17 July 2013

DUTA DAJJAL?

 Apakah Gereja saperti ini yang diidamkan oleh Biskop Joseph Marino?

Salam 2 all.

Kenyataan Biskop Joseph Marino, Duta mewakili Vatican City ke Malaysia baru-baru ini yang menyokong tuntutan gereja Malaysia untuk menggunapakai kalimah ALLAH adalah jelas satu tindakan provokatif yang melampau dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja walaupun kononnya beliau telah membuat permohonan maaf.

Saya yakin Biskop tersebut bukanlah seorang yang bodoh, sebab itu beliau dilantik menjadi Duta ke Malaysia!

Sudah pasti beliau tahu pendirian kerajaan dan umat Islam Malaysia bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan selain daripada untuk tujuan Islam.

Sudah pasti beliau tahu bahawa kes berkaitan isu kalimah ALLAH sedang dalam proses rayuan dan perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

Sudah pasti beliau tahu bahawa didalam Malaysia penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim untuk tujuan selain Islam adalah merupakan sesuatu yang dilarang dan adalah satu kesalahan jenayah dibawah Enakmen Anti-Dakyah Negeri-Negeri yang dibaut menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Sudah pasti beliau tahu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan Fatwa melarang penggunaan kalimah ALLAH untuk tujuan selain Islam.

Sudah pasti beliau tahu bahawa Dewan Syura PAS juga telah mengeluarkan pandangan bahawa kalimah ALLAH hanya untuk penggunaan Islam dan berkaitan dengan agama Islam sahaja.

Sudah pasti beliau tahu bahawa Majlis Raja-Raja sudahpun mengeluarkan titah melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam untuk tujuan selain Islam.

Sudah pasti beliau tahu bahawa yang membawa suara sumbang mahu dan menyokong gereja kristian menggunakan kalimah ALLAH hanyalah segelintir dikalangan pembangkang.

Kalau beliau tidak tahu semua itu, maka beliau tidak layak menjadi Duta Vatican City ke negara ini!

Jadi, dalam keadaan mengetahui atau sepatutnya tahu mengenai semua perkara diatas, beliau memilih untuk membuat kenyataan menyokong tindakan gereja kristian di Malaysia yang mahu menggunakan kalimah ALLAH untuk tujuan agama kristian mereka.

Jelas beliau telah melakukan beberapa siri kesalahan saperti berikut:

1. melanggar peruntukkan Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 yang melarang mana-mana perwakilan asing mencampuri urusan dalaman negara hos mereka;

2. menggalakkan gereja kristian untuk melakukan kesalahan jenayah dengan melanggar Enakmen Anti-Dakyah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim untuk tujuan selain Islam;

3. melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengeluarkan fatwa dalam isu berkaitan;

4. melakukan satu penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of court) yang sedang didalam proses mendengar rayuan perbicaraan kalimah ALLAH;

5. melakukan penghinaan terhadap titah Tuanku Majlis Raja-Raja yang telah mengeluarkan titah berkaitan isu yang sama;

6. mengambil sikap partisan politik kepartian yang jelas akan menyebabkan konflik dan pertentangan diantara rakyat Malaysia;

7. menyebabkan atau boleh menyebabkan keamanan dan keharmonian antara agama dan kaum dinegara ini yang sudah terbina sejak sekian lama terjejas!

Atas alasan diatas sahaja, saya berpendapat Biskop Joseph Marino sudah tidak layak dan tidak mempunyai kewibawaan untuk meneruskan tugas beliau sebagai Duta Vatican City ke Malaysia.

Walaupun beliau telah dikatakan memohon maaf, tetapi jelas beliau tidak menarik balik kenyataan tersebut dan tidak memberi akujanji tidak akan mengulangi perkara yang sama.

Oleh itu, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan selain mengisytiharkan Biskop Joseph Marino sebagai persona non grata dan wajib di usir keluar daripada negara ini dengan serta-merta.

Umat Melayu Islam mendesak Kerajaan Malaysia bertindak tegas dalam perkara saperti ini.

Semalam Mahkamah Tinggi Islamabad di Pakistan telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda sebanyak Rupee 200,000-00 terhadap seorang lelaki kristian, Sajad Masih (29), yang didapati bersalah menghina Islam dengan menghantar teks sms yang menghina Nabi saw kepada seorang ulama. Malah Pendakwaraya Islamabad, Sheikh Javed, tidak berpuashati dengan hukuman itu dan bercadang mengemukakan rayuan untuk mendapatkan hukuman mati terhadap Sajad!

Kita masih tidak lupa fatwa yang dikeluarkan oleh Allahyarham Imam Khomeini yang mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie yang menulis buku Satanic Verses yang didapati menghina Rasulullah saw! Sehingga ke hari ini fatwa itu masih berkuatkuasa.

Saya tidaklah mendesak Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang sama dalam kes ini. Kita ada undang-undang dan peraturan yang mencukupi untuk menangani kes saperti ini. Apa yang perlu ialah political will Kerajaan untuk bertindak tegas!

Tetapi kes-kes diatas sudah cukup untuk kita mendapat gambaran betapa umat Islam dinegara lain sangat prihatin dan sensitif dengan sebarang tindakan dan perlakuan yang boleh dianggap menghina dan memperlekehkan Islam.

Ingatlah, umat Melayu-Islam telah memberikan mandat jelas kepada Kerajaan dalam PRU-13. Sokongan dan dokongan umat Melayu-Islam lah yang membolehkan Kerajaan memenangi PRU-13 dan terus berkuasa. Sokongan dan dokongan itu adalah amanah daripada umat Melayu-Islam; dan janganlah dikhianati dan diketepikan amanah tersebut!

To Mr. Joseph Marino, without any intention of disrespect to you (although you have no respect to our religion and our country), you have lost all respect and credibility to continue to represent the Vatican City to our beloved country. I strongly suggest that if you have any little self respect left in yourself, you should consider seriously to leave our country immediately without being asked to do so. Leave voluntarily before being forced to leave!

Kepada semua umat Melayu-Islam dan NGO-NGO Melayu-Islam, marilah kita bersatu menentang kemungkaran dan pencabulan terhadap agama kita ini. Teruskan tekanan dan desakan terhadap semua pihak termasuk Kerajaan dengan menggunakan pelbagai saluran dan mekanisma yang dibenarkan undang-undang untuk memastikan Biskop Joseph Marino diisytiharkan sebagai persona non grata (orang tidak dikehendaki) dan dihalau keluar daripada negara kita ini dengan serta merta!

Semua yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH memberikan kita iman dan hidayah, dan kekuatan istiqomah untuk meneruskan perjuangan membela dan mempertahankan agama, bangsa dan negara! Ameen!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
08 Ramadhan 1434
17 Julai 2013

*Nota: Insyallah Jumaat 10 Ramadhan 1434 bersamaan 19 Julai 2013 pada jam 02.30ptg (selepas solat Jumaat) pertubuhan Perkasa-JATI dengan sokongan beberapa NGO lain akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap Biskop Joseph Marino di Kedutaan Vatican City di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Saudara-saudari dijemput hadir beramai-ramai menyatakan sokongan terhadap bantahan ini. Tolong sebarkan.