Salam 2 all.
Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.
Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.
Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.
Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.
Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.
Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).
Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.
Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.
Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.
DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!
Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!
So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.
Adios amigos, grasias amigos!
Wallaha'alam & wassalam!
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Jamadil Awal 1433
26 Mac 2012
26 March 2012
14 March 2012
PANGKAH ISLAM?
Salam 2 all.
Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".
Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.
Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:
1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?
2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?
3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?
4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?
5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?
6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?
7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?
8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?
9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?
10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?
11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?
12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?
13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?
14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?
15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?
Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.
Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?
Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!
Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!
Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!
Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012
09 March 2012
TEMBERANG LAGI!
Salam 2 all.
Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif. Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat.
Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.
Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.
Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat.
Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.
Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!
Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam! Contohnya:
1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang!
Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar!
2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan!
Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!
3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah), kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!
Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?
4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik!
Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!
5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut!
Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.
Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop!
Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!
ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1432
09 Mac 2012