18 September 2010
ALFATIHAH BUAT M. RAJOLI
Salam 2 all.
Saya mengucapkan innalillah hi wainna ilai hiro ji'un dan takziah atas pemergian Allahyarham M. Rajoli @ Mohd. Rajoli bin Mohd Zin (65) yang meninggal semalam di Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham di sembahyangkan di Masjid Al Akram, Kg. Datuk Keramat pagi tadi dan dikebumikan di tanah perkuboran Kg. Datuk Keramat.
Allahyarham tinggal di taman perumahan berhampiran dengan rumah saya. Kadangkala terserempak juga dengan Allahyarham samada semasa beliau menunggang motor besarnya, ataupun pernah juga terserempak dengan Allahyarham diwarung makan Keramat. Walaupun terkenal, tetapi sifat ramah dan mudah berjenaka sangat jelas ada pada Allahyarham.
Saya diberitahu Allahyarham dahulu pernah menjadi seorang muazzin di Masjid Kg. Baru. Entah betul atau tidak saya pun tak pasti, tapi cerita member-member di Kg. Baru macam itulah.
Apapun, negara kehilangan seorang pelakon yang berbakat dan berkaliber. Semoga ALLAH memberikan rahmat keatas Allahyarham, meletakkan beliau didalam golongan yang soleh, dan memberikan keampunan dan maghfirah keatas Allahyarham. Moga ALLAH memberikan juga kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan.
Al Fatihah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
09 Syawal 1431
18 Sept 2010
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.