Pada hari Selasa 04 Ramadhan 1430 (bersamaan 23.08.2009), saya telah mengupas isu hukuman rotan keatas Kartika Sari Dewi Shukarno dengan komen berikut:
Jadi saya ucapkan tahniah atas titah Tuanku Sultan Pahang hari ini Khamis 27 Rabi'ul Akhir 1431/ 01.04.2010 yang telah menukar dan menjatuhkan hukuman "tugasan komuniti selama 3 minggu" keatas Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhkan hukuman denda dan rotan 6 kali atas kesalahan minuman arak.
Perlu ditegaskan bahawa ini bukan bermakna kita menolak hukuman rotan dilaksanakan terhadap Kartika. Hukuman telahpun dijatuhkan. Malahan saya berpendapat sepatutnya hukuman yang mematuhi syara' hendaklah digubal. Namun menjatuhkan hukuman dan perlaksanaan hukuman adalah dua perkara yang berbeza. Saya difahamkan Saidina 'Umar sendiri, semasa umat sedang berhadapan dengan kemelut kemarau dan lain-lain, telah menggantung perlaksanaan hukuman hudud bagi kes-kes curi dan lain-lain.
Malahan saya difahamkan Rasulullah sendiri telah beberapa kali dalam sirah Nabawi menunjukkan keadilan Islam, walaupun kesalahan nyata dilakukan. Dalam satu kes, seorang sahabat yang sudah mengaku melakukan pembunuhan pun Rasulullah lebih suka dia dimaafkan daripada dilaksanakan hukum qisas, hukum balas. Ini bukan kerana Rasulullah tidak mahu hukuman qisas dilaksanakan. Tetapi bagi kes khusus itu, Baginda merasakan lebih baik beliau dimaafkan.
Jadi didalam kes Kartika, hukuman telah dijatuhkan. Tetapi dalam hal perlaksanaan, sepatutnya hukuman dijalankan segera. Tetapi ALLAH lebih Maha Mengetahui dan lebih Maha Bijaksana. Apa perancangan ALLAH kita tidak tahu. Tetapi kelengahan perlaksanaan hukuman itu nampak mempunyai hikmahnya.
Dalam keadaan ruang masa kelengahan perlaksanaan itu, beberapa perkara telah berlaku iaitu:
1. Kartika telah menunjukkan kesungguhan mahu hukuman dilaksanakan dan tidak menunjukkan beliau mempermainkan hukum;
2. Kartika menunjukkan sikap penyesalan dan rasa bersalah yang jelas terhadap kesilapan beliau;
3. Kartika dan suaminya menghadapi tekanan yang begitu hebat sehingga berlaku perceraian dan menyebabkan anak-anak mereka kehilangan bapa; adik beradik bercerai sesama sendiri;
Dalam keadaan itu, meneruskan perlaksanaan hukuman terhadap Kartika sudah tidak membawa menafaat kepada samada dirinya mahupun syiar Islam. Sebaliknya tindakan Sultan Pahang telah menunjukkan satu ciri keadilan Islam yang akan membawa menafaat lebih besar untuk Islam. Bahawa Islam bukanlah agama yang hanya tahu menghukum sahaja, sebaliknya risalah Islam adalah untuk membawa keadilan dan kesejahteraan.
Semoga episod ini akan memberi dan membawa kebaikan kepada Islam dan syariatnya. Sekiranya kita melakukan kesilapan dalam keputusan ini, kita mengharapkan ALLAH memberikan keampunan dan hidayahNya kepada kita. Apa yang penting apa juga kita lakukan hendaklah ikhlas kerana ALLAH; demi Islam. Insyallah kita pohon iman kita dijaga dan dipelihara ALLAH. Wallah hua'lam.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
17 Rabi'ul Akhir 1431
01 April 2010
Nota: semua rujukan kepada hadis Rasulullah dan kisah sahabat perlu dirujuk kepada kitab mu'tabar. Sekiranya saya melakukan kesilapan dalam rujukan itu, ianya adalah kelemahan dan kesalahan saya sendiri.
Peringatan: sekiranya pandangan saya diatas didapati bercanggah dengan Al Quran dan/atau Sunnah Rasulullah maka pandangan saya ini hendaklah dianggap terbatal dan janganlah diikuti, sebaliknya hendaklah mengikut Al Quran dan Sunnah tersebut.
*sila rujuk lamanweb zul4kulim.blogspot bertarikh 04 Ramadhan 1430/ 23 Ogos 2009.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran daripada Malaysian Insider bertarikh Khamis 01.04.2010)
UPDATED
KUALA LUMPUR, April 1 — Kartika Sari Dewi Shukarnor’s caning sentence has been commuted by the Sultan of Pahang, just a day before she was due to surrender herself to the state’s Islamic authorities.
The 33-year-old part-time model was supposed to be caned six times last August for a 2008 offence of consuming beer, but it was called off at the last minute.
She would have been the fourth woman to be caned under Syariah law in Malaysia.
Kartika’s lawyer, Adham Jamalullail, said she received a letter yesterday informing her that the Sultan had decided to spare her from the caning sentence. Instead, she has been “ordered to perform community service for three weeks.”
The mother of two had been detained by the authorities after she was found drinking beer at a resort in the popular Cherating beach on July 11, 2008. She pleaded guilty at the Kuantan Syariah High Court and was fined RM5,000 and six strokes of the cane.
The caning was due last August but was called off following an uproar over the punishment.
The Penal Code does not allow women to be caned while prison rules say only those with custodial sentences and between 18 and 50 can receive the punishment.
Kartika was granted an audience with the Pahang crown prince, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, at the Pekan royal town last month.
Tengku Abdullah said he had asked for the case to be expedited after Kartika told of the pressure she felt since the punishment was postponed.
Kartika had written in for an audience with Tengku Abdullah, who is also the chairman of the state religious council
Last February, Pahang Islamic Affairs Department director, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman, said the caning for Kartika will be decided after her audience with the crown prince.
Kartika has repeatedly said she has no intention of appealing the sentence or running away from the “worldly punishment” for her offence.
She had asked that the caning be done in public and has already paid the fine
Bro, apa komen bro berkenaan bukti2 yang DSAI kemukaan berkenaan APCO - MALAYSIA - ISRAEL??..........mana pejuang melayu IBRAHIM ALI...kenapa YB tak pertahan kenyataan ni??..kenapa diam la pulak???
ReplyDeletesy mntak yg berhormat ngaji banyak lg la bab hudud dan qisas ni....setau sy klu ksalahan hudud ni x le d maafkn oleh sapa2 hatta nabi sklipn.klu qisas blh la d maafkn oleh yg punya badan sdri sprti patah gigi ke patah tgn ke...klu menyebbkn kematian pihak waris blh amponkn.....yg sy pliknya cmne sultan blh amponkn kesalahn hudud ni?nabi sndri xde kuasa nk amponkn? lain la klu dalm agama kristian padri blh ampokn kesalahan sapa2pn......jgn samakn islam dgn kristian....wallahu a,lam
ReplyDeleteZUL,
ReplyDeleteAPA PENDAPAT KAMU PASAL APCO?
JAWAB ZUL JAWAB
MALU LA KAT RAKYAT KULIM KALAU TIDAK BERJAWAB.
FAHAM BENAR KALU KAMU MEMBISU.
KAMU TIDAK DI****** UNTUK ITU.
zul... kau adalah a muslim first. What about APCO ?
ReplyDeletekenapa bisu ?
adakah wang harta menutup mulut mu ?
hahaha zul2 time hang dlm pkr dlu punya la hang duk bela2 hukum Islam la konon,pejuang Islam la apa la...hang tue peguam syariahkn?dlu hang blaja mana?xkan hang x blaja hukum Islam?ish bangangnye yb nie...trus terang aku ckp,aku meluat gila dgn hang..hang tggu pilihanraya akan dtg nnti..comfirm aku blk mengundi n aku akan ajak mmber2 aku yg di mesir spaya lenyapkn hang dari kulim,kami smua dah meluat tgk hang,hang mmg x layak jd wakil rakyat kami..
ReplyDeleteBro..Lu kena tegas berkenaan APCO...DSAI dah berikan bukti...tapi kerajaan BN nak heret dia ke jawatankuasa displin..apsal??..kecut ker??...lu pulak, sepatutnya pi la report polis ka..wat press statement ka..bantah tindakan BN/UMNO....tu samala bagan serai tu..kononnya nak pejuang ISLAM..time la tunjukkan diri tu..zhrain toksah cakap la...
ReplyDeleteDia akan terus membisu kerana disogok oleh wang begitu banyak.Tak lama lagi Najib akan bertemu dgnnya.Ttg Kartika ini,mengapa pulak komennya lain benar?Takut nanti akan dipanggil oleh Tuanku Sultan kerana melawan baginda.Nampak sgt YB Zul ini lalang rupanya.YB Zul,Penduduk Kulim-Bdr Baru sedang meneliti kredibiliti YB,blogger2 di sini bukannya datang dari pengundi tempat YB.Pengundi Kulim-Bdr Baru yang memilih dan memberi gaji,elaun pada YB.Ingat!jgn makan duit yang tidak halal.Jgn pulak rakyat Kulim-Bdr tidak halalkan duit elaun dan gaji wakil rakyat.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteNampaknya, ada orang tak faham dengan tujuan menghukum didalam islam. Islam menghukum dengan berasaskan kasih sayang, bukan benci.. Dah termaktub didalam undang-undang hak Tuanku Sultan didalam mempertimbangkan perlaksaan hukuman ini dan didokong pula oleh syariah. Nak komplen apa lagi? Takkan semata-mata bencikan YB Zul, semuanya jadi salah dikaca mata anda?
Nilah akibatnya bila berpolitik tanpa kenal sempadan..
6 kali rotan bukan hudud, kerja komuniti juga bukan hudud. OK 6 kali rotah boleh digantikan dengan kerja komuniti..... Bagaimana pula hudud? Apa yang boleh dilakukan untuk melaksanakannya. UMNO tak boleh diharap. PAS didalam keadaan kurang kerusi. Bebas?
ReplyDeleteSiapa yang akan membawa amanah berat ini dan melaksanakannya?
Assalamualaikum
ReplyDeleteYB tak perlu layan mana2 makhluk yg narrow minded, otak mcm jln sehala. Pendapat depa shj yg betoi. Bijak bercakap tapi isinya kosong. Bukti tak cukup/langsung tak ada. Penuh emosi tapi kosong ilmu.
Bukankah ISLAM mensyariatkan kita bersatu? So kita patut bangga 1israel sebenarnya tiru Islam. Kalau formula itu dah terbukti baik, apa salahnya kita guna pakai di negara tercinta ini.
Arguing with a fool makes u ONE. So YB Zul harus fokus pd objektif & niat murni itu. Teruskan perjuangan....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDengan nama Allah yamg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
YB.....sejak kebelakangan ini kenyataan YB betul betul amat memeranjatkan. YB seorang peguam syariah yang baik tetapi setalah terlibat dengan politik pegangan YB kelihatan goyah.
Jangan cerita pegangan YB sebagai Muslim tetapi etika sebagai peguam.
Mungkin YB biasa dengan perkataan " YOU ARE INNOCENT UNLESS YOU ARE PROVEN GUILTY"
YAB Datuk Seri Najib bersumpah tidak terlibat dengan apa yang didakwa adakah ISLAM membenarkannya....sepatutnya setelah segala proses perundangan telah menemui jalan buntu baharulah tertuduh boleh bersumpah bukan sebelum dibicarakan. Beliau belum pun melalui proses tersebut...bolehkah beliau bersumpah...jawapannya boleh tetapi ia telah melanggar peraturan (tertibnya) maka ia tidak sah dan sumpahnya terbatal. Jika perkara ini dibenarkan negara akan hancur...peguam tiada kerja (YB tak risau sebab YB ahli politik). Kenyataan bersumpah pula adalah salah satu proses perundangan Malaysia, YB seorang pengamal undang2 yang sentiasa berhadapan dengan proses ini pula meraguinya (Dalam Islam pengakuan seseorang diikuti dengan saksi yang adil itu sah walaupun ianya hanya pengakuan verbal bukan bertulis)
YB saya amat berharap YB kembali kepada fitrah kita sebagai muslim....apa pegangan kita kerana itu saja yang bernilai....wang...harta.....kuasa...kesihatan...dll itu tiada nilai tanpa pegangan yang betul......apabila pegangan telah betul maka wang...harta...kesihatan...kuasa menambahkan nilai sahaja.
Ada ilmu gunakan sebaiknya....tetapkan perjuangan jangan goyah......jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia....lihat dunia mengikut ilmu yang ada......JANGAN NIAT MENGHALALKAN CARA......YANG HARAM TETAP HARAM....YANG MUNGKAR TETAP MUNGKAR......TETAPI YANG HALAL BELUM TENTU ALLAH DAN RASUL SUKA....BILA ALLAH DAN RASUL TAK SUKA TUNGGULAH..........
Sampaikan walau satu huruf.
Salam YB Kulim Bandar Baharu,
ReplyDeleteKenapalah ada orang yang masih percaya cakap Anwar pasal isu APCO?
Penjelasannya hanya tertuju kepada kerjasama APCO dan Kerajaan Malaysia? Mana bukti APCO ni buat 1Malaysia? Mana bukti APCO ni buat dasar One Israel?
Anwar lagi kenal ramai Yahudi dan Zionis! Yang dia jumpa Madeline Albright tu bukan Yahudi yang sokong Israel ke?
Bila APCO sanggah kenyataan Anwar pada 18 Mac 2010, dalam blognya 19 Mac cakap APCO jangan campur tangan dlm politik negara!
Dah kau (Anwar) petik nama dia (APCO) mestilah dia pertahankan diri! Saya hantar komen dalam blog, tapi biasalah, kalau yang lawan, Anwar takkan siarkan! Inilah keadilan namanya!
Berbalik pada isu Kartika...
Ada pro dan kontra isu ini!
Ada yang masih lena dibuai mimpi..
Adakah perkara pertama Rasullah buat semasa pembinaan negara Islam Madinah melaksanakan hukum hudud?
Adakah Islam hanya dikenali sebagai hukum hudud?
Bagaimana pula konsep ekonomi dan kekuatan ummat?
Lihatlah sirah..bagaimana ekonomi dan kekuatan ummah Islam telah mengusir kaum Yahudi di Madinah yang pada ketika itu pemegang kuasa ekonomi utama?
Selepas kuat daripada ekonomi dan perpaduan, barulah hukum ini lancar dilaksanakan.
Adakah kalian tidak melihat apa yang berlaku di Nigeria, Sudan, Ethopia, Yaman dan Iran? Hukum hudud ada tetapi perlaksanaan tetap kucar - kacir!
yb zul ni mmg takde prinsip...cakap je gedebuk gedebang.....kalo non muslim komen melompat2 marah...bila sultan pahang titah,...tahniah pulak??
ReplyDeletePeguam Muslim bantah Sultan gugur hukuman sebat Kartika
ReplyDeleteOleh Syed Mu’az Syed Putra
KUANTAN, 2 April — Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini kecewa dengan keputusan Sultan Pahang yang membolehkan hukuman sebat ke atas bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno digantikan dengan kerja-kerja khidmat sosial.
Setiausaha Agung PPMM Abdul Halim Bahari berkata, keputusan itu tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat mengikut lunas syariah.
“Dia (Kartika) telah menghadapi pelbagai tekanan supaya merayu terhadap hukuman sebatan syarie tetapi dia tetap mahu undang-undang Islam dilaksanakan ke atasnya.
“Undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.
“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ia perlu dilaksanakan kerana hampir dengan hukum syarak,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini selepas Kartika memulakan kerja khidmat sosial.
Beliau berkata, PPMM mewakili lebih 1,000 ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah bimbang keputusan itu tidak mempunyai kebolehpercayaan dari segi undang-undang.
APA BRO? LU BANYAK SUDAH MELENCONG LA BRO...
TAK LAMA LG PILIHAN RAYA DI HULU SELANGOR....
ReplyDeleteKALAU MENANG PEMBANGKANG KATA INILAH DEMOKRASI....
KALAU KALAH,SPR TIPU,PENGUNDI HANTU
TAK TELUS DAN MACAM2 LAGI...
TUNGULAH KEPUTUSANNYA...
DAN SEMUA DAH TAU APA KATA PEMBANGKANG KALAU MENANG ATAU KALAH NANTI.............
bro, tolog rujuk kitab muktabar tentang gaji dan elauun yg bro dapat tu dari segi hukum syarak.Asas utama bro menang dulu atas tiket PKR dan kami sokong pun kerana PKR bukan kerana bro. Sekarang bro dah kena tendang dari PKR sepatutnya bro kena letak jawatan dan bertanding atas tiket bro sendiri. Kalau benda kecik macam ni pun bro tak leh nak nilai, tak usah lah bro bercakap soal hukum islam, buat malu dekat beruk-beruk kecik yg sewaktu dengan bro aje.
ReplyDeleteKenapa sebahagian besar masih memusuhi penulis.... apakah salah apa yang ditulis. Mungkin niatnya baik.. Sepatutnya salahkan kepimpinan dan wakil-wakli yang memilih. Ramai juga yang menulis pastinya dengan ugutan balasan dariNya, Cuba anda semua fikirkan dah berapa ribu kali para "Ulamak PAS" menyembahyangkan hajat iaitu sejak zaman Mahathir yang dikatakan kejam hinggalah zaman Najib supaya pecah perut seterusnya YB mohsean. Kenapa masih tiada satupun yang diperkenankan Allah pada zahirnya. Mungkin ada yang tak kena. kenapa doa sebahagian kecil nsan untuk melihat BN kembali memerintah Terengganu setelah diambil oleh Pas termakbul. Kita sering mempersalahkan orang lain. Itulah naluri sebahagian umat islam. Kita tidak cuba membetulkan kesalahan orang itu dengan cuba membetulkan kesalahan diri dahulu. Kenapa kita tidak boleh bersatu... Kaji secara terperinci,, benar-benar kejamkah mereka. sukarkan mencari rezeki di negara kita andainya kita rajin. sukarkah kita mengerjakan ibadat. Kelaparankah anak-nak kita kalau kita rajin. Berpanas berhujankah kita kalau kta rajin. Sukarkah menmba ilmu jika kita rajin.... Tidak di Malaysia. Walhal kita amat-amat bersyukur hidup di Malaysia yang dicintai ini. kenapa harus mencurigai antara satu sama lain...
ReplyDeleteyb zul. kita bukak ladang kambing jom. market komfem ada. kat pkr kan ramai yang suka gulai kambing. ok yb zul. kalau jadi nanti bagi tau ya!
ReplyDeleteYB,. tak usah layan badigol bengap yang kena cucuk idung nih,. men tuduh orang suka hati,.
ReplyDeleteTeruskan perjuangan YB. budak-budak hingus yang komen cam bagus tuh,.sedarlah diri sikit. Ada otak pikir,. jangan mauin redah ja.
Mesti korang ingat aku sokong UMNO. Tak yah la buat tuduhan bangang camtuh,. aku ada otak aku boleh pikir,. BN atau PKR.. masing2 ada salah. Gua sokong prinsip yang betul. Teruskan Perjuangan YB!
Adios amigos
Salam untuk semua..
ReplyDeleteAku cukup tertarik dengan apa yang dikatakan oleh JMA@Tekali kat atas tu, jika benar 6 sebatan rotan bukan hukuman hudud bagi yang bersalah minum arak, nampaknya kita semua bertekak atas benda yang salah.
Aku pun kena tegur YB Zul, sebab takde gunanya 6 sebatan tu kalau bukannya dari hukum hudud. Soal bdk perempuan tu kena lepaskan hukuman pun tak penting dah, masalah besar sekarang sebenarnya ialah penafian terhadap hukum hudud bagi mereka yang minum arak.
Sepatutnya hukum hudud mesti prevail, tapi apakan daya sekarang ni mana ada hukum hudud dijalankan pun, even KELANTAN pun tak buat lagi.
Kalau YB Zul nak puji Sultan tu YB punya pasal lah ye, tapi yang penting minah yang minum tu taubat la, sebab kesemua perbuatan akan didatangkan di hadapan kamu untuk diadili.
Kesimpulannya, JANGAN BERTEKAK ATAS BENDA YANG SALAH.PERHATI, TELITI & INSAFI.
Salam YB,
ReplyDeleteSetuju dgn komen Mohamed kat atas tu. Jgn dok layan komen-komen negatif macam si MC_Sharul tu yg dok mengutuk YB. Depa tu dah macam org gila meroyan.. mesti nak kutuk kalau ada benda yg depa x setuju walau pun benda tu betul. Dari cara depa tulis kita dah tahu ada short circuit kat kepala otak depa.
Kpd Muhammad Hafiz ( Mat yg komen kat atas sekali ). Ko ni tak habis2 dok mencabar & provoke YB.. macam la ko tu pandai sangat.! Orang cakap lain ko komen lain.
Harap YB fokus dgn perjuangan .. jgn dok layan komen2 negatif kat sini.
mindamuda tu memang bodoh agaknya. zul bukan makan gaji dengan pkr. dia bertanding atas tiket pkr saja. sekarang ni bukan pasal pkr kuat. asasnya ialah rakyat dah terlalu benci BN. itu sebab parti cap tangan pun boleh menang kat damansara. padahal tak ada apa hebatnya dr. nasir tu. esok bila anwar masuk jel pun bn tetap kalah bukan pasal anwar hebat. pasal umno lemah. mca hancur. mic pun dah padam. liwat ke tak liwat itu masalah lain. orang tak peduli lagi kalau ada orang liwat babi pun boleh menang bertanding. jadi biarkan keadaan itu berlaku. jangan takut kita akan sama-sama hancur. tunggulah harinya. apa bro ingat kalau anwar berkuasa keadaan akan berubah? sorrylah bro. kesimpulannya, kalau nak berubah tanya aku rahsianya!
ReplyDeleteapakah dia
ReplyDeletedirestu tuhan
untuk megampunkan dosa
hamba tuhan
salam,
ReplyDeletesejak bila plak kita dalam keadaan darurat??
masa si kartika tu minum arak, darurat ke?kemarau panjang ke??wabak penyakit??
masalah besar klu sekejap lain, sekejap lain....
apa ni YB??dulu saya punyalah sokong perjuangan YB....
maaflah, saya dah tak boleh terima bila tgk YB camni....
sarjantulang
salam yb zul..
ReplyDeleteAstargfirullah'azim.. kenapa manusia slalu mencari kesalahan org lain dan menganggap diri sendiri sempurna. perbetulkan diri sendiri dahulu..usahlah memaki hamun sesuka hati.
banyak betul komentar yang mengunakan ayat2 yang tidak elok bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap yb zul dan komentar2 yang lain. yang paling menyedihkan saya kebanyakan mereka adalah orang melayu.
Apakah yb zul nie terlalu teruk? hipokrit? makan duit xhalal? dan sewaktu dengannya.. sejauh mana kebenarannya? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Usahlah menuduh sesuatu yang kita tidak pasti.
Niat yb zul dalam blog nya adalah sekadar berkongsi cerita dan pendapat kepada pembaca2 sekalian. jika saudara tidak bersetuju dan merasa pendapat yb zul tidak betul maka tegur lah dengan baik2. jgn lah mengunakan bahasa kesat yg tidak harus digunakan kerana ia melambangkan siapa diri kita sebenarnya.
teruskan perjuangan yg baik yb dan jgn sesekali menghampakan serta mempersia2kan mereka yang menyokong yb selama ini..
adios..
mende ko ngarut sarjan tulang?
ReplyDeleteade sape kisah ke ko nak sokong atau x? sengal
yb zul,
ReplyDeletehang ni peguam syarie yg sengal...maaf cakap la....cuba kalau pengampunan kartika itu bukan Sultan yg berikan...dah tentu ayam berkokok pun kalah dengan ko punya nyalakkan
mohd,.. wayar putuih,. pi blk blajar smpi abis
ReplyDeleteResponse to Local Fighter (2.4.10)
ReplyDeleteYes. saya setuju sangat dengan pandangan anda. depa duk kalut pasal hudud.
kerana umno tak buat hudud maka umno di tuduh kapir. pas perintah kelantan dah dekat 20 tahun. mana dia hudud ?. duk terselit bawah serban nik ajis kut. atau duk tersembunyi disebalik jubah nik ajis kah.
kalu umno perintah malaysia dikatakan kafir kerana tak buat hudud. maka untuk pengetahuan sedara mara aku yang duk dalam pas. pas juga dah jadi kafir macam umno. dengan nik ajis sekali pun turut jadi kafir first class lagi.
sebabnya kerana pas dan nik ajis tak buat hudud walau pun tuhan bagi dia peluang perintah kelantan dah dekat 20 tahu dah.
To Mindamuda
ReplyDeleteSaya kira tuan adalah seorang ulamak. kalu memang tuan seorang ulamak maka dakwaan tuan bahawa YB Zul ni makan duit elaun sebagai YB adalah hukumnya haram. saya tidak nak pertikaikan.
Cumanya, saya khuatir tuan tak layak digelar ulamak tapi sebenarnya adalah sekadar merupakan " ular dalam semak "
Kah kah kah.... jangan marah beb. sebab ulamak sebenar tak seperti anda.
Assalamualaikum YB,
ReplyDeleteYB telah memilih zone tarikan ramai. Inilah akibatnya. Saya yakin YB telah sedar kesannya dari sejak awal lagi. Jika dulu tidak ada provo sekarang dah tak sama. YB dah biasa berdebat di mahkamah dan Parliment. Ini satu kelebihan YB. Saya yakin YB boleh handle situasi sebegini. Paling menarik YB berjaya keluar dari kepompong sendiri dan dapat menilai keadaan sebenar di luar. Ramai lagi masih duduk dalam kepompong sendiri. Tak perlu mendabik dada bahawa kita lebih Islam dari orang lain.
Ini, salah satu Hidayah yang Allah kurniakan kepada YB. Bersyukur kepada Nya.