Salam 2 all.
Hari ini soalan saya telah naik untuk dijawab oleh Menteri dalam Dewan Rakyat. Soalannya ialah:
1. apakah langkah yang diambil berkaitan penyeliaan, pengawalan dan penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman di media alektroni8k dan siber; dan
2. apakah langkah dan tindakanyang diambil terhadap TV3 yang menyiarkan iklan"Sinari Lebaran" yang jelas menghina dan mengaibkan Islam. Berikan butiran mereka yang terlibat dengan pembikinan dan penyiaran iklan tersebut.
Saperti yang sedi8a maklum, saya telah memberikan kritikan keras terhadap iklan tersebut pada masa mula-mula ianya disiarkan (sila lihat tulisan saya sebelum ini). Saya juga te3lah membuat kenyataan akhbar dan melapurkannya kepada pihak berkuasa. Sejak daripada itu saya sentiasa membuat susulan dan akhirnya mengambil kesempatan daripada sidang Parlimen utnuk membangkitkan isu ini.
Akhirnya Menteri memberikan jawapannya hari ini dengan menyatakan bahawa SKMM telah mengenakan kompaun sebanyak RM50,000-00 terhadap pihak TV3 atas iklan tersebut. Saya berpendapat denda tersebut adalah ti8dak memadai. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak penguruusan, editorial dan penerbitan yang menyebabkan iklan tersebut disiarkan. Juga mesti ada akujanji dan jaminan daripada pihak TV3 bahawa kesalahan saperti itu tidak akan berulang lagi.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
12 Zul Qaedah 1431
21 Okt 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran daripada MalaysiaKini hari ini)
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.
Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.
Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.
“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.
TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.
Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.
Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).
Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.
“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negara” katanya.
No comments:
Post a Comment
Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.