Salam 2 all.
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Ustadz Nasrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS yang mempertikai pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempersoalkan perjuangan PAS untuk mendaulatkan sebuah negara Islam.
Cuma yang saya nak perbetulkan sedikit kenyataan tersebut ialah kenyataan Karpal Singh itu bukan kenyataan peribadi. Sebaliknya itu adalah pendirian DAP sebagai parti. Sebab itu bila timbul isu menyokong DAP bermakna menyokong negara Islam PAS semasa pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini, DAP menjawab,
"The question of PAS Islamic state is never an issue because PAS will never rule when Pakatan becomes government".
("Soal negara Islam PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan memerintah didalam Kerajaan Pakatan Rakyat").
Ini adalah satu penghinaan kepada PAS kerana ternyata DAP dan Pakatan Rakyat tidak pernah mengiktiraf PAS sebagai rakan komponen samataraf, sebaliknya hanya dipergunakan untuk memberi flavor Islam kepada politik batil mereka.
Saya sudah menulis panjang tentang sikap DAP yang anti Islam ini. Lihat contoh kenyataan Jeff Ooi (Ketua Staf Lim Guan Eng) yang melabel Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis dan dengan angkuh enggan meminta maaf walaupun setelah jelas kenyataan beliau salah. Lihat bagaimana angkuhnya ADUN DAP menggugat Kerajaan PAS Kedah sehingga mengisytihar keluar Pakatan Rakyat di Kedah semasa isu tempat penyembelihan babi. Kita nampak jelas bagaimana Dato' Hasan Ali dihina dan dan diperlekeh bila mahu menguatkuasakan larangan penjualan arak di kedai serbanika dalam Selangor. Dan jangan lupa kenyataan Karpal Singh, "langkah mayat saya dulu kalau nak Islam".
Sebenarnya bagi mana-mana umat yang punya walau sedikit iman akan menyedari bahawa DAP hanyalah memperkudakan PAS demi kepentingan politik sempit mereka. Dan yang saya sedih ada sekelumit dikalangan kita yang lebih rela bersekongkol dengan DAP, dan alasan naif yang diguna ialah untuk berdakwah! Samada yang bercakap ni hipokritus paling jahlun, atau pun jahlun paling hipokrit!
Tidak salah untuk berdakwah. Tapi berdakwah dan bersekongkopl adalah dua perkara yang berbeza. Kalau nak berdakwah, bukan sahaja kepada DAP, tetapi juga kepada MCA, MIC, PPP, Gerakan dan banyak lagi parti yang boleh didakwah. Itu baru dakwah yang ikhlas namanya. Kenapa berdakwah dijadikan topeng untuk bersekongkol dengan musuh Islam!
Sebab itu saya ulangi seruan saya sekali lagi kepada sahabat-sahabat pejuang Islam semua, tepuklah dada tanyalah iman. Mufaraqahlah daripada politik kebatilan, yang mana matlamat menghalalkan cara. Janganlah kerana cita-cita memutrajayakan diri menyebabkan halal jadi haram, haram jadi halal. Marilah kita berjuang atas nama Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Memang berjuang diatas kebenaran Islam ini akan menyebabkan kita menjadi sedikit dan macam tidak kuat, tetapi yakinlah golongan sedikit inilah yang akan menjadi "gholibun" insyallah.
Dan kepada Ustadz Nasrudin Tantawi, alhamdulillah Islam masih punya pejuang saperti akhi, dan insyallah kita doakan semoga ALLAH anugerahkan kita semua hidayah dan istiqomah. Saya berdoa semoga PAS akan kembali kepada perjuangan Islam untuk mendaulatkan sebuah negara Islam. Walaupun ada segelintir golongan Anwarinas yang menjadikan orang lain sebagai qiblat mereka didalam PAS, namun saya yakin dengan berkata perjuangan mereka yang ikhlas saperti Ustadz Nasrudin pasti ALLAH akan menurunkan bantuanNya insyallah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
30 Rejab 1431
12 Julai 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KUALA LUMPUR 9 Julai - Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan usaha menubuhkan negara Islam oleh Pas amat menyakitkan hati pemimpin serta seluruh ahli Pas.
Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Nasrudin Hasan meminta pemimpin utama DAP itu tidak lagi membangkitkan isu tersebut kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan keharmonian antara Pas dan DAP di dalam pakatan pembangkang.
Pada masa sama beliau turut meminta semua pemimpin DAP tidak mendokong pendirian Karpal itu demi kerjasama yang telah terjalin antara semua parti pembangkang dalam satu pakatan.
''Seperti mana kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu ini tidak akan berbangkit sekiranya Karpal menghormati dasar perjuangan yang dibawa oleh Pas. Pas dan DAP mempunyai dasarnya masing-masing dan seharusnya ia dihormati antara satu sama lain.
''Lagipun Pas selama ini tidak pernah mempertikaikan dasar yang dibawa oleh DAP. Pas menghormati dasar perjuangan mereka dan sepatutnya mereka juga perlu menghormati dasar perjuangan Pas. Ini yang dinamakan adil,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nasrudin berkata, pendirian dan dasar Pas tidak pernah berubah iaitu Islam akan terus menjadi dasar perjuangan parti walaupun menjadi salah satu anggota pakatan pembangkang.
''Sebagai barisan hadapan parti, DPP akan tetap mempertahankan dasar Islam yang kita bawa. Islam terus menjadi asas perjuangan kami dan ia tidak akan berubah sampai bila-bila,'' katanya.
Nasrudin dalam perkembangan berkaitan percaya kenyataan Karpal itu tetap bersifat peribadi dan bukannya DAP secara keseluruhan.
''Saya lihat secara positifnya kenyataan Karpal ini tidak disambut oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Bagi saya ia adalah kenyataan Karpal semata-mata,'' katanya.
dah terang mmg la karpal tu tak tau apa pasal Islam...sebab tu la kena citer abih2 kt dia nie..
ReplyDeleteyang hang dgn puak2 UMNgOk lagi susah nk di tarbiyah kan...
Amik Islam nie sket2, mcm orang main bola....
Rasa Islam tu sesuai dgn hang baru nak amik... tapi bila selera hang bertentangan dgn Islam, mula la dok meghaban Islam Hadari la.... apa2 la...
Ish .. ish.. malunya aku . dah benggali tua tu cakap macam tu masih pejuang Islam ("The question of PAS Islamic state is never an issue because PAS will never rule when Pakatan becomes government".) nak tidur sekatil dgn dia? Wahai penyokong PAS, DAP kapir tetap kapir , takde nya dia nak sokong Islam apa lagi nak masuk Islam..Dah bepuluh tahun berkawan , boleh nama sorang ahli DAP yg masuk Islam? Keluar lah dari PR, tunggu apa lagi, kalau ada maruah.. awak tu menempel je dalam Pakatan tu!!
ReplyDeleteIsh.. ish..ish..malunya ..mana nak taruk muka .. orang dah anggap awak bukan 1 geng..rupanya selama ni dah kena tipu..diperalatkan oleh kafir DAP ..tapi muka tak malu masih nak tido sebantal dgn benggali tua tu..Tak ada ke rasa hina awak diperlekehkan begitu..Kalau aku baik lari bertapa kat gua saja
ReplyDelete