Salam 2 all.
Saya mengutuk keras perbuatan melontar kepala babi di dua buah masjid di Jalan Kelang Lama iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Datuk Harun (dibawah Parlimen PJ Selatan) dan Masjid Al-Imam Al-Tarmizi di Taman Seri Sentosa )dibawah Parlimen Lembah Pantai) pagi tadi Rabu 12 Safar 1431/ 27 Januari 2010.
Ini adalah perbuatan terkutuk dan jelas bertujuan untuk mengambil kesempatan daripada keadaan tegang yang sedang berlaku sekarang berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH.
Saya menyeru umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya bertenang dan tidak membiarkan diri mereka diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Saya juga meminta pihak polis supaya memberikan keutamaan untuk menyiasat dan membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab bukan sahaja didalam kes terbaru ini, tetapi juga kes pembakaran gereja-gereja, surau-surau dan lain-lain rumah ibadat yang lain.
Saya juga menyeru supaya kita semua kembali kepada semangat Perlembagaan Persekutuan, dengan menghormati kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan, disamping menjamin kebebasan beramal bagi penganut agama lain.
Selama ini kita berjaya mengekalkan keamanan dan harmoni kerana kita masih meletakkan keyakinan kepada semangat Perlembagaan tersebut. Namun akhir-akhir ini ada pihak yang mula tidak menghormati semangat Perlembagaan, sebaliknya menggunakan peruntukkan Pelembagaan dan undang-undang untuk mencapai cita-cita sempit dan chauvinistik mereka.
Slogan-slogan yang baru mula dicanang dan dicanai sana-sini, slogan yang jelas meniru sebuah negara yang telah berjaya melenyapkan sejarah negara tersebut, dan kini dalam usaha melenyapkan satu bangsa dengan memecahbelahkan bangsa itu kepada suku bangsa.
Kita umat Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan yang telah lama kita kecapi ini perlulah berhati-hati. Ada diluar sana Dajjal-Dajjal Kecil yang menghulurkan roti dan susu kepada kita, kononnya untuk mengenyangkan kita, tetapi sebenarnya mereka telah meletak racun didalamnya.
Wassalam.
Rabu
12 Safar 1431
27 Januari 2010
Mana dia CIMB dan organisasi melayu lain yang berlumba-lumba menyampaikan sumbangan untuk memperbaiki gereja yang rosak akibat vandalism? Bila surau-surau kene vandalise, kenapa tak diberi sumbangan? Mungkin ada sumbangan dan mungkin saya yang tak tau tapi jika ada lah sumbangan untuk surau diberikan, kenapa tak diuar-uarkan? Itu masalah kita orang melayu. terlampau rajin nak tunjuk baik dgn org lain tapi kaum sendiri tertindas. dah jadi camni pun (kepala babi
ReplyDeleteMungkin akan ada insan-insan yg berburuk sangka dgn menuduh SB Polis, UMNO, atau pihak berkepentingan politik sengaja meletakkan babi di masjid...apapun sangkaan kalian, ingat sangkaan tetap satu sangkaan. Jgn sampai dalam pada kita menyangka begitu jahat terhadap seseorang/satu pihak, kita sedang diperdaya dan masuk ke dalam perangkap satu pihak lagi. Demikian terjadi di Iraq apabila rakyatnya begitu bencikan Saddam Hussein, sudahnya mereka mengundang Amerika dan konco-konconya. Apakah mereka kini lebih mewah, meriah, rahmat berbanding sebelum ini?
ReplyDeleteSalam YB Zul,
ReplyDeleteAhli masjid menyangka ianya kepala baby tetapi rupanya kepala babi. Paling misteri adalah 30 keping wang RM1 yg ditinggalkan di tempat kejadian. Apakah maknanya semua ini?
Dulu kepala lembu diarak, skrg kepala babi pula dilontar. Saya bersyukur sebab masjid di kampung saya tidak diganggu oleh sesiapa. 2buah gereja yg terletak dipekan juga tidak dilontar bom api.
salam hormat kpda YB Zul..
ReplyDeletesaya doakan supaya kita semua dalam ketenangan..
pada masa sama diharap YB sendiri diberi kekuatan dan petunjuk untuk menghadapi masalah2 semasa yg ada skrg ni..
semoga kita tetap bersatu dlm menegakkan kebenaran dan keadilan..
satu fenomena biasa bila kita dikecam oleh orang2 kita sndiri..
tp pada masa sama kita semua harus berhati-hati supaya tidak masuk dalam perangkap musuh..
saya mendambakan YB terus berjuang dalam instrumen yg YB sudah berjuang untuk sekian lama sekalipun terpaksa meredah onak duri..
semoga kita sama2 mndapat petunjukNya..
Dah tiba masanya untuk Melayu Islam bersatu, jangan hanya kerana 'politik', orang melayu Islam berpecah.
ReplyDeletelagi lagi bersatu org Melayu..
ReplyDeleteArab, Cina, India dan bangsa lain pernah bersatu ke sampai tak pecah belah...perkara mustahil bin ajaib..
Propaganda UMNO yang membosankan...
Polis buat kerjalah..tangkap dan humban mereka dlm penjara...
Nak tau apa kafir2 dlm Malaysiakini tu mengata? Kepala2 babi tu berbungkus, entah2 yg buang tu melayu! Sbb diorang geli nak pegang direct. Lagi satu ini babi hutan, jadi orang melayu ade yg ade lesen senapang - KITA jugak lah yg tembak babi tu dan lontar dlm masjid.Bila gereja di bakar, KITA jugaklah yg buat.Masa GEREJA dianiayai tak pulak direka alasan kristian menyamar Islam. Jadi letak macamanapun kita ni sentiasa salah dipandangan mereka. Bila Najib sumbang RM500K utk repair gereja pun diorang perlekehkan.Bila Nazri kata boleh guna perkataan Allah di Sarawak shj, diorang siap sindir - macam ni bila turun KLIA kena tukar jadi ALLAH ISLAM! Tuan2 yg menyokong kristian guna nama Allah ni nampak tak macamana kurang ajarnya kumnpulan minoriti ni? Knapa perlu kita bersekongkol dgn diorang? Tak ade satu pun yg betul mengenai melayu dan Islam di pandangan mata mereka kecuali bila mereka sendiri mengambil alih pemerintahan negara ini secara total! Dan mereka sudah nampak jalannya kerana ade pencacai melayu mcm PKR dan PAS yg memberi laluan.Isu ini bukan lagi Islam lawan kristian tetapi Islam melawan bukan Islam ! Memandangkan di puak mereka ada penyokongnya tak kira ugama janji bukan Islam...
ReplyDeleteMacamaanpun kegerunan mereka pd ZN tetap terserlah apabila mereka memberi komen bahawa ketidakberanian Anwar mengambil tindakan tegas terhadap ZN ialah kerana 50 % melayu dlm PKR menyokong ZN. WAH! ZN, anda memang hebat, gerun jugak diorang pd awak! Terus kan perjuangan, lawan tetap lawan, jgn mengundur walau seinci pun!
YB, betul ke YB nak lompat parti macam Utusan Malaysia laporkan tu? Janganlah lompat parti YB. Bersabarlah dengan karenah orang dalam parti YB. PKR amat memerlukan pemimpin macam YB.
ReplyDeleteSalam YB
ReplyDeleteSedih dengar seorang Islam malah kebanyakan kaum muslimin lebih mengagungkan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN lebih dari Al-Quran dan Sunnah.
"....Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian...." [An-Nisa(4) : 59]
Wahai YB dan seluruh kaum muslimin. Perlembagaan yang anda agongkan ini adalah perlembagaan kufur ciptaan manusia. Pelembagaan ini juga telah menghalang "HUKUM ALLAH" di laksanakan. Kaum Muslimin sendiri yang menjadi penentang kepada HUKUM ALLAH...
Allah juga telah mengingatkan seluruh kaum muslimin....
"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? [Al-Maidah(5):50]
Kenapa masih mengagungkan Pelembagaan Kufur ciptaan barat???
Kenapa tidak mengangkat Kitabullah dan Sunatullah ke tahap yang paling tinggi???
Bukankah Rasulullah SAW telah menunjukkan jalan kepada kita bagaimana memperjuangankanNYA... kenapa tidak diambil Tariqah Rasulullah sebagai jalan perjuangan kita???
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. "[Al-Ahzab(33):21]
Sesunggunya Allah telah menjanjikan kepada manusia rahmatNya yang mengikut suri Rasulullah SAW.
Wahai YB dan kaum Muslimin
Di akhir kata...
Ketika khudbah terakhir baginda Rasullullah SAW di Lembah Aranah, Gunung Arafah.
......Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
Demi Allah... Ketika saya menulis ini, air mata saya menitis mengenangkan kata-kata akhir Rasulullah SAW disamping sedih melihat minda ummat Islam...
Semoga Allah membuka hati YB dan seluruh kaum muslimin bagi menegakkan kembali perjuangan Rasulullah dan janji Allah dan RasulNya.....
......SOMMATAKUNU KHILAFATAN A'LLAMINHAJNUBUAH.....
......Selepas ini akan kembali Khilafah yang mengikut jalan kenabian....
ALLAHUAKBAR!!!!
Sekian
Wassalam WBT
Pada awal sekali saya ingin menyatakan dengan tegas, berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka, Allah bermakna Tuhan yang maha Esa iaitu tuhan yang satu. Tuhan pula membawa dua maksud iaitu Tuhan (kata nama khas) yuang bermaksud tuhan yang Esa dan tuhan (kata nama am) yang bermaksud tuhan-tuhan lain yang disembah oleh golongan manusia yang mempuyai agma dan kepercayaan yang tidak berasakan kepercayaan kepada Tuhan yang maha Esa. (Allah)
ReplyDeleteMengapa dengan penjelasan yang begitu terang, Allah masih digunakkan untuk merujuk kepada tuhan Kristian seperti yang dilakukan oleh surat khabar The Herald, sebuah surat khabar Roman Katolik. Dalam bahasa melayu, Allah hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang maha Esa. Perkara yang hanya boleh diperbaiki denga menukarkan sebuah perkataan kini menjad sebuah kontroversi yang telah menyebabkan kegentingan dalam hubungan rakyat beragama Islam dengan rakyat Roman Katolik.
Jikalau dikaji dengan lebih teliti, hanya Kristian Arab boleh menggunakan ‘Alla’ untuk merujuk kepada tuhan mereka. Ini adalah disebabkan mereka tiada perkataan lain. Sebagai contoh merka menggunakan Allah al-ab (Tuhan Ayah), Allah al-ibn (Tuhan Anak), dan Allah al-ruh (Tuhan Roh Suci). Namum dalam bahasa melayu, tuhan Kristian tidak boleh sama sekali digunakkana untuk merujuk kepada Allah kerana bercanggah dengan maksudnya dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mengapa penerbit The Herald menggunakan Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka walaupun telah dinyatakan dalam kamus yang menunjukkan bahawa mereka hanya boleh menggunakan tuhan. Perkara ini seolah-olah menjadi sebuah penghinaan kepada nama Allah yang maha Esa dengan menggunakan nama-Nya untuk merujuk kepada tuhan lain.