Salam 2 all.
Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Pengarah UiTM Kelantan, Prof Datuk Hussin Abdul Rahman mengenai kedudukan dan peranan ulama' masakini (saya lampirkan pandangan beliau dibawah).
Saya akui Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Malah saya cukup yakin politik adalah sebahagian daripada Islam. Itu mutlak, dan sesiapa mengingkarinya mungkin boleh merosakkan aqidahnya.
Tetapi apa yang kita persoalkan ialah ulama' yang melibatkan diri dengan politik kepartian. Kepartian bermakna partisan. Partisan bermakna kompromi, konsesi.
Dan inilah yang berlaku kepada ramai ilmuan dan ulama' Islam yang melibatkan diri dalam politik kepartian. Didalam politik kepartian, kompromi dan konsesi pasti dan tidak dapat dielakkan. Kepentingan kepartian pasti akan didahulukan. Dan politik kepartian bermatlamatkan kuasa, kedudukan, pengaruh dan habuan. Apatah lagi politik demokrasi secara pilihanraya yang kita amalkan. Pengundi menjadi penentu, kerusi menjadi idaman. Kawan menjadi lawan, musuh menjadi teman. Halal haram bertukar ganti, dosa pahala bertukar rupa. Kursi dan kerusi tiada beza. Siasayah mengatasi aqidah. Ringkasnya, demokrasi berpilihanraya menjadi agama baru.
Sebab itu saya berpendapat usaha memartabatkan semula golongan ilmuan dan ulama' perlu dilaksanakan segera dan dengan serius. Saya teringat sebuah buku yang pernah ditulis oleh seorang pemikir (tidak silap saya Sheikh Mumhammad Abduh) bertajuk "Diantara Kelesuan Ulama' & Kejahilan Umat" yang mengupas isu yang hampir sama. Mungkin kita boleh mengambil contoh peranan yang dimainkan oleh para ulama' dan 'ilmuan di Iran dan 'Arab Saudi. Bagaimana Almarhum Ayatollah Khomeini membina generasi ulama' yang non-partisan tetapi sangat berpengaruh dan dihormati. Sebagaimana peranan yang dimainkan oleh para 'ulama' Haramain saperti Sheikh Abdul Rahman Assyudais dan lain-lain.
Malahan menjadi impian dan harapan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia supaya para 'ulama dan 'ilmuan Islam kembali memainkan peranan yang diamanahkan kepada mereka. Al ulamak warasatul anbiya-ulama' adalah waris Nabi. Cuma malang ramai yang lebih berminat menjadi Labu-Labi!
Yang baik semuanya datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan dan hidayahNya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
28 Jamadil Akhir 1431
11 Jun 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ulama Siasah?
Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri."Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan."Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan, katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di Kota Bharu hari ini.Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu.
Salam.
ReplyDeletePemimpin yang mengaku diri mereka sebagai ulamak sering sejak dahulu lagi mendabik dada mengkafirkan umno dengan mendakwa umno mengamalkan "politik suku, agama suku". Mereka menghalalkan cara mereka menafsirkan istilah berpolitik cara islam dengan menyamakan dengan politik partisan.
Tidakkah mereka kaji sejarah islam terdahulu di mana pada zaman kerajaan islam mesir, terutama di zaman sebelum dan semasa pemerintahan khalifah amirul mukminin sultan salahudin ayubi, peranan pentadbir adalah berdasarkan hiraki daripada jawatan khalifah, perdana menteri, ulama, panglima perang, gabenor dsb.
Sememangnya, islam adalah pegangan hidup namun, peranan mereka masing-masing saling melengkapi, bukannya saling bertindihan atau merangkul berbilang jawatan kerana tamakkan kuasa sepertimana yang sedang berlaku pada zaman ini.
Sultan boleh diibaratkan sebagai khalifah. Jawatan mursyidul am sebagai penasihat agama (ulama). Kenapa jawatan menteri besar juga nak diboloti?
salam...
ReplyDeleteUlama yang sebenarnya itu sendiri tidak rasa dirinya ulama. Itu hanya gelaran yang tiada membawa apa makna.Ramai para2 ahli agama tidak mahu jadi ulama kerana takutnya kepada Tuhan.
Hamba Allah yang paling takut kepada kepada Tuhan adalah ulama. takut buat dosa, buat silap, takut ego dll.
Sebabnya ulama ada 2 : Ulama dan ulama suk.
wassalam
sangat setuju....
ReplyDeletetapi selagi kita tak pandai pakai seban...tak pakai jubah berside tajam...jgn kan nak tegur ulama...tegur guru kafa pun tak tentu diterima...
ya allah mengapa nereka tidak dapat melihat kebenaran dan perkara ini dengan hati dan minda semata2..dimanakah peranan iman anda .jika kita mengharapkan manusia tidak beragama memimpin negara nescaya hancurlah negara.semua perkara dihalalkan.kepakaran dalam sesuatu bidang bukanlah segala2nya jika tidak dipandukan iman..ya allah hancur sudah manusia tanpa iman..(pemimpin yang kita cari ialah yang takutkan Allah bukan kecerdikan dalam politik sahaja)
ReplyDelete