Salam 2 all.
Tengah-tengah dok relax sat pagi ni, terbaca pulak satu cerpen tulisan sahabat saya sdr Fudzail Mohd Noor (antara kami memanggil beliau dengan nama Fudz) yang disiarkan di akhbar Berita Harian hari ini Sabtu 18 Rabi'ul Akhir 1431/ 03 April 2010.
Ini adalah petikan daripada siri-siri cerpen beliau yang boleh didapati dalam novel bertajuk "Wainuiomata", sebuah koleksi novel menceritakan tentang pengalaman beliau semasa belajar di New Zealand. Kebetulan kami sama-sama belajar di New Zealand.
Wainuiomata adalah nama daerah tempat Fudz mengikuti pengajian A-Level, tak silap saya Wainuiomata High School. Bersama beliau disitu ialah Azmi Darlis (dengar cerita dah jadi orang besau kat Maybank).
Saya pula mengkuti A-Level di Pakuranga College, Bucklands Beach, Auckland. Kira-kira tempat elit lah jugak, tepi pantai Bandaraya Auckland. Saya senior sikit daripada Fudz and the gang, tapi sebab jumlah kitorang sikit sangat, jadi kamcing lah.
Jadi memang banyak pengalaman kami semasa disana. New Zealand ni negara adventure, penuh dengan peluang dan ruang. Tinggal untuk kita explore sahaja. Apatah lagi masa tu kami semua baru berumur lingkungan 18-19 tahun. Ligat satu macam.
Dalam ramai-ramai kami, Fudz yang paling pandai menulis. Dia lah penerbit pertama media kami, saya pun dah lupa nama suratkhabar tu. Dan Fudz ni paling rajin buat get-together, kerja kitorang makan saje..hehe. Saya dengar di Dubai oun dia buat benda yang sama, kira Tok Penghulu Dubai lah Fudz sekarang ni.
Anyway, saya lampirkan dibawah cerpen bertajuk "Pertama Kali Itu". Seronok membacanya kerana teringat first bungee jumping yang dibuat. Masa tu bungee jumping ni orang tak berapa tahu: Bungee jumping ni dia ikat kaki kita, kemudian kita melompat dari platform yang tinggi terjun kebawah hingga hampir mencecah sungai dibawah.
Masa terjun tu memang kepala kita dah hilang. Yang syok mase dia melantun tu, nak story pun tak guna yop, mike try sendiri. Memang syok gilerz.
So enjoy the reading. Dan jangan lupa beli buku "Dotkomania" tulisan Fudz, juga koleksi cerpen-cerpen beliau yang meang sangat menarik dan menghiburkan.
Adios amigos. Grasias.
Zulkifli Noordin
Sabtu
18 Rabi'ul Akhir 1431
03 April 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
PERTAMA KALI ITU
Fudzail Mohd. Nor
SUATU hari nanti, barangkali aku akan menoleh kembali pada satu hari musim luruh bulan April tahun 1983 dengan perasaan bercampur baur. Memori haru biru. Catatan pinggiran nostalgia yang tersimpan di sebuah cakera liut. Terutama kalau aku belum nyanyuk untuk bercerita sebuah biografi kepada anak-anak dan cucu-cucu. Kalau juga aku masih bernafas dan tidak dihantar ke rumah kebajikan orang-orang tua.Selagi serebrum, serebellum dan batang otak berfungsi untuk menyimpan jutaan memori, tidak akan aku lupakan satu hari yang mengubah perspektif mengenai apa yang dikatakan ‘fear’ atau ketakutan. Mengubah tanggapan mengenai faktor-faktor luaran yang selama ini ditakuti kerana ia tidak diketahui. Banyak perkara yang menakutkan. Bermula dari kegelapan. Hantu. Ular-ular. Ketinggian. Kegagalan. Mati. Masa depan.Ah! Juga cinta. Menakutkan kalau dalam prasangka dan pernah kegagalan. Aku mahu berdepan dengan ketakutan yang selalu menyebabkan aku mengundur. Tidak mengambil kesempatan dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaha. Melihat hidup dari satu pandangan sehala. Jalan yang selamat, sudah terbiasa dan diketahui tidak akan menggagalkan. Mahu membuat pelbagai advencer, tetapi sekadar advencer biasa-biasa sahaja. Bukan sesuatu yang memberi kejutan, yang membuatkan tunggang terbalik dan boleh menambahkan komplikasi.Mesti berfikir secara lateral. Di luar lingkaran takutkan risiko. Takut tanpa justifikasi dan analisis kualitatif.Aku memerlukan advencer penuh adrenalin, sebuah advencer luar biasa dalam advencer biasa-biasa. Menyemarak satu eksplorasi yang bermula dari satu idea. Idea yang juga bermula dengan kelucuan. Sangkaan awal, tidak mungkin sekali ianya menjadi realiti. Idea bodoh dan membodohkan.Tepuk dada, tanya iman. Bolehkah, beranikah seorang budak Melayu Felda Keratong melakukannya. Sesuatu yang pertama dalam hidup. Sesuatu yang sebelum tiba di Queenstown, tidak langsung terfikirkan. Diluar imaginasi, ilusi, halunisasi dan mimpi-mimpi. Bagaimanapun, seperti kata Rozita dalam perbualan kami di atas kapal TSS Earnslaw di tengah-tengah tasik Wakatipu, “There is always a first time in life!”Ya, akan selalu ada pertama kali dalam hidup ini. Pertama yang tidak semestinya terakhir kali. Pertama yang tidak semestinya juga berulangan sebagai satu kebiasaan. Tetapi tanpa pertama kali, sama ada pertama kali gagal atau pertama kali berjaya, dunia tidak mungkin akan seperti hari ini. Tiada kemajuan dalam apa bidang pun. Tiada teknologi yang menambah kemeriahan. Tiada keturunan berkembang dan tiada darah kacukan yang menjadikan dunia sejagat sebuah kampung manusia. Ya! There is always a first time !“Aku telah berjaya melakukannya semalam dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!”Bangga, Park Jin-young, teman lelaki Sandra, yang berasal dari Korea itu memberitahuku di kantin asrama sewaktu sarapan pagi. Bersarapan roti bakar dengan jem. Lelaki Korea yang bercita-cita menjadi juruterbang itu mahu dipanggil sebagai Edward sahaja. Hanya aku dan Edward di meja makan. Rozita dan Sandra masih belum turun. Aku diperkenalkan dengan Edward dan Sandra sewaktu bertembung di ruang legar asrama petang semalamnya. Tubuh Edward kecil sahaja berbanding dengan aku, mungkin saiz badan orang Asia sebegitu, walau aku pernah melihat di kaca TV, orang Korea bersaiz pemain bola keranjang Amerika yang bertubuh besar dan sasa.Dia lelaki Korea yang bangga kerana telah melakukan sesuatu yang aku budak Melayu Felda Keratong masih teragak-agak dan was-was.“Itulah perkara yang paling menyeronokkan dan menikmatkan yang pernah saya lakukan dalam hidup setakat ini. Kamu mesti melakukannya, sudah sampai masanya untuk kamu menghadapi dan menewaskan rasa takut!”Aku tidak boleh membayangkan apa yang dikatakan oleh Edward. Tidak juga boleh merasakan keseronokan dan kenikmatan. Tidak pernah melakukannya. Kata-kata Edward bagai mencabar keseluruhan kejantanan dan kelakian seorang budak Melayu Felda Keratong. Cabaran yang mesti direalisasikan sebagai satu kejayaan, kejayaan untuk mengatasi dan menyahkan faktor ketakutan daripada membelenggu pergerakan. Membebaskan kongkongan psikologi yang mungkin menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia masih sahaja corot walau sudah ada liga profesional.“Sandra juga sama menikmati keseronokan, kamu dan Rozita juga mesti melakukannya. Ada pelbagai stail yang kamu boleh lakukan. Pilihannya, sama ada mahu atau tidak sahaja untuk melakukannya!”Aku segera memikirkan baik dan buruk untuk melakukannya. Kesan, implikasi dan impak, sama ada dari segi jangka pendek atau panjang. Ianya bukan sesuatu yang menjadi budaya orang-orang Melayu. Seperti berdemonstrasi dan memprotes di tepi-tepi jalan.Dalam usia 19 tahun, aku masih muda dan sihat. Tiada penyakit apa-apa. Mempunyai stamina yang baik. Mempunyai tahap daya tahan yang baik. Mempunyai kejantanan untuk menyambut cabaran Edward dan Sandra.Hmm, bolehkah pula Rozita melakukannya? Sanggupkah dia? Bersetujukah dia untuk melakukannya pertama kali? Walhal kami hanya baru berkenalan.“Keberanian, selain ada sedikit keperatusan gila! Buat sahaja keputusan, pejam mata dan lakukan terus. Tiada risiko apa-apa. Ianya satu perkara yang selamat dan menyihatkan jasmani dan rohani. Jangan terlalu banyak berfikir, nanti kamu boleh berubah fikiran dan mengundur diri. Merugikan kerana mungkin tiada peluang lain untuk melakukannya di sini!”Sekali kata-kata Edward mengasak fikiran. Mengasak seluruh kewarasan dan keimanan.“Kena pakai bahan perlindungan demi keselamatan, itu mesti sebagai perlindungan, tidak mahu pula kemuncak keseronokan menjadi fatal. Malang tidak berbau, yang berbau ialah ketakutan dan aku terbau itu daripada nafas kamu!”Bersungguhan Edward meracun pemikiran dengan kata-kata yang terus terang. Tidak perlu berkias. Tidak perlu berpantun. Mesejnya jelas, aku budak Melayu Felda Keratong yang penakut.Rangsangan daripada cerita keseronokan dan kenikmatan ‘pertama kali’ disahut oleh para setan dan iblis. Terus membisikkan kata-kata pujukan, menaikkan semangat dan melontarkan imej-imej seorang hero. Lebih berani daripada Hang Tuah yang menghilangkan kerana terlalu setia. Keputusan muktamad, aku berani untuk melakukannya dan bersedia untuk menjadi lebih berani setelah dapat menewaskan ‘rasa takut’, rasa gentar, rasa tidak yakin terhadap diri sendiri.Rasa takut itu, legasi daripada budaya keturunan yang terlalu bersopan santun, lemah lembut, daripada sentimen penuh hipokrasi yang boleh menjadikan seorang budak Melayu Felda Keratong terus berada dalam kepompong kekampungan. Tiada anjakan pradigma, tidak berani merenangi samudera biru, hanya berani sebagai jaguh kampung. Di luar kampung, sekadar seekor tikus di makmal eksperimen.Lantas, satu hari musim luruh pada bulan April tahun 1983, aku mahu melakukannya pertama kali. Biar apa sahaja akibat daripada tindakan tersebut. Aku berani untuk menghadapinya. Rozita juga nampak bersedia dengan keputusan itu.“New Zealand adalah negara yang bebas, mana ada halal dan haram untuk melakukannya, kalau sudah berani dan cukup bersedia dari segi mental dan fizikal, semuanya BOLEH!”Ya! Aku sudah bersedia. Memandang wajah Rozita yang nampak cemas. Panik.Sungai Kawarau akan menjadi saksi kehebatan seorang budak jantan Melayu Felda Keratong dalam mempamerkan kejantanan kepada dunia, lihatlah dunia, aku sudah tidak takut untuk melakukannya. Akulah si jantan yang bakal menjelma secara magis sebagai lelaki dewasa di Queenstown, bukan lagi remaja Felda Keratong yang tidak pernah melakukannya.Selalu ada pertama kali dalam hidup dan masanya telah tiba!Ya! Pertama kali di Sungai Kawarau yang memungkinkan ulangan berkali-kali kerana aku telah menjadi seorang jantan. Tidak takut kepada cabaran, tidak takut kepada segala yang dulu menakutkan. Segalanya akan berubah, aku akan jadi seorang Melayu Baru.Dalam kefanaan, terdengar jauh daripada sepasang tua warga Amerika yang sudah melakukannya berkali-kali dan menjadi begitu ‘fetish’, membuat laungan seperti bunyi jeritan Arab Badwi. Barangkali kata-kata menyuntik semangat. Barangkali mahu memberi sokongan padu. Aku tidak peduli lagi.“Segalanya hanya dalam minda!”Terdengar setan dan iblis sama memberi sorakan. Mengelilingi setiap ruang Queenstown yang terus indah berlatarbelakangkan The Remarkables dan Tasik Wakatipu. Tersergam dan mengancam.“Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Pandanglah ke saujana pergunungan yang indah. Hanya 5 saat yang menyeronokkan. Bersedia. Lima. Empat. Tiga. Dua. Satu. Terjun!”Dua saat berikutnya adalah letupan angin dari atas, menyilaukan kelajuan yang meluruhkan jantung. Terbang bergemuruh dan memekakkan, melayang dan terus meluncur ke bawah, seolah-olah disedut melalui penyedut vakum raksasa. Sedutan dari bawah yang menghantar klimaks ke persada otak.Zoom!Tiba-tiba perut meloyakan. Aku mahu termuntah. Membuka mata dan terbeliak.Ironi sekali. Tidak bermimpi dan belum gila. Luas sekali ruang realiti yang tiba-tiba melegakan. Tiada lagi pertempuran adrenalin yang meratah urat saraf. Nah! Bila aku membuka mata, aku masih di situ. Di hujung platform papan yang bergoyang-goyang. Menggigil-gigil, menggeletar walau kaki sudah ditambat secukupnya mengikut piawaian keselamatan antarabangsa. Bagai sahaja mahu terbuang air kecil, kalau belum lagi seluar kebasahan dari jarak setinggi 45 meter atas jambatan Sungai Kawarau yang jernih mengalir.Itulah pertama kali aku, budak Melayu Felda Keratong, benar-benar mencuba untuk terjunan bungee bersama ketawa yang memecahkan sejenak suspen, dalam percubaan paling spontan untuk memartabatkan bangsa di persada sukan terjunan bungee!
INFO:FUDZAIL nama pena bagi Fudzail Mohd Nor, ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terbabit dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain untuk prasarana teknologi maklumat dan telekom Emiriyah Arab Bersatu. Kini menguruskan projek pembinaan prasarana utiliti.
komen pasai cerpen pulak dah..takde ke isu firuan kecil? atau pon hukum sebat di ampun? adoi la YB niiiiih..ada baik balik kulim bandar bharu tengok apa yang patot
ReplyDeleteaku memang sentiasa follow fudzail punya blog... dia memang org yg istiqamah dgn prinsip, kelentong2 memang dia tak sesekali buat... tak macam hang, jenis cari makan dgn "gah", hang nak berasa hebat ke gah mcmana pon, nilaian Allah adalah tetap pada kebenaran... time hang nak tidoq atau time2 hang sunyi hang tetap akan disentuh oleh naluri nurani utk balik pada kebenaran... baliklah pada kebenaran walaupon hang cuma jadi org kecil yg dipandang haprak hina oleh manusia, krn nilaian Allah itulah utama
ReplyDeletepencatat- cara hang bercakap tentang allah dan kebenaran mcm org yg ada bnyk ilmu agama . tapi bila hang cakap ZUL ni org haprak hina,jenis cari makan n etc aku dah tau hang ni org mcm mana . Org yg berilmu tak mcm hang mengutuk org tak tentu pasal tanpa hujah .sabar saudara zul ni semua dugaan
ReplyDeleteSdra Pencatat,
ReplyDeletesedihnya memikirkan manusia yang kononnya beriman dan beramal, tapi tak habis-habis nak ambik kerja tuhan. Kenapa terlalu membenci Sdra Zul, waima jika benar beliau melakukan kesilapan.
Inilah akibatnya bila politik taksub, Sdra Zul punya blog terpulanglah pada dia untuk ulas tentang apa-apa isu yang digemarinya, x payah nak menyibuk dan kalau dah sakit hati sangat buat saja blog sendiri dan komen sendiri.
kalau dah benci semuanya nampak tak elok jer
ReplyDeleteSdr pencatat- Cara hang tulis ni tak ubah macam pemimpin sebuah parti politik- tujuan konon nak membangun bersama islam, tapi bila ceramah maki hamun, bersubahat jatuh kerajaan cara tak bermoral, tafsif ayat al-quran hanya untuk kepentingan politik sempit dan bersahabat karib dengan kafir harbi, menyiarkan artikel dalam akhbar milik mereka tulisan seorang peguam terkenal yang pernah menyaman kerajaan parti kerana nak melaksanakan enakmen hudud- dulu maki hamun peguam ni, tapi bila peguma ni dah tak jadi ahli UM**, boleh duduk sebangku dan tidor sebantal plak...
ReplyDeleteapa punya parti ni?
ali...yop perok... shazzz...hangpa smua nie dah tak betoi kot....
ReplyDeletekpd pencatat: practice what u preach. adakah hang mengamalkan apa2 yg hang sampaikan tu? kita bukan saja wajib balik pd kebenaran tapi terima kebenaran walau sepahit mana sekalipun. kebenaran apa yg hang mau? ikut PR saja benar? kalau tak ikut berada di jln salah. Islam chop apa tu? jangan guna nama ALLAH dlm ayat2 yg ada bait2 cacian. malu kita pd DIA.
ReplyDeleteSalam YB.
ReplyDeleteteruskan berjuang..
berjuang bukan cari populariti..
berjuang mengenalkan Tuhan pada orang..
berjuang membawa kebenaran..
kebenaran perlu diperjuangkan..
berjuang tidak perlu fikir menang atau kalah..
kalah pun tak mengapa..
tuhan tidak suruh menang..
tuhan suruh perjuangkan kebenaran..
orang keji, perli, ketawa apa kita peduli..
yang penting Tuhan suka
wassalam
wah ramai betol penyokong yb zul.tunggu dan tengok kemana kesudahan yb zul ni...hahaha
ReplyDeletehanya tuhan saja yang tahu.....
ReplyDeletesalam yb yoep
ReplyDeletekeep up with ur excellent works.
http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31000:zuls-nose-grows-even-longer&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087
Ya Hanya tuhan yg tahu... Ke mana pun tak penting.. apa yg penting yb zul tetap pegang pd prinsip kebenaran... mudah mudahan tuhan terus menetapkan keimanan yg tulus pd yb zul..
ReplyDeletekah kah siapa yg kenal betul dgn zul pasti tau siapa tukang jawab bagi pihak dia di sini.
ReplyDeletehang tak kenal Zul. Itu sebab hang cakap macam-macam. Yang aku tau Zul ni sarang tebuan. kalau nak cuba jolok, silakan. Tapi ingat, ramai yang dah kena sengat. HIDUP ZUL!
ReplyDeleteaku rasa yg dok mengutuk yb zul nu bukanlah kenal sangat sama dia. entah2 tak kenal langsung. cara penulisan penuh emosi tapi tidak berilmu mahupun bukti. serang membabi buta, pastu guna agama utk kuatkan hujah. hello brader, itu taktik dah basi. la ni orang berdebat cara ilmiah. sampai bila hangpa boleh berbohong? teruskan perjuangan yb zul. aku tak kenal hang tapi aku sokong sesiapa yg mahu berjuang utk agama & bangsa.
ReplyDeleteRaja Petra Kamarudin
ReplyDeleteZulkifli Noordin tries to come across as a mujahideen. When he raided the Malaysian Bar Council he declared that he is a Muslim first and all others second. He would defend Islam, declared Zul, to the last drop of his blood.
That is most noble of this mujahideen who dares do things that many PAS members themselves would not dare do. Zul is above even PAS. Why, therefore, did PAS not take him as their candidate in the last general election?
The answer is very simple, really. PAS cringes each time Zul speaks at a ceramah. He is always exaggerating and lying, said one PAS leader to a group of opposition supporters in the UK recently.
This PAS leader then offered many examples of what Zul had spoken at various ceramah. But when the party did a check none of what Zul said was true. Zul claimed to have flown overseas and claimed to have met this person or that person. But when a check was made it was discovered that Zul had not even left the country. And when checks were made with people Zul was supposed to have met, these people not only had not met him but also did not even know who he is.
That was why PAS did not want Zul as their candidate in spite of his so-called commitment to Islam and supposedly Islamic credentials. The word on the ground is that Zul is too Islamic even for PAS. The truth is Zul had been bullshitting once too often and each time had been caught spinning a yarn that PAS did not want to touch him with a ten-foot pole.
Zul’s penchant for stretching the truth with the aim of wooing the crowd was well known as far back as 1998-1999. Zul would go round the country to speak at ceramah where he would tell all and sundry about Anwar Ibrahim lying on his deathbed and at the point of death. Umno had poisoned Anwar and he is now dying, said Zul to the sobbing crowd. The only thing that can now be done is to pray for Anwar’s soul.
Then, the next day, we see Anwar smiling and waving at the crowd as he arrives at court for his trial. But then the kampong folks who followed Zul’s ceramah the night before were not there in court to see all this. They were still at home wiping their tears after the trauma of Zul’s ceramah of the previous night.
BETUL KE NI ZUL. TOLONG KOMEN SIKIT. JANGAN JADI MUNAFIK !!
Kepada pencatat ( Mat yg komen no. 2 kat atas tu )
ReplyDeleteOrang yang bongkak & takbur macam ko ni la yang merosakkan Islam. Macam la ko ni pandai & baguih sangat..Kalau ko nak komen, ko komen la secara bijak & berhemah. Jgn dok pandai mengutuk jer.. Ko jangan dok fikir orang lain tak boleh nak fikir & bezakan antara baik & buruk.
Kepada YB,
Harap YB fokus & teruskan perjuangan. Jangan peduli akan komen-komen negatif & haprak kat sini. Kini ramai yg menyokong YB.
(9:71)Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
ReplyDeleteto kaki ngampu:
ReplyDeletearticle by RPK? huh..mamat ni,pi lari kat obersea,uduk mewah kat sana. dah buat salah lepas tu lari,apa barang dgn manusia macam RPK ni. dlm article tu pun saudara boleh nilai sendiri,ada pas leader yang mengutuk sedara Zul,dah tak sekapal lepas tu kutuk kaw2,kate macam2? itulah pas.baguihhh punyer parti Islam.
Raja petra! hang jangan cakap macam-macam lagi. aku rasa hang lagi kuat mbohong. Dalam buku hang yang tak laku tu pun banyak sangat fakta bohong. Ginilah, taksah banyak sangat teori. hang balik sini. tengok-tengok lah sikit anak jantan hang tu. oh ya topi keledar harley tu ada lagi ke. kalau nak jual, ada member nak beli. pakai post pun boleh.
ReplyDeleteKaki Ngampu/Raja PETRA.. Menarik cerita pasal pembohongan YB Zul. Kalau benar YB Zul berbohong minta la ditunjukkan segera pembohongan itu pembalasannya. Kalau tidak.. mudah-mudahan YB Zul dilindungi dari Fitnah dan Kemudharatan.
ReplyDeleteOleh Kerana Raja Petra tu orang dalam, banyak lagi la benda yang dia tahu pasal gelagat orang PKR/PR.. CERITALA Raja/ Cerita lagi.. Nak dengarla.. JANGANLA CERITA KELUAR BILA ORANG TU DAH JADI SETERU POLITIK BARU KELUAR CERITA YANG BURUK-BURUK.. SAYA TUNGGU ...
tukang yg jawab kat sini samalah tukang yang pernah jilat teloq nya dulu sapa lagi...!
ReplyDeletepoyoo ar luu...apsal tak masuk pas..kalu betul2 nak perjuang islam..lu poyooo...itu bukan syahid..ko tengok cara dia bergambar tak ada sopan,menunjukkan sikap jenayah...
ReplyDeleteI hate you bro..
ReplyDeletealamak. depa cakap gambo ko kat motor tu macam samseng. Ini lah sebabnya ko kena tolak dari PKR. Dema tu suka yang jambu jambu aje ko tengok sendiri orang kanan kiri depan belakangnya semua jambu. ko kena mekap sikit bang!. menyampah i
ReplyDeleteKpd Wan Zakreen (5.4.10/21.35)
ReplyDelete"apasal tak masuk pas...kalu betul2 perjuang islam" itulah soalan yg hang tanya dkt yb zul. hang tak marah no kalu aku kata hang telah menyempitkan pemikiran hang sendiri.
oooo.. kalu nak perjuang islam kena lah masuk pas. kalu duk dalam umno awat tak boleh perjuang islam ka (aku bukan ahli umno tau). aku nak habak dkt hang kalu nawaitu nak perjuang islam duk dalam mana atau tang mana pun boleh (tapi kalu duk dalam kubur tu lain cerita pulak la). duk dalam PKR boleh. duk dalam DAP boleh. duk dalam MCA boleh. duk dalam MIC boleh. duk dalam Gerakan boleh.
Ni aku nak habak dkt hang. Nabi Mohamad saw tak dan nak masuk Pas pun awat dia boleh perjuang islam sampai islam tersebar seantero benua.
Ayo... cool bro .. relax. aku takut YB Zul yg kana sumpah dan maki, takdak apa2, tup tup hang yg kana sakit jantung dan darah tinggi.
Untuk Wan Zakreen/Aku Pasbuih, Siamang, sebenarnya malas nak jawap.. secara simplenya APA YG TUAN BERDUA NI CAKAP SEBENARNYA BALIK PADA DIRI TN2 SENDIRI.. itu ja... Patut la YB Zul tak tahan dalam parti lamanya.. Mungkin tak tahan dengan sumpah seranah dan budaya carut yang begitu mudah keluar dari mulut dan tulisan..
ReplyDeleteBuat YB Zul, teruskan perjuangkan tentang isu-isu yg relevan.. TAK PERLU BUAT SERANGAN PERIBADI KEPADA SIAPA_SIAPA..
Tk.
kepada Tokgaru:
ReplyDeletehang ni ada akai ka?
PAS ditubuhkan lebih kurang 50 tahun dulu.Persoalannya Nabi Muhammad SAW ada ke masa tu?
maksudnya tak kan masuk pas aja yang boleh perjuangkan Islam. Dok Amerika tak da PAS, x kan tak boleh berjuang untuk ISLAM. Saudara baca lah buku Dr Daniel, SUPER Muslim. Buka minda sikit. Perjuangan PAS cuma berkisar di Malaysia. Bila UMNO buat perubahan yang baik sikit, tak kedengaran sokong. yang tahu bangkang saja. Jadilah pembangkang yang berhemah dan inovatif. DAP tu sah lah akan bantah yang baik untuk orang Melayu. Ini , PAS pun dah satu kapal.
ReplyDeleteKpd Amir
ReplyDeleteAwat kata Tokgaru " tadak akai ".
Aku tau nabi dilahir lama dulu sebelum Pas ditubuhkan. Aku pi kata lagu tu pasai si zakreen tu kata dkt YB Zul " kalu nak perjuang islam masuklah Pas ". pada si zakreen tu hanya Pas sajalah yg perjuang islam. tang ni si zakreen dia kena perbetui persepsi.
Sebab yang aku duk nampak sejak akhir2 ni. perjuangan Pas bukan bagi Islam semakin kuat dan melayu samakin bersatu. tapi kui jadi bercelaru melayu sama melayu, sampai tak dak ruang langsung untuk nak bersatu.
Ini pendapat aku. mungkin salah bagi orang lain. tapi betul bagi aku la. Pas ni sebenarnya tanpa mereka sedari telah menjadi ejen dan alat kepada tangan tersembunyi (hidden hand) untuk memecah belah dan melemahkan penguasaan politik orang melayu di negara yang bernama malaysia (dulu orang sebut tanah melayu). Tanpa bantuan Pas mustahil cita2 mereka akan tercapai. Untuk mempercepatkan lagi cita2 itu mereka telah mendapat satu lagi peluang baru iaitu dengan terbentuknya PRK oleh anuar ibrahim. Tak pa lah panjang umur hang dengan aku, sama2 kita saksi kan....
Hang tau dak. kalu aku ini jadi ejen tangan tersembunyi tu. aku akan apply kaedah macam tu lah untuk memecah belah hangpa orang melayu supaya satu puak nak kpd melayu dan islam dan satu puak lagi nk pkd islam saja kononnya perjuangan melayu tu assobiyah. gerenti sampai kiamat hangpa tak akan bersatu punya kerana hangpa orang melayu tak senada dan seirama. eh eh sorry beb. aku bercakap macam aku ni bukan orang melayu plak.
Adik Kakak
ReplyDeleteKalu ada diantara pelawat blog YB Zul ni adalah penyokong Pas yg duk anggap Pas tu parti maksum, para pemimpin dalam Pas pun maksum. Aku suggest hangpa cuba melawat blog Kickdefella. Pak Sheikh Kick bagi siap dengan fakta sekali. Lepas tu hangpa nilai lah sendiri. Pas tu Maksum atau Pas akan Marhum.
Salam Pewrjuangan buat pejuang yang tersasar dan terkandas, berselindung disebalik kupiah putih tetapi berhati dajal laksana iblis kerana mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat. Usahlah terus berbohong dan berdalik kerana memakan hasil rezeki haram titik peluh rakyat yang meletakkan YB di Dewan Rakyat. Ingatlah mereka yang memberi undi tidak pernah menghalalkan setiap undi mereka kepada pemimpin yang pelahap, rakus dan bernafsu besar. Sudahlah, insaflah dan bertaubatlah kalaupun tidak senang kepada PR tetapi jangan terus berbohong dan mengkhianati rakyat. Segala ucapan, ulasan, kritikan dan tohmahan YB terhadap kerajaan BN sentiasa kami simpan sebagai kenangan.
ReplyDelete