15 June 2010

HIJRAH LAGI!

Salam 2 all.

Baru tiga hari lepas Pakatan Rakyat membuat tohmahan kononnya ada ADUN BN yang akan melompat parti ke PR. Saya yang membaca cerita dongeng tersebut sekadar mampu tersenyum, rupanya budaya temberang ni tak habis-habis lagi.

Dalam diam tak diam, politik Perak digegarkan hari ini apabila ADUN Malim Nawar daripada DAP, YB Keshvinder Singh mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi ADUN Bebas!

Alasan yang beliau beri, sudah muak dengan politiking melampau didalam Pakatan Rakyat. Dan kalau sesiapa memerhati perjalanan sidang Dewan Rakyat sekarang akan nampak bagaimana benarnya apa yang disebut oleh YB Keshvinder. Sampai usul membela umat Filistin pun nak dipolitikkan, siap pakai muffler lilit kat tengkok lagi!

Saperti yang pernah saya sebut, kita mesti menghormati hak YB Keshvinder membuat pilihan beliau. Inilah kematangan demokrasi yang perlu kita terima, iaitu manusia bebas membuat pilihan politiknya. Cuma jangan ada yang mengkafirkan YB Keshvinder sudahlah, sebab ada kalangan badut-badut ingusan memang cepat nak melabel orang. Tapi kalau sendiri bikin, semua ok punya. Siap fatwa halal kalau lompat ke dia, tapi orang lain punya semua haram!!

Saya cukup yakin penghijrahan dan pembebasan diri daripada belengu politik sempit ini akan terus berlaku dalam Pakatan Rakyat. Dalam mereka sibuk berkokok mendabik dada semua sudah setel, satu demi satu dok berhijrah lagi. Dengar-dengar cerita, lagi beberapa nama besar akan turut berhijrah, tinggal menunggu masa yang sesuai sahaja. Wait & see amigos!

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

02 Rejab 1431

15 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder berkata beliau tidak menghadapi tekanan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan itu, yang diambil setelah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

Beliau juga tertarik dan yakin dengan corak serta cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang menurutnya merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Saya sebenarnya telah melihat dan yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi ini.

Katanya, keputusan itu dicapai demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar kerana berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.


Menurut Keshvinder beliau memilih keluar DAP sekarang dan tidak bersama dengan Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) pada Februari tahun lalu - kerana ketika itu tidak menyedari betapa serius masalah di kawasannya.

“Apabila saya mula berkhidmat (selepas Februari 2009) saya dapati ada masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan,” katanya.

Keshvinder berkata beliau berharap kerajaan BN akan membekalkan bantuan bagi membolehkannya membantu pengundi di kawasannya.

"DAP kebangsaan dan negeri gagal membantu saya menghulurkan bantuan kepada rakyat. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang,” katanya sambil mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.

Beliau juga menafikan bahawa ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya.

Keshvinder berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN.

“Saya bersih,” katanya.

4 comments:

  1. hanya nak tengok samada wakil2 rakyat yang menjadi bebas ini masihkah akan bertanding atas tiket bebas pada PRU yang akan datang, kerana alasan tidak mahu meletakkan jawatan selepas keluar parti adalah kerana mahu berkhidmat untuk rakyat dan masih mendapat sokongan rakyat. jika tidak bertanding atas tiket bebas, wakil2 rakyat ini sememangnya penuh pura2.

    ReplyDelete
  2. Salam YB
    Saya sekadar minta respon dari YB berkenaan,
    1.Apa konsep penghijrahan yang sebenarnya?
    2.Belenggu politik sempit yang macam mana yang menyempitkan YB,apakah kalau pembangkang ia dinamakan sempit,jika BN kita laungkannya LUAS?
    3.Istilah demokrasi wakil rakyat ini bila wujud?
    4.Sekiranya parti lama YB bermasalah sepatutnya dicari parti baru yg lebih baik, bukan?sy tahu BEBAS,tapi menyokong BN,atau pandangan YB tentang BN sudah berubah?
    5.perjuangan berpaksikan kebenaran bukan bilangan,lompat lah atau hijrah lah beramai-ramai pun tak bermakna di sisi tuhan andai tempat landingnya tidak BETUL.Apa komen YB?

    ReplyDelete
  3. Salam YB Zul,

    Inilah yang dinamakan psywar paling kelakar yang dilakukan oleh PKR Perak.

    Saya hairan la YB, kenapa sampai sekarang DSAI belum kemukakan bukti mengenai MP yang keluar parti dapat habuan, sedangkan sudah dicabar oleh YB Zahrain?

    Tak habis-habis DSAI nak alih perhatian rakyat.

    Tahniah di atas penubuhan Konsesus Bebas YB.

    Selamat berkhidmat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  4. Aik bengali singh pun ada hijrah juga, hijrah sugra ke YB...

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.