01 February 2010

PERBICARAAN BERMULA!

Salam 2 all.

Akhrinya setelah lebih setahun tertangguh, esok Selasa 17 Safar 1431 bersamaan 02 Februari 2010 akan bermula perbicaraan kes pertuduhan liwat Seksyen 377B Kanun Kesiksaan terhadap YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Kes akan dibicarakan dihadapan YA Hakim Dato Zabidin Mohd. Diah di Mahkamah Tinggi (Jenayah No. 3) Kuala Lumpur yang terletak di Tingkat 5 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Jabatan Peguam Negara yang mendakwa akan diwakili oleh Datuk Yusof Zainal Abidin dan beberapa pegawainya iaitu Datuk Hanafiah, Datuk Nordin Hassan, Shamsol Sulaiman dan Noorin Badarudin. Kebanyakan mereka adalah pendakwaraya yang sama terlibat dalam pendakwaan kes pertuduhan liwat yang pertama pada tahun 1998.

Barisan peguam DSAI pula diketuai oleh Karpal Singh bersama 9 peguam yang lain. Boleh dikatakan kesemua mereka adalah peguam baru. Barisan peguam yang terlibat pada tahun 1998 hanya SN Nair, dan mungkin YM Raja Aziz akan terlibat sebagai peguam membantu.

Seksyen 377B Kanun Kesiksaan adalah pertuduhan liwat secara paksa terhadap mangsa. Ini bermakna Pendakwaraya mesti membuktikan adanya perbuatan memasukkan alat sulit lelaki kedalam dubur mangsa.

Dalam kes ini, pendakwaraya mestilah membuktikan bahawa DSAI telah memasukkan alat kelaminnya kedalam dubur Mohd. Saiful Bukhari secara paksa tanpa izin mangsa pada masa dan tempat yang dinyatakan.

Pembuktian ini boleh dibuat melalui keterangan langsung mangsa iaitu Saiful sendiri. Tetapi didalam mana-mana kes seksual, Pendakwaraya mesti juga memberi keterangan sokongan dalam bentuk keterangan koroboratif saperti lapuran perubatan, lapuran forensik dan lapuran kimia saperti DNA.

Setakat ini, lapuran perubatan empat orang doktor, iaitu seorang daripada Pusrawi dan 3 daripada HKL memberikan lapuran tiada sebarang unsur-unsur atau kesan kemasukan kedalam dubur Mohd. Saiful.

Jadi saya menjangkakan Pendakwaraya akan menggunakan keterangan forensik dan kimia terutamanya DNA dalam membuktikan keterangan sokongan dan koroboratif bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful.

Saya pasti pendakwaraya telah belajar daripada kesilapan mereka yang lepas dimana mereka gagal membuktikan berlakunya jenayah liwat terhadap Azizan kerana mereka memilih waktu pertuduhan yang terlalu panjang iaitu 3 bulan untuk membuktikan hanya satu kejadian.

Didalam kes ini Mohd. Saiful mendakwa diliwat beberapa kali tetapi pendakwaraya hanya memilih satu tarikh iaitu 26 Jun 2008. Mengapa tarikh itu yang dipilih saya pun tidak pasti. Apapun saya sangat berminat untuk melihat bagaimana pendakwaraya mahu mengatasi masalah itu.

Saya juga menjangkakan Pendakwaraya akan mengemukakan keterangan menunjukkan DSAI dan Mohd. Saiful berada ditempat kejadian pada tarikh yang disebut; samada melalui saksi atau CCTV (jika ada).

Dipihak pembelaan, saya difahamkan mereka mengemukakan pembelaan alibi. Ini bermakna pembelaan yang dikemukakan menafikan DSAI berada ditempat kejadian pada masa/tarikh/venue yang dinyatakan. Ini adalah pembelaan yang sama semasa kes pendakwaan liwat terhadap Azizan Abu Bakar pada tahun 1998 lalu.

Saya menjangkakan perbicaraan akan mengambil masa lebih 6 bulan untuk diselesaikan seluruhnya termasuk hujah-hujah. Mungkin juga setahun.
Saya juga menjangkakan banyak permohonan interlokutori akan dibuat oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembela sebagaimana yang berlaku dalam perbicaraan lepas.

Apa pun, kes ini sudah menjadi tumpuan seluruh dunia. Bukan sahaja DSAI dibicarakan, tetapi YA Hakim, Mahkamah dan sistem perundangan dan keadilan kita juga turut 'dibicarakan' oleh pemerhati dunia. Semoga keadilan dapat dilaksanakan agar tiada siapa yang akan dimangsakan, apatah lagi dianiaya dan dizalimi.

Moga ALLAH memberikan rahmat, petunjuk serta hidayahNya dalam kita mencari keadilan yang sebenar ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
16 Safar 1431
01 Februari 2010

64 comments:

  1. Salam YB,
    1.Adakah keadilan hanya untuk manusia besar bernama DSAI,dan bukan untu manusia kecil seperti Saiful.(sudah 20 kali tangguh)
    2.Kalau DSAI menang mana2 kes;mahkamah adil,kalau DSAI kalah mana2 kes; mahkamah tak adil?Adilke?
    3.DSAI bercita-cita nak jadi PM,bukan budak hingusan macam Saiful.Jadi kes ni bukan remeh temeh.Kenapa tak berani angkat sumpah.Kalau kata sumpah cara Saiful tak mengikut cara Islam,buatlah cara Islam yang betul.Dan jangan kata "kita tak nak sumpah ni dijadikan satu budaya,sikit2 angkat sumpah,sikit2 angkat sumpah.Nanti org dah tak percaya lagi kalau ada org yg angkat sumpah".Tapi isunya kes ni bukan kes remeh temeh,kalau DSAI berani angkat sumpah mesti rakyat akan mempercayai dia dan bukannya Saiful,yang entah sapa.

    ReplyDelete
  2. Salam Yb, saya kira inilah peluang terbaik bagi kedua-dua pihak membuktikan kebenaran dipihak mana. Bercakap atas nama keadilan, maka hak dan peluang saiful juga janganlah dinafikan. Selagi kes ini dijaja melalui pentas politik maka keadilan sebenar tidak dapat ditegakkan. kenapa perlu takut atau gusar jika kita benar2 seorang yang tidak bersalah, biarlah proses undang-undang berjalan. selagi taktik melambatkan perbicaraan dibuat maka kita menafikan hak serta keadilan pihak yg dituduh dan yang menuduh yakni saiful. Ayuh, buktikan LAWAN TETAP LAWAN, janganlah kita menjadi hipokrit

    ReplyDelete
  3. YB tak join sekali kah kes ini selaku peguam bela atau YB telah dipinggirkan. Jika benar maka sahihlah YB semakin disisihkan dan tidak dipercayai lagi.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Setuju dengan Jamil. Kelihatannya Yb semakin tidak dipercayai. Cuma Yb kelihatan seperti 'untouchable' by DSAI. Kenapa agaknya? Semakin menarik drama kalian.

    ReplyDelete
  5. Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

    YB seharusnya tidak boleh mengulas isu yang belum dibicarakan ini dek kerana penangguhan berulang kali oleh boss YB.

    Adakah YB pasti 4 laporan hospital itu tidak menyatakan Saiful diliwat?

    Yang tahu cuma laporan daripada doktor Pusrawi yang telah didedahkan. Itu pun sebab doktor itu simpatisme kepada boss YB!

    Memang benar kata YB, dunia akan menilai perbicaraan ini bukan sahaja kepada boss YB tetapi kepada mahkamah dan sistem perundangan kita.

    Mahkamah dan sistem perundangan telah diperkotak katikkan oleh boss YB sendiri yang asyik meminta tangguh. Peguam bela sakit perut sebab makan kari banyak pun nak minta tangguh!

    Kemana perginya skuad peguam bela tahun 1998? Mesti ada sebab mereka tidak mahu menjadi peguam bela lagi....

    ReplyDelete
  6. "I told u ! I told u ! U did it again"

    ReplyDelete
  7. Bagi saya, seseorang Islam yang BERANI bersumpah dengan nama Allah swt, sanggup dirinya dan keluarganya dilaknati Allah swt di DUNIA dan AKHIRAT sekiranya dia berbohong atas nama Allah swt, adalah seorang yang bercakap benar. No two ways about it. Jangan hanya pandai bercakap pasal Islam. Walk the talk.

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah YB, salam perjuangan juga dari sahabat merangkap pemerhati yg jauh di mata.....

    ReplyDelete
  9. Berani kerana benar...takut kerana salah...kenapa DSAI macam2 takut2je...saiful pula nampak steady jer...entahlah...semoga Allah SWT tunjukkalan kebenaran yang sebenarnya...sama-sama lah kita terima kebenaran itu walaupun pahit

    ReplyDelete
  10. jamil...
    YB tak join tu mungkin ada yang tersirat...hanya beliau dan Allah jer yang

    ReplyDelete
  11. Salam YB..
    Kesedihan kalau DSAI masih cuba menangguhkan perbicaraan ini.. Kekalutan DSAI akan terserlah kalau DSAI masih cuba menegakkan kebenaran yang bukan milikinya..

    ReplyDelete
  12. 9:45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

    tangguh lagi-tangguh lagi-tangguh lagi

    penakut sungguh mu pak shiekh anwar, yg mu berani sokong lina joy murtad tak takut pulak pada Allah.

    ReplyDelete
  13. Salam YB,

    Hat ni bicara dunia saja.. yang kat AKHIRAT esok lagu mana? Boleh ka guna dr tu dan ini, peguam tu dan ini..
    Malang sekali sistem 'keadilan' kita terbelenggu dengan perkara-perkara teknikal. Isu utama tidak dibicarakan pun.. Kami ni naik JELAK dah dengaq.. uzlah je lah

    ReplyDelete
  14. tunggu je lah perjalanan mahkamah. tak guna keluar statement sbb kita tak tahu siapa benar siapa salah. betol kata YB Zul mata-mata dunia akan memerhati 'perjalanan' mahkamah..

    ReplyDelete
  15. one nation one love..

    keadilan untuk manusia kecil saifool?

    Bukankah dia lagi besar dari DSAI sebab berpeluang jumpa rosmah dan najib untuk dapatkan biasiswa...


    berapa ramai student yang poniter rendah dan hampir gagal boleh berjumpa PM sendiri untuk dapatkan biasiswa?

    ReplyDelete
  16. one nation one love..

    sumpah itu ada dalam islam ke?

    kalau saya rogol isteri atau adik awak, then saya sumpah saya tak rogol, terlepaskah saya?

    ReplyDelete
  17. wow...

    YB punya blog dah kena 'spam' dengan pejuang keadilan dan pengawal agama tahap gaban totok UMNO..

    tak berjaya....cuba lagi!

    asyik2 nak sumpah...bab nie depa tak mo dengar plak cakap TS Harussani Mufti Perak...pelik betul depa nie...

    ReplyDelete
  18. Siapa yg percaya pada ALLAH yg ESA akan berani bersumpah diatas nama tuhannya...

    dan seperkara lagi.. sekarang rakyat pun dah tahu menilai perjalanan kes mahkamah dan menilai semua bukti yg akan dikeluarkan semasa di mahkamah..

    dan satu lagi apa komen YB tentang PENGHAKIMAN semasa pembebasan Anwar Ibrahim dimana Hakim menerangkan bahawa AKTIVITI TERKUTUK itu benar-benar berlaku di VILLA TRIPOLI oleh tertuduh.. sebagai seorang PEGUAM adakah YB menyangkal PENGHAKIMAN itu??

    ReplyDelete
  19. kepada pecacai dubuk UMNO..

    apsal polis berat sangat nak bagi evidence kat DSAI?

    ReplyDelete
  20. Dah agak daripada awal..nuar main sandiwara lagi...cam ni ke saorang yang berani..kalau betul tak buat dan dah ada bukti kenapa takut sangat sampai berbagai isu yang diujudkan supaya kes boleh ditangguhkan..tercatat didalam sejarah perbicaraan dimalaysia yang dituduh dilayan sebegitu baik oleh mahkamah malaysia..

    ReplyDelete
  21. YB Zul yang sgt saya hormati...
    saya selalu diajar oleh guru agama saya "tiada penyesalan kepada sesiapa yang beristikharoh"..
    Saya menyeru saudara mohonlah kepada Allah..beristikharoh lah semoga Allah beri petunjuk apakah benar tindakan YB menyokong Anwar tuh..mohon beri apakah benar dia tidak bersalah...bukan untuk sesiapa..tetapi untuk diri YB sendiri..
    dan ajaklah kawan2 YB yang bergelar "ustaz" dlm parti PAS tu sama2 beristikharoh...semoga diberi petunjuk..
    jika saudara benar2 ikhlas untuk perjuangkan Islam..buatlah saranan saya. Saya tak mahu negara kita diperintah oleh org2 yang opportunist dan bermuka-muka

    ReplyDelete
  22. Salam utk semua,
    Ye ana pun rasa terkilan kenapa DSAI tak berani nak bersumpah....kalau tidak dah tutup kes dan ramai le lagi penyokong DSAI termasuk ana...sekarang ni kes lelaki muda di bela untuk di liwat dah jadi perkara biasa zaman ini...apa tidaknya lebih2 lagi zaman materialistik...dah tak kira lembut atau sasa badan budak muda lelaki tu...masing2 nak hidup senang nak duit...dan mereka berfalsafah...pandai makan pandai la simpan... Yang si DSAI ambil si saiful jambu tu jadi penolong dia...nape..kan dah jadi kes. Kat luar negara macam AS...dah biasa...dan di Afghan sebelum Taliban...lelaki2 berumur yang beristeri akan simpan lelaki muda untuk memuas nafsu seks mereka...nauzubillah.

    ReplyDelete
  23. Mira0579..

    kami tak anti DSAI. Just muak dengan kelakuan dia. jumpa je di mahkamah. apa nak takut. kalau beliau tak salah, tentu tak de bukti mcm cctv (jika ada) atau DNA. Pasal sumpah ni. Anwar ni dah banyak kali sumpah sampai dah jadi sesumpah tapi kali ini dia takut.. heran betul. kan dia ada a bunch of lawyer yg cerdik. Lawyer yg tak cerdik mcm Yb Zul dah ditendangnya.. kami teringin benar nak tengok sejauhmana hubungan Yb Zul dan DSAI akan bertahan.

    ReplyDelete
  24. mahzan..

    anwar dah banyak kali sumpah?

    kelakar la kau nie..

    Setahu saya yang pernah bersumpah ialah si saifool bontot dan penaja biasiswa beliau bernama Najib!

    ReplyDelete
  25. YB...

    jangan lupa apa yang terjadi kepada Imam Masjid Wilayah Sdr Ramlan Porigi yang ditipu oleh JAWI untuk menyaksikan sumpah si saifool bontot...

    Beliau telah dipecat kerana menegakkan kebenaran...dimanakah beliau sekarang?

    kenapa si balaci dan pecacai dubuk UMNo lupa akan keberanian beliau?

    ReplyDelete
  26. Sementara itu, perbicaraan kes liwat Anwar bersambung petang ini di mana mahkamah mendengar pemohonan pihak pembela untuk menangguhkan prosiding, sementara menunggu permohonan semakan semula keputusan penolakan rayuan ketua pembangkang itu untuk mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti dari pihak pendakwa. - malaysiakini


    KENAPA MEREKA TAKUT UNTUK MEMBERIKAN BUKTI KEPADA DSAI? BAGI SAJA LAH KALAU ADA...ATAU PUN MEREKA BARU NAK CARI BUKTI...

    ReplyDelete
  27. Salam YB
    Saya penyokong kuat YB kerana pendirian YB.Tentu yg ada YB nampak pada DSAI yg ramai tak nampak hinggakan YB sanggup menjadi peguam beliau.Terusksn jika benar.

    Seperkara lagi YB tolong pulihkan Melayu ni dari penyakit suka berpolitik dan suka bincang bincang politik.Masa ini Melayu Islam perlu bangun pulihkan ekonomi--dirikan perniagaan , jalankan perdagangan, utamakan ilmu pengetahuan dalam semua bidang bukan asyik cerita politik
    dan tunjuk kemahiran bercakap sahaja.

    ReplyDelete
  28. ....masa saya muda2 dulu...saya peminat no satu anwar....tapi bila anwar ditendang dari kabinet...beliau ajak penyokongnya berkumpul di masjid negara dan dataran merdeka.....di dataran merdeka ....petang september, 1998 di depan ribuan penyokongnya beliau menghala pembesar suara (speaker) ke arah bukit aman sambil mencabar dan mencela dan menghina polis...so from that day...saya dah tahu ada yang tidak kena pada anwar......dan setelah 10 tahun berlalu...telahan saya tak pernah salah........

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah episod perbicaraan telah bermula.Harap-harap Pak Shiekh kita jgn main "tai-chi" lagi.

    Apa Pak Sheikh nak takut Berani kerana Benar, Takut kerana Salah.

    Akhir kata bagilah peluang kepada Saiful sebagai pengadu untuk beliau membela dirinya di makhamah.

    Semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu ternanti-nanti kes ini.Harus di ingat kita yang mempunyai akal akan mula berfikir siapa yang benar dan siapa yang salah.

    Ikutilah setiap tutur kata Saiful dan setiap tutur kata Pak Sheikh di makhamah, barulah keadilan akan datang.

    ReplyDelete
  30. Nearly 12 years ago, I was languishing in a local hospital as a prisoner of conscience. This loss of freedom was due solely to my long-standing personal and professional association with Anwar Ibrahim, then Deputy Prime Minister and Finance Minister of Malaysia. We were falsely implicated in a fabricated case of having committed a mutual act of sodomy.

    Such an internment, when driven by ulterior motives, brings a brutal deprivation upon the victim. It acts like a double-edged sword. While one’s freedom of movement is taken away by tormentors, one’s conscience suffocates in a dungeon. A poignant grief sets in once there is awareness that both the body and the conscience have fallen victim to the act of tyranny. That is what distinguishes incarceration out of an actual crime from that emanating from the acts of those who prosecute and persecute innocent others. The tormented memory never fades.

    My detention by the Malaysian Special Branch taught me how it feels to be forcibly separated from one’s wife and children. How it feels to be searched and seized, disallowed to make phone calls, handcuffed, blindfolded, stripped naked, driven in an animal cage, shaven bald, endlessly interrogated, humiliated, drugged, deprived of sleep, physically abused. What it’s like to be threatened, blackmailed, hectored by police lawyers, brutalized to make a totally false confession, hospitalized for a consequent heart ailment, and treated as a psychiatric patient with symptoms of Stockholm syndrome. Barely surviving on a meager diet of rancid rice and chicken along with 12 medicines a day, I spent nearly 126 days handcuffed round the clock to my hospital bed, under the watchful eyes of the prison guards.

    These tragic events completely ruined me and my family. The financial, physical, psychological and social implications of this calamity reverberate even more than a decade after the horrific occurrence. Words fail to describe what my family and I have quietly endured for the last 10 years. In spite of that, our faith in the ultimate victory of justice and truth has not wavered.

    For the last 12 years, I have sought nothing but justice. I have repeatedly approached the Malaysian judicial system—the High Court, the Court of Appeals and the Federal Court—in the hope that justice would be duly provided to me. Unfortunately, my latest request for a review at the Federal Court was dismissed. Why does the judicial system shudder at the prospect of hearing my demand for justice? Why am I denied my day in court?

    I am innocent. I am innocent of any and all spurious charges brought against me. I committed no crime for which I was tortured and unjustly imprisoned. I want the Malaysian judicial system to wake up to the fact that gross injustice was committed against me. I want them to realize that the injustice is perpetuated the more I continue to be denied my day in the court. My innocence inspires me to persist and persevere in the path of justice, as it is one of the fundamental human rights enshrined in the Constitution of Malaysia. The judicial system in Malaysia must rise to the call of duty and serve justice without any further delay.

    Mr. Anees is a writer based in Tucson, Ariz.

    ReplyDelete
  31. mira, thanks sebab somehow jadi moderator nak komentar entri ini. haha.

    aku tatau laa ulas apa mengenai isu mahkamah. aku bukan org yang cerdik. tapi aku lihat semakin ramai pro-tadah boontot dan pro-umno mendrop komen di blog yb zul yang ku hormati ini.

    tiada apa salahnya. cuma nampak ralat kerana tiada bekap kuat dari pro-pakatan rakyat.

    bukan apa, hujah yang hanya berpaksikan satu dimensi (tidak kira sama ada mereka mengatakan hanya pihak mereka yang haq dan benar) adalah tidak relevan untuk dijadikan sandaran pemahaman saudara yb zul sementelah kita semua kenal bahawa saudara yb zul ini suaranya lantang memperjuangkan apa yang beliau rasakan benar tanpa perlu tertakluk kepada picisan partisan.

    sesungguhnya, amar maaruf nahi mungkar itu bukan semata-mata satu tagline, ia perlu disululi tekad dan perbuatan.

    semoga saudara yb zul dapat meng-counter semula hujahan-hujahan pro-saiful boontot di sini. setiap isu perlukan penjelasan benar, adil dari kedua-dua pihak supaya kami dapat menilai yang mana kaca dan permata yang sebenar.

    ohh, sekali lagi, terima kasih mira0579!

    ReplyDelete
  32. Kesihan mira0579, tak perlulah sampai tahap menyindir serta menghina komen yang tidak sependapat dengan anda. Nampak sangat seolah saudara ni seorang yang tertekan dalam mempertahankan ketua anda, saya lihat komen yang menyokong saiful ada rasionalnya. Janganlah semua pekara dilihat bermotifkan politik. Sedarlah saudara, ramai diantara kami tidak menyebelahi mana-mana parti politik dan ramai diantara kami yang pernah memberi undi semasa PRU kepada PR. Jika sdra, berterusan dengan sikap serta pandangan jumud sdra, maka tidak mustahil kelak rakyat yang menjadi pengundi atas pagar akan beralih angin. Kami sebagai rakyat malaysia tahu menilai mana parti yang patut kami sokong semasa PRU dan kami tidak menjadi pengikuit buta tuli menyokong BN atau PR. Sikap anda sdra mira0579, tidak ada bezanya dengan penyokong totok umno, pkr atau pas. amat buruk dan meloyakanimissn

    ReplyDelete
  33. kalau pak sheikh anwar berani sokong org murtad, pergi sembahyg jenazah teoh (kalau lawat shj tak apa), nyalakan api kuil, kata Islam penindas agama lain dan mcm mcm lagi yg boleh menjatuhkan aqidah beliau, inikan pula meliwat.

    saya rasa komen YB zul nampak adil, tak ada berat sebelah, sebab dia sebenarnya dah tahu apa sebenarnya berlaku.

    tak begitu YB Zul?

    ReplyDelete
  34. Salam YB Zul

    Mungkin saya tak perasan atau tak nampak , kenapa Yb Zul tak ikut sekali ke mahkamah tadi , adakah sebab anwar tak bagi pegi , ataupun Yb sendiri yang tak mau pi

    lagi satu , kenapa kali nio Yb Zul tak jadi peguam bela anwar , dulu kan Yb sehidup semati dengan dia

    sekian buat kali ini

    ReplyDelete
  35. Kula apa ntah..

    Kesian kat hang nie..hidup kau berada atas pagar..memang jenis tak ade pendirian..harapkan picisan dan cebisan dan biasiswa diberikan oleh UMNO/BN..sampai bila kau nak Melayu ditindas dan dizalimi oleh UMNO/BN?

    sudah lah dengan retorik hang tu...konon nak ambil simpati cakap kau nie atas pagar...sekolah pon tak guna..sebab otak takdigunakan untuk berfikir secara rasional.

    ingat hukum fitnah Allah swt, sebagaimana firman-Nya dalam QS al-Baqarah (2): 191,

    "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ."

    Kenapa fitnah lebih kejam dari pembunuhan?

    Sebab, fitnah sama dengan melakukan character assassination atau pembunuhan karakter seseorang.

    Dalam menghadapi fitnah kesabaran dan kesedaran yang tinggi amat perlu kerana fitnah boleh terjadi kepada sesiapa pun, tanpa memandang status dan kedudukan sosial. terpulang kat hang nak terima atau tidak.

    ReplyDelete
  36. Salam YB.. YB mesti ada sebab tertentu tidak menjadi peguam bela DSAI..
    Jika memang benar mahkamah membuktikan yang DSAI bersalah apa arah tuju YB? samada menyokong juga DSAI atau memilih kepada kebenaran...

    ReplyDelete
  37. Akibat tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi yang menolak permohonan anwar untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya, ratusan penyokong anwar membuat kecoh di hadapan pintu masuk mahkamah tinggi kuala lumpur, namun kecekapan pihak polis telah berjaya metenteramkan keadaan.

    Mahkamah menetapkan esok jam 2.30 petang untuk perbicaraan kes itu bermula, mari sama-sama kita tengok esok apa pula alasan anwar untuk menangguhkan lagi kes itu.

    ReplyDelete
  38. THE CRISTIAN ALLIANCE STRIKE BACK

    Editor Majalah Herald, Lauwrence Andrew, bakal menjadi salah seorang anggota panel forum ‘Kalimah Allah’ mewakili agama Kristian yang akan diadakan pada hari Khamis, 4 Februari ini.

    Beliau yang turut mewakili agama Kristian akan hadir pada majlis anjuran Tabung Amanah Tok Kenali sempena majlis Seminar Pemikiran Islam Semasa.

    Forum anjuran Tabung Amanah Tok Kenali dibuat sempena majlis Seminar Pemikiran Islam Semasa dan dijangka akan menarik perhatian banyak pihak.

    Wakil agama Islam pula adalah Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr Johari Mat manakala seorang lagi adalah wakil dari agama Budha.

    Forum tersebut akan Anggota Parlimen Kawasan Machang, Saifuddin Nasution.

    Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berucap pada majlis penutup program berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang pada majlis yang akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

    ReplyDelete
  39. Sdr Mira0509,

    Pengundi atas pagar bukanlah bermaksud tiada pendirian, tetapi mereka ini lah pengundi yg bijak memilih pemimpin berdasarkan kepada judgement mereka. Sebaliknya penyokong tegar parti politik seperti kamulah yg sepatutnya kena sedar dan beristigfar banyak2.


    Bila sdr menulis mengenai Umno/BN zalim, saya rasa PR skrg lagi zalim dan tidak langsung menguntungkan org Melayu/islam. Sdr lihat sendiri keadaan yg telah berlaku skrg. sedikit demi sedikit hak melayu telah dapat dituntut, malahan nama Allah juga telah berjaya mereka gunakan... semua ini kerana org Islam melayu yg suka bertelagah...

    Bagaimana sdr kata kes liwat ini ini satu fitnah? adakah kerajaan/UMNO nak buat fitnah kali kedua gunakan modal yg sama? Sedangkan masa tuduhan tu DSAI tidak ada apa-apa jawatan pun malahan ahli parlimen pun lagi. Sebaliknya perangai buruk org lah yg susah nak diubah... mungkin sdr mira0509 nak kena di l****t dulu baru nak percaya kot??? tapi adakah awak hensem macam saiful????
    kalau muka macam sireh, tak hingin org tu f*** awak ... ha..ha..

    apa-apa pun saya mintak maaflah kalau terasa..
    Adios

    ReplyDelete
  40. Sedih la. Tak cukup dengan cerita ahli politik bertegang leher sana sini, naik pulak cerita kisah liwat DSAI, antara pemimpin besar dinegara ini.

    Kalau dulu kanka-kanak tak tau amende liwat ni but thanx to our politicians, they now know.

    Ingat bebudak tak baca ke suratkhabar? Macamana nak explain kat diorang the meaning of liwat? Kalau nak explain pasal "the birds and the bees", walaupun berkali-kali telan air liur nak menerangkan kat diorang, but at least its right and its legal. Tapi macamana nak terangkan pasal liwat?

    Is this the kind of legacy that we need to pass on to our children? Is this leadership by example?

    ReplyDelete
  41. Mira,

    Nama mcm perempuan tapi rasanya awak ni lelaki. Kesian sangat jika awak tak tahu yg DSAI dah pernah bersumpah byk kali. Tapi sumpah yg menyebelahi dia la. Dia angkat sumpah guna nama Allah masa ambil jawatan menteri dan TPM.. dan dia juga pernah bersumpah di Batu Pahat. Di rumah Sdr. Lokman Adam di Taman Koperasi, batu pahat.Ketaksuban melampau pada Anwar ini membutakan awak. Cubalah elakkan dari hanya menerima pandangan orang tanpa memikir.. lagi satu, gunalah nama lelaki kalau lelaki.. Eh! ok gak suka nama perempuan dari suka lelaki.

    ReplyDelete
  42. Sdr. Harun,

    Mcm komen saya yg sebelum ini. YB Zul ini tak cukup cerdik utk jadi lawyer DSAI. Kita tunggu je YB ni jadi macam Nalakaruppan, Ezam, Chandra Muzaffar, Nell Onn, Marina Yusof. Jgn lupa apa cerita dengan Lawyer Zainor Zakaria. Tapi YB Zul ni lagi handal coz sempat gak jadi Yb walaupun mungkin utk satu penggal.
    Sejujurnya, saya respect pada Yb Zul ni. Jika di beri peluang,saya akan undi beliau next election. jika kita lihat dalam laman blog ni, yg komen belasah dia pun di masukkan.. itu yg dinamakan Walk the Talk.

    ReplyDelete
  43. Yb Zul,

    Apa jawapan Yb Zul ttg komen MSO dalam laman blognya berkaitan hubungan Yb dengan Yb Azan dan seorang janda. Di fahamkan mcm ada sesuatu ttg Yb dan janda tu. Sila baca blog MSO.. Jgn biarkan pembaca tertanya tanya hingga timbul fitnah. ok..

    ReplyDelete
  44. mira,
    kalau kau kata melayu ditindas umno
    ...atas nama pakatan rakyat
    adakah kau rasa dap akan melayan melayu dgn lebih baik lg
    melihat peranan pas yg mcm lalang dlm pakatan
    ada ke xde ke sama je
    dan pkr yg nampaknya non-muslim lebih dominan
    aku rasa undi aku lebih bermakna utk umno
    setidak2nya aku undi org Islam
    yg sama2 mengucap syahadah
    aku x tahu apa pertimbangan yg PAS fikirkan bila nk sebantal dgn DAP
    jgn kan kerana dendam kesumat seorang pemimpin
    habis islam dan bangsa digadaikan

    ReplyDelete
  45. Salam
    Mira & lain2nya...

    Entah kenapa ada yang emosional sangat kali ni.. nanti jadi blog murahan pulak macam blog Aduka Taruna yang kurang ajar tu.. blog yang penuh kata kesat, kotor, jijik, bongkak, syok sendiri dll. Tuan Zul pun tak suka kalau blog ni jadi tempat orang komen macam sampah. Beri komen biarlah berhemah.. dok gitu tuan Zul?

    Apapun... kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya perbicaraan ini. Yang benar tetap benar yang salah tetap salah. Yang pasti di Akhirat kelak, kita punya bahagian masing-masing...

    Cuma satu persoalan...berkenaan sumpah. Mengapa sesetengah orang Islam lebih mempercayai, memperjuangkan, menjuarai Peryataan Bersumpah yang boleh dibuat dengan mana2 pesuruhjaya sumpah dengan minima RM4 (yang mahal pun ada juga... pesuruhjaya sumpah cekik darah)(rujuk peryataan bersumpah Raja Petra, Balasubramaniam dll sebelum ini)... TETAPI mentah2 menolak dan memandang ringan sumpah muhabbalah atas nama Allah... Allah tak pernah lalai... Betul, walaupun bersumpah sekalipun, kita sendiri tak tahu kebenarannya kecuali org yang bersumpah dan Allah. Tapi... mungkin itu jalan terbaik yang ada untuk mengelak fitnah.. Allah Maha Mengetahui... fikir2kan lah... Mira & lain-lainya.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  46. Sekali lagi, sistem kehakiman akan di uji.Sama ada kalah atau menang, sistem kehakiman adalah badan yang di bentuk oleh manusia seperti kita.Jika kalah, jangan melatah, jika menang, jangan berlapang.
    DIA, sentiasa ada.Yang benar, tetap benar.Yang salah, pasti salah.
    Sekali lagi juga, jangan kita menjadi manusia yang mudah tipis akal.Doakan, moga DIA memberikan kemenangan pada yang benar, sama ada pada yang di tuduh atau yang menuduh.
    Harus juga di ingat, mungkin "di sini"salah, tetapi "di sana", siapa tahu kerana DIA lebih mengetahui.
    Kita manusia, jahil.

    ReplyDelete
  47. Atas pagar, tepi pagar, luar pagar, dalam pagar ;
    Pong-pang-pong-pang kita bertelagah.Buk-bak-buk-bak pakat bergaduh.Apa dapat?
    Kalau DSAI menang,penyokong BN akan cakap,"mahkamah tipu".
    Kalau Saiful menang,orang PR pula akan cakap,"mahkamah tipu".
    Kalau nak puaskan hati semua pihak, mesti dalam dunia ni tak akan wujud perkataan "sakit hati".

    ReplyDelete
  48. Saya cuba membaca mesej diantara garis (message between the line" posting YB Zul kali ini.

    Persoalan yang bermain dibenak saya, kenapakah YB tak nak join as anwar counsel??

    Keputusan tersebut dibuat atas dasar prinsip YB ker??

    ReplyDelete
  49. Mira0579,
    Seorang penyokong yang rendah intelektual dan menulis lebih berpaksikan emosional daripada rasional.

    Inikah piawai (standard) penyokong pakatan pembangkang?

    Jika ini dijadikan kayu ukur (bench mark) untuk menakrifkan daya pemikiran penyokong pembangkang, maka boleh kita simpulkan bahawa pembangkang hanya disokong oleh mereka yang rendah IQ dan tinggi EQ..

    p/s- Kasihan..saudara mira0579 ini mungkin pengguna kancil tetapi ditampalnya nama mira di kancil tersebut. Nak beli yang asli tak mampu.. sama macam kereta wira tampal nama lancer dan logo mitsubishi..kasihan. Inilah mentaliti melayu (kelas ke-3), tak mampu buatlah cara tak mampu!!!

    ReplyDelete
  50. Salam,
    Saya amat bersetuju pendapat Sdr Shazz terhadap Sdr Mira0509...Buat pa nak gadoh2...kita tengok la sapa yang akan di takdir Allah untuk di penjara...maybe rupa mira buruk n tak da orang nak ngurat..so mana dia tahu kisah2 di sebalik tabir lelaki dengan lelaki ni.....dari zaman sodom dan Lut lagi benda ni berlaku....hingga la sekarang....alahai ana terkilan...nape la si DSAI tu tak di gossip dengan gadis2 jelita...kan dalam islam boleh kawin empat....lebih2 lagi dengan kedudukan si DSAI yang berpengaruh sampai merata dunia...AS dan lain...so banyak la boleh dapat bantuan dari mereka...kan mampu tu n kalau tak mau dara boleh ambil janda atas sebab nak ringankan masalah si janda yang bertungkus lumus nak membesar anak2...kan besar pahala nya. Lagi satu aku terkilan...sumpah si saiful tu amat besar ertinya...n sampai sekarang tak da pa2 yang berlaku kat dia...tak di makan sumpah pun...masih nampak kacak, handsome and jambu pada jantan yang suka jantan ler... Entah le sapa yang benar....I hope truth will prevail...isyaallah.

    ReplyDelete
  51. SALAM YB

    Keadilan datang dari Tuhan, Kebenaran juga datang dari Tuhan. Menang atau kalah bukan ukuran kebenaran.

    Adakah YB dipihak pejuang kebenaran? YB berada diatas pagar, takut menyatakan kebenaran di atas keyakinan YB.

    ReplyDelete
  52. salam YB..

    syabas kepada mira0579.

    Saudara/i memang berani mengemukakan fakta yang tiada seorang pengkomen pun berani sentuh atau sanggah, selain dari mengatakan saudara/i itu seorang yang emotional dsbnya

    kepada puak2 pro saifool bontot..anda belum berjaya lagi...sila cuba lagi!

    ReplyDelete
  53. YB,

    Saya cadangkan agar diadakan solat hajat di seluruh negara agar mereka yang melakukan fitnah ke atas DSAI dibalas oleh Allah.

    Saya fikir solat hajat sebegini insyallah akan mendapat sambutan hangat daripada seluruh warga Malaysia yang bencikan kezaliman BN dan pemimpin-pemimpin BN.

    Saya ahli UMNO tetapi saya amat benci dengan fitnah seumpamanya.

    Insyallah dalam PRU ke-13 akan datang saya akan berkempen bermati-matian untuk memenangkan Pakatan Rakyat.

    Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar

    ReplyDelete
  54. “Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” YB Zul.

    Saya percaya YB tahu apa yang sebenarnya Anwar lakukan. Saya percaya YB juga tdk reda apabila anwar menghalalkan murtad dan memperalatkan kalimah Allah untuk tujuan politik.

    YB perlu menghalang Anwar supaya tidak menjadi PM krn bimbang akan merosakkan agama dan negara.

    Hidup perjuangan YB.

    ReplyDelete
  55. Pong-pang,pong-pang...
    Dapat sms dari keluarga sebelah isteri di kg.
    "Hari tu dah report kt Pusat Aduan PAS Kuala Selangor pasal masalah kandang lembu sebelah rumah,bau taik kuat sangat, nak makan nasi pun tak selera.Budak uni.pun dah jarang datang sewa bilik kt rumah pasal bau tu le.
    Sampai sekarang, takde apa-apa tindakan pun..."
    Jadi, mana ahli politik yang janji nak tolong rakyat masa berkempen PRU12 dulu?
    Saya beri jawapan :
    "YB sibuk berpolitik.."

    ReplyDelete
  56. let say anwar bersumpah dia tak liwat saiful. so what next????? tak masok court kah? atau masok mahkamah syariah kah???? pi mai pi mai masok court jugak kunun ada ayaq mani anwar di luar dan di dalam juboq saiful walau doktor puswari kata takde bukti juboq lolos. p. ramlee pon pernah sumpah.....

    saya rasa nik aziz patot buat solat hajat dan berdoa pecahkan perot sapa2 yg jahat dlm kes liwat ni. saiful kah? anwarkah? tok2 dalang kah?

    doakan agar kehancuran kepada org2 jahat berkenaan balasan cash di dunia. dan kehancuran juga kepada parti atau organisasi yg org2 jahat ni sertai. doa sbgmana kita berdoa pada solat jumaat agar dihancurkan yahudi dan israel dan sesutu2nya...

    AMIN.........

    ReplyDelete
  57. Pokok pangkalnya sedara-sedara semua, seseorang itu 'INNOCENCE UNTIL PROVEN GUILTY'. Semua prinsip KEADILAN di dunia ni guna timbangtara itu.

    Maksudnya, semua orang adalah tidak bersalah KECUALI dibuktikan bersalah. Jadi, sama-samalah kita ikuti perbicaraan ni.

    Berkenaan sumpah laknat ni, MEMANGLAH sumpah tu TAKKAN melambangkan apa-apa kecuali Kekuasan Allah semata-mata. Bukannya kalau Saiful sumpah tu, bermakna dia benar. TETAPI, beraninya saiful untuk BERSUMPAH LAKNAT terhadap DIRINYA SENDIRI, bermakna dia BERANI mencabar Allah untuk bayar CASH sekiranya dia menipu. Namun DSAI memilih untuk tidak melakukannya. Alasannya? Anda semua boleh baca sendiri. (Yang peliknya dia boleh pulak bersumpah hal lain?)

    Balik kepada persoalan kita, walaupun aku lebih berat menyokong Saiful, tapi DSAI PERLU dibuktikan kesalahannya. Tanpa bukti kukuh, beliau sepatutnya dilepaskan di mahkamah dunia ni. Selebihnya biarlah Allah yang mengadilinya.

    Sebab itulah mereka yang berzina pun perlu ada 4 saksi yang nampak keluar masuknya. Tapi, harus diingat, tiadanya saksi, bukan bermakna tiadanya zina.

    Tapi Saiful akan tetap membawa sumpah laknatnya selama-lamanya. Berita baiknya, orang yang benar takkan menyesal.

    Lainlah kalau orang yang tak baik, ye tak?

    ReplyDelete
  58. Suatu masa nanti, sistem kehakiman akan lupus bila muncul manusia-manusia yang sudah menjatuhkan hukuman sebelum perbicaraan bermula.Sistem keadilan juga akan musnah bila "keadilan yang di tuntut"tidak menyebelahi mereka yang hak.
    Terlalu banyak syak, terlalu banyak tohmahan,terlalu banyak cacian,terlalu banyak "agakkan",terlalu banyak tekaan dan terlalu sikit kesabaran.

    ReplyDelete
  59. sekadar ingin menjawab :
    pasal peguam mintak penangguhan..sila baca apa yg nurul izzah katakan...mintak penangguhan sehingga pendakwaraya memberikan kesemua senarai saksi dan bukti kepada peguam bela...ianya normal bagi perbicaraan mahkamah...tapi pendakwaraya dan hakim bermacam alasan tak nak kasi..ni salah satu perancangan tahap tertinggi oleh mereka untuk meyerang hendap anwar...yang sepatutnya diperosalkan bukan kenapa anwar mtk tangguh tapi kenapa pendakwaraya,hakim taknak kasi senarai bukti dan senarai saksi yang akan dipanggil

    2. anwar nampak gelabah?kahkahkah hampa nihh agak2 lah nak tuduhhhh..kawan tuh dah la sakit pinggang..umur pun dah 60 tahun...nak pikir maslaah parti lagi...masalah puak2 umno lagi...bagi la kawan tuh can sikit....jgn pasai muka dia tak sejambu gayboy hampa nak ckp dia gelabah....mamak mahadey,najib,bik mama,rahim noor,polis sb semua dok tibai dia...dia boleh rilek ini kan pulak dgn gayboy...pendek kata nak citer kat sini pada penjuak2 penjilat umno mmg susah lah.lantak korang lahhhh

    ReplyDelete
  60. mira0579,
    kenapalah pulak bila kena kepada pemimpin kita maka dikatakan fitnah, kena pada pihak lain dikatakan benar. Kenapa mesti ada double standard.

    Lagi satu, tentang biasiswa/derma umno/bn yg sdra katakan. Memang sy pernah menerima biasiswa anak kecil melayu perak tahun 1979, keluarga sy orang susah dan saya berterima kasih atas pemberian tersebut walaupun memang itu hak rakyat. Tetapi atas jasa baik serta laluan yg diberi saya bersyukur kepada Allah kerana dapat meringankan beban kedua ibu bapa sya. Pada saya, tak salah berterima kasih dan saya tidak terikat mesti menyokong umno/bn. Saya juga tidak menjadi pengikut buta tuli pkr/pas atau dap. Saya akan menunaikan tanggung jawab saya setiap 5 tahun sekali dan insyaallah, jika diizin tuhan sy akan mengundi sekali lagi pada PRU13. Jika begini sikap mira0579, saya percaya negara akan hancur bukan sahaja kerana pemimpin yg korup, tetapi disebabkan adanya penyokong buta tuli, ego, angkuh serta dungu seperti sdra/i mira0579

    ReplyDelete
  61. Salam semua,
    kepada PRO dan KONTRA DSAI
    join la FB dia atau Blog dia utk mengutuk or whatever.
    NI blog YB KULIM...ingat dia ni penyampai berita DSAI ke yang you all marah-marah sangat nih?
    Aduhai...letih la korang nih...

    ReplyDelete
  62. mira057 & hamsor dll,

    anda ni samada bodoh atau tak paham, yang anwar sibuk nak tengok bukti buat apa? bukti tu mahkamah akan tengok & press suma akan dapat tengok. nak takut apa kalau confident kononnya "they have no evident". alahai bebalnya penyokong anwar ni. ni baru hari 1st perbicaraan, karpal singh dah mintak gugur kes, apekejadah.

    kalau berani, bicara la. ni tiba2 tak sampai setengah hari, mintak perbicaraan tertutup pulak. fuh "transparent"nya orang pkr ni kan. takpa, kami nak tengok ketotokkan anda terhadap anwar ni sampai bila. heh.

    p/s hamsor, tak payah la guna taktik "saya pun penyokong umno" bla bla bla. nampak sangat taktik lama. be matured bro.

    yb,

    sahabat2 anda dalam pkr mahupun pakatan dok beriya2 pertahankan agama lain guna Allah, anda mampu buat report polis dan blogging je? pendirian bro, pendirian kene tegas, boss besar anda adalah Allah, bukan ketua parti anda.

    sori la yb, zaman sekarang ni yb bukan ketua rakyat, anda dan adun semua bekerja untuk rakyat. pikir2kan.

    ReplyDelete
  63. Belum apa2 dah tuduh fitnah kehulu fitnah ke hilir.Apa ni?Rasionallah sikit.Biarlah proses undang2 berjalan dengan lancar.Bukan diganggu dengan demonstrasi dan gangguan2 lain seperti memaki hamun saksi dsb.

    Kalau anwar tak percaya kepada mahkamah kenapa pula takut bersumpah?Siapa yang berani bersumpah laknat di sini?Siapa yang berani mencabar Allah melaknat dirinya dan seluruh keturunannya demi menunjukkan dia berada di pihak yang benar?

    Orang yang berani bermubahalah adalah orang yang sangat yakin pada dirinya,melainkan orang itu munafik besar atau tidak percaya kuasa Allah.Tanyakan pada diri anda sendiri,sekiranya anda difitnah berat yang mengaibkan sehingga dua kali adakah anda masih boleh mengelak2 apabila dicabar bersumpah oleh 'pemfitnah' anda sendiri?

    Mubahalah bukan perkara main2.Tak tahu jangan cakap sembarangan nanti nampak kejahilan sendiri.Bersumpah laknat ada di dalam Islam iaitu ketika menemui jalan buntu dalam mencari kebenaran dan memang diharuskan dalam beberapa keadaan tertentu.

    Oh ya anwar tak pernah sekalipun bersumpah laknat,sejak kes liwatnya yang pertama lagi.Di Batu Pahat dulu pun tidak,cuma dia kata.'Demi Allah saya tak buat'.Ini bukan sumpah laknat.Boyfren girlfren pun selalu sumpah 'main2' mcm ni.

    Jadi kalau tak berani mubahalah,biarlah mahkamah menentukan.Kalau mahkamah pun tak mau,saluran mana lagi yang anwar mahu ikut?

    Sebagai orang yang waras jangan melatah tak tentu fasal.Ikuti perbicaraan dengan teliti dan berlapang dadalah menerima kebenaran.Buangkan sentimen dan sifat taksub pada idola dan kepartian.

    ReplyDelete
  64. Sekiranya DSAI benar dan menyahut cabaran sumpah laknat, akan bertambah ramai lagi penyokong beliau tanpa perlu buat roadshow lagi. Tapi sayang, beliau enggan. Bermacam alasan diberikan. Disitulah mula terdetik di hati rakyat, "something wrong with him".

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.