Salam 2 all.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Tuhan Yang Esa, yang tiada sekutu bagi Nya. Tuhan Raja segala raja, yang memiliki segala Kerajaan. Tuhan yang tiadalah aku sembah melainkan ALLAH yang Satu.
Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama "God" dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:
1. Nama "ALLAH" bukan milik ekslusif umat Islam;
2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang 'arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.
Sanggahan saya:
1. Nama ALLAH bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk dimuka bumi atau di alam maya ini. Sebenarnya nama ALLAH adalah milik mutlak ALLAH sendiri sebagai Maha Pencipta kita. Dan ALLAH itulah yang telah menurunkan Al Quran sebagai wahyu terakhir kepada manusia melalui Rasulullah saw khatamul anbiya. Al Quran itu adalah satu-satunya petunjuk kepada jalan ketaqwaan (Al Baqarah:2). Dan Al Quran itu adalah petunjuk yang benar dan haq, dan dimenangkan dan dimuliakan atas agama dan kefahaman lain, walau musyrikin (dan kafir la'natullah lain) tidak suka (Al Fath: 20).
ALLAH yang empunya nama Nya sendiri itu telah menegaskan bahawa yang namanya ALLAH itu Satu; "Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak lagi tidak dperanakkan, ALLAH itu tidak sekufu dengan sesiapa pun" (Al Ikhlas: 1-4).
Jelas disini bahawa ALLAH yang empunya nama ALLAH itu sendiri menegaskan bahawa nama ALLAH itu adalah nama Tuhan yang Satu. Sedangkan Kristian zaman ini termasuk di Malaysia bercadang menggunakan nama ALLAH dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti; tiga dalam satu: Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Qudus! Tidakkah itu terang-terang bercanggah dengan penegasan ALLAH sendiri bahawa apabila menggunakan nama Nya bermakna merujuk kepada Tuhan yang Satu! Dan itulah aqidah umat Islam yang mempertuhankan ALLAH Yang Satu.
2. Surah Az Zukhruf:86-87 dan Al Ankabut: 63 adalah penegasan ALLAH bahawa kalau ditanya kepada golongan kafir dan penyembah berhala bahawa siapa yang mencipta mereka, nescaya mereka akan menjawab ALLAH. Kita perlu lihat ayat ini adalah urutan daripada ayat-ayat sebelumnya yang mana ALLAH mencela perbuatan golongan kafir dan musyrikin yang menyembah selain ALLAH; sebaliknya menyembah patung dan sembahan-sembahan yang lain. Sedangkan bila ditanya apakah yang mencipta mereka itu patung-patung sembahan mereka, nescaya mereka akan kata tidak, sebaliknya ALLAH.
Maka para ulama menyatakan bahawa perkataan mereka itu yang mengakui ALLAH adalah pencipta bukan Jesus dan lain-lain adalah dalam bentuk 'rububiyah'. Iaitu mengakui sifat ALLAH sebagai Pencipta. Samalah apabila saintis terkenal Stephen Hawkins bila selesai mengkaji teori 'Big Bang' dalam masalah penciptaan dunia, dia menyatakan ada satu kuasa besar yang mencipta bumi ini. Atau apabila mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, bila ditanya macam mana tragedi tanah runtuh di Genting berlaku, dia menyatakan ini "Tuhan Alah punya keleja". Dan banyak lagi komen sedemikian yang dibuat oleh golongan kafir dan musyrikin. Itu bukan bermakna mereka menerima ALLAH dalam bentuk 'uluhiyyah' atau aqidah, tetapi dalam bentuk 'rububiyah'. Dalam berkata begitupun mereka tetap menyembah patung dan lain-lain.
Sebaliknya ayat 86-87 Az Zukhruf dan ayat 63 Al Ankabut tidak menyatakan ALLAH membenarkan penggunaan nama ALLAH bagi maksud selain daripada Tuhan Yang Esa, Satu, Wahid!! Malahan tidak ada sebarang nas langsung yang mana ALLAH mahupun Rasulullah membenarkannya. Menyatakan bahawa ALLAH, Al Quran dan Islam menggalakkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH untuk gambaran Tuhan 3 dalam satu adalah suatu putarbelit terhadap ayat Al Quran; ianya suatu provokasi terhadap tunjang aqidah umat Islam bahawa ALLAH itu satu;
3. Saya berpendapat kenyataan beliau bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang musyrikin Mekah menggunakan perkataan ALLAH perlu difahami dalam konteks bahasa 'arab dan budaya 'arab sendiri. Kira perlu faham bahawa dalam bahasa 'arab, mereka tidak ada gantinama perkataan 'God" selain ALLAH. Bagi mereka perkataan ALLAH itu sendiri bermakna God. Sedangkan dalam Bahasa Melayu gantinama perkataan God ialah Tuhan; dan nama ALLAH dalam bahasa Melayu tidak bermaksud gantinama God secara umum, tetapi membawa pengertian yang khas-iaitu Tuhan Yang Satu. Oleh itu adalah melanggar tatacara bahasa Melayu sendiri untuk menyamakan perkataan ALLAH sebagai God. Kalau kita melihat kamus Dewan Bahasa, kamus paling authentik dan autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu.
Malahan kalau kita melihat contohnya The Hutchinson Encyclopedia (muka surat 27), perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, "ALLAH: Islamic name for God". Begitu juga kalau kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain. Adalah jelas nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam.
Kalau kita bercadang nak mengheret sejarah dalam isu ini, kita boleh mempertikaikan agama Kristian dan Yahudi itu sendiri dari segi nama ketuhanan mereka. Apa yang jelas, Nabi Isa yang Kristian angkat menjadi anak tuhan bukan orang 'Arab, sebaliknya dia adalah seorang Yahudi bani Israel berbangsa Hebrew. Sudah tentu nama beliau bukan dalam bahasa 'arab. Jadi bagaimana pula golongan Kristian boleh mendakwa nama "ALLAH" sebagai tuhan mereka telah diguna sejak awal ujudnya agama Kristian. Sebaliknya nama asal Nabi Isa dalam kitab Hebrew ialah Yehwah. Malah nama "Jesus" sendiri pun adalah sebenarnya ciptaan barat, berasal daripada perkataan Greek kuno "Yeosus" kemudian diubah menjadi "Yesus" dalam Inggeris lama sebelum menjadi Jesus dalam Inggeris moden!!
Begitu jugalah dengan agama Yahudi atau Judaism. Judaism adalah "the religion of the ancient Hebrews and their descendants the Jews, based, according to the Old Testament, on a covenant between God and Abraham about 2000BC, and the renewal of the covenant with Moses about 1200BC. Judaism is the oldest monotheistic faith, the forebear of Christianity and Islam. It rest on the concept of one eternal invisible God". Jadi adalah jelas agama asal Yahudi, yang selepas itu diikuti oleh agama Kristian adalah berteraskan kepada kepercayaan Tuhan itu Satu!! Sebab itu setelah kesesatan mereka, mereka masih menerima ALLAH sebagai Maha Pencipta (rububiyah) tetapi menolak ALLAH sebagai Tuhan Yang Satu (uluhiyah).
Rumusan:
Apa yang jelas, rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan ALLAH itu adalah dalam konteks mempercayai nama ALLAH itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti: iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu. Malahan pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam. Yang saya pelik, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi didalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat. Malahan sebenarnya muslihat la'nat ini telah digambarkan oleh ALLAH kepada kita didalam Al Quran di surah Al Baqarah:2, "sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).
Apa yang menghairankan saya bagaimana orang terpelajar saperti YB Khalid Samad yang duduk didalam PAS yang memperjuangkan Islam boleh menyokong keputusan Mahkamah ini. Saya diberitahu bahawa pandangan YB Khalid Samad tidak mewakili pandangan PAS sebagai parti. Malahan YB Ust Taib Azzamuddeen, mantan Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, seorang ulama' yang dihormati lagi disegani telah secara terbuka menegur YB Khalid Samad didalam Parlimen (rujukan boleh dibuat didalam Hansard Parlimen).
Apakah YB Kahlid Samad selepas ini redho kalau segala gurdwara, gereja dan lain-lain rumah peribadatan bukan Islam mempamerkan perkataan ALLAH di rumah 'ibadat mereka. Apakah beliau redho Kristian mencatat perkataan ALLAH disalib mereka. Apakah beliau redho golongan punjabi mengukir nama ALLAH diatas gurdwara mereka. Kalau itu berlaku saya akan persalahkan YB Khalid Samad.
Malahan saya akan pergi lebih jauh dan menyeru YB Khalid Samad supaya menimbang semula keahlian beliau dalam PAS, sebaliknya saya mencadangkan kepada YB Khalid Samad supaya menimbang menyertai parti lain pilihan beliau, termasuk DAP. Ini adalah kerana saya lihat tindak tanduk YB Kahlid Samad akhir-akhir ini, terutamanya sejak diberi anugerah dan amanah oleh ALLAH menduduki kerusi empuk Parlimen Shah Alam lebih banyak yang merosakkan nama dan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Beliau adalah orang yang memalukan PAS termasuk Presiden YB Tuan Guru Haji Hadi apabila menarik balik usul yang diluluskan mu'tamar agung PAS yang mengkritik golongan Sisters In Islam setelah segelintir golongan membantah usul tersebut. Beliau mendakwa berlaku kesilapan walaupun setelah mu'tamar agung PAS menerima dan meluluskannya dan YB Presiden telah membuat tindakan susulan berdasarkan usul tersebut.
Kedua, beliau mengambil sikap menyokong tindakan penganut hindu untuk membina kuil hindu di Seksyen 23, kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu beragama Islam walaupun sudah ada tapak gantian yang siap disediakan di Seksyen 18 Shah Alam. Orang Melayu yang membantah dan memprotes dikritik oleh beliau dan diberi pelbagai macam label.
Beliau turut memalukan PAS apabila mendedahkan kepada umum amalan dikalangan sebahagian wakil rakyat PAS yang mengangkat bai'ah akan menceraikan bini dengan talaq 3 jika keluar daripada PAS dan mneyertai UMNo. Walaupun pimpinan PAS telah menegur dan cuba menafikan isu itu, beliau tetap berkeras mengakuinya sehingga menjejaskan imej PAS khususnya dikalangan wanita Islam.
Beliau mengkritik secara terbuka kepimpinan PAS Selangor khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri YB Datuk Hassan Ali yang telah menegur Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam beberapa isu saperti penjualan minuman arak, Selcat dan lain-lain. Malahan beliau telah memalukan YB Datuk Hassan Ali apabila menuntut supaya YB Datuk Hassan meletakkan jawatan!
Jadi saya melihat tindak tanduk dan sikap yang ditunjuk oleh YB Khalid Samad ini tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malahan respon yang diterima jelas menunjukkan ada orang Melayu yang beragama Islam mula mempertikaikan perjuangan ikhlas PAS dalam memartabatkan Islam kerana ujudnya karektor-karekor saperti YB Khalid Samad. Saya sendiri dihujani dengan pelbagai kritikan kerana dilihat bersekongkol dengan YB Khalid kerana beliau duduk didalam barisan YB Pakatan Rakyat.
Maka ingin saya perjelaskan kepada umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya bahawa saya bermufaraqah pendirian dengan YB Khalid Samad, dan saya tidak redho apatah lagi bersekongkol dengan beliau dalam pandangan-pandangan dan sikap beliau yang pada pendapat saya bercanggah dengan prinsip perjuangan Islam yang saya yakini.
Oleh itu saya mendesak supaya:
1. YB Khalid Samad supaya menimbang keluar daripada PAS dan menyertai mana-mana parti lain pilihan beliau termasuk DAP;
2. kepimpinan PAS perlu mengambil tindakan disiplin yang jelas terhadap YB Khalid Samad agar memberi mesej yang jelas kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu bahawa PAS tidak bersekongkol dengan beliau dalam beberapa isu tersebut diatas. Malahan saya mencadangkan kepada kepimpinan PAS supaya menimbang mengambil tindakan memecat keahlian YB Khalid Samad daripada PAS. Kegagalan kepimpinan PAS mengambil tindakan akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan PAS, dan menjejaskan imej dan persepsi PAS sebagai wadah perjuangan Islam.
3. Kepada rakan-rakan bukan Islam khususnya penganut Kristian dan Punjabi yang beriya-iya mahu menggunakan perkataan ALLAH, saya seru kamu semua supaya marilah kita menyembah ALLAH Tuhan yang Satu. Marilah kamu memeluk agama Islam. Apabila kamu memeluk Islam dan mengangkat syahadah mengaku ALLAH Tuhan yang Satu, kamu boleh menggunakan nama ALLAH sebanyak mana yang mungkin, dan kamu boleh menulis nama ALLAH sebesar mana yang kamu mahu.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
16 Muharram 1430
02 Januari 2010
############################################################
(Petikan daripada
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23955:guna-nama-allah-khalid-setuju-keputusan-mahkamah&catid=1:utama&Itemid=50)
SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.
Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri."Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja."Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.
This is your stupid comment; 2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;
ReplyDeleteI could not understand how come the high court ruling challenge this statement? Why are you so ignorance to accept the fact that everyone has the freedom to practice their religion as long as it doesn't interfere or jeopardize other religion. There is no written proof to claim that 'Allah' can only be used by muslims only.
U, Zulkifli Noordin please come out from your fanaticism and be a human being accepted by all. Otherwise you will be a foregone chapter by GE13.
Regards
S.Vignesvaran
Kulim, Kedah
apa kata ulama dari segi hukum mengenai perkara ini?
ReplyDeletePAS sanggup membiarkan Islam di hina & membenarkan ayat kalimah suci Allah di gadaikan demi inginkan kuasa politik. PAS sanggup membelakang Islam demi mendapatkan sokongan bangsa kafir untuk mendapat kekayaan politik. PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara & tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara kerana tunduk kepada yahudi
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteDalam bahasa Arab tuhan dipanggil "Ilah"
Terimakasih kerana bersama umat Islam lain untuk menyatakan bahawa kepuusan yg dibuat dalam penghakiman oleh Hakim Lau tidak menyeluruh dan tak melambangkan perletakan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara seperti termaktub dalam artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Penjelasan saya ada di sini
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/01/penggunaan-nama-allah-hujah-berdasarkan.html
Bila kita berbicara pengunaan nama Allah, Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lian telah mengambil sebahagian penyataan artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai dalil menghakimi keputusanya untuk membenarkan Akhbar The Herald bagi menggunakan nama Allah dalam penerbitan ugama kristian kerana "ugama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di Malaysia". Tambah Hakim Lau lagi dibawah artikel (10) Bishop tersebut ada hak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar The Herald kerana "beliau ada hak kebebasan berucap" di Malaysia. Dipetik dari blog Lim Kit Siang di sini http://blog.limkitsiang.com/2009/12/31/court-rules-herald-free-to-use-the-word-allah/
Malang sekali kedudukan ugama Islam sebagai ugama RASMI Malaysia juga dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Malaysia tidak dibacakan bersekali dengan hak kebebasan berugama keatas penduduk bukan Islam! Bahagian 4 dalam perkara artikel (3) Perlembagaan Persekutuan juga menyata bahawa antara perkara yang tertinggi dijulang dalam Perlembagaan Persekutuan adalah kedududukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara! Rujuk artikel penuh di bahagian tepi blog core_ry di sini http://joghomatesuka.blogspot.com/
Malah hujah peguam yang mewakili Kerajaan sebelumnya tidak diambil peduli oleh Hakim bahawasanya Allah adalah nama ekslusif dan kedudukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia wajar dihormati.
Bukti tiada penggunaan nama Allah dalam ugama tauhid terdahulu sama ada dalam kitab Injil mahupun Taurat ialah kerana kedua dua kitab itu diturunkan dalam bahasa selain bahasa Arab! Baca rujukan di sini http://jomfaham.blogspot.com/2009/06/penggunaan-nama-allah-oleh-agama-agama.html
Sesungguhnya gerhana bulan malam semalam ibarat gerhana dihati umat Islam yang gagal bersatu ke atas isu utama keberlangsungan umat Islam dan ugama Islam di negara ini iaitu memartabatkan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara seperti yang termaktub dalam artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Saya amat sedeh tatkala umat Islam disuruh bersatu masih ada lagi umat Islam yang berdiam diri hatta kerana taatkan parti. Sedarlah umat Islam semuanya, ini bukan pasal survival party tapi survival akidah Islam, ugama yang Ad-Din!
Bangunlah saudaraku, perjuangan kita sudah bermula!
Kenapa sampai begini jadinya?? Kenapa kita semua tidak nampak agenda puak Kristian ini yg terang2 ingin merosakkan akidah anak2 Melayu Islam?? Kenapa kita begitu lemah?? Kepada YB Zulkifli, teruskan jihad saudara, saya di sini akan terus mendoakan saudara. Syabas!!
ReplyDeleteSangat bersetuju! well done!
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteDiharap setiap ahli politik beragama Islam dapat melupakan sebentar kepentingan parti masing2 demi isu yg amat memalukan umat Islam sendiri.
Terima kasih kerana YB Zul bersifat rasional dalam perkara ini. Islam lebih penting dari parti politik.
Salam 2 all,
ReplyDeleteSaya amatlah bersetuju dengan pandangan YB Zul bahawa YB Khalid adalah liabiliti kepada PAS.
Tindak tanduknya kebelakangan ini jelas amat bertentangan dengan prinsip dan perjuangan partinya sendiri iaitu MEMPERJUANGKAN ISLAM.
Jangan hanya kerana ingin berkuasa YB Khalid sanggup membuat satu kenyataan yang jelas amat memilikan umat ISlam.
Jangan kerana ingin menjaga hati parti lain dalam PR dia sanggup membelakangan Islam.
belajar agama ke ni??
ReplyDeletecuba baca kenyataan orang alim dekat blok ust ji www.g-82.blogspot.com
berhati dengan hujah nta kalau tanpa ilmu..nampak zahirnya hujah boleh dipakai..tap batinnya mungkin ada cacat..itu lah dinamakan illah..
tuhan dalam bahasa arab adalah ilah..seperti mana ucapan lailahaillallah..tiada tuhan melainkan Allah
harap yb merujuk kepada orang alim dalam bab ni..
Inilah padahnya bila kita sudah gila kuasa.Perpecahan di kalangan umat Melayu Islam diambil kesempatan oleh puak Kristian untuk menguji kesepakatan kita dalam mempertahankan agama suci Allah. Saya setuju benar dengan YB. Islam yang pertama. Kemudian baru yang lain-lain. Saya berharap YB dapat menyatukan pemimpin Islam kita yang berbeza parti dalam mempertahankan nama Allah. Lupakan sekejap perbezaan parti yang didokong. Benarlah ada hadis yang menyebut satu hari nanti umat Islam bagai buih. Isu ini boleh dijadikan iktibar untuk umat Islam Malaysia. Saya berharap YB dapat menyatukan pemimpin-pemimpin Islam kearah memprotes keputusan mahkamah ini.
ReplyDeleteSalam YBZul,
ReplyDeleteSaya juga tidak bersetuju bila YBKhalid katakan Nabi Muhammad sallAllahu-'alaihi-wassalam tidak menghalang kafir dari menggunakan nama Allah subhanahu-wa-ta'ala.
Hakikatnya apa yang dibawa oleh RasuluLlah yakni Risalah Al-Qur'an dan Nubuwwah itu adalah untuk menghalang kafirin dari menyebut nama Allah secara bathil.
Sebab itulah ayat Al-Qur'an datang secara beransur-ansur untuk menangani kekafiran mereka itu. Untuk itu Nabi sallAllahu-'alaihi-wassalam mengambil masa hampir 20 tahun dengan terpaksa melalui onak-duri, hijrah, boikot dllnya untuk menghalang dan berjaya dengan sepenuh-penuhnya ketika Futuh Makkah.
Selepas itu sebutan Allah ditakbir dan ditahmidkan dengan sesuci-sucinya oleh Kaum Arab. Jadi, Risalah Islam itu sendiri adalah risalah penghalang kepada penyalahgunaan Nama Allah yang Maha Agung, Maha Esa dan Satu. Al-Qur'an datang untuk mensucikan Allah selepas Taurat dan Injil yang dirubah telah mengotorkan Nama dan Sifat Allah Yang Maha Agung.
Kita yang telah bertakbir dan bertahmid ini sepatutnya membawa sunnah itu sesuai dengan konteks dan kemampuan yang ada pada kita. Dengan kuasa yang ada adakah kita boleh kata kita tak mampu ?.Kita pasti akan dipertanggungjawabkan nanti. WAllahu a'lam.
Salam,
TokPakir
Sedikit pembetulan, dalam bahasa arab ada kata ganti nama untuk tuhan, iaitu illah (yakni suatu yang disembah). Dalam syahadah, kita menyebut la illah ha il Allah maksudnya tiada sesuatu yang disembah melainkan Allah. Selain dari itu, terdapat juga ganti nama seperti Rabb yang merujuk kepada Tuhan dalam konteks rububiyah (kalau diterjemah lebih mendekati istilah Lord).
ReplyDeleteMasyarakan Arab jahiliah mengenali Allah adalah lantaran dari susur jalur agama nabi Ibrahim a.s. yang bertapak dibumi mekah. Allah yang orang arab jahiliah kenal adalah tuhan dari agama nabi Ibrahim, yakni Allah. Cuma masyarakat arab jahiliah telah terpesong dari segi uluhiyah melalui penyembahan berhala yang dijadikan perantaraan kepada Allah. Oleh itu dalam syahadah, ia dimulakan dengan menafikan segala sembahan (illah) kecuali Allah.
Sekiranya kita lihat ketiga-tiga istilah, yakni illah, rabb dan Allah, illah dan rabb adalah kata ganti nama umum (yang mempunyai maksud tertentu) bagi tuhan sedangkan Allah itu adalah kata ganti nama khas bagi illah yang khusus yang sedia diketahui oleh orang arab jahiliah yang merujuk kepada tuhan yang bernama Allah. Oleh itu masyarakat arab jahiliah memahami makna syahadah, yakni menafi segala sembahan mereka (illah) kecuali illah yang bernama Allah.
Sebagai analogi, lihat ayat berikut: "Jangan memberi makan kepada sesiapapun kecuali Ahmad". "Sesiapa" merujuk kepada manusia dan Ahmad termasuklah manusia. Tapi kita yang memahami bahasa Malayu ni faham bahawa Ahmad ini adalah manusia yang khusus yang dikecualikan dari "sesiapa".
Adalah tidak logik kita menggunakan ayat sedemikian "Jangan memberikan makan kepada sesiapapun kecuali kepada manusia".
Oleh itu bila ada orang yang kata terjemahan perkataan God kepada bahasa Melayu adalah Allah, ia adalah sangat tidak tepat kerana Allah itu adalah kata ganti nama khas. Kalau terjemahan Allah itu ialah tuhan, maknanya syahadah kita diterjemahkan sebagai "Tiada yang tuhan disembah melainkan Tuhan". Ini tidak membawa apa apa makna.
Saya harap input ini dapat membantu dalam menguatkan hujah saudara Zul.
ada 2 pandangan, satu membolehkan, satu menentang.. maknanya ada khilaf di situ...
ReplyDeletepemimpin/ulama mcm YB, hasan ali, taib azamuddin, haji hadi adalah org yg sesuai memperjuangkan Islam secara status quo.
bagi pemimpin/ulama seperti Tok Guru Nik Aziz, Khalid Samad, Dr. MAZA adalah mereka yg memperjuangkan islam luar daripada kotak pemikiran semasa.
bukankah itu satu dinamika perjuangan Islam di negara kita. Tak perlu nak suruh orang lain letak jawatan. Jangan lupa YB pun orang cakap macam2. Bukan sekadar hal berkenaan Islam, hal jaga kawasan pun ada pengundi Kulim-Bandar Baru mempertikaikan.
Tp, susah kita nak tegur YB2 ni... YB Kulim-Bandar Baru ke, YB Shah Alam ke, lagi2 YB2 sebelah sana, hangpa semua kan Yang Betui!!!
YB Zul, ayuh kita turun ke jalanan dan buktikan walau kita berbeza pandangan politik tetapi kita tetap bersatu mempertahankan kemuliaan nama Allah utk umat Islam.
ReplyDeleteDalam hal ini saya sangat bersetuju dengan YB 100%
ReplyDeleteisu ini melibatkan agama dan bukan politik.
isu ini perlu disokong semua Muslim kerana kita khuatir gerakan kristianisasi bergerak menggunakan politik dewasa ini.
saya mohon salin artikel ini demi menunjukkan kepada orang lain kita boleh bersatu dan WAJIB bersatu apabila menyentuh isu agama seperti ini.
salam hormat dan syabas YB..
YB Zul,
ReplyDeleteSaya kira dalam isu ini, platform Pakatan Rakyat adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah intra agama dan bangsa.
Jika dibiar media UMNO/BN berterusan menyanggah dan berdiskusi, saya secara peribadi yakin, isu ini adalah manipulasi terbaik UMNO/BN untuk mengambil kedudukan sebagai Juara Rakyat.
Sebagai Muslim, kedudukan akidah kita telah diperteguhkan melalui tauhid Rubbubiyah, Uluhiyah dan Asma' wa Sifat.
Kembalikan sidang Pakatan Rakyat dan diskusi isu ini secara tertutup.
Salam YB,
ReplyDeletesaya amat merasa sedih dan hiba dengan apa yang sedang berlaku berkitan dengan Islam di negara kita. Islam itu suci & agama yang dijamin dipelihara oleh Allah. Jika kita orang Melayu/Islam tidak dapat menjaga agama kita, saya bimbang Allah akan menggantikan kaum lain untuk memelihara agamaNya.
Tambahan pula hanya beberapa kerat sahaja mereka yang bersuara setelah keputusan mahkamah dibuat - berbanding dengan isu Lina Joy/Natrah/Aisyah Bokhari dsb. - isu ini lebih pokok dan menyeluruh.
Marilah kita bersatu hati mempertahankan agama Islam ini tanpa ada perasaan buruk sangka & ideologi politik kita.
Sam. Cheras
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Tuhan Yang Esa, yang tiada sekutu bagi Nya. Tuhan Raja segala raja, yang memiliki segala Kerajaan. Tuhan yang tiadalah aku sembah melainkan ALLAH yang Satu.
ReplyDeletePada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
Aku bagaikan tak percaya dan terduduk apabila Berita TV3 jam 8.00 malam 31 Dis 2009 memaklumkan perkataan Allah boleh digunakan dalam Majalah ini. Keputusan ini mempunyai risiko yang besar terhadap hilangnya keharmonian rakyat Malaysia yang majoritinya Islam.
Fikirku akan ada bantahan pada 1 Januari 2010 selepas Sholat Jumaat secara besar-besaran. Rupanya sangkaan akau meleset bila cuma ada bantahan sebilangan kecil sahaja umat Islam melalui perhimpunan secara aman di luar Masjid Wilayah, Jalan Duta oleh yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Syabas kepada PERKASA yang telah memulakan inisiatif untuk umat Islam Malaysia membuat pendirian dan menunjukkan perasaan tidak senang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan gereja Katolik, Herald.
Aku menanti komen Dato Seri Najib, Tun Mahathir, pemimpin UMNO dan pemimpim PAS. Alhamdullilah mereka bersuara dalam 1Bahasa. Semuanya membantah keputusan ini dan tindakan Jabatan Perdana Menteri dan Kemementerian Dalam Negeri bagi merayu kes ini amat ditagih oleh umat Islam di Malaysia.
Tun Mahathir meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin meningatkan bahawa isu ini bukan isu politik, ini isu akidah, tauhid yang umat Islam tidak akan beri respon senyap.
PPIM telah mengambil langkah proaaktif dengan melancarkan petisyen bantahan secara online dan malangnya sehingga kini baru 200 orang sahaja yang mengambil bahagian dimana aku menjadi orang yang ke 200 (dua ratus sahaja) itu jam 11.20 pagi tadi. Lawati segera laman ini dan kemukakan bantahan anada yang mewakili umat Islam.
http://muslimconsumer.org.my/herald/
Assalamualaikum Ustaz..
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat ustaz. Di dalam konteks Malaysia, penggunaan Allah ni telah digunakan oleh orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Jadi kenapa pihak gereja tiba-tiba sahaja ingin menggunakan kalimah Allah dalam artikel mereka? Kenapa sebelum ini mereka tidak mempunyai masalah menggunakan panggilan tuhan/lord sebelum ini? Perubahan ini sudah tentu akan mengelirukan rakyat Malaysia terutama sekali golongan muda. Saya sangat khuatir ustaz, terlalu khuatir dengas situasi ini. Saya harap ustaz, dengan Nama ALLAH dan Agama Islam, ketepikan pahaman dan kepentingan politik. Ini jihad Ustaz...
Saudara Zul,
ReplyDeleteTidak akan berlaku orang Kristian memanggil berhala (termasuk patung dan lukisan nabi Isa) sebagai Allah. Ini kerana kepercayaan orang Kristian (dan juga mana-mana ajaran songsang di Timur Tengah - Yazidi, Alawiyah dan sebaginya) ialah Allah itu merujuk kepada pencipta alam ini. Jadi kita akan melihat konteks penggunaan nama Allah mereka sama seperti orang islam sahaja -- iaitu syukur kepada Allah dan juga alam dicipta oleh Allah. Mengenai dusta terhadap Allah, ia juga berlaku di dalam kalangan orang islam. Contohnya segelintir penganut Syiah percaya Allah memlilih Ali sebagai pengganti Muhammad dan banyak lagi. Ini kita tidak boleh elakkan. Tidak akan berlaku mereka memanggil berhala Allah kerana itu bukan keprcayaan mereka. Saya rasa kita mesti berlaku adil dalam komen dan tulisan terhadap mereka.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKita semua (PAS+UMNO) di dalam keadaan yang tenat sekarang dek tangan & kebodohan kita sendiri. Saya saran bbrp langkah agressif yang mesti dilakukan serta merta, di antaranya :
1 - Pembersihan semua pemimpin2 dlm PAS sendiri terlebih dahulu. Ramai sudah pemimpin PAS kita gila kuasa, pangkat & harta. Lihat saja gaya bahasa Harakah kita, kecenderungan isi kandungan Harakah lebih kpd hubbudunia bukan hubbul akhirat. Saya nampak PAS skrg diuji Allah dgn soal2 duniawi yg melencong drp perjuangan asal. Jadi semua pemimpin yang kotor WAJIB dibuang jauh2 agar mereka sedar & bertaubat. Ramai pemimpin2 PAS sudah putarbelit, menipu & rasuah dlm hal tanah & balak. Contoh di Kelantan. Sila buat siasatan. PEMIMPIN PAS PUN MAHU JADI JUTAWAN JUGA...bukan pemimpin UMNO shj..
2 - Slps kita membersihkan diri & budayakan amalan soleh, barulah UMNO akan mula menerima dakwah2 drp PAS. Skrg kekotoran sesetengah pemimpin PAS digunapakai oleh UMNO untuk menghancurkan PAS
3 - Wajib sesiapa yang mahu menjadi pemimpin dlm PAS, WAJIB berilmu. Kita mesti set minimum criteria to be a PAS leader. Jgn sekali2 bagi jawatan pemimpin kpd sesiapa yg bersifat mazmumah.
4 - PAS MESTI KELUAR SEGERA DRP PAKATAN TAGHUT PKR/DAP/PAS... Adakah kita tidak beriman dgn Allah & Rasul?? Sbb kita bersatu dgn PKR&DAP, PAS semakin hancur. Kita adalah lebih teruk drp UMNO yg msk pakatan BN... tak mahu sedarkah kita?? Masih betul lagikah kita??
5 - Ini adalah ULTIMATUM!!! WAJIB kita berusaha mencari jalan & pulihkan hubungan sesama Melayu dgn SEGERA (PAS+UMNO+PKR) bersatu, pulihkan kekuatan Melayu Islam balik, hentikan segala cela mencela, jadilah sprt jasad & roh. Berhenti SEMENTARA kepentingan parti masing2. Kerana apa??? Kerana bangsa2 kafir sudah bersatu & bertambah kuat setiap hari, satu hari nanti kita & anak cucu kita (tak kira PAS atau UMNO atau PKR) akan dicincang lumat oleh bangsa kafir tersebut seperti Serb menyembelih, merogol & membersihkan Bosnia hingga menjadi padang jarak padang tekukur. Tambahan lagi semua melayu skrg dah buta sejarah. majoriti bercakap mengikut ego & hawa nafsu tanpa berfikir.
Ini adalah satu feedback kpd pimpinan atasan untuk dikaji direnung diambil tindakan dgn segera. JGN BIARKAN NASI JADI BUBUR.. skrg nasi dah dekat nak jadi bubur...petandanya apa??? Lihatlah semua Melayu di sekeliling anda tak kira org PAS atau UMNO... 2x5 shj. Mana ada PAS pergi solat jemaah di masjid? Brp kerat shj org PAS yang pergi pondok tadah kitab?? Apa dgn mendengar ceramah2, ia sudah mencukupi?? Teramat banyak kelemahan org2 PAS kita yg mesti dipulihkan.
Oleh
NikNasrul
Bachok
019-9324032
Anwar juga menyokong pihak Kristian menggunakan kalimah Allah! Mengapa YB Zul tidak mengkritik Anwar?
ReplyDeleteBefore writing this post, did you even bother asking yourself what you have done for the image of Islam versus what Khalid Samad has done?
ReplyDeleteIf you haven't then let me tell you.
By his actions and words Khalid Samad has actually shown Malaysians of all creeds that PAS, and indeed Islam, need not be just about fire and brimstone. As much as I may disagree with PAS on a range of issues I would be willing to vote for Khalid Samad in the next GE if he seeks to defend his Parliamentary seat; I say this as a resident of Shah Alam, a Malay and a Muslim.
On the other hand, the level of intolerance you have shown and your thuggish behaviour have served to validate any pre-existing negative stereotypes that many people have about Muslims, Islam and Malays. I find your constant courting of controversy really quite tiresome - just get over yourself, the rest of us already have.
Now that you have bared your true colours over and over again, how many of your constituents would be willing to re-elect you? I have no doubt you would lose your "YB" - and rightly so.
So, relish your time in the limelight while you still have it. Perhaps Anwar does not want to kick you out of PKR because they want your Parliamentary seat. Personally, I think you have done far more harm to the image of Anwar and PKR than your seat is worth.
Have you heard of the concept of "karma"? Since it is a "kafir" concept, maybe not? I suggest you look it up.
After the next GE the game will have changed so don't be surprised when you matter less - it may be coming sooner than we all think.
Then you will be just another lunatic raving in the street; a person whose rantings shall continue to be ignored while the rest of us continue to work on making our country great.
And when that time comes I shall be the first to say "Adios. And good riddance."
P.S. You may choose not to publish my comment but in any case I shall send in a letter along similar lines to Malaysiakini and get it published there instead.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteYB...isu agama ini tidak perlulah dipolitikkan. YB bercakap tentang isu penggunaan nama Allah. Kenapa dikaitkan dengan sumpah talak tiga pulak. Kita mempunyai banyak pendapat. Saya fikir YB pun sudah membaca pendapat saya walaupun saya orang kecil sahaja dan tidak memberi apa-apa faedah kepada YB. Sekiranya YB ada kelapangan, rujuklah buku-buku akidah Islam seperti Usuluddin Islamiy (Qahtan Douriy), Ensiklopedia Agama cetakan Darul Fikir Lubnan. YB juga bolehlah membaca pendapat saya yang saya di http://hasmadi.blogspot.com/2010/01/allah-hak-milik-siapa.html. Diharap YB tidak emosional dengan isu ini dan isu lain juga. Saya sudah rasa lain macam dengan YB. Khilaf itu boleh. Tetapi bukan dengan bermusuhan.
Sekian. Terima kasih.
putri bersetuju & dapat menerima pandangan encik zulkifli... (^_^)
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeletemenarik sungguh entries yang YB masukkan..
penuh dengan hujah yang kuat..
pohon kebenaran utk ambil entries YB untuk dimasukkan ke dalam blog saya untuk saya share dengan kwn2..
http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com
khairul hafidz
presiden PKPMI Indonesia
Sebagai seorang Islam, perkataan “Tuhan” secara mutlaknya akan merujuk kepada ALLAH kerana kita telah melafazkan kalimah syahadah, “Bahawasanya TIADA TUHAN melainkan ALLAH”. Ertinya “Tuhan” tidak pernah wujud samasekali kecuali ALLAH. Tidakkah dengan melarang penggunaan perkataan ALLAH itu bakal mengundang lagi kekeliruan kepada orang-orang Islam bahawa tiba-tiba mengaku pula akan kewujudan Tuhan lain, iaitu “Tuhan orang Islam” dan “bukan Tuhan orang Islam”?.
ReplyDeleteSebagai agama sejagat sehingga hari kiamat, masalah Islam dan Ketuhanan ALLAH telah lama tuntas. Sesiapa pun yang ingin menyebut nama ALLAH atau meletakan nama ALLAH itu pada perlambangan apa pun tiada memberi bekas apa-apa kepada kita kerana di dalam surah al-ikhlas telah jelas bahawa antara lainnya, “ALLAH itu tidak beranak dan tidak diperanakan, dan tiada sesuatu pun menyerupainya”.
Dalam perkembangan teknologi terkini, manusia sudah tidak lagi membabi-buta dalam hal-hal berkaitan dengan anutan dan kefahaman beragama. Para pendakwah wajar memainkan peranan memenuhi ruangan teknologi ini bagi memperbetulkan dan memperjelaskan, apalagi perkara-perkara yang berkaitan Ketuhanan ALLAH.
Keputusan mahkamah membenarkan nama ALLAH digunapakai dalam akhbar The Herald sebenarnya adalah suatu kemenangan besar kepada orang Islam bagi memudahkan jalan dakwah islamiah kerana lambat-laun mereka akan temukan juga kehebatan asma ALLAH itu tidak pernah bercerai-tanggal dengan sifat, zat dan afa’al-Nya, sama-sekali sangat bertentangan dengan konsep ketuhanan yang mereka sepakati.
Menyanggah YB Khalid Samad adalah suatu yang terburu-buru...
benar YB... saya ahli PAS... tapi benar-benar tak bersetuju dengan beliau...
ReplyDeleteDan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. (88) Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! (89) Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. (90) Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (91) (Surah Maryam)
saya kecewa… ramai benar umat Islam bersungguh-sungguh pulak sokong umat Kristian guna nama Allah…
memang la Quran ada bgtau ada umat Kristian yang kata Allah tu yang jadikan ada anak dan jadikan langit bumi…
TAPI… ada ke Allah suruh umat kristian guna kalimah Allah?? Di akhir ayat… Allah menemplak mereka kerana berpura dan berdusta dengan nama Allah!!
Allah dah bagitau kata-kata mereka itu adalah salah... Langit, bumi dan gunung hampir hancur mendengarkan kata2 mereka… yang kaum muslim… kononnya ustaz pulak redha… apaaaalah!
mungkin saudara mahu jadi seperti Indonesia… tak lama lagi Gereja akan di panggil dengan BAITULLAH (RUMAH ALLAH)..
bahan penerbitan akan bertebaran… terutamanya bahan bacaan kanak-kanak yang mengambarkan Allah yg punyai anak.
Salam YB
ReplyDeleteKita perlukan kuasa yang lebih besar dalam hal ini. Ini perkara serius yang harus dipandang berat. Saya sangat menyokong YB dalam hujah tersebut.
Mohon YDP Agong menggunakan kuasa eksekutifnya yang ada bagi membatalkan keputusan mahkamah dan meminda undang2 yang berkaitan dengan agama islam.
salam YB,saya ada link menarik untuk dikongsi bersama YB.
ReplyDeletehttp://longtambang.blogspot.com/2010/01/kesalahan-lalai-menjunjung-nama-allah.html
Terima kasih YB Zul. Teruskan perjuangan dan lawan habis habisan pengkhianat yang berada dalam PAS tidak kira apa yang akan jadi.
ReplyDeleteSusur galur keturunan penentang islam yang bertopengkan PAS ini harus dikeluarkan kerana akan merosakan Islam.
Bahaya dan teramat bahaya orang ini berada dalam PAS.Kerana akan menjadikan PAS Parti Abu Lahab.
Bukan saja PAS kena keluarkan specieis ini malah PAS juga kena keluar dari Pakatan yang yang merupakan wadah munafik yang merosakan islam.
Saya pastinya akan mufarakah menyokong PAS kiranya PAS bersama Pakatan yang didlamnya terdapat Hisbul Syaitan laknatullah.
Tak apa komen saya tidak di publishkan kerana ini bukan agneda saya disini tapi cukuplah semangat yang saya berikan pada saudara Zul supaya jgn biarkan seinci pun pada penentang2 Islam in bersuara.
Tahniah atas tulis ini dan ilham yang Allah berikan pada saudara.
salam...yb ni macam bagus sangatlah..kwn dgn lwn pun tak reti nak beza..
ReplyDeletekalau ye pun khalid samad salah,yb selaku rakan dalam PR sepatutnya dakwah dan beri teguran kepada beliau,bukan suruh letak jawatan!!!
SAYA TARIK BALIK UNDI SAYA KAT KHALID SAMAD SEBAGAI AHLI PARLIMEN SHAH ALAM DALAM PRU 12 YANG LALU
ReplyDeleteAssalamualaikum Yb,
ReplyDelete1. Bercakap mengenai penggunaan nama Allah oleh kaum lain, komen yang paling ingin dielakkan oleh saya ialah daripada menyentuh sensitiviti kaum lain.
2. Sungguhpun yang demikian, tidak bermakna saya akan mendiamkan dari melihat penggunaan nama Allah digunakan sewenang-wenangnya.
3. Saya menentang "perkongsian" nama Allah oleh kaum lain ini sebenarnya akan mendatangkan kekeliruan dan mudarat. Ini kerana perkara yang paling asas yang telah dilanggar adalah bahawa maksud nama Allah telah pun "divariasikan".
4. Saya tidak menentang orang bukan Islam dan Saya juga tidak menentang orang bukan Islam menyebut nama Allah. Namun biarlah ianya merujuk kepada Islam.
Peguam Muda
rbassociates21.blogspot.com
5.30pm
Adalah malang isu ini telah berlaku di negara kita yang dikata negara Islam dan contoh kepada negara Islam diluar sana. Jika isu ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, ia mampu memberi kesan kepada keamanan dan kemakmuran yang kecapi oleh negara kita selama ini, yang dibimbangi akan ada kewujudan gerakan-gerakan atau perhimpunan-perhimpunan bantahan dan demi2 bantahan dari kecil-kecil kepada lebih besar atau perhimpunan perdana yang lebih agresif jika perkara ini tidak diselesai segera dengan bijaksana dan kemungkinan besar akan terjadi kecelakaan kepada negara yang kita yang dicintai.
ReplyDeleteDiharapkan kerajaan kita,para-para belia muslim dan NGO-NGO yang berlabel Islam di negara ini bermain peranan yang penting dan berkesan untuk menidakkan penggunaan nama'Allah' untuk majalah minggu Herald Tribune, kerana dari jangka masa pendek dan panjang kesannya adalah sama akan terjadinya kehancuran umat Islam dibumi Malaysia ini. Kerana perpecahan/kelemahan umat Islam dinegara kita adalah penyebab kepada wujudnya isu ini. Maka bersatulah umat Islam dibumi ini demi akidah2 anak2 pewaris agama yang mulia ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita pasti roboh.
Doa saya adalah jadikan isu penggunaan nama 'Allah' oleh pihak tertentu (non-muslim) sebagai penyatuan umat Islam dinegara ini. Amin.
Salam YB,
ReplyDeleteKebenaran penggunaan nama ALLAH oleh akhbar mingguan Herald pastinya ada maksud yang tersirat seperti yang sedia maklum iaitu memesungkan akidah umat Islam terutamanya remaja-remaja kita.
Ketika gejala sosial seperti mat rempit, bohsia, bohjan, blackmetal, dadah, gothic, zina, anak luar nikah dan pelbagai lagi sedang melanda dengan hebatnya tanpa dapat kita tangani dengan berkesan telah membuka ruang dan peluang kepada golongan Musyrik menangguk di air yang keruh.
Lebih-lebih lagi dengan keadaan kita Umat Islam di Malaysia ini yang berpecah belah hanya kerana perbezaan ideologi politik. Sanggup berkerat rotan berpatah arang!
Selagi kita tidak berpegang dengan tali Allah selagi itulah Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya tidak akan mempunyai maruah.
Salam..
ReplyDeleteNampaknya luna65 kena ulangbaca entri YB ini 5 6 kali lagi supaya paham apa maksud Allah, God, Tuhan dan lain2 istilah yg diberi manusia bagi merujuk kpd suatu kuasa yg mengawal hidup kita ini.
Ketahuilah, bahawasanya kita ini berada di Malaysia, bahasa rasminya Bahasa Melayu yg sejak zaman sebelum Islam tiba, orang kita memanggil dgn nama tuhan. Apabila pendakwah Islam (dari Tanah Arab) membawa agama ke nusantara ini, istilah ALLAH diperkenalkan bagi memudahkan mereka mentauhidkanNya, membezakan tuhan yang baru ini dgn tuhan yg mereka sembah sebelumnya.
Hakikatnya, sebagaimana yg telah dinyatakan oleh YB, bahasa pertuturan di Tanah Arab sejak azali merujuk Allah sbg satu2nya kata nama bagi maksud 'kuasa yg wajib kita percaya'. Kalaulah di nusantara ini memakai istilah Allah pada zaman pra-Islam, dan orang Arab pula memakai istilah tuhan, nescaya pendakwah itu akan menggunakan kata nama Tuhan dalam dakwahnya. Lojiknya begitu. Mungkin jika ia berlaku, puak Kristian akan berebut pula nakkan istilah Tuhan dlm terbitannya dalam bahasa Melayu.
Oleh itu, luna65 jgnlah keliru & mengelirukan Syahadah (na'uzubillah) kerana ia bkn berbunyi: ashhadua 'tuhan' ilahaillah. (Rujuk baris 3 - 8 komen beliau di atas) Dan, jgn pesongkan ayat2 Allah kerana orang Arab tak ada istilah lain selain Allah tika surah al'Ikhlas itu diwahyukan pada Rasullah dalam bahasa Arab. Lain la kalau dalam bahasa melayu.
Specialnya kita orang Melayu ni, tok nenek kita dulu sembah tuhan lain sebelum Islam dibawa dari Tanah Arab yg merujuk Allah. Itu yg ada kata ganti nama tuhan bagi perkataan Allah tu..
Contoh lojik, kata nama am (negara)& kata nama khas (Malaysia). Kalau semua berebut nak pakai nama Malaysia, macam mana nak bezakan negara orang hidung kemek dgn negara orang hidung mancung?
Saya sarankan, kita bukan sahaja wajib lawan keputusan mahkamah yang sesat ini, kita mesti pastikan apajua penerbitan Kristian & lain2 agama dalam bahasa Melayu tidak diberikan ruang. Bukankah penerbitan agama2 kafir ini dlm bahasa Melayu ini terang2an bertujuan dakwah kepada org Melayu? Ketahuilah juga tuan-tuan,puak la'nat ini dah kaji ayat ke 2 surah AlBaqarah bahawa mereka tidak akan berjaya pesongkan aqidah Islam kita. Oleh itu, yahudi & nasrani ini tidak hanya redho dgn mengheret kita ke dlm cara hidup mereka, malah mahu juga mengikut cara hidup & bahasa kita asalkan kita beriman sama dgn agama mereka.
Cara selesai terbaik ikut saluran ni: gunakan PERLEMBAGAAN negara, dah jelas kat situ.
p/s: kalau nak tegakkan hujah pun, jgn salahguna ayat Qur'an. Dosa..
Jangan salah faham. Suruh letak jawatan ini memang biasa dipakai dalam politik, menunjukkan pendirian yang banyak tidak selari dan itulah caranya menegur bila sudah banyak kesilapan dan kesalahan yang dirasakan telah berlaku. Jadi jangan bimbang tentang itu. Mereka tetap rakan dalam Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteSaya bukan ahli kepada mana2 parti politik, sekadar menyokong. Sebelum memberikan komen berkenaan isu ini ada baiknya kita rujuk pada ulamak dan ustaz2 dahulu.kerana ini melibatkan aqidah.
ReplyDeleteTak semestinya orng yang pandai berceramah itu ulamak.. fikr2kanlah...
Saudari Luna65, kami bukan menyanggah Allah itu tuhan untuk semua manusia... tetapi apabila mereka mensyirik Allah Yang Satu, memesongkan ajaran tauhid yang sebenar...layak manusia macam ni mahu menyebut Allah tuhan mereka? HAnya satu2nya agama yang diredhai Allah iaitu Islam.. Penggunaan kalimah Allah sememangnya digunakan oleh pihak Kristian di Malaysia Timur..tetapi kenapa mereka mahu menuntut penggunaan nama tuhan iaitu Allah dalam bahasa Melayu? Dalam Kristian dan Yahudi, mereka memanggil tuhan mereka sebagai Elohim,Ellah... dalam bible (versi BI) mereka bnyak menggunakan perkataan Lord...cuba bagitahu...bahagian mana..termasuk exodus, genesis..atau yang lain ..menggunakan panggilan Allah?
ReplyDeleteWake Up Muslims!
One God One Message
saya cabar YB Zul masukkan komen saya!
ReplyDeleteSAYA PENDAPAT SDR ZUL ADALAH DURI
DALAM DAGING DLM PAKATAN!
OLEH ITU SILALAH AMBIL BORANG, ISI
& JOIN UMNO!
SAYA KATA DEMIKIAN OLEH KERANA
POSTING SYA YG PERTAMA PTG 4 JAN 2010
sdr tidak BERANI SIARKAN!
MEGAT & RAKAN2
VIVA PALESTINA!
ReplyDeleteYB GEORGE GALLOWAY:>>>>THANK U FOR YOUR BRAVE EFFORTS IN BREAKING
THE SIEGE OF GAZA!
LONG LIVE PALESTINE!
SEKARANG BUKAN MASA UNTUK bertekak
ReplyDeleteMENGENAI KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN!
RAKYAT PALESTIN DI GAZA SEDANG MERANA DISEBABKAN REJIM ZIONIS MENYEKAT BEKALAN MAKANAN, UBAT ,AIR BERSIH.
EKONOMI GAZA SEDANG MEROSOT...
RAMAI RAKYAT PALESTIN DIPENJARAKAN
OLEH ZIONIS!
KITA DI MALAYSIA(PAS,PKR,UMNO) HANYA TENGOK.....
KAMI AMAT TERIMA KASIH KPD MP
BRITISH TUAN GEORGE GALLOWAY &
TUN MAHATHIR(walaupon dia musuh kami)kerana USAHA MENGHANTAR
BANTUAN KPD RAKYAT PALESTIN DI GAZA!
sila lihat website>>>>>
http://www.imemc.org/index.php?obj_id=53&story_id=57534
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya amat menyokong akan tindakan Saudara Zul (ZN) dalam mempertahankan Islam walaupun didalam PKR dan saya yakin beliau akan melakukan sedemikian dimana sahaja beliau berada..Sokongan kepada beliau untuk melahirkan MELAYU RISALAH iaitu Melayu yang mempunyai Prinsip, Amanah, Tegas, Takut Tuhan, Bersembahyang, Hormat org tua, Membenci Penjajah, dan Mengglobalkan Islam adalah ciri2 kepada Melayyu yang perlu di kembalikan dan barulah MELAYU TAK HILANG DIDUNIA..Kalau Ikut Melayu UMNO, 20 tahun lagi hilang Melayu di Malaysia dan Melayu kena lari ke Indonesia pulak dan jika diharapkan Khalid, esok melayu akan hilang mengikut agendanya.
ReplyDelete