Salam 2 all.
Jumaat 24 Rabi'ul Akhir 1431/ 09 April 2010 saya pergi mengerjakan solat Jumaat di Washington Islamic Center. Waktu zohor sini sekarang jam 01.10 tengahari. Dengan cuaca musim bunga yang cerah, kalau solat kat luar pun ok, sejuk macam dalam aircon walaupun matahari terang.
Saya sampai agak awal. Jemaah pun tak berapa kerat masa tu. Jadi dapatlah dok kat saf agak didepan. Tapi time solat masjid penuh sampai ke luar. Masjid ini dikatakan dibiaya pembinaannya oleh Arab Saudi, jadi tok imam dia pun orang Saudi jugaklah. Khutbah pertama dalam bahasa 'arab sepenuhnya. Khutbah kedua baru khatib terjemah ke Bahasa Inggeris. Kali ini beliau menyentuh tentang penyakit resah gelisah dan ketidakbahagiaan manusia. Dan beliau memberi kupasan panjang tentang bagaimana Islam menawarkan kesembuhan kepada penyakit ini dengan syrait yang bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan.
Lepas solat saya dok meninjau kawasan masjid. Rupanya disini lepas solat makanan disediakan, nasi beriyani yop, lauk kambing. Tapi teman tak sempat beratur sebab ada program lain. Cuma yang agak terkilan perpecahan umat Islam ketara sangat di masjid ni. Sedang khatib menyampaikan khutbah didalam, ada lagi satu khutbah disampaikan diluar. Bila saya periksa, rupanya khatib kat luar tu ialah imam yang telah dipecat. Pasal apa dia dipecat teman pun tak tahu. Tapi agak memalukan kita umat islam lah jugak bila tengok keadaan kecoh macam tu.
Tapi bila dikenangkan, kat Malaysia pun lebih kurang aje. Mane ustad atau pendakwah yang tak sealiran dengan jawatankuasa atau jabatan agama, samada dari segi politik atau pemikiran, memang kena buanglah jawabnya. Silap-silap kena cekup macam Dr. Harun Din dan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Masjid surau yang UMNO kontrol, pendakwah PAS boleh main jauh-jauh. Surau masjid yang PAS kontrol, ustad yang dicop tak sokong bulan sure kena tendang punya.Kayu pengukur layak tak layak ialah mengikut nafsu politik kepartian yang sempit! Tu lah nasib umat Islam dimana sahaja didunia ini.
Well, satu perkara yang ramai orang tak tahu, kebanyakan imam hebat yang ada saperti di Majidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka sebenarnya mempunyai kelayakan professional yang lain. Tapi hafaz Al Quran. Contohnya Syeikh Dr. Abdul Rahman As Syudais, imam Masjidil Haram; yang bacaan beliau boleh melentuk kita dibuatnya. Ramai yang tak tahu Syeikh Dr. Abdul Rahman As Syudais sebenarnya ialah seorang doktor perubatan!
Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita buat untuk meningkat dan memartabatkan Islam, samada didalam negara mahupun diperingkat antarabangsa. Saya sangat-sangat berdoa kepada ALLAH agar dapat memberi peluang dan ruang untuk kita semua memberi sedikit sumbangan untuk melaksanakan dan mencapai cita-cita dan impian itu. Moga ALLAH memakbulkannya, ameen ya robbal 'alaameen.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Rabi'ul Akhir 1431
09 April 2010
YB ZUL,
ReplyDeletesyukur kita sama2 dapat memperjuangkan ugama dan bangsa dengan telus dan tegas, yang beno tetap beno kan yb?
Assalamualaikum/Salam 2 all
ReplyDeleteWahai hamba Allah! Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Wahai makhluk yang bersyahadah.
Adakah kita mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kita semua?
Adakah kita masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?
Adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya?
Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita “Sesungguhnya solatku, amalanku, hudupku & matiku hanyalah pd Allah, Tuhan sekalian alam” dan ia benar-benar terlaksana?
Sabda Rasulullah S.A.W.: Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.
Insaflah bahawa tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.
Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.
Oleh itu aku merayu pada semua yang bersyahadah, lupakanlah segala sengketa, perbalahan. Marilah kita bersatu, tak kiralah ONE ISRAEL ke 1Malaysia. Yang penting kita bersatu dlm menunaikan tanggungjawab dalam Islam. Idea penyatuan sebenarnya datang dari agama tauhid ini. Fikir2 kan lah….
Allah Subhanahu berfirman di dalam surat An Nisaa', ayat 94 :
ReplyDelete"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan "salam" kepadamu: "Kamu bukan seorang mukmin" (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, karena di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".
sapa la yg dok tAngkap gambaq hang waktu hang tgh semayang...masnah rais kot?
ReplyDeletesalam Yb Zul.
ReplyDeleteSukur saya kapada Allah s.w.t tak pi WDC dapat juga tengok masjidnya,terima kaseh.Saya ingin memberi pandangan sikit tentang kalut dengan imam ini,lebeh kurang macam tempat kita saja.Bagi pandangan saya waris-waris Nabi ini pada masa dulu tidak mempunyai kempentingan lain, selain agama, mereka juga apabila dilantik akan menjaga anak buahnya.macam tahlil arwah memang tak terdapat dalam mana nas.tetapi ulamak/imam ini cuba menarik anak buah/anak kharihnya supaya bersatu padu bagi membentuk satu jamaah dengan tidak secara langsung,dengan cara beramai-ramai berdoa memohon kapada Allah. Jadi Allah tentu suka dengan jemaah ini. Maka dengan itu tak berpecahlah penduduk satu tempat itu.boleh ramai-ramai memindah/mengusung rumah,tetapi sekarang semuanya berkhiblat kapada hawa nafsu semata-mata.Berebut-rebut ingin pegang jawatan. Pandang dengan mata hati dalam persoalan ini. terima kaseh.
"....tak kiralah ONE ISRAEL ke 1Malaysia. "
ReplyDeleteYang ini saya tak setuju beno.Yahudi terang-terang nak hancur umat Islam...masih kata tak apa lagi.
ReplyDeletePak Bondi said...
sapa la yg dok tAngkap gambaq hang waktu hang tgh semayang...masnah rais kot?
12 April, 2010 08:03
busuk sungguh hati manusia ni.
lagi satu tentang komen on masjid UMNO kontrol tu. yang tu tak betul, jangan generalized semua orang UMNO macam tu. banyak-banyakkanlah jelajah ke kawasan lain, majoriti orang UMNO tak kisah pun siapa jadi imam di masjid, asalkan berkelayakan.
Salam Satu Islam,
ReplyDeleteAku baca satu komen mat perpaduan:
"....tak kiralah ONE ISRAEL ke 1Malaysia. "
Israel memang nak umat islam berpecahbelah dan hancur ranap macam tindakan mereka mengorek gua bawah masjid Alaqsa tu..dan tak lama lagi jika diizinkan Allah Al Aqsar runtuh , pecahbelah. Nak peluktubuh tengok dan dengar saja ka. Bagilah derma/sedekah sikit kpd pejuang Hamas tu..yg tengak berjihad fi sabilillah.
lagi satu tentang komen on masjid UMNO kontrol tu. yang tu tak betul, jangan generalized semua orang UMNO macam tu. banyak-banyakkanlah jelajah ke kawasan lain, majoriti orang UMNO tak kisah pun siapa jadi imam di masjid, asalkan berkelayakan.
ReplyDelete1..Banyak masjid orang UMNO tak datang pun macam mana nak jadi Imam Diarang pun tak layak jadi Imam sbb tu diarang tak kisah sape jadi Imam.
haha bkn masnahla..zaharain la tlg snap kan geng dema kamcing skrg...posing yb jgn xposing...ingat jgn main2 time smayang
ReplyDeleteContoh, Sheikh Abd Rahman As-Sudais, buktikan pada kita, dalam kita mengejar karier professional, kita mampu jadi Imam besar, yang hafaz Quran, hafaz Hadis. Terima kasih YB Zul kerana membongkarkan sedikit latar belakang Imam Besar Masjidil Haram ini, yang mampu menguatkan semangat penghayatan agama kita.
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Al-Sudais
ReplyDeleteHe obtained a degree in Sharia from Riyadh University in 1983, his Master's in Islamic fundamentals from the Sharia College of Imam Muhammad bin Saud Islamic University in 1987 and received his Ph.D. in Islamic Sharia from Umm al-Qura University in 1995 while working there as an assistant professor after serving at Riyadh University.
http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Al-Sudais
DIA Dr PHD LA. BUKAN Dr PERUBATAN. HANG TAK CEK FAKTA KA SEBELUM MENULIS. APA LA. MP KULIM KONON.
ya lah si zul bahalol seronoklah kamu dengan gambar sana sini di amerika tu, itulah upah kamu setelah kamu menderhaka rakyat yg memilih kamu akhirnya butuh najib juga yang kamu jilat-jlatkan. syabas
ReplyDeleteHello `Little Pharoah'
ReplyDeleteFiraun kecil menikmati tanah negara firaun zaman kini..
Nampak sungguh gembira dan teruja dgn suasana spring d sana..
Pegi da.. Ko MP bacol lagi tak da teloq..
Kami berdoa semoga Allah memberi bala kpd kau dan keluarga kerana menjadi PENGKHIANAT agama dan negara.. Semoga Allah makbulkan doa kami yg teraniaya di kulim ini.. Amin
Hello `Little Pharoah'
ReplyDeleteFiraun kecil menikmati tanah negara firaun zaman kini..
Nampak sungguh gembira dan teruja dgn suasana spring d sana..
Pegi da.. Ko MP bacol lagi tak da teloq..
Kami berdoa semoga Allah memberi bala kpd kau dan keluarga kerana menjadi PENGKHIANAT agama dan negara.. Semoga Allah makbulkan doa kami yg teraniaya di kulim ini.. Amin
hebat yb ni main wayang, masa sembahyang pun suruh member (mungkin zahrain kot) snap gambar ko
ReplyDelete