30 January 2011

IKTIBAR DARI BUMI FIRAUN


(Bersama Sahibul Fadhilah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Falastin semasa misi Ramadhan di Ghozzah 1431. Jelas perjuangan membebaskan Al Aqsa terpahat didinding pejabat beliau, hanya 79.37km sahaja jaraknya)


Salam 2 all.

Semasa menyertai misi keamanan ke Falastin, khsususnya di Ghozzah bulan Ramadhan 1430 lepas, teman agak kaget dan kehairanan dengan sikap rejim Mesir yang begitu beriya-iya menyusahkan kami dalam usaha unutk memasuki Ghozzah. Bermula daripada masalah mendapatkan visa dan kebenaran memasuki Ghozzah, kemudian terpaksa melalui 18 sekatan keselamatan dalam keadaan tidak menentu, tersangkut di bandar sempadan 'Arisy, menunggu berjam-jam dipintu masuk Rafah, terpaksa membayar visa yang mahal (dan dalam Dollar Amerika) untuk melepasi sempadan, dan pelbagai lagi karenah dan mehnah mereka, sampai nak pakai muffler Falastin pun dianggap jenayah, dan jangan sebut nama Sheikh Khalid Masy'al, Syeikh Ismail Haniyeh, Almarhum Sheikh Yaasin dan lain-lain.
Dan melihat umat Ghozzah terpaksa membayar visa yang mahal untuk keluar masuk Rafah, pintu sempadan yang dibuka hanya sekejap (dan itu pun ikut suka mereka bila nak buka/ tutup), sehingga terpaksa umat Ghozzah menggali ribuan terowong untuk menyeberang (dan itu pun rejim la'natullah ini bom sehingga musnah) semata-mata untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.
Persoalan besar yang bermain difikiran teman melihat semua itu, mengapa rejim la'natullah Hosni Mubarak ini sehingga tergamak membiarkan umat Islam Ghozzah begitu menderita hidup mereka. Darah umat Islam Ghozzah bergelumang ditangan rejim sadis ini. Sedangkan diantara umat Islam Falastin dan Mesir adalah Satu: Satu Aqidah, Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Kiblat, maka sepatutnya menjadi Satu Umat. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Mengapa?
Jawapannya mudah sahaja. Kerana rejim Hosni Mubarak la'natullah bersekongkol dengan rejim Yahudi la'natullah. Kerana mahu terus memerintah, saudara sesama Islam di Falastin dijadikan musuh utama. Kerana gilakan kuasa, tali persaudaran berdasarkan aqidah diketepikan, sebaliknya mereka berpegang kepada tali nafsu dan serakah masing-masing!! Hanya kerana Hosni Mubarrak mahu terus berkuasa, mahu menjadi Presiden, dan kini mahu anak emasnya sendiri mengambil tempat menjadi Presiden, dan beranggapan persekongkolan dengan Israel kafir harbi la'natullah ini akan membantu mereka terus berkuasa, maka aqidah menjadi sampah bagi mereka!

Inilah iktibar besar dan pengajaran penting yang perlu diambil oleh umat Islam seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Persekongkolan dengan kafir harbi la'natullah adalah persekongkolan membawa rebah, satu pakatan syaitan yang jika tidak dibendung dari awal akan membawa bencana dan kehancuran kepada umat Islam.

Teman melihat sejarah harakah islamiyyah di Mesir, iaitu Ikhwanul Muslimin di Mesir. Harakah yang mempunyai nama-nama hebat saperti Assyahid Hassan Al Banna, Assyahid Syed Qutb, Sheikh Dr. Yusuf Al Qorodowi dan ramai lagi. Pergerakan yang bercita-cita untuk menubuhkan daulah Islamiyyah, sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya.

Lihat bagaimana mereka terpedaya membantu Gamal Abdel Nasser untuk menumbangkan pemerintahan Raja Farouk. Setelah itu mereka membantu pula penentangan terhadap Israel sehingga Gamal Abdel Nasser dapat berkuasa. Sebaik berkuasa, semua janji persepakatan berubah menjadi pakatan syaitan. Nasser yang mereka sokong dan bantu berubah menjadi musuh. Ikhwanul Muslimin diharamkan, pemimpinnya diburu, ada yang dibunuh, digantung, dan ramai yang terpaksa melarikan diri dan hidup dalam buangan saperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qorodowi. Akhirnya Ikhwanul Muslimin terpaksa bergerak secara bawah tanah, merempat dinegara sendiri.

Namun Ikhwanul Muslimin bangkit daripada kesilapan itu. Mereka menggunakan acuan tersendiri dalam perjuangan, iaitu acuan Islam. Mereka putuskan segala persepakatan dan pakatan dengan golongan kafir, musyrik, munafik dan toghut. Mereka bersaudara dengan sesama Islam. Mereka pergiatkan da'wah. Budaya usrah subur dan mekar. Al Ma'thurat menjadi zikir harian. Tahajjud menjadi teman malam, qiamullail menjadi rutin harian. Syariat dan hukum hakam dipelihara dan dijaga. Kompromi dalam hal aqidah dan feqah, apatah lagi bersama kafir harbi, langsung tidak kedengaran. Mereka benar-benar membantu agama ALLAH.

Dan kini ALLAH membantu mereka. Bukan melalui proses demokrasi. Bukan melalui kertas undi. Bukan melalui perebutan kerusi. Bukan melalui parti-partian. Tetapi melalui hati! ALLAH Raja Segala raja, Pemilik seluruh alam, Penguasa segala kuasa, Pemilik segala makhluk memilih membantu mereka dengan hanya membuka hati umat dan rakyat Mesir, dan mencampakkan perasaan takut kepada pemerintah la'natullah ini.

Siapa sangka Hosni Mubarak yang telah memerintah secara kukubesi selama lebih 30 tahun ini kini menggeletar ketakutan. Hasrat untuk anak emasnya menyambung warisan pemerintahan lebur bak pasir di gurun. Umat yang dulu ketakutan walau nak memakai muffler Falastin kini berani mendaki kereta kebal yang gah hebat di persada pertahanan sang penguasa. Rakyat yang dahulunya gerun walau nak menyebut nama Hasan Al Bana, kini menginjak gambar poster sang pemerintah. Kini Hosni Mubarak la'natullah sedang menghitung hari kejatuhan. Bumi Israel mungkin hanya satu-satunya pilihan untuk beliau menjadi pelarian!

ALLAH pernah membantu umat Islam hanya dengan angin. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan pasir. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan nyamuk. ALLAH pernah membantu muqminin hanyu dengan air laut. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan teriakan. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan burung. ALLAH boleh membantu umat muqminin hanya dengan satu kalimah "kun fayakuun".

Apa yang penting ialah kita memenuhi pra-syarat untuk mendapat bantuan ALLAH itu. Bantuan itu tidak akan tiba dengan bersekongkol dengan kafir harbi. Ia tidak akan tiba dengan berpakat dengan "Islam over my dead body". Ia tidak akan tiba dengan menjual nama ALLAH. Ia tidak akan tiba menjual dan menggadai maruah anak isteri. Ia tidak akan tiba dengan mendukung pembohong dan pembelit. Ia tidak akan tiba dengan yang halal jadi haram yang haram jadi halal; yang mungkar jadi ma'ruf, yang ma'ruf jadi mungkar. Ia tidak akan tiba dengan yang kafir harbi jadi saudara, yang sesama Islam jadi musuh! Ia tidak akan tiba kalau kita tidak berperangai saperti seorang Islam!!

Ia hanya akan tiba dengan Islam huwal Islam, Islam tetap Islam. Ia hanya akan tiba dengan kita membantu Islam. Bila bila kita sudah benar-benar menjadi seorang Muslim, maka ketika itu yakinlah bantuan ALLAH pasti akan datang.

Teman menyeru dan menasihatkan diri teman dan ikhwan supaya kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenarnya; yang berdasarkan kepada Al Quran & sunnah. Yang Islam huwal Islam. Kenalilah musuh sebenar kita; dan kenalilah saudara sebenar kita.

Inilah iktibar yang perlu kita ambil dari apa yang sedang dan akan berlaku di bumi Firaun la'natullah ini.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
25 Safar 1432
30 Januari 2011
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak bukan sahaja menjadi penindas rakyatnya selama 30 tahun tetapi beliau juga memainkan peranan penting dalam penyeksaan berterusan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza.

Sempadan Rafah yang terletak di selatan Gaza dan bersempadan dengan Mesir menjadi satu-satunya laluan keluar dan masuk penduduk Palestin tanpa perlu melalui sekatan rejim Zionis.

Namun, kerajaan Mesir di bawah arahan Mubarak berterusan menutup sempadan itu bagi menghalang lebih 1.5 juta penduduk Gaza daripada mendapatkan bekalan harian penting termasuk makanan dan ubat-ubatan yang disekat rejim Israel.

Sumbangan Mubarak kepada sekatan memusnahkan di Gaza tidak terhad kepada menyeksa penduduk Gaza tetapi pemerintah kejam itu turut menyasarkan bantuan luar yang dihalang daripada dihantar ke Gaza.

Mubarak yang selama ini setia mendengar arahan sekutunya Israel turut menempatkan 750polis sempadan di Rafah selepas diarah oleh Tel Aviv pada 2005.

Pada Jun 2007, Mubarak dengan persetujuan Israel mengarahkan sempadan Rafah ditutup sepenuhnya selepas kumpulan pejuang Hamas di Gaza memenangi pilihan raya dan mula memerintah wilayah Palestin itu.

Selain untuk menjaga hubungan baik dengan Israel, tindakan Mesir itu dilihat sebagai simbol ketakutan Mubarak yang ingin memusnahkan Hamas yang mempunyai hubungan baik dengan parti pembangkang Mesir, Ikhwan Islam.

Lebih menyedihkan dan seperti yang sudah dijangka, kesetiaan tidak berbelah bagi Mubarak kepada rejim Zionis tidak mendapat balasan yang diingini apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak memberi sebarang kenyataan menyokong Mubarak sejak protes tercetus, Selasa lalu.

8 comments:

  1. Tuan, saya pohon kebenaran posting di FB. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. PAS haruslah sedar dari terus bersahabat dgn PKR dan DAP yg secara terang2 adalah musuh Islam.
    UMNO haruslah sedar dari terus bersekongkol dgn MCA, Gerakan dan MIC yg terang2 tidak lagi menyokong BN.
    Sewajarnya orang2 Melayu Muslim haruslah bergabung sbg UMNO dan PAS shj utk memerintah Malaysia demi survival orang Melayu Islam!

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum saudara YB Zulkifli...izinkan saya untuk copy artikal saudara ini dlm nota facebook saya...sy akan siarkn juga artikal ini diambil dr penulisan saudara. FB saya Haizam rabbitworld

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. minta dikongsi info2 terbaik ini..

    terima kasih..

    ReplyDelete
  5. Salam! Saya amat bersetuju dengan komentar saudara di atas. Semoga Allah menghapuskan Yahudi laknatullah serta sekutu2nya dan semoga pemerintahan berteraskanIslam tertegak di bumi sekitar negara2 Teluk. Sesungguhnya, Allah bersama2 orang yang sabar...

    ReplyDelete
  6. tuan YB.

    apakah kisah ElBaradei dan sejarah dan kaitannya dengan AS.

    adakah ia versi baru Gamal Naser dan Ikhwanul Muslimin.

    Rakyat terpengaruh dan selepas kejatuhan Raja Farouk pun mereka tidak aman.

    kita suka kalau hosni digantikan dgn lebih baik darinya ttp adakah insan itu bernama ElBaradei?

    Harap kita dapat berhati2.

    ReplyDelete
  7. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30679:-dr-mahathir-seorang-yang-bijak-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

    ReplyDelete
  8. YB Zul..

    dalam dunia ini tiada yg dua2 betul..
    tiada juga yg dua2 salah.. yg ada
    satu betul dan satu salah.. memang telah ditentukan sejak azali..
    adakah pihak kerajaan najib itu betul? jika begitu pihak anwar itu salah.. begitulah sebaliknya..

    sebab itulah sy kata kita perlu berhati2 dlm menilai..

    dengan sejarah umno dahulu hingga kini.. kes2 yg masih dan tinggal misteri.. kes2 besar rasuah, pembunuhan, penyelewangan, hakim, peguam, PM, mantan PM, juga konspirasi yg masih misteri.

    keluh kesah rakyat tidak searus dengan pendirian YB Zul..

    Nasihat saya berhati2 dalam menilai.

    TQ

    Khalifah Allah

    ReplyDelete

Komen yang mengandungi unsur fitnah, pembohongan, penipuan, mencarut, hasutan, menghina agama, bersifat anti-perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.