08 March 2010

CUKUPLAH KAK ZAH!


Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR Dato’ Seri Wan Azizah (DSWA) dan beberapa kenyataan segelintir pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat lain yang menuntut saya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu.

Saya sebenarnya memang sangat keberatan dan tidak bercadang langsung untuk membuat apa-apa kenyataan yang melibatkan DSWA, kerana bukan sekadar menghormati beliau yang lebih tua daripada saya dan saperti kakak bagi saya, malah kerana kami telah melalui banyak pengalaman pahit dan manis bersama, banyak luahan perasaan beliau kepada saya mengenai nasib dan masadepan beliau serta keluarga, banyak rahsia dan hal sulit yang pernah beliau ceritakan atau yang saya lihat sendiri selama lebih 12 tahun bersama beliau sekeluarga. Dan saya sedar beliau juga adalah mangsa kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mula menunjuk belang mereka didalam PKR. Atas dasar itu, saya berasa sepatutnya DSWA, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah (saya seorang sahaja yang memanggil beliau dengan nama itu, sedangkan orang lain memanggil beliau Kak Wan. Itupun ada rahsianya mengapa saya memanggil beliau dengan panggilan Kak Zah); DSWA lebih daripada tahu beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengan saya. Tetapi DSWA telah membuat kenyataan yang menyerang saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab serangan itu, dan saya berharap selepas ini DSWA akan berhentilah dengan serta merta daripada memilih untuk terus menyerang saya. Saya mahu terus mengingati DSWA dalam keadaan yang baik.

Saya menasihatkan DSWA supaya mencerminkan diri sendiri dan “walk your talk”. Saya menasihatkan DSWA supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan. Jangankan mempertahankan Islam, DSWA membiarkan saya diheret kehadapan Lembaga Disiplin bukan Islam untuk dibicarakan mengenai isu kalimah ALLAH. Ingatan saya kepada DSWA, “Islam is not limited only to her small silk glove ala Michael Jackson (sebab DSWA hanya pakai pada sebelah tangan kanan sahaja macam Mikey)”! Islam tidak terletak pada sarung tangan sutera ala Michael Jackson yang dipakainya. Saya menghormati pendirian DSWA tidak mahu bersentuhan tangan dengan lelaki bukan muhrimnya, tetapi Islam itu lebih daripada sekadar sarung tangan sutera ala Michael Jackson tersebut.

Membiarkan panel Lembaga bukan Islam membicarakan seorang Muslim mengenai aqidah, syariat dan dan agamanya adalah satu penghinaan besar terhadap Islam. Atas dasar itu, nasihat saya kepada DSWA eloklah beliau meletakkan jawatan Presiden PKR.

Saya sedih melihat DSWA membiarkan diri beliau sekadar menjadi alat Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, dan pemanas kerusi dan penghias muka depan PKR sahaja. Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan Fir’aun-Fir’aun Kecil bermaharajalela didalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam. Sudahkah beliau lupa bagaimana Fir’aun-Fir’aun Kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka. Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi ‘the shoulder for her to cry on’ beliau kalau bukan saya!

Saya pertegaskan bahawa saya adalah satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang bersedia mengosongkan kerusi untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau layak bertanding setelah bebas daripada hukuman penjara di Sg. Buloh. Dalam keadaan Ahli Parlimen PKR lain, termasuk Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi DSAI & DSWA semuanya enggan memberi laluan, saya telah bersedia untuk berkorban. Tetapi ALLAH lebih bijaksana dalam perancanganNya Tiba-tiba DSWA sendiri tidak membenarkannya dan menegaskan saya tidak sepatutnya mengosongkan kerusi Kulim Bandar Bharu kerana saya telah banyak berkorban untuk beliau, DSAI dan keluarga. Sebaliknya beliau sendiri yang mahu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada DSAI. Saya sanjungi pengorbanan beliau, tetapi janganlah mempersoalkan pinsip dan pengorbanan saya untuk beliau, DSAI dan parti.

Berkaitan desakan DSWA supaya saya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu kononnya atas dasar prinsip demokrasi, saya ingin menegaskan:

1. Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH. Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Palrimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?

2. Pada 02.09.1998, DSAI telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh DSWA supaya DSAI mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu. Kalau DSAI tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula DSWA kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan? Bukankah ini bukti kenyataan DSWA tersebut adalah sekadar political expediency untuk menyeronokkan Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau!

3. Mengapa semasa ADUN Parit YB Dato’ Nasharuddin melompat ke PKR daripada UMNO DSWA tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit atas prinsip keadilan dan demokrasi. Malahan DSWA menyatakan pada masa itu ianya adalah hak YB Dato’ Nasharuddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan hak beliau untuk terus kekal sebagai ADUN Parit. Jadi saya mahu bertanya kepada DSWA, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu, atau adakah beliau sekadar menjadi Pak pelaung Fir’aun-Fir’aun Keci itu?!

4. Semasa konspirasi 16.09 dilaksanakan, DSWA dan PKR telah menghantar YB Saifuddin Nasution, YB Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen BN untuk memujuk mereka melompat ke PKR. Saya tidak pula mendengar DSWA bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi! Apakah bila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram! Apakah matlamat menghalalkan cara? Atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya DSAI sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang! PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Jadi kalau DSWA merasakan bahawa DSAI boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang kerusi sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilhanraya umum yang akan datang. Dan jika DSWA berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu-satu lawan satu!

Saya menasihatkan DSWA supaya meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PKR. Ternyata beliau telah gagal memimpin PKR sehingga menyebabkan PKR kehilangan sebuah Kerajaan Negeri, 5 Ahli Parlimen, 3 ADUN, dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang dan akar umbi. Malahan makin lama makin terbukti beliau sekadar menjadi alat penghias mukadepan bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau. Kalau benar DSWA memegang kapada prinsip kepimpinan bertanggungjawab dan demokrasi, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR. Saya percaya kalau sikap ini berterusan, bukan sahaja impian ke Putrajaya akan musnah, malahan saya khuatir peta perjalanan akan berubah ke Sg. Buloh pula!
Kepada Kak Zah, ini permintaan peribadi daripada saya. Saya tidak mahu bergaduh dengan Kak Zah. Ambillah apa yang terjadi secara professional, dan teruskanlah kehidupan kita. Saya tidak meminta dipecat, malahan saya cuba bertahan sehingga saat terakhir. I stood my ground till the eleventh hour. Tetapi PKR lebih memilih Fir'aun-Fir'aun Kecil daripada Islam. Itu hak PKR, dan rakyat dan umat akan menentukannya dalam pilihanraya akan datang. Cuma saya sangat berharap dapat mengingati Kak Zah sebagai seorang kakak dan ibu yang sangat baik dan bertanggungjawab bagi anak-anak Kak Zah. I will always cherish and remember those days. Please don't forced me to do and say things that I do not wish and want to say. Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan hidayah kepada Kak Zah, dan memberi keampunan kepada kita semua. Tolong sampaikan salam saya kepada anak-anak.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Rabi’ul Awal 1431
08 Mac 2010

*Gambar atas kenangan semasa menyambut harijadi Nurul Hana didalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Raja semasa perbicaraan liwat pertama tahun 1999.
*Gambar kecil kenangan semasa sarapan pagi didalam lokap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan kes liwat pertama tahun 1999.
*Gambar bersama dengan peguamcara En. Sankara Nair semasa perbicaraan kes liwat pertama 1999.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada New Straits Times bertarikh Isnin 22 Rabi'ul Awal 1431/08.03.2010)
Resign and contest again, Wan Azizah tells Zulkifli
2010/03/08
By Mazlinda Mahmood SHAH ALAM:

Sacked Parti Keadilan Rakyat (PKR) member of parliament Zulkifli Noordin should vacate his Kulim Bandar Baru seat if he is a man of principle.
PKR president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail said Zulkifli should make way for a by-election to give a chance to the voters to decide if they still wanted him as their representative or a PKR representative. "Leave the seat and contest. If you can't be disciplined, don't criticise (others). If you want to criticise, criticise the opponent, don't criticise your friends," she said in her speech at the Selangor Pakatan Rakyat Convention here yesterday.Zulkifli, who is a lawyer, was sacked with immediate effect on Saturday after the PKR supreme council unanimously endorsed the disciplinary board's recommendation to sack him, rendering him an independent MP.He was sacked for lodging a police report against Pas Shah Alam MP Khalid Samad and for attacking PKR and Pakatan Rakyat in a TV3 Soal Jawab talk show recently.The council gave Zulkifli 14 days to appeal against the decision and if he refused, PKR would demand that he vacate the seat he won on the party's ticket.
Zulkifli had since stated that he would neither appeal the decision nor vacate his seat.Wan Azizah said PKR would consider Zulkifli's appeal if did so, but added that nothing could be done if no appeal was made.At a press conference later, Wan Azizah was asked whether PKR was a sinking ship with the recent quitting and sacking of its representatives. She replied that the party was as strong as ever despite being down to 27 parliamentary seats from the original 31 seats after the March 2008 general election."Why should we sink now that we have 27 seats? We have Pas and DAP and we have Selangor, the richest state in the country," Wan Azizah said.

57 comments:

  1. hmm...saya setuju dengan apa yg saudara zul katakan. saya berdoa semoga ahli2 pkr mempunyai pendirian seperti saudara zul. tegurlah kepimpinan kita dengan berani agar mereka tidak tersasar dari jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum abang zul,

    sabar lah abg zul dalam menghadapi ujian ini.Kekadang tu hati kita nie terdetik mengapa kepercayaan mudah sekali hilang dalam sekelip mata.Apakah punca nya? nafsu?


    dakmatt.com

    ReplyDelete
  3. Sedih bila baca ni. Takpela YB. Bukannya bagus sangat PKR tu. PKR bakal menjadi seperti Gerakan. Pengasasnya Islam, tetapi sebab parti tak bercirikan Islam mahupun Melayu akhirnya dikuasai oleh bukan Islam.

    ReplyDelete
  4. Salam saudara zul,
    Saya juga zul.

    apa2 pun, biar saya bukan taraf suadara, sebagai seorang yang sensitif bahasa melayu, saya minta tarik balik ayat "Tetapi ALLAH lebih bijaksana dalam perancanganNya ".

    rasanya kurang tepat struktur ayat, kerana implikasi maksud.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Uncle Anvar,

    Salam,

    Apa yg saudara perincikan itu memang betul. DSWA hanya lah boneka dan tidak memahami pun sangat apa yg dia perkatakan, Saya menyokong tindakan saudara sepenuhnya YB. dan tidak perlu hiraukan 'firaun2 kecil" yang saudara maksudkan. Mudahan DSWA diberi petunjuk oleh Allah swt akan perihal tersebut. Allah Maha Besar YB. teruskan istiqamah saudara sebagai hambaNYA yang soleh. Tindakan saudara betul kerana mempunyai prinsip yg konsisten kerana semuanya berpunca dari isu kalimah Allah dan tak perlulah saudara Saifuddin Nasution menegaskan saudara disabitkan hal disiplin parti kerana semuanya berpunca dari isu tersebut samada yang tersurat atau tersirat.Sebagai pemerhati yg tidak menyertai mana2 parti politik saya boleh menyatakan teruskan berkhidmat kerana orang seperti saudaralah yang ingin menegakkan kebenaran.Semoga dirahmati Allah swt YB.

    ReplyDelete
  6. Dah la tu. macam gila talak pulak. Nak teruskan perjuangan untuk Islam, teruskan lah. Tak payah nak ungkit sana ungkit sini. Ramai orang ada gambar dgn family anwar, tak payah nak jaja. Lagi banyak anda bercakap, lagi mengundang benci. Tak nak berenti, ikut suka tapi yang sudah tu sudah la. 2 minggu lagi anda tak akan muncul lagi dalam media arus perdana. Habis madu sepah dibuang. You have served their (1 Malaysia) purposes. Sorry, but you are just another statistic.

    ReplyDelete
  7. emosi la hang ni zul...

    nak muntah hijau la dengan hang ni..macam budak budak...terkinja sana..terjerit sini..tak kena tempat..

    elok la hang tak jadi pemimpin..hang takdak karisma..wisdom pon tadak..tak reti berhemah handle issue..

    nak juara tak bertempat..

    last aku bukak page hang ni...dulu aku respect...skarang aku saspek..

    hang dah melalut..

    Allah SWT saahaja tau niat hang...

    ReplyDelete
  8. Salam

    Kebanyakan komen yang menghentam sdr Zul memang dirasakan sudah lari topik.

    Topiknya yang ditulis oleh saudara Zul berjela-jela ialah mengenai mengapa beliau tidak perlu letak jawatan. Sudah disertakan beberapa point untuk saudara2 hujahkan.

    Kalau nak tibai pun jawab lah balik ikut topik dan point2 yang diberikan. Jangan jadikan komen anda mencerminkan orang yang 'sakit mental' seperti yang diperkatakan oleh saudara Zul dalam wawancaranya tempoh hari.

    Okey saya nak tambah sedikit. Kalau Yb Zul kena letak jawatan, saya nak mintak YB Dr Nasir (Damansara kalau tak silap) dan YB Sungai Siput tolong letak jawatan. Menang atas tiket PKR tapi sekarang sudah tukar jadi PSM? Korang sedar tak? Pi check balik..

    Kalau kempen Parti Sosialis Malaysia masa 8 Mac 2008 korang rasa boleh menang tak? (Menurut Nik Aziz (sorry dulu aku letak TG sebelum nama beliau,) Sosialis tu fahaman ada adik beradik dengan Komunis - ingat lagi tak? )

    Tarik nafas. Dan fikirlah tak ke mana dan tak berkat politik macam ini. Kata pejuang kebenaran.

    Tegakkanlah kebenaran walaupun pahit!! Jangan berselindung atas hendak bergerak bersama berjemaah, (jemaah PAS lah ni, kononnya tapi sembahyang berjemaah banyak tuang jugak, istelah jemaah(?) PKR pun sekarang dah kedengaran.. sebab depa kata YB tak sesuai berada dalam jemaah, so elok lone ranger aje)

    Wassalam
    Jangan beriman dengan demokrasi
    Teruskan bawa suara ketiga
    (keyword: Anti-DAP, Anti Liberalisme, Anti Mempertuhankan Politik dan Demokrasi, Mesra Penyatuan Ummat, Mesra Ulama' tidak berkepentingan
    Benci UMNO (kejahatannya sahaja) tapi terpaksa sokong untuk ummat, Sayang PAS di bawah ulama ala Dr Haron Din)

    ReplyDelete
  9. Ada kekusutan lagi kami sebagai pemerhati.. ayat-ayat YB kuarkan untuk defend diri nampak ada sesuatu yang perlu dijelaskan.. kami perlu fakta untuk tentukan kepimpinan kerajaan dalam PRU 13

    ReplyDelete
  10. YB tahu banyak rahsia, jangan dijolok sarang tebuan, nanti menyesal dan terbuka pekong yang lebeh teruk dan lebeh busuk. Orang lain pun tahu rahsia DSWA dan DSAI, tapi orang lain tak mau cakap, YB Zulkifli dah mula hint. Patutnya kita insaf dan sedar sebelum terlambat, sebelum agama dan bangsa tergadai. Saya hairan kenapa orang mengkeritik YB Zulkifli, bukankah dia berkata benar? Bukankah dia melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Muslim yang jujur dan ikhlas? Dia sanggup korbankan kedudukan, pangkat, harta dan namanya demi kepentingan agama Allah? Siapa yang sanggup berbuat demikian? Orang yang berserban besar, berjanggut panjang, warak dan tok guru pun tak sanggup berbuat demikian? INsaflah tuan-tuan sebelum terlambat, sokonglah perjuangan YB Zulkifli, Allahu-Akbar

    ReplyDelete
  11. ada baiknya YB kurangkan bercakap..

    bila kurang bercakap kurang silapnya..
    sebab sekarang YB cakap dah tak ikut point dah,dah cakap ikut nafsu,dah nampak dendam..

    sila rujuk kenyataan YB yang mana "banyak tergantung tu..
    ayat sama diulang-ulang..

    istighfar bayak2 lah,,fikir dulu sebelum nak menulis tu..
    saya rasa kalau bukan sebab DSWA dan DSAI,YB takkan dikenali atau jadi YB..

    kesian Kak Wan..Semoga Kak Wan dan keluarga dilindungi dari fitnah..

    ReplyDelete
  12. Saya antara percaya dan tidak....apa yang telah berlaku. Namun bagi saya ambil sikap...setiap manusia hebat itu boleh membuat keputusan dan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada hak dan he is running his life. Tiada persoalan. sejarah Islam sendiri menyaksikan dan menyajikan bahawa berlaku pertelagahan di kalangan para sahabat. Bagi saya berprinsiplah. memang lah matlamat tidak menghalalkan cara namun dari satu sudut lain ianya merupakan strategi. Namun apa jua yang dipersoalkan sesungguhnya kita bertanggungjawab dengan apa yang kita putuskan. saya tidak mahu YB berhenti kerana saya yakin di antara penyokong YB adalah mereka yang memangkah kerana YB bukan kerana Parti. Namun yang marah mungkin mereka memangkah kerana Parti dan mungkin juga kerana meluat dengan UMNO dan BN. Apa pun jua saya melihat ada seorang insan yang kini berdiri menegakkan apa yang dia yakin dan percaya. Untuk persoalan kalimah Allah itu ada pro dan kontra. Saudara dekat mungkin dengan Dr Asri...mungkin boleh baca artikel beliau. Atau mungkin saudara tidak berprinsip sepertinya kerana dulu seingat saya saudara gagah dalam memperjuangkan orang yang murtad di Malaysia. Namun Dr. Asri terkadang sinis dengan kenyataan itu. Apa pun...saya bukanlah komen prinsip saudara. saudara punyai prinsip yang perlu saudara pegang. Saya bukanlah lalang namun saya merasakan bahawa kebenaran yang kita rasakan ianya benar belum pasti dan yakin bahawa ianya benar. Analoginya seperti orang yang beriman bukanlah dipastikan masuk syurga. Kerana syurga itu adalah dari Rahmat ALLAH. Namun apa yang berlaku adakah kita mahu muflis dihadapan Allah bila mana biarpun segala yang digendong pahala akan menjadi habuk berterbangan.

    Beginilah pendekatan saya...saya bersangka baiklah kepada saudara dan segala sekelian yang ada..sama ada dari UMNO, PAS dan PKR...Firaun-firaun nie saya rasa boleh dijadikan vocab baru...

    Teruskan perjuangan saudara atas dasar prinsip yang anda percaya. terkadang saya rasa di Malaysia kita perlu orang macam saudara yang tidak taksub...Ok tehn...nice bike....

    ReplyDelete
  13. Dari luaq Gua Bkt Putus, G.Semanggoi.

    Tadi, aku baru ja lari kuar dari dlm Gua aku. Aku tgk mata Jin aku merah menyala. Jarang dia macam tu.

    Bila reda sikit, aku pun tanya dia; Pasai apa ni?

    " Berani dia kata & perli2 kat Wan Jijah! Aku asapkan baru tau".

    YB Zul, aku harap hg cooldown sikit no. Wan Jijah mintak elok2, sesuai ngan position dia. Dia tak kata apa2 pun kat hg. Wan Jijah sorang isteri & ibu yg baik. Klu Jahat macamanapun DSAI, anak2 lebih di utamakan. Renung mata anak2 dia, kesian depa Zul.

    Jin aku, klu dia tgk gambaq Wan Jijah, ayaqmata dia mesti menitik. Nasib seorang Isteri!

    Jin aku selalu kata; Kalau la aku ada bini macam tu Boss....alangkah bahagianya hidupku ini.

    Aku jwb; Kalau la hg ada bini macam tu....DAH LAMA DIA LARIII !! Aku cepat2 kuar dari Gua.

    ReplyDelete
  14. salam YB,

    saya memandang tinggi pendirian YB. Jikalau perkara melompat ke BN menjadi isu yg ditakuti, percayalah, YB tak perlu menjadi org BN utk berbakti kepada masyarakat Kulim dan masyarakat akan tetap menghormati pendirian YB (termasuklah saya).

    org BN.

    ReplyDelete
  15. Salam YB!

    Setakat ini saya melihat YB keluarkan statement hanya bila diprovokasikan oleh pihak berkenaan.Bagus2.Keep it that way!

    Teruskan perjuangan dan saya rasa YB tak patut gentar kalau YB menjadi MP bebas.Politics is politics.Bukan sahaja politik di Malaysia kotor, di mana saja...itulah manusia.Saya jilik melihat ramai manusia di Malaysia taksub dengan parti masing2.Saya begitu tetarik dengan statement YB hari itu, "When we die, we answer to Allah not to DSAI..."

    Semoga Allah SWT menunjukkan jalan yang benar kepada kami semua.Teruskan perjuangan!!

    ReplyDelete
  16. Kepada Mr kulumpo

    apahal ko ni bebal sangat , memang pda dasarnya ini hal displin , tapi tengok la sebab apa , sebabnya khalid samad gila glamour tu kata yang larangan penggunaan kalimah Allah oleh puak kapir ketinggalan zaman , bukan ke itu menghina namanya , mengina Islam dan juga Titah Sultan Selengor
    Tapi puak2 firaun2 malaun bangsat dah pusing , depa kata la ini hal disiplin , cuba ko bayangkan , camna Yb Zul nak gunakan hujah , atau ayat2 Al-Quran serta Hadis2 kat panel yang kapiaq harbi , depa paham ka
    nampaknya pikiran ko terbalik la , dengar sangat cakap petualang tu
    Aku ibaratkan petualang sebagai kacang lupakan kulit , melepas anjing tersepit

    ReplyDelete
  17. YB, marilah masuk UMNO. Platform kami lebih sesuai untuk YB perjuangkan Islam. Sudah terang lagi bersuluh!! Tengok PAS, hanya retorik tanpa pengisian. Kalau YB cakap UMNO tu kotor, marilah bersama-sama buat pembersihan.

    ReplyDelete
  18. Manusia itu mudah lupa siapa yang pernah menolong mereka semasa susah. Semasa senang banyak lah hendak berkawan2 dengan mereka. Tetapi semasa susah hanya kawan yang setia saja yang bersama.
    Kerana PKR telah meninggalkan perjuangan Islam, saya semakin benci dengan PKR dan akan mempengaruhi teman2 saya tentang siapa PKR sebenarnya. Bagi saya PKR tiada beza nya dengan UMNO, malah mungkin lebih bahaya dari UMNO.

    ReplyDelete
  19. Saudara jangan perasan bahawa Orang Kulim pilih saudara atas batang tubuh saudara.
    orang Kulim pilih atas sebab Parti....
    Jangan perasan dan sila letak jawatan...bukak la balik opis peuam saudara tu..dan kita tengok kalau laku lagi.....

    ReplyDelete
  20. Entahla YB,nasi dah jadi bubur...

    itulah, sebelum nak keluaq apa2 statement pikir dulu masak2, rujuk jemaah dulu samada selari dengan pandangan jemaah, sekiranya bercanggah dengan pendirian yb bincang dengan jemmaah dulu, sekiranya dah dapat kata sepakat dari jemaah, baru circulatekan pendapat YB kat blog ke apa ka.. Rasulluullah pun ada majlis syura. ni tidak, apa je isu, ikut kepala sendiri je. kalu pendapat yang sama dengan jemaah xpa juga, kalau bercanggah, kan dah susah.. semua peminat yb dah jadi berbelah bagi dah...apa2 pun semua yang berlaku ni ada hikmah samada pada pihak YB sendiri, ataupun di pihak parti..

    ReplyDelete
  21. Salam YB,

    Malangnya tangan beliau terikat dengan kayu diangkat diturunkan orang lain.. mulutnya hanya miming.. mungkin YB Zul dah kena dedahkan pak dalangnya siapa..

    ReplyDelete
  22. sangat sedih dengan perkara2 yang berlaku kebelakangan ini..

    ReplyDelete
  23. Beriman dan beramal soleh dan Berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran. Mereka inilah golongan2 yang tidak rugi.

    ReplyDelete
  24. The way I see it,ur Kak Zah did not personally attack you
    Hell,she didn't brought up any dirt on you in her previous statement
    Yet, you resort to personal attack
    Pretty immature of someone so Islamic such as yourself

    PAS, is this the kind of wakil rakyat you want 2 recruit?
    Well,bye bye,negara kebajikan
    Hello,negara Taliban
    And this is coming from a devout Muslim

    ReplyDelete
  25. Salam,

    "...we have Selangor, the richest state of the country."

    Ia semacam memperkuatkan lagi desas-desus dari Singapura bahawa Melayu Singapura mengatakan bahawa Melayu Malaysia "tak sedar diri". Mereka mengatakan selepas PRU 12, ultra kiasu Singapura heboh dan bangga bahawa mereka telah menawan Selangor, P.Pinang dan Perak (dah terlepas).

    ReplyDelete
  26. Hang bijak sangat p buat laporan polis apsal. Aku ingat hang bab isu ni ada over la.

    Masa SUA banned hang dari bagi kuliah, aku selalu baking hang apsal lak nak ban2 ni. Biarla zul bagi kuliah. Dia bukan ajar mengarut.

    Sekrang ni aku paham nape awal2 hang kena banned. Sekali lagi hang over dlm bab yg tidak qatie. Sedangkan ada ulama yang hebat dan masih hidup memberikan panduan pasal isu Allah.

    Bro agama ni bukan kena lapor polis. Kena berhujah. Bawa dalil dan nas.


    Ahli qariah
    Surau SUA

    ReplyDelete
  27. macam saifudin nasution kata, YB dihadapkan ke lembaga displin PKR bukan atas isu kalimah Allah, tapi atas KESALAHAN DISPLIN BUAT REPORT POLIS KE ATAS SAHABAT SEKAPAL... hari ni Mahfuz pulak kata YB dilihat acapkali bersikap provokasi, tidak beretika menurut prinsip organisasi serta tidak dilihat bersikap toleransi dengan penganut agama-agama lain.

    jadi, keanggotaan lembaga displin tu tidak kena mengena dgn agama, tak ada isu ianya diadili oleh org2 bukan Islam.

    ReplyDelete
  28. BILA TIBANYA AKHIR ZAMAN TIMBULLAH FITNAH FITNAH YANG BERLELUASA.... FIKIR FIKIRKANLAH......

    ReplyDelete
  29. saya tenguk komen yg dok hentam yb zul ni tak paham langsung isu

    yg sokong tu memang paham isu

    itu la puak2 pkr ni, islam dengan parti, letak parti diatas, macam pas

    tak ingat nak mati ka

    bn/umno musuh utama kepada puak2 ni, dap macamana? firaun2 kecil pkr macamana? bukan musuh islam ka depa tu

    kepada puak2 yg tak suka kat yb zul tu, ingat la sama kita semua nak mati, jgn dok taksub sangat kat parti tu, yb zul pejuang pekara yg benar, nak pertahan islam,

    kalau hampa2 semua ada masalah pasai harta wakaf, dok berebut dengan kapir laknat contohnya, kerajaan bn/umno letak hakim hindu pi bicara hampa, hampa setuju ke?

    itu lah contoh paling mudah untuk kamu semua paham pasai kes yb zul ni

    al ansar

    ReplyDelete
  30. Saya pernah terbaca cadangan supaya YB Zul tulis 'The Muslim Dilemma', itu lebih baik dari tuan pergi masuk ke dalam parti PAS yang sekarang ni seperti tikus ataupun UMNO ang sekarang ni terpaksa lupakan perjuangan Melayu untuk meraih undi orang kafir.

    Ini akan memberi orang ramai peluang untuk memahami pemikiran YB Zul yang pada saya sangat dalam, hanya orang luar yang tak faham.

    Saya juga hendak tuan menerangkan sebab tuan terus sokong Anwar yang ternyata seorang agen yahudi padahal tuah memperjuangkan Islam.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  31. Salam YB,
    Ana hrp anta x perlu mengaibkan DSWA w/pun dia yg mulakan.Dr situ kita boleh menafsirkan dimana ISLAMnya kita ni.YB x perlu kosongkan kerusi.Anta serve your voters dulu & tunjukkan anta dipilih to serve them.Anta jd bebas & check&balance for the goverment.

    ReplyDelete
  32. Allahhuakhbar,

    Tahniah, terus berjuang menentang balaci-balaci DAP laknatuallah, dan penjilat DAP kafir...

    YB lebih berperinsip dari PAS yang menari mengikut rentak DAP laknatuallah dan Anwar gila nak jadi PM..bukannya berjuang kerana Allah tapi kerana nak jadi PM dan nak ada kuasa...

    Yang bijak adalah DAP...islam berpecah dan DAP menjadi kuasa penentu...kalau PKR & PAS dan setuju dengan DAP laknatuallah maka DAP akan keluar Pakatan so apa jadi PAS n PKR tak ada kuasa...DAP tahu perkara tersebut..mereka adalah penentu...sebab itu PAS & PKR terpaksa jilat buntut DAP...bukankan DAP dah kata "Cross my dead body" kalau nak buat perlembagaan islam...??? Masa dulu kata barang siapa memilih selain dari islam sebabgai pemimpin adalah kafir...tapi bila kena batang hidung sendiri halal pulak tak kafir???so ahli ADUN PAS kat Penang kafir lar..sebab pemimpin mereka adalah laknatuallah LIM GUAN ENG...kafir

    Berjuang biar ada perinsip bukan kerana..dulu orang UMNO buat duit sekarang turn orang PKR pula balun projek....turun firaun lama naik firaun baru..yang merana rakyat.

    YB terus berjuang...kami teruja dengan perinsip perjuangan YB yang tidak berpaksikan gila kuasa atau gila projek.

    ReplyDelete
  33. politik oh politik. kepada Allah kita berserah.

    ReplyDelete
  34. Yb ni lg menulis lg nampak bodohnya. Lebih baik la rasanys yb duduk senyap sat dan bawak bertenang. Apa yg saya nampak yb banyak menulis mengikut emosi walaupun namak berfakta

    ReplyDelete
  35. YB Zul..
    Just like to quote from someone yang banyak berjasa pada bangsa and negara kita but for some reason di benci oleh YB..
    "Melayu Mudah Lupa"

    ReplyDelete
  36. Zul,

    Sebagai ahli PKR, perlulah ikut undang-undang tubuh parti. Zul jangan suka ambil tindakan ikut suka diri sendiri. Bukan caranya! Tak kiralah dalam UMNO, PAS atau DAP sekali pun, sebarang tindakan hendaklah selari dengan kehendak parti.

    Cara Zul nak tegakkan isu kalimah 'Allah' adalah pandangan peribadi. Zul pun bukannya ulamak besar, tetapi nak tunjuk pandai. Bila songsang dengan Parti memang wajar dihukum, tak kiralah panel terdiri daripada orang Islam atau bukan Islam.

    Janganlah pula kerana dah dipecat dari parti nak jatuhkan maruah individu tertentu dalam PKR. Itu bukan cara profesional, sebabnya Zul dulu dapat keistimewaan untuk bersama dengan Kak Wan sebagai peguam DSAI. Jadi, ada kerahsiaan yang perlu dihormati, dan tidak boleh didedahkan oleh seorang peguam dan anak guamnya. Itu etika peguam. Tak perlulah saya nak diajarkan perkara itu kepada Zul.

    Yang pentingnya sekarang, Zul bukan lagi wakil bagi rakyat di Kulim kerana Zul dulu dipilih atas tiket PKR. Sekarang ni Zul sudah bebas, dan mungkin lebih suka untuk bersama dengan UMNO. Atau, mungkin ada habuan untuk Zul kerana menjadi barua kepada UMNO?!!!

    Kalau ada harga diri, dan maruah sebenar yang kononnya seorang ISlam, tak payahlah dduduk sebagai YB Kulim/Bandar Baru. Undurlah dengan meletak jawatan, dan biarlah diadakan pilihanraya supaya rakyat boleh pilih sesiapa yang mereka inginkan.

    Mungkin Zul boleh cuba semula bertanding atas tiket bebas, kalau yakin apa yang diperjuangkan mendapat sokongan rakyat.

    Ringkasnya, keberaadaan Zul dalam PKR menyusahkan dan memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa. Tentulah Zul pun suka melihat BN menggunakan mahkamah, polis, SPR, MACC untuk terus memperbodohkan rakyat. Satu masa nanti, Zul akan dikenang sebagai "barua" kepada UMNO.

    ReplyDelete
  37. Dear Abd Zul,

    Let's keep our focus on the issue in hand. When I rwad what DSWA had to say about the whole episode, she holds no grudge against you personally. Her dissapointment and resentment was only on you as a member of PKR. Nothing personal. But you on the other hand, is getting very personal about what is going on. My only hope is for the Anwar family not to play into your game.

    Sudah lah tu bro zul. Now that you are independent, you can now do what you like. If you feel very strong about fighting for the cause of Islam, let it be your crusade, your challenge and your aspiration. I'm pretty suire you will soon gather enough followwers in due course of time.

    ReplyDelete
  38. salam saudara zul, harap saudara bole bersabar,dptkan sokongan dan nasihat dari org2 yg positif.. lihat pd kemasalahatan ummah secara yg menyeluruh..jgn kerana ujian yg sedikit ini akan meghanyutkan saudara ke lembah yg jauh dan dipergunakan oleh golongan2 yg munafik berkepentingan yg selalu mecari ruang utk merosakkan perpaduan ummah. sangat berbangga dgn usaha saudara selama ini memperjuangkan islam dan keadilan sejagat. ramai pejuang2 islam yg gugur dan lari dari perjuangan asal disebabkan matlamat dan wadah yg kurang jelas.. hakikatnye negara yg berbilang bangsa di malaysia ini memerlukan kefahaman dan strategi yg amat sukar utk difahami oleh semua golongan. pada saya jalan terbaik sekrg ini adalah menumbangkan kemungkaran BN (UMNO) yg lebih besar, bersatu lah kite walaupun mungkin pahit dan terpaksa menelan segala kesedihan dan lemah semangat demi perpaduan menunbangkan kemungkaran yg lebih besar. harap saudara memahami maksud hati saya, demi perjuangan yg lebih besar.. ingatkan kenangan bersama keluarga DSAI yg saudara sendiri perjuanngkan bermati2an yg saudara sangat2 mengenangi dan menyayang saat itu...

    tidakkah saudara perasan kerajaan Bn telah memperguunakan saudara, tidak dpt bygkan bgaimana saudara tetiba menjadi popular di media perdana tajaan UMNO dalam sekelip mata ..so pandangan saya ikut kate ati saudara yg dalam dan halus, dapatkan nasihat dan sokongan dari org2 yg signifikan yang positif, saya doakan saudara dapat menjalani ujian ini dan bertambah bersemangat memperjuangkan yg haq dan keadilan di bumi malaysia tercinta..aminnnn

    ReplyDelete
  39. Saya akan tetap kenang jasa Encik Zul sampai bila-bila. Hanya Allah yang akan membalas keikhlasan perjuangan Encik Zul. Dia yang maha mengetahui.

    ReplyDelete
  40. x baik YB nak dedahkan aib wan azizah dan keluarga. nampak sgt YB tak kenal erti dosa pahala. yg dosa jgn dibalas dgn dosa. itu bukan cara pejuang islam spt YB.

    APSAL yb nak ungkit2 kisah org ? nak raih simpati drpd sapa ni yB ?

    ReplyDelete
  41. Salam YB.
    Sebenarnya saya makin pening dengan senario politik tanah air pada hari ini.Kini, saya makin keliru siapakah yg benar dan harus disokong. PAS dengan perjuangan menegakkan ISLAM yg saya tak pernah ragui bahawa objektif itu memang yg terbaik. Tapi sejauh mana perjuangan itu? Sebabnya kadang2 perlakuan segelintir pemimpinnya lebih teruk perangainya dari pemimpin UMNO yang digelar sebagai sekular itu. Keduanya UMNO, memang saya akui parti yg tidaklah sehebat PAS dlm menetapkan objektif islamic dalam perjuangan mereka. Tapi betul ker kalau ikut UMNO ni salah dari segi islamicnya? Ketiga PKR, mcm2 hal pasal DSAI yg keluar dari 1998 lagi smpai kini. Sejauh mana kebenaran isu2 tersebut (kalau ia benar ler) or kalau ia hanya fitnah semata2? kalau ia fitnah kerajaan UMNO, maka saya rasa wajib saya tentang UMNO. Tapi kalau ia benar, kenapa yg tahu masih berdiam diri? Apapun, saya memang menyokong YB dalam banyak isu. Saya hairan kenapa masyarakat lebih utamakan Jamaah berbanding kebenaran? kalau dah tahu sebahagian besar dari jemaah tu dah terpesong, kenapa kita tak keluar dari jemaah tersebut dan masuk jemaah lain yg benar? kalau tak mahu join UMNO, PAS pun ada. Yg penting cari jemaah yg benar. Goodluck YB.

    ReplyDelete
  42. Salam to all,
    Just renungan bersama.
    Hari ni terlalu banyak fitnah dilontarkan.Sehinggakan masyarakat kini sudah tidak kenal akan kebenaran. Contoh paling hampir, kisah DSAI. Adakah semua tuduhan ke atas DSAI itu fitnah dan mainan kotor politik? kalau benar ia fitnah dan mainan kotor politik, alangkah malangnya kita rakyat malaysia jika masih membiarkan kerajaan yg menfitnah itu terus bermaharajalela. Tapi kalau semua itu benar, macam mana pula? Adakah maksudnya DSAI yg cuba menfitnah dan bermain politik kotor terhadap kerajaan yg sedia ada? yang pasti, mesti ada yg cuba menfitnah dalam kes ini. Cuma Allah SWT yg Maha Mengetahui. Mohon diberikan petunjuk olehNya. Sebagai seorang Islam, saya amat mengharap kebenaran ditunjukkan.

    ReplyDelete
  43. Salam , YB Zulkifli Noordin

    Teruskan perjuangan , jika dalam BEBAS pun YB boleh terus berkhidmat utk masyarakat. Lepaskan hati gundah pasal PKR dah selesai . Ayuh , YB turun padang dgn bangga hampiri rakyat , selesaikan masalah mereka dengan bijaksana. INI MASA untuk YB berkerja sebagai MP tanpa ada batasan dan halangan tanpa firaun2 kecil ... Kawasn Parlimen YB hak YB sepenuhnya .. Tunjukan pada kami YB memang boleh BEKERJA UTK RAKYAT DEMI RAKYAT
    Wasalam
    Teruskan perjuangan YANG HAQ

    ReplyDelete
  44. Alahai Kak Wan. Dulu Kak Wan minta Anwar dibicarakan di mahkamah syariah ikut cara Islam. Sekarang, Kak Wan beri hakim kristian untuk bicarakan YB Zul. Dulu, Kak Wan kutuk ISA, sekarang Kak Wan jatuh hukuman tanpa bicara. Dulu Kak Wan pertahankan suami bila UMNO suruh kosongkan kerusi Permatang Pauh. Sekarang, Kak Wan suruh YB Zul kosongkan kerusi BBK pula. Apa nak jadi ni Kak Wan? Hidup dalam dunia ni kalau kita menzalimi orang yang pernah berjasa kepada kita, Allah akan balas semasa di dunia lagi.

    ReplyDelete
  45. Salam,

    YB Zul,Inilah masalah PKR,mereka tidak suka jika terdapat individu yg terlalu lantang mempertahankan Islam.Gabungan Pakatan ialah bersyarat mesti bersifat liberal dan bebas...Parti PAS yg dulunya tersangatlah Islamnya pun sanggup menggadaikan perinsip yg diperjuangkannya sejak tertubuh hanya untuk bersama berkuasa apabila bergabung dgn DAP sikafir harbi.Hak Melayu tiada lagi,Islam bebas dipermainkan..lebih malang bila bangsa Melayu sendiri tidak sedar diri di pergunakan.Akhirulkalam,teruskan agenda perjuangan saudara sebagai Ahli parlimen Bebas...

    ReplyDelete
  46. Zul..

    Orang pondan pun tak serang orang pompuan...

    Hang ni jenis apa?

    Semoga berjaya ...rakyat kulim sentiasa di belakang taat setia menyokokng perjuangan kamu...

    ReplyDelete
  47. Saya Hormati pandangan saudara

    ReplyDelete
  48. Dari luaq Gua Bkt Putus, G.Semanggoi,

    Tulong ooi , tulong! Jin aku memgamok!
    Dia memekik!..." JGN HG SENTUH WAN JIJAH KU!"

    ReplyDelete
  49. Saya bukanlah penyokong UMNO,

    Tetapi penyokong PR ni macam takut sangat dengan rahsia keluarga DSAI apa pasal ?

    Lain yang YB zul maksudkan lain pula yang mereka faham.


    Kalau DSAI jadi PM orang melayu boleh jadi senang ke ?
    Yang senang cuma orang dalam parti sahaja sama macam UMNO juga la.


    Cukup - cukuplah bergaduh pasal politik ni.

    ReplyDelete
  50. YB, zaman sekarang ni tak kira laki atau perempuan, penipu,pembohong,kaki bunuh kaki curi bukan saja lelaki bahkan perempuan juga,,,, Allah & Nabi tak pernah kata perempuan adalah maksum....Adakah orang perempuan apabila menipu,berbohong dan membuat fitnah maka "HARAM' bagi lelaki untuk menegur dan mengingatkan kaum wanita ini.....Oleh itu jika ada siapa yang hendak menganjurkan fitnah dan pembohongan maka bairlah wanita yang pandai berlakon lakukan pembohongan tersebut..kerana "HARAM"bagi lelaki untuk berdebat atau mengingatkan kaum wanita tersebut berhubung dengan pembohongan mereka..'

    INGATLAH DISISI ALLAH TIADA BEZA ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.... Ada perempuan yang bersifat iblis bertopengkan manusia dan begitu juga dengan lelaki...Oleh itu janganlah menggunakan alasan jantina sebagai penghalang untuk menyerang pembohong dan pelakun.

    Y.B teruskan perjuangan tak kira lelaki atau perempuan..salah tetap salah...dalam undang-undang tak kata kalau perempuan boleh cakap bohong

    ReplyDelete
  51. assalam YB..

    kalau boleh dedahkan kepincangan/ kebobrokan dan penyelewengan PKR supaya saya dan yang lain lain tidak tertipu dengan DSAI..

    PKR nampak dah lari dari perjuangan.. saya nak blah da dari PKR.. sokong takde gune... bela perut sendiri bukan bela agama..

    ReplyDelete
  52. Woi bongok. Apa hal lak nak kutuk2 pakai sarung tangan dengan MJ?

    Lu cakap main ikut sedap meroyan apahal?


    MJ masuk ISLAM patut lu hormat la sket. Lagipun nak pergi buat banding2 macam tu apa hal?

    MJ dah meninggal, lu nk kecoh2 plak.

    Kepala otak lu la peguam syarie konon. Gebang kuat.


    Orang sembang isu disiplin. Lu g saman mamat PAS tu pehal? Lu lak g kecoh bela nama Allah. Fakap btol la lu ni.

    Nama lu zulkifli ada orang yahudi pakai gak. Lu x nk kecoh g tembak orang Yahudi yang guna nama lu?

    Celakalah ke atas kamu!
    Lebih baik kamu diam!

    Berkhidmat je la sebagai ahli parlimen tu. Jangan kecoh nak kacau PKR, PAS, DAP, mahupun UMNO.

    Lu g tubuh parti sendiri.

    Adios Badigol.

    ReplyDelete
  53. salam YB..

    menarik jugak sy baca apa yg diperkatakan oleh YB..tapi saya masih sangsi dgn firaun2 kecil nih..sapa sebenarnya mereka? apa2 pun YB..setiap apa yg kita lakukan mesti ikhlas..sy rasa ada tempat yg YB betul dan ada tempat yg YB silap.so fikir2 kan lah..matlamat utama kita adalah utk menegakkan Islam yg suci..jgn ada pihak yg sanggup memperkotak-katikkan agama suci ini..politik adalah satu wadah perjuangan sajer..sy pikir YB bebas pun takpe asalkan fikrah Islam itu tetap utuh..biarkan PKR selesaikan masalah mereka sendiri..sy harap satu masa kebenaran akan terserlah jua..

    ReplyDelete
  54. perati jer ayat-ayat yang agak kasar...sebelah mana yer...mmm pikir semdiri ye yb...Gunalah baki masa yang tinggal ini untuk rakyat kulim...kalau undi pun cuma melayu jer yang sokong yb...tu pun pecah dua...yang lain tu buat masa sekarang jangan diharapkan langsung...yb lebih faham peratusan pengundi kbb

    ReplyDelete
  55. salam yb zul...

    pendapat saya buat yb, yb tumpu je lah kwsn yb KBB tuh, xyah la mengomen psl pkr tuh, sbab yb dah jd AP bebas, pkr da xde kene mengena dgn yb dah...

    lg satu yg saya musykil drpd kenyataan yb tentang firaun kecil. Saper tuh? Eloklah yb bagitau jer daripada org cakap yg yb ni saje2 je adekan istilah tuh. Kalau yb nyatakan saper die firaun kecil tuh, tak payahlah semua org tercari-cari saper firaun tuh... Macam si ezam yg sebok dengan kotak sejak dia dlm pkr hingga dia masuk umno tp xpenah nak cakap apa isi kotak tuh...

    Lagi satu, saya harap yb lebih bersifat professional. secara zahirnya DSWA salah dalam mengeluarkan fakta meminta yb mengosongkan kerusi KBB tetapi dia bercakap dalam kapasiti seorang presiden pkr dan yb pula sbg seorang yang bertanding atas panji-panji pkr. mungkin atas sebab ini beliau berasa wajar (nilai sendirilah wajar atau tak) untuk menyuruh yb meletakkan jawatan. Tindakan yb memberi reaksi pula tidaklah saya bantah malahan bersetuju utk menunjukkan pendirikan kita, tetapi janganlah menyelitkan perkara-perkara yang bersifat personal...

    Dan yb pula jgn lah banyak melancong ye semasa menjawat jawatan AP KBB yang bebas... Sebab xde mana2 parti politik yang boleh menguruskan kawasan KBB tu bg pihak yb... Kalau yb lebihkan masa dengan rakyat khususnya pengundi di KBB serta mendengar rintihan mereka secara menyeluruh, kemungkinan besar, yb akan dipilih semula dalam pru akan datang sama ada sbg bebas ataupun atas mana2 tiket parti.

    pastikan ISLAM itu melekat di dada...

    Wassalam...

    ReplyDelete
  56. Salam yb,

    Truskan perjuangan. Nawaitu kapir laknatullah dah lama disebut dlm al Quran. Malangnya DSWA tak faham kehendak al Quran/Allah. Yee laa menuntut ilmu pun kedoctoran je. Dia buat tu pun krn nak dapatkan sokongan org-org kapir tu...tp Allah dah melarang. Sesiapa yang membelakangkan printah Al Quran akhirnya akan binasa. Kita sama-sama tungga laa harinya.

    Saya DSWA cepat cepat bertaubat dan kembali kepada landasan yg sebenarnya....

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.