################
(Petikan daripada www.weechookeong.wordpress.com)

Press Release by Wee Choo Keong, MP for Wangsa Maju, on 22 April 2010, at Parliament House.

___________________________________________________________________

Malaysiakini wilfully lied to and led by nose to report off-target news and yet not any wiser!

The sad part about this news portal is that it had been continuously being made used of and has still not awoken to the fact. Or perhaps it has, unwittingly or wittingly, lost complete semblance of its independence and degenerated into doing dirty work for others.

The truth is I have been ignoring a series of reports in this news portals (and others) where it had made at least 4 false allegations that I was supposed to have resigned from PKR on various occasions. It had been missing the targets so many times that its reporting has become a joke and laughing stock for its readers.

Here’s the chronology.

Initially, I was supposed to have resigned soon after the resignation of the three MPs – namely YB Zaharain, YB Tan Tee Beng and YB Mohsin – and then followed by after the resignation of Adun YB Tan Wei Shu in Kedah. When these wild allegations were proven to be completely false, new wild allegations surfaced in the news portal that I was supposed to have resigned on Nomination Day for the by-election of the Hulu Selangor Constituency.

Well, in order to give its reporting credibility, the news portal said that the false allegations were strictly based on sources from within PKR. I have reasons to believe that the false allegations were fed by a few “little napoleons” with the predominant aim to damage my reputation and/or force me out of the party.

More, when the DPM revealed on the night of 19 April 2010 in Hulu Selangor that on 20 April 2010 another top PKR leader will announce his resignation from PKR, on the same night, the certain news portal started to spin and churn out baseless “news” giving the impression that I was the PKR leader who will be resigning. Many reporters also were immediately fed with the same false information by the “little napoleons” that I was the PKR leader that the DPM was referring to.

However at 11:00 am on 20 April 2010 at Hilton Hotel, it was Dr Halili Rahmat who held a press conference and announced his resignation from PKR due mainly to the reason that PKR has lost its original objective to fight for justice, etc. Obviously the “little napoleons” were very disappointed and dissatisfied with their failed political agenda and dirty tactics because I did not resign from PKR.

The lies and madness continue. Immediately after the press conference by Dr Halili on 20 April 2010, many reporters from the msm and news portal were fed with so-called  “new information” by the “little napoleons” that I will be holding a press conference on the same day (20 April 2010) at 2:30 pm in Hulu Selangor to announce my resignation from PKR. Again the “little napoleons” were wrong and proven to have been feeding false information to reporters. I would have thought that the reporters and the editors of Malaysiakini would have become wiser and be a good judge of the characters of these “little napoleons” and ignore these boys who continue to cry wolf!  But, alas, it’s not to be.

Now, for the latest joke and miss-reporting. Yesterday (21 April 2010), a reporter by the name of En Hazlan Zakaria, had mischievously wrote a news report entitled: “Paling tadah? MP Wangsa Maju membisu.” The blatant lie was, of course, published in Malaysiakini. For the record, on 20 April 2010 evening I was merely having a casual conversation with three reporters and En Hazlan Zakaria was definitely not one of the three. He was never present.

Furthermore, the said casual conversation took place in the MP Lounge and not in the Parliament Lobby as reported by him in Malaysiakini. Since he was not present during the said conversation, he obviously had to make a wild guess, a totally irresponsible poor try to be credible. This irresponsibility and dodgery was similar to the Malaysiakini report about my Washington trip in March 2010 when the only reporter present to cover the CSIS Forum was a Malaysiakini reporter but the news portal did not publish the event. It was, however, published as a scoop by another portal! A day or two later, a desperate attempt at being caught flat-footed probably, almost the same content of the report by the said portal was regurgitated and reproduced by Malaysiakini minus the parts on character assassination, for obvious reasons. A lackey will do what a lackey does.

In this “Paling tadah” report, this reporter saw it fit to state “Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam pada ceramah di Ampang Pecah semalam menaikkan kemarahan ahli-ahli PKR apabila beliau menimbulkan spekulasi bahawa seorang lagi MP parti itu akan berpaling tadah.”

Last night, when I checked with YB Manikavasagam about this particular quote in the said report, he categorically denied having said in the ceramah in Ampang “bahawa seorang lagi MP parti akan berpaling tadah.” However, YB S Manikavasagam did say in the same ceramah that all MPs have the right to resign from the party, including himself, if the MPs feel that they no longer share the same directions of the party.

Immediately after this particular quote from YB S Manikavasagam, the said reporter and/or Malaysiakini jumped at the opportunity and tried very hard to cause maximum damage by publishing a totally new wild allegation against me. In the last 4 paragraphs of the said report, the said reporter and Malaysiakini disgustingly latched on to the remark and quickly launched another dirty mission by manufacturing the said new allegation and crediting it with phrases such as “Menurut sumber” and “Kata sumber itu.”

Further, in the last two paragarphs, Malaysiakini published the following:

“Wee akan diperhatikan dengan teliti oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat apabila BN dijangka akan membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Khamis ini.

Jika Wee berucap menentang parti dan juga ketua umumnya, beliau pastinya akan dipecat dan tidak perlu bertindak melompat keluar PKR.”

It had been established that there would only be four speakers from the opposition and four from BN to debate on the motion to refer YB Datuk Seri Anwar Ibrahim to the Rights and Privileges Select Committee. I am certain that the group of “little napoleons” would definitely not select me to be one of the four speakers. For the record, I was not commanded to speak on this motion by the “little napoleons.” Therefore, there was no need whatsoever for the group of “little napoleons” in the PR to watch over me during the debate. The group should have rather watched themselves and controlled their immature behaviour so as to avoid unnecessary embarrassment to other reputable PKR MPs.

I would have thought that after having the knowledge and experience of several deceits and false information through the internet pertaining to the said allegations, the editors of Malaysiakini would have had known or ought to have had known of the integrity of their so-called “source” (SUMBER). Far too often their “source” had been terribly unreliable and feeding them untruths to achieve certain political agenda.

Bearing in mind the above, I really am surprised that the editors of Malaysiakini would still continue to see it fit to allow reports of such serious nature to be published based on fodder from their source.

To the editors of Malaysiakini …

I challenge your professionalism, which would have dictated that in order for the news portal to publish such serious allegations as featured in the last 4 paragraphs of the said report, that you would have had insisted on the name or names of the “little napoleons” who had provided the so-called “information.”

Malaysiakini should wake up and not continue to be made a fool of by irresponsible and insecure persons.

Wee Choo Keong

23 April 2010

TANBIHUL GHOFILIIN

Zaid Ibrahim bersama Malik Imtiaz dan lain-lain dalam Forum anjuran Kumpulan Artikel 11 di Hotel Cititel Pulau Pinang 14 Mei 2006


Ustaz Hafiz Nordin mengetuai demonstrasi menentang kumpulan Artikel 11
melibatkan Zaid Ibrahim pada 14 Mei 2006

Para demonstran dari BADAI menentang kumpulan artikel 11
yang melibatkan Zaid Ibrahim pada 14 Mei 2006

Salam 2 all.
Pada 14.10.2008, Mahkamah Majistret Pulau Pinang menjatuhkan hukuman denda RM2,000-00 atau penjara 14 hari keatas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Ustadz Hafiz Nordin bersama dengan dua orang lagi iatu Ustadz Sahul Hameed (seorang pendakwah bebas) dan Hj Abdul Rahim Ismail (seorang aktivis PAS).
Apakah dosa mereka sehingga mereka dihukum Mahkamah? Kerana mereka menentang cubaan Kumpulan Artikel 11 untuk mengadakan Forum bertajuk "Federal Constitution: Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14.05.2006. Kumpulan Artikel 11 adalah dianggap sebagai kumpulan yang cuba nak menghidupkan semula usaha penubuhan IFC yang dihentikan atas arahan Kerajaan pada tahun 2004.
Antara mereka yang terlibat dalam forum anjuran Kumpulan Artikel 11 itu adalah Zaid Ibrahim. Ya, Zaid Ibrahim, "calun pengantin" yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuka PAS didalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sekarang sebagai "calun berwibawa" mereka (gambar diatas membuktikan dengan jelas penglibatan Zaid sebagai ahli panel forum tersebut).
Ustadz Hafiz Nordin adalah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) yang ditubuhkan oleh PAS Pulau Pinang dan diletakkan dibawah naungan Dewan Ulama'. Badai yang ditubuhkan pada 20.04.2006 bertujuan untuk menggagalkan rancangan jahat penubuhan IFC dan penentangan terhadap cubaan meminda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Saya juga adalah antara orang yang paling aktif menentang Kumpulan Artikel 11 pada masa itu dan memberi sokongan penuh kepada penubuhan Badai, malahan saya terlibat secara langsung dengan Badai.
Pada 16.05.2006, Ustadz Hafiz Nordin telah membuat kenyataan menegaskan bahawa Badai akan "mempertahankan Islam sehingga titisan darah terakhir" dan memberi amaran keras kepada pihak yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dalam cubaan yang dianggap menghina Islam dan umat Islam. Ustadz Hafiz Nordin, seorang pejuang tulin Islam telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya, beliau dan para sahabat lain dihukum oleh Mahkamah atas pendirian tegas beliau.
Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulama' PAS pada masa itu dilupakan sama sekali. Sokongan yang diberi kepada Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor seolah-olah menghina perjuangan mereka ini.
Sudah lupakah kita siapa Zaid Ibrahim!!
* Inilah orangnya yang memfailkan saman untuk menghalang dan membatalkan perlaksanaan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir oleh Kerajaan PAS Trengganu;
* Inilah orangnya yang menyokong tindakan Tun Mahathir memecat Tun Salleh Abas dan beberapa Hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 yang mencetuskan krisis kehakiman yang serius;
* Inilah orangnya yang yang dihukum oleh UMNO kerana politik wang;
* Inilah orangnya yang sibuk berebut jawatan dan mengejar kedudukan didalam UMNO semasa Anwar Ibrahim dibicarakan dan dipenjarakan;
* Inilah orangnya yang mendapat banyak kerja dan tugasan guaman daripada UMNO dan menjadi kaya hasil daripadanya;
* Inilah orangnya yang terlibat dengan Kumpulan Artikel 11 dan IFC yang menyebabkan pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Nordin dihukum oleh Mahkamah.
Saya menyeru kepada saudara/i dan sahabat pejuang Islam yang masih punya sedikit semangat perjuangan dan nur Islam didalam PAS supaya kembali memikirkan ke arah mana perjuangan saudara/i. Mengapakah politiking melampau yang sempit menyebabkan saudara menjadi buta terhadap perjuangan Islam yang sebenar. Letakkanlah Islam sebagai asas perjuangan saudara. Saya menyeru saudara kepada perjuangan "One Islam: Aqidah didahulukan; Syariat di martabatkan".
Kalau saudara/i tidak berasa malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada pejuang Islam saperti Ustadz Hafiz Bin Nordin, Ustadz Sahul Hameed dan Haji Abdul Rahim Ismail. Janganlah dipersia-siakan perjuangan dan pengorbanan mereka. Dan jadikanlah PRK Hulu Selangor pada hari Ahad 11 Jamadil Awal/ 25 April ini sebagai bukti dan persaksian kita dihadapan ALLAH kelak bahawa kita meletakkan Islam dahulu, politik kemudian.
Inilah satu tanbihul ghofiliin-peringatan bagi mereka yang lalai. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan saudara/i para pejuang Islam semua; dan semoga kita semua diberi keampunan oleh ALLAH atas kelekaan dan kelalaian kita.
Ingatlah amaran ALLAH, "Alam a' had ilaikum yaa banii aadama alla ta'buduussyaiton, innahu lakum 'aduwwummubiin-wahai bani Adam, bukankah sudah Aku peringatkan kamu sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata, mengapa kamu menentang (Aku)!"
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Dubai, Emirat Arab Bersatu
Jumaat
09 Jamadil awal 1431
23 April 2010

19 April 2010

LAPURAN PALSU MALAYSIAN INSIDER

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras lapuran palsu oleh media portal Malysian Insider bertarikh hari ini yang mendakwa kononnya saya akan turun berkempen untuk BN pada hari Jumaat ini dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor (sila lihat lapuran palsu tersebut dibawah).

Saya ingin menegaskan bahawa saya berada di Amerika Syarikat sejak 07 April dan akan mengadakan beberapa lawatan kerja serta perbincangan dan menghadiri beberapa program yang telah diatur samada di Washington, New York dan Emirat Arab Bersatu dan akan hanya kembali ke Malaysia insyallah seawal-awalnya hari Ahad 25 April 2010. Oleh itu adalah mustahil untuk saya berada di Hulu Selangor berkempen untuk BN pada hari Jumaat ini.

Oleh itu saya menuntut pihak media portal Malaysian Insider untuk menarik balik lapuran palsu tersebut dan memohon maaf kepada saya dan menyiarkan penarikan balik lapuran palsu tersebut dan permohonan maaf itu sebagai lapuran utama dan headline sebagaimana siaran lapuran palsu itu dibuat. Saya juga menuntut pihak Malaysian Insider menghentikan segala lapuran palsu tersebut dengan serta merta dan tidak mengulanginya lagi.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Jamadil Awal 1431
19 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

The Malaysian Insider
Monday April 19 2010

Ibrahim Ali, 2 ex-PKR MPs to campaign for BN
By G. Manimaran, Bahasa Malaysia Editor

HULU SELANGOR, April 18 — Perkasa president Datuk Ibrahim Ali and two ex-PKR MPs, Datuk Seri Zahrain Hashim and Zulkifli Noordin, will join the Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor by-election campaign this Friday.
Ibrahim, the independent Pasir Mas MP, has already launched his own campaign a few days ago. He told reporters that he will go on the stump in Batang Kali tonight.
The Malaysian Insider understands both Zahrain and Zulkifli will campaign upon their return late this week from the United States, where they joined Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in launching a Malaysia-US caucus.
Zahrain walked out of PKR in February while Zulkifli was sacked last month. Two other MPs have also quit PKR this year.
Ibrahim (picture) said he will campaign until the eve of the April 25 polling day and has arranged several programmes to help the BN candidate P. Kamalanathan.
Kamalanathan, who is MIC information chief, had controversially told an online news portal that Ibrahim’s Malay rights group Perkasa did not impinge on the rights of others.
A number of Malaysians have debated his statement online, ridiculing him for his stance and for endorsing Perkasa.
Ibrahim’s aide pointed out the lawmaker was campaigning as an independent MP and not as Perkasa chief.
“Datuk Ibrahim is with the BN campaign as an independent MP, not as Perkasa president,” the aide said.
The ex-Umno Pasir Mas division chief has previously campaigned for BN in the Manek Urai and Bagan Pinang by-elections.

11 April 2010

BEAUTIFUL SPRING




Salam 2 all.
Sekarang ini di Washington musim bunga atau spring season baru nak bermula. Pemandangan memang cantik, bunga dimana-mana. Dan kebetulan hujung minggu ni ada pesta cherry blossom. Memang mengkagumkan ciptaan ALLAH ini.

Ini gambar-gambar yang saya ambil depan kawasan Hotel Embassy Suites, tempat saya tinggal. Well, picture says a thousand words. Enjoy the pictures amigos.
My lovely dear
spring is here
with thousands of cheer
flowers blooming
colours brightening
the sun shining
people smiling
here I am
always thinking
forever dreaming
of you my darling
Adios amigos. Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Rabi'ul Akhir 1431
09 April 2010

JUMAAT DI WASHINGTON





Salam 2 all.
Jumaat 24 Rabi'ul Akhir 1431/ 09 April 2010 saya pergi mengerjakan solat Jumaat di Washington Islamic Center. Waktu zohor sini sekarang jam 01.10 tengahari. Dengan cuaca musim bunga yang cerah, kalau solat kat luar pun ok, sejuk macam dalam aircon walaupun matahari terang.

Saya sampai agak awal. Jemaah pun tak berapa kerat masa tu. Jadi dapatlah dok kat saf agak didepan. Tapi time solat masjid penuh sampai ke luar. Masjid ini dikatakan dibiaya pembinaannya oleh Arab Saudi, jadi tok imam dia pun orang Saudi jugaklah. Khutbah pertama dalam bahasa 'arab sepenuhnya. Khutbah kedua baru khatib terjemah ke Bahasa Inggeris. Kali ini beliau menyentuh tentang penyakit resah gelisah dan ketidakbahagiaan manusia. Dan beliau memberi kupasan panjang tentang bagaimana Islam menawarkan kesembuhan kepada penyakit ini dengan syrait yang bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan.

Lepas solat saya dok meninjau kawasan masjid. Rupanya disini lepas solat makanan disediakan, nasi beriyani yop, lauk kambing. Tapi teman tak sempat beratur sebab ada program lain. Cuma yang agak terkilan perpecahan umat Islam ketara sangat di masjid ni. Sedang khatib menyampaikan khutbah didalam, ada lagi satu khutbah disampaikan diluar. Bila saya periksa, rupanya khatib kat luar tu ialah imam yang telah dipecat. Pasal apa dia dipecat teman pun tak tahu. Tapi agak memalukan kita umat islam lah jugak bila tengok keadaan kecoh macam tu.

Tapi bila dikenangkan, kat Malaysia pun lebih kurang aje. Mane ustad atau pendakwah yang tak sealiran dengan jawatankuasa atau jabatan agama, samada dari segi politik atau pemikiran, memang kena buanglah jawabnya. Silap-silap kena cekup macam Dr. Harun Din dan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Masjid surau yang UMNO kontrol, pendakwah PAS boleh main jauh-jauh. Surau masjid yang PAS kontrol, ustad yang dicop tak sokong bulan sure kena tendang punya.Kayu pengukur layak tak layak ialah mengikut nafsu politik kepartian yang sempit! Tu lah nasib umat Islam dimana sahaja didunia ini.

Well, satu perkara yang ramai orang tak tahu, kebanyakan imam hebat yang ada saperti di Majidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka sebenarnya mempunyai kelayakan professional yang lain. Tapi hafaz Al Quran. Contohnya Syeikh Dr. Abdul Rahman As Syudais, imam Masjidil Haram; yang bacaan beliau boleh melentuk kita dibuatnya. Ramai yang tak tahu Syeikh Dr. Abdul Rahman As Syudais sebenarnya ialah seorang doktor perubatan!

Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita buat untuk meningkat dan memartabatkan Islam, samada didalam negara mahupun diperingkat antarabangsa. Saya sangat-sangat berdoa kepada ALLAH agar dapat memberi peluang dan ruang untuk kita semua memberi sedikit sumbangan untuk melaksanakan dan mencapai cita-cita dan impian itu. Moga ALLAH memakbulkannya, ameen ya robbal 'alaameen.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Rabi'ul Akhir 1431
09 April 2010

10 April 2010

COMING TO AMERICA!

Salam 2 all.

Alhamdulilah saya selamat sampai ke Washington jam 01.40 tengahari Khamis 24 Rabi'ul Akhir 1431 / 08 April 2010 melalui pesaway British Airways BA 217. Dapat jugak dok kat upperdeck Boeing 747. Dekat 7 jam 30 minit baru sampai. Perjalanan pun ok walaupun pramugari dia dah agak berumur. Kira kalau kat Malaysia dah kena dok belakang kaunter jual tiket je makcik-makcik ni.

Pelepasan imigresen pun kira cepat sebab visa diplomat. Jadi laju je, tak payah nak check apa lagi dah. Teman disini tinggal di Bilik 812, Embassy Suites Hotel. Rupanya ramai juga orang Malaysia di hotel ni, sebab dema mewakili Malaysia untuk pelancaran program Warna-Warna Malaysia yang dirasmikan oleh PM Ahad ini di Washington. Sebelah bilik teman Dato' Mahadir Lokman, emcee yang terkenal tu ler! Yang syoknya di hotel ni, salah seorang cook dia orang Islam. Nama dia Mohamed, daripada Sri Lanka. Dah kerja sini lebih 9 tahun. Dia nampak teman pakai kepiah, terus bagi salam. Siap pesan jangan risau kalau nak makan omelette ke ape, sebab dia akan masak pakai kuali spesial yang tak campur dengan "barang lain" punya. Bagus betul si mamat ni. Saya yang terharu tu bila dia kata, "I must give my muslim brothers halal food, otherwise ALLAH will curse me". Alangkah baiknya kalau lebih ramai Muslim macam mamat ni, sentiasa ingat dan takutkan Allah walaupun kerja berseorangan di hotel bukan Islam ni. Tak payah nak berkokok siang malam dabik dada kata nak perjuangkan negara Islam dan macam-macam lagi, tapi perangai Allah saja yang tau. Siap nak jual nama Allah lagi!

Di Washington ni dia lambat 12 jam dengan Malaysia. Jadi time saya menulis ni baru pukul 11.40mlm Jumaat, di KL dah 11.40 pagi Sabtu. Time memang lari yop. Teman nak tidor, mike tengah nak lunch dah. Sekarang ni kebetulan musim bunga (spring) baru masuk. Jadi cuaca dia sikit punya cantik, macam dok dalam aircon yop! Hujung minggu ni ada sambutan Cherry Blooming, tanda masuk musim spring. Memang cantik, pokok semua mula nak berbunga. Nanti ada gambar teman akan postkan disini.

Semalam aktiviti tak banyak. Cuma teman dan Dato' Ambassador kita (YB Dato' Seri Jamaluddin Jarjis) menghadiri majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Airod Sdn. Bhd. dengan sebuah syarikat Korea untuk pembuatan dan pembekalan kelongsong peluru. Majlis dibuat di Ritz Carlton Hotel. Turut hadir Tan Sri Ahmad Johan (Presiden), Tan Sri Hashim Ali (Consultant) dan beberapa orang lagi wakil Airod dan Attache Defense Kedutaan Malaysia.

Yang syoknya Tan Sri Ahmad Johan bila dia tau teman siapa, siap tarik tangan dan bersembang panjang lah kitorang. Yang mengejutkan teman, Tan Sri dok sibuk bincang pasal isu Kristianisasi dan gerakan pendakyah Kristian. Pengetahuan beliau tentang bible memang mengagumkan teman. Siap boleh quote lagi. Dan Tan Sri sangat bersetuju dengan pendirian kita memnetang penggunaan kalimah ALLAH oleh Kristian di Malaysia.

Rupanya Tan Sri ni sangat berminat untuk mendalami ilmu perbandingan agama ini. Beliau rasakan kita kekurangan tenaga pakar dan terltih dalam mengenal ilmu perbandingan agama terutama dengan agama Kristian, Hindu dan Buddha. Dan Tan Sri bercadang untuk menubuhkan satu institusi khusus untuk tujuan itu, supaya lebih banyak "Sheikh Shmad Deedat" dapat dilahirkan, kata Tan Sri. Jadi Tan Sri meminta teman untuk membuat kajian tentang perkara ini. Kalau ada diantara mike yang berminat dalam perkara ini, bolehlah berhubung dengan teman untuk kita berbincang dengan lebih panjang.

Tapi apa yang saya pelajari daripada ini ialah kita tak sepatutnya menilai seseorang daripada luaran sahaja. Kekadang penilaian kita terlalu superfisial, dan yang paling leceh kita ni cepat melabel dan memftnah orang hanya dengan menilai dari segi luaran. Macam yang teman difitnah sekarang lah. Yang peliknya tukang pencacai fitnah ni boleh dikatakan langsung tak baca ucapan teman semasa bahas diraja tempoh hari. Cuma baca headline suratkhabar dan internet, terus tabur fitnah dan tohmah. Siap ada yang kata teman kutk Anwar dan Tok Guru Nik Aziz. Padahal kalau budak tadika baca ucapan teman pun boleh tau bukan sahaja teman tak kutuk Anwar atau Tok Guru, malah teman siap bela dan pertahankan Anwar dan Tok Guru. Cuba baca sendiri Bahas titah DiRaja bertajuk 'Fitnah' dilaman blog ni. Tapi namanya orang kita ni, dia pemalas nak baca. Yang dia tau dengar cerita kedai kopi terus jadi deejay Radio Karat FM (Fitnah Memfitnah), siap tambah kati lagi!!

Lepas daripada teman tulis pasal Dato' Seri Rais Yatim dan Datin Seri Masnah serta Dato' Tengku Adnan, ramai jugak yang hantar email membenarkan apa yang teman cerita. Ada yang siap bagi lagi insiden-insiden yang mereka sendiri tengok dibuat oleh mereka-mereka ini yang terbukti apa yang teman ceritakan tu benar-benar berlaku bukan sekali tapi banyak kali.

Well, nampak teman kena sambung lain. Nagntuk giler dah ni. Tengok esok kot teman boleh download gambar sikit. Nak cerita juga pengalaman solat Jumaat tadi di Islamic Centre Washington dan makan seafood di Phillips Seafood Restaurant dengan Dato' JJ, Dato' Rais dan rombongan Warna-Warna Malaysia tadi.

Wokey yop, adios amigos. Grasias dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Rabi'ul Akhir 1431
09 April 2010
Washington

08 April 2010

KE WASHINGTON

Salam 2 all.

Alhmadulillah saya selamat sampai ke Heathrow International Airport, London sebentar tadi. Punyalah letih travel sorang-sorang ni dengan flite sampai 13 jam ni. Saya sedang dalam perjalanan ke Washington untuk menghadiri majlis pelancaran Kaukus Parlimen US-Malaysia dan beberapa program lagi di Washington dan New York mulai hari ini sehingga 25 April 2010. Insyallah saya akan kembali ke Malaysia pada 26.04.2010

Ini bermakna saya tidak akan menghadiri sidang Parlimen sehingga ianya tamat pada 22.04.2010. Saya juga tidak akan terlibat dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor yang dijangka pada 25.04.2010. Lega juga tu yop :)

Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.

Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.

Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!

Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.

Dalam flite tadi ramai juga petugas dari RTM. Antara yang saya perasan ialah Zamzurina, hos program APW-Apa Kata Wanita. Kata Zam dia juga akan ke Washington untuk buat satu penggambaran program RTM. Nampak gaya riuh juga lah Washington dua-tiga minggu ni dengan orang Malaysia. Kebetulan YAB PM & isteri akan mengadakan lawatan rasmi pertama kali ke US mulai Sabtu ini. Dan YAB PM bersama dengan seorang Ahli Kongres Kanan US akan melancarkan kaukus Parlimen US-Malaysia secara rasminya insyallah minggu depan.*

Well, kena chow dulu. Flite ke Washington dah dipanggil. Saya akan cuba update blog ni dari masa kemasa ikut akses dan masa yang ada. Kalau tengok ke program, jadual saya terlalu ketat. Tapi insyallah saya akan cuba cari masa.

Oh ya, kepada semua jemaah surau dan masjid yang saya ada jadual kuliah bagi tempoh 08-26 April, saya pohon maaf terpaksa mohon izin untuk menangguhkan semua kuliah ke bulan depan. Saya telah memaklumkan kepada pihak AJK akan ketiadaan saya bagi tempoh tersbut. Semoga pengalaman ke Washington ini akan membawa menafaat bagi saya untuk menambah pengalaman dan berkongsi dengan para jemaah semua terutamanya dari sudut kepentingan Islam insyallah.

Seperkara lagi, saya dapati akhir-akhir ini banyak cubaan dibuat untuk menyerang dan hack Facebook saya oleh puak-puak lanun-cyber. Kata kekawan, puak-puak lanun-siber ni cuba nak menabur berita palsu dan fitnah melalui Facebook saya. Oleh itu, jika sdr/i mendapat berita atau maklumat palsu atau fitnah di facebook saya, tolong check dahulu kerana kemungkinan ianya datang daripada perbuatan tak bertamadun lanun-lanun-siber ini.

Okay, adios amigos.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Rabi'ul Akhir 1431
08 April 2010

*Bertambah rancaklah nanti tukang tabur fitnah menyebar cerita karut mereka. Tapi macam dok kata, biaq pi kat depa lah yop!

06 April 2010

SATU LAGI USUL LULUS!

Salam 2 all.

Alhamdulillah satu lagi usul yang saya kemukakan kepada Parlimen semasa bahas titah diraja Rabu 09 Rabi'ul Akhir 1431/ 24 Mac 2010 telah diterima. Ini berkaitan isu "Antara Agama-Inter Religion" yang saya rasa perlu ditangani secara berhikmah dengan penubuhan satu badan konsultatif. Berikut sedutan ucapan saya pada tarikh tersebut (bagi butiran lebih lanjut, sila layari tajuk "Bahas Titah Diraja 3"):

"ISU ANTARA AGAMA (INTER RELIGION)

Dato’ YDP, Baginda Tuanku telah mengingatkan kita dalam titahnya bahawa perpaduan dan saling hormat menghormati antara kaum dan agama menjadi tunjang kekuatan negara yang mesti dipelihara. Titah Baginda, amalan berbaik sangka, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi. Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, dengan penganut agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.

Namun masalah antara agama tetap muncul dan menjadi duri dalam daging bagi keharmonian dan kestabilan negara. Kita umat Islam tidak boleh menafikan masalah yang dihadapi oleh penganut agama lain dalam beberapa isu yang berkaitan dengan Islam. Contohnya masalah kesan kemasukan ke Islam oleh pasangan bukan Islam dan berakhir dengan perebutan jenazah, pertikaian hak jagaan anak atau harta pusaka adalah masalah yang hakiki dan perlu ditangani dengan baik.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya permasalahan ini ditangani dengan dua pendekatan. Pertama, dari segi non-legal, saya mencadangkan satu badan konsultatif diujudkan sebagai satu ‘standing committee’ (dengan izin) terdiri daripada tokoh-tokoh agama dan masyarakat yang mewakili semua pihak yang berkepentingan, dengan tujuan supaya mereka boleh mengadakan perbincangan dengan segera apabila sesuatu isu timbul, dan memberikan cadangan kepada pihak berkuasa pada kadar yang segera untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan apabila berlaku kelambatan menanganinya saperti yang berlaku sekarang".

Saya difahamkan kabinet telah bersetuju secara prinsip untuk menubuhkan jawatankuasa seumpama ini pada peringkat panel, dan saya juga difahamkan panel ini akan dipecahkan kepada beberapa sub-panel yang mempunyai pengkhususan dalam beberapa isu yang berkaitan.

Apa pun, saya berharap kesediaan kabinet untuk menangani isu ini dengan secara lebih affirmatif dan konkrit akan memberi ruang kepada penyelesaian beberapa isu antara agama yang berbangkit atau yang akan berbangkit.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa

21 Rabi'ul Akhir 1431

06 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada Malaysian Insider bertarikh 06.04.2010)


Cabinet moots inter-faith panel to solve disputes

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, April 6 — The Cabinet has finally agreed to form an inter-faith panel to foster religious understanding and harmony disturbed in the past few months by bigots and the controversial “Allah” ruling.

The Malaysian Insider understands the Cabinet, under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had earlier this year appointed Datuk Ilani Isahak to bring religious leaders to the table in an attempt to peacefully iron out conflicts.

The idea for an inter-faith panel was first mooted in the early 1980s but was spiked following objections from Muslim groups such as the Islamic Development Department, better known by its Malay acronym Jakim.

According to sources, the objection was because an inter-faith council would place Islam, the nation’s official religion, on equal footing with the other religions.

Various attempts have been made to revive the idea over the years, but have come up against a wall, until now.

A former Kota Baru MP, Ilani who is now with the religious affairs division in the Prime Minister’s Office (PMO), was handpicked to head the inter-faith panel. She was a member of the National Unity Advisory Panel under the Abdullah administration.

Ilani declined to comment on the issues raised when first contacted by The Malaysian Insider but promised to do so later. She did not specify when.

Religious representatives who have spoken to Ilani told The Malaysian Insider that she is very tactful and sympathetic to the non-Muslim communities on their problems which have been piling up over the years.

Reverend Hermen Shastri, secretary-general of the Council of Churches Malaysia (CCM) greeted the Najib administration’s latest overture with cautious optimism.

He noted that rise of inter-religious disputes pitting Muslims against the non-Muslims in the last few years over a number of issues, most notably burial rights and conversions.

One of the most bitter controversies is the case of kindergarten teacher, M. Indira Gandhi, a Hindu who is battling her Muslim-convert ex-husband, Mohd Ridzuan Abdullah, for custody of their youngest daughter.

While a civil High Court in Perak had earlier this month awarded the mother custody of 22-month old Prasana, a Syariah high court had granted custody to the father.

The inter-faith panel first met last February 12 after a spate of street protests and attacks on houses of worship following the New Year’s Eve High Court ruling over the use of the word “Allah” showed the need for all religious groups to face the problem straight on.

Although the “Allah” issue is before the courts, some 28 religious leaders, including Muslim officials from Jakim and the Institute of Islamic Understanding (Ikim) were present at the first talk to discuss the disputes.

Suggestions were made then to split the main panel into several smaller committees to better manage the disputes, namely: religious conversion; places of worship; burials and cemeteries; proselytisation; and use of religious terminology.

Another idea mooted was to set up an action team comprising respected civic leaders who could immediately step in, in an emergency, to deal with conflicts on the ground.

Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) president Reverend Thomas Philips, said the inter-faith committee will be meeting again today for the Cabinet’s feedback on the various proposals made.

03 April 2010

AL JANNAH

(Gambar menunjukkan Dzehnnet Abdurakhmanova @Jannah Abdul Rahman bergambar bersama suaminya yang sudah terbunuh tahun lalu, Magomedov)

Salam 2 all.

Perasaan sedih, berbaur marah dan terkilan membaca berita tentang kisah Dzhennet Abdurakhmanova, gadis dari Rusia yang dikatakan salah seorang yang terlibat dengan tindakan menjadi pengebom berani mati dalam serangan keatas sebuah stesyen keretapi di Moscow baru-baru ini.

Dalam bahasa kita, Dzhennet Abdurakhmanova disebut Jannah Abdul Rahman, iaitu syurga hamba ArRahman. Moga Allahyarhamah diberi ganjaran syurga oleh ALLAH swt.

Apa yang sedih adalah apa yang mendorong seorang gadis muda saperti Jannah bertindak nekad sebegitu. Kita diberi maklumat suaminya Umalat Magomedov juga telah dibunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Rusia. Saya percaya ianya ada berkaitan dengan isu untuk mendapatkan pembebasan mereka untuk mendapat kemerdekaan bagi negara mereka untuk kembali kepada Islam.

Ini sudah tentu menimbulkan kemarahan kita, kerana mereka ini adalah pejuang yang mahukan kemerdekaan negara mereka setelah lama dibawah penjajahan komunis Rusia. Dan kita kini tahu bagaimana saudara-saudara kita yang hidup tertindas, dianiaya dan dizalimi selama duduk dibawah pemerintahan komunis. Apakah suatu dosa besar bagi mereka mahu kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar!

Ditengah kehidupan umat Islam ditimpa fitnah maha hebat, sehingga ada yang sudah menjadi keliru dengan perjuangan Islamnya. Yang dahulu haram kini halal. Yang dulu tak boleh kini boleh. Yang dahulu dosa kini tidak mengapa. Namun dalam keadaan itu, masih ada segelintir pejuang Islam yang masih mahu berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar saperti saudara kita di tanah-tanah jajahan Rusia ini.

Dan yang paling terkilannya, umat Islam yang hampir 2 billion tidak mampu berbuat apa-apa melihat saudara mereka dizalimi, dianiaya dan ditindas. Malah yang lebih parah, mereka yang berjuang ini diberi pelbagai macam label, ada yang menuduh mereka bunuh diri, ada yang dakwa tindakan mereka ini memberi nama buruk kepada Islam, ada yang kata mereka ini menjadi barua dan agen Yahudi dan macam-macam lagi. Sedangkan yang mereka perjuangkan hanyalah untuk kembali semula kepada Islam yang sebenar. Benarlah sabda Rasulullah saw, "akan datang suatu masa nanti kamu yang mahu memegang Islam, akan memegangnya saperti mengenggam bara api!".

Saya mendoakan semoga apa yang mereka lakukan diberi keberkatan dan rahmat oleh ALLAH swt. Moga ALLAH mengampunkan segala kelemahan mereka. Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan hidayahNya kepada semua mereka yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenarnya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

20 Rabiu'l Akhir 1431

05 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada lapuran AFP bertarikh 03.04.2010)


Balu muda militan pengebom Moscow


MOSCOW 2 April - Pasukan penyiasat Rusia mengenal pasti identiti seorang daripada dua pengebom berani mati wanita yang melakukan serangan ke atas stesen kereta api bawah tanah di Moscow, sebagai remaja berusia 17 tahun yang juga balu kepada seorang militan Caucasus.

Akhbar harian Kommersant hari ini melaporkan, pengebom itu dikenali sebagai Dzhennet Abdurakhmanova, malah ia turut menyiarkan gambar remaja itu yang mempunyai muka kebudak- budakan.

Dalam gambar bersama arwah suaminya, Umalat Magomedov yang menyaksikan kedua-dua mereka memegang pistol, Abdurakhmanova dilihat memakai tudung.

Akhbar sama memetik penyiasat di Dagestan sebagai berkata, Magomedov merupakan seorang militan Dagestan yang maut dalam satu operasi khas tahun lalu.

Masih belum jelas sama ada pasangan itu telah berkahwin secara rasmi kerana dalam gambar tersebut Magomedov dilihat tidak memakai cincin.

Kommersant dalam pada itu melaporkan, Abdurakhmanova turut mempunyai nama keluarga lain iaitu Abdulayev.

Menurut laporan Kommersant , Abdurakhmanova datang dari daerah Khasavyurtovsky di Dagestan dan bertemu Magomedov semasa berumur 16 tahun selepas dia menghubungi pemberontak melalui internet.

Kommersant memberitahu, identiti Abdurakhmanova dikenal pasti melalui gambarnya.

Penyiasat Rusia percaya Abdurakhmanova bertanggungjawab di atas serangan berkembar pertama Isnin lalu yang mengorbankan 39 nyawa.

Kommersant melaporkan, pihak penyiasat masih belum mengenal pasti identiti pengebom kedua, namun satu sumber mengenal pasti pengebom itu sebagai wanita Chechnya bernama Markha Ustarkhanova, juga isteri kepada seorang militan Caucasus. - AFP

FUDZAIL: PERTAMA KALI ITU

Salam 2 all.

Tengah-tengah dok relax sat pagi ni, terbaca pulak satu cerpen tulisan sahabat saya sdr Fudzail Mohd Noor (antara kami memanggil beliau dengan nama Fudz) yang disiarkan di akhbar Berita Harian hari ini Sabtu 18 Rabi'ul Akhir 1431/ 03 April 2010.

Ini adalah petikan daripada siri-siri cerpen beliau yang boleh didapati dalam novel bertajuk "Wainuiomata", sebuah koleksi novel menceritakan tentang pengalaman beliau semasa belajar di New Zealand. Kebetulan kami sama-sama belajar di New Zealand.

Wainuiomata adalah nama daerah tempat Fudz mengikuti pengajian A-Level, tak silap saya Wainuiomata High School. Bersama beliau disitu ialah Azmi Darlis (dengar cerita dah jadi orang besau kat Maybank).

Saya pula mengkuti A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland. Kira-kira tempat elit lah jugak, tepi pantai Bandaraya Auckland. Saya senior sikit daripada Fudz and the gang, tapi sebab jumlah kitorang sikit sangat, jadi kamcing lah.

Jadi memang banyak pengalaman kami semasa disana. New Zealand ni negara adventure, penuh dengan peluang dan ruang. Tinggal untuk kita explore sahaja. Apatah lagi masa tu kami semua baru berumur lingkungan 18-19 tahun. Ligat satu macam.

Dalam ramai-ramai kami, Fudz yang paling pandai menulis. Dia lah penerbit pertama media kami, saya pun dah lupa nama suratkhabar tu. Dan Fudz ni paling rajin buat get-together, kerja kitorang makan saje..hehe. Saya dengar di Dubai oun dia buat benda yang sama, kira Tok Penghulu Dubai lah Fudz sekarang ni.

Anyway, saya lampirkan dibawah cerpen bertajuk "Pertama Kali Itu". Seronok membacanya kerana teringat first bungee jumping yang dibuat. Masa tu bungee jumping ni orang tak berapa tahu: Bungee jumping ni dia ikat kaki kita, kemudian kita melompat dari platform yang tinggi terjun kebawah hingga hampir mencecah sungai dibawah.

Masa terjun tu memang kepala kita dah hilang. Yang syok mase dia melantun tu, nak story pun tak guna yop, mike try sendiri. Memang syok gilerz.

So enjoy the reading. Dan jangan lupa beli buku "Dotkomania" tulisan Fudz, juga koleksi cerpen-cerpen beliau yang meang sangat menarik dan menghiburkan.

Adios amigos. Grasias.

Zulkifli Noordin
Sabtu
18 Rabi'ul Akhir 1431
03 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PERTAMA KALI ITU
Fudzail Mohd. Nor

SUATU hari nanti, barangkali aku akan menoleh kembali pada satu hari musim luruh bulan April tahun 1983 dengan perasaan bercampur baur. Memori haru biru. Catatan pinggiran nostalgia yang tersimpan di sebuah cakera liut. Terutama kalau aku belum nyanyuk untuk bercerita sebuah biografi kepada anak-anak dan cucu-cucu. Kalau juga aku masih bernafas dan tidak dihantar ke rumah kebajikan orang-orang tua.Selagi serebrum, serebellum dan batang otak berfungsi untuk menyimpan jutaan memori, tidak akan aku lupakan satu hari yang mengubah perspektif mengenai apa yang dikatakan ‘fear’ atau ketakutan. Mengubah tanggapan mengenai faktor-faktor luaran yang selama ini ditakuti kerana ia tidak diketahui. Banyak perkara yang menakutkan. Bermula dari kegelapan. Hantu. Ular-ular. Ketinggian. Kegagalan. Mati. Masa depan.Ah! Juga cinta. Menakutkan kalau dalam prasangka dan pernah kegagalan. Aku mahu berdepan dengan ketakutan yang selalu menyebabkan aku mengundur. Tidak mengambil kesempatan dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaha. Melihat hidup dari satu pandangan sehala. Jalan yang selamat, sudah terbiasa dan diketahui tidak akan menggagalkan. Mahu membuat pelbagai advencer, tetapi sekadar advencer biasa-biasa sahaja. Bukan sesuatu yang memberi kejutan, yang membuatkan tunggang terbalik dan boleh menambahkan komplikasi.Mesti berfikir secara lateral. Di luar lingkaran takutkan risiko. Takut tanpa justifikasi dan analisis kualitatif.Aku memerlukan advencer penuh adrenalin, sebuah advencer luar biasa dalam advencer biasa-biasa. Menyemarak satu eksplorasi yang bermula dari satu idea. Idea yang juga bermula dengan kelucuan. Sangkaan awal, tidak mungkin sekali ianya menjadi realiti. Idea bodoh dan membodohkan.Tepuk dada, tanya iman. Bolehkah, beranikah seorang budak Melayu Felda Keratong melakukannya. Sesuatu yang pertama dalam hidup. Sesuatu yang sebelum tiba di Queenstown, tidak langsung terfikirkan. Diluar imaginasi, ilusi, halunisasi dan mimpi-mimpi. Bagaimanapun, seperti kata Rozita dalam perbualan kami di atas kapal TSS Earnslaw di tengah-tengah tasik Wakatipu, “There is always a first time in life!”Ya, akan selalu ada pertama kali dalam hidup ini. Pertama yang tidak semestinya terakhir kali. Pertama yang tidak semestinya juga berulangan sebagai satu kebiasaan. Tetapi tanpa pertama kali, sama ada pertama kali gagal atau pertama kali berjaya, dunia tidak mungkin akan seperti hari ini. Tiada kemajuan dalam apa bidang pun. Tiada teknologi yang menambah kemeriahan. Tiada keturunan berkembang dan tiada darah kacukan yang menjadikan dunia sejagat sebuah kampung manusia. Ya! There is always a first time !“Aku telah berjaya melakukannya semalam dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!”Bangga, Park Jin-young, teman lelaki Sandra, yang berasal dari Korea itu memberitahuku di kantin asrama sewaktu sarapan pagi. Bersarapan roti bakar dengan jem. Lelaki Korea yang bercita-cita menjadi juruterbang itu mahu dipanggil sebagai Edward sahaja. Hanya aku dan Edward di meja makan. Rozita dan Sandra masih belum turun. Aku diperkenalkan dengan Edward dan Sandra sewaktu bertembung di ruang legar asrama petang semalamnya. Tubuh Edward kecil sahaja berbanding dengan aku, mungkin saiz badan orang Asia sebegitu, walau aku pernah melihat di kaca TV, orang Korea bersaiz pemain bola keranjang Amerika yang bertubuh besar dan sasa.Dia lelaki Korea yang bangga kerana telah melakukan sesuatu yang aku budak Melayu Felda Keratong masih teragak-agak dan was-was.“Itulah perkara yang paling menyeronokkan dan menikmatkan yang pernah saya lakukan dalam hidup setakat ini. Kamu mesti melakukannya, sudah sampai masanya untuk kamu menghadapi dan menewaskan rasa takut!”Aku tidak boleh membayangkan apa yang dikatakan oleh Edward. Tidak juga boleh merasakan keseronokan dan kenikmatan. Tidak pernah melakukannya. Kata-kata Edward bagai mencabar keseluruhan kejantanan dan kelakian seorang budak Melayu Felda Keratong. Cabaran yang mesti direalisasikan sebagai satu kejayaan, kejayaan untuk mengatasi dan menyahkan faktor ketakutan daripada membelenggu pergerakan. Membebaskan kongkongan psikologi yang mungkin menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia masih sahaja corot walau sudah ada liga profesional.“Sandra juga sama menikmati keseronokan, kamu dan Rozita juga mesti melakukannya. Ada pelbagai stail yang kamu boleh lakukan. Pilihannya, sama ada mahu atau tidak sahaja untuk melakukannya!”Aku segera memikirkan baik dan buruk untuk melakukannya. Kesan, implikasi dan impak, sama ada dari segi jangka pendek atau panjang. Ianya bukan sesuatu yang menjadi budaya orang-orang Melayu. Seperti berdemonstrasi dan memprotes di tepi-tepi jalan.Dalam usia 19 tahun, aku masih muda dan sihat. Tiada penyakit apa-apa. Mempunyai stamina yang baik. Mempunyai tahap daya tahan yang baik. Mempunyai kejantanan untuk menyambut cabaran Edward dan Sandra.Hmm, bolehkah pula Rozita melakukannya? Sanggupkah dia? Bersetujukah dia untuk melakukannya pertama kali? Walhal kami hanya baru berkenalan.“Keberanian, selain ada sedikit keperatusan gila! Buat sahaja keputusan, pejam mata dan lakukan terus. Tiada risiko apa-apa. Ianya satu perkara yang selamat dan menyihatkan jasmani dan rohani. Jangan terlalu banyak berfikir, nanti kamu boleh berubah fikiran dan mengundur diri. Merugikan kerana mungkin tiada peluang lain untuk melakukannya di sini!”Sekali kata-kata Edward mengasak fikiran. Mengasak seluruh kewarasan dan keimanan.“Kena pakai bahan perlindungan demi keselamatan, itu mesti sebagai perlindungan, tidak mahu pula kemuncak keseronokan menjadi fatal. Malang tidak berbau, yang berbau ialah ketakutan dan aku terbau itu daripada nafas kamu!”Bersungguhan Edward meracun pemikiran dengan kata-kata yang terus terang. Tidak perlu berkias. Tidak perlu berpantun. Mesejnya jelas, aku budak Melayu Felda Keratong yang penakut.Rangsangan daripada cerita keseronokan dan kenikmatan ‘pertama kali’ disahut oleh para setan dan iblis. Terus membisikkan kata-kata pujukan, menaikkan semangat dan melontarkan imej-imej seorang hero. Lebih berani daripada Hang Tuah yang menghilangkan kerana terlalu setia. Keputusan muktamad, aku berani untuk melakukannya dan bersedia untuk menjadi lebih berani setelah dapat menewaskan ‘rasa takut’, rasa gentar, rasa tidak yakin terhadap diri sendiri.Rasa takut itu, legasi daripada budaya keturunan yang terlalu bersopan santun, lemah lembut, daripada sentimen penuh hipokrasi yang boleh menjadikan seorang budak Melayu Felda Keratong terus berada dalam kepompong kekampungan. Tiada anjakan pradigma, tidak berani merenangi samudera biru, hanya berani sebagai jaguh kampung. Di luar kampung, sekadar seekor tikus di makmal eksperimen.Lantas, satu hari musim luruh pada bulan April tahun 1983, aku mahu melakukannya pertama kali. Biar apa sahaja akibat daripada tindakan tersebut. Aku berani untuk menghadapinya. Rozita juga nampak bersedia dengan keputusan itu.“New Zealand adalah negara yang bebas, mana ada halal dan haram untuk melakukannya, kalau sudah berani dan cukup bersedia dari segi mental dan fizikal, semuanya BOLEH!”Ya! Aku sudah bersedia. Memandang wajah Rozita yang nampak cemas. Panik.Sungai Kawarau akan menjadi saksi kehebatan seorang budak jantan Melayu Felda Keratong dalam mempamerkan kejantanan kepada dunia, lihatlah dunia, aku sudah tidak takut untuk melakukannya. Akulah si jantan yang bakal menjelma secara magis sebagai lelaki dewasa di Queenstown, bukan lagi remaja Felda Keratong yang tidak pernah melakukannya.Selalu ada pertama kali dalam hidup dan masanya telah tiba!Ya! Pertama kali di Sungai Kawarau yang memungkinkan ulangan berkali-kali kerana aku telah menjadi seorang jantan. Tidak takut kepada cabaran, tidak takut kepada segala yang dulu menakutkan. Segalanya akan berubah, aku akan jadi seorang Melayu Baru.Dalam kefanaan, terdengar jauh daripada sepasang tua warga Amerika yang sudah melakukannya berkali-kali dan menjadi begitu ‘fetish’, membuat laungan seperti bunyi jeritan Arab Badwi. Barangkali kata-kata menyuntik semangat. Barangkali mahu memberi sokongan padu. Aku tidak peduli lagi.“Segalanya hanya dalam minda!”Terdengar setan dan iblis sama memberi sorakan. Mengelilingi setiap ruang Queenstown yang terus indah berlatarbelakangkan The Remarkables dan Tasik Wakatipu. Tersergam dan mengancam.“Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Pandanglah ke saujana pergunungan yang indah. Hanya 5 saat yang menyeronokkan. Bersedia. Lima. Empat. Tiga. Dua. Satu. Terjun!”Dua saat berikutnya adalah letupan angin dari atas, menyilaukan kelajuan yang meluruhkan jantung. Terbang bergemuruh dan memekakkan, melayang dan terus meluncur ke bawah, seolah-olah disedut melalui penyedut vakum raksasa. Sedutan dari bawah yang menghantar klimaks ke persada otak.Zoom!Tiba-tiba perut meloyakan. Aku mahu termuntah. Membuka mata dan terbeliak.Ironi sekali. Tidak bermimpi dan belum gila. Luas sekali ruang realiti yang tiba-tiba melegakan. Tiada lagi pertempuran adrenalin yang meratah urat saraf. Nah! Bila aku membuka mata, aku masih di situ. Di hujung platform papan yang bergoyang-goyang. Menggigil-gigil, menggeletar walau kaki sudah ditambat secukupnya mengikut piawaian keselamatan antarabangsa. Bagai sahaja mahu terbuang air kecil, kalau belum lagi seluar kebasahan dari jarak setinggi 45 meter atas jambatan Sungai Kawarau yang jernih mengalir.Itulah pertama kali aku, budak Melayu Felda Keratong, benar-benar mencuba untuk terjunan bungee bersama ketawa yang memecahkan sejenak suspen, dalam percubaan paling spontan untuk memartabatkan bangsa di persada sukan terjunan bungee!

INFO:FUDZAIL nama pena bagi Fudzail Mohd Nor, ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terbabit dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain untuk prasarana teknologi maklumat dan telekom Emiriyah Arab Bersatu. Kini menguruskan projek pembinaan prasarana utiliti.

02 April 2010

KOC KHAS WANITA

(Stesyen Keretapi Kuala Lumpur)
Salam 2 all.

Alhamdulillah saya memanjatkan syukur banyak-banyak kepada ALLAH swt kerana satu lagi Usul yang saya kemukakan telah diterima dan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ini ialah usul berkaitan koc khas "Wanita" yang telah saya kemukakan beberapa kali dalam sidang Parlimen termasuk dalam bahas, soalan kepada Menteri dan lain-lain, termasuk lah berbincang dengan Menteri Pembangunan Wanita YB (Senator) Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Pengerusi baru KTMB YB Dato' Seri Ir. Mohd. Zin (BN - MP Sepang). Dalam mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke 12 yang sedang berlangsung sekarang, saya sekali lagi memasukkan usul tersebut iaitu:

"No. 43: PR-1231-U36992
Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri
Pengangkutan supaya diadakan koc-koc dan gerabak-gerabak khas di
perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (termasuk komuter, perkhidmatan
antarabandar) dan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra) bagi
Wanita Sahaja; ini adalah untuk memberi pilihan kepada penumpang
wanita membuat pilihan untuk menaiki koc dan gerabak khas untuk wanita
sahaja termasuk bagi koc berkatil kerana banyak aduan diterima di mana
penumpang wanita di perkhidmatan KTMB dan LRT mengadu mereka
diraba, dicabul dan diganggu dengan gangguan seksual semasa
menggunakan perkhidmatan ini terutama di waktu puncak. Oleh itu untuk
keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, Dewan mencadangkan
kepada Kementerian Pengangkutan supaya segera mengkaji dengan
tujuan melaksanakan skim koc dan gerabak Khas Untuk Wanita sahaja
bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (termasuk komuter,
perkhidmatan antara bandar) dan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR
dan Putra)."
(Menteri Pengangkutan)

Alhamdulillah menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden KTMB Dr. Aminuddin Adnan, KTMB akan melaksanakan koc khas bagi "Wanita" sahaja ini tidak lama lagi (sila lihat kenyataan KTMB yang disiar dibawah).

Perlu saya tegaskan disini usul tersebut bukan bermaksud untuk mendiskriminasikan kaum wanita. Tetapi adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada mereka. Tetapi mereka boleh memilih untuk menggunakan koc khas "Wanita" sahaja, ataupun menaiki koc bercampur, itu hak mereka dan terpulang kepada mereka.

Cuma pada saya, cuba bayangkan isteri atau anak-anak perempuan kita menaiki koc bercampur terutama diwaktu puncak. Terlalu banyak aduan yang saya terima mengenai keresahan penumpang wanita yang terdedah kepada gangguan seksual ini.

Saya berharap sistem pengangkutan awam yang lain akan mencontohi keberanian KTMB ini, khususnya LRT (Star & Putra), bas-bas awam saperti RapidKL dan lain-lain.

Semoga ALLAH memberkati apa juga usaha yang kita cuba lakukan demi Islam, dan mengira ia sebagai sebahagian dari 'amal kecil kita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
17 Rabi'ul Awal 1431
02 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada kenyataan Presiden KTMB yang disiarkan hari ini Jumaat 17 Rabi'ul Akhir 1431/ 02 April 2010)

KUALA LUMPUR — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.
Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.
Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Customer Service Star Award 2009” dan program Ikhlas Dari Hati di sini hari ini.
Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.
Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan komuter KTMB akan mendapat 38 set gerabak unit gandaan elektrik (EMU) yang baru dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.
Beliau berkata KTMB juga akan membaiki 15 set EMU yang lama dan usaha ini diharapkan dapat mengatasi masalah keretapi lambat tiba serta isu perjalanan dibatalkan.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila KTMB akan mendapat gerabak EMU baru itu, yang mampu meningkatkan jarak masa ketibaan antara satu komuter dengan satu komuter yang lain selama 7.5 minit.
Penambahan gerabak itu adalah untuk menampung pertambahan penumpang komuter yang dijangka meningkat kepada 300,000 penumpang setiap hari, katanya.
Mengenai program Ikhlas Daripada Hati itu ia merupakan program KTMB yang memberi penekanan kepada tiga nilai perkhidmatan cemerlang iaitu empati, mesra dan ikhlas (EMI) yang akan diamalkan oleh kakitangan KTMB bermula esok hingga 31 Mei ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB, katanya.
Beliau berkata sepanjang tempoh program itu, seluruh kakitangan KTMB akan memakai butang lencana “Ikhlas Daripada Hati” sebagai tanda komitmen dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan. — Bernama

01 April 2010

TAHNIAH TUANKU

Salam 2 all.

Pada hari Selasa 04 Ramadhan 1430 (bersamaan 23.08.2009), saya telah mengupas isu hukuman rotan keatas Kartika Sari Dewi Shukarno dengan komen berikut:

"Mungkin pihak berkuasa perlu menimbang untuk menyemak semula hukuman rotan yang dikenakan kepada Kartika. Saya melihat beliau telah benar-benar menunjukkan keinsafan dan keikhlasan dalam kes ini. Malahan ibubapa dan keluarga beliau juga menunjukkan sikap yang sama. Saya sangat berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa Kartika. Ini satu sikap terpuji yang jarang nak dijumpai lagi hari ini.
Mungkin kita perlu menunjukkan ehsan kita. Ini tidak bermakna kita tidak melaksanakan hukuman rotan itu. Tetapi suasana dan keadaan dah berubah terlalu banyak akibat kelemahan dan kesilapan pihak berkuasa sendiri.. Bukan Kartika enggan dihukum, tetapi dengan takdir ALLAH suasana sudah berubah. Mungkin para ulama' dan ilmuan Islam, mungkin para Jawatankuasa Fatwa yang begitu ghairah nak berfatwa boleh duduk segera bermuzakarah untuk menimbang samada hukuman rotan tersebut boleh disemak semula atau tidak demi memperlihatkan sistem keadilan dan kasih sayang Islam, wallahua'lam".*

Jadi saya ucapkan tahniah atas titah Tuanku Sultan Pahang hari ini Khamis 27 Rabi'ul Akhir 1431/ 01.04.2010 yang telah menukar dan menjatuhkan hukuman "tugasan komuniti selama 3 minggu" keatas Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhkan hukuman denda dan rotan 6 kali atas kesalahan minuman arak.

Perlu ditegaskan bahawa ini bukan bermakna kita menolak hukuman rotan dilaksanakan terhadap Kartika. Hukuman telahpun dijatuhkan. Malahan saya berpendapat sepatutnya hukuman yang mematuhi syara' hendaklah digubal. Namun menjatuhkan hukuman dan perlaksanaan hukuman  adalah dua perkara yang berbeza. Saya difahamkan Saidina 'Umar sendiri, semasa umat sedang berhadapan dengan kemelut kemarau dan lain-lain, telah menggantung perlaksanaan hukuman hudud bagi kes-kes curi dan lain-lain. 

Malahan saya difahamkan Rasulullah sendiri telah beberapa kali dalam sirah Nabawi menunjukkan keadilan Islam, walaupun kesalahan nyata dilakukan. Dalam satu kes, seorang sahabat yang sudah mengaku melakukan pembunuhan pun Rasulullah lebih suka dia dimaafkan daripada dilaksanakan hukum qisas, hukum balas. Ini bukan kerana Rasulullah tidak mahu hukuman qisas dilaksanakan. Tetapi bagi kes khusus itu, Baginda merasakan lebih baik beliau dimaafkan.

Jadi didalam kes Kartika, hukuman telah dijatuhkan. Tetapi dalam hal perlaksanaan, sepatutnya hukuman dijalankan segera. Tetapi ALLAH lebih Maha Mengetahui dan lebih Maha Bijaksana. Apa perancangan ALLAH kita tidak tahu. Tetapi kelengahan perlaksanaan hukuman itu nampak mempunyai hikmahnya.

Dalam keadaan ruang masa kelengahan perlaksanaan itu, beberapa perkara telah berlaku iaitu:

1. Kartika telah menunjukkan kesungguhan mahu hukuman dilaksanakan dan tidak menunjukkan beliau mempermainkan hukum;

2. Kartika menunjukkan sikap penyesalan dan rasa bersalah yang jelas terhadap kesilapan beliau;

3. Kartika dan suaminya menghadapi tekanan yang begitu hebat sehingga berlaku perceraian dan menyebabkan anak-anak mereka kehilangan bapa; adik beradik bercerai sesama sendiri;

Dalam keadaan itu, meneruskan perlaksanaan hukuman terhadap Kartika sudah tidak membawa menafaat kepada samada dirinya mahupun syiar Islam. Sebaliknya tindakan Sultan Pahang telah menunjukkan satu ciri keadilan Islam yang akan membawa menafaat lebih besar untuk Islam. Bahawa Islam bukanlah agama yang hanya tahu menghukum sahaja, sebaliknya risalah Islam adalah untuk membawa keadilan dan kesejahteraan.

Semoga episod ini akan memberi dan membawa kebaikan kepada Islam dan syariatnya. Sekiranya kita melakukan kesilapan dalam keputusan ini, kita mengharapkan ALLAH memberikan keampunan dan hidayahNya kepada kita. Apa yang penting apa juga kita lakukan hendaklah ikhlas kerana ALLAH; demi Islam. Insyallah kita pohon iman kita dijaga dan dipelihara ALLAH. Wallah hua'lam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

17 Rabi'ul Akhir 1431

01 April 2010

Nota: semua rujukan kepada hadis Rasulullah dan kisah sahabat perlu dirujuk kepada kitab mu'tabar. Sekiranya saya melakukan kesilapan dalam rujukan itu, ianya adalah kelemahan dan kesalahan saya sendiri.
Peringatan: sekiranya pandangan saya diatas didapati bercanggah dengan Al Quran dan/atau Sunnah Rasulullah maka pandangan saya ini hendaklah dianggap terbatal dan janganlah diikuti, sebaliknya hendaklah mengikut Al Quran dan Sunnah tersebut. 

*sila rujuk lamanweb zul4kulim.blogspot bertarikh 04 Ramadhan 1430/ 23 Ogos 2009.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada Malaysian Insider bertarikh Khamis 01.04.2010)

UPDATED

KUALA LUMPUR, April 1 — Kartika Sari Dewi Shukarnor’s caning sentence has been commuted by the Sultan of Pahang, just a day before she was due to surrender herself to the state’s Islamic authorities.

The 33-year-old part-time model was supposed to be caned six times last August for a 2008 offence of consuming beer, but it was called off at the last minute.

She would have been the fourth woman to be caned under Syariah law in Malaysia.

Kartika’s lawyer, Adham Jamalullail, said she received a letter yesterday informing her that the Sultan had decided to spare her from the caning sentence. Instead, she has been “ordered to perform community service for three weeks.”

The mother of two had been detained by the authorities after she was found drinking beer at a resort in the popular Cherating beach on July 11, 2008. She pleaded guilty at the Kuantan Syariah High Court and was fined RM5,000 and six strokes of the cane.

The caning was due last August but was called off following an uproar over the punishment.

The Penal Code does not allow women to be caned while prison rules say only those with custodial sentences and between 18 and 50 can receive the punishment.

Kartika was granted an audience with the Pahang crown prince, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, at the Pekan royal town last month.

Tengku Abdullah said he had asked for the case to be expedited after Kartika told of the pressure she felt since the punishment was postponed.

Kartika had written in for an audience with Tengku Abdullah, who is also the chairman of the state religious council

Last February, Pahang Islamic Affairs Department director, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman, said the caning for Kartika will be decided after her audience with the crown prince.

Kartika has repeatedly said she has no intention of appealing the sentence or running away from the “worldly punishment” for her offence.

She had asked that the caning be done in public and has already paid the fine