02 March 2010

LUMBA BASIKAL PUN DIPOLITIKKAN?

Salam 2 all.

Saya mengutuk tindakan pihak yang telah cuba memalukan YAB To' Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam acara perasmian Le Tour de Langkawi semalam. Menurut jadual asal yang dipersetujui, upacara pelepasan perlumbaan tersebut sepatutnya dilakukan oleh YAB To' Guru. Malahan To' Guru sudah sampai pun ke lokasi majlis tersebut didepan Istana Besar Kota Bharu. Namun YAB To' Guru dimaklumkan bahawa upacara perasmian sebaliknya akan dilakukan oleh YB Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan. Yang paling memalukan, nama YAB To' Guru bukan sahaja dibatalkan sebagai pelepas perlumbaan, sehingga nak naik ke pentas tetamu kehormat pun tidak dibenarkan, sehinggalah campurtangan pegawai-pegawai membolehkan YAB To' Guru ke pentas tetamu.

Ini ada tindakan yang cuba memalukan dan meng'aibkan YAB To' Guru. Soal merasmikan pelepasan itu bukan isunya. Setakat nak rasmikan acara, kami pun boleh atur program yang lebih hebat dan besar daripada itu. Malahan sudah beberapa kali YAB To' Guru merasmikan program yang jauh lebih hebat.

Tetapi soalnya ialah perbuatan yang cuba nak memalukan dan meng'aibkan YAB To' Guru. Beliau adalah Menteri Besar Kelantan dan pemimpin tertinggi negeri. Penghormatan sepatutnya diberikan kepada jawatan dan kedudukan To' Guru, walaupun YAB To' Guru sendiri tidak memerlukan penghormatan atas kedudukan dan jawatan beliau sebagai Menteri Besar, kerana kedudukan sebagai To' Guru pun sudah lebih daripada penghormatan.

Saya merasakan perbuatan ini adalah terlalu kebudak-budakkan. Ini adalah politik hingusan yang tidak sepatutnya menjadi 'amalan kita yang beragama Islam.

Oleh itu saya mendesak yang berkaitan segera memohon maaf kepada YAB To' Guru. Memohon maaf atas kesalahan tidak mengurangkan sedikit pun harga diri dan status seseorang, malahan martabat dan maruahnya akan lebih ditinggikan ALLAH. Saya juga mendesak YB Menteri Belia & Sukan supaya memberi amaran kepada pihak berkenaan dan meminta mereka meminta maaf kepada To' Guru, dan jika berdegil, YB Menteri hendaklah membatalkan penganjuran sukan Le Tour de Langkawi tersebut kerana jelas pihak-pihak yang berkenaan tidak mengerti soal dan semangat kesukanan tetapi lebih berminat untuk mempolitikkan sukan tersebut.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa 16 Rab'ul Awal 1431
02 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan berita daripada Malaysiakini bertarikh Selasa 02.03.2010)

Malukan Nik Aziz, PM diminta bertindak
Mar 2, 10 2:01pm
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bawah) pada upacara melepaskan peserta semalam.Rata-rata wakil rakyat PAS itu mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur yang didakwa mereka telah memalukan bukan sahaja kepada Nik Aziz tetapi kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri Abdul Fatah Mahmood berkata beliau telah menghantar mesej kepada Najib melalui laman sosial Facebook Perdana Menteri itu hari ini."Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini agar sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang telah memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan," katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di Kota Bharu hari ini.Semalam, nama Nik Aziz sebagai tetamu kehormat yang akan melepaskan peserta di hadapan Istana Balai Besar, digugurkan pada saat akhir tanpa dimaklumkan kepada kerajaan negeri.Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia yang memulakan peringkat pertama dari Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5km itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. Abdul Fatah berkata yang lebih mengecewakan ialah Nik Aziz pada mulanya tidak dibenar menaiki pentas utama untuk bersama-sama Awang Adek (kanan) membuat pelepasan itu tetapi selepas campurtangan pegawai, Menteri Besar itu dibenar naik ke pentas.Mat Yusoff Abdul Ghani (BN-Nenggiri) bangun meminta penjelasan adakah benar Nik Aziz yang sepatutnya membuat pelepasan itu atau sebaliknya seperti yang diputus dalam mesyuarat jawatankuasa sambutan sebelum itu.Abdul Fatah berkata perkara itu tidak timbul kerana pemilihan Nik Aziz diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.Ketika ditemui di luar Dewan, beliau berkata kerajaan negeri akan menilai semula peranannya dalam memberikan kerjasama pada masa akan datang. LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.Sementara itu, Kelantan meminta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) melantik segera tiga wakil kerajaan negeri ke dalam lembaga pengarah agensi itu.Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pelantikan itu penting dalam menyelaraskan program pembangunan demi untuk rakyat di Kelantan Selatan terutama perkara yang membabitkan soal tanah.Persidangan DUN ditangguh pada satu tarikh yang akan ditentukan.- Bernama

34 comments:

  1. sikap tak hormat pada yang tua , buka saja pada budak sekolah..yang dewasa pon sama. Dah MB boleh turun padang apa salahnya bagi dia lepaskan...tak habis habis org politik ni...

    ReplyDelete
  2. Asalammualaikum YB...
    Memang tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku. Sayang saja suara mereka lantang kononnya memperjuangankan Melayu tetapi sayang, adat budi bahasa Melayu pun gagal dihayati..

    ReplyDelete
  3. YB, keluarlah pkr dan masuklah pas. abih cerita. dsai pun xkan bising sgt sbb YB akan tetap dlm pakatan.

    isu ni sy lihat xlah besar mana pun. mungkin ada di kalangan jawatankuasa penganjur yg tukar nama pelepas pelumba tu merasakan yg nik aziz ni terlalu hebat ilmu agamanya sehingga melepaskan pelumba merupakan suatu penghinaan terhadapnya. sebab tu ditukarkan kepada awang adek, seorang manusia biasa.

    almaklumlah, ambil selipar dia pun boleh dapat berkat. hebat ilmu agamanya. apalah sangat LTDL tu, stakat sbuah acara sukan antarabangsa yg memberikan rahmat pendapatan kepada negeri kelantan dari segi pelancongan.

    nanti perasmian jom heboh di kelantan, YB jgn risau. bukan stakat upacara perasmian, pentas konsert dan microphone skali akan diberikan kpd nik aziz. asalkan dia xmenari seperti anwar ibrahim kt ijok dulu. malu pengikut2 dia nanti.

    ReplyDelete
  4. tu dia perangai Umno, semua nak rampas. Tunggulah pembalasan dari ALLAH swt. YB ZUL kalau terfikir nak join Umno fikir lah balik.Bukan setakat kini dihina malah anak cucu kita pun dihina

    ReplyDelete
  5. dah la YB . Takyah tukar topik.isu utama sekarang bila nak isytihar keluar PKR

    ReplyDelete
  6. salam Bro:

    memang Awang Adek kurang ajar, bukan soal dipolitikkan. YB tidak pernah duduak dalam majlis protokol ke?? Tak kira apa parti kalau pemimpin negeri ada, ianya sesuatu yg perlu dihormati. Siapa yg kurang ajar disini??? YB orang tepelajar jangan terus terjerumus kurang ajar?

    ReplyDelete
  7. YB ZN

    Bg saya penghinaan AA itu tak sehebat penghinaan ZN sendiri terhadap TG2 & TGNA sehingga orang mempersenda2kan siapa Serban& Janggut nipis yang ZN maksudkan.
    Begitu juga mengenai firaun2 kecil.

    Apakah ZN di atas puncak piramid dan dengan MATA SEBIJI menembak semua orang yang di bawah tak kira kawan @ lawan

    apakah anda kira anda yang maha betul dan maha ikhlas wahai YB ZUL!

    ReplyDelete
  8. Salam to all Muslim,
    Ada mata, tengok. Ada telinga, dengaq. Ada mulut, cakap. Tapi biaq la kena tempat. Org dah bagi tajuk, silalah komen ikut tajuk. Jgn pakai tanduk, sondoi merata.
    Cerita LTDL ngan TGNA ni, l/kurang ceta Pirate of The Carribean la. Lanun ni bukan dia faham adat org. Harta org ka, negeri org ka, bini org ka, suma dia kata dia punya !
    Aku cukup kagum kat Dr Awg Adek ni, dgn penuh karismanya, dia bleh membelakangkan TGNA. Klu sama2 tua takpa la. Selalunya, bagi org yg ada adat, org yg lebih tua lah yg lebih d utamakan. Lebih2 klu org tua tu Tok Imam. Ini tak, adat pun takdak, malu pun tarak.
    Tak ada pasai TGNA nak rasa malu. Ala..apa benda la sgt LTDL ni utk org macam aku ni. menyusahkan lagi, ada. Nak amik anak balik sekolah pun payah...harubiru jalanraya. Ari tu masa kat Taiping, kita dah amik wuduk, nak solat Jumaat, depa dok race lagi......!!

    ReplyDelete
  9. nik aziz diberi penghormatan untuk sesi memperkenalkan para pelumba, kemudian diberi penghormatan memberi hadiah..apa salah upacara pelepasan kasik kat org lain pulak..takkan semua nak bolot..

    lagi pun isu ni kecik je, takkan la dikira sebagai satu penghinaan..kata parti berlandaskan islam..kene la sabar..ni baru ada kurang sket dah melenting..zaman rasullullah dulu lagi la banyak ujian, tak pulak nabi anggap itu sebagai penghinaan..kata nak ikut cara nabi..hah..ikut la cara nabi..penyabar, tak buruk sangka..
    tu doa bala kat najib tak kira satu penghinaan ke YB??

    ReplyDelete
  10. Kepada pengkritik2 diatas yang perli dan suruh Yb Zul keluar dari pkr tu cermin diri tu sikit , sungguh kurang ajar betul !!, korang tak tahu ke , siapa yang bersusah payah nak tubuhkan pkr dulu masa anwar dalam penjara , siapa yang bermati-matian membela anwar brahim dulu kalau bukan YB Zul.
    Kita tengok hari ini pemimpin yang kena buang dari bn terus masuk pkr , straigt away dapat pangkat besar , tengok macam zaid brahim tu, apa jawatan dia , sedangkan baru berapa hari je masuk pkr , sikit hari lagi chua jui mei pulak dapat pangkat besar , dia tengah dok mnegekor anwar brahim sekarang ni.
    Yang orang lama bertungkung lumus tubuhkan pkr dulu dilupakan malah dihalau keluar pulak
    Sungguh biadap betul , kacang lupakan kulit , melepas anjing tersepit
    Sedangkan anwar brahim tak buat apa2 , kuli2 bawahan pula menyalak suruh YB Zul keluar
    saya sarankan mana2 pemimpin yang kena buang atau lari dari bn kena kuarantin dulu baru masuk kemana -mana parti dalam pakatan , bukan terus dikutip lepas terus bagi jawatan besar , mana hak-hak ahli akar umbi yang lama kat dalam parti , mereka pun nak juga jawatan tu

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan,

    Saya rasa tak perlu diperbesarkan lagi perkara remeh temeh ini. Tok Guru sudah sentiasa hebat dimata rakyat, tak perlukan populariti seperti perasmian ini.

    Lagi pun, acara macam ni (tidak menutup aurat dan pelbagai masalah lagi) tak perlu Tok Guru yang rasmikan. Dunia saja. Penting sangat ke parasmian ini? Kalau dimata manusia ye la.

    Sebagai ulama’ yang disegani, saya rasa Tok Guru pon tak kecoh pasal hal ni sebab dia tau, tak penting benda macam nih di hadapan Allah. Orang keliling Tok Guru saja yang lebih-lebih.

    Pendapat peribadi saja.

    ReplyDelete
  12. Memang nasib orang Kelantan, dapat pemimpin UMNO ego, sombong, gedebe, tak reti hormat orang, yg reti nak kaut duit rakyat saja.
    Dapat pemimpin PAS pula yang hanya tau cakap hal syurga neraka, malas nak fikir camna nak bangunkan rakyat, reti kutuk orang saja.

    Meluat dan mual dengan pemimpin melayu nih!

    ReplyDelete
  13. apa laa YB Zul, benda remeh macam ni tak payah bangkit laa, ada perkara lebih besar lagi - umat Islam ditindas fizikal dan mental.

    Ni apa cerita kat Penang banyak sangat patung rimau ni?? Mintak YB Mansor sound sikit laa. Kalau kat Terengganu, TG Hadi dah lama sepak patung penyu jauh-jauh.

    ReplyDelete
  14. salam YB Zul..

    Adakah YB baru sedar segala mende yg berlaku dalam Malaysia akan dipolitikkan oleh UM-no dan konco2 dia?? saya cadangkan YB x usah le terikut2 sgt aksi drama tarian golongan2 tersebut.. kenapa kali ni takde plak eh temubual eksklusif antara YB dengan Media Perdana sepertimana kes Pembatalan Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang baru2 ni yer??

    Saya sbg rakyat biasa ni pun nampak bahawa kedangkalan pemikiran YB-YB khususnye dalam PKR adalah satu ASET yg SANGAT BERHARGA untuk dipergunakan oleh MUSUH2 POLITIK Pakatan Rakyat.. Masing2 nk tunjuk bahawa mereka lah jagoan rakyat kononnye n terus bercakap n bercakap TANPA MEMPERDULIKAN rakan-rakan di dalam parti mereka..

    Adakah kita nmpk perkara ini berlaku di dalam PAS?? Maybe adalah jgk tp kerana ASAS PEMAHAMAN mereka terhadap PERJUANGAN PARTI, selok belok politik dan juga Disiplin yg tinggi, amat jarang kita lihat kes2 yg berlaku di dlm PKR, berlaku di dalam PAS..

    Saya mohon agar YB bermuhasabah diri sendiri.. Komen YB yg penuh dgn fitnah, kebencian dan rasis terhadap cara pemerintahn Ketua Menteri Pulau Pinang (pembatalan perarakan Maulidur Rasul) sama sekali tidak dpt diterima oleh saya.. Jika YB masih mempunyai MARUAH sebagai seorang Muslim, saya mohon agar YB memohon maaf kpd YB Lim Guan Eng sndri..

    wsalam

    ReplyDelete
  15. Aku sokong kau zul masuk PAS tapi mau ke org PAS terima perangai kau yg mcm Berahim Katak tu, Aku rasa apa yg kau buat dulu tak guna kepala hotak, nama nye belajar kat Newzealand dan UIA tapi kau tu hampeh. Kalau kau rasa terrer sgt kau bertandingla presiden atau timb presiden PKR, tengok kau ada sokongan tak. Kalau kau kalah, lps ni kau gi nyorok lagi baik,
    Apa kau kau rasa kau ke yg paling islam kat malaysia ni. Kan lebih baik kau buat laporan polis psl siToyo yg songlap duit drpd kpd Pak Khalid samad psl kalimah allah. psl perara f

    ReplyDelete
  16. Salam YB Kulim Bndr Baharu,

    Saya juga berasa sangat tidak wajar YAB Menteri besar Kelantan di lakukan sedemikian jika ianya benar-benar berlaku.

    Penganjur perlu hormat tuan rumah walaupun tuan rumah hanya menyediakan venue dan tidak kos perbelanjaan..

    Tetapi wadah yang menjadi rujukan YB adalah media propaganda 'firaun kecil' iaitu Malaysiakini.

    Mungkin YB telah lupa, Malaysiakini inilah yang menjadi platform YB di fitnah kononnya nak lompat parti dan kenyataan YB sering dimanipulasikan..

    YAB Menteri Besar Kelantan ini cakap pun pusing-pusing. Sekejap boleh sekejap tak boleh.

    Dulu begitu anti dengan Syed Hussin bila nak bertanding di K.B dituduhnya sosialis adik beradik komunis! Sekarang ni sokong pula..

    Inilah rupa ulama' akhir zaman. Cakap atas kapasiti kepentingan kelompok. Walhalalku..walharamu..!

    YB takpayah keluar PKR..nanti Tok Guru YB ini jatuhkan fatwa YB dah sesat. Biarlah YB duduk dalam PKR bersekongkol dengan DAP.. bukankah ada khalifah dlm DAP tu..?

    ReplyDelete
  17. Salam YB,

    Saya mengutuk politik macam ni.. TAK BERADAB!

    Apa punya pemimpin jika tak jaga adab macam ni..

    ReplyDelete
  18. Salam.....

    Sama2lah kita muhasabah diri yg hina ini, tgklah kelemahan kita masing2. Dan bersedialah dgn jawapan kpd Ilahi di atas setiap perbuatan kita...Allah maha mengetahui setiap sesuatu itu.

    ReplyDelete
  19. YB... YB bleh kuar PKR... takyah sertai mana2 parti.. tapi YB isytihar masih kekal dlm Pakatan Rakyat dgn tidak menyertai PAS,PKR & DAP..

    Pakatan Rakyat xkan tiada keahlian terus tanpa join PKR, PAS & DAP

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, apa kata kita siasat apa sebenarnya yang terjadi, apa yang dirancang dan apa yang dijadual, apa yang terjadi, siapa yang buat silap. Nampaknya kita sudah hukum sebelum bicara, sudah kutuk sebelum siasat, Pas ke UMNO ke nampak sama saja kedua-duanya didukong Orang Melayu, kalau Awang Adek Kurang Ajar, Nik Aziz pun macam nak sama saja, banyak tuduhan yang dilempar kepada orang UMNO bila orang PAS kena pandai pulak terasa aib, Nik Aziz disanjung dan dipuja tak kan tak lepas perlumbaan pun nak jadi isu...., tak sangka pulak Nik Aziz begitu kemaruk, YB Zul pulak habis kutuk dan dikutuk dalam PKR tiba-tiba bela orang PAS pulak, ada apa-apa le...???

    ReplyDelete
  21. Salam to all Muslim,
    Sdr YB Zul, ari ni tup tup my hometown meletup. YBMoh dah lepas bom. Dia kick dia punya party, PKR. Habis melompat puak2 kulaan. Dah la musim panas, YBMoh tambah api. Sebelum ni puak2 tu asyik do selak kain org, la ni kain sendiri terlondeh. Org UMNO gelak besaq, pasai depa pakai seluaq !!

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Saya rasa PAS dah tak ada idea lain sampai LTdL pun boleh jadi isu politik.

    Kalau penganjur tak bagi TGNA lepaskan, maksudnya TGNA tak sesuai untuk lepskan perlumbaan tsb. Lagi pun pelumba tsb semuanya tak tutup aurat, sedangkan TGNA pakai serban.

    PAS memang dah terdesak skrg ni. Kemenangan PRU yg lepas hanya kerana kelemahan Pak Lah kerana gagal kawal negara ini dengan baik dan faktor Khairy. PAS hanya boleh menang kalau BN atau UMNO ada masalah. Tapi pada PRU akan datang, aku yakin PKR menang 1 kerusi dan PAS tak lebih 10 kerusi sahaja. Percayalah dan lihatlah nanti. TGNA bukannya maksum yang tidak boleh buat salah. Dia cuam ada Masyter dalam ilmu agama sahaja sedangkan Awang Adek ada PhD dalam ilmu ekonomi... masing-masing ada kelemahan dan kelebihan.

    Adakah kerana memiliki ilmu agama seseorang itu boleh jadi menetri besar yg baik? Salahkah kalau ada ilmu kejuruteraan (i.e Yb Nizar)atau ilmu lain untuk jadi menteri?

    ReplyDelete
  23. saya tabik dgn YB...buat isu ape pun...org mesti komen kaw-kaw punye...Ada yg mencarut la, perli, tuduh YB yg bukan-bukan...Tapi YB tetap steady. Tak mcm YB yg lain..kena jolok sikit, terlompat la kesana sini macam berok!

    Pasal YB MB Nik Aziz ni...nampaknya lebih sudu dari kuah...yg bising semua kaki bodek, kaki hisap..yg berharap agar YB MB pilih diorang jadi next MB..hihihi

    Jadi harap-harap la YB MB perati betol-betol diaorang..dah dekat nak besara..ramai nak cucok jarum...jadi jagoh...

    Kpd YB Zul..slamat menghadap J/kuasa Disiplin...semoga kebenaran berpihak kpd anda..For YB Nik Aziz..buat la pilihan yg bijak agar next MB bukan dikalangan org yg fasik...(kalu menang lagi PRU13 la)

    ReplyDelete
  24. Salam.
    Tak kena sungguh Nik Aziz diperlakukan sedemikian rupa. Dah tak takut ke kena doa dan sumpah seranah Nik Aziz ni. Ataupun memang orang dah tak pandang Nik aziz ni walau sebelah mata? Apa pun, kena hormat lah warga emas ni. Walaupun bila dia cakap je bunyinya macam badut tapi tanpa Nik aziz ni dunia politik Malaysia tak ceria. Kalau semua org PAS bisu macam Nasharudin dan Hadi Awang,maka sunyi sepi lah dunia. So, hormatlah sikit Nik Aziz ni. Se badut mana pun dia, dia adalah Menteri Besar yang sah macam Zambry di Perak. Awang Adek ni pun agak2 lah kalau nak berebut mikrofon tu. jagalah standard timbalan menteri.

    ReplyDelete
  25. msa depan politik Malaysia yang gelap...

    Pilih sini pn salah, pilih sana pn salah..

    Alangkah baiknya jika PAS sahaja yang perintah dengan dasar Islam yang tentu adil untuk semua. Takde UMNO, PKR, DAP atau BN..

    ReplyDelete
  26. Insiden Nik Aziz dimalukan ini tentunya ada penjelasan yang belum keluar sepenuhnya. Mungkin juga Nik Aziz sengaja dimalukan bukan oleh penganjur LtdL tetapi oleh puak dalam kerajaan sendiri. Exco Sukan Nik Aziz kata, memang diputuskan dalam mesyuarat yang dia sendiri jadi pengerusi Nik Aziz melepaskan peserta.Mesyuarat ini mesyuarat peringkat jawatankuasa Exco sukan Negeri ke atau mesyuarat penganjuran penganjur?

    Surat jemputan kepada Nik Aziz untuk melepaskan peserta siapa yang keluar, penganjur atau Exco? Awang Adek terima jemputan daripada penganjur. Nik Aziz terima jemputan daripada siapa?

    Jika dilihat dengan mata terbuka dan hati terbuka, tidak dapat menolak kemungkinan ada 'misundertanding and miscommunication somewhere'. Atau sengaja disalahfahamkan dengan tujuan untuk memalukan Nik Aziz. Umum pun tahu ada masalah dalaman Kerajaan Kelantan. Ada pihak yang ingin melihat Nik Aziz berundur kerana tak sabar nak tunggu next election. Nik Aziz juga banyak buat 'fumble' sebagai MB yang bagi setengah pihak dalam PAS Kelantan rasa memudaratkan PAS Kelantan.

    Walaubagaimana pun, persoalannya kenapa Nik Aziz tak pergi saja (walk away as a gesture of protest) dari acara tersebut kalau dah diberitahu bukan dia yang akan melepaskan peserta LTdL.

    Dia kan MB. Dia berhak 'act proud & dignified'. Mengapa pegawai-pegawai dia pula kelam kabut meminta-minta Nik Aziz dibenarkan ke pentas utama untuk jadi 'supporting leading man'?

    Ini pendapat saya. Mungkin betul mungkin tidak. Might not be in line with yours, but this is my honest opinion from my perspective.

    ReplyDelete
  27. Sy rase isu ini lebih pada nak mengaibkan TGNA sj.. Apa pun sbg Tok Guru tak perlu lah berada di medan perasmian sukan yg mendedahkan aurat atau melekakan waktu solat.. Saya peratikan PAS pun semacam terikut2 rentak UMNO dlm hal ini.Dlm hal sukan nampak gaya PAS pun sudah berlebihkurang atau tutup mata sebelah pasal isu aurat.Dulu masa PAS mula kuasai Kelantan tahun 90, ade la sekejap pemain Kelantan pakai seluar tutup full aurat.Lebih2nya buat tak tau sj.. Ahli2 PAS pun buat diam sj bila pemimpin diorang tak cakap apa. Macamana nak tegakan hukum hudud kalau hal begini pun dipandang ringan.?, Atau PAS sudah jadi macam pemain bola Arab Saudi yg sudah menampakan kepal lutut mereka bila bermain? Atau macam Iran negera Idola mereka? Bila sebut hal ini saya teringat Tun Dr Mahathir pernah tempelak isu aurat " Apa nak herankan ? Pemain bola Arab Saudi pun tutup aurat!" Dulu sy pernah tengok TGNA sarungkan jersey kuning pd pemenang Ltdl. Menteri Besar Kedah pun hadir masa penysmmpaian piala Malaysia pd Kedah 2 tahun lepas. Tak rase janggal ke orang berketayap dan berjubah dikelilingi kaki2 dan kepala lutut terdedah? Nampaknya secara tak langsung kita sudah menngubah syariat dari menutup aurat kpd mendedah!Ada 2 peristiwa yg perlu sy sebutkan 1) Tontonan percuma perlawanan Liga M Kedah sbg hadiah krn memenangi PRU 13 - penyokong tegar sudah berhimpun di stadium sebelah petang lagi.Adekah mereka solat ASAR atau Magrib ketika itu?Kenapa tidak dibuat khenduri tahlil tanda kesyukuran akan kemenangan tersebut?Kan cara itu lebih afdal.
    Pembakaran kerusi stadium oleh penyokong fanatik k'tan ketika final bertemu NS Piala M'sia tahun lepas. Adekah ini tahap akhlak terbaik penyokong Kelantan setelah 20 tahun berada bawah PAS?

    Kita patut kembali pada cara yg betul mengikut syarie.There is no two ways about it. Kalau jelas meragui, jgn hadir.Lebih baik TGNA hadir perasmian teknologi pertanian terbaru ke, perasmian sukan memanah ke lawn bowl ke yg boleh tutup aurat dgn jelas.Malah TGNA patut rase syukur kerana dipulaukan kerana ade hikmahnya dari mencemarkan nama baik TGNA sendiri.

    Asal jgn jadi macam Ulamak Tasauf Dr Yusuf Noor sudah, yg sanggup pakai seluar pendek ketika mewakili team menteri masa main bolasepak tahun 80'an dulu sudah!Jgn cakap sy prejudis kerana tak hentam UMNO sudah, sy rase semua sudah tahu pendirian dan gaya hidup mereka dlm soal ini tak perlu dipanjanglebarkan lagi..

    ReplyDelete
  28. Salam YB Zul,

    Maaf lari topik...
    Tuan Hj Mohsin semalam dengan jelas menerangkan antara sebab die keluar PKR & PR kerana sikap kedua2 pihak ini tentang isu ALLAH. Alhamdulillah dan syabas kepada beliau.
    Saya ingin bertanya YB Zul bagaimana pula?.

    ReplyDelete
  29. Tuan Lawyer, Boleh komen berita ini...

    Court of Appeal 'overly efficient' with Anwar
    Hafiz Yatim - Malaysiakini
    Mar 4, 10

    In what could possibly be a world record of sorts for a democratic country, the Court of Appeal has fixed the hearing of Anwar Ibrahim's appeal for the recusal of trial judge in his sodomy case even before the filing of the Petition of Appeal (POA).


    1 Malaysia - Sodomi Diutamakan, Ekonomi Dikemudiankan

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum YB,
    Tahniah dan syabas atas keprihatinan YB dalam isu ini.

    Sebagai anak Kelantan di perantauan, saya cukup sedih dengan sikap sesetengah pemimpin UMNO di Kelantan walaupun saya adalah penyokong UMNO.

    Kepada pimpinan UMNO di Kelantan, sedarlah bahawa sikap anda ini memuakkan dan inilah salah satu sebab mengapa anak2 Kelantan di perantaun balik mengundi PAS pada setiap kali pilihanraya.

    Secara logiknya, TGNA lebih berhak atas kapasiti sebagai seorang MB. Beliau bukan MB PAS sebaliknya MB Kelantan.

    ReplyDelete
  31. YB,
    senang saja.
    Tok Nik tak rase ati pun sebenarnya. Lagipun majlis tu tak sesuai untuk seorang tok guru merasmikan nya.
    Tak tutup aurat tu.....

    Sepatutnya, PAS kena terimkasih kat AA untuk melakukanya bagi pihak MB.

    ReplyDelete
  32. yb zul
    salam
    lain lain isu saya setuju dengan yb
    TAPI kalau LtDL.....mentaliti yb udah masuk gear gostan.....macam rais yatim komen terhadap tindakan tidak patut di ambil terhadap blogger yang menghina almarhum sultan johor......
    yb sendiri tahu kesihatan nik aziz.. bukan sekarang, tapi dulu dulu lagi...saya kesihan melihat beliau di bawa ke mahkamah pada hari pertama kes dsai....moral support? kehadiran beliau akan mengubah prinsip keadilan yang yb perjuangkan...pada saya senang sahaja...semua mesti mendapat keadilan...dan itu adalah HAK individu

    ReplyDelete
  33. Dear Zul,

    Tolong siasat dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan nati kami yang berdosa tak pasal-pasal bersubahat dengan orang yang suka memutar belitkan fakta.

    Sila baca kisah benar didalam kickdefella bersabit isu ini dibawah:

    Kalau Buaya Sembunyi Sebalik Batu; Nik Aziz Pulak….
    8

    03

    2010
    Apa lagi, sembunyi di sebalik pintu wad ICU lah!

    Sehari sebelum KDYMM Al Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berangkat pulang ke Kota Bharu, YAM Tengku Faris Petra, Tengku Mahkota Kelantan dan Pemangku Raja telah berkenan untuk berada di Singapura.

    Atas sebab keberangkatan di luar jadual itu, YAM Tengku Faris tidak dapat mencemar duli menghadiri majlis LeTour de Langkawi di Kota Bharu. Baginda menitahkan Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan untuk hadir bagi pihak baginda untuk menerima ketibaan pelumba-pelumba.

    Nik Aziz tersangat gembira dan selepas tamat majlis tersebut terus tersenyum riang. Keesokkan harinya, Tuan Guru memberitahu bahawa dia mahu hadir pula ke majlis pelepasan pelumba-pelumba tersebut walaupun beliau tidak ada di dalam senarai jemputan.

    Dua minggu sebelum itu, penganjur sudah menjemput secara rasmi YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan untuk mengibarkan bendera perlepasan para pelumba basikal.

    Nik Abdul Aziz tiba di majlis itu lebih awal tanpa memakai pakaian korporat rasmi Le Tour de Langkawi seperti jemputan rasmi lainnya. Menjadi kebiasaan Nik Aziz, jika ada pakaian korporat, dia akan membuat pakaian tersebut di dalam bentuk vest yang akan dipakai di luar Baju Melayunya. Tetapi kali ini ia tidak begitu kerana penganjur tidak menyediakan material untuk Menteri Besar Kelantan kerana dia tidak ada di dalam senari jemputan. Berkemungkinan penganjur telah faham keadaan kesihatan Nik Aziz yang amat tidak sempurna dan jadual Menteri Besar yang begitu ketat yang perlu diisi dengan aktiviti ke Mahkamah supaya dapat mendampingi sahabat-sahabat politiknya.

    Majlis hari itu berlangsung mengikut jadual dan mengikut protokol yang telah ditetapkan. Tamat majlis tersebut, satu Kelantan kecoh kerana Nik Aziz mengalami sindrom kecik hati kerana tidak dilayan seperti yang dikehendakinya.

    Yang peliknya, bila Nik Aziz mahu membuka mulut dan berdoa, dia tidak pula memikirkan orang lain juga boleh mengalami sindrom kecik hati juga.

    Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Fatah Mahmood di dalam membela Nik Aziz membuat kenyataan yang berbeza dengan apa yang saya tulis di atas. Mungkin Pejabat Menteri Besar boleh keluarkan bukti jemputan rasmi yang dikeluarkan oleh penganjur untuk Menteri Besar Kelantan bagi menyangkal dakwaan saya di atas.

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.