Salam 2 all.
Kita mengecam pengeboman beberapa buah gereja semalam di sekitar Lembah Kelang. Kita tegaskan bahawa itu bukan cara umat Islam bertindak.
Memang kita marah dengan sikap segelintir Kristian yang cuba menyalahgunakan kalimah ALLAH. Memang kita akan tentang mereka habis-habisan, tetapi hendaklah berdasarkan saluran dan mekanisma yang dibenarkan dan menurut undang-undang.
Cuma saya berharap insiden pengeboman ini tidak menutup isu besar yang melanda. Isu penghinaan terhadap agama Islam atas pencabulan kalimah ALLAH. Saya berharap pihak keselamatan segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelaku-pelaku pengeboman ini.
Dan saya juga berharap puak bukan Islam di negara ini mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Itulah yang terjadi kalau masing-masing sudah tidak tahu menghormati sensitiviti dan hak orang lain. Keharmonian kita kecapi selama ini adalah kerana semangat toleransi umat Islam bangsa Melayu di Malaysia yang sangat tinggi.
Kita lihat bagaimana nasib umat Islam yang berhadapan dengan kaum Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain di merata dunia. Ternyata semangat toleransi dan persefahaman kaum lain tidak sehebat umat Islam.
Di Tebing Barat dan Ghozzah, umat Islam dianiaya dan dizalimi tiap saat tiap waktu oleh Yahudi. Di Perancis, German, Switzerland, Belanda, Amerika dan negara Kristian Eropah umat Islam di anaktirikan. Masjid mereka dibakar dan diroboh, wanita Islam dihina, hingga kubur umat Islam pun hendak dibongkah dan dihapuskan. Di Kashmir dan India, umat Islam menghadapi tekanan dan penindasan diluar batasan kemanusiaan. Wanita mereka dirogol, masjid mereka dibakar dan kehidupan mereka tersepit. Di negara Buddha Siam, tidak ada hari yang dilalui umat Islam Fatani melainkan pengeboman, pembunuhan, perogolan dan pemusnahan ke atas masjid berlaku hampir setiap hari. Mendirikan solat pun satu penyiksaan dan penderitaan bagi umat Islam Selatan Siam. Di Selatan Filipina, umat Islam ditindas dan menghadapi kesukaran hidup dinegara Kristian Filipina.
Tetapi di Malaysia, kaum Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lain boleh hidup aman damai, menjalani upacara peribadatan mereka tanpa gangguan. Umat Islam bangsa Melayu memang terkenal dengan sikap toleransi dan bertolak ansur yang tinggi..bila ditolak mereka beransur, bila ditolak mereka beransur. Tapi jangan tolak kami sampai kami tersepit, kerana kesabaran itu ada hadnya!
Permintaan umat Islam di Malaysia hanya satu, TOLONG JANGAN GANGGU ISLAM!! Sebab itulah Perlembagaan menjamin hak Islam dan umat Islam. Dijadikan Islam agama Persekutuan (Artikel 3). Dihalang agama lain didakyah keatas umat Islam (Artikel 11). Dipertanggungjawabkan atas kerajaan Peresekutuan dan Negeri memberi peruntukkan secukupnya kepada institusi-institusi Islam (Artikel 12). Ditubuhkan Mahkamah Syariah khas bagi umat Islam (Artikel 75 Jadual 9 Senarai 2) dengan peruntukkan khusus menghalang Mahkamah sivil daripada menganggu Mahkamah Syariah (Artikel 121 1A), diisytiharkan bangsa pribumi Melayu sebagai Muslim (Artikel 160), malah dalam mengisytiharkan darurat, walaupun YDP Agong dan Parlimen boleh menggantung, membatal, menangguh, meminda apa jua undang-undang yang ujud dalam negara ini, namun undang-undang Islam tidak langsung boleh disentuh (Artikel 150 6A)!!
Begitu Perlembagaan memartabat dan menobatkan agama Islam. Begitu Perlembagaan menghormati agama Islam.
Kalau sebegitu Islam dihormati, dinobat dan dimartabatkan oleh Perlembagaan, maka begitulah kita menuntut dan mendesak penganut agama lain supaya menghormati Islam.
Mengapa tiap kali umat Islam menuntut haknya dan mempertahankan syariatnya, umat Islam segera dilabel fundamentalis, ekstremis dan lain-lain. Tapi kalau kaum hindu berdemo dan memecah bangunan, memukul polis dan lain-lain dalam isu hindraf, mereka dikata menuntut hak kemanusiaan mereka. Bila kaum cina menuntut sekolah cina dan mendesak pengekalan sekolah aliran cina, itu human right namanya. Bila segelintir kristian cuba mencabul nama ALLAH itu hak asasi mereka namanya. Tapi asal umat Islam tuntut sahaja, segera label teroris, fundamentalis dan ektremis ditempel didahi mereka!!
Saya menyeru kepada semua pencinta keamanan dan kedamaian, marilah kita hormat menghormati satu sama lain. Tiap hak ada batasannya, tiap kebebasan ada sempadannya. Kepada penganut agama bukan Islam di Malaysia, saya memberikan peringatan bahawa apabila kamu melampaui batasan dan sempadan itu, maka kamu hanya mengundang tindak balas yang tidak sepatutnya berlaku. Kalau kamu mahu umat Islam menghormati hak agama kamu, maka kamu juga perlu tahu menghormati hak umat Islam. Apabila kita saling memahami, maka keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini akan dapat dipertahankan.
Kepada umat Islam, saya beri jaminan dan janji kepada saudara semua, saya akan terus perjuangkan dan pertahankan kalimah ALLAH ini. Saya akan terus gunakan segala saluran yang ada untuk perjuangan ini. Kalau saya sampai terpaksa berseorangan berdepan dengan kemelut ini, saya akan tetap mempertahankannya, walau saya terpaksa berdiri sendiri. Itu janji dan sumpah saya. Jangan kita berasa kerdil dan malu mempertahankan agama Islam yang suci ini, walau satu dunia menentang kita. Jangan kita berasa keseorangan dalam perjuangan ini, kerana ALLAH Maha Esa sentiasa bersama kita.
Jangan kita beri ruang kepada pihak lain menutup isu ini dengan menimbulkan isu lain. Jangan kita ambil tindakan diluar batasan undang-undang, kerana kesempatan itu akan diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menafikan perjuangan kita.
Sebaliknya marilah kita perjuangkan hak kita secara bertamaddun. Kita hormati undang-undang dan perlembagaan negara kita. Kita bertindaklah secara jemaah, dan menurut saluran yang dibenarkan. Dan istiqomahlah. Jangan lupa juga bangun malam dan bertahajjud dan bersujud kepada ALLAH. Kerana akhir kalam, doa itu senjata seorang muqmin. Insyallah kemenangan pasti di pihak kita.
Wassalam. Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 Muharram 1431
09 Januari 2010
Syabas YB , Saya sokong penuh kenytaan YB , cuma saya ingin tahu adakah YB tetap dengan pendirian iuni walaupun bos Yb tentu akan menegur Yb
ReplyDeleteSaya pasti Yb Zul tak berseorang dalam mempertahankan kalimah Allah , berjuta umat Islam akan bersama-sama Yb , walaupun ada rakan2 Yb yang cuba jadi jaguh kampung
Yb Zul , Saya cadangkan agar Yb Zul masuk dalam Parti Pas , rebut jawatan mursyidul Am Pas atau naib Presiden Pas , ini untuk memperbetulkan agenda Pas yang saya rasa dah lari sikit dari agenda utamanya
ReplyDeletekalau dulu Pas begitu komited mempertahankan Islam , sejak berduet dengan pkr dan juga dap tu , gaya dan lenggoknya agak lari sikit aligmentnya
kenapa statement2 yang saya baca selepas pengeboman tuh macam mengaku umat islam yang buat?? mungkin nih semua dakyah puak2 tertentu nak merosakkan imej islam. ambil pengajaran daripada tragedi 11 september. mungkin benda sama yang berlaku semata2 nak merosakkan imej islam dan menafikan hak2 kita. pikir2 kan lah
ReplyDeleteSebenarnya En Harunn, YB ZN, memang tahu dia akan ditendang bebila masa je.. sbb Boss Besaq dia Anwar Al Liberal terpaksa pilih antara satu - nak jadi PM therefore korbankan Islam atau korbankan ZN ada harapan naik!Bagi ZN bila tiba masa dan saatnya kamu dinyahkan dari PKR, kami akan sambut kamu dgn tangan terbuka sbg pejuang Islam tulin.. atau masuk PAS macam Harunn cakap , singkirkan Khalid Gereja barulah ahli PAS semua tersedar dari fatamorgana selama ini mereka diperkudakan DAP & PKR..!
ReplyDeleteAlah Gerbert,diorang tu mengada - ngada lebih, kena cuit sikit dah melatah, berapa banyak masjid kita kene roboh di India, Bosnia, Iraq, Selatan Thai, Ambon termasuk di Malaysia ( akibat angkara Khir Toyo) sebelum ini , ada diorang bising? Gereja tu terbakar sikit je, tak ada siapa pun cedera apatah lagi mati.Bukak You Tube tengok macaman ratusan ribu exktrim Hindu robohkan masjid Babri,habis bertempiaran lari polis dan askar ( diorang pun Hindu, chalo lah apa lagi!) sedih dan menyayat hati.Kita orang melayu marah macamana pun tak sekejam itu menyerang tokong atau gereja kecuali dari tangan pihak penguasa mcm Majlis Perbandaran - itu adalah sudut lain dari segi penguatkuasaan
ReplyDeleteAssalammualaikum YB,
ReplyDeletePertama sekali sy nak mengatakan bahawa saya menyokong penuh pendirian YB dalam isu ini... walaupun ay bukan lah dari golongan Pakatan tapi dalam isu ini saya ketepikan semua itu... ini bukan lah lagi sesuatu isu yang harus kita sabar atau redha tetapi sesuatu yang harus kita pertahankan... Ayuh umat islam semua di malaysia khususnya hentikan berpolitik sama2lah kita mempertahankan hak milik kita...
apa yg saya nak nasihatkan disini agar yb terus memperjuangkan isu ini walaupun sy bersetuju dengan pendapat khalid atas tujuan dakwah islamiyyah.. sebenarnya dunia ni bulat.. banyak lagi kemungkinan yg bakal berlaku.. pada sy yb harus menerima kenyataan khalid utk tujuan dakwah.. segala senjata2 nasrani insyaALLAH kita dapat patah tubi semula.. kan2..
ReplyDeleteSila gilapkan semula lampu motosikal besar YB kalau ia dah mula berdaki & berhabuk. Biar kelihatan terang cahaya suluhan jalan di depan kita. Kalau ada penyalahan penggunaan kalimah, tegurlah dengan cara yang berhemah & berhikmah. Walaupun sebutan kita telah sempurna dan sebutan mereka sumbang bunyinya dari segi tajwid, elakkan unsur2 yang boleh mencetuskan pertelingkan. Marilah kita sama2 ikhlas menegakkan kebenaran demi kehidupan yang aman, damai & harmoni melalui platform atau kalimah yang sama. Itulah sebenarnya saranan Al-Quranul Karim bagi mereka yang betul2 faham. Wallahu A'lam!!!
ReplyDeletekepada tbula rasa , biadab sungguh ko ni suruh YB lap motor dia , memang tak ada akal langsung dia , ko tengok la Yb ni belajar kat mana , kelulusan dia apa , apa pengalaman dia , bab Islam ni kita tak boeh berlembut lagi , saya buan nak menambahkan api , tapi kita tak boleh bertolak ansur kalau orang kapir nak mempersendakan agama kita , ko ni dah terikut orang shah alam tu ke
ReplyDeletesaya langsung tak sokong khalid , dah lama saya perhatikan dia tu nampaknya condong ke arah lain , dia ni pahaman anwar ibrahim le gayanya
Yb,
ReplyDeleteTerima kasih diatas usaha YB, semoga ALLah membalasnya usaha murni YB itu, saya di perantauan ini juga berdoa semoga cubaan Kafir Kristian ini tidak berjaya..insyaallah.
Kimi
Aktobe, Kazakhstan
Teruskan perjuangmu...jgn risau berseorangan kerana disini ramai yg akan bersamamu,yg akan menjadi benteng kebenaran..Jika YB dipecat sekalipun jgn lah risau kerana kerana Islam mengatasi segala-galanya. Jika YB tidak berparti sekalipun saya yakin Allah akan mengurniakan kekuatan kepada YB dan balatenteranya dlm menegakkan kebenaran...teruskan berjuang wahai saudaraku.....
ReplyDeleteSalamualaikum Yb..
ReplyDeleteSemoga Allah memperkuatkan kita dengan rahmatNya dan keperkasaannya.. jangan berhenti untuk membela agamaNya ini.. Kami sentiasa berada di belakang Yb..
YB Zul
ReplyDeleteSaya ada satu soalan minta YB tolong jawabkan, sekiranya YB tak dapat jawab minta Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH.
Masa sekolah dulu kita belajar kisah kisah Nabi termasuk kisah Nabi Musa dan Nabi Isa. Bila tengguk dalam bible tu adalah kisah Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi lain. Soalannya siapakah yang di sembah oleh Nabi Nabi ini kalo bukan Allah atau Tuhan yang Esa?
Exodus 20
1 And God spoke all these words:
2 "I am the LORD your God, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery.
3 "You shall have no other gods before [a] me.
4 "You shall not make for yourself an idol in the form of anything in heaven above or on the earth beneath or in the waters below. 5 You shall not bow down to them or worship them; for I, the LORD your God, am a jealous God, punishing the children for the sin of the fathers to the third and fourth generation of those who hate me, 6 but showing love to a thousand {generations} of those who love me and keep my commandments.
7 "You shall not misuse the name of the LORD your God, for the LORD will not hold anyone guiltless who misuses his name.
Siapa yang Syirik mereka yang percaya Tuhan yang di sembah oleh Nabi Musa tu sabagai Allah ke yang Syirik atau mereka yang percaya Tuhan yang di sembah oleh Nabi Musa dalam bible tak boleh di panggil Allah, itu ke yang syirik kerana tuhan orang Kristian?
Mungkin kena tanya Datuk Dr Haron Din sekali kalo YB tak leh jawab.
Kami tak lah pandai bab bab Akidah ni kena x byk belajar di Sekolah.
Sebagai YB boleh x tolong cakap dalam Parlimen tentang keberkesanan Pelajaran Islam di Sekolah dan Universiti. Boleh tolong minta kerajaan pastikan Pelajaran Ugama up to date dan di review agar bab Akidah dan Tafsir tu lebih mantopppp.
X lah anak cucu kami anak cucu YB nanti confused tak kenal siapa Allah macam belaku ari ni.
Maaf YB kalo terkasar
Wassalam
harunn..
ReplyDeleteyg ko nak ajar YB noordin bertekak ngan khalid buat apa??? ko ni spesis setan ke.. Setan tu lagi ariff bab agama lebih dari yb noordin lagi.. tapi bab nak lagakan anak adam memang kerja syaitan.. ko anak setan yg melalak tak tentu pasal.. ko ajar depa bergaduh tu islam sangatkah?? tunjukkanlah keindahan islam itu.. ko ni tiada beza ngan bangsa yahudi yg bangga diri.. ayat2 menghasut ko jelas menunjukkan siapa diri ko yg sebenar?? mesti org ameno kan.. YB zul tak bodoh la kawan...
bang-mi , ko ni memang dasar baqal la
ReplyDeletebila masa aku suruh Yb Zul gaduh , Yb Zul sekolah tinggi dia lagi tau mana yang baik mana yang buruk , ko bengong betul la ku cakap
itu la bang-mi , ko sokong membabi butatuli, main sokong je tak kira apa pemimpin kata
yang baik kita ikut , yang tak betul kita tegur la
tak kan pemimpin kita lansung tak boleh tegur
sy rasa...yb perlu menjawab setiap komen2 yg diberikan..spy kami dpt tahu respon dari yb terhadap setiap komen2 yg kami berikan...
ReplyDeleteIt serves me right. I've barged into a wrong territory. Dear YB Zul, I do acknowledge your academic & religious credentials with honour & utmost respect. If not wiser, I am older than you by more than a decade. Now, the choice is yours. Human beings do act like buffoons sometimes. So take care! Thanx Bro Arah & Bro Bang Mi. Sorry folks!
ReplyDelete"Kepada umat Islam, saya beri jaminan dan janji kepada saudara semua, saya akan terus perjuangkan dan pertahankan kalimah ALLAH ini. Saya akan terus gunakan segala saluran yang ada untuk perjuangan ini. Kalau saya sampai terpaksa berseorangan berdepan dengan kemelut ini, saya akan tetap mempertahankannya, walau saya terpaksa berdiri sendiri. Itu janji dan sumpah saya. Jangan kita berasa kerdil dan malu mempertahankan agama Islam yang suci ini, walau satu dunia menentang kita. Jangan kita berasa keseorangan dalam perjuangan ini, kerana ALLAH Maha Esa sentiasa bersama kita."
ReplyDeleteYB, perenggan tersebut membuatkan saya merasa terharu. Teruskan perjuangan YB. Saya akan bersama anda dalam isu ini.
salam yb
ReplyDeleteminta kebenaran dari yg utk copy artikel dakyah yg menyesatkan utk saya tunjukkan kpd rakan-rakan sebaya saya...adalah lebih baik saya copy dri buat ulasan saya sendiri..takut2 ada point2 yg tertinggal dan boleh kelirukan org laen..terima kasih yb
Salam
ReplyDelete......."O You who Believe! If a Fasiq (liar)evil person comes to you with any news, verify it, lest you should harm people in ignorance and afterwards you become regretful for what you have done" Holy Koran Al-Hujurat 49:6
"O you who believe! Let not a group scoff at another group, it may be that the latter are better than the former. Nor let (some) woman scoff and other women, it may be that the latter are better than the former. Nor defame one another, not insult one another by nicknames. How bad is it to insult one's brother after having FAITH. ie. to call your Muslim brother (a faithful Believer) as : "O Sinner" or " O Wicked".. and whosoever does not repent, then such are indeed Zalimun (wrongdoers)" Holy Koran Al-Hujurat 49:11
......"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghina) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu danjangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ia lah fasiq sesudah keimanan. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya...
....."O You who Believe! Avoid much suspicions; indeed some suspicious are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother! You would hate it (so hate backbiting) And fear Allah. Verily, Allah is the One Who forgives and accepts repentence Most Merciful "Al-Hujurat 49:12
......" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (dugaan terhadap sesama Muslim) kerana sebagian sangka-sangka itu ialah dosa, dan janglah kamu mencari-cari 'aib orang dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Suka kah salah seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkainya)?.. Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyayaang....
Wassalam