30 September 2010

TABLIGH!

Salam 2 all.

Saya menerima email dibawah ini yang saya rasa sangat elok dikongsi bersama, khususnya bagi mereka yang beriya-iya berjuang untuk Islam. Setelah membaca kisah ini, cuba tanya diri kita satu soalan mudah tapi sangat besar ertinya: berapa orang non-Muslim pernah mendengar seruan da'wah daripada kita mengajak mereka kepada Islam, menyembah ALLAH Yang Satu!

Kekadang dalam kekalutan kita dengan kehidupan ini, kita terlupa itulah tugas utama Rasulullah; tabligh. Menyampaikan risalah tauhid ini. Dalam keghairahan mengejar kerusi dan kuasa politik, cuba kita tengok cermin bebaik. Pernahkah Chua Soi Lek, Samy Vellu, Koh Tsoo Koon, Bernard Dompok, Pairin Kitingan, Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua, Sivarasa dan ramai lagi politikus mendengar seruan da'wah dari kita? Bagaimana pula dengan Lee Kuan Yew, Aquino, Abhisit, Manmohan Singh, Gillard, Obama, Nentanyahu dan ramai lagi!

Saya pernah cuba buat seruan terbuka dihadapan mereka semua semasa sidang Parlimem semasa dalam ucapan perbahasan, saya pernah menghadiahkan sebahagian mereka terjemahan Al Quran bahasa Inggeris, pernah beberapa orang dari mereka saya seru secara bersemuka. Namun saya berasa usaha itu terlalu kecil, sebesar zahrah pun tak sampai.

Sebab itu saya sekarang menumpu kepada kerja-kerja NGO terutama dalam hal humanitarian, khususnya dalam bidang da'wah..atau apa yang disebut sebagai "Islamic outreach". Insyallah saya dan sahabat-sahabat sedang berusaha menubuhkan satu yayasan untuk tujuan itu, dan saya sangat bersyukur seorang tokoh korporat yang telah menyatakan minat mendalam beliau kepada usaha ini. Malahan saya sendiri sangat kagum dengan pengetahuan dan kebolehan tokoh korporat ini mengemukakan pandangan bernas terutamanya dalam isu perbandingan agama

Selain para alim ulama dan ilmuan islam, beliau adalah antara tokoh yang bukan sahaja meyakinkan kepada saya bahawa penggunaan nama "ALLAH" oleh golongan Kristian bukan sahaja salah, malahan bercanggah dengan kefahaman mereka sendiri berdasarkan kitab mereka sendiri! Bukan itu sahaja, malah kata beliau, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan kesilapan mereka, dan yang lebih penting membawa mereka balik kepada aqidah yang betul, kepada mempertuhankan ALLAH Yang Maha Esa. Bukan kerja kita terus membiarkan mereka dalam kekufuran dan kesesatan yang nyata! Maka tercetuslah cadangan menubuhkan yayasan outreach tersebut. Insyallah.

Moga kisah dibawah ini akan membawa menafaat kepada kita semua. Dan kepada yang mengirimkannya kepada saya, tiada ucapan yang lebih berharga melainkan doa moga ALLAH memberkati usaha mulia ini. Dan kepada penulis kisah ini, siapa juga saudara atau saudari, moga pengalaman itu menjadi mutiara buat pencetus kepada usaha da'wah dan menghidupkan serta melaksanakan salah satu sifat Rasulullah: tabligh!

Wassalam.

Khamis
21 Syawal 1431
30 Sept 2010

###########################

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam!

No comments:

Post a Comment

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.