Salam 2 all.
Saya memanjatkan syukur kepada ALLAH dengan berakhirnya upacara syirik sambutan Hari Pahlawan yang telah berpuluh tahun kita amalkan dihadapan Tugu Negara.
Sebagai anak didik penjajah barat yang taat dan patuh, bangsa Melayu telah lama mengamalkan amalan syirik ini tanpa soal. Namun alhamdulillah para mufti dan ulama daripada Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat fatwa mensyirikkan amalan bertafakkur di Tugu Negara ini.
Malangnya tiada tindakan konkrit di ambil untuk menguatkuasakan fatwa tersebut. Saya turut berusaha untuk menghapuskan amalan syirik tersebut. Selain daripada mengupas masalah ini melalui perbahasan dan soalan Parlimen, saya juga turut mengemukakan usul khusus di Parlimen. Saya turut mengambil tindakan susulan mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu termasuk Menteri dan lain-lain.
Alhamdulillah Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan amalan bertafakkur di Tugu Negara ini berkuatkuasa tahun ini. Dan alhamdulillah dalam sambutan Hari Pahlawan Sabtu lepas (31.07.2010), buat pertama kalinya sambutan Hari Pahlawan dibuat di Dataran Merdeka dengan acara perbarisan ketenteraan dan lain-lain.
Isu ini penting walaupun bagi setengah pihak ianya terlalu kecil. Kerana saya berpegang kepada prinsip bahawa syirik walaupun setitik akan merosakkan seluruh aqidah kita. Sebagaimana nila setitik rosak susu sebelanga.
Walaupun langkah ini kecil, tetapi bagi saya "it is a small step for us, but a big leap for Islam" didalam negara ini. Memang banyak lagi perkara syirik dan mungkar yang masih berlaku dalam negara ini, namun kita buat apa yang terdaya. ALLAH tidak membebankan kita lebih daripada yang kita mampu.
Kita mesti terus berusaha menghapuskan apa jua amalan syirik, maksiat dan mungkar yang berlaku dalam negara kita ini. Tidak guna kita menuding jari kepada orang lain, tapi kita tidak berbuat apa-apa selain membuat bising dan memekak saja. Apa yang penting kita mesti berusaha kearah menyeru kepada yang ma'ruf, dan mencegah perkara yang mungkar. Dan kita mesti beriman dengan ALLAH. Jika itu kita laksanakan, kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan ALLAH.
Semoga ALLAH memberkati segala usaha yang dibuat demi mencari keredhaan ALLAH. Dan semoga ALLAH mengampunkan kita semua insyallah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
20 Sya'ban 1431
01 Ogos 2010
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.