20 June 2010

DR. ASRI JOIN UMNO?

Salam 2 all.

Saya agak terkejut membaca lapuran MalaysiaKini hari ini mengenai kemungkinan sahabat saya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan menyertai UMNo Jumaat depan bersama dengan beberapa ulama' muda yang lain. Kebetulan minggu lepas Dr. Asri hadir sebagai tetamu di pembukaan Mu'tamar Agong PAS di Kota Bharu.

Saya telah menghubungi Dr. Asri dan berbincang dengan beliau. Beliau menegaskan belum membuat keputusan mengenai soal menyertai mana-mana parti politik buat masa ini. Dan bagi yang berminat dengan kebenaran, sila layari lamanweb beliau www.drmaza.

Saya telah mengulangi pendirian saya kepada sahabat saya Dr. Asri supaya beliau tidak menyertai mana-mana parti politik, samada UMNO ke atau PAS? Saya sarankan kepada beliau supaya terus dengan status ulama' bebas yang tidak terikat dengan politik kepartian, kerana saya telah melihat apa terjadi kepada para ilmuan dan agamawan yang kecundang kepada berhala politik kepartian ini.

Memang seorang ulama' perlu berpolitik, malahan pada saya wajib seorang ulama' itu menjadi seorang political savvy. Tetapi bukan dengan berparti politik. Kita lihat contoh di Iran, pengaruh Ayatollah yang sangat dihormati walaupun tidak berparti. Kita lihat Syeikh Dr. Abdul Rahman Syudais yang pandangannya bebas tetapi tegas, samada diikuti atau tidak itu soal kedua, tetapi beliau berani bercakap berdasarkan hak dan kebenaran Al Quran dan Hadis.

Seorang ulama' bebas dari politik kepartian adalah saperti harimau yang bebas dihutan belantara. Jangankan berdepan dengannya, mendengar ngaumannya sahaja pun ada yang terkencing dalam seluar. Melihat tapak kakinya sahaja melahirkan kegerunan. Tetapi harimau yang sama, diletak didalam kandang zoo, jangankan mengaum, jadi tontonan bebudak tadika je. Itulah kedudukan ulama' yang duduk didalam kandang kepartian, sekadar menjadi tontonan dan bahan hiasan sahaja.

Saya berharap Dr. Asri akan menimbang dengan serius saranan saya. Apapun, hak memilih adalah hak beliau, dan jika beliau memilih untuk menyertai mana-mana parti politik, saya akan menghormati keputusan itu walaupun saya mungkin tidak bersetuju dengannya.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Rejab 1431
21 Jun 2010

8 comments:

  1. YB Zul teruskan perjuangan..

    Harap banyakkan serangan terhadap DAP

    ReplyDelete
  2. Hassan al-Bana adalah contoh ulama' yg berparti.Begitu juga dgn ulama' dalam Hamas yg cukup digeruni Yahudi Zionis laknatulah dan USA.Jadi apa bukti ulama berparti ni tak relevan dengan dakwah Islam?

    ReplyDelete
  3. Saya juga sependapat dengan saudara.

    Eloklah seorang ahli agama seperti Dr. Maza jangan terlibat dalam kancah politik kepartian. Analogi perihal harimau yang diberikan oleh saudara YB Zul itu amat tepat sekali.

    Islam memerlukan ulama yang berani mengeluarkan pendapat berdasarkan kepada kepentingan agama semata-mata. Jika sudah masuk parti politik, maka akan ada lain-lain perkara yang perlu diambilkira sehingga pendapat ulama tersebut menjadi pendapat yang berkempentingan selain dari kepentingan Islam dan ummah.

    Saya seorang ahli UMNO dan kenal dengan Datuk Ustaz Ismail Kamus. Kadang-kadang saya amat kesihan melihat beliau sejak beliau melibatkan diri dalam poltik PAS. Bagi saya beliau telah menurunkan darjat "ulama" dan ustaz yang dihormati dan disegani masyarakat. Akhirnya apa jadi dengan Datuk Ustaz Ismail Kamus ini?

    Kepada Dr.Maza, fikir habis-habis sebelum membuat keputusan. Islam akan terbela apabila umatnya terutama ulamanya berjuanga demi keredaan Allah semata-mata tanpa lain-lain kepentingan duniawi.

    Ahli UMNO

    ReplyDelete
  4. Lancang biru asal pulak ngan Ustaz Ismail Kamus.Dia jadi aper skang.Setahu aku dia x ader apa2 pun.Aku ni org Johor and dah tau sangat psl org UMNO cam ko nie.Kalau x ader duit keje x jalan.itu kira duniawi ker akhirat?
    Cuba ko tgk TGNA kaya ker sejak jadi MB Kelantan?Org UMNO baru jadi Ketua Pemuda kampung dh cam tauke balak.Betul tak?
    Kepada YB Zul analogi harimau tu betul tapi ulama bukan harimau.kalau dia salah kena betulkan tu ajer.mungkin dia tersilap.Tapi ulama dlm UMNO x seorang pun yg tegur kalau pemimpin UMNO buat silap betul x.Jadi saya nak BEBAS cam YB nie gi tegur kalau berani lah.....Camner....

    ReplyDelete
  5. Apa salahnya sekiranya Ustaz Asri ingin sertai UMNO?.

    Lagikan PAS boleh beri peluang kepada DAP yang berpuluh-puluh tahun menjadi musuhnya. Apa salah beri peluang kepada mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita.

    Saudara sendiri sudah melihat perubahan PAS, manusia berubah dan boleh berubah. Insyallah kemasukan Ustaz mungkin akan merubah UMNO kepada yang lebih baik?. We never know.

    Alasan PAS takut nanti Ustaz Asri akan dipermainkan oleh UMNO seperti apa yang terjadi kepada DSAI.

    Tetapi saya percaya kemasukan DSAI atau Ustaz Asri kedalam UMNO adalah berdasarkan kepada nawaitu yang berbeza.

    ReplyDelete
  6. Hanya org yang ikhlas berjuang kerana Allah akan diterima amalannya. Allah tahu hati budi hambaNya.. Bermuhasabahlah kamu sebelum apa-apa bencana menimpa.. Ramai orang jahil sudah berani untuk memperkatakan soal2 agama.. Bukankah ini tanda2 kiamat??.. Hentikanlah!!!

    ReplyDelete
  7. Saya pun setuju dgn YB, saya harap lebih ramai mp yg lebihkan berpolitik cara ISLAM drp parti yg xde hujung pangkalnyer... parti hanyalah ciptaan manusia yg lemah.

    ReplyDelete
  8. Wahai YB Zul, boleh ke Islam itu berkembang secara Individu???
    Seseorg yg berilmu agama perlu ada Jamaah utk kembangkan Ilmu nya...

    Jemaah adalah sangat penting, kita xleh bergerak secara Individu...

    Xkan YB xtaw kut... adush, slalu kuar tv background rak kitab2, xkan xder kitab crite pasal kepentingan jamaah dlm perjuangan Islam???

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.